You are on page 1of 28

60 contoh karangan 10 ayat

60 CONTOH KARANGAN MENGGUNAKAN 10 AYAT MUDAH.


TEMA KELUARGA
Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk Jagalah Kebersihan Tempat Tinggal Kita.
Kamu baru bertukar ke sekolah asrama penuh. Tuliskan sepucuk surat kepada
sepupu kamu untuk menceritakan pengalaman kamu belajar di sekolah baharu itu.
Kamu terpilih mewakili kelas dalam pertandingan syarahan ketika Minggu Bahasa Melayu
di sekolah. Kamu dikehendaki menyampaikan syarahan mengenai aktiviti hujung minggu
di rumah.
Semasa cuti sekolah yang lalu,kamu dan keluarga telah menziarahi nenek dan datuk
kamu di kampung. Ceritakan pengalaman kamu ketika berada di kampung.
Pada hari Ahad yang lalu, kamu dan keluarga pergi berkelah di air terjun. Tuliskan catatan
kamu pada hari tersebut.
Kamu pergi ke kedai untuk membeli barang yang dipesan oleh ibu. Tuliskan perbualan
kamu dengan penjual barang runcit itu.
Tuliskan sebuah karangan yang menggunakan peribahasa Bagai Mencurahkan Air
ke Daun Keladi.
Lengkapkan karangan ini.
Pada waktu malam yang sepi,aku membaca buku di dalam bilik tidur.
Jam menunjukkan tepat pukul dua belas malam. Tiba-tiba
Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk Ibu Saya.
Pada hari Ahad yang lalu,kamu sekeluarga berkelah di tepi pantai. Semasa
berkelah anda telah menyelamatkan seorang budak yang lemas ketika mandi
di laut. Tuliskan pengalaman kamu semasa menyelamatkan budak itu.
11.Tulis sebuah karangan tentang percutian kamu sekeluarga ke salah satu tempat
peranginan yang terkenal pada cuti penggal persekolahan yang lalu.
Pada cuti hujung minggu yang lalu, kamu telah pergi berkelah bersama
keluarga. Ceritakan pengalaman kamu tersebut.
Tulis sebuah karangan tentang lawatan kamu ke Zoo Negara.
Kamu sekeluarga telah bercuti ke Cameron Highlands. Tulis sebuah catatan
tentang
lawatan kamu itu.
Kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana terpaksa pulang melawat nenek kamu yang
sakit di kampung.Tuliskan sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk memaklumkan
perkara tersebut.
Tuliskan sebuah karangan tentang Hari Ibu.

Cikgu fadzil ~ 0195698686

60 contoh karangan 10 ayat

Hari semakin larut.Hujan turun renyai-renyai.Ibu dan ayah masih belum


pulang.Tiba-tiba.
Tuliskan sepucuk surat kepada rakan kamu untuk menceritakan pengalaman kamu
bercuti di kampung datuk kamu.
Tulis sebuah karangan berkaitan peribahasa Seperti Aur Dengan Tebing.
Kamu mengikut bapa memancing ikan.Tuliskan pengalaman kamu.
Kamu mengikut ibu pergi ke pasar malam .Tuliskan sepucuk surat kepada kawan
untuk menceritakan pengalaman kamu.
22 . Kamu sekeluarga balik ke kampung baru-baru ini.Tuliskan catatan kamu.
23 . Tulis sebuah karangan dengan diakhiri ayat berikut.
................ berasa amat gembira kerana mendapat banyak hadiah.
24. Kamu sekeluarga melawat ke sebuah zoo.Ceritakan pengalaman kamu itu.
25 : Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa Melentur Buluh Biarlah daripada
Rebungnya
26. Kamu sekeluarga minat berkebun.Tuliskan pengalaman kamu berkebun.
27. Ceritakan pengalaman kamu ketika melawat pesakit di hospital.
Kamu sekeluarga berhari raya di rumah kawan kamu.Tuliskan suasana yang kamu
rasai pada hari itu.
Tuliskan pengalaman yang tidak dapat kamu lupakan semasa membantu jiran.
TEMA MASYARAKAT
Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk Jiran Saya
Kawasan kediaman kamu mengadakan gotong-royong.Tuliskan laporan selengkapnya.
Kawan kamu mengadakan rumah terbuka semasa perayaan baru-baru ini. Tulis
Catatan kamu pada hari itu.
33 .Kamu sekeluarga pergi ke suatu majlis perkahwinan .Tuliskan pengalaman kamu
Hidup berjiran banyak kebaikannya.Huraikan.
Banyak kebaikan tinggal di desa.Jelaskan.
Tulis karangan yang bertajuk Cara-cara Menjaga Kebersihan Kawasan Perumahan
37 . Sukaneka telah diadakan di taman perumahan kamu.Tuliskan sepucuk surat kepada
kawan kamu untuk menceritakan suasana sukaneka tersebut.

Cikgu fadzil ~ 0195698686

60 contoh karangan 10 ayat

38. Tulis sebuah karangan yang bertajuk Saya Sebuah Telefon Awam
39. Seperti Kacang Lupakan Kulit.Tuliskan sebuah cerita mengenai peribahasa tersebut.
TEMA : SEKOLAH
Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk Pameran Lukisan di Sekolah Saya.
Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk Kepentingan Menyertai Kegiatan
Kokurikulum di Sekolah.
Kamu selaku penerbit majalah sekolah telah mewawancara n seorang tokoh guru di
sekolah. Tuliskan wawancara tersebut.
Kamu telah menghadiri satu Kem Motivasi UPSR di sekolah. Tulis catatankan tentang
kem motivasi tersebut.
Tuliskan sepucuk surat kepada nenek kamu yang merupakan bekas guru.Ceritakan
kepadanya tentang sambutan Hari Guru di sekolah kamu.
Pasukan bola sepak sekolah kamu telah menjuarai pertandingan bola sepak peringkat
daerah. Tuliskan berita itu untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
Sekolah kamu telah mengadakan Hari Penyampaian Hadiah. Tuliskan laporan tentang
hari tersebut selengkapnya.
Kamu akan berpindah ke sekolah baru kerana mengikut bapa kamu bertukar
ke tempat lain. Kamu diminta menyampaikan ucapan dalam satu majlis yang diadakan.
Tuliskan ucapan tersebut selengkapnya.
Anda ingin melanggan majalah Dewan Pelajar selama 7 bulan. Tuliskan sepucuk surat
kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk tujuan tersebut.
Tuliskan sebuah karangan tentang tajuk Sekolah Saya.
Sebagai Ketua Murid, kamu diminta berucap pada hari perpisahan murid-murid tahun
enam. Guru Besar dan guru-guru hadir pada majlis tersebut.
Tuliskan ucapan kamu selengkapnya.
Kamu telah mewakili sekolah di dalam pertandingan syarahan peringkat daerah.Tajuk
syarahan kamu ialah Perlunya Murid-murid Mematuhi Peraturan Sekolah. Tuliskan
syarahan kamu itu.
Pada cuti semester yang lalu, kamu telah menyertai lawatan ke beberapa buah tempat
menarik. Kamu diminta menyediakan laporan mengenai lawatan itu.
Abang kamu telah mengutus surat untuk mengetahui persiapan kamu menghadapi
peperiksaan UPSR. Tuliskan surat balasan selengkapnya.
Bincangkan tajuk Kebaikan belajar secara berkumpulan

