You are on page 1of 38

KEMAHIRAN MEMBACA / BAB 2

Nyatakan secara ringkas kebaikan bacaan awal kanak-kanak.


1..Dapat mengenal pasti tahap pembacaan murid di peringkat awal lagi.
2.Boleh merancang kaedah dan teknik untuk murid yang pelbagai keccerdasan di dalam kelas.
3.Memastikan murid sudah boleh membaca dan memahami bahan bacaan sebelum mencapai umur
9 tahun atau sebelum tahap 2.
4.Murid LINUS dan PROTIM tiada setelah murid memasuki tahun 4 ataupun murid-murid yang
gagal dalam saringan LINUS dan PROTIM dapat dikurangan.
5. pengalaman menyeronokkan
6. menjadikan kanak-kanak lebih yakin,aktif dan bertenaga
7.mempercepatkan proses penguasaan sesuatu bahasa bagi kanak-kanak
8.membolehkan kanak-kanak mengeja dan membaca ayat-ayat mudah dengan lancar

Senaraikan kebaikan bacaan awal kepada kanak-kanak.


1. Mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran pelajar.
2. Proses yang dapat membantu perkembangan awal literasi pelajar.
3. Menjadi prasyarat penguasaan kemahiran membaca seterusnya demi kejayaan masa depan
pelajar
4. Rangsangan dan kemahiran membaca di peringkat awal akan memberi kesan paling optimum
untuk meningkatkan tahap kecerdikan kanak-kanak.
5. Mempercepatkan proses penguasaan sesuatu bahasa di kalangan kanak-kanak.
6. Membuatkan kanak-kanak lebih selesa untuk menghadapi alam persekolahan peringkat rendah
kerana sudah pandai membaca.

KAEDAH FONIK

Kaedah mengajar bacaan yang digemari

menekankan hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya

sesuai digunakan kerana susuk BM yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya

hanya bunyihuruf yang diperkenalkan terlebih dahulu

diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan

Pendekatan kemahiran membaca


Pendekatan Tradisional

Pendekatan Tradisional merupakan satu proses pengajaran langsung(Essa,2003).Pendekatan ini


melibatkan pengajaran abjad dan fonik yang menekankan kemahiran khusus dan lebih
bertumpukan pemusatan guru. Guru berperanan sebagai penyampai bermula dengan
penjelasan.Manakala murid akan membuat latihan bedasarkan kepada pengetahuan yang
disampaikan oleh guru.

Pendekatan Alternatif
Pendekatan Alternatif adalah satu pendekatan moden yang memberi tumpuan kepada penggunaan
pengetahuan sedia ada dan pengalaman kanak-kanak.Ia merujuk kepada pembelajaran
progresif,strtegi pemusatan kanak-kanak,pengalaman dan belajar melalui penemuan.Pendekatan ini
merupakan satu pengajaran yang berlaku secara tidak rasmi antara pengajaran guru dan aktiviti
yang dijalankan oleh kanak-kanak.Aktiviti pengajaran bermula dengan aplikasi dan latihan yang
akan dikukuhkan dengan pengajaran guru
Terdapat 4 kaedah untuk mengajar kemahiran bacaan, iaitu ;
1. Kaedah huruf/abjad - mengeja dan membaca perkataan.
2. Kaedah pandang sebut - membaca berdasarkan perkataan yang biasa digunakan sehari-hari.
3. Kaedah fonik/bunyi - menekan hubungan huruf dan bunyinya.
4. Kaedah gabungan bunyi sukukata - menggabungkan nama huruf serta bentuknya bagi membina
sukukata dan perkataan.

Jelaskan pendekatan Alternatif.


Pendekatan Alternatif merupakan satu pendekatan moden yang menekankan penggunaan
pengetahuan sedia ada dan pengalaman kanak-kanak. Pendekatan ini juga merujuk kepada
pembelajaran progresif, strategi pemusatan kanak-kanak, pengalaman dan belajar melalui
penemuan. Pendekatan Alternatif merupakan satu pengajaran yang berlaku secara tidak rasmi
antara pengajaran guru dan aktiviti yang dijalankan oleh kanak-kanak. Corak pengajaran
Pendekatan Alternatif iaitu aktiviti pembelajaran bermula dengan aplikasi dan latihan yang akan
dimantapkan dengan pengajaran guru. Oleh itu, aplikasi berlaku sepanjang proscs pengajaran dan
pembelajaran. Kaedah yang boleh diklasifikasikan sebagai Pendekatan Alternatif ialah seperti
Kaedah Aperantis dan Kaedah Bercerita.
Kebaikan membaca
Kemahiran membaca melibatkan proses pengamatan pendengaran, pengamatan penglihatan,
koordinasi psikomotor, ingatan dan pertuturan. Kanak-kanak yang berumur 3 tahun, pada masa ini
otak mereka telah berkembang sehingga 80 peratus. Jika kanak-kanak diransang untuk membaca
akan memberi kesan yang paling optimum untk meningkatkan tahap kecerdikannya. Menguasai
kemahiran membaca pada peringkat awal, akan menjadikan kanak-kanak petah, ayat yang tersusun
tersusun dan lancar kerana di dalam mindanya telah banyak perbendaharaan kata.
Senaraikan kaedah mengajar bacaan.

Terdapat 4 kaedah mengajar bacaan iaitu:


1. Kaedah abjad/huruf: Kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan
membaca perkataan. Dalam kaedah ini kanak-kanak perlu mengenalkan terlebih dahulu nama-nama
huruf dari a - z. Selepas itu diajar huruf vokal a,e,i,o ,u, huruf-huruf konsonan, dan diftong ai,
au, oi. Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan di peringkat ini. Selepas itu huruf-huruf digabungkan
membentuk suku kata dan seterusnya perkataan.
2. Kaedah pandang sebut / seluruh perkataan: Kaedah in sangat popular dalam mengajar bahasa
Inggeris, guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca BM. Melalui kaedah ini,
pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa digunakan seharian
seperti saya, makan, lari, main, emak dan sebagainya. Guru memperkenalkan perkataan dahulu dan
diulang-ulang menyebutnya. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar. Kaedah ini
tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali.
3. Kaedah Fonik/bunyi: Kaedah mengajar bacaan yang sangat digemari oleh guru. Kaedah ini
menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya. Kaedah ini sesuai kerana BM
terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya.
4. Kaedah gabungan bunyi - kata: Kaedah ini diperkenalkan oleh Pro. Isahak Haron, kaedah ini
murid diajar langkah demi langkah, dimulai dengan bunyi huruf digabungkan dengan nama huruf
(abjad) dan bentuk huruf Selepas itu membina suku kata dan seterusnya perkataan. Latih-tubi
mengeja adalah diperlukan.
Kemahiran bacaan awal kanak-kanak merupakan kesediaan murid untuk membaca. Peringkat
prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan,
aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasa pertuturan.
Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat. Pada tahap ini,
murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan
ketajaman penglihatan dan pendengaran. Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti
Kemahiran Bacaan Awal boleh dilakukan dengan menggunakan permainan huruf, suku kata dan
perkataan untuk mengukuhkan lagi kemahiran tersebut.
Terangkan langkah-langkah mengajar kaedah gabungan bunyi- kata
Kaedah gabungan bunyi-kata (Dari nama huruf dan bunyi kepada perkataan) ini diperkenalkan oleh
Profesor Isahak Haron, dan dalam kaedah ini murid diajar langkah demi langkah, dimulai dengan
bunyi huruf digabungkan dengan nama huruf (abjad) dan bentuk huruf. Selepas itu membina suku
kata dan seterusnya perkataan. Latih tubi mengeja adalah perlu berdasarkan pendekatan pelbagai
deria (multisensory).
Contoh;
i. Guru tunjukkan huruf pada kad imbasan dengan gambar di sebelah belakang. Murid menyebut
nama huruf tersebut.
ii. Guru menyebut perkataan dan bunyi huruf.
iii. Murid mengulangi menyebut perkataan dan bunyi huruf.
iv. Guru menyebut bunyi huruf dan kemudian menyebut nama huruf.
v. Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf, menulis huruf sambil menyebutnya
(terjemahkan bunyi yang didengar kepada tulisan) dan seterusnya murid menulis huruf-huruf.
vi. Murid membaca apa yg telah ditulisnya, iaitu membunyikan huruf
(terjemahkan huruf yang ditulis kepada bunyi yang boleh didengar).
vii. Murid menulis huruf dengan mata tertutup untuk dapat merasakan huruf itu
Setelah murid sudah biasa dengan nama, bunyi, dan bentuk huruf, guru boleh teruskan dengan

latih/tubi berikut;
i. Murid melihat semula kad imbasan dan membunyikan huruf dengan kuat (proses bacaan).
ii. Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak. Murid menyebut nama huruf dan
kemudiannya menulis (proses mengeja).
Hubungan antara nama , bunyi, dan bentuk huruf hendaklah diajar terlebih dahulu dengan
pengetahuan bahawa sesetengah huruf adalah vokal dan sangat diperlukan dalam setiap
perkataan. Kemudian diajar huruf dan bunyi vokal pula.
Apakah peranan guru dalam menerapkan kemahiran bacaan awal kepada murid-murid?
Guru berperanan mendedahkan murid pada aktiviti yang boleh mendorong mereka
mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Aktiviti Bacaan awal yang
menggunakan permainan huruf dan suku kata perkataan, untuk mengukuhkan lagi kemahiran
dengan panduan guru.

