You are on page 1of 38

KEMAHIRAN MENULIS PERBINCANGAN

BAB 2

Nyatakan cara melukis bentuk asas di dalam air.


1. Boleh menggunakan bekas air seperti baldi dan lain-lain.
2. Pandu murid menggunakan jari telunjuk.
3. Lakukan secara pelahan-lahan dan serentak.
4. Sebut nama bentuk semasa melukis.
5. Latihan berulng-ulang untuk pengkukuhan.
Pratulisan
Menurut Golden (1984; 4), kanak-kanak pada umur tiga tahun telah berupaya untuk mengenalpasti
perbezaan antara contengan untuk tulisan dan lakaran. Pandangan beliau menjelaskan bahawa
kanak-kanak telah terdedah dengan pengalaman tulisan (print) dan bacaan pada awal peringkat
perkembangannya. Peranan orang dewasa untuk memupuk minat ke atas tulisan dan bacaan boleh
bermula ketika kanak-kanak berumur tiga tahun.
Pratulisan merujuk kepada latihan-latihan yang dilakukan untuk pergerakan tangan. Dengan itu,
dapatlah kanak-kanak menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan
sempurna. Selain itu, kanak-kanak juga dapat melakukan latihan-latihan pergerakan mata serta
melakukan latihan-latihan kordinasi tangan.
Objektif utama penguasaan kemahiran menulis mekanis atau tulisan tangan ialah supaya mudah
dibaca. Pengajaran guru harus berfokus kepada memegang alat tulis, membentuk garisan dan
lengkokan huruf dengan betul serta mengekalkan jarak dan bentuk huruf dengan sempurna.
Antara aktiviti pratulisan ialah:1.melatih pergerakan tangan dan jari.
2. melatih pergerakan mata.
3. melatih kordinasi mata dan tangan.
4. murid seronok datang ke sekolah.
5. membolehkan murid belajar dalam suasana yang selesa.
6. menjadikan pengajaran guru lebih menarik dan berkesan.
7. membolehkan penerapan nilai murni dijalankan secara berterusan dan berkesan.
8. mengenal bentuk huruf dalam perkataan.
9.menulis huruf dan perkataan.

Selain itu aktiviti pra tulisan juga bertujuan :


* Membolehkan pelajar belajar dalam suasana yang selesa.
* Menjadikan pengajaran guru lebih menarik dan berkesan.

* Membolehkan penerapan nilai murni dijalankan secara berterusan dan berkesan.


* Mengenal bentuk huruf dalam perkataan.
* Menulis huruf dan perkataan.

Latihan-latihan pramenulis menitikberatkan perkara-perkara berikut :


a) Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan.
b) Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna.
c) Melakukan latihan-latihan pergerakan mata.
d) Melakukan latihan-latihan koordinasi tangan dan mata.
Aktiviti-aktiviti Latihan Pramenulis :
a. Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan. Ini adalah latihan
menulis dari kiri ke kanan.
---------- ---------- ---------- ---------- ---------- ---------- ---------b. Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri.
c. Latihan membentuk bulatan di udara, meja, lantai, atas pasir dan rumput tanpa menggunakan
alat tulis. (bulatan besar bulatan kecil).
d. Latihan-latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari, menekan-nekankan jari,
menggoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya.
e. Latihan-latihan membentuk garisan lurus.
f. Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garisan lurus. Dilakukan secara bebas
g. Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisan-garisan lurus dan bulat.
Jelaskan keadaan kerusi dan meja semasa menulis.
a). Murid-murid perlu dilatih supaya memijak lantai semasa menulis. Kedua-dua belah kaki perlu
sampai ke lantai dan bukannya tergantung. Jenis kerusi yang diduduki murid di dalam bilik
darjah penting bukan sahaja dari aspek keselesaan tetapi juga peranannnya semasa murid
menulis.
b). Sebaik-baiknya murid-murid yang bersaiz kecil seperti murid-murid tahap 1 perlu dibekalkan
kerusi rendah supaya kedua-dua belah kaki mencecah lantai sewaktu menulis.
Apakah kebaikan apabila seseorang kanak2 dapat menguasai kemahiran menulis peringkat
awal?
Kemahiran menulis secara peringkat awal yang perlu dikuasai agar para pelajar dapat
menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Aktiviti-aktiviti tulisan seperti membuat
corak, menekap dan membentuk huruf adalah penting untuk memberi latihan dan pengalaman asas
agar pelajar-pelajar dapat menguasai kemahiran selanjutnya seperti menulis suku kata, rangkai
kata dan sebagainya.
3 CARA MEMENGANG PENSEL YANG BETUL
1.Pastikan murid mrmengang pensel menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.
2.Kemudian kedua-dua jari disokong pula dengan jari tengah.

3.Jarak jari hendaklah lebih kurfang 3 cm dari hujung mata pensel atau kertas yang digunakan.
Apakah yang dimaksudkan pratulisan
Pratulisan merupakan suatu kemahiran di mana murid telah mempunyai keupayaan menggunakan
alat tulis dan mengetahui teknik gerakan tangan untuk membentuk huruf. Pelaksanaan aktiviti
latihan gerakan tangan dan jari, pergerakan dan koordinasi mata amat penting supaya murid
berupaya membentuk huruf dengan betul.
kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh seorang kanak-kanak
. Kemahiran ini merupakan kemahiran penglahiran idea-idea atau penyampaian serta memperoleh
maklumat dalam bentuk simbol, grafik, atau perkataan dan ayat yang bermakna. walau
bagaimanapun kemahiran menulis ini boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti faktor fizikal,
persekitaraan , ibu bapa dan sebagainya. Hal ini perlu diketahui oleh seseorang guru sebelum
melaksanakan pengajaran dan pembelajarannya sebagai panduan dalam memilih tekbik, kaedah,
pendekatan dan bahan-bahan yang akan digunakan yang bersesuaian dengan tahap kebolehan
pelajar mereka. selain itu, guru juga perlu tahu tahap perkembangan pelajarnya sebelum
memulakan pengajaran mereka agar mencapai objektif yang hendak dicapai.
Kaedah untuk meningkatkan kemahiran pratulisan.
Terdapat lima kaedah yang boleh digunakan guru untuk meningkatkan kemahiran pratulisan dalam
kalangan murid iaitu:
* Gunakan pendekatan yang mudah, menyeluruh dan menarik selaras kemampuan dan
perkembangan emosi serta mental murid-murid .
* Penggunaan bahan yang tepat dan sesuai dengan proses koordinasi otot motor tangan dan mata
murid-muridntuk mengasah kemahiran menulis.
* Carta suku kata yang pelbagai dantersusun agar murid-murid dapat menguasai kemahiran asas
menulis dengan mudah .
* Laksanakan aktiviti pengayaan supaya perkembangan daya intelek murid mantap serta membantu
membina kemahiran menghasilkan tulisan yang kemas dan cantik.
* Perkenalkan huruf kecil dahulu kemudian huruf besar. Mulakan dengan huruf yang bentuknya
seakan sama seperti a,c,g,d dan sebagainya. Rasional memperkenalkan huruf kecil dahulu kerana
huruf kecil lebih banyak digunakan dalam aktiviti penulisan seharian, di samping bentuknya yang
lebih kurang sama.
Mengapakah aktiviti prapenulisan penting bagi murid?
Pratulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh murid-murid bagi menyediakan
diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi yang khusus dan boleh diterima oleh
kelompok masyarakat.
Aktiviti prapenulisan penting untuk menyediakan murid ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi
yang khusus dan boleh diterima oleh masyarakat..Ia merupakan suatu kemahiran di mana mereka
mempunyai keupayaan menggunakan alat tulis dan mengetahui teknik untuk membentuk
huruf.Prapenulisan penting bagi menyediakan murid dari segi fizikal dan mental untuk memulakan
penullsan secara mekanis.

Antara kaedah untuk meningkatkan kemahiran pratulisan murid.


1. Gunakan pendekatan mudah, menyeluruh dan menarik selaras dengan kemampuan dan
perkembangan emosi serta mental murid.

2. Penggunaan bahan yang tepat dan sesuai dengan proses kemahiran otot motor tangan dan mata
murid untuk mengasah kemahiran menulis.
3. Guna carta kata yang sesusi dan pelbagai agar mereka dapat menguasai kemahiran dengan
mudah.
4. Menyediakan aktiviti pengayaan untuk mengukuhkan perkembangan inteleks murid disamping
membantu mereka menghasilkan tulisan yang kemas dan cantik.
5. Memastikan murid menguasai kemahiran tulisan hurus kecil terlebih dahulu sebelum huruf
besar.

Senaraikan lim kaedah untuk meningkatkan kemahiran pratulisan.


1. Gunakan pendekatan yang mudah, menyelururh dan menarik selaras kemampuan dan
perkembangan emosi serta mental murid-murid.
2. Penggunaan bahan yang tepat dan sesuai dengan proses koordinasi otot, motor, tangan dan
mata murid-murid untuk mengasah kemahiran menulis.
3. Carta suku kata yang pelbagai dan tersusun agar murid-murid dapat menguasai kemahiran asas
menulis dengan mudah.
4. Laksanakan aktiviti pengayaan supaya perkembangan intelek murid mantap serta membantu
membina kemahiran menghasilkan tulisan yang kemas dan cantik.
5. Perkenalkan huruf kecil dahulu kemudian huruf besar. Mulakan dengan huruf yang bentuknya
seakan sama seperti a, c, g, d, dan sebahagiannya.

1.Terangkan tentang konsep Pratulisan.