Cikgu fadzil ~ 0195698686

60 contoh karangan 10 ayat

Sekolah kamu telah mengadakan pesta ria. Ceritakan suasana pesta ria itu.
17.Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk Saya Sebuah Perpustakaan
Sekolah kamu telah mengadakan Hari Sukan. Tuliskan sebuah karangan mengenai
hari sukan tersebut.
Pada cuti persekolahan yang lalu, kamu berpeluang menyertai aktiviti perkhemahan
pengakap. Ceritakan perstiwa-peristiwa menarik yang berlaku sepanjang
perkhemahan itu.
Kamu telah berpindah ke sekolah baharu. Tuliskan sepucuk surat kepada sahabat
kamu di sekolah lama kamu untuk menceritakan sekolah baharu kamu.
Kamu diiminta menemu ramah tokoh murid di sekolah kamu.Tuliskan temu ramah
Itu selengkapnya.

Cikgu fadzil ~ 0195698686

60 contoh karangan 10 ayat

TEMA KELUARGA
FAKTA
1. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk Jagalah Kebersihan Tempat Tinggal Kita
Kita perlu menjaga kebersihan tempat tinggal.
Kebersihan dapat menghindari penyakit.
Kita perlu mengemaskan tempat tidur.
Pinggan mangkuk mesti dicuci selepas digunakan.
Kita harus menyapu sampah .
Rumah menjadi kemas dan bersih.
Kita harus mencuci longkang-longkang.
Daun-daun kering juga disapu.
Rumput yang panjang hendaklah dipotong.
Tempat tinggal yang bersih,hidup pun sihat.
SURAT TIDAK RASMI
2. Kamu baru bertukar ke sekolah asrama penuh. Tulis sepucuk surat kepada sepupu
kamu untuk menceritakan pengalaman kamu belajar di sekolah baru itu.

34 A, Blok C,
Asrama SJK ( C ) Chung Wa,
33300 Gerik,
Perak.
24 Mac 2009.

Menemui saudara Lam Wah Hung yang berada di Ipoh, semoga saudara dan keluarga
sihat sejahtera.
Saudara,
Tujuan saya ingin beritahu dapat belajar ke sekolah asrama penuh.
Saya ingin beritahu pengalaman saya berada di sekolah ini.
Saya telah belajar di sini selama dua bulan.
Ada banyak perbezaan antara sekolah biasa dengan sekolah ini.
Kami mesti hadir ke kelas tambahan pada pukul 5.00 petang.
Setiap murid mesti mengambil bahagian dalam aktiviti sukan.
Murid-murid mesti belajar dari pukul 8.00 malam hingga pukul 10.00 malam.
Semua lampu bilik mesti dipadamkan jam 10.00 malam.
Saya seronok tinggal di sini kerana dapat berdikari.
Sekian sahaja buat kali ini.

Sahabatmu,
Chee Wei

Cikgu fadzil ~ 0195698686

60 contoh karangan 10 ayat

FAKTA
3. Kamu terpilih mewakili kelas dalam pertandingan syarahan ketika Minggu Bahasa
Melayu di sekolah. Kamu dikehendaki menyampaikan syarahan mengenai aktiviti hujung
minggu di rumah.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, Tuan
Guru Besar,guru-guru serta rakan sekalian. Salam sejahtera dan selamat pagi saya
ucapkan.
Hujung minggu merupakan hari cuti.
Hari yang selalu kita tunggu.
Semua ahli keluarga akan berkumpul di rumah.
Kita boleh melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga.
Bergotong-royong membersihkan rumah.
Mencuci longkang dan menyapu daun-daun kering.
Hubungan antara ahli keluarga bertambah baik.
Kasih sayang kepada keluarga bertambah.
Aktiviti-aktiviti seperti ini mesti dilakukan selalu.
Rumah bersih, hidup sihat.
Sekian, terima kasih.

KEPERIHALAN
4. Semasa cuti sekolah yang lalu,kamu dan keluarga telah menziarahi nenek dan datuk
kamu di kampung. Ceritakan pengalaman kamu berada di kampung.

Pada musim cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga pulang ke kampung.
Di kampung, saya dapat menemani datuk ke dusunnya.
Ketika itu musim buah-buahan.
Pelbagai jenis pokok buah-buahan yang datuk tanam.
Saya membantu datuk memungut buah yang dikaitnya ke dalam raga.
Antaranya buah rambutan, langsat dan dokong.
Saya berasa seronok dapat membantu datuk di kebunnya.
Udara di kampung juga nyaman dan segar.
Di bandar banyak pencemaran asap kenderaan dan kilang.
Saya berasa seronok dan gembira berada di kampung.

Cikgu fadzil ~ 0195698686

60 contoh karangan 10 ayat

CATATAN
5. Pada hari Ahad yang lalu, kamu dan keluarga pergi berkelah di air terjun. Tulis catatan
kamu pada hari tersebut.
12 April 2007
Pada hari Ahad yang lalu, saya dan keluarga pergi berkelah di air terjun.
7.00 pagi

: Bersiap-siap pergi berkelah.

8.00 pagi

: Ibu menyediakan makanan dan barang keperluan.

8.30 pagi

: Kami sekeluarga pergi dengan menaiki kereta ayah.

10.40 pagi

: Kami tiba di situ.

11.20 pagi

: Kami mandi di air terjun.

1.00 petang
3.00 petang

: Kami makan di tepi sungai.


: Saya mandi sekali lagi sebelum pulang ke rumah.

4.00 petang

: Kami pulang ke rumah.

6.10 petang

: Kami tiba di rumah.

Kami berasa seronok. Saya mahu pergi lagi.


DIALOG
6. Anda pergi ke kedai untuk membeli barang yang dipesan oleh ibu. Tulis perbualan anda
dengan penjual barang runcit itu.
Ah seng

: Saya mahu beli barang. Boleh pak cik tolong?

Pak Cik Lee

: Boleh. Banyakkah barang itu?

Ah Seng

: Tidak banyak. Ini senarainya.

Pak Cik Lee

: Tepung sekilo, garam sebungkus, gula sekilo dan minyak sebotol.


Ini barang-barangnya.

Ah Seng

: Ini duitnya, pak cik.

Pak Cik Lee

: Ibu kamu mahu masak apa?