CARA DAN TEKNIK UNTUK MEMUPUK MINAT KANAK-KANAK UNTUK TUJUAN


MEMBACA IALAH ...
Kanak-kanak seawal 15 bulan perlu dilatih untuk mula mempunyai minat untuk membaca. Peringkat
awal kanak-kanak kecil berminat dengan warna buku, pergerakan kertas yang diselak serta bunyi
bising kertas dan suara lucu anda.

Adakan sesi bacaan bersama-sama dengan membaca sambil mendakap mereka.

Baca dan bercerita dengan penuh emosi dan minat. Sebut bunyi-bunyi binatang yang
dilihat bersungguh-sungguh dengan mimik muka yang menarik.

Masa bercerita tunjuk aksi-aksi tangan contoh belalai gajah dan sebagainya.

Kucing - contohnya bunyi suaranya meow, meow dan lihatkan kucing. Kucing makan ... ikan.

Gunakan buku mempunyai gambar-gambar yang menarik Dan warna-warni.


Senaraikan prinsip konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran.
1. Mengambil kira pengalaman dan kesediaan untuk belajar.
2. Menstrukturkan pengajaran untuk mempermudahkan kanak-kanak
3. Menyediakan reka bentuk pengajaran,bukan sekadar menyampaikan maklumat.
4. Menyedari bahawa proses pembelajaran ialah proses aktif.
5. Menyedari bahawa pembelajaran melibatkan bahasa dan aktiviti sosial dan kanak-kanak
memerlukan masa untuk belajar
6. Pembelajaran memerlukan penggunaan pemikiran tahap tinggi

BAB 3
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Membaca
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah berperanan dalam melengkapkan strategi
pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif dengan melibatkan pelbagai akitviti di
dalam dan di luar bilik darjah. Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia, strategi
merangkumi pendekatan, kaedah dan teknik.
1. PENDEKATAN

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau
memulakan proses pengajaran sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh
digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cara fakta disampaikan dan keaktifan
pengajaran. Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan
individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas
bercantum dan sebagainya. Pendekatan berdasarkan cara bagaimana isi pelajaran disampaikan
seperti pendekatan induktif, pendekatan deduktif dan pendekatan eklektik. Pendekatan yang
memberi tumpuan kepada keaktifan murid seperti pendekatan berpusatkan guru manakala
pengajaran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan berpusatkan murid.
2. KAEDAH PENGAJARAN
Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai
urutan
yang tertentu.
3. TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN
Teknik-teknik pengajaran adalah merupakan suatu cara yang digunakan untuk menyampaikan
pengajaran yang ditetapkan. Antara teknik yang biasa digunakan ialah teknik
bercerita,perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, sumbang saran,
perbahasan, kuiz, lakonan dan projek.
Apakah masalah membaca yang dihadapi oleh guru dan murid di sekolah?
Sebab atau faktor masalah membaca :
1. Kaedah pengajaran guru - kurang pengalaman, tidak menggunakan kaedah yang betul.
2. Faktor persekitaran - keluarga, sekolah, rakan.
3. Faktor psikologi - kurang minat dan motivasi.
4, Faktor individu -kecerdasan berbeza.
5. Teks yang digunakan- tidak menarik, sukar difahami.
6. Masa pengajaran terhad menyebabkan tidak dapat mengukuhkan kemahiran membaca.
Apakah objektif pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca?
Objektif Kemahiran Membaca untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan :
1.Membaca dan memahami perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran dalam ayat
daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.
2. Membaca dan memahami frasa yang mengandungi diftong, vokal berganding, digraf dan
konsonan bergabung dalam perenggan daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.
3. Membaca kuat bahan bacaan yang mengandungi pelbagaim pola ayat, ayat tunggal susunan
biasa, ayat tunggal susunan songsang dengan lancar, sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.
4. Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan
multimedia untuk mengenal pasti pertautan idea, membuat penilaian dan ramalan dengan betul.
5. Memaca, memahami dan menaakul bahan grafik untuk memindahkan maklumat kepada bentuk
ayat dengan betul.
6. Membaca dan memahami pelbagai bahan sastera dan bukan sastera untuk menambah ilmu
pengetahuan dan mendapatkan pengajaran.
Android dan keberkesanan membaca.Sejauhmanakah kebenarannya?
peralatan android yang mempunyai pelbagai perisian canggih mampu menarik minat kanak-kanak
untuk membaca. Game atau permainan elektronik yang menyeronokkan memaksa kanak-kanak
untuk belajar mengeja dan seterusnya Membaca bagi memudahkan mereka mengakses sendiri
permainan tersebut.
Pengajaran Kemahiran Membaca

Proses membaca dibahagikan kepada tiga peringkat yang utama iaitu peringkat sebelum membaca,
semasa membaca dan selepas membaca. Peringkat sebelum membaca merupakan penentuan bahan
bacaan yang dibaca, semasa membaca pula merupakan peringkat mengenal pasti isi-isi bahan
bacaan, dan selepas membaca, pembaca dapat mengenal pasti tujuan penulis bahan bacaan
yangtelah dibaca. Oleh itu, guru perlu mengenal pasti strategi mengajar kemahiran membaca yang
sesuai kepada murid-murid supaya murid akan mendapat maklumat serta ilmu pengetahuan
daripada bahan bacaan yang perkenalkan kepada mereka.

BAB 4

Masalah dalam bacaan :i. membuang atau meninggalkan bunyi huruf,perkataan dan imbuhan
ii. ulangan perkataan atau suku kata semasa membaca
iii. gantikan huruf atau perkataan dalam ayat dibaca
iv. tambahan bunyi atau perkataan semasa membaca
v. pembalikan huruf
vi. tidak kenal huruf
vii. salah sebutan
viii. membaca mengikut loghat atau dialek

Nyatakan masalah membaca di sekolah


1 Tidak tahu membaca perkataan tersebut dan makna sesuatu perkataan.
2 Tidak tahu membaca huruf a-z.

3 Tidak mahir menulis a-z.


4 Halangan kognitif.Ada setengah pelajar yang sangat cepat menyerap sesuatu ilmu yang
disalurkan dan ada segelintir pelajar pula adalah sebaliknya.
5 Tabiat dan kebolehan membaca serta pengalaman menentukan kejayaan seseorang individu

Masalahnya ialah mengapa murid tidak boleh membaca?....kesian, sehingga tahun 6 masih tidak
cekap membaca. Masalah yang paling besar untuk murid ini ialah kemampuannya serta
kemahuannya untuk membaca itu tiada. Maka akan tercicirlah ia sehingga ke sekolah menengah.
Seterusnya guru sekolah menengah marah kepada guru sekolah rendah disebabkan murid tidak
tahun membaca. Kesian... saling salah menyalah. Bukannya boleh selesaikan masalah tu pun....

Masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak dapat dilihat melalui aktiviti bacaan nyaring,
manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat melalui aspek bacaan kefahaman. Antara
masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah seperti berikut:
a) Membuang/meninggalkan (omission)
Bunyi huruf, perkataan, dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca,
misalnya buah disebut uah, kering disebut kerin.
b) Ulangan (repetition)
Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan
mengulang ini bukan disebabkan oleh masalah gagap.
c) Gantian (substitute)
Menggantikan huruf atau perkataan dalam ayat yang dibaca, misalnya
ladang disebut lalang.
d) Tambahan (insertion)
Bunyi huruf atau perkataan ditambah semasa membaca, misalnya buah
disebut buwah.
e) Pembalikan (reversals)
Huruf, perkataan, atau frasa dibaca secara terbalik atau songsang.
f) Tidak kenal huruf
g) Salah sebutan
h) Membaca mengikut loghat atau dialek.
i) Kesukaran untuk mengadun dan membatang suku kata

Tingkah laku yang ditunjukkan dalam masalah membaca


a) membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh perkataan,

b) bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan dan tidak lancar,


c) teragak-agak (hesitation) - teragak-agak bermaksud berhenti sejenak sebelum menyebut
sesuatu perkataan ketika membaca disebabkan kanak-kanak tidak pasti akan bacaannya,
d) membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan,
e) membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak,
f) menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca,
g) tingkah laku yang tidak selesa seperti mengejip-ngejip mata, mengerut dahi, menggeleng
kepada, dan sebagainya,
h) Suara terlalu perlahan dan tidak jelas atau blurring,
i) kedudukan mata terlalu dekat dengan bahan bacaan,
j) cuba mengelak daripada aktiviti membaca, dan
k) tidak boleh membaca langsung.
Jenis Masalah Bacaan
Masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak dapat dilihat melalui aktiviti bacaan nyaring,
manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat melalui aspek bacaan kefahaman.
Antara masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah seperti berikut:
a) membuang/meninggalkan (omission)
Bunyi huruf, perkataan, dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca, misalnya buah disebut
uah, kering disebut kerin. Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca,
seperti;
Buku itu sangat tebal. dibaca sebagai Buku itu tebal.
Manakala meninggalkan imbuhan adalah seperti mengandungi disebut mengandung dan
sebagainya.
b) Ulangan (repetition)
Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan mengulang ini bukan
disebabkan oleh masalah gagap.
c) Gantian (substitute)
Menggantikan huruf atau perkataan dalam ayat yang dibaca, misalnya ladang disebut lalang.
Manakala terdapat perkataan yang digantikan dengan perkataan lain sehingga boleh mengubah
maksud ayat.
d) Tambahan (insertion)
Bunyi huruf atau perkataan ditambah semasa membaca, misalnya
buah disebut buwah. Manakala penambahan perkataan berlaku
seperti berikut;
Saya suka makan rojak. dibaca sebagai Saya sangat suka makan rojak.
e) Pembalikan (reversals)
Huruf, perkataan, atau frasa dibaca secara terbalik atau songsang.
Contoh ;
Bala disebut laba, manakala pembalikan perkataan dalam ayat berlaku apabila perkataan
diubah kedudukannya, contoh: Dia makan nasi dibaca sebagai Dia nasi makan, dan
begitu juga dengan pembalikan frasa.
f) Tidak kenal huruf
Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanak-kanak gagal membaca

dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak akan menyebut sesuatu huruf sesuka hati
atau dengan meneka sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau berlainan
makna.
g) Salah sebutan
Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak tidak mengenal huruf atau
tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan
tidak bermakna lagi dalam konteks ayat berkenaan.
Faktor2 yg mempengaruhi
1. Faktor persekitaran - keluaraga,sekolah dan rakan.
2. Faktor Psikologi -kurang minat belajar dan kurang mengambil perhatian semasa belajar,
3.Faktor individu - berkait rapat dengan kecerdasan dan kebolehan membaca,murid yang
mempunyai kederdasan yang tinggi berpeluang memahami dengan cepat berbanding murid yg
lemah membaca.
4. Teks yang digunakan - teks yang mudah dan menarik memudahkan pembaca untuk memahami
isi kandungannya.
5.Kaedah guru mengajar- ini lah punca masalah membaca dalam kalangan murid sekolah, guru
kurang pengalaman, keadah mengajar secara beramai-ramai.
6. Masa pengajaran - terlalu singkat dan tidak mencukupi.

Faktor masalah membaca adalah seperti berikut :


1) Kaedah Pengajaran guru
Masalah ini berpunca dari guru yang kurang pengalaman mengajar dan tidak menggunakan kaedah
mengajar yang sesuai.
2)Faktor Persekitaran
3 Faktor yang dirumuskan dalam faktor ini adalah berkait dengan keluarga,sekolah dan rakan.
Faktor keluarga dapat dikaitkan dengan penekanan keluarga kepada
dianggap lebih penting berbanding matapelajaran

mata pelajaran lain yang

Bahasa Melayu. Manakala Faktor sekolah

dapat dikaitkan dengan penekanan guru terhadap murid untuk menghadapi peperiksaan UPSR
maka guru tidak lagi memberi tumpuan kepada mengajar membaca kepada murid yang berhadapan
dengan masalah membaca.Tambahan pula,jumlah murid yang ramai menyebabkan guru menghadapi
kekangan untuk memberi tumpuan secara individu kepada murid.
3) Faktor Psikologi

Kurang minat membaca merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah
membaca yang menyebabkan murid tidak memberi tumpuan kepada pengajaran di dalam kelas
4) Faktor Individu
Berkait rapat dengan kecerdasan dan kebolehan membaca murid. Murid-murid
cerdas cepat memahami bahan bacaan yang dibaca berbanding murid yang lemah.
5) Teks Yang Dibaca
Teks yang mudah dibaca dan menarik memudahkan pembaca,membaca,memahami isi kandungan
teks manakala teks yang tidak menarik,tinggi bahasanya,atau tulisan yang kecil akan mengganggu
pembacaan pembaca.
6) Masa Pengajaran
Masa pengajaran membaca yang sedikit atau singkat menyebabakan tidak dapat membantu
pelajar tahap sederhana atau lemah untuk menguasai kemahiran membaca.

Kesan masalah membaca :


1. Gagal dalam peperiksaan.
2. menjejaskan Pembelajaran Mata Pelajaran lain.
3. Sukar Menghadapi peperiksaan.
4. Kesan psikologi
- menyebabkan tercicir dari sekolah
- masalah sosial apabila keluar dari sekolah.
- kurang aktif dalam kelas.
- rendah diri
- kurang motivasi.
- cepat bosan untuk belajar

Kaedah pengajaran guru merupakan salah satu punca berlakunya masalah membaca dalam
kalangan murid sekolah. Masalah dalam kaedah pengajaran guru melalui hasil kajian dapatlah
dirumuskan kepada:1. kurang pengalaman
2. penggunaan kaedah pengajaran membaca beramai-ramai dan individu.
3. tiada kaedah yang berkesan dalam pengajaran membaca.
Kebanyakan kami guru-guru ini kurang erpengalaman mengajar membaca
atau mereka tidak menggunakan kaedah membaca yag sepatutnya seperti
kaedah suku kata atau apa-apa kaedah yang sesuai dengan tahap mebaca
murid.

BAB 5
Prinsip konstruktivisme dalam proses pnp
1. Mengambil kira pengalaman dan kesediaan untuk belajar.
2. Menstruktur pengajaran untuk mempermudahkan kanak-kanak.
3. Menyediakan reka bentuk pengajaran, bukan sekadar menyampaikan maklumat.
4. Menyedari bahawa proses pembelajaran ialah secara aktif.
5. Menyedari bahawa pembelajaran melibatkan bahasa dan aktiviti sosial.
6. Pembelajaran memerlukan penggunaan pemikiran tahap tinggi

Ciri-ciri yang harus dimiliki oleh guru


a. bawa murid disleksia jumpa dengan pakar psikologi
b. bantu murid memahami bahawa mereka tetap disayangi
c. sabar melayani
d. berikan bantuan dan latihan pembelajaran

e. amalkan suasana kasih sayang


f. bersikap prihatin
g. buat aktiviti berkeluarga
h. memberi bimbingan dalam bidang akademik
I. amalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian
j . bacakan cerita untuk kanak-kanak

Punca-punca disleksia
a. keturunan atau genetik
b. biologi
c. kematangan
Tanda-tanda kanak-kanak meghadapi disleksia
1. Masalah dalam ejaan
2. masalah dalam ingatan
3. Masalah dalam membaca
4. Masalah menyalin nota
5. Masalah visual motor.

Kanak-kanak Prasekolah
- Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan
- Suka mengganti perkataan dan hiperaktif
- Seringkali terlupa pelajaran yang dipelajari
- Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri

Kanak-kanak 6 -7 Tahun

- Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan
perkataan,huruf dan nombor
- Keliru dengan kiri dan kanan
- Tulisan terbalik atau cermin

Kanak-Kanak 9 -12 Tahun


- Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman
- Kesukaran menyalin maklumat di papan putih atau buku teks
- Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang
- Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkaan latihan

Sekolah Menengah
- Kesukaran menulis karangan
- Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral
- Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten
- Lemah dalam kefahaman

tanda-tanda dan simptom-simptom kanak-kanak disleksia.