Pratulisan merupakan suatu kemahiran di mana murid-murid telah mempunyai keupayaan
menggunakan alat tulis dan mengetahui teknik serta cara gerakan tangan untuk membentuk huruf.
Oleh itu, penguasaan kemahiran pratulisan bermaksud seseorang murid itu telah bersedia dari
segi fizikal dan mentalnya untuk memulakan penulisan secara mekanis.
Pratulisan juga ditakrifkan sebagai satu peringkat yang perlu dilalui oleh murid-murid bagi
menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi yang khusus dan boleh diterima oleh
kelompok masyarakat. Pada peringkat ini, aktiviti contengan dilakukan atas permukaan benda

sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan yang boleh meninggalkan kesan
ke atas permukaan benda tersebut. Peringkat contengan ini berkembang dari membuat contengan
bebas hingga peringkat contengan terkawal.
2. Apakah kaedah yang guru perlu guru gunakan untuk meningkatkan kemahiran
pratulisan ?
Terdapat lima kaedah yang boleh digunakan guru untuk meningkatkan kemahiran
pratulisan dalam kalangan pelajar, iaitu:
i . Gunakan pendekatan yang mudah, menyeluruh dan menarik selaras kemampuan
dan perkembangan emosi serta mental murid-murid.
ii .Penggunaan bahan yang tepat dan sesuai dengan proses koordinasi otot tangan dan
mata murid-murid untuk mengasah kemahiran menulis
iii. Carta suku kata yang pelbagai dan tersusun agar murid-murid dapat menguasai
kemhiran asas menulis dengan mudah.
iv. Laksanakan aktiviti pengayaan supaya perkembangan daya intelek murid mantap
serta membantu membina kemahiran menghasilkan tulisan yang kemas dan cantik.
v. Perkenalkan huruf kecil dahulu kemudian huruf besar. Mulakan dengan huruf yang
bentuknya seakan sama seperti a,c,g,d dan sebagainya.

Nyatakan cara melukis bentuk asas di atas pasir.


1. Pandu murid menggunakan jari telunjuk.
2. Lakukan secara pelahan-lahan dan serentak.
3. Sebut nama bentuk semasa melukis di pasir.
4. Latihan secara berulang-ulang.
5. Gunakan dulang jika dilaksanakan di dalam bilik darjah.

10 Objektuif pelaksanaan aktiviti pratulisan kepada murid-murid iaitu:

Melatih pergerakan tangan dan jari

Melatih pergerakan mata

Melatih koordinasi mata dan tangan

Menyemai minat murid untuk datang ke sekolah tanpa rasa bosan belajar

Membolehkan murid-murid belajar dalam suasana yang selesa

Menjadikan pengajaran guru lebih menarik dan berkesan

Membolehkan penerapan nilai murni dijalankan secara berterusan dan berkesan

Menimbulkan motivasi yang tinggi dalam kalangan murid-murid

Mengenal bentuk huruf dalam perkataan

Menulis huruf dan perkataan

Apakah yang dimaksudkan dengan titik kemasukan huruf?


Titik kemasukan huruf bermaksud titik awal pergerakan mata pensel semasa proses membentuk
binaan huruf yang perlu dipatuhi. Memahami titik kemasukan huruf penting supaya murid-murid
dapat menhasilkan tulisan yang sistematik, kemas dan cantik. Tulisan yang cantik dan mudah
dibaca ialah aset yang sangat berharga dalam kehidupan seseorang. Murid-murid sekolah didapati
boleh menulis tetapi tidak menulis dengan cara yang betul. Oleh sebab terlalu mengejar celik
huruf, guru-guru kadang-kadang kurang memberikan perhatian kepada pengajaran membentuk
huruf mengikut pergerakan yang betul.

Objektif pelaksanaan aktiviti pratulisan iaitu:


1.Melatih pergerakan tangan dan jari.
2.Melatih pergerakan mata.
3.Melatih koordinasi mata dan tangan.
4.Menyemai minat murid untuk dayang ke sekolah.
5.Membolehkan murid-murid belajar dalam suasana yang selesa.
6.Menjadikan pengajaran guru menjadi menarik dan berkesan.
6.Membolehkan penerapan nilai murni dijalankan secara berterusan dan berkesan.
7.Menimbulkan motivasi yang tinggi dikalangan murid.
8.Mengenal bentuk huruf dalam perkataan.
9.Menulis huruf dan perkataan.

Terangkan kedudukan kertas untuk orang yang menulis menggunakan tangan kanan dan kiri.
a). Jika menulis menggunakan tangan kanan kedudukan kertas hendaklah disengetkan sedikit ke
kiri sambil kedudukan tangan kiri memegang penjuru atas.
b). Bagi murid yang menulis menggunakan tangan kiri pula, kedudukan kertas hendakalah
disengetkan kek kanan, manakala tangan kanan memegang penjuru atas kanan kertas tersebut.

Apakah jenis-jenis aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru untuk melembutkan motor>
1. Pergerakan tangan dan jari
Mewarna secara bebas dan terkawal , Menyurih ,Melukis ,Mengoyak , Menampal , Melipat
Menggentel , Menguntai , Menggunting , Menjahit , Mengayam
2. Nyanyian dan pergerakan tangan
Lagu Enjit-enjit Semut , Lagu Kalau Rasa Gembira , Lagu Tepuk dan Menari
3. Menguli Doh
Cara membuat doh , membentuk doh
4. Bermain dengan tanah liat
Membuat model kuih- muih , Membuat model buah-buahan temapatan
Membuat perkakasan dapur , Membuat model alat tulis
Nyatakan cara latihan melukis bentuk asas di udara.
1. Pastikan posisi guru dan murid betul.
2. Pandu murid menggunakan jari telunjuk.
3. Lakukan secara pelahan-lahan dan serentak.
4. Sebut nama bentuk semasa melukis di udara.
5. Lakukan secara berulang-ulang.

Apakah yang boleh dilakukan oleh guru untuk menjalankan aktiviti mencari jalan keluar?
1. Menggunakan gambar yang berwarna warni
2. Menggunakan kad berukuran besar.
3. Tajuk dan arahan perlu menarik dan jelas.
4. Kenal pasti tahap dan kumupulan sasaran

5. Binaan yang mesra pengguna


6. Boleh digunakan berulang-ulang kali
7. Tema permainan perlu berdasarkan persekitaran murid

Apakah yang boleh dilakukan oleh guru untuk menjalankan aktiiiviti memadankan huruf,
bentuk atau gambar?
1. Meminta murid membuat garisan lurus.
2. Dibina menggunakan kad berukuran besar.
3. Tajuk dan arahan perlu menarik dan jelas.
4. Kenal pasti tahap kumpulan sasaran
5. Binaan yang mesra pengguna.
6. Boleh digunakan berulang-ulang kali.

Apakah yang boleh dilakukan oleh guru untuk menjalankan aktiviti menyambung titik dan
membuat corak?
Ada 3 cara aktiviti menyambung titik, iaitu menggunakan nombor, huruf besar dan huruf kecil
berdasarkan ciri-ciri berikut :1. Boleh menggunakan urutan nombor atau huruf.
2. Urutan huruf sama ada huruf kecil atau besar.
3. Latihan berdasarkan Tahap Penguasaan Murid
4. Mengambil kira kumpulan sasaran.
5. Mudah dikendalikan dan mesra pengguna
6. Menarik dan berwarna warni.
7. Perlu dibina menggunakan kad bersaiz besar.
8. Arahan perlu tepat dan jelas.

9. Boleh digunakan berulang kali.

Nyatakan pentingnya genggaman pensel yang betul.


1. Tulisan menjadi cantik
2. Cengkaman pensel menjadi kuat
3. Elakkan kecerderaan semasa menulis.
4. Penulisan menjadi lancar
5. Minat untuk terus menulis

Faedah Titik Kemasukan Huruf ...


Faedah mengetahui titik kemasukan huruf :
1. Titik hentian huruf - Pengetahuan tentang titik kemasukan huruf akan melahirkan murid-murid
yang tahu sempadan berhenti di mana binaan huruf perlu ditamatkan.
2. Disiplin diri - Titik kemasukan huruf dapat mendisiplinkan murid-murid semasa menulis supaya
belajar bersabar serta mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Dalam tempoh yang lama,
disiplin menulis seperti ini akan melahirkan murid-murid yang berdisiplin.
3. Formulasi huruf - Formulasi bermaksud pergerakan huruf. Latihan dan pengetahuan
menggunakan titik kemasukan huruf sejak kecil dan secara kerap, boleh melahirkan generasi
murid yang mempunyai tulisan yang cantik, sekata dan seragam. Amalan ini akan berterusan
hingga mereka dewasa kelak.
4. Budaya menulis - Amalan menggunakan garisan pada awal menulis dapat melatih murid- rnurid
untuk menulis dengan betul. Amalan ini akan berterusan dan menjadi budaya menulis sehingga

mereka dewasa. Jadi tidak timbul masalah tulisan yang terlalu kecil, buruk dan sukar dibaca.

BAB 3
Ciri-ciri dalam pada Disgrafia ini adalah seperti pegangan pensil dan posisi badan yang tidak
betul, mudah penat semasa menulis atau menyalin ayat pembalikan kedudukan huruf dalam
perkataan, ayat yang tidak lengkap, susunan ayat tidak kemas dan seragam dan menunjukkan
tingkahlaku mengelak apabila diarahkan menulis pada papan putih dan membaca.
Apakah disgrafia?
Disgrafia ialah masalah menulis. Ia merujuk kepada kanak-kanak yang bermasalah menulis iaitu
tidak tahu menulis, jika pun boleh menulis tetapi tulisannya sukar dibaca, tidak kemas, tidak tahu
mengeja dan bermasalah dalam memindahkan maklumat pada kertas.