Ah Seng

: Ibu hendak membuat kuih untuk minum petang.

Pak Cik Lee

: Ini bakinya. Terima kasih.Datang lagi, ya.

Ah Seng

: Sama-sama.

Cikgu fadzil ~ 0195698686

60 contoh karangan 10 ayat

PERIBAHASA
7. Tuliskan sebuah karangan yang menggunakan peribahasa
Bagai Mencurahkan Air ke Daun Keladi .
Kok Kent seorang budak yang nakal.
Kok Kent suka merayau-rayau dan kacau ternakan orang.
Orang kampung mengadu kepada ibu bapanya.
Mereka menasihatinya. Tapi dia masih buat juga.
Suatu hari, dia diserang lembu itu.
Kok Kent lari dan jatuh ke dalam parit.
Badannya luka-luka dan kakinya patah.
Dia dihantar ke hospital.
Setelah sihat, Kok Kent kacau lagi ternakan orang kampung.
Sikap Kok Kent seperti mencurahkan air ke daun keladi.
MELENGKAPKAN CERITA
8. Lengkapkan karangan ini.
Pada waktu malam yang sepi,aku membaca buku di dalam bilik tidur.
Jam menunjukkan tepat pukul dua belas malam. Tiba-tiba
Aku terdengar bunyi ketukan pintu.
Aku bangun dan buka pintu.
Aku ingat ibu dan bapa sudah pulang.
Aku membuka pintu tapi tidak ada siapa-siapa di situ.
Aku berasa hairan.
Aku masuk ke bilik semula.
Sekali lagi aku mendengar bunyi ketukan pintu.
Aku membuka pintu.
Aku lihat satu lembaga yang besar di depanku.
Aku pengsan.
Aku berasa badan aku digoncang-goncang.
Rupa-rupanya aku bermimpi.
BIOGRAFI
9. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk Ibu Saya.
Saya mempunyai seorang ibu yang penyayang.
Nama ibu saya ialah Wang Ai Ni.
Dia berusia 29 tahun.
Ibu amat menyayangi saya.
Setiap pagi ibu akan mengejutkan saya bangun daripada tidur.
Ibu meyediakan sarapan setiap pagi untuk kami.
Ibu mengemas rumah dan sentiasa mementingkan kebersihan.
Saya selesa berada di rumah kerana bersih dan kemas.
Ibu selalu menasihati saya supaya menjaga kebersihan dan kesihatan diri
Saya akan belajar bersungguh-sungguh.

Cikgu fadzil ~ 0195698686

60 contoh karangan 10 ayat

CEREKA
10. Pada hari Ahad yang lalu,anda sekeluarga berkelah di tepi pantai. Semasa berkelah
anda telah menyelamatkan seorang budak yang lemas ketika mandi di laut.
Tuliskan pengalaman anda semasa menyelamatkan budak itu.
Pada hari Ahad, saya dan keluarga pergi berkelah.
Ramai orang pada hari itu.
Kami meletakkan barang di bawah pokok.
Saya pergi berenang, bapa dan adik saya bermain bola di tepi pantai.
Ketika saya sedang berenang, saya terdengar orang minta tolong.
Suara itu dekat dengan saya .
Saya lihat seorang budak lemas.
Saya menarik tangan budak itu dan berenang ke pantai.
Orang ramai di situ membantu saya mengangkat budak itu.
Bapa budak itu ucap terima kasih kepada saya.
Saya gembira kerana dapat menolong orang.
CERITA
11. Tuliskan sebuah karangan tentang percutian anda sekeluarga ke salah satu tempat
peranginan yang terkenal pada cuti penggal persekolahan yang lalu.
Pada cuti yang lalu,saya sekeluarga pergi ke Cameron Highlands.
Kami pergi dengan menaiki kereta.
Dalam perjalanan,kami berbual-bual.
Tidak lama kemudian ,kami pun tiba di Cameron Highlands.
Kami melihat ramai pelancong di sana.
Kami melawat ladang teh, strawberi, ros dan limau.
Kami juga mengambil gambar di sana
Kami pulang pada pukul 5.00 petang
Saya berasa gembira kerana dapat banyak ilmu.
Saya berharap dapat melawat lagi ke sana.
CERITA
12. Pada cuti hujung minggu yang lalu, kamu telah pergi berkelah bersama keluarga
Ceritakan pengalaman anda tersebut.
Pada cuti yang lalu, saya sekeluarga pergi berkelah
Kami pergi dengan menaiki kereta.
Dalam perjalanan,kami berbual-bual.
Tidak lama kemudian ,kami pun tiba di pantai Teluk Batik.
Kami melihat ramai pengunjung di sana.
Kami meletakkan barang di bawah pokok.
Saya dan abang pergi berenang.
Selepas itu, kami makan bekalan yang dibawa.
Kami pulang pada pukul 5.00 petang
Saya berharap dapat datang ke sini lagi.

Cikgu fadzil ~ 0195698686

60 contoh karangan 10 ayat

CERITA
13. Tulis sebuah karangan tentang lawatan kamu ke Zoo Negara.
Pada cuti yang lalu, saya sekeluarga pergi ke Zoo Negara
Kami pergi dengan menaiki kereta.
Dalam perjalanan, kami berbual-bual.
Tidak lama kemudian , kami tiba di Zoo Negara.
Kami melihat ramai orang di sana.
Kami melihat harimau,singa,monyet, burung dan lain-lain.
Kami juga melihat gajah menari.
Selepas itu, kami makan tengah hari.
Kami pulang pada pukul 4.00 petang.
Saya berharap boleh datang lagi
CATATAN
14. Kamu sekeluarga telah bercuti ke Cameron Highlands. Tulis sebuah catatan tentang
lawatan anda itu.
11 Mac 2007
8.00 pagi

: Bertolak ke Cameron Highlands.


Kami pergi dengan menaiki kereta.
Dalam perjalanan,kami berbual-bual
9.30 pagi
: Kami tiba di Cameron Highlands.
Kami melihat ramai pelancong di sana.
10.30 pagi
: Kami melawat ladang teh.
Saya dapat memetik daun teh.
12.00 tengah hari : Kami makan di sebuah restoran.
2.00 petang
: Pulang ke rumah. Saya sangat gembira

SURAT RASMI
15. Kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana terpaksa pulang melawat nenek kamu yang
sakit di kampung.Tulis sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk memaklumkan
perkara tersebut.
Tan Jia Boon,
No, 8 Taman Pelangi,
36700 Langkap,
Perak.
________________________________________________________________
Guru Kelas 6 Cempaka,
SJK(C ) Chui Chak,
36700 Langkap,
Perak.