Masalah Pemahaman
masalah megekalkan ingatan
Masalah personaliti
Masalah menyalin nota
Masalah tulisan

PERANAN GURU
Guru dapat membantu murid-murid disleksia dengan:

1-membuat penyususnan kerja atau tugasan dalam bilik darjah. contoh;a) berikan ringkasan apa yang dipelajari.
b) tugas-tugas diperincikan kepada bahagian-bahagian lebih kecil
c) galakkan kerja rutin harian
2- Penulisan pada papan putih
a) gunakan pen atau kapur bewarna
b) jarak tulisan adalah sesuai
c) tidak memadam tulisan di papan putih sehingga murid selesai menyalin
3- Pembacaan,
a) berstruktur
b) pengulangan
c) perkenal perkataan baru secara perlahan-lahan
4- kerja rumah
a) kerja rumah yang benar-benar bermanfaat
b) menggred hasil kerja murid mengikut permasalahan mereka

Masalah Membaca Disebabkan Disleksia


1.

Masalah mendekod iaitu proses menghuraikan perkataan kepada fonem tertentu dan mengenal
fonem-fonem berkenaan.

2. Kefahaman-- memahami maksud perkataan, frasa dan ayat yang dibaca


3. Pengekalan --kebolehan individu mengingat kembali apa yang dibaca

Masalah Bacaan ataupun disleksia


Masalah dalam ejaan
- masalah dalam sebutan (fonologi) dimana murid tidak dapat menyebut perkataan yang tertulis
- sukar untuk membunyikan huruf vokal dan selalu meninggalkannya, contohnya could diejacold
Masalah dalam ingatan
- bermasalah dalam ingatan jangka pendek

- sukar untuk mengumpulkan maklumat dalam otak, seolah-olah terlalu banyak perkataan
berpusing-pusiang dalam otak mereka
- selalu gagal dalam menyusun maklumat
- bermasalah dalam mengingati susunan hari, bulan, tahun, dan sewaktu dengannya
Masalah dalam membaca
- membaca terlalu cepat dengan sebutan yang tidak tepat
- membaca lambat dan terputus-putus disebabkan kesan kekaburan, kesan keterbalikkan, kesan
lingkaran cahaya, kesan bergoyang, kesan seperti runtuhan, kesan putaran atau variasi
perkataan
- sering salah apabila menyebut perkataan yang mempunyai huruf pertama dan terakhir yang
sama, contohnya, form disebut from
- tiada intonasi semasa membaca dan tidak mempedulikan tanda bacaan
Masalah dalam menyalin nota
- lambat menyalin nota dan banyak melakukan kesilapan
- keliru dengan abjad
- menulis terbalik contohnya "b" dan "d", "a" dan "c", "m" dan "w", "p" dan "q"
- menulis nombor terbalik, contohnya "12" ditulis "21"

Apakah yang dimaksudkan dengan masalah membaca murid disleksia?


Disleksia adalah maslah murid yang mempunyai kelemahan dalam memahami apa yang dibaca atau
tidak boleh membaca.Biasanya murid ini medduduki kelas pemulihan.Mereka tidak boleh
mengikuti kelas biasa seperti mana murid biasa.
Mereka mengalami masalah
1.tidak mengenal huruf
2.Membaca huruf terbalik
3.Tidak boleh membunyikan suku kata
4.Tidak boleh memahami arahan guru.perkataan perlu diulang-ulang.

MENDEKOD

kesukaran menyebut perkataan

kekeliruan antara huruf dan bunyi yang diwakili

kesukaran memahami hubungan antara bunyi, huruf dan perkataan

membaca dengan perlahan

tidak memberi perhatian kepada tanda baca semasa membaca

kelajuan dan kefasihan membaca terhad


Bagaimanakah langkah-langkah untuk membantu kanak-kanak disleksia ?

Kanak-kanak Disleksia tidak boleh disembur.Intervensi awal dapat menyakinkan kanakkanak mencari jalan bagi mengurangkan bebanan masalah mereka.

Patricia Hodge(20100 dari Persatuan Disleksia, menulis bahawa guru perlu membantu
kanak-kanak disleksia.Mereka selalu terdedak kepada didera oleh kanak-kanak lain di
persekitaran mereka.Berikut adalah beberapa idea yang guru boleh lakukan:-

Guru perlu ringkaskan apa yang diajar.Mesej yang disampai tidak secara lisan,mudah,notanota yang rinhgkas hendaklah diberikan supaya kanak-kanak boleh membacanya secara
perlahan.

Guru perlu menggunakan pen warna atau kapur berwarna untuk setiap baris jika banyak
ayat yang disalin

Kanak-kanak memerlukan bacaan yang berulang-ulang dan secara perlahan.

Jika kanak-kanak berjaya membaca bermakna mereka merasa ada keyakinan diri.

Kerja rumah hendaklah yang mampu mereka buat dan tidak memeningkan kepala....ingatan
dan kefahaman mereka yang terlalu rendah dan lambat.

Apakah yang dimaksudkan masalah disleksia?


1.Drake (1989), mentakrif disleksia sebagai kesukaran belajar bahasa, tidak lancar ketika
membaca sesuatu bahan bercetak, mata menjadi penat setelah beberapa minit menumpu pada
tulisan dan daya tumpuan yang terhad. 2.Persatuan Psikologi British -1999 (British Psychological
Society) menyifatkan disleksia sebagai kelancaran dan ketepatan bacaan atau ejaan yang tidak
berkembang selengkapnya atau sukar. Individu walaupun telah menerima pendidikan yang
mencukupi, masih menghadapi kesukaran atau ketidakbolehan menguasai kemahiran membaca.
Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang
biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti
membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka
yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang
normal.

BAB 6

Jenis-jenis bacaan
i. bacaan mekanis ( bacaan bersuara)
ii. bacaan mentalis ( bacaan kefahaman)
iii. bacaan intensif

iv. bacaan ekstensif ( penekanan aktiviti membaca di luar kelas)


v. bacaan skiming dan scanning ( bacaan cepat )

TUJUAN BACAAN MEKANIS


(a) Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan

intonasi yang betul dan jelas.


(b) Membolehkan murid-murid membaca dengan irama membaca yang betul.
(c) Mengembangkan atau mempelajari unsur bahasa seperti tatabahasa, kosa kata dan juga
apabila menggunakan kamus.
(d)

Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula


berhenti
pada tempat-tempat berhenti yang betul.

(e)

Dapat menggunakan kemahiran bahasa dalam mata-mata pelajaran yang lain.

(f)

Untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca


bersuara.

(g)

Dapat mengenal pasti laras bahasa yang pelbagai.

(h)

Menikmati unsur estetik dalam bahan bacaan.

(i)

Dapat mengulas isi yang terdapat dalam bahan bacaan.

Senaraikan jenis-jenis bahan bacaan


1 bahan bacaan TMK
2 bahan bacaan undang-undang
3 bahan bacaan komputer
4 bahan bacaan ekonomi
5 bahan bacaan perhotelan

6 bahan bacaan fotografi


7 bahan bacaan matematik

Scanning memberi maksud kepada suatu kemahiran dan keupayaan bagi mendapatkan maklumat
secara cepat dan untuk mencari jawapan bagi sesuatu soalan atau maklumat secara khusus.
Dengan pantas mencari maklumat yang diberi.
Nyatakan jenis-jenis bacaan
1. Bacaan mekanis(baca dengan nyaring)
2. Bacaan mentalis(baca secara senyap)
3. Bacaan intensit(baca untuk memperkembangkan kebolehan berbahasa seseorang individu,bahan
yang disediakan perlulah pelbagai,contohnya pada hari pertama adakan aktiviti ejaan dan
menulis,hari kedua pemahaman,hari ke-3 bincangkan buku aktiviti,hari ke-4,bincangkan buku
kerja,hari ke-5,aktiviti karangan dijalankan.
4. Bacaan ekstensif(membabitkan pembelajaran kendiri para pelajar tentang pelbagai bahan.)
5. Bacaan skimming dan scaning(bacaan yang sepintas lalu tentang tajuk untuk membantu
pendengaran yang seterusnya.Bacaan scanning pula membaca maklumat penting untuk
membantu menjawab soalan dengan berkesan dan tepat sekali.Syukur kepada Tuhan.

