You are on page 1of 18

1

ISLAMIC WORLDVIEW : ASAS PEMBENTUKAN PENDIDIKAN ISLAM


.DAN PERANANNYA DALAM PENDIDIKAN PASCA MODENISME
PENDAHULUAN
Pendidikan

memainkan

peranan

yang

penting

dalam

menentukan

kehidupan insan iaitu pada masa kini atau masa depan. Dari segi falsafah,
pendidikan adalah proses menyedarkan insan tentang hakikat keinsanan,
iaitu proses memupuk dan meningkatkan kesedaran dalam diri insan
tentang hubungan insan dengan tuhan (hablul minal Allah), hubungan
insan dengan insan( hablul minal nas) dan hubungan insan dengan alam
(Ezad Azraii at el.2004)
Sebagai asas kepada sistem pendidikan, pandangan hidup atau
worldview yang digariskan dalam Islam di bina atas paksi wahyu
berasaskan teks al-Quran Abdelaziz Berghout (2010). Tanpa worldview
tersebut, kehidupan tidak terarah, pendidikan tiada hala tuju dan apa juga
aktiviti tiada nilainya di sisi Allah S.W.T. (Asmawati & Fathiyah, 2012).
Melihat kepada konteks pendidikan pasca modenisme,terdapat
pelbagai

perubahan dan

usaha yang

dilakukan

oleh

masyarakat

terhadap bentuk dan sistem pendidikan semasa bagi memenuhi tuntutan


dan keperluan semasa. Aliran fahaman pascamodenisme kini bukan saja
dilihat sebagai gaya kehidupan tetapi sudah cenderung untuk menjadi
suatu weltanschauung (pandangan alam) yang meliputi semua aspek
kehidupan masyarakat muslim. Menurut Achmad Reyadi AR (2011)
pengaruh aliran pemikiran pasca modenisme meresap masuk dan
mencabar

berbagai

bidang

ilmu

seperti

pendidikan,

pemikiran,

kerohanian, keagamaan, kesenian, kebudayaan dan kesusasteraan.


KONSEP ASAS WORLDVIEW ISLAM
Secara umumnya, pandangan alam (worldview) adalah merujuk kepada
cara manusia memandang dan menaksir atau menyingkap apa yang
terdapat

pada

alam

semesta.

Pandangan

tersebut

bersumberkan

beberapa faktor dominan yang mempengaruhi kehidupannya, baik dari

segi kebudayaan falsafah, agama, kepercayaan, nilai masyarakat dan lainlain.


Menurut Hamid Fahmy Zarkasyi (2010), luasnya pandangan alam
manusia adalah bergantung pada kekuatan faktor yang mendominasi
kerangka pemikiran manusia. Bentuk pandangan alam manusia itu
berbeza-beza, ada yang melihat kepada aspek dunia fizikal sahaja dan
ada yang menjangkaui aspek metafizik atau alam di luar kehidupan dunia.
Terminologi yang secara umumnya digunakan ini dalam bahasa Inggeris
adalah

pandangan

hidup

(worldview)

atau

falsafah

hidup

(Weltanschauung) atau pandangan dunia (weltansicht).


Secara literalnya, istilah worldview itu hanya terbatas kepada
pengertian ideologi, sekular, kepercayaan atau doktrin-doktrin teologi
yang berkaitan dengan visi keduniaan semata. Ini bermaksud, ia
digunakan untuk membezakan dan menggambarkan hakikat sesuatu
agama, peradaban atau kepercayaan. Namun terdapat agama dan
peradaban yang mempunyai spektrum pandangan yang lebih luas bukan
sekadar

menepati

mengambil

visi

keduniaan

semata.

terminologi

worldview

(dalam

Justeru,
bahasa

ilmuwan

Islam

Inggeris)

untuk

mentafsirkan makna pandangan hidup Islamik dengan menambah kata


Islam iaitu pandangan semesta Islam (Islamic worldview) iaitu pandangan
hidup yang menjangkaui spektrum realiti keduniaan dan keakhiratan.
Namun terdapat pelbagai tafsiran kalangan sarjana Islam berkenaan
konsep ini dengan istilah yang khusus dan berbeza antara satu sama lain.
Menurut al-Mauwdudi (1967) istilah tersebut adalah merujuk kepada
Islami nazanat (Islamic Vision), Sayyid Qutb menggunakan istilah alTasawwur al-lslami (Islamic Vision), Mohammad Atif al-Zayn (1979)
menyebutnya al-Mabda' al-lslami (Islamic Principle), Prof. Syed Naquib alAttas