7 April 2007

Tuan,

Cikgu fadzil ~ 0195698686

10

60 contoh karangan 10 ayat

Tidak Dapat Hadir ke Sekolah


Merujuk perkara di atas ,saya Tan Jia Boon tidak dapat hadir ke sekolah.
Saya tidak dapat hadir kerana mengikut keluarga pulang ke kampung.
Kami melawat nenek yang sakit di kampung.
Untuk makluman cikgu, nenek saya dimasukkan ke hospital.
Saya akan bertanya kawan tentang kerja sekolah.
Saya berjanji akan menyiapkan semua kerja sekolah yang diberikan.
Saya akan hadir semula selepas itu.
Saya berharap cikgu menerima permohonan saya ini.
Sekian,terima kasih.
Yang benar,
..
( TAN JIA BOON)
KEPERIHALAN
16. Tuliskan sebuah karangan tentang Hari Ibu.
Pada 8 Mei yang lalu,keluarga saya telah menyambut Hari Ibu.
Pada hari itu ,bapa membeli sebiji kek untuk ibu.
Kek itu sangat cantik.
Kakak memasak mi goreng.
Kemudian, kami menyanyi lagu Selamat Hari Ibu.
Selepas itu, ibu meniup api lilin pada kek itu.
Kami juga memberi hadiah kepada ibu.
Ibu berasa amat gembira apabila membuka hadiah itu.
Saya amat sayang akan ibu.
Saya berjanji akan membalas jasa ibu.

MENYAMBUNG CERITA
17. Hari semakin larut.Hujan renyai-renyai.Ibu dan ayah saya masih belum
pulang.Tiba-tiba.
Bekalan elektrik terputus.
Rumah menjadi gelap.
Saya mencari lilin di dapur lalu menyalakannya.
Tiba-tiba, saya terdengar ketukan pintu.
Saya takut untuk membukanya.
Saya berjalan perlahan-lahan ke arah pintu.
Saya terdengar suara orang.
Apabila saya membuka pintu,saya terlihat dua lembaga di luar rumah.
Saya berasa lega kerana ibu dan bapa telah pulang.
Mereka lewat pulang kerana ada pokok tumbang di tengah jalan raya.

Cikgu fadzil ~ 0195698686

11

60 contoh karangan 10 ayat

SURAT TIDAK RASMI


18. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk menceritakan pengalaman anda bercuti
ke kampung datuk anda.
No. 40, Taman Tapah,
35000 Tapah ,
Perak.
7 April 2007.
Menemui sahabatku, Punitha yang berada di Ipoh,semoga sihat .
Apa khabar ? Saya sihat.
Saudari,
Pada cuti yang lalu, saya sekeluarga pulang ke kampung.
Kami pergi dengan menaiki kereta.
Dalam perjalanan,kami berbual-bual.
Di kampung saya, musim buah-buahan.
Kami pergi ke dusun datuk.
Kami juga memetik buah-buahan.
Selepas itu, kami makan buah-buahan.
Kami pulang pada pukul 5.00 petang
Saya berharap dapat pulang ke kampung lagi.
Sekian,semoga bertemu lagi.
sahabatmu,
.........................
( MUTHUKRISNAN)
PERIBAHASA
19. Tuliskan sebuah karangan berkaitan peribahasa Seperti Aur Dengan Tebing
Ahad lalu,saya dan keluarga bergotong-royong.
Bapa menyediakan cangkul,cat dan penyapu.
Ibu menanam pokok-pokok bunga di halaman rumah.
Kakak membersihkan longkang di depan rumah.
Abang pula mengecat dinding rumah.
Bapa menyapu dan saya mengutip sampah-sarap.
Apabila letih dan dahaga,kami pun minum.
Pada pukul 1.00 petang,kami habis bergotong-royong.
Kami berasa sangat gembira kerana kawasan rumah saya sudah cantik.
Kerjasama kami seperti aur dengan tebing.

Cikgu fadzil ~ 0195698686

12

60 contoh karangan 10 ayat

CERITA
20. Kamu mengikut bapa memancing ikan.Tuliskan pengalaman kamu.
Ahad lalu, saya dan bapa pergi memancing ikan.
Kami memancing di sebatang sungai.
Kami pergi dengan menaiki kereta.
Kami membawa joran,umpan,mata kail dan baldi.
Kami mencari tempat yang redup.
Tiba-tiba , umpan saya dimakan ikan.
Saya mendapat seekor ikan yang besar.
Bapa pula mendapat lima ekor ikan.
Pada pukul 7.00 malam, kami pun pulang.
Saya berasa sangat gembira kerana dapat pergi memancing ikan.

(63pp)

SURAT TIDAK RASMI


21. Kamu mengikut ibu pergi ke pasar malam .Tuliskan sepucuk surat kepada kawan
Untuk menceritakan pengalaman kamu.
No. 42, Taman Tapah,
35000 Tapah ,
Perak.
7 April 2007.
Menemui sahabatku, Punitha yang berada di Ipoh,semoga sihat .
Apa khaqbar ? Saya sihat.
Saudari,
Ahad lalu,saya dan ibu pergi ke pasar malam.
Kami pergi dengan menaiki kereta.
Ramai orang sedang membeli-belah.
Suasana riuh-rendah.
Ada banyak gerai menjual pelbagai barang.
Saya membeli sepasang kasut dan sehelai baju.
Ibu pula membeli ikan,ayam ,sayur dan buah-buahan.
Saya juga membeli nasi ayam untuk makan malam.
Pada pukul 9.00 malam, kami pun pulang.
Sekian,semoga bertemu lagi.
sahabatmu,
.........................
( MUTHUKRISNAN)

Cikgu fadzil ~ 0195698686

13

60 contoh karangan 10 ayat

CATATAN
22 . Kamu sekeluarga balik ke kampung baru-baru ini.Tuliskan catatan kamu.
Catatan Balik ke Kampung
8.00 pagi :
Saya dan keluarga pergi ke kampung nenek di Tapah.
Kami pergi dengan menaiki kereta.
Saya berbual-bual dengan adik di sepanjang jalan.
9.30 pagi

Datuk dan nenek sangat gembira melihat kami tiba.


Saya bersalam dengan mereka.
Saya memberi buah tangan kepada nenek.

12.00 tengah hari :


2.00 petang

Kami makan tengah hari.

: Saya mengikut datuk memancing ikan di sebatang sungai.


Kakak pula membantu nenek di sawah padi.
Setelah dua hari di kampung, kami pun pulang.

7:00 malam
: Kami pulang.
Saya berasa sangat gembira kerana dapat balik ke kampung.

MENGAKHIRI CERITA
23 . Tuliskan sebuah karangan dengan diakhiri ayat berikut.
................ berasa amat gembira kerana mendapat banyak hadiah.
Ahad lalu, ibu mengadakan majlis hari lahir saya.
Saya mengajak ramai kawan.
Ibu membeli sebiji kek yang cantik untuk saya.
Kakak menghias ruang tamu.
Bapa pula membeli minuman untuk para tetamu.
Pada pukul 7:00 malam,semua kawan sudah datang.
Mereka membawa pelbagai hadiah untuk saya.
Mereka menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi untuk saya.
Saya meniup api lilin lalu mereka bertepuk tangan.
Kami makan-makan sambil bermain permainan.
Saya berasa amat gembira kerana mendapat banyak hadiah.