Mengapakah agaknya tulisan murid-murid kini tidak berapa kemas , jauh berbeza dengan
zaman kita bersekolah dulu ? Bincangkan .
Pada pandangan saya, tulisan murid-murid tidak berapa kemas disebabkan kecuaian murid- murid
itu sendiri.Hal ini berlaku kerana murid- murid hendak cepat menyiapkan sesuatu latihan atau
tugasan yang diberikan oleh guru tanpa mempedulikan kekemasan, kebersihan tulisan ditulis.
Faktor lain mungkin disebabkan oleh guru itu sendiri. Tidak dinafikan, segelintir guru tidak
memandang serius atau memberi penekanan mengenai kekemasan tulisan murid.Sekiranya
penekanan daripada guru diberikan setiap hari,kekemasan tulisan murid akan dapat diperbaiki.Ibu
bapa juga perlu memainkan peranan dalam mendidik anak- anak di rumah.Hal ini kerana,
peruntukan masa di rumah lebih banyak berbanding di sekolah.Galakan dan motivasi daripada ibu
bapa sangat penting dalam membentuk penulisan, asas penulisan yang baikdan betul.

Masalah disgrafia adalah seperti masalah grafomotor dan tumpuan. Masalah grafomotor
adalah seperti:
1. sukar menggerakkan pensel untuk membentuk tulisan pada kertas
2. menyekat idea yang ingin diluahkan
3. mengambil masa untuk menulis
4. perenggan yand ditulis lebih pendek berbanding dengan pelajar lain.
Masalah tumpuan pula adalahseperti:

1. Kerapkali mengelakkan diri akan tugasan yang panjang


2. Mudah terganggu semasa menulis.
3. Mengalami keletihan mental semasa menulis.
4. Tidak jelas penulisan dan sering berlaku kecuaian dan kesalahan menulis

Terdapat beberapa teknik akomodasi dan modifikasi yang guru boleh lakukan bagi membantu
kanak-kanak disgrafia. Nyatakan teknik-teknik tersebut.
Kanak-kanak disgrafia boleh dibantu dengan cara;
1. Tunjukkan cara dan pandu mereka memegang pensel dengan betul.
2. memperkuatkan tangan dan jari mereka menggunakan alat seperti platisin dan kertas surih,
kertas garis tiga.
3. menggalakkan mereka menyambung titik-titik menjadi bentuk huruf sebenar, melengkapkan
bentuk huruf kecil atau huruf besar.
4. murid perlu diberi lebih masa, banyakkan latih tubi dan latihan berulang untuk menguasai
kemahiran menulis berkenaan.
5. Gunakan peta minda dan galakkan tulisan kursif juga difikirkan sesuai bagi membantu kanakkanak berkenaan.

Apa itu alat adaptif?


PENGGUNAAN ALAT BANTUAN TEKNOLOGI Penggunaan alat bantuan teknologi sebagai
strategi intervensi kerana genggaman yang tidak berfungsi boleh dibangunkan dengan penggunaan
alat adaptif seperti pemegang getah spesifik atau pensel segi tiga (McMurry, Drysdale & Jordan
2009).

Apakah fungsi grafomotor


Grafomotor (atau graphamotor dalam Bahasa Inggeris) Fungsi grafomotor ialah penggunaan
sistem saraf-otot (neuromuscular) pada tangan dan jari dengan berkesan untuk mengerakkan

pensel atau pen untuk menulis huruf dan perkataan pada kertas (lihat gambar disebelah). Kanakkanak bermasalah grafomotor menghadapi sukar dengan fungsi ini lebih-lebih lagi sekiranya tugas
itu berpanjangan. Masalah ini menyekat keupayaan kanak-kanak menulis sambil memikiran ideaidea yang ingin diluahkan. Tanda-tanda masalah grafomotor ialah:
- Genggaman pensel yang agak jangal
-Kesukaran membentuk huruf
-Mengambil masa yang lama untuk menulis huruf atau perkataan berbanding dengan kanak-kanak
lain
-Perenggan yang ditulis pendek berbanding dengan kanak-kanak lain

Grafomotor ialah penggunaan sistem saraf otot pada tangan dan jari dengan berkesan untuk
menggerakkan pensel atau pen untuk menulis huruf dan perkataan pada kertas. Kanak-akank
bermasah grafomotor menghadapi kesukaran dengan fungsi ini lebih-lebih lagi sekrinya tugas
tersebut berpanjangan. Masalah ini juga menyakat keupayaan kanak-kanak memikirkan idea-ide
yang ingin diluahkan.

Apakah disgrafia? Terangkan beberapa masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak
disgrafia.
Disgrafia adalah murid-murid yang tiak dapat menguasai penulisan atau kesukaran dalam mengeja,
tulisan yang tidak kemas dan tidak betul. Antara masalah yag mungkin dihadapi oleh kanak-kanak
disgrafia ialah:
1. Bentuk huruf dan tulisan yang tidak konsisten.
2. Penggunaan huruf besar dan huruf kecilmasih bercampur.
3. Saiz dan bentuk huruf yang tidak seragam.
4. Perkataan yang ditulis tidak lengkap.
5. Pembalikan kedududuka huruf dalam perkataan. Contoh :Sabtu - Sabut.
6. Tulisan banyak salah, terbalik dan huruf hilang.
7. Sukar menulis lurus pada kertas yang tidak bergaris.
8. Perkataan yang ditulis bersambung antar satu dengan lain.
9. Murid mengelak apabila diminta menulis di papan hitam.
10. Sangat lambat dalam menyiapkan kerja penulisan.
11. Mudah penat apabila menulis

Senaraikan 3 kategori disgrafia yang dikenal pasti.


3 kategori disgrafia;
1. dyslexic dysgraphia - hasil tulisan spontan sukar dibaca
- tulisan mereka akan mudah dibaca apabila mereka menyalin atau meniru semula perkataan
atau ayat.
- mereka juga menghadapi masalah mengeja tetapi tidak semestinya mengalami masalah
membaca.
2. motor dsygraphia - masalah kekurangan kemahiran motor halus.
- sering menunjukkan hasil tulisan tangan yang tidak boleh dibaca walaupun kaedah menyalin
atau meniru
digunakan.
3. spatial dysgraphia - kebolehan mengeja yang normal, tetapi hasil tulisan tangan masih sukar
dibaca samada tulisan spontan mahupun menyalin semula.

Manakah cara genggaman yang harus digalakkan.Cuba berikan pandangan.


Jenis gengaman efisyen terdiri daripada gengaman tripod dan gengaman quadropod. Genggaman
tripod melibatkan ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah digunakan untuk memeganag pensel.
manakala empat jari digunakan untk menstabil pensel bagi genggaman quadropod.

Jenis genggaman pensel


1. Genggaman supinate tapak tangan
memegang pensel seperti memegang pisau dan menconteng menggunakan seluruh lengan.
Kanak kanak berusia 1-2 tahun.
2. Genggaman pronatedigital - menulis dengan menegakkan pensel
3. Genggaman jejari tapak tangan
4. Genggaman thumb tuck

5. Genggaman lanjutan jari


6. Genggaman thumb wrap
7. Genggaman tripod
8. Genggaman quadropod

Langkah-langkah dalam mengajar menulis abjad kepada murid Tahun 1:Menulis Huruf Kecil dan Huruf Besar A-Z di atas Kertas Berkotak, Bergaris Empat,
Bergaris
Tiga dan Bergaris Satu:
1. Latihan menulis secara bebas di atas kertas kosong
(a) Murid-murid dibekalkan dengan sehelai kertas kosong bersaiz A4.
(b) Murid-murid diminta menulis huruf kecil dan huruf besar A-Z menggunakan kertas
berkotak secara bebas menggunakan pensel.
(c) Bagi memudahkan murid-murid menulis, guru memandu mereka dengan menyebut
huruf berkenaan secara satu persatu.
(d) Hasil kerja murid dikumpulkan dan dibuat pembetulan, jika perlu.
2. Latihan menulis menggunakan kertas berkotak
(a) Sediakan kertas berkotak segi empat sama berukuran 2 x 2 cm.
(b) Murid dipandu menulis huruf besar terlebih dahulu dengan menggunakan
sepenuhnya ruang yang disediakan pada kotak berkenaan.
(c) Pada peringkat ini, murid menulis secara bebas dalam kotak berkenaan.
(d) Setelah murid menguasai huruf besar, barulah dibimbing menulis huruf kecil
menggunakan kaedah yang sama.
(e) Ini ditunjukkan dalam dua contoh berikut:
A

3. Menulis huruf kecil dan huruf besar A-Z di atas kertas bergaris empat
Menulis huruf atas kertas bergaris empat memerlukan pemerhatian dan ketekunan yang
lebih. Ini kerana tidak semua huruf boleh menggunakan secara maksimum garisan
yang keempat. Hanya huruf kecil yang mempunyai ekor boleh menggunakan garisan
keempat sebagai sempadan, iaitu huruf g, j, y, p dan q. Manakala semua jenis huruf
besar tidak sesuai menggunakan kertas bergaris empat semasa menulis.
4. Menulis huruf kecil dan huruf besar A-Z atas kertas bergaris tiga

Menulis huruf kecil seperti yang dijelaskan sebelum ini, kepelbagaian bentuk huruf
seperti bulat untuk huruf b dan d, tinggi seperti huruf h dan atau berekor seperti huruf
g, j dan q memerlukan bantuan garisan sebagai sempadan mula dan akhir. Ada tiga
jenis garisan iaitu bergaris empat, bergaris tiga dan satu. Setiap garisan ini mempunyai
fungsi tersendiri termasuklah peranan garis tiga seperti yang ditunjukkan di bawah.
Penggunaan garis tiga berlaku selepas murid-murid melalui pengalaman menulis
menggunakan garis empat dan telah mahir.
Tanda-tanda disgrafia
1. GRAFOTOMOTOR
a. genggaman pensel yang agak jangal.
b. Kesukaran membentuk huruf.
c. mengambil masa yang lama untuk menulis huruf atau perkataan berbanding kanak-kanak lain.
d. perenggan yang ditulis pendek berbanding kanak-kanak lain.