(1995)

menamakannya

Ru

'yatul

Islam

lil

wujud

(Islamic

Worldview).Walaupun istilah yang digunakan oleh sarjana Islam berbeza


antara satu sama lain, namun, umumnya mereka bersepakat menyatakan
bahawa

Islam

mempunyai

cara

pandangannya

tersendiri

terhadap

sesuatu. Penggunaan istilah Islam pada perkataan itu menunjukkan istilah


ini adalah bersifat neutral berpaksikan kepada ajaran Islam.
Menurut Naquib al-Attas(1995) woldview Islam adalah tentang realiti
dan kebenaran yang nampak oleh mata hati manusia dan berperanan
menjelaskan hakikat wujud, oleh sebab apa yang dipancarkan oleh Islam
adalah wujud yang hakiki. Maka worldview Islam bermaksud pandangan
Islam tentang wujud. Jelas menurut Hamid Fahmy Zarkasyi (2010), alAttas lebih cenderung kepada makna metafizik dan epistemologi.
Ringkasnya,

pandangan-pandangan

di

atas

telah

cukup

baik

menggambarkan karakter Islam sebagai suatu pandangan hidup yang


membezakannya dengan pandangan hidup lain.
Elemen-elemen worldview Islam
Sebagai

sebuah

sistem

yang

mempunyai

paksi

jelas

dan

nyata,

pandangan hidup Islam(Islamic worldview ) mempunyai cirinya tersendiri


yang

ditentukan

pembentukannya.

beberapa

elemen

yang

Menurut

Shaykh

Atif

menjadi
al-Zayn

asas

kepada

(1989)

untuk

membezakan pandangan hidup Islam dari pandangan hidup lain terdapat


tiga ciri-ciri utama iaitu: pertama,ianya berasal dari wahyu Allah, kedua,
berdasarkan konsep (din) yang tidak terpisah dan kesatuan antara aspek
spiritual dan material.
Menurut Fazlur Rahman (1994), tema utama dalam perbincangan
mengenai worldview Islam adalah merangkumi beberapa isu seperti;
pengetahuan

mengenai

kewujudan

Tuhan,

alam,

manusia,malaikat.

Kerasulan, wahyu, mukjizat dan beberapa perkara lain lagi yang


digariskan dalam Islam (perkara dapat dilihat dan tidak dapat lihat).
Abdelaziz

Berghout

(2010)

pula

menyatakan

tujuan

utama

Worldview Islam dapat disimpulkan dalam satu perkataan iaitu, khalifah


atau vicegerency. Elemen khalifah ini amat penting kerana, ia berperanan
membentuk pandangan muslim (Islamic Worldview) untuk dijadikan
sebagai panduan bagi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Peranan
manusia sebagai khalifah Allah SWT memerlukan kejayaan dalam;

kehidupan dari segi 1) ibadah,moral,etika dan spiritual 2) material,


ketamadunan dan budaya kehidupan dan sebagainya.Ini bertepatan apa
yang dinyatakan oleh Khalif Muammar (2009) yang menyatakan bahawa penciptaan
manusia oleh Allah dengan kurniaan roh dan akal menjadikan manusia merupakan makhluk
yang bertanggungjawab sebagai khalifah dalam menguruskan alam ini bagi kebaikan sejagat.
Manusia di taklif kan sebagai khalifah atau pemimpin untuk memakmurkan bumi ini kerana
manusia dibekalkan dengan akal yang berpotensi untuk berfikir dan mencari ikhtiar bagi
mengatur kehidupan mereka di dunia ini (Ashraf, 1984)
Menurut Sayyid Qutb(1962) pandangan hidup Islam itu menyeluruh
dan tidak mempunyai elemen atau bahagian (juz) dan bersifat sempurna.
Bahkan pandangan hidup Islam bukan ciptaan manusia dan akal manusia
tidak dapat menciptakannya, kerana ia berasal dari Allah. Menurut Porf.
Naqub Al-Attas (1994) elemen asas bagi worldview Islam terutamanya
adalah konsep tentang hakikat Tuhan, tentang Wahyu (al-Qur'an), tentang
penciptaan, tentang hakikat kejiwaan manusia, tentang ilmu, tentang
agama,

