You are on page 1of 10

Karangan Autobiografi

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Autobiografi: Aku Sebuah Televisyen
Aku dilahirkan di sebuah kilang televisyen Panasonic di Shah Alam. Badanku berbentuk leper dan
kebanyakan bahagian badan ku diperbuat daripada plastik. Aku dicipta untuk membolehkan manusia
menonton berita, cerita dan sebagainya. Bagaimanapun, mereka sering menggunakan aku untuk berhibur.
Oleh itu ramai manusia ingin memiliki aku bagi menghiburkan mereka di rumah dan sebagainya.

Setelah aku dan rakan-rakan ku selesai dipasang dan diuji, kami diletakkan di dalam sebuah kotak
yang selesa untuk dihantar ke kedai-kedai elektrik di seluruh Malaysia. Aku dihantar ke sebuah kedai di
Bandar Kuala Lipis, Pahang. Kemudian, aku dipamerkan di dalam almari kaca di kedai tersebut.

Setiap kali pengunjung datang ke kedai itu, mereka pasti melihat-lihat aku. Ramai yang bertanya
tentang hargaku dan memuji-muji akan kecantikan dan kecanggihan aku. Walau bagaimanapun mereka tidak
mampu membeli ku kerana harga aku lebih mahal berbanding dengan televisyen-televisyen yang lain.

Pada suatu hari, aku dikunjungi oleh seorang lelaki muda. Dia sangat berminat untuk memiliki aku
apabila dia cuba tawar-menawar hargaku dengan tuan kedai. Akhirnya, dia bersetuju membeli aku dengan
harga RM3600.00.

Selepas itu, aku dibawa balik ke rumahnya di Kampung Merapoh dan diletakkan di ruang tamu
rumahnya. Aku lihat isteri dan anak-anaknya sangat gembira memperolehi aku. Sejak dari hari itu, aku
sering digunakan oleh keluarga Encik Ali tanpa mengira waktu. Walaupun aku berasa sangat penat, namun
aku terpaksa menunaikan tanggungjawab ku menghiburkan mereka. Kadang-kadang aku terus dipasang
walaupun pada waktu itu hujan dan kilat sambar-menyambar. Aku berasa sedih kerana mereka tidak
mempedulikan akan keselamatan diri ku.

Pada suatu malam, aku terpadam secara tiba-tiba akibat disambar petir. Aku tidak boleh dibaiki lagi
kerana perutku telah hangus terbakar. Akhirnya aku dibuang ke tempat perlupusan sampah. Walaupun
begitu, aku tetap berasa bangga kerana dapat juga aku membuat bakti semasa hidupku.

Sumber: http://karangansr.blogspot.my/2015/04/autobiografi-aku-sebuah-televisyen_22.html

https://www.facebook.com/ShareBM/

Karangan Autobiografi

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Autobiografi: Aku Sebuah Basikal


Aku sebuah basikal .Nama aku BMX. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Kuala
Lumpur. Badan aku diperbuat daripada besi. Aku berwarna ungu.
Setelah siap dipasang, aku dan rakan-rakan dihantar ke kedai basikal. Kedai basikal ini
terletak di Johor Bahru. Aku disusun sebaris dengan rakan-rakanku yang lain. Pemilik kedai
meletakkan tanda harga pada badan aku.
Pada suatu hari, seorang pemuda datang ke kedai untuk membeli basikal. Pemuda itu
bernama Alvin. Alvin membeli aku kerana tertarik dengan warna aku yang cantik
Aku terus dibawa pulang ke rumah tuan aku. Alvin menunggang aku ke sekolah pada
setiap hari. Kawan-kawannya memuji kecantikan aku. Pada waktu petang, Alvin juga
menunggang aku ke taman untuk siar-siar.
Alvin menjaga aku dengan baik. Dia selalu membersihkan badan aku apabila badan aku
kotor. Aku berasa bertuan kerana mempunyai tuan yang baik seperti Alvin.

Sumber : http://kokhou020825.blogspot.my/2014/03/aku-sebuah-basikal.html

https://www.facebook.com/ShareBM/

Karangan Autobiografi

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Autobiografi : Aku Sebuah Telefon Bimbit

Aku sebuah telefon bimbit yang canggih. Aku bernama Samsung Galaxy S5 dan aku berwarna hitam. Aku
dilahirkan di sebuah kilang elektronik yang terletak di Senai, Johor.

Setelah siap dibuat, aku diletakkan di dalam sebuah kotak. Selepas itu, aku dihantar ke sebuah kedai
telekomunikasi di Skudai. Aku berharga RM1800. Aku berkenalan dengan rakan-rakan seperti
Oppo,Sony,Iphone dan sebagainya. Aku dan rakan-rakan dipamerkan di dalam almari kaca. Kami menunggu
tuan kami dengan sabarnya.