Nyatakan langkah-langkah dalam pengajaran bacaan scanning dan skimming.

langkah-langkah skimming;
1.

selidik petikan secara keseluruhan - cari maklumat tentang pengarang, tajuk dan maksud
keseluruhan tajuk

2. tentukan jenis penulisan - samada cerita pendek dan sebagainya


3. baca perenggan pertama - sebagai asas skimming

4. cari dan kaitkan isu utama dan konteks petikan tersebut semasa membaca perenggan pertama
5. baca ayat pertama dan ayat akhir bagi setiap perenggan
6. baca perenggan akhir dengan teliti untuk mendapat kesimpulan.

langkah-langkah scanning
1. tentukan maklumat apa yang perlu dicari
2. perhatikan sepintas lalu bahan bacaan dan tumpu perhatian kepada maklumat yang dicari
3. gerakkan jari pada setiap baris untuk mempercepatkan proses scanning
4. gunakan panduan yang ada ( tajuk kecil, perkataan yang dihitamkan atau italic)

Tujuan bacaan mekanis:


1. Murid-murid dapat membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2. Murid-murid boleh membaca mengikut irama yang betul.
3. Murid-murid dapat mengembang atau mempelajari unsur-unsur bahasa seperti tatabahasa, kosa
kata dan juga apabila menggunakan kamus.
4. Murid-murid tahu menggunakan tanda bacaan serta tahu berhenti pada tempat-tempat
berhenti yang betul.
5. Murid-murid dapat menggunakan kemahiran bahasa dalam mata pelajaran lain.
6. Murid-murid dapat mencapai kemahiran dan kecekapan membaca bersuara.
7. Murid dapat mengenal laras bahasa yang pelbagai,
8. Menikmati unsur estetik dalam bahan bacaan.
9. Murid dapat mengulas isi yang terdapat dalam bahan bacaan.

Terdapat empat kaedah mengajar bacaan iaitu:

1. Kaedah abjad atau huruf.


2. Kaedah pandang sebut/seluruh perkataan.
3. Kaedah fonik/bunyi.
4. Kaedah gabungan bunyi - kata.

Antara aktiviti bacaan mekanis ialah;


1. Membaca petikan kefahaman mengikut kebolehan murid.
2. Bersoaljawab dan membantu murid dengan perkataan dan rangkaikata yang susah sama ada dari
segi sebutan dan makna perkataan.
3. Guru membaca sebagai contoh dan murid menyemak bacaan guru.
4. Guru membaca dan murid mengikut sama secara kelas atau kumpulan.
5.Guru memandu murid membaca secara individu.
6. Guru berbincang dan bersoaljawab dengan murid mengenai bahan bacaan untuk menguji
kefahaman mereka.

Sebenarnya bacaan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti:


1. Bacaan Mekanis
Bacaan mekanis adalah bacaan kuat yang mementingkan sebutan huruf dan bunyi
dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul. Bahan
bacaan yang digunakan dalam bacaan mekanis terdiri daripada perkara yang mudah
difahami dan tidak membebankan fikiran.
2. Bacaan Mentalis
Bacaan mentalis atau dikenali juga sebagai bacaan akaliah merupakan bacaan secara senyap.
Aspek-aspek kefahaman diberikan penekanan, sementara aspek-aspek sebutan, nada, tekanan dan
intonasi tidak ditekankan dalam bacaan ini.
3. Bacaan Intensif
Bacaan intensif ialah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam
meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Di samping itu, bacaan
intensif memberi tekanan kepada kajian-kajian terhadap ciriciri tatabahasa, meneliti
pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi
yang berlainan. Latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh

daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
murid.

Tujuan bacaan intensif,


1.Membolehkan murid boleh membaca dengan baik iaitu betul dari segi sebutan, intonasi, lancar,
dan tahu manggunakan tanda-tanda bacaan denfan baik.
2.Mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bahan bacaan.
3.Menilai dan mengulas isi-isi yang diperolehi daripada bahan bacaan.
4.Bacaan senyap dengan kepantasan yang sewajarnya.
5.Mengesan, memahami, dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa
6.Membuat rumusan atau kesimpulan bahan yang dibaca
7.Kenal pasti laras bahasa yang pelbagai.

4. Bacaan Ekstensif
Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca
yang dilakukan di luar kelas. Bacaan ekstensif biasanya memberi tumpuan kepada
beberapa aspek terutamanya menitikberatkan aspek pengukuhan asas bacaan,
menambah kemahiran memaham dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan
membaca, membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi
penting. Mengikut kebiasaannya, melalui bacaan ekstensif ini murid akan dapat
kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan.

Senaraikan ciri-ciri pendekatan bacaan ekstensif.


1. Murid membaca seberapa banyak buku sama ada di dalam atau di luar kelas.
2. Bahan bacaan yang disediakan merangkumi pelbagai topik agar murid membaca dengan pelbagai
tujuan dan cara.
3.Murid pilih sendiri bahan dan memberhentikan bacaan jika bahan bacaan didapati tidak menarik
serta menentukan sendiri bila dan di mana mereka akan membaca. Mereka akan membaca
bersendirian secara senyap.

1.

Bahan bacaan bersesuaian dengan keterampilan berbahasa murid, khususnya aspek kosa kata
dan tata bahasa.

2. Tujuan membaca untuk keseronokan, mendapat maklumat dan pemahaman secara tidak
langsung.
6. Guru memimpin murid ke arah mencapai matlamat program, menjelaskan kaedah, memastikan
jenis bahan dan membimbing agar murid mendapat faedah daripada bahan.

Tujuan bacaan ekstensif


1. Membolehkan membaca sendiri.
2. Untuk mendapatkan pengetahuan dan hiburan.
3. Dapat membaca fasih.
4. Untuk membina daya berfikir.
5. Memperkayakan bahasa, perbendaharaan kata, struktur ayat dan lainnya.

Teknik pengajaran bacaan ekstensif


1.Mengkaji kandungan bahan
2.Buat soalan
3.Baca
4.Menerangkan
5.Mengkaji semula
Tujuan Bacaan Mentalis
a) untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dengan sendiri.
b) Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dan memahamiapa yang dibacanya.
c) untuk melatih murid- murid membaca senyap dengan pantas.
d) Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap dengan untuk mendapatkan pengetahuan

e) Dapat menggunakan kemahiran membaca mentalis untuk hiburan

Perbezaan antara bacaan mekanis dan bacaan mentalis


Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara yang melibatkan sebutan yang jelas, intonasi dan irama
mengikut gaya yang betul dan melibatkan alat-alat pertuturan. Ianya bertujuan untuk latihan
teknik membunyikan sebutan , kelancaran serta kefasihan serta membantu murid mengenal pasti
laras bahasa yang pelbagai.
Bacaan mentalis pula merupakan kegiatan membaca secara senyap dan melibatkan ingatan visual.
Tujuan utamanya ialah bagi mendapatkan maklumat dan pemahaman. Bacaan boleh dilakukan di
mana-mana sahaja dan kelancarannya lebih pantas dari bacaan mekanis kerana tidak melibatkan
nada suara, sebutan dan irama.

Apakah yang dimaksudkan dengan bacaan mentalis (kefahaman)?


Membaca dalam hati atau secara senyap, melibatkan ingatan visual dan bertujuan untuk
memperoleh maklumat dan pemahaman. Ianya dijalankan selepas murid mencapai kemahiran dan
kecekapan bacaan mekanis.
Tujuan bacaan mentalis adalah untuk;
(a) melatih murid-murid supaya boleh membaca dengan sendiri.
(b) melatih murid-murid supaya boleh membaca dan memahami apa yang dibacanya,
(c) melatih murid-murid membaca senyap dengan pantas.
(d) menggunakan kemahiran membaca senyap untuk mendapatkan pengetahuan.
(e) menggunakan kemahiran membaca mentalis untuk hiburan.

Bacaan mekanis (bersuara) merupakan satu aktiviti membaca yang disuarakan dengan jelas untuk
menangkap dan memahamkan informasi, fikiran dan perasaan seseorang pengarang. Bacaan
bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang dengan intonasi, fikiran
dan irama mengikut gaya membaca yang betul.
TUJUAN BACAAN MEKANIS
3. Membolehkan murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul
dan jelas.

4. Mempelajari unsur bahasa seperti tatabahasa, kosa kata dan mengembangkan dengan
menggunakan kamus.
5. Tahu menggunakan tanda baca semasa membaca, seterusnya membolehkan murid mencapai
kemahiran dan kecekapan membaca bersuara.
4. Mengenal laras bahasa yang pelbagai, termasuk unsur estetik dalam bahan bacaan.
5. Dapat mengulas isi dalam bahan bacaan.
6. Dapat menggunakan kemahiran bahasa dalam mata pelajaran lain.

AKTIVITI BACAAN MEKANIS


1. Beri petikan yang sesuai.
2. Bersoaljawab bagi membantu murid dari segi sebutan, memahami perkataan atau rangkai kata
yang sukar.
3. Guru membaca sebagai contoh dan murid menyemak.
4. Guru membaca, murid mengikut sama ada secara individu atau kumpulan.
5. Murid membaca secara individu dengan bergilir dan di bimbing oleh guru.
6. Guru berbincang dan bersoalj jawab mengenai isi bacaan untuk menguji kefahaman murid sama
ada secara lisan atau bertulis.