tentang

kebebasan,

tentang

nilai

dan

kebajikan,

tentang

kebahagiaan.
Elemen yang dinyatakan oleh, Sayyid Qutb dan Syed Naquib al-Attas
merupakan satu pendekatan untuk mengenal pasti ciri-ciri pandangan
hidup Islam. Kedua-dua tokoh di atas mempunyai persamaan visi iaitu
bahawa pandangan hidup Islam adalah berbeza dari pandangan hidup
Barat dan pandangan Islam tidak dapat menerima unsur-unsur pandangan
hidup luar Islam.

Ciri-ciri Pandangan hidup Islam (Islamic worldview)


Ciri-ciri pandangan hidup Islam merujuk kepada makna realiti yang lebih
luas. Menurut Prof. al-Attas(1995),yang kemudian menggunakan istilah
ru'yat al-Islam li al-wujud "pandangan Islam terhadap hakikat dan
kebenaran tentang alam semesta, Beliau menjelaskan lebih lanjut bahawa
pandangan hidup Islam itu bukan sekadar pandangan akal manusia
terhadap dunia fizikal atau penglibatan manusia di dalamnya dari segi

sejarah, sosial, politik dan kebudayaan malah ianya mencakupi aspek


dunia dan akhirat, di mana aspek dunia harus terkait secara erat dan
mendalam dengan aspek akhirat, malahan aspek akhirat perlu dijadikan
sebagai matlamat akhir kehidupan".
Sayyid Qutb (1962), menjelaskan ciri-ciri pandangan hidup Islam
adalah; pertama, Rabbaniyyah (Sumber dari Allah), bermakna ia berasal
dari Tuhan dan juga disebut sebagai visi keilahian. Sifat inilah yang
membezakan Islam dari pandangan hidup dan ideologi lain. Ia diwahyukan
dari Tuhan dengan mencakupi semua aspek kehidupan manusia. Ini
membezakan pendiangan hidup Islam dengan pandangan hidup lain
seperti

pragmatisme,

idealisme,

atau

dialektik

materialisme

yang

bersumberkan dari akal fikiran dan kehendak manusia semata. Ciri kedua,
bersifat konsisten (thabat) bererti tasawwur al-Islami dapat dilaksanakan
terhadap pelbagai lapisan masyarakat. Ketiga, komprehensif (syumul),
bermaksud

tasawwur

al-Islami

adalah

bersifat

komprehensif.

Sifat

komprehensif didasari oleh prinsip tawhid berasaskan dari sumber Tuhan


yang Esa. Tawhid juga menyatupadukan kesatuan antara fikir dan tingkah
laku, antara visi dan inisiatif, antara doktrin dan sistem, antara hidup dan
mati, antara cita-cita dan pergerakan, antara kehidupan dunia dan
kehidupan akhirat.
WORLDVIEW ISLAM SEBAGAI ASAS PEMBENTUKAN PENDIDIKAN
ISLAM
Asas Akidah
Elemen Tawhid merupakan kunci asas dalam definisi dan konseptual
Worldview Islam. Menurut Abdelaziz Berghout (2010) sebagaimana yang
ditekankan oleh sarjana Islam, definisi dan konsep asas worldview Islam
adalah mendasari visi kehidupan manusia, di mana Islam menyediakan
manusia