Cikgu fadzil ~ 0195698686

14

60 contoh karangan 10 ayat

CERITA
24. Kamu sekeluarga melawat ke sebuah zoo.Ceritakan pengalaman kamu.
Ahad lalu,saya dan keluarga pergi ke Kuala Lumpur.
Kami pergi dengan menaiki kereta.
Saya berbual-bual dengan adik di sepanjang jalan.
Kami tiba di Zoo Negara.
Ayah membeli lima keping tiket.
Ada harimau,ular,gajah,kuda dan lain-lain di Zoo Negara.
Kami menonton pertunjukan gajah.
Ada burung kakak tua yang pandai bercakap.
Pada pukul 7:00 malam,kami pun pulang.
Saya berasa sangat gembira kerana dapat banyak pengalaman.

PERIBAHASA
25 : Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa Melentur Buluh Biarlah daripada
Rebungnya
Saya ada sebuah keluarga yang bahagia.
Ibu saya seorang suri rumah.
Bapa pula seorang guru.
Saya ada tiga adik lelaki.
Seorang perempuan dan dua orang lelaki.
Ibu saya seorang yang tegas.
Setiap hari, beliau mengajar kami nilai-nilai yang baik.
Bapa pula selalu mengingati kami agar rajin belajar.
Beliau sentiasa membantu kami jika kami tidak faham sesuatu pelajaran.
Ibu bapa kami yakin dengan kami kerana mereka tahu Melentur Buluh Biarlah daripada
Rebungnya .
CERITA
26. Kamu sekeluarga minat berkebun.Tuliskan pengalaman kamu berkebun.
Saya dan ayah suka berkebun.
Kami menanam sayur-sayuran.
Kami menanam sawi,cili,kubis dan kacang panjang.
Setiap hari, ayah menyiram sayur-sayuran itu.
Saya pula mencabut rumput-rumput di atas batas.
Ibu memetik sayur-sayuran yang sudah besar.
Bapa menjual sayur-sayuran itu di pasar malam.
Bapa mendapat banyak duit.
Bapa menyimpan duit ke dalam bank.
Saya berasa sangat gembira kerana dapat menolong bapa.

Cikgu fadzil ~ 0195698686

15

60 contoh karangan 10 ayat

CERITA
27. Ceritakan pengalaman kamu ketika melawat pesakit di hospital.
Ahad lalu,saya dan keluarga pergi ke hospital.
Kami melawat datuk yang sakit.
Datuk demam panas sejak semalam.
Saya bersalam dengan datuk sambil memberi buah tangan.
Datuk mengucapkan terima kasih.
Seorang doktor memberi ubat kepada datuk.
Ayah dan ibu berbual-bual dengan datuk.
Saya mengupas buah epal untuk datuk.
Pada pukul 7:00 malam,kami pun pulang.
Saya berdoa agar datuk cepat sembuh.

CERITA
28. Kamu sekeluarga berhari raya di rumah kawan kamu.Tuliskan suasana yang kamu
rasai pada hari itu.
Saya ada seorang kawan yang baik bernama Ali.
Ahad lalu,saya sekeluarga pergi ke rumahnya.
Ali merayakan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarganya.
Saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Ali.
Ali menjemput saya masuk ke dalam rumahnya.
Ibu Ali menghidangkan kuih raya dan lemang.
Saya makan sambil berbual-bual dengan Ali.
Bapa Ali memberi duit raya kepada saya.
Saya mengucapkan terima kasih.
Pada pukul 7:00 malam,saya pun pulang.

CERITA
29. Tuliskan pengalaman yang tidak dapat kamu lupakan semasa membantu jiran.
Saya ada seorang jiran yang baik bernama Abu.
Ahad lalu, dia balik ke kampungnya.
Abu meminta saya sekeluarga menjaga rumahnya.
Suatu hari, ada seorang pemuda yang bertopeng.
Dia membuka besi tingkap rumah Abu.
Dia masuk ke dalam rumah Abu.
Saya cepat-cepat menelefon polis.
Polis datang lalu menangkapnya.
Abu pulang dari kampung,dia berterima kasih kepada saya sekeluarga.
Saya berasa sangat gembira kerana dapat menolong jiran saya.

Cikgu fadzil ~ 0195698686

16

60 contoh karangan 10 ayat

TEMA MASYARAKAT
30. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk Jiran Saya.
Saya ada seorang jiran yang baik bernama Abu.
Dia seorang yang baik hati.
Dia suka memberi buah-buahan kepada saya.
Dia selalu membantu saya menyiapkan kerja rumah.
Bapa Abu seorang doktor.
Ibu Abu pula seorang guru.
Setiap hari raya, mereka mengajak saya ke rumah mereka.
Pada masa lapang,kami pergi berjoging.
Anak-anak mereka suka bermain badminton dengan saya.
Saya berasa sangat gembira kerana ada jiran yang baik.

31. Kawasan kediaman kamu mengadakan gotong-royong.Tulis laporan selengkapnya.


LAPORAN GOTONG-ROYONG TAMAN AMAN
Taman Aman mengadakan gotong-royong
Gotong-royong diadakan pada 1 April 2007.
Semua orang berkumpul di dewan.
Ada yang membawa cangkul.
Ada yang membawa sabit.
Ada yang membawa cat.
Semuanya tolong-menolong mencuci longkang.
Ada yang mengecat dewan.
Ada yang menebas lalang.
Semua penduduk gembira kerana kawasan taman sudah bersih.
Dilaporkan oleh,

5 APRIL 2009.

______________
(AH MENG)

32. Kawan kamu mengadakan rumah terbuka semasa perayaan baru-baru ini. Tuliskan
catatan kamu pada hari itu.
Catatan Rumah Terbuka Kawan Saya
30 September 2007
8:00 pagi : Saya dan keluarga pergi ke rumah kawan
8:30 pagi : Kami tiba.
Kami disambut oleh Ali.
Saya mengucapkan selamat hari raya.
Ali mengucapkan terima kasih.
Kami makan lemang dan kuih- muih.

Cikgu fadzil ~ 0195698686

17

60 contoh karangan 10 ayat

Saya minum air coca cola .


Bapa Ali memberi saya duit raya.
7:00 malam : Kami pulang
Saya berasa gembira kerana dapat pergi ke rumah terbuka Ali.