2. TUMPUAN
a. Kesukaran bermula menulis
b. Suka mengelak dengan tugas-tugas yang melibatkan penulisan
c. Mudah terganggu semasa menulis
d. Keletihan mental atau mudah semasa menulis
e. Kejelasan penulisan tidak konsisten
f. Banyak kesalahan cuai
g. Penulisan yang tidak terancang

3. SUSUANAN
a. jarak antara huruf atau perkataan tidak konsisten
b. Tidak dapat menulis atas garisan
c. Susunan huruf yang salah

d. Susunan perkataan yang salah


e.Tidak dapat menulis antara dua jalur.

4. INGATAN
a. Kosa kata yang lemah
b. Banyak kesalahan ejaan
c. Kesilapan menanda huruf besar
d. Salah menggunakan tanda baca
e. Tatabahasa yang salah

5. BAHASA
a. Menghadapi kesukaranmengaitkan bunyi perkataan, maksud dan ejaan.
b. Salah menggunakan bahasa kolokial atau bahasa slanga.
c. Pembentukan ayat yang tidak betul
d. Kesukaran membaca balik aaaaatau menyebutkan apa yang ditulis.
e. Meninggalkan perkataan atau tidak menghabiskan penulisan sesuatu perkataan

Apakah punca disgrafia


Disgrafia berpunca daripada masalah neurologikal yang menyekat proses penulisan. Kanak- kanak
yang menghadapi disgrafia mendapati sukar menggengam pensel, sukar mengeja, tidak dapat
menulis dengan baik, tidak dapat menyusuan perkataan dan nombor pada sesuatu garisan atas
kertas. Mereka menghadapi masalah memproses apa yang didengar dan menyalinnya pada kertas

Faktor Penyebab Gangguan Menulis (Disgrafia) :


Gangguan menulis (disgrafia) disebabkan oleh faktor neurologis, adanya gangguan pada otak
bagian kiri depan yang berhubungan dengan kemampuan membaca dan menulis. Anak mengalami

kesulitan dalam harmonisasi secara otomatis antara kemampuan mengingat dan menguasai gerakan
otot menulis huruf dan angka.
Kesulitan ini tidak berkaitan dengan tingkat intelegensi yang rendah, kemalasan, asal-asalan
menulis, dan tidak mahu belajar. Gangguan ini juga bukan akibat kurangnya perhatian orang tua
dan guru terhadap si anak.
Kesulitan dalam menulis seringkali juga disalahpersepsikan sebagai kebodohan oleh orang tua dan
guru. Akibatnya, anak yang bersangkutan menjadi frustrasi karena pada dasarnya ia ingin sekali
mengekspresikan dan mentransfer pikiran dan pengetahuan yang sudah didapat ke dalam bentuk
tulisan, hanya saja ia memiliki hambatan.

BAB 4
Pengajaran Kemahiran Menulis
Kemahiran menulis merupakan kemahiran berbahasa murid-murid yang paling tinggi yang hendak
dikuasai oleh murid-murid , mengikut pendekatan pengajaran penulisan Raimes,melalui pendekatan
Bebas, murid diberi kebebasan menyuarakan idea tentang sesuatu topik atau tajuk penulisan.
Pendekatan ini boleh diguna pakai apabila murid-murid sudah mampu menguasai bahasa dengan
baik.Contohnya murid-murid sudah pandai mengaitkan idea-idea mereka dengan isu-isu semasa.
Bagi guru-guru pula harus menyediakan murid-murid dengan bahan-bahan yang menyokong idea
mereka sebagai pencetus idea, dan menyuruh mereka memberikan pendapat sekali gus guru cuba
mendekati teknik sumbang saran. Ini boleh membangkitkan motivasi yang tinggi dan membina
keyakinan,

Objektif Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Tahun Satu:i. lebih mementingkan penguasaan kemahiran asas berbahasa bagi murid Tahap Satu.
ii. Pengajaran yang berpusatkan murid
iii. Kemahiran bernilai tambah dapat memantapkan penguasaan kemahiran bahasa dan
mereka berkemampuan untuk meneroka ilmu pengetahuan dengan lebih luas.

iv. Memberi penekanan kepada penerapan nilai murni dalam membentuk


insan yang sempurna dan berkembang secara menyeluruh daripada aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial melalui pengajaran secara teori dan amali.
v. Meningkatkan kreativiti dan minat murid untuk belajar dengan berkesan.

Senaraikan teknik-teknik pengajaran bahasa.


Teknik-teknik pengajaran bahasa: 1. Main peranan 2. Permainan bahasa 3. Latih tubi 4. Bercerita
5. Inkuiri penemuan 6. Perbahasan 7. Kuiz 8. Sumbang saran 9. Soal jawab 10. Simulasi 11. Drama
12. Perbincangan 13. Forum

Standard Kandungan Kemahiran Menulis Tahun 1


3.1 Asas menulis dengan cara yang betul
3.2 Menulis secara mekanis bedasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas
3.3 Membina dan menulis perkataan ,frasa dan ayat dengan betul
3.4 Menulis imlak dengan tepat
3.5 Mencatat maklumat yang betul daripada pelbagai sumber
3.6 Menulis untuk menyampaikan maklumat mneggunakan bahasa yang santun
3.7 menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre
3.8 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan

PERBEZAAN STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN


Standard Kandungan ialah pernyataan tentang bidang ilmu yang patut diketahui dan dapat
dilakukan oleh murid dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai murni.
Standard Pembelajaran pula ialah pernyataan tentang penetapan kriteria untuk memastikan
kualiti pembelajaran dan pencapaian murid bagi setiap standard kandungan.
Namun kedua-dua standard ini perlu dikuasai oleh murid selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menekankan penguasaan murid dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
(JERI).

Prinsip 5P
1.Penggabungjalinan
Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini
juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran dapat
digabungjalinkan, sama ada kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis yang
terdapat dalam standard kandungan.
2.Penyerapan
Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia, unsur ilmu, nilai murni dan
kemahiran bernilai tambah boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu
dan disiplin daripada mata-mata pelajaran lain, nilai murni masyarakat Malaysia serta
kemahiran berfikir, kemahiran menaakul dan kemahiran yang lain membolehkan murid
menguasai kemahiran secara bersepadu menerusi pengalaman pembelajaran bahasa.
3.Penilaian
Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi
menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran. Penilaian perlulah
dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses
penilaian berterusan segala kelemahan dapat dikenal pasti dan jenis tindakan susulan dapat
diambil terhadap seseorang murid sama ada berbentuk pemulihan atau pengayaan.
4.Pemulihan
Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang
belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri

daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan
secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan
program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.
5.Pengayaan
Program pengayaan disediakan untuk memantapkan kebolehan, keupayaan, bakat dan
minat murid. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara
bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan bacaan tambahan, kad, permainan dan
bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka
masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.

Bagaimanakah nilai murni diserapkan dalam setiap mata pelajaran?


Nilai murni boleh diserapkan dalam setiap mata pelajaran dengan menyelitkan beberapa kisah
teladan mahupun cerita yang boleh membangkitkan kesedaran pelajar tentang betapa pentingnya
nilai murni dalam kehidupan di mana setiap murid perlu mengaplikasikannya dalm kehidupan
mereka kelak.

Nyatakan perbezaan antara konstruktivisme dan kontekstual.


Kontruktisme bermakna pelajar mencari pengetahuan untuk diri sendiri bagi mempelajari dan
memahami pengetahuan tersebut dengan bimbingan guru . Murid lebih faham dan yakin serta
seronok untuk belajar.
Kontekstual ialah mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan
alam pekerjaan di mana seseorang itu berupaya menghubungkait pengetahuan baharu dengan lebih
bermakna dan menghayati kerelevennya pembelajaran dalam hidup mereka.

Senaraikan strategi Pengajaran dan Pembelajaran.


Strategi pdp merangkumi pendekatan, kaedah, teknik, dan aktiviti. Strategi pdp haruslah
a) pendekatan berpusatkan murid

b) kepelbagaian teknik
c)kepelbagaian sumber bahan
d) penggunaan tatabahasa yang tepat
e) bacaan luas
f) penakanan konsep 5p

BAB 5
Objektif pengajaran dan pembelajaran aspek seni bahasa ialah:
1. Menyebut dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian dengan gerak laku secara didik hibur.
2. Mengujarkan ayat menggunakan bahasa yang indah dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang
betul serta menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui penceritaan secara didik hibur.
3. Mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul tentang sesuatu
perkara menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui lakonan secara didik hibur.
4. Melafazkan pantun dua kerat menggunakan bahasa yang indah dengan intonasi yang betul dan
memhami maksud pantun secara didik hibur.

Objektif kemahiran menulis adalah untuk murid mengetahui dan berkeupayaan untuk mengedit
dan memurnikan hasil penulisan dari aspek penggunaan kata, imbuhan, kata majmuk, ejaan dan
tanda baca. Jelaskan bagaimana objektif tersebut dapat dilaksanakan di bilik darjah anda.