Cara-cara Membantu Penangkapan Maksud Pengarang ialah ...

menyoroti idea baru dengan menggunakan penekanan yang jelas

menjelaskan perubahan dari satu idea kepada idea yang lain

menerangkan kesatuan-kesatuan fikiran dalam kaliamt dengan penyusunan kata yang tepat
dan sempurna

menghubungkan idea yang bertautan dengan cara menjaga suaranya sehingga akhir dan
tercapai tujuannya

menjelaskan klimaks dengan gaya dan daya ekspresi yang baik

BAB 7

Bagaimana kaedah SKN matriks untuk mengajar kosa kata


Kaedah senarai - kumpul - namakan:
Dilakukan secara berpasangan atau berkumpulan. Bermula dgn guru memperkenalkan tajuk
berkaitan dengan perkara yang hendak di ajar. Kemudian murid diminta memberikan seberapa byk
perkataan utk membina rangkaian kosa kata berkaitan tajuk. Kemudian, guru bimbing murid
kumpulkan kata2 yg disenaraikan mengikut kumpulan tertentu.
Kaedah matriks:
1. Guru pilih satu perkataan @ konsep sbg rangsangan pengajaran kosa kata.
2. Guru bimbing murid senaraikan sifat @ ciri yg dpt dikaitkan dgn kategori perkataan dipilih.
Kemudian, murid isi matriks dgn menulis tanda (+) utk ciri dimiliki dan tanda (-) utk ciri tidak
dimiliki.

Huraikan teknik-teknik yang dapat digunakan oleh guru untuk mengajar kosa kata.
1. membuat perbandingan terhadap sesuatu bentuk ( bulat, bujur, keras, lembut )
2. menggunakan anggota badan ( tangan, kaki, jari )
3. melukis gambar pelbagai situasi dan emosi ( sedih, marah, takut, gembira )
4. membawa bahan maujud atau relia ( buah, sayur, baju )
5. menunjukkan bahan yang penting ( buku, dadu, congkak )
6. melukis orang lidi mewakili perwatakan seseorang.
7. peta minda yang mencakupi keseluruhan tajuk.
Guru perlu bijak menggunakan teknik-teknik berkenaan sesuai dengan kebolehan muridnya dalam
kelas.

Kepentingan pengajaran kosa kata kepada muruid-murid:


1.Pengajaran kosa kata perlu dapat membantu murid mengaitkan makna perkataan baru kepada
makna-makna sedia ada murid.
2.Pengajaran kosa kata perlu dapat membantu murid membina pengetahuan tentang makna

perkataan yang luas dan rapi.


3.Pengajaran kosa kata perlu dapat melahirkan penglibatan yang aktif di pihak murid.
4.Pengajaran kosa kata perlu dapat membantu murid membina strategi pembelajaran perkataanperkataan dan konsep-konsep baru secara bebas.
Kepentingan pengajaran kosa kata adalah
1.Menambah ilmu pengetahuan asas membaca kanak-kanak
2. Mengatasi masalah kesalahan bahasa kanak-kanak
3. Memupuk nilai mencintai bahasa serumpun

Bagaimana kaedah SKN matriks untuk mengajar kosa kata.


Kaedah senarai - kumpul - namakan:
Dilakukan secara berpasangan atau berkumpulan.Bermula dgn guru memperkenalkan tajuk
berkaitan dengan perkara yang hendak di ajar.Kemudian murid diminta memberikan seberapa byk
perkataan utk membina rangkaian kosa kata berkaitan tajuk.Kemudian, guru bimbing murid
kumpulkan kata2 yg disenaraikan mengikut kumpulan tertentu.
Kaedah matriks:
1. Guru pilih satu perkataan @ konsep sbg rangsangan pengajaran kosa kata.
2. Guru bimbing murid senaraikan sifat @ ciri yg dpt dikaitkan dgn kategori perkataan dipilih.
Kemudian, murid isi matriks dgn menulis tanda (+) utk ciri dimiliki dan tanda (-) utk ciri tidak
dimiliki.
1) Nyatakan bagaimana guru boleh menggunakan Kaedah 'Senarai-Semak-Namakan'.
a.Guru memperkenalkan tajuk yang berkaitan dengan perkara yang hendak diajar
Contoh:Binatang.
b.Setiap murid memberi beberapa banyak perkataan untuk membina rangkaian kosa kata
mengenai binatang.
c. Guru membimbing murid untuk mengumpulkan kata-kata yang telah disenaraikan itu
menurut kumpulannya.

Kaedah Senarai-Kumpul-Namakan Dan Matriks utk Mengajar Kosa Kata


Teknik senarai kumpul namakan

Membantu murid memahami perkataan khusus (teknikal dan am


Membantu murid memahami perkataan atau konsep yang berhubungan.
Langkah melaksanakan senarai kumpul namakan :
Guru pilih tajuk atau konsep

Minta murid senaraikan perkataan atau frasa berkaitan tajuk atau konsep yang dipilh oleh

guru.

Semua perkataan yang disenaraikan oleh murid diterima

Minta murid membuat senarai yang lebih kecil dengan mengumpulkan perkataan yang

mempunyai ciri ciri atau sifat yang sama (guru perlu membimbing murid)

Untuk memudahkan pengajaran jadual boleh digunakan

Membeli

kotor

Bandar

menjual

Minuman

malam

pekan

Pasu

buah

ayam

bising

Tani

sayur

itik

sibuk

Raya

makanan

pagi

meriah

Cth : tajuk pasar

Teknik ciri ciri matriks

Teknik yang dapat menolong murid membina kebolehan mengelas perkataan ke dalam
kategori berdasarkan ciri ciri yang di miliki atau yang dimiliki bersama.( cth : senaraikan
haiwan haiwan yang diketahui)
Perkataan tidak sukar kerana masih dalam lingkungan pengetahuan sedia ada murid.
Lebih banyak lajur dalam matriks akan lebih baik.
Langkah langkah pelaksanaan teknik ciri ciri matriks :
Pilih satu kategori atau konsep yang berkait dengan tajuk yang diajar.

Minta murid senaraikan ahli bagi kategori atau konsep yang diberikan.

Bimbing murid senaraikan ciri ciri kategori atau konsep.

Bimbing murid bina matriks.

Bimbing murid isikan matriks.

Galakan murid perluaskanmatriks.

Cth :

+/-

terbang

berenang

merayap

besar

kecil

gajah

harimau

singa

kambin

lembu

cicak

lipas

semut

nyamuk

ikan

karnivol

omnivor

herbivor

Bagaimana guru boleh menambah kosa kata murid dalam pengajaran di kelas?
Cadangan Aktiviti Pengajaran Kosa Kata
Pengajaran Kosa Kata Menggunakan Visual Cues
Langkah 1:
Dalam aktiviti yang pertama, guru memberi murid sekeping gambar untuk merangsang murid
menjana perkataan yang berkaitan dengan gambar itu. Berpandukan gambar tersebut, murid
menulis kosa kata yang sesuai. Aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan untuk memastikan setiap
murid mendapat peluang untuk menjana sekurang-kurangnya satu idea.
Langkah 2:
Kemudian, setiap kumpulan tampil kehadapan dan berkongsi sekurang-kurangnya satu perkataan.
Setelah selesai membina perkataan bersama rakan-rakan yang lain, guru menyuruh pelajar
mengenal pasti perkataan yang tergolong dalam kumpulan yang sama.
Langkah 3:
Guru memulakan aktiviti berkumpulan yang kedua. Murid menuliskan perkataan yang seerti atau
seiras dengan perkataan yang mereka tulis. Mereka perlu membina roda perkataan, iaitu
memberikan kata seerti atau seiras dengan perkataan dan menyertakan maknanya sekali. Setiap
kumpulan dibenarkan menggunakan Kamus Dewan atau Kamus Pelajar untuk membantu mereka
mencari makna perkataan serta menjana lebih banyak kata seerti.
Langkah 4:
Setelah itu, guru memilih beberapa kumpulan untuk mempersembahkan dapatan mereka. Guru
meminta murid-murid yang lain menyumbangkan perkataan yang tidak disebutkan oleh kumpulan
yang telah membuat pembentangan. Setelah guru mendapatkan semua perkataan yang seerti
ataupun seiras pelajar di minta utnuk menghuraikan maksud kedua-dua perkataan yang mereka
pilih.
Kosa kata umum ialah ungkapan umum dan hadir dalam ayat contohnya; Saya minum
susu.Manakala kosa kata istilah dalam rangkai kata dengan betul, tepat dan berbentuk fakta.
Bentuk-bentuk pengajaran kosa kata ialah guru memberi perkataan baru kepada murid. Murid
diminta berbincang dan mencari makna pada kamus DBP. Guru meminta murid memberi makna
perkataan baru berdasarkan hasil perbincangan. Guru juga boleh memberi murid petikan dan
murid diminta menggaris perkataan baru dan mencari makna/istilah menggunakan kamus. Bagi
pengukuhan guru meminta murid membina ayat berdasarkan perkataan yang baru.