dengan

worldview

yang

syumul

dan

komprehensif

yang

bertunjangkan Tawhid. Menurut Noor Hisham Md Nawi (2011) hanya Islam


yang menawarkan konsep Tauhid yang murni. Malahan al-Attas (1999)
menegaskan

bahawa

Islam

menggunakan

metode

Tauhid

dalam

pendidikan di mana semua pendekatan,strategik, kaedah dan teknik yang

bersesuaian boleh digunakan tanpa membuat garis pemisah antara


domain spiritual,intelektual dan saintifik seperti membaca,berdiskusi dan
lain-lain. Oleh itu konsep ketuhanan (tauhid) ini menjadi teras dalam
woldview Islam seterusnya menepati falsafah pendidikan Islam itu sendiri.
Dalam konteks pendidikan, asas akidah atau kepercayaan yang
menyeluruh terhadap Allah SWT merupakan asas utama. Menurut Ahmad
Mohd.Salleh (1997) oleh kerana pendidikan Islam bersumberkan kepada
Al-Quran dan al-Hadis, maka asas pokok kepada pendidikan Islam
berteraskan kepada akidah, ibadat, tasyrik dan akhlak
Pendidikan Islam dibina berasaskan akidah Islam, iaitu akidah yang
menyemaikan keyakinan kepada wujudnya Allah, menjelaskan dan
menyatakan kepada muslimin tentang rukun lman yang menjadi teras
kepada akidah yang sahih. Muhammad Baisar (1973) menegaskan
bahawa akidah yang sahih ialah akidah yang disampaikan kepada
manusia yang bersumber kepada wahyu assamawi yang datang dari Allah
sama ada tentang iktikad, perundangan dan akhlak. Akidah inilah yang
menyelamatkan manusia dari kesesatan kepada petunjuk agama yang
sebenar, petunjuk kepada jalan yang lurus yang diakui sah oleh Allah
(swt) akidah inilah yang mengeluarkan manusia daripada kegelapan
kepada cahaya Islam yang dapat membezakan antara benar dan salah.
Al-Bazz (1986) mentakrifkan akidah yang sahih sebagai segala
perkataan dan perbuatan yang dilakukan oleh orang Islam yang sesuai
dengan dalil syarak, berdasarkan kepada Al-Quran dan sunnah. la
diterima oleh Allah dan merupakan kemuncak dan asas pegangan hidup
muslim.
Konsep pendidikan Islam amat berbeza dengan konsep pendidikan
konvensional. Islam melihat pendidikan sebagai alat, bukan matlamat
akhir seperti konsep pendidikan yang difahami pemikir Barat (AR AlDawany 2004). Falsafah pendidikan konvensional bersifat terpisah-pisah
yang dinilai berasaskan kemajuan berbentuk fizikal. Sedangkan dalam
Islam, pendidikan itu bersifat menyeluruh, tidak diukur pada ukuran

lahiriah, melainkan ia benar-benar dapat menempatkan dirinya untuk


menikmati kesejahteraan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Pendidikan
konvensional hanya berpandukan akal dan pengalaman semata-mata
sedangkan pendidikan dalam Islam berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.
Menurut Khurshid Ahmad (1980), setidak-tidaknya ada empat
konsep asas pendekatan pendidikan yang harus diambil perhatian;
Konsep Tauhid
Tauhid adalah petanda dan bukti komitmen kepercayaan manusia kepada
Allah dan menjadi acuan asas bagi manusia dalam mengadakan
hubungan sesamanya (hablun min al-nas).
Prinsip rububiyyah
Prinsip ini berfungsi sebagai fundamental undang-undang alam semesta
yang mengatur cara dan proses bagaimana sumber daya alam (nikmat)
Allah digunakan untuk pendidikan umat.
Prinsip khalifah
Prinsip khalifah menerangkan status atau kedudukan manusia sebagai
wakil Tuhan berserta tanggungjawab makhluk kepada Penciptanya. Asas
ini juga menunjukkan bagaimana Allah memberikan kepercayaan kepada
manusia dalam pelbagai aspek kehidupan sama ada moraliti, pendidikan,
ekonomi, politik serta prinsip hubungan antarabangsa.
Dengan cara ini kesejahteraan di dunia dan kebahagiaan di akhirat
akan dapat diwujudkan melalui pemahaman berikut:
Pertama, konsep pendidikan dalam Islam sangat menyeluruh sifatnya
mengatur pelbagai aspek kehidupan manusia, sama ada moraliti, spiritual
dan material. Semua aspek ini bersepadu dan tidak boleh dipisahkan di
antara satu sama lain. Ini bertepatan dengan falsafah pendidikan Islam itu
sendiri .Menurut Khadijah Abdul Razak & Zaib Ngah (2002) menyatakan
matlamat utama dalam pendidikan Islam merupakan satu tuntutan untuk
melahirkan insan (Muslim) yang baik dan beriman supaya individu
sebegini dapat mentadbir dan menerajui corak kehidupannya dan juga