Bincangkan tentang kemahiran menulis penulisan karangan


Penulisan karangan mempunyai kamahiran-kemahiran yang tertentu. Ketika mengajar kemahiran
mengarang, murid harus didedahkan tentang aktiviti-aktiviti pra mengarang, semasa mengarang
dan pasca mengarang. Ketika aktiviti pra mengarang, guru akan berbincang tentang format, isi,
cara mendapatkan bahan daripada sumber elektronik, bercetak dan internet, menyaring bahan
dan menulis draf. Aktiviti semasa mengarang pula, mentransformasikan perancangan kepada
bentuk karangan, menentukan format, mengambil kira aspek kohesi dan koherens. Aktiviti pasca
mengarang pula, murid menyemak karangan, melakukan pembetulan, membuat penambahan
sekiranya perlu dan menghantar karangan.

Apakah kebaikan pendekatan tematik dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu?

Pendekatan Tematik ialah pengajaran yang diajar secara bertema. Melalui kaedah ini guru mudah
menyerapkan ilmu lain dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Murid dapat mengembangkan idea
melalui pengalaman yang diperoleh melalui mata pelajaran lain yang telah dipelajari oleh murid.
Melalui pengajaran dan pembelajaran bertema kemahiran bahasa, pembelajaran tatabahasa dan
pengembangan kosa kata dapat disepadukan dan dikukuhkan.

Jelaskan maksud didik hibur.


Didik hibur merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai
teknik dan kaedah yang melibatkan mendengar ,bertutur dan menulis.
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia akan menyediakan suasana
yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah. Kemahiran mendengar, bertutur,
membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan dengan aktiviti penerokaan,
pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk.
Objektif Didik Hibur ialah semoga di akhir pengajaran dan pembelajaran nanti muridmurid akan dapat memahami kepentingan hiburan dalam hidup kanak-kanak .Penggunaan beberapa
kaedah kreatif dalam seni dan penggunaannya dalam meneroka jiwa murid-murid. Mengetahui
percambahan kreatif dalam seni dan kepentingannya sebagai kaedah intervensi dalam proses
pendidikan. Memahami penggunaan kreativiti dalam seni dan penggunaannya sebagai suatu kaedah
rawatan dalam proses kaunseling.

Cadangan menangani cabaran menulis murid.


1. Ambil tahu kebersediaan murid menulis.
2. Pelbagaikan bahan latihan menulis bersesuaian dengan murid.
3. Galakkan murid menggunakan kosa kata yang dipelajari dalam aktiviti menulis.
4. Pilih aktiviti dan bahan yang menarik supaya murid minat menulis.

5. Gunakan seberapa banyak teknik menulis yang sesuai yang terdapat dalam buku dan internet.

Prinsip pengajaran menulis tahun 1


1. Kemahiran menulis mekanis merupakan asas kepada penguasaan menulis.
2. Melahirkan idea dalam bentuk penulisan perlu mengamalkan prinsip ansur maju.
3. Keseragaman dalam membentuk dan menulis huruf perlu dititikberatkan.
4. Laihan menulis yang berterusan perlu dijadikan amalan.
5. Mengimlak dapat mengukuhkan penguasaan kemahiran mengeja.
6. Bacaan luas membantu menghasilkan penulisan karangan yang baik.

Modul kemahiran menulis


Modul Kemahiran Menulis pula berfokuskan kemahiran menulis. Kemahiran
menulis merujuk keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea
melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan
pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perlu diberikan pada
penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan
yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka
untuk menghasilkan penulisan berunsur pengetahuan dan imaginasi.
Penguasaan kemahiran bahasa ini diperoleh melalui situasi dan konteks dalam
pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik.

BAB 6

4 pendekatan pengajaran yang diperkenalkan oleh Raimes


Pendekatan terkawal -guru pandu peringkat awal kawal keseluruhan namun masih diberi
kebebasan memilih perbendaharaan kata atau struktur ayat.cth sediakan penulisan -murid isi
tempat kosong dengan perkataan sendiri.
Pendekatan Bebas-beri kebebasan pelajar suarakan pendapat tentang sesuatu topik
penulisan.Sesuai bagi pelajar yang telah kuasai bahasa dengan baik
Komunikatif- Penguasaan bahasa secara naluri yang dimiliki oleh seseorang pelajar.Keupayaan
pelajar guna bahasa secara wajar dalam proses komunikasi dgn ind lain. mempunyai pgthuan
tentang bahasa dan boleh bina ayat yang gramatis tetapi ini tidak bermakna dapat berkomunikasi
dgn baik kerana bahasa menekankan sosiolinguistik dan psikolinguistik.
pola perenggan-utamakan ciri-ciri pembentukan perenggan yang baik.latih keupayaan pelajar beri
pendapat .Perenggan dibina dengan kemas dan teratur. Pdktan ini bantu murid ringkaskan
penulisan

Nyatakan 4 pendekatan yang diperkenalkan oleh Raimes.


Menurut Raimes, terdapat empat pendekatan yang boleh digunakan untuk pengajaran penulisan
wacana. Pendekatan-pendekatan tersebut ialah pendekatan terkawal, pendekatan bebas,
pendekatan pola perenggan dan pendekatan komunikatif. ( dalam Juriah Long dan rakan-rakan,
1990:214).
a) Pendekatan terkawal.
Melalui pendekatan ini, guru dapat memandu dan mengawal pelajar daripada melakukan kesalahan.
Pada peringkat awal, guru mengawal secara menyeluruh. Namun begitu, pelajar masih diberikan
kebebasan untuk memilih perbendaharaan kata atau struktur ayat mereka sendiri. Melalui
pendekatan ini, murid-murid dielakkan daripada menlakukan kesalahan.
Sebagai contoh, bentuk-bentuk kawalan yang diberikan oleh guru adalah dengan menyediakan
sebuah penulisan yang menghendaki pelajar mengisi tempat-tempat kosong dengan perkataan yang
sesuai; guru memberikan senarai frasa yang berkaitan dengan sesuatu topik dan pelajar perlu
membina ayat untuk melengkapkan frasa; guru mengambil satu petikan yang menggambarkan
sesuatu kejadian atau peristiwa kemudian pelajar disuruh menggambarkan semula keseluruhan
pengalaman berdasarkan kejadian itu.
b) Pendekatan bebas
Pendekatan ini memberi kebebasan kepada pelajar untuk menyuarakan pendapat mereka tentang
sesuatu topik penulisan. Walau bagaimanapun, pendekatan ini hanya sesuai digunakan bagi pelajar
yang sudah dapat menguasai bahasa dengan baik.

Contohnya dalam pengajaran penulisan wacana yang ada hubung kait dengan masalah pencemaran
alam sekitar, guru boleh keratan-keratan akhbar dan majalah untuk ditunjukkan kepada
pelajar.Aktiviti perbincangan dan sumbang saran boleh dijalankan dimana murid dapat
memberikan pendapat melalui aktiviti tersebut. Dengan cara ini pelajar akan lebih berminat, aktif
dan dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan diri.
c) Pendekatan Komunikatif
Dell Hymes yang merupakan pengasas pendekatan ini antara lain menyatakan bahawa kecekapan
komunikatif merupakan penguasaan bahasa secara naluri yang dimiliki oleh seseorang pelajar, iaitu
keupayaan pelajar mengguna dan memahami bahasa secara wajar dalam proses berkomunikasi dan
berinteraksi dengan individu lain dan jalinannya dengan konteks sosial.
Pendekatan ini menegaskan tentang seseorang yang sudah mempunyai pengetahuan tentang
struktur bahasa dan kebolehan membina ayat-ayat yang gramatis. Ini tidak bermakna dia sudah
dapat berkomunikasi dengan baik dan berkesan memandangkan kecekapan berbahasa dan
berkomunikasi itu juga menitikberatkan unsur-unsur lain yang boleh mempengaruhinya, seperti
aspek-aspek sosiolinguistik dan psikolinguistik.
Sebagai contoh, penulisan tentang kemajuan teknologi perubatan mestilah memasukkan kata atau
frasa yang ada hubung kait dengan teknologi tersebut, iaitu laras bahasa perubatan. Oleh itu,
pendekatan ini membolehkan pelajar menggunakan bahasa yang sesuai untuk tujuan berkomunikasi
termasuk dalam penulisan.
Berdasarkan pendekatan ini, dapat dikatakan bahawa pelajar menulis adalah untuk dibaca oleh
orang lain atau masyarakat. Justeru, guru perlu memastikan dan menggalakkan pelajar menulis
sama seperti dalam situasi kehidupan seharian mereka. Dalam hal ini, guru harus menyatakan
kepada pelajar bahawa penulisan yang dihasilkan adalah untuk dinikmati oleh pembaca termasuk
penulisan pelajar lain di dalam bilik darjah.
d) Pendekatan pola-perenggan.
Pendekatan ini mengutamakan ciri-ciri pembentukan perenggan yang baik. Ini dapat melatih
pelajar supaya berkeupayaan untuk memberikan pendapat dalam perenggan dengan kemas dan
teratur. Selain itu,pendekatan ini juga dapat membantu pelajar mengetahui cara-cara
meringkaskan penulisan dengan baik. Pendekatan ini sesuai digunakan untuk murid yang sudah
dapat menguasai kemahiran bahasa.
Antara latihan yang dapat diaplikasikan seperti latihan mengkaji contoh-contoh perenggan yang
baik, menyusun ayat-ayat yang disediakan guru dalam satu perenggan yang kemas, pelajar
mengenal pasti, memilih dan meninggalkan isi-isi untuk dimasukkan dalam satu perenggan dan
pelajar mencari isi penting dan isi bantu dalam sesuatu perenggan.