BAB 8
Apakah maksud bacaan intensif?
Bacaan intensif bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami dan
mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Latihan-latihan bacaan intensif memerlukan
bimbingan dan bantuan daripada guru terutamanya dalam menyelsaikan masalah yang dihadapi oleh
murid melibatkan bahasa. Bacaan intensif melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu
bahan bacaan. Antaranya petikan pendek untuk mengkaji pola-pola ayat, kosa kata, frasa , isu
semasa dan banyak lagi. kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi
perkembangan pembelajaran bahasa murid di bawah pimpinan guru. Tujuannya ialah membolehkan

murid membaca dengan baik, betul dari segi sebuta, intonasi, lancar dan tahu tanda-tanda bacaan
dengan baik serta banyak lagi.

Teknik KWLH dalam PdP


Teknik K-W-L (Know-Want-Learned), diperkenalkan oleh Donna Ogle pada tahun 1986. Ia
bertujuan untuk membantu pelajar memahami isi kandungan teks bacaan. Secara ringkasnya K-WL bermaksud:
Abjad "K" mewakili "KNOW" atau "Apa yang pelajar sudah sedia tahu"
Abjad "W" mewakili "WHAT I WANT TO KNOW" atau "Apa yang pelajar ingin tahu"
Abjad "L" mewakili "LEARNED" atau "Apa yang pelajar sudah pelajari"
Bagaimanakah kita boleh gunakan teknik K-W-L ini di kelas? Berikut adalah cadangan
perlaksanaan:
Langkah 1: KNOW
1. Guru memulakan sesi pengajaran dengan sesi sumbang saran atau brainstorming tentang apa jua
maklumat yang pelajar tahu mengenai topik perbincangan.
2. Contohnya, guru akan mengajar tentang subjek Sains di bawah "Menyiasat Alam Kehidupan".
Topik pada hari itu pula ialah "Kelawar". Pelajar akan menulis seberapa banyak idea yang mungkin
di atas lembaran kerja K-W-L. Bantulah pelajar menjana idea juga dengan memberi hint atau
bayangan sepatutnya.
3. Pelajar juga boleh membuat kategori kecil untuk memudahkan mereka mengekstrak
pengetahuan sedia ada tentang kelawar. Di bawah kategori kecil itu, pelajar akan senaraikan isi
dan fakta mengenai kelawar.
4. Anggaplah langkah ini sebagai inventori pra-pembacaan. Maklumat awal ini akan bertindak
sebagai perancah (scaffold) untuk menyokong maklumat baru yang akan pelajar diterima.

Contoh pengisian pada ruang KNOW:


Kelawar makan pisang dan buah
Kelawar ialah sejenis haiwan mamalia
Kelawar terbang pada waktu malam

Langkah 2 : WANT
1. Pelajar kemudiannya menyenaraikan apa sahaja yang mereka ingin tahu tentang kelawar. Jika
pelajar menghadapi masalah, guru akan berikan sedikit hint atau bayangan.
2. Pelajar boleh menggunakan konsep soalan aras rendah. Soalan-soalan sebegini mengandungi
"apa", "siapa", "bila" dan "di mana". Contohnya, "Di mana kelawar tinggal?", "Apakah makanan
kelawar?" dan "Bila kelawar memburu?"
3. Minta pelajar untuk fikirkan juga soalan aras tinggi dan lebih kompleks. Contohnya, "Jika ia
mempunyai mata yang kecil dan penglihatan yang kurang baik, bagaimanakah ia memburu dengan
baik?"

Contoh pengisian pada ruang WANT


Apakah makanan kelawar?
Bilakah kelawar memburu?
Adakah kelawar hisap darah?
Bagaimanakah ia tidur?
Jika matanya kecil, bagaimana ia memburu dengan baik?

Langkah 3 : LEARNED
1. Seterusnya, pelajar menggunakan lembaran kerja untuk mengisi fakta yang sudah diperolehi
selepas membaca teks atau selepas guru mengajar tentang topik itu.

Contoh pengisian pada ruang LEARNED


Ada 118 spesies kelawar di Malaysia
Malaysia ada 10% populasi kelawar dunia.
Kelawar ialah pemangsa haiwan perosak yang cekap.
Kelawar memburu dengan menggunakan kaedah pengesanan gema.

2. Pelajar juga akan kembali ke KNOW. Mereka diminta untuk melihat kembali fakta yang tidak
betul dan memerlukan pembetulan. Contohnya, pada awal bacaan, pelajar meletakkan fakta ,
"Kelawar bertelur (kerana burung yang terbang juga bertelur)". Fakta itu dibetulkan kepada,
"Kelawar ialah mamalia dan ia melahirkan anak."

Nota untuk guru:


1. Untuk membolehkan pelajar menambahkan fakta yang sedia ada, guru boleh meminta pelajar
untuk membentuk kumpulan-kumpulan kecil. Setiap kumpulan diberi pula masa beberapa minit
untuk melakukan sumbang saran dan berbincang untuk percambahan dan penjanaan idea. Guru pula
memainkan peranan sebagai pemudah cara untuk menggalakkan pelajar untuk berfikir dengan
lebih kritis dan kreatif!
2. Jika guru merasakan bahawa pelajar tidak mempunyai pengetahuan latar belakang dan
menghadapi masalah mengisi ruang KNOW, janganlah anda gusar. Apabila kita minta pelajar untuk
mengisikan ruang KNOW, kita menggalakkan pelajar memikirkan tentang sesuatu yang mereka
sudah tahu. Kita juga telah melakukan inventori dan akan dapat sekilas pandangan tentang apa
yang pelajar tahu dan apa yang mereka tidak tahu mengenai topik berkenaan. Aktiviti ini juga
bertindak sebagai satu "cangkuk" untuk maklumat baru diperkenalkan.
3. Kadang-kadang, ada juga pelajar yang tidak tahu apa-apa atau apa yang mereka tahu adalah
salah. Secara amnya, semua pelajar mempunyai sedikit maklumat latar belakang atau sedikit
pengetahuan tentang sesuatu subjek itu. Sebagai guru, kita perlu tahu kandungan subjek dengan
secukupnya sebelum memulakan P&P. Jadi secara semula jadinya, kita sudah bersedia tentang apa
yang kita minta pelajar isikan dalam ruang KNOW.
4. Kadang-kadang juga, guru menghadapi masalah di mana pelajar mengisi pelbagai soalan pada
ruang WANT. Ada pula pelajar yang akan mencadangkan semua jenis soalan untuk apa sahaja yang
mereka ingin tahu. Pada tahap sekolah rendah, kita galakkan sahaja perasaan ingin tahu mereka.
Ini adalah lebih baik daripada pelajar yang mungkin akan menulis, "Tiada apa-apa yang saya ingin
ketahui!"
5. Saya cadangkan guru untuk menggunakan WANT untuk menulis apa yang mereka fikir mereka
akan belajar (WANT = WILL LEARN). Ini akan menggalakkan pelajar mengamalkan kemahiran
meramal. Kemahiran ini memang asas kepada pembacaan teks yang lebih efektif.

Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan kebolehan
dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat.Ianya dilaksanakan
dengan bimbingan guru.
Tujuan
(a)

Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik. Betul dari segi sebutan, intonasi,

lancar
dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik.
(b)

Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan itu dengan

mengkaji
susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus.
(c)

Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya.

(d)

Menilai @ mengulas isi2 yg diperolehi daripada bahan2 yang dibaca.

(e) Mengesan, memahami & menikmati unsur-unsur estetik dlm bahasa.

(f)

Mengenalpasti laras bahasa yang berbagai-bagai.

(g) Membuat rumusan @ kesimpulan daripada apa yg dibaca dsbnya.

Apakah tujuan guru menggunakan teknik KWLH (Know, what Learned,How) dalam pengajaran
kefahaman membaca? Berikan contoh-contoh yang relevan.
Tujuan teknik KWLH dalam pengajaran adalah untuk;
1. Membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan atau teks yg. digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Pelajar sendiri dapat meneentukan apa yang diperolehi daripada bahan atau teks yang
disediakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

3.Pelajar dapat menentukan maklumat tambahan yang perlu dicari daripada sumber lain
4. Pelajar dapat mengetahui apa yang diperolehi daripada bahan yang diberikann oleh guru.
Proses membaca menggunakan teknik KWLH, membolehkan murid mengaitkan pengetahuan sedia
ada dengan apa yang dibaca Melalui pengetahuan sedia ada ini murid dapat menghubungkaitkan
dengan pengetahuan baru selepas proses membaca. Teknik inijuga membolehkan murid
menentukan apa yang diperolehi dari pembacaan dan boleh menentukan bahan bacaan tambahan
yang perlu dibaca

Tujuan teknik DR-TA, antaranya:


1.

