You are on page 1of 3

Tajuk Kajian

Mengenalpasti Faktor-faktor Pencetus Serangan Asma di Kalangan Penghidap


Penyakit Bronkiol Asma Yang Menerima Rawatan di Klinik Kesihatan Debak.

Huraian Ringkas
Asma adalah sejenis penyakit yang bercirikan dengan peningkatan kepekaan
trakea dan bronki kepada pelbagai jenis ransangan. Ia akan mengakibatkan
penyumbatan saluran pernafasan secara akut atau kronik. Penyakit ini tidak hanya
terdapat di Malaysia sahaja, tetapi terdapat juga di seluruh perusuk bumi. Penyakit
ini adalah penyakit respiratori yang merbahaya, kerana jikalau tidak dirawat dengan
segera, jika berlaku serangan yang teruk, boleh mengakibatkan kematian ke atas
pesakit tersebut. Kadar kematian penyakit ini adalah agak tinggi dan sangat
membimbangkan terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.
Menurut statistik kasar dari World Health Organisation (WHO) pada Tahun
2013, dianggarkan sejumlah 235 juta penduduk serata dunia adalah penghidap
penyakit bronkiol asma.Di Malaysia pula, kadar pesakit asma juga agak
membimbangkan. Dianggarkan 4.5 peratus daripada golongan dewasa di negara ini
adalah penghidap bronkiol asma manakala kanak-kanak mendominasikan golongan
penyakit ini dengan anggaran sebanyak 7.1peratus. Hal ini agak membimbangkan,
kerana tahap pengetahuan penduduk tentang penyakit bronkiol asma masih rendah
justeru kekurangan kesedaran mengenai pentingnya rawatan awal serangan asma.
Seiring dengan kemajuan dunia perubatan pada zaman ini, ubat-ubatan untuk
rawatan asma bukan sahaja terdapat di hospital-hospital besar, malahan terdapat
juga di klinik-klinik kesihatan. Walaubagaimanapun, kemodenan dunia perubatan
zaman ini masih belum mampu mencegah sebarang serangan asma, kerana
etiologinya yang pelbagai selain serangannya yang terjadi secara akut.
Oleh yang demikian, saya mengambil keputusan untuk menjalankan kajian
serta untuk mengenalpasti faktor-faktor pencetus asma dan saya telah memilih
untuk menjalankan kajian ini di kalangan penghidap bronkiol asma menerima
rawatan di Klinik Kesihatan Debak. Selain daripada itu, kajian ini juga merupakan
satu medium bagi mengenalpasti tahap pengetahuan responden mengenai faktorfaktor pencetus serangan asma.

Skop Kajian
Kajian yang akan saya jalankan ini adalah mengenai faktor-faktor pencetus
serangan asma di kalangan pesakit bronkiol asma yang mendapatkan rawatan di
Klinik Kesihatan Debak. Dalam kajian kali ini juga, sebanyak 30 orang responden
akan terlibat. Kajian ini akan berjalan dari bulan Januari 2015 hinggalah Mac 2015.

Objektif Kajian
Objektif Am
Untuk mengenalpasti faktor-faktor pencetus serangan asma di kalangan
penghidap penyakit bronkiol asma yang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan
Debak.
Objektif Spesifik
i. Untuk mengenalpasti sosiodemografi pesakit.
ii. Untuk mengkaji pengetahuan responden tentang kaedah-kaedah untuk
mencegah serangan penyakit bronkiol asma.
iii. Untuk mengkaji pengetahuan pesakit tentang pentingnya rawatan awal
serangan asma.
iv. Untuk mengenalpasti tahap pengetahuan pesakit tentang komplikasi bronkiol
asma.

Huraian Ringkas (reka bentuk dan metodologi)


Reka Bentuk
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah Descriptive Study
dengan membuat satu tinjauan di Klinik Kesihatan Debak. Kaedah ini saya pilih
disebabkan caranya yang lebih mudah, ringkas dan menjimatkan masa. Selain
daripada itu, melalui cara ini juga, responden-responden yang saya pilih akan lebih
mudah untuk memahami kajian kali ini.
Metodologi
i.

Persampelan
Sampel yang saya gunakan untuk menjalankan kajian kali ini adalah
penduduk di sekitar Klinik Kesihatan Debak yang dipilih secara rawak.

ii. Instrumen
Instrumen yang saya gunakan untuk menjalankan kajian kali ini adalah
borang soal selidik. Borang soal selidik ini mengandungi butir-butir peribadi
mengenai pesakit serta beberapa bahagian yang berdasarkan objekti-objektif
spesifik kajian ini. Bagi responden-responden yang tidak tahu membaca atau
menulis pula, kaedah lisan akan saya gunakan terhadap mereka.

Pilot Study
Sebelum menjalankan kajian, saya terlebih dahulu menjalankan pilot study, di
mana 5 orang responden dipilih untuk mengisi borang pra-uji. Borang tersebut
adalah borang cubaan, di mana sebarang kekurangan akan dilakukan penambah
baikan. Borang ini juga bertujuan untuk menguji tahap pengetahuan responden
terhadap kajian yang akan saya jalankan.

You might also like