Pendekatan Terkawal
Kamarudin Hj. Husin (1988), mendefinisikan pendekatan sebagai satu kumpulan andaian yang
saling berkait tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran
bahasa. Selain itu, pendekatan juga dikatakan sebagai cara atau langkah-langkah bagi memulakan

dan melaksanakan sesuatu tugas seperti menyelesaikan masalah, Kamus Dewan (1988). Edward M.
Anthony (1963), berpendapat bahawa pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait
dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. Antara
pendekatan yang akan dibincangkan ialah Pendekatan Terkawal.
Melalui pendekatan ini, guru dapat memandu dan mengawal pelajar daripada melakukan kesalahan.
Pada peringkat awal, guru mengawal secara menyeluruh. Namun begitu, pelajar masih diberikan
kebebasan untuk memilih perbendaharaan kata atau struktur ayat mereka sendiri.
Sebagai contoh, bentuk-bentuk kawalan yang diberikan oleh guru adalah dengan menyediakan
sebuah penulisan yang menghendaki pelajar mengisi tempat-tempat kosong dengan perkataan yang
sesuai; guru memberikan senarai frasa yang berkaitan dengan sesuatu topik dan pelajar perlu
membina ayat untuk melengkapkan frasa; guru mengambil satu petikan yang menggambarkan
sesuatu kejadian atau peristiwa kemudian pelajar disuruh menggambarkan semula keseluruhan
pengalaman berdasarkan kejadian itu.

Apakah perbezaan antara pendekatan, kaedah dan teknik ?


Kesemua istilah yang tersebut di atas membawa pengertian yang berbeza .Perbezaan ini dapat
dilihat seperti yang tercatat di bawah. Pendekatan : Cara dan langkah-langkah. Contoh
pendekatan yang sering digunakan ialah pendekatan induktif,deduktif,elektik dan komunikatif
dalam pengajaran bahasa. Kaedah : Satu siri tindakan penyampaian bahan pengajaran dan
pembelajaran yang bersistematik dan tersusun. Contoh kaedah dalam pengajaran bahasa ialah
Kaedah Abjad dan kaedah Pandang dan Sebut. Teknik : Cara melaksanakan kaedah. Contohnya,
jika kaedah yang hendak digunakan ialah kaedah penerangan, maka teknik yang boleh digunakan
oleh guru menyampaikan penerangan tersebut ialah melalui teknik bercerita, syarahan dan
sebagainya.

Bincangkan apakah guru menggunakan pendekatan, kaedah atau teknik tertentu untuk
mengajar di dalam kelas? Apakah hasilnya ?
Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai
urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk
menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu,
kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti bercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main
peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan dan
lain-lain lagi.
Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1988), berpendapat bahawa teknik pengajaran
ialah pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah dimana ia
digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai
teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan
tidak berhasil.

Kamarudin Hj. Husin (1988), mendefinisikan pendekatan sebagai satu kumpulan andaian yang
saling berkait tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran
bahasa. Selain itu, pendekatan juga dikatakan sebagai cara atau langkah-langkah bagi memulakan
dan melaksanakan sesuatu tugas seperti menyelesaikan masalah, Kamus Dewan (1988). Edward M.
Anthony (1963), berpendapat bahawa pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait
dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik.
Secara umumnya setiap orang guru telah menggunakan pelbagai kaedah, teknik dan pendekatan
semasa proses pengajaran dalam kelas. Cuma perancangannya tidak teratur dan diolah dengan
baik dan berkesan. Dalam masa yang sama seorang itu sebenarnya tidak sedar apa kaedah, teknik
atau pendekatan yang digunakan.
Oleh itu, sebelum pengajaran dan pembelajaran dimulaka,n lebih moleklah kaedah, teknik dan
pendekatan PdP di pilih sebaik-baiknya, sesuai dengan tajuk dan kemahiran yang hendak
disampaikan.

Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang membolehkan pelajar berkeupayaan


menggunakan dan memahami bahasa secara wajar dalam proses berkomunikasi dan berinteraksi
dengan individu lain dan jalinannya dalam konteks sosial. Menggunakan pendekatan ini, dapat
dikatakan pelajar menulis untuk dibaca oleh orang lain atau masyarakat. Pelajar berkeupayaan
menggunakan bahasa yang sesuai untuk tujuan penulisan.

Perincikan cara pelaksanaan Model Pengajaran Penulisan Berdasarkan Gambar


1.Penulisan berpandukan gambar,biasanya gambar bersiri.
2.Murid dlm kumpulan mencatat isi-isi melalui perbincangan.
3.Ketua kumpulan membuat pembentangan,ahli kumpulan lain boleh memberi pandangan.
4.Susun isi-isi dengan betul dan murid menulis karangan.
5.Beberapa orang murid membacakan karangan.Guru membetulkan kesalahan tatabahasa
6.Murid menulis karangan dengan format yang betul

Apakah pendekatan proses dalam pengajaran penulisan?


- Penekanan terhadap proses penulisan iaitu bagaimana memulakan karangan bagi menghasilkan
penulisan yang sempurna.

- Murid-murid diberi waktu untuk menulis dan guru membaca lalu memberi maklum balas
terhadap bahan penulisan tersebut.
- Pembacaan untuk sesuatu bahan penulisan murid-murid pada peringkat catatan awal juga boleh
dilakukan oleh rakan mereka selain guru.
- Guru memulakan pengajaran dengan aktiviti prapenulisan iaitu murid-murid mengkaji sesuatu
tajuk karangan secara mendalam melalui pembacaan, perbincangan, sumbang saran dan
perbahasan.
- Selepas itu, murid-murid mencatatkan isi-isi yang dibincangkan, membuat catatan awal
pertama karangan,guru atau rakan memberi maklum balas terhadap idea kemudian murid-murid
menulis semula dengan memberi pertimbangan terhadap idea-idea baru yang diberi oleh rakan.
-

Dalam pendekatan ini, guru memberi masa serta maklum balas kepada idea-idea yang

dihasilkan oleh murid-murid sebelum mereka menghasilkan sesuatu karangan

Terangkan tentang konsep pendekatan.


Pendekatan pengajaran - haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan
proses pengajaran sesuatu isi pelajaran,sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran
atau sesuatu kemahiran.
Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau
memberi perhatian yang lebih utama.Sebab itu,ada kalanya pendekatan menyerupai klasifikasi
pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan
untuk meniliti proses pengajaran.pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut
cara pengelolaan murid, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar,
pengajaran bahasa atau pengajaran mata plajaran lain.
Pendekatan bersifat aksiomatik dan menggambarkan hakikat bahasa dan proses belajar bahasa
yang dijadikan landasan untuk menyusun kaedah mengajar.

Apakah yang dimaksudkan dengan pendekatan bebas?


Pendekatan Bebas Pendekatan ini memberi kebebasan kepada pelajar untuk menyuarakan
pendapat mereka tentang sesuatu topik penulisan. Pendekatan ini hanya sesuai digunakan bagi
pelajar yang sudah dapat menguasai bahasa dengan baik. Misalnya dalam pengajaran penulisan
wacana yang ada hubung kait dengan masalah penggunaan dadah dalam kalangan remaja, guru
boleh keratan-keratan akhbar untuk ditunjukkan kepada pelajar dan menyuruh mereka
memberikan pendapat melalui aktiviti sumbang saran. Melalui cara ini pelajar akan lebih berminat,
aktif dan dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan.

Terangkan langkah yang perlu diikuti dalam menyampaikan pengajaran menggunakan kaedah
bergambar dan carta.

Langkah yang perlu diikuti dalam menyampaikan pengajaran menggunakan kaedah bergambar dan
carta :
1. Gambar yang digunakan mestilah sesuai sebagai bahan bantu mengajar dan tahap peringkat
pelajar. Di samping itu, tidak boleh mengenepikan aspek kualiti gambar.

2. Guru mengarahkan murid meneliti gambar yang disediakan dan memikirkan perkara-perkara
yang boleh diperkatakan berkaitan dengan gambar berkenaan;
- Pelajar disuruh mencatat idea atau isi penting yang hendak diperkatakan berdasarkan gambar
yang dilihat
- Aktiviti sumbang saran, murid diberi peluang menyuarakan pendapat dan idea mereka secara
lisan dan kemudian guru menulisnya pada papan tulis. Guru menyemak kegramatisan ayat-ayat yang
diutarakan.
- Guru berbincang dengan murid tentang isi-isi yang diberikan dan seterusnya membuat rumusan
tentang penyusunan isi-isi penting.
- Murid menulis berdasarkan perbincangan yang dilakukan.

BANDING BEZA CIRI-CIRI STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK


STRATEGI
PENDEKATAN
KAEDAH
TEKNIK
Berdasarkan pertimbangan
terhadap teori pembelajaran,
Bercorak abstrak
Bersifat konkrit
pendekatan kaedah dan
teknik mengajar
Satu pandangan, pendirian,Cara mengajar yang
Rancangan yang teratur untuk pegangan atau falsafah
disusun dan
mencapai matlamat atau
bagi melihat, memahami dilaksanakan untuk
kejayaan
dan mendekati sesuatu
mengajar kemahiran
perkara
bahasa
-kaedah tubi
Strategi penggabungjajalinan
-kaedah terus
Pendekatan empirisis
kemahiran
-kaedah dengar dan
-pendekatan rasiomalis
-strategi
sebut
(mentalis
penyerapan nilai-nilai murini
-kaedah bersiri
-pendekatan komunikatif
dalam pengajaran
-kaedah terjemahan
-kaedah tentera

Lebih khusus atau


spesifik
Wujud dalam
bentuk aktiviti,
strategi atau taktik
dan bahan atau alat
yang berkaitan
-teknik kloz
-teknik bacaan
nyaring
-teknik bercerita
-teknik drama
-teknik korus
-teknik dialog

BAB 7

Senaraikan ciri-ciri teks yang berhubung kait.