Pada suatu hari,seorang wanita berkunjung ke kedai tersebut.Beliau ingin membeli telefon bimbit untuk
anaknya sebagai hadiah hari jadi. Beliau membelek-belek aku dan mencuba beberapa fungsi aku yang canggih.
Beliau tertarik oleh keanggunan aku lalu membeli aku.Aku dibawa pulang ke rumahnya.

Tuan aku bernama Anis.Dia pemuda yang rajin dan bertanggungjawab. Anis menjaga aku dengan baik
bagai menatang minyak yang penuh.Anis membawa aku ke pejabat semasa bekerja. Rakan Anis memuji
kecanggihan aku. Aku berasa bangga dan aku suka akan tuan aku.

Anis menggunakan aku untuk berhubung dengan kawannya. Aku juga digunakan untuk melayari Internet.
Anis selalu menggunakan aku untuk menghantar pesanan ringkas kepada kawan-kawannya. Dia juga bermain
permainan komputer atas talian untuk melapangkan fikirannya.

Tuan aku menggunakan aku dengan cermat. Aku bersyukur kerana mempunyai tuan yang baik. Aku akan
terus berkhidmat untuk tuan aku.
Sumber : http://yanghuatan.blogspot.my/2015/08/karangan-12-aku-sebuah-telefon-bimbit.html

https://www.facebook.com/ShareBM/

Karangan Autobiografi

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Autobiografi : Aku Sepasang Kasut

Aku sepasang kasut. Nama saya ialah Puteri. Saya diperbuat daripada kulit buaya dan tapak saya diperbuat
daripada getah. Saya berasal dari sebuah kilang di kawasan perindustrian Seberang Perai.

Setelah siap dibungkus saya dihantar ke sebuah kedai kasut di Parit Buntar. Ramai orang tertarik
dengan diri saya kerana kulit saya yang asli dan berwarna hitam. Saya selalu digilap sehingga berkilat.

Pada suatu hari,seorang gadis cantik telah datang ke kedai tersebut. Dia berminat melihat bentuk
saya yang cantik lalu membelinya. Saya di bawa pulang ke rumah.

Tuan saya menjaga saya dengan baik. Dia tidak suka memijak lopak air jika memakai saya. Pada setiap
hujung minggu, tubuh saya akan digilap dengan pengilat yang dibeli khas untuk saya.

Walaupun dua tahun berlalu, saya masih setia berkhidmat.Namun begitu, kini diri saya telah mula uzur.
Tapak saya mula haus dan tubuh saya telah mula cedera.

Pada suatu hari,tuan saya pulang dengan membawa sepasang kasut baru. Saya berasa sungguh sedih.
Tuan saya telah menyimpan saya di dalam stor. Tinggalah saya dalam kegelapan dan kesepian.

Sumber : http://haniyatiyaacob.blogspot.my/2012/07/karangan-autobiografi-aku-sepasang-kasut.html

https://www.facebook.com/ShareBM/

Karangan Autobiografi

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Autobiografi: Aku Sebuah Komputer Riba

Aku sebuah komputer riba yang berjenama HP.Aku dilahirkan di sebuah kilang komputer yang terletak di
Johor Bahru.Aku berbentuk segi empat dan berwarna hitam.Aku merupakan hasil ciptaan canggih pada era
kemajuan sains dan teknologi.

Selepas siap dibuat,aku dimasukkan ke dalam kotak. Aku dan rakan-rakan dihantar ke sebuah kedai
komputer dengan lori yang besar.Aku dipamerkan di dalam almari kaca.Aku diletakkan tanda harga RM
2499.Di sana,aku berkenalan dengan rakan-rakan seperjuangan aku yang berjenama lain.Kami mempunyai
keistimewaan tersendiri untuk menarik perhatian pelanggan.

Pada suatu hari,seorang wanita berkunjung ke kedai komputer tersebut.Dia ingin membeli komputer
untuk anaknya sebagai hadiah hari jadi.Selepas mendengar penerangan penjual komputer ,dia tertarik oleh
kecantikan dan keistimewaan aku lalu memilih aku.Aku dibeli dan dibawa pulang ke rumah.Kehadiran aku
disambut oleh ahli keluarganya dengan tangan terbuka.

Tuan aku bernama Bin Quan.Dia murid yang rajin dan bertanggungjawab.Tuan aku menggunakan aku
untuk melayari internet,mambuat projek sekolah,bermain permainan komputer atas talian
dan sebagainya.Aku berasa bangga dan gembira kerana dapat bergembira bersama tuan aku.