33. Kamu sekeluarga pergi ke suatu majlis perkahwinan .Tulis pengalaman kamu
Hari Ahad saya pergi ke rumah orang kahwin.
Saya pergi dengan bapa dan ibu.
Ramai orang di situ.
Suasana sangat meriah.
Saya sekeluarga makan nasi minyak .
Saya banyak makan ayam goreng.
Pengantin sangat cantik.
Ada pemuda-pemuda bermain kompang.
Pengantin bersanding di atas pelamin.
Saya berasa sangat gembira kerana dapat banyak pengalaman.

34. Hidup berjiran banyak kebaikannya.Huraikan.


Jiran ialah orang yang tinggal setaman dengan kita.
Hidup berjiran sangat penting.
Hidup berjiran banyak kebaikannya.
Pertamanya, kita dapat menolong jiran yang miskin.
Keduanya, jiran dapat menolong menjaga rumah kita apabila kita keluar.
Ketiganya,kita dapat bermain bersama-sama.
Keempatnya,kita dapat bertukar-tukar idea.
Kelimanya,kita dapat memupuk perpaduan.
Tanpa jiran hidup kita sunyi.
Oleh itu, kita mestilah menghormati jiran.

35..Banyak kebaikan tinggal di desa.Jelaskan.


Desa ialah kampung.
Ada banyak faedah tinggal di kampung.
Pertamanya, kita dapat udara segar.
Ini kerana tiada pencemaran alam di desa.
Keduanya, kita dapat tolong-menolong sesama jiran sekampung.
Ketiganya,kita dapat mengamalkan gotong-royong.
Keempatnya,kita dapat melihat keindahan suasana desa.
Kelimanya, kita dapat merasa makanan kampung.
Banyak kebaikan tinggal di desa.
Oleh itu, semua orang mestilah menjaga keindahan kampung.

Cikgu fadzil ~ 0195698686

18

60 contoh karangan 10 ayat

36. Tuliskan karangan yang bertajuk


Cara-cara Menjaga Kebersihan Kawasan Perumahan.
Menjaga kebersihan sangat penting.
Kawasan perumahan kita mestilah kita jaga.
Kita mestilah mengadakan gotong-royong.
Gotong-royong untuk membersihkan kawasan perumahan kita.
Kita mestlah menanam tin-tin kosong.
Kita hendaklah mencuci longkang yang tersumbat.
Kita tidak boleh membuang sampah ke merata-rata tempat.
Kita tidak boleh melakukan pembakaran terbuka.
Semua penduduk mestilah bekerjasama.
Negara bersih rakyat sihat.

37. Sukaneka telah diadakan di taman perumahan kamu.Tuliskan sepucuk surat kepada
kawan kamu untuk menceritakan suasana sukaneka tersebut.
Ahad lalu,taman perumahan saya mengadakan sukaneka.
Banyak acara diadakan.
Ada acara tiup belon.
Ada acara tarik tali.
Ada acara lari dalam guni.
Suasana sangat meriah kerana ramai orang.
Saya masuk acara makan buah pisang.
Saya dapat nombor dua.
Sukaneka tamat pada pukull 2.00 petang.
Saya berasa gembira kerana dapat bersukaneka.

38. Tulis sebuah karangan yang bertajuk Saya Sebuah Telefon Awam
Saya sebuah telefon awam.
Saya dilahirkan di sebuah kilang.
Badan saya diperbuat daripada besi.
Badan saya ada wayar.
Badan saya ada tempat letak masuk duit syiling.
Dada saya ada nombor 0 hingga 9
Orang ramai menggunakan saya setiap hari.
Mereka menggunakan saya untuk berbual-bual.
Ada juga yang cuba merosakkan badan saya.
Saya berasa sangat gembira kerana berjasa kepada orang lain.

39. Seperti Kacang Lupakan Kulit.Tulis sebuah cerita mengenai peribahasa tersebut.
Pak Atan dan Mak Cik Limah tinggal di sebuah kampung.
Mereka hidup miskin,Pak Atan seorang nelayan.

Cikgu fadzil ~ 0195698686

19

60 contoh karangan 10 ayat

Mak Cik Limah pula menjual kuih-muih.


Mereka ada seorang anak.Namanya Rudi.
Mereka sangat sayang akan Rudi.
Rudi berjaya belajar di universiti.
Sekarang Rudi menjadi seorang doktor.
Tetapi dia tidak mahu balik ke kampung .
Rudi malu kerana ibu bapanya miskin.
Sikap Rudi Seperti Kacang Lupakan Kulit.

TEMA : SEKOLAH
40. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk Pameran Lukisan di Sekolah Saya.
Kelab Seni Lukis mengadakan pameran
Pameran diadakan di dewan sekolah.
Banyak ibu bapa melihat pameran.
Pelbagai lukisan dipamerkan.
Pertandingan melukis dan mewarna juga diadakan
Guru besar menyampaikan hadiah.
Pemenang sangat gembira
Pameran mendapat sambutan yang baik.
Orang ramai suka melihat pameran.
Pameran akan diadakan lagi

41. Tulis sebuah karangan yang bertajuk Kepentingan Menyertai Kegiatan Kokurikulum di
Sekolah.
Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar kelas.
Kita dapat mengisi masa lapang.
Kita dapat memupuk sikap tanggungjawab.
Kita dapat belajar hidup bekerjasama dan berdikari
Kita dapat belajar mematuhi peraturan .
Kita dapat belajar menjadi ketua.
Kita juga dapat kawan yang baru.
Kita juga dapat berfikir dengan baik.
Kita mesti ikut aktiviti kokurikulum.
Kita dapat banyak faedah.

Cikgu fadzil ~ 0195698686

20

60 contoh karangan 10 ayat

42. Kamu selaku penerbit majalah sekolah telah mewawancara dengan seorang tokoh
guru di sekolah. Tuliskan wawancara tersebut.
Selamat pagi tuan.
Saya ucap tahniah kepada cikgu.
Bilakah cikgu menjadi guru?
Sejak 20 tahun yang lalu.
Di manakah cikgu mula mengajar ?
Saya mula mengajar di SJKT Mahatma Ghandi.
Apakah perasaan cikgu menjadi tokoh guru?
Saya berasa gembira dan bangga.
Apakah nasihat cikgu kepada kami?
Belajarlah rajin-rajin.
Terima kasih kerana sudi diwawancara.

43. Kamu telah menghadiri satu Kem Motivasi UPSR di sekolah. Tuliskan catatan tentang
kem motivasi tersebut.
20 April 2007
Kami mendaftar diri.
Kami berkumpul di dewan.
Guru Besar memberi ucapan.
Guru memberi arahan.
Penceramah beri nasihat kepada murid.
Kami diajar cara-cara menjawab soalan.
Kami berehat dan makan di kantin.
Kami juga menyanyi dan bermain.
Guru Besar menyampaikan cenderamata.
Kami balik dengan gembira.