Ciri-ciri teks yang berhubung kait: 1. Ciri tersendiri dan unik 2. Bergantung kepada kemahiran
literasi 3. Kesedaran metakognitif 4. Berkait dengan konsep cerita 5. Hubungan antara baca dan
tulis 6. Menyemak semula makna 7. Pemantauan 8. Bermain dengan kata-kata 9. Membuat rumusan
umum 10. Menilai

terangkan peringkat dalam mini lesson


Berikut adalah peringkat mini lesson:
1.Memperkenalkan strategi atau kemahiran.
2.Membuat demonstrasi menggunakan strategi atau kemahiran.
3.Memperkenalkan latihan berpandu.
4.Semak strategi dan kemahiran yang digunakan.
5.Mengaplikasi kemahiran dan strategi yang dipelajari.

Rutin menulis guru Bahasa Melayu ialah ...


1. Sebagai Model - guru sebagai modelkepada murid akan membuat penulisannya sendiri untuk
dikongsi bersama murid-murid.
2. Memberi Panduan - guru akan memberi panduan kepada murid untuk belajar tentang proses
menulis termasuk bagaimana untuk membaiki penulisan mereka.

Senaraikan ciri-ciri teks yang berhubung kait.

a. Ciri tersendiri dan unik. Pelajar banyak membaca lebih berpengetahuan.


b. Bergantung kepada kemahiran literasi. Berkaitan jenis buku yang dibaca, tujuan membaca dan
minat.
c. Kesedaran metakognitif. Buat kesatuan antara teks antara penulis dan membaca yang mahir.
d. Berkait dengan konsep cerita yang telah dibaca.
e. Hubungan antara buku yang telah dibaca dan ditulis
f. Menyemak semula makna untuk menambah maklumat dan berkomunikasi dengan berkesan
g. Pemantauan bagaimana mereka berkomunikasi dalam penulisan pelajar
h. Bermain dengan kata-kata seperti kata kiasan, pepatah dll dalam penulisan
i. Membuat rumusan umum iaitu keseluruhan berdasarkan teks yang ditulis.
j. Menilai untuk mendapatkan maklumat bagi menentukan pencapaian objektif pdp guru.

Pengajaran strategi dan kemahiran menulis


Nyatakan bagaimana anda dapat melihat kemajuan murid dalam kemahiran penulisan mereka?
Kemajuan dalam penulisan murid dapat dilihat seperti berikut:
* Murid menulis dengan ayat yang lebih panjang dan menggunakan ayat yang lebih deskriptif dan
spesifik
* Murid menggunakan peta minda dan rangka sebelum membuat penulisan dan mengkategorikan
penulisan mereka dalam perenggan.
* Murid menjadi lebih yakin semasa menulis dan mula menggunakan perkataan yang lebih
susah,menggunakan peribahasa dan sebagainya.
* Murid lebih mengambil berat tentang pembaca yang membaca penulisan mereka dengan
membaca kuat kepada rakan mereka dan bertanyakan pendapat tentang penulisan mereka.

Jelaskan perbezaan antara penulis cekap dan tidak cekap.

Penulis Cekap

Tidak Cekap

1.mahir menulis

1.tiada tujuan menulis

2.proses penulisan fleksibel

2.tiada turutan isi

3.idea berkesan dan berkembang

3.kurang idea bernas

4.maklum balas.

4.tiada respon

5.berkomunikasi dengan karya

5.tiada penilaian

6.mengikut format

6.tidak ikut format

7.pelbagai strategi menulis

7.sekadar pemberitahuan

8.berjaya menarik pembaca.

8.karangan panjang,idea biasa

Apakah perbezaan di antara strategi dan kemahiran?


STRATEGI merupakan satu susunan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mencapai
sesuatu matlamat atau tujuan dengan menggunakan tenaga, masa dan kemudahan yang diperolehi
secara optimum. Menurut kamus Dewan, strategi ialah ilmu tentang cara-cara merancang dan
melaksanakan tindak-tanduk atau rancangan yang diatur untuk mencapai matlamat atau kejayaan.
Menurut Kamus Dewan Bahasa (Edisi ke3), Kemahiran diertikan sebagai kecekapan atau
kepandaian. Manakala, belajar diertikan sebagai memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran. Hal
ini kerana adanya rangsangan-rangsangan, pemilihan rangsangan yang sesuai dengan organ deria,
pemikiran makna sesuatu rangsangan di dalam otak, membentuk pengalaman atau ilmu
pengetahuan dan mengamalkan dalam situasi yang sepadan serta perubahan tingkah laku
seseorang.

Ciri-ciri Teks Yang Berhubung Kait

ciri tersendiri dan unik - pengetahuan sastera murid membuatkan mereka berbeza dari
lain. Murid yg rajin membaca akan mempunyai kelebihan semasa menulis kerana pengetahuan
yang dimilikinya.

bergantung kepada kemahiran literal - bergantung kpd jenis buku yang murid tlh baca,
tujuan mereka dan minat membaca dan menulis.

kesedaran metakognitif - murid sedar tentang kelebihan hubungkait antara teks dan
secara tidak sedar akan membuat kesatuan antara teks terutamanya penulis dan pembaca
yang telah mahir.

berkait dengan konsep cerita - pelajar membuat hubungan dengan cerita yang mereka
baca dan tulis.
hubungan antara baca dan tulis - pelajar membuat kesatuan di antara cerita2 yang
mereka baca dan cerita2 yang mereka tulis.
menyemak semula makna - penulisan adalah satu proses membina makna. Murid akan
sentiasa menyemak makna ayat yang mereka bina semasa menulis. Semasa menyemak semula,
murid akan menambah perkataan dan ayat, membuat penggantian dan pemotongan, dan
mengubah susunan teks utk berkomunikasi degn lebih berkesan.
pemantauan - murid akan menyelaras semua aktiviti penulisan yang berkaitan dan
memeriksa bagaimana mereka berkomunikasi dengan hasil penulisan mereka.
bermain dengan kata-kata - murid menggabungkan penggunaan kiasan dan bahasa novel
dalam penulisan mereka (metafora, perumpamaan, simpulan bahasa, aliterasi, menambah
jenaka, teka-teki, puisi)
membuat rumusan - murid akan memikirkan idea2 utama dan menggunakannya utk
membuat kesimpulan melalui teks. Murid jg akan mengenal pasti idea utama dgn membuat
kelompok, menulis ayat topik dlm perenggan dan menulis kesimpulan.
menilai - pelajar membuat penilaian ke atas hasil penulisan mereka menggunakan penilaian
sendiri, rubrik dan senarai semak untuk melihat sama ada penulisan mereka adalah satu
penulisan yang baik.

Proses Dalam Penulisan


1. Kumpul bahan yang berkaitan dengan tajuk yang hendak ditulis.
2. Masukkan bahan yang dikumpul dalam buku folio.
3. Sunting bahan untuk menentukan kesesuaian dengan tajuk penulisan.
4. Gunakan sumber bahan bercorak ICT
5. Simpan bahan-bahan yang tidak berkaitan utk kegunaan dan rujukan tajuk yang lain.

pengajaran menulis
Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai
urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk
menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain seperti
bercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain
storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan dan lain-lain lagi

Mini Lesson - Atwell 1998 - masa 15 hingga 30 minit digunakan untuk menjalankan aktiviti
membantu murid mengasah kemahiran menulis. : Langkah-langkah- 1. memperkenalkan strategi /
kemahiran 2. membuat demonstrasi menggunakan strategi / kemahiran 3. memberikan latihan
berpandu 4. semak strategi/ kemahiran yang digunakan 5. mengaplikasikan strategi / kemahiran
yang dipelajari

Strategik penulisan adalah prosedur pemikiran yang digunakan oleh penulis untuk menyelesaikan
masalah yang mereka hadapi semasa menulis. Penulis strataegik mengawal proses penulisan
mereka dengan baik.. mereka memilih dan menggunakan strategik yang sesuai, menyusun idea
untuk menulis, memantau pembangunan komposisi mereka dan meyemak makna mereka untuk
membaiki penulisan mereka.

Nyatakan kemajuan dalam penulisan murid yang dapat dilihat

Menulis dengan ayat yang lebih panjang menggunakan ayat yang lebih deskriftif dan
spesifik.
Menggunakan peta miinda dan rangka sebelum membuat penulisan dengan
mengkategorikan penulisan dalam bentuk peenggan.
Berkeyakinan dan akan menulis menggunakan perkataan yang lebih susah, menggunakan
peribahasa dan sebagainya.
Mengambil berat tentang pembaca yang membaca penulisan mereka dengan membaca kuat
kepada rakan mereka dan bertanyakan pendapat tentang apa yang mereka tulis.