Bin Quan menjaga aku dengan baik bagai menatang minyak yang penuh.Setiap kali selepas
menggunakan aku,dia akan menutup aku dengan penutup plastik.Tuan aku mengelap aku pada setiap hujung
minggu.Tuan aku menggunakan aku dengan cermat.

Aku bersyukur mempunyai tuan yang menghargai perkhidmatan aku.Aku berjanji akan terus
berkhidmat untuk tuan aku buat selama-lamanya

Sumber: http://yanghuatan.blogspot.my/2012/05/contoh-karangan-1aku-sebuah-komputer.html

https://www.facebook.com/ShareBM/

Karangan Autobiografi

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Autobiografi: Aku Sebatang Pen

Aku Sebatang pen berjenama Pilot. Aku dilahirkan di sebuah kilang alat tulis Pilot yang terkenal di negeri
Melaka. Badanku berwarna merah gelap. Darahku berwarna merah.

Selepas aku diperiksa, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Badanku dibalut dengan sekeping
plastik. Kemudian, aku dan kawan-kawanku dimasukkan ke dalam sebuah lori untuk dihantar ke sebuah kedai
alat tulis. Dalam perjalanan, aku telah berkenalan dengan ramai kawan-kawan yang baru yang berlainan
jenama iaitu seperti Kilometrico, Faber Castell, Luna, Pappermate, Pelikan dan sebagainya. Perjalanan itu
mengambil masa dua jam untuk tiba ke destinasi.

Sebaik sahaja kami tiba di sebuah kedai alat tulis. Aku terus dipamerkan bersama barangan lain.
Aku dipamerkan di dalam almari kaca bersama-sama dengan pen-pen yang berjenama daripada luar negara.
Disitu, aku telah berkenalan lagi dengan kawan baru. Pada suatu hari seorang wanita bernama Linda datang
membeliku. Rupa-rupanya Linda merupakan seorang guru.

Linda selalu membawaku ke sekolah. Aku digunakan untuk menanda buku-buku latihan muridmuridnya. Linda seorang guru yang berdedikasi dan murah hati. Apabila rakan sekerjanya memerlukan pen,
Linda akan meminjamkan aku kepada mereka. Kesemua rakannya memuji aku kerana darah merahku yang
terang dan mudah digunakan. Begitu juga dengan Linda. Dia sangat menyukai aku. Linda menjaga aku dengan
baik. Setiap kali selepas aku digunakan, aku akan disimpan dengan baik.

Lama-kelamaan darahku mulai kering. Aku tidak dapat bekerja lagi. Linda berasa sedih kerana
aku tidak dapat berkhidmat lagi kepadanya. Walau bagaimanapun, Linda telah menyimpan aku dengan baik di
dalam sebuah bekas pensel. Aku berasa bangga mempunyai tuan yang baik hati seperti Linda. Kini tuanku
Linda telah mempunyai pen yang baru.

Sumber: http://bahasamelayu-suhaimi.blogspot.my/2011/10/contoh-karangan-upsr.html

https://www.facebook.com/ShareBM/

Karangan Autobiografi

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Autobiografi : Aku Sehelai Baju

Aku sehelai baju. Aku berasal dari sebuah kilang di Shah Alam. Aku diberi nama Kiko. Setelah selesai
dibungkus, aku dan rakan-rakan dimasukkan ke dalam kotak.

Kemudian,

kami dihantar ke

sebuah

kedai

yang

terletak

di

Bandar

Raya

Johor

Bahru.

Kami dipamerkan di atas sebuah rak untuk menarik perhatian pelanggan.

Pada suatu hari, seorang budak lelaki datang ke kedai itu. Apabila melihat reka bentuk aku, dia terus
membeli aku. Aku dibawa pulang ke rumah.

Setiap hari, dia berasa bangga apabila memakai aku. Dia juga akan membersihkan badan aku supaya
sentiasa kelihatan bersih dan wangi.

Lama-kelamaan, warna badan aku telah lusuh dan koyak. Aku kelihatan hodoh dan comot. Tuan aku
malu untuk memakai aku lagi.

Dia menggunakan aku untuk mengelap kotoran. Kini,riwayat hidup aku berada di penghujung. Aku telah
menjadi sehelai kain buruk.

Sumber: http://cikgusazlysudin.blogspot.my/2012/11/karangan-jenis-autobigrafi-aku-sehelai.html

https://www.facebook.com/ShareBM/

Karangan Autobiografi

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Autobiografi : Aku Sebiji Bola

Aku sebiji bola. Nama aku ialah Adidas. Aku dibuat di sebuah kilang di Shah Alam.