masyarakat berlandaskan hukum-hakam Allah Taala. Tujuan pendidikan


Islam berkait rapat dengan tujuan hidup dalam Islam iaitu kesempurnaan
material dan spiritual (Sultan 1992). Oleh itu tujuan pendidikan Islam
bersifat komprehensif.Pemisahan aspek ini dalam kehidupan manusia
akan menyebabkan berlakunya kepincangan, di mana matlamat untuk
mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat .
Kedua, pendidikan dalam Islam adalah pendidikan peribadi manusia.
Manusia yang bertakwa akan memiliki kekuatan ilmu dan fizikal untuk
berusaha dan bekerja. Ini menunjukkan bahawa pentingnya pendidikan
dalaman manusia seperti pendidikan sikap (akhlak) yang berpegang dan
berpandukan cara (uslub) dan etika dakwah daripada al-Quran serta
teladan daripada Rasulullah saw dan para sahabat (Azhar Ahmad 2006).
Tumpuan utama pendidikan Islam ialah pendidikan diri manusia dan
bukan kebendaan atau paparan imej semata-mata. Oleh itu, untuk
mencapai matlamat kejayaan, ia memerlukan pembaikan mutu diri
manusia dan pembabitan yang menyeluruh.
Ketiga, pendidikan dalam Islam adalah berbilang dimensi. Semua
faktor, sumber dan mutu manusia memainkan fungsi penting untuk
mencapai matlamat pendidikan umat. Falsafah pendidikan yang unggul
tanpa disokong oleh keperibadian atau ketakwaan belum tentu akan
menjamin keharmonian umat.
Keempat, pendidikan umat tidak terhad kepada pendidikan manusia
dan faktor pengeluaran lainnya secara kuantitatif (jumlah), malah secara
kualitatif (mutu). Inilah yang menjadi pembeza di antara konsep
pendidikan Barat dengan Islam, yang mana konsep pendidikan versi Barat
hanya diukur berdasarkan peningkatan kuantitatif, iaitu capaian luaran
dan bukannya peningkatan moral dan spiritual.

PASKA MODENISME DAN SISTEM PENDIDIKAN

Pasca moden merujuk kepada sesuatu pembebasan, perpecahan atau


perpindahan dengan definisi moden (Featherstone 2001) atau pemikiran
falsafah yang menyerang moden (Sugiharto 1996). Pasca moden bukanlah
zaman yang menggantikan moden tetapi lebih kepada cara berfikir dan
bertindak (Wood 2001). Gagasan pascamoden ini mengandungi beberapa
pemikiran yang sememangnya sukar untuk difahami. Terdapat empat ciri
pemikiran pasca moden; Idea kematian subjek, Idea penafian realiti, Idea
ketiadaan makna, Penolakan naratif besar bersama idea yang dibawanya
(Fatimah 2000).
Faham pascamodenisme ini, dari segi pengertian dan definisi
teknikalnya, adalah sesuatu yang begitu kompleks, boleh berubah-ubah
mengikut keadaan, sukar di definisi dan malahan dikatakan hakikatnya
tidak pun boleh di definisi (Zakaria Stapa,2013). Hal ini menjadi begitu
asas bahawa mendefinisikannya secara khusus bermakna mencabul
premis pegangan golongan pasca moden itu sendiri yang menghujahkan
bahawa tidak wujud istilah khusus, sempadan khusus dan kebenaran
mutlak. Di samping itu, istilah ini juga merupakan suatu konsep dan istilah
umum yang merangkumi disiplin dan bidang pemikiran serta pengajian
yang amat luas dan pelbagai sekali, termasuklah bidang-bidang falsafah,
seni bina, budaya, kesusasteraan, muzik, filem, komunikasi, sosiologi,
fesyen, teknologi dan lain-lain (Smith 2002) dan ( Klages 2003).
Menurut

Amran

Muhammad

(2003)

dasar

pemikiran

Pasca-

Modenisme dilihat dari dimensi intelektual-epistemologikal berlandaskan


relativisme

ilmu

menghilangkan

dan

kebenaran,

keyakinan

thubut/tetap/berkekalan

umat

ajaran-ajaran

iaitu

meliputi

usaha-usaha

Islam

terhadap

Islam.