BAB 8
Apakah yang dimaksudkan dengan teknik global?
Global bermaksud menyeluruh. Teknik global memerlukan pemeriksa melakukan penilaian secara
keseluruhan terhadap sesuatu karangan yang berasaskan rasional.Karangan itu dibaca sekali lalu
untuk menganggarkan prestasi calon berasaskan sesuatu skala seperti gred A hingga E .
Pemeriksa meletakkan nilainya sendiri terhadap karangan itu. Selepas itu, karangan itu dibaca
sekali lagi untuk mengenalpasti kekuatan dan kesilapannya, Sesudah itu, dimuktamadkan
markahnya .

Perbezaan antara pemeriksaan secara teknik global dan teknik analisis iaiti;
Teknik global atau holistik bermaksud menyeluruh iaitu pemeriksan melakukan penilaian secara
keseluruhan terhadap sesuatu karangan. Memerlukan pemeriksa yang cukup mahir dan
berkebolehan.

Manakala teknik analisis bermaksud markah diberi berdasarkan kriteria tertentu iaitu sekiranya
calon mempunyai banyak unsur yang dinyatakan dalam kriteria itu, maka tinggilah markahnya.
Pemeriksa tidak semestinya pakar dalam bidang berkenaan. Teknik ini sesuai untuk ujian
pencapaian atau ujian formatif.

Komen yang berkesan perlu bagi seorang murid supaya:


1. Murid dapat membetulkan kesalahan, terutamanya kesalahan gramatis dan fakta.
2. Menambahbaik dan menguasai teknik penulisan termasuk faham kehendak soalan, dapat
membezakan idea seperti idea sains dengan idea sastera, mengolah pemerengganan yang betul
dan membina ayat yang gramatis.
3. Menggalakkan murid menghasilkan penulisan yang lebih baik dengan cara meneroka, mencari
idea dan membaca bahan bacaan.
4. Meningkatkan kemahiran menulis termasuk dalam mata pelajaran lain dengan kemahiran
mengolah dan menyampaikan idea.
5. Mencungkil dan memupuk minat serta mengubah sikap terhadap penulisan.
6. Membantu mendapatkan markah yang tinggi dalam peperiksaan.
7. Dapat menggunakan kemahiran dalam jangka panjang, contohnya dalam kerjaya.

Jelaskan perbezaan antara teknik global dan teknik analisis.


Teknik Analisis : Markah diberi berdasarkan kriteria tertentu. Sekiranya jawapan calon
mempunyai banyak unsur yang dinyatakan dalam kriteria itu, maka tinggilah markahnya.
Pemarkahannya sistematik dan kebolehpercayaannya tinggi. Pemeriksa pula tidak semestinya
pakar dalam bidang berkenaan. Teknik pemarkahan ini sesuai untuk ujian pencapaian dan boleh
juga digunakan untuk ujian formatif kerana hasilnya dapat digunakan untuk tujuan diagnostik dan
memberi maklumat kennbali kepada pelajar dan pengajar.

Teknik Global

Global atau holistik bermaksud menyeluruh. Rasional teknik ini ialah keseluruhan lebih penting
daripada bahagian. Berasaskan rasional ini, pemeriksa melakukan penilaian secara keseluruhan
terhadap sesuatu karangan. Karangan itu dibaca sekali lalu untuk menganggarkan prestasi calon
berasaskan sesuatu skala seperti gred A hingga E. Pemeriksa meletakkan nilainya sendiri
terhadap karangan itu. Katakan pemeriksa memberi gred B. Karangan itu dibaca sekali lagi untuk
mengenal pasti kekuatan dan kesilapannya pula. Sesudah itu dimuktamadkanlah markahnya

Senaraikan komen-komen yang baik yang dapat membantu murid membaiki kemahiran menulis
mereka.
Ada beberapa komen dan ulasan yang baik dan boleh membantu penulisan pelajar, antaranya;
1. komen mestilah jelas dan spesifik menjurus kepada kesilapan pelajar yang sebenar agar mereka
tahu kesilapan yang telah mereka lakukan semasa menulis karangan.
2. komen perlulah berbentuk positif dan elak daripada ulasan negitif agar pelajar bersemangat
untuk memperbaiki kesilapan mereka.
3. komen hendaklah disertakan dengan contoh penulisan yang baik daripada rakan mereka sekelas.
4. komen haruslah disertakan dengan pujian dan elakkan daripada ulasan kutukan atau sindiran.
5. komen sepatutnya segera diutara dan bukannya tunggu terlalu lama sehingga pelajar lupa
karangan yang telah mereka tulis.

1. Teknik Global
Global atau holistik bermaksud menyeluruh. Rasional teknik ini ialah keseluruhan lebih penting
daripada bahagian. Berasaskan rasional ini, pemeriksa melakukan penilaian secara keseluruhan
terhadap sesuatu karangan. Karangan itu dibaca sekali lalu untuk menganggarkan prestasi calon
berasaskan sesuatu skala seperti gred A hingga E. Pemeriksa meletakkan nilainya sendiri
terhadap karangan itu. Katakan pemeriksa memberi gred B. Karangan itu dibaca sekali lagi untuk
mengenal pasti kekuatan dan kesilapannya pula. Sesudah itu dimuktamadkanlah markahnya.
Cara ini amat subjektif, memerlukan pemeriksa yang cukup mahir dan berkebolehan membaca
karangan itu secara kritikal. Amat subjektif bermakna kebolehpercayaan pemarkahan amat
rendah. Bagaimanapun, kebolehpercayaan pemarkahan pemeriksa itu dapat ditinggikan sedikit
melalui penyelarasan antara para pemeriksa dan penyediaan model jawapan untuk rujukan

bersama. Satu teknik global lagi dilakukan melalui perbandingan, iaitu pemeriksa membaca
karangan berkenaan sekali lalu dan menyusunnya mengikut kuatiti. Karangan terbaik diletakkan di
atas dan yang paling lemah diletakkan di bawah sekali. Kesemua karangan itu dibaca sekali lagi
untuk memastikan kedudukannya. Kemudian ditentukan peratus A, B, C dan seterusnya. Teknik
bandingan ini sesuai untuk memarkah karangan panjang seperti kerja projek. Teknik ini juga
sesuai untuk memilih karangan, cerpen, sajak, novel dan Lain-lain bagi sesuatu peraduan,
terutamanya pada peringkat saringan.

Terangkan tentang teknik global dan teknik analisis dalam pemarkahan penulisan Bahasa
Melayu?
Teknik Global - berrmaksud menyeluruh ( keseluruhan lebih penting daripada bahagian)
Cara 1 :
- Baca karangan sekali lalu dan anggarkan prestasi calon ( skala A - E)
- Baca sekali lagi, kenal pasti kekuatan kelemahan, sebelum memberikan markah.
* Pemarkahan agak subjektif. Pemeriksa harus mahir dan berkebolehan membaca karangan
secara kritikal. kebolehpercayaan pemarkahan boleh ditingkatkan melalui penyelarasan antara
pemeriksa dan penyediaan modul jawapan untuk rujukan bersama.

Cara 2
- Membuat perbandingan dengan membaca sekali lalu, susun mengikut kualiti. Karangan terbaik
di atas, lemah paling bawah.
- Baca sekali lagi untuk menimbangkan markah sebenar pastikan kedudukan dan tentukan
peratus.
- Sambil membaca, tandakan kesalahan bahasa. Berikan markah , contohnya:
Keseluruhan : 80
Ejaan
Jumlah

- 4
= 76

Teknik Analisis - Markah diberi berdasarkan kriteria tertentu. Banyak kriteria dipenuhi,
markah tinggi.
- Pemarkahan sistematik, keboleh percayaan tinggi.

- Pemeriksa tidak semestinya pakar dalam bidang berkenaan.


- Sesuai untuk ujian formatif kerana hasilnya sesuai untuk ujian
diagnostik, memberi maklumat kembali kepada guru/ pelajar.
Contoh pemarkahan: Isi

= 30%

Bahasa = 40%
Gaya dan olahan = 30 %
Jumlah = 100%

Apakah yang dimaksudkan dengan dua ekstrem?


Dua ekstrem adalah keadaan yang amat bertentangan dalam situasi pemberian penilaian atau gred
dalam penilaian penulisan. Ianya menyebabkan pemeriksa sukar membuat keputusan. Contohnya
dalam situasi pertama, isi jawapan calon sangat tepat dan matang tetapi bermasalah dari segi
bahasa seperti kesilapan struktur frasa dan ayat, kurang keseragaman susuk ayat dan kesalahan
penggunaan tanda baca. Tahap tertinggi markah calon ialah gred B.
Bagi situasi kedua pula, isi jawapan terpesong terus tetapi penggunaan bahasanya amat cemerlang.
Calon seperti ini akan diberikan gred D sebagai gred tertinggi,

Cara memperbaiki kemahiran menulis?


Memberi maklum balas kepada penulisan murid adalah salah satu tugas yang sukar dilakukan oleh
seorang guru. Menurut Robert Connors (1993), pada awal abad ke-20, beberapa skala penggredan
telah dicadangkan oleh guru untuk gred penulisan pelajar.Namun begitu, gred yang diberikan oleh
guru tidak menjelaskan pendapat atau komen mereka tentang karangan murid tersebut. Hal ini
menyebabkan murid terpaksa meneka sendiri kesilapan atau pembetulan yang perlu mereka
lakukan berdasarkan gred tersebut.
Secara keseluruhan, input penyemakan dan teguran guru yang positif dalam
penulisan karangan telah membantu pelajar menghasilkan penulisan karangan yang menepati ciriciri penulisan karangan. Penandaan kesilapan sangat penting bagi ujian sumatif. Dalam ujian
sumatif lazinnnya sampelan kertas yang telah diperiksa oleh pemeriksa akan disemak oleh
ketua pasukan.

You might also like