44. Tuliskan sepucuk surat kepada nenek kamu yang bekas guru di kampung. Ceritakan
kepadanya tentang sambutan Hari Guru di sekolah kamu.
128, Taman Satu,
34000 Taiping.
6 April 2007
Menemui nenda di kampung. Apa khabar?Cucunda sihat.
Nenda,
Sekolah cucunda baru sambut Hari Guru.
Kami berkumpul di dewan.
Guru-guru nyanyi beberapa lagu.
Guru Besar memberi ucapan.

Cikgu fadzil ~ 0195698686

21

60 contoh karangan 10 ayat

Murid menyanyi dan menari.


Kami bermain dengan guru.
Kami makan dan minum di kantin.
Cucunda rindu akan nenek.
Cucunda akan balik kampung.
Harap nenek sihat dan gembira.
Yang benar,
Meena

45. Pasukan bola sepak sekolah kamu telah menjuarai pertandingan bola sepak peringkat
daerah. Tuliskan berita itu untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
TAIPING, Sabtu - SJK (T) Ladang Matang menjadi johan bola sepak peringkat daerah.
Lapan buah sekolah mengambil bahagian.
Ramai ibu bapa datang melihat.
Tempat pertandingan di padang sekolah.
Pemain bermain sungguh-sungguh.
Penonton bertepuk tangan.
Ada pemain yang luka.
SJK (T) Ladang Matang johan.
Guru Besar menyampaikan hadiah.
Pasukan yang menang gembira.
Tahun depan jumpa lagi.

46. Sekolah kamu telah mengadakan Hari Penyampaian Hadiah. Tuliskan Laporan
tentang hari tersebut selengkapnya.
Format : Laporan
Pada 8 Mac 2007, sekolah saya mengadakan Hari Penyampaian Hadiah.
Guru,guru, ibu bapa dan murid-murid berkumpul di dewan.
Kami menyanyi lagu Negaraku.
Selepas itu, Guru Besar memberi ucapan.
Guru Besar memberi hadiah kepada murid yang berjaya.
Ada murid-murid menyanyi dan menari.
Pada pukul 12.00 tengah hari,semua pergi ke kantin untuk makan.
Kami pun pulang.
Kami berasa sangat gembira.
Kami harap majlis ini akan diadakan lagi.

Cikgu fadzil ~ 0195698686

22

60 contoh karangan 10 ayat

47. Kamu akan berpindah ke sekolah baru kerana mengikut bapa kamu bertukar
ke tempat lain. Kamu diminta menyampaikan ucapan dalam satu majlis yang diadakan.
Tuliskan ucapan tersebut selengkapnya.
Selamat pagi, Tuan Guru Besar, guru-guru dan kawan-kawan.
Terima kasih kerana memberi saya berucap.
Bapa saya akan bertukar kerja.
Saya berasa sangat sedih.
Selepas ini kita tidak akan berjumpa lagi.
Kita tidak dapat belajar dan bermain lagi.
Saya harap semua kawan tidak lupakan saya.
Terima kasih kepada guru kerana mengajar saya.
Saya akan selalu ingat kawan-kawan dan guru.
Saya harap dapat berjumpa lagi.

48. Anda ingin melanggan majalah Dewan Pelajar selama 7 bulan. Tuliskan sepucuk
surat kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk tujuan tersebut.
No. 71, Taman Sri Langkap,
36700 Langkap,
Perak.
_________________________________________________________________
Penerbit,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
12345 Kuala Lumpur.

6 APRIL 2009.

Tuan,
Langganan Majalah Dewan Pelajar
Merujuk perkara di atas, saya ingin melanggan Majalah Dewan Pelajar.
Saya hendak melanggan selama 7 bulan.
Bayar sebanyak RM21.00
Saya kirimkan wang pos.
Saya harap tuan cepat menghantar majalah itu.
Saya suka membaca majalah itu.
Dapat menambahkan ilmu.
Majalah ini bagus.
Kawan-kawan saya pun suka membacanya.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
......................
(PUNITHA)

Cikgu fadzil ~ 0195698686

23

60 contoh karangan 10 ayat

49. Tuliskan sebuah karangan tentang tajuk Sekolah Saya.


Nama Sekolah saya
Sekolah saya sangat besar dan cantik.
Sekolah saya ada banyak kelas.
Sekolah saya ada sebuah padang.
Sekolah saya juga ada banyak pokok bunga.
Kantin sekolah saya besar dan bersih.
Guru sekolah saya baik.
Murid-murid sekolah saya rajin belajar.
Sekolah saya selalu menjadi johan dalam pertandingan.
Saya sayang akan sekolah saya.

UCAPAN
50. Sebagai Ketua Murid, kamu diminta berucap pada hari perpisahan murid-murid tahun
enam. Guru Besar dan guru-guru hadir pada majlis tersebut. Tuliskan ucapan kamu
selengkapnya.

Selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar, guru-guru dan rakan sekalian.
Saya berasa sangat sedih.
Saya ucapkan terima kasih kepada guru-guru.
Saya akan selalu ingat jasa guru
Saya minta maaf sekiranya ada kesalahan.
Saya mewakili murid lain minta maaf
Saya harap kawan-kawan tidak lupa jasa guru
Kami akan menjaga nama baik sekolah
Kami berjanji untuk mencapai cita-cita
Saya harap guru doakan kejayaan kami.
Sekian, terima kasih.

SYARAHAN
51.Kamu telah mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan peringkat daerah.Tajuk
syarahan kamu ialah Perlunya Murid-murid Mematuhi Peraturan Sekolah. Tuliskan
syarahan kamu itu.

Terima kasih Tuan Pengerusi, Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan.Tajuk syarahan
saya ialah Perlunya Murid-murid Mematuhi Peraturan Sekolah.
Peraturan sekolah mesti diikuti oleh murid-murid.
Peraturan jadikan murid-murid berdisiplin
Murid-murid tidak boleh berambut panjang

Cikgu fadzil ~ 0195698686

24

60 contoh karangan 10 ayat

Selain itu, murid-murid tidak boleh ponteng.


Peraturan juga bermula dari rumah.
Kita mesti ikut peraturan.
Murid-murid yang tidak mengikut peraturan akan didenda.
Peraturan jadikan kita baik.
Peraturan jadikan kita murid bertanggungjawab.
Kita hendaklah mengikut peraturan sekolah.
Sekian, terima kasih.

LAPORAN
52.Pada cuti semester yang lalu, kamu telah menyertai lawatan ke beberapa buah tempat
menarik. Kamu diminta menyediakan laporan mengenai lawatan itu.
Tajuk : Laporan Lawatan ke Melaka.
Pada cuti semester yang lalu, kami pergi ke Melaka
Kami pergi pada pukul 8.00 pagi.
Kami pergi dengan menaiki bas.
Kami sampai pada pukul 11.00 pagi.
Kami melawat Muzium Melaka.
Selepas itu, kami melawat tempat menarik.
Kami makan di tepi pantai.
Kami gembira melihat pemandangan yang cantik.
Kami membeli buah tangan.
Pada pukul 5.00 petang kami pun pulang.
Kami mendapat banyak ilmu.