Pada suatu hari, aku dan kawan-kawan dimasukkan ke dalam sebuah kotak yang besar. Kami dihantar
ke sebuah pasar raya di Setiawan. Di situ, kami dipamerkan untuk dijual.

Pada suatu petang, seorang wanita telah membeli aku. Aku dihadiahkan kepada anak lelakinya.

Tuan aku selalu membawa saya ke padang. Biasanya, dia akan bermain dengan kawan-kawannya. Badan
aku sakit kerana selalu ditendang.

Walau bagaimanapun, tuan aku pandai menjaga aku. Setelah bermain, dia akan memastikan badan aku
bersih. Apabila badan aku kempis , aku akan dipam oleh tuan aku.

Saya berasa gembira kerana dapat berkhidmat untuk tuan saya.

Sumber : http://cikgusazlysudin.blogspot.my/2012/11/karangan-jenis-autobiografi-aku-sebiji.html

https://www.facebook.com/ShareBM/

Karangan Autobiografi

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Autobiografi : Aku Sebuah Meja

Aku sebuah meja belajar. Aku telah ditempatkan di sebuah bilik di UMP. Setelah sekian lama, aku
diketemukan dengan seorang tuan yang dipanggil... dipanggil... entahlah, banyak sungguh nama panggilannya.
Tapi aku lebih senang untuk memanggilnya Syam.

Dia bukanlah seorang yang terlalu terurus, dan bukanlah seorang yang terlalu bersepah. Dia ini suka
mejanya dalam keadaan sedikit bersepah agar dia mendapat mood belajarnya. Inilah kebiasaan tentang
dirinya. Kadang kala, dia juga suka untuk membersihkan aku dan kawasan sekelilingku.

Namun begitu, kesibukan melampau menyebabkan dia tak mampu menjaga aku dengan baik.
Sepanjang dua-tiga minggu ini, hidupnya banyak berada bersamaku untuk menyiapkan kerja-kerja yang
harus disiapkannya dan juga sedikit masa untuk mengulang kaji. Aku kasihan melihatnya berhempas pulas
sebegini.

Sayangnya, keadaan aku semakin bersepah, sekeliling aku juga bersepah. Kesibukannya menyebabkan
segalanya tak terurus. Tuanku ini hanya mampu menumpukan usahanya untuk menyiapkan segala tugas-tugas
pelajarannya. Tak mengapalah, asalkan dia menggunakan khidmat aku untuk kebaikan.

Sumber: http://fadzrulhisyam.blogspot.my/2009/04/aku-sebuah-meja-belajar.html

https://www.facebook.com/ShareBM/

Karangan Autobiografi

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Karangan Autobiografi: Aku Sebuah Kamus

Aku bersyukur kerana dilahirkan sebagai sebuah kamus. Namaku Kamus Dewan Pelajar. Badanku berbentuk
empat segi. Aku tidak mempunyai kaki mahupun tangan. Badanku setebal empat sentimeter. Aku dilahirkan di
sebuah kilang percetakan di Kuala Lumpur.

Rumah kedua aku ialah Kedai Buku Popular. Wah, banyak betul rakanku di kedai ini! Mereka ialah rakan
kamusku. Aku ditempatkan sederet dengan rakan kamus daripada pelbagai syarikat penerbitan. Setelah
berada dua bulan di kedai buku tersebut, aku dibeli oleh seorang murid perempuan yang comel bernama Aliya
Syahanim dengan harga RM20 senaskhah.

Rumah ketigaku ialah rumah tuan baruku. Aku diletakkan di atas rak buku di dalam bilik belajarnya.
Aliya seorang murid yang rajin. Dia selalu menggunakanku untuk merujuk perkataan yang tidak difahami
maknanya. Kadang kala Aliya akan membawaku ke sekolah. Aku berasa sungguh bangga kerana telah banyak
membantu tuanku dalam pelajaran.

Cikgu Nurul selalu memuji sikap Aliya yang sering membawa kamus ke sekolah. Aku memerhatikan
tidak ramai murid yang membawa kamus ke sekolah. Padaku, sikap tersebut merugikan diri sendiri . Jika aku
boleh bercakap sudah tentu aku akan menasihati mereka agar memiliki sebuah kamus untuk meningkatkan
perbendaharaan kata.

Kini, Aliya telah menamatkan pelajarannya di sebuah universiti di utara tanah air. Namun, aku tetap
menjadi pembantu setianya walaupun dia sudah memiliki kamus lain. Aku ialah sahabat lamanya yang paling
dihargai. Aku berjanji akan tetap memberikan khidmat yang terbaik untuknya.

Sumber : http://cikgunorriza.blogspot.my/2012/08/karangan-jenis-autobiografi-1.html

https://www.facebook.com/ShareBM/

You might also like