Malah

sifat
mereka

mempertikaikan keupayaan ajaran-ajaran aqidah, shariah dan akhlak


Islam untuk terus benar melangkaui zaman dan lingkungan.
Menurut Ziauddin Sardar pula fahaman pasca modenisme adalah
fahaman yang membuat serangan hebat ke atas semua bentuk keyakinan
yang mengatakan bahawa terdapat suatu kebenaran yang mutlak; sama

10

ada kebenaran tersebut diasaskan kepada wahyu Ilahi atau usaha akal
rasional kemanusiaan (Tomas Gerholm, 1994) Operasinya merangkumi
berbagai bidang ilmu seperti seni bina, kesusasteraan, muzik, fesyen,
komunikasi, pendidikan, sosial ekonomi dan politik.
Kesimpulannya, pasca moden merupakan sikap yang lebih baik
berbanding pada masa moden. Perkara yang terjadi pada zaman moden
dipandang sesuatu yang perlu diperbaharui dengan cara berfikir yang
baru pada masa pasca moden. Dalam kata lain, pasca moden sebagai
kritik kepda masa moden (Ardie, 2009).
Dalam kata lain, ia merujuk kepada suatu faham, keyakinan, dan set
minda

yang

berpegang

kepada

perkara-perkara

berikut;

ketiadaan

kebenaran mutlak dalam segenap perkara, segala sesuatu adalah relatif,


sehingga ke tahap tidak ada perbezaan di antara fakta dan pembohongan,
mengutamakan pandangan, pendapat dan rasional peribadi, termasuk
dalam hal yang berkaitan dengan persoalan moral.
Ciri-Ciri Sistem Pendidikan Pasca Modenisme
Pendidikan pasca modenisme, lebih menjurus kepada pendidikan bersifat
kebendaan (materialistic education). Pendidik mengajar pelajar untuk
menambah nilai kewangan, tanpa membahas dan mendidik tentang nilai
etika hingga akhirnya menjuruskan mereka kepada aspirasi kebendaan
semata-mata. Nilai kebendaan yang diterapkan akhirnya berkait rapat
dengan kemerosotan terhadap kualiti kehidupan personal yang baik
(personal
(decreased

well-being).
happiness),

Ini

termasuk

kepuasan

mengurangkan

hidup

yang

rendah

kegembiraan
(lower

life

satisfaction), kurang keyakinan kendiri (self-actualization) (Aaron Ahuvia,


1995); (Mick, 2007)), seterusnya masalah dengan kesihatan mental dan
fizikal (Sheldon Cohen, 2009);(Maarten Vansteenkiste, 2006).
Nilai-nilai ini kemudiannya membawa kepada tahap perhubungan
yang rendah (poorer relationship) (Mieson, 2009), kurang berhubung
dengan orang lain, kurang murah hati (Richins, 2004) dan simpati

11

(Sheldon & Falnagan, 2001)yang membawa kepada konflik lebih besar,


tingkah

laku

anti

sosial

(Kasser

&

Ryan,

1993)

dan

manipulasi

interpersonal (Khanna & Kasser, 2001).Ideologi utamanya ialah untuk


membebaskan

manusia

dari

nilai-nilai

keagamaan

dan

metafizikal

seterusnya menyisihkan agama dari aspek kehidupan insan.


Pemisahan agama dengan ilmu dalam sistem pendidikan pasca
moden telah memberi natijah kepada peradaban dunia dan alam .Masalah
keruntuhan akhlak dan moral, jenayah, pencemaran dan kerosakan alam
menjadikan dunia bukan lagi tempat yang aman untuk didiami. Kekeliruan
ilmu dan keruntuhan adab menyebabkan para pemimpin yang hakiki tidak
lagi dikenal, diakui dan diiktiraf. Ini menjelmakan pemimpin yang tidak
mempunyai kelayakan dari segi akhlak, akal dan rohaniah. Pemimpinpemimpin sebegini, untuk mengekalkan kuasa mereka, akan meneruskan
kekeliruan ilmu dalam masyarakat melalui pemisahan fahaman agama
dengan ilmu yang akhirnya mengakibatkan keruntuhan adab dan
penghasilan pimpinan pelapis sepertinya. Kesemua punca itu saling
berkaitan dan berturutan (vicious circle), satu lingkaran yang rumit lagi
tiada hujung pangkalnya (Mohd. Sani, 2011).