Disediakan oleh,
_______________
(
)

20 April 2009.

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI


53. Abang kamu telah mengutus surat untuk mengetahui persiapan kamu menghadapi
peperiksaan UPSR. Tuliskan surat balasan selengkapnya.
No. 1, Jalan Satu,
Taman Satu,
31100 Sg. Siput,
Perak.
7 April 2009.

Cikgu fadzil ~ 0195698686

25

60 contoh karangan 10 ayat

Kakanda,
Terima kasih kerana menghantar surat.
Apa khabar kakanda di sana?
Tahun ini adinda akan menghadapi peperiksaan UPSR.
Adinda akan mengulangkaji pelajaran pada waktu malam.
Adinda juga belajar bersama kawan-kawan.
Selain itu, adinda belajar di kelas tuisyen.
Adinda lemah dalam pelajaran Bahasa Melayu.
Kalau tidak faham adinda tanya guru.
Harap kakanda doakan kejayaan adinda.
Semoga berjumpa lagi.
Adindamu,
Azhar
PERBINCANGAN
54. Bincangkan tajuk Kebaikan Belajar Secara Berkumpulan
Belajar secara kumpulan sangat baik.
Kumpulan ini ada yang besar dan kecil.
Kumpulan boleh diadakan di rumah atau di sekolah.
Kita boleh belajar bersama-sama.
Kalau tidak faham kita boleh tanya kawan.
Kawan yang pandai boleh bantu kawan yang lemah.
Masalah dapat diselesaikan bersama-sama.
Kita juga dapat berkongsi idea.
Kita boleh dapat banyak faedah.
Belajar secara berkumpulan memang banyak kebaikan.
KEPERIHALAN
55.Sekolah kamu telah mengadakan pesta ria. Ceritakan tentang pesta ria itu.
Pada hari Ahad yang lalu, sekolah saya telah mengadakan pesta ria.
Pesta ria itu diadakan pada pukul 8.00 pagi.
Ramai orang yang datang ke pesta ria itu.
Suasana pesta ria itu sangat meriah.
Banyak gerai menjual barangan.
Pembeli membeli barangan menggunakan kupon.
Acara sukaneka dan nyanyian juga diadakan.
Peraduan teka kacang juga diadakan
Pesta ria itu tamat pada pukul 5.00 petang.
Selepas itu, semua orang pulang ke rumah.

Cikgu fadzil ~ 0195698686

26

60 contoh karangan 10 ayat

AUTOBIOGRAFI
56.Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk Saya Sebuah Perpustakaan
Saya sebuah perpustakaan.
Saya juga dipanggil disebut pusat sumber.
Saya ada di sebuah sekolah yang besar.
Badan saya ada pelbagai jenis buku.
Murid-murid selalu menggunakan saya untuk belajar.
Murid-murid selalu meminjam buku.
Saya dijaga oleh pustakawan.
Pustakawan menyusun buku dengan rapi.
Murid yang lambat hantar buku akan didenda.
Saya berasa sangat bangga kerana dapat menolong murid-murid.
KEPERIHALAN
57.Sekolah kamu telah mengadakan Hari Sukan.. Tuliskan sebuah karangan mengenai
hari sukan tersebut.
Pada hari Ahad yang lalu, sekolah saya mengadakan hari sukan.
Sukan itu diadakan di padang sekolah.
Sukan itu dirasmikan oleh Pengerusi PIBG.
Mula-mula murid-murid berjalan keliling padang.
Selepas itu, acara sukan pun dimulakan.
Acara pertama ialah lumba lari 100 meter.
Murid-murid bersorak semasa kawan mereka berlari.
Pasukan Merah telah menjadi johan.
Guru besar menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Sukan itu tamat pada pukul 2.00 petang.
PENGALAMAN
58. Pada cuti persekolahan yang lalu, kamu berpeluang menyertai aktiviti perkhemahan
pengakap. Ceritakan perstiwa-peristiwa menarik yang berlaku sepanjang perkhemahan
itu.
Perkhemahan diadakan pada 12 April 2007.
Seramai 3 orang guru dan 30 orang murid terlibat.
Perkhemahan diadakan di tepi hutan.
Berkumpul di sekolah dan menaiki bas ke tapak perkhemahan.
Pemandangan sangat cantik sepanjang perjalanan.
Kami menurunkan barang setelah sampai di situ.
Mengikut kumpulan selepas mendengar arahan guru.
Membuat tugasan yang diberikan.
Selepas mendirikan khemah, kami memasak.
Kami meredah hutan dan melihat banyak tumbuhan.
Waktu malam, kami membuat unggun api.

Cikgu fadzil ~ 0195698686

27

60 contoh karangan 10 ayat

Malam akhir, kami adakan persembahan mengikut kumpulan.


Kami bersiap-siap untuk pulang.
Saya berasa seronok dan gembira.
SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI
59.Kamu telah berpindah ke sekolah baharu. Tuliskan sepucuk surat kepada sahabat
kamu di sekolah lama kamu untuk menceritakan tentang sekolah baharu kamu.

No. 11 Taman Bersatu,


333 00 Gerik,
Perak.
12 April 2007
Menemui sahabatku, semoga sihat sejahtera di sana. Tujuan saya menulis surat ini,
bertujuan memberitahu saudara saya sudah berpindah ke sekolah baharu.
Saudara,
Sekolah saya bersih dan cantik.
Sekolah saya terletak berhampiran pekan.
Terdapat lima bangunan di sekolah saya.
Sekolah saya besar dan luas.
Murid di sekolah itu seramai lima ratus orang.
Ada lapan belas kelas semuanya.
Kemudahan di sekolah itu lengkap.
Ada empat puluh orang guru di sekolah itu.
Guru-guru dan rakan-rakan sangat peramah dan baik.
saya sangat gembira dan seronok.
Saya harap saudara balas surat ini.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Lee Ming
CERITA GAMBARAN
60. Tulis sebuah karangan yan bertajuk Sekolah Idamanku
Setiap murid inginkan sekolah yang cantk.
Begitu juga aku.
Antara ciri sekolah idamanku ialah bilik darjah yang cantik dan ceria.
Guru-guru yang mengajar juga baik.
Semua guru mesti sayang kepada semua murid.
Aku mahukan persekitaran yang tenang dan selesa.
Aku mahu sekolahku dipenuhi dengan bunga yang berwarna-warni.
Aku inginkan rakan-rakan yang berdisiplin.
Aku berharap semua kawanku baik hati.
Aku berharap impianku menjadi kenyataan.

Cikgu fadzil ~ 0195698686

28

You might also like