Memberi peluang kepada murid untuk membaca bahan bacaa/ teks petikan secara kritis dan
reflektif.

2. Mengaktifkan pandangan dan fikiran murid tentang topik yang akan dibaca.
3. Meminta murid mengenal pasti, mengasimilasasi maklumat, dan memahami bahan bacaan yang
dibaca.
4. Guru mengkaji bahan bacaan berdasarkan tujuan membaca.
5. Guru membuat penilaian terhadap bahan bacaan yang dibaca oleh pelajar.
6. Guru dan murid boleh membuat rumusan, pertimbangan, penilaian dan membuat keputusan
terhadap bahan yang dibaca.

Antara kepentingan bacaan mekanis ialah :


~ Murid dapat membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonansi yang betul.
~ Murid dapat mengembangkan dan mempelajari unsur-unsur bahasa seperti tatabahasa, kosa
kata dan dapat menggunakan kamus dengan baik.
~ Murid dapat mencapai kemahiran dan kecekapan membaca bersuara.
~ Murid dapat mengulas isi kandungan yang terdapat dalam bahan bacaan tersebut.

Apakah maksud Teknik membaca SQ3R ?


Diperkenalkan oleh Francis P Robinson pada tahun 1941. Ia digunakan pada tahap murid yang
berprestasi baik dan mahir membaca untuk menguji pemahaman murid tentang teks yang dibaca
bagi menyelesaikan sesuatu tugasan. Langkah-langkah adalah seperti berikut:1.

S-Survey (Tinjauan awal)- Membaca potongan karangan sepintas lalu untuk mendapatkan
gambaran keseluruhan isi teks yang dibaca.

2. Menyoal --Membentuk soalan yang berkaitan dengan teks


3. R-Read(Baca)--Baca dengan teliti dengan penglibatan secara aktif dan mencari jawpaan bagi
soalan yang diberi .
4. R-Recite(Mengimbas Kembali) -- Mengeluarkan semula isi-isi yang terdapat dalam teks dengan
menggunakan perkataan sendiri
5. R-Review(Meninjau semula)--Menyemak semula catatan yang te;ah dibuat semasa membaca.
Aktiviti peneguhan ini dapat mengingat teks dengan sempurna.

Terangkan 5 langkah yang menjadi tunjang teknik membaca PQRST.


Berikut adalah 5 langkah yang menjadi tunjang Teknik Membaca PQRST
1.

TINJAU (Preview) - minta murid meninjau tajuk2 pada keseluruhan buku atau bab
tertentu dengan memberi perhatian kepada tajuk2 besar dan kecil padanya. Tujuan - supaya
murid mendapatkan gambaran keseluruhan tentang isi-isi penting pada buku atau bab2 dalam
buku itu.
2.
SOAL (Question) - Soal murid dgn menjadikan tajuk besar dan kecil dlm bab itu sebagai
soalannya. Tujuan - agar tumpuan fikiran murid akan lebih fokus kepada mencari jawapan
tentang soalan yang tertumpu pada fikiran murid ketika mereka membaca.
3.
BACA (Read) - sambil membaca, tumpukan perhatian utk mendapatkan jawapan bagi soalan
yg telah ditimbulkan. Tujuan - agar dpt membantu proses pemahaman serta pengingatan
terhadap idea2 utama yg telah dibaca.
4.
MENGIMBAS KEMBALI (Self-Recitation) - satu proses di mana guru meminta murid
mencuba mengingat fakta2 utama bab atau bahan yang telah dibaca. Tujuan - utk murid
mengingat semula apa yang telah mereka baca (menggabungkan semua proses 2,3 dan 4 secara
serentak).

5.

UJI (Test) - uji murid setelah mereka selesai membaca keseluruhan bab. Pada peringkat
ini, murid harus mula menyimpan apa yang telah mereka pelajari ke dalam ingatan jangka
panjang mereka.

APAKAH KELEBIHAN TEKNIK DR-TA ?


Kelebihan teknik DR-TA antaranya:
1. Memberi peluang kepada murid untuk membaca bahan bacaan secara kritis dan reflektif.
2. Mengaktifkan pandangan dan fikiran murid tentang topik yang akan dibaca.
3. Meminta murid mengenal pasti, mengasimilasi maklumat, dan memahami bahan bacaan yang
dibaca.
4. Guru dapat mengkaji bahan bacaan berdasarkan tujuan membaca.
5. Guru dapat membuat penilaian terhadap bahan bacaan yang dibaca oleh pelajar.
6. Guru dan murid boleh membuat rumusan , pertimbangan, penilaian dan membuat keputusan
terhadap bahan bacaan yang dibaca.

Apakah peringkat-peringkat dalam soalan dan penyoalan?


1. Pdp guru di sekolah semestinya melibatkan aktiviti soalan dan penyoalan dalam membina
kefahaman kanak-kanak dalam pengajaran bacaan.
2. Antara peringkat-peringkat kaedah pengajaran soalan dan penyoalan ialah :
(a) Pengetahuan - soalan ini memerlukan jawapan yang berbentuk ingatan kembali.
(b) Kefahaman - soalan ini memerlukan jawapan yang menguji kefahaman murid tentang apa yang
telah dipalajari.
(c) Aplikasi - soalan ini memerlukan murid untuk memahami apa yang dipelajari dan menggunakan
pengetahuan baharu untuk menyelesaikan masalah.
(d) Analisis - soalan berbentuk kognitif. Murid perlu menaakul untuk mengesan jawapan setelah
memahami isi petikan yang dipelajari.
(e) Sintesis - Soalan jenis ini memerlukan masa untuk murid berfikir sebelum menjawab.

(f) Penilaian - Soalan jenis penilaian memerlukan kuasa berfikir yang tertinggi.

BAB 9

Jelaskan maksud keepelbagaian sumber bahan.


Maksud kepelbagaian sumber bahan ialah penggunaan pusat sumber dan komputer amatlah
digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Bahan-bahan sumber seperti
akhbar, majalah, buku rujukan, kamus, Internet, bahan sastera dan bahan berunsur ilmu
hendaklah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran serta untuk bacaan ekstensif.

Nyatakan Objektif kemahiram membaca untuk tahun 2.


1. membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang
betul;
2. membaca, memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan lancar,
sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;
3. membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk
memberi respons dengan betul;
4. membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan;
5. membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat untuk memupuk
minat membaca;

Objektif membaca kssr t.4


Objektif Kemahiran Membaca adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan :
i. membaca dan memahami ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan apitan daripada pelbagai
suber dengan sebutan yang betul;
ii. membaca pelbagai bahan yang mengandungi pelbagai jenis ayat secara mekanis dengan lancar,
sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;
iii. membaca dan memahami maklumat tersurat dan tersirat untuk mengenal pasti idea utama dan
idea sampingan, menjana idea dan membuat penilaian dengan betul;
iv. membaca, memahami dan menaakul maklumat yang tersurat dan tersirat daripada bahan prosa
dan memindahkan kepada bentuk puisi dengan betul; dan
v. membaca dan memahami bahan sastera dan bahan bukan sastera untuk meningkatkan daya
berfikir secara kreatif dan

Objektif membaca Tahun 1 ialah murid mengetahui dan berkeupayaan untuk membaca dan
memahami pelbagai perkataan, frasa, dan ayat juga pelbagai bahan bacaan secara didik hibur.
Seterusnya, membaca dengan sebutan yang betul. Murid juga seharusnya boleh membaca,
memahami dan menaakul maklumat dalam bahan grafik dengan betul dan memindahkan kepada
betuk bukan grafik.
Objektif Kemahiran Membaca Tahun 3 ialah ...

membaca dan memahami perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran dalam
ayat daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.

membaca dan memahami frasa yang mengandungi diftong, vokal berganding, digraf dan
konsonan bergabung dalam perenggan daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang
betul.

membaca kuat bahan bacaan yang mengandungi pelbagai pola ayat, ayat tunggal susunan
biasa dan ayat tunggal susunan songsang dengan lancar, sebutan dan intonasi yang betul dan
jelas.

Asas Membaca Dengan Sebutan Betul ialah ...


2.1.1 Membaca bentuk-bentuk, abjad dan membunyikan huruf vokal dengan sebutan yang betul.
2.1.2 Mengeja dan membatang suku kata terbuka dengan sebutan yang betul.
2.1.3 Mengeja dan membatang suku kata tertutup dengan sebutan yang betul

You might also like