PERANAN WORLDVIEW ISLAM MENDEPANI SISTEM PENDIDIKAN


ERA PASKA-MODENISME
Bagi memulihkan keadaan sebahagian ummah yang sudah terjebak dalam
kancah nilai yang tidak islamik agar mereka dapat memiliki kembali dan
menghayati semula jati diri keislaman mereka yang sebenar. Dalam
proses

tersebut,

laluan

mestilah

diberikan

kepada

akidah

untuk

memainkan peranannya yang berkesan sebagai pembentuk identiti dan


jati diri dalam kalangan ummah. Maka itu, proses pendidikan akidah perlu
diaktifkan dengan diletak

dan diberikan posisi yang betul

dalam

kehidupan harian ummah.


Mengembalikan Pendekatan ke Arah Peneguhan Pegangan Akidah

12

Menurut Abdel Aziz Berghout (2014) worldview Islam adalah pandangan


alam yang bersandarkan wahyu

menekankan konsep asas berkaitan

kewujudan Tuhan sebagai Pencipta. Justeru, ini bertepatan dengan


pendekatan

yang

disarankan

oleh

al-Ghazali

dalam

kitab

Qawiid

al-aqaid (t.th.,jil. 1, hlm. 162ff.), iaitu salah satu kitab yang terdapat
dalam Ihya. Al-Ghazali menjelaskan bahawa pendekatan atau proses
pendidikan akidah.
Sistem

pendidikan

pasca-kemodenan

masa

kini

yang

gagal

melaksanakan misi hakikat pendidikan (Sidek Fadhil, 2009). Menurut


(Abdul Halim el Muhammady, 1993), banyak kegagalan dapat dilihat
dalam sistem pendidikan liberal pada hari ini antaranya kegagalan dalam
memberi ilmu yang bersepadu, kegagalan dalam membentuk pandangan
hidup yang tepat dan bermanfaat untuk individu dan masyarakat,
kegagalan dalam mengenal pasti martabat ilmu mengikut urutan,
kegagalan dalam usaha untuk menyerap nilai-nilai universal dalam
pembinaan tamadun serta kegagalan dalam memahami fitrah dan hakikat
insan, fungsi serta matlamat kehidupan.
Sistem pendidikan yang holistik menekankan bahawa pendidikan
perlu diterap melalui kaedah pembelajaran dan suasana yang penuh kasih
sayang serta penuh dorongan. (Abuddin Nata, 2003) menjelaskan,
terdapat sekurang-kurangnya lapan penyakit yang menimpa masyarakat
moden hari ini , seperti berikut:
Pertama

pemisahan

agama

dengan

ilmu

pengetahuan

yang

mengakibatkan pelbagai permasalahan (kerana penyelesaian masalah


bergantung penuh kepada akal fikiran insan).Kedua, keperibadian yang
bertentangan (splite personality) sebagai akibat dari kehidupan yang di
pola kan oleh ilmu pengetahuan yang terlampau keduniaan dan tidak
menghayati nilai-nilai ketuhanan. Ketiga dangkalnya rasa keimanan,
ketaqwaan, serta keinsanan, sebagai akibat kehidupan yang terlampau
rasionalistik dan individualistik.

13

Keempat, timbulnya pola hubungan yang materialistik sebagai


akibat dari kehidupan yang mengejar keutamaan dunia secara berlebihan.
Kelima, cenderung menghalalkan segala cara, sebagai akibat dari
fahaman hedonisme yang melanda kehidupan. Keenam, mudah tertekan
dan kecewa, sebagai akibat dari terlampau percaya dan bangga terhadap
kemampuan diri, tanpa dibentengi sikap tawakal dan percaya pada
ketentuan Tuhan. Ketujuh, perasaan terasing (lonely) di tengah-tengah
keramaian, sebagai sifat individualistik, dan Kelapan kehilangan harga diri
dan masa depannya, sebagai akibat dari perbuatan yang menyimpang.
Mengembalikan Peranan Fitrah Manusia Sebagai Khalifah.
Bagi pemikir pasca moden, metafizik adalah pemangkin untuk manusia lari daripada realiti
kehidupan dan bukan faktor yang boleh menentukan kemajuan yang akan dicapai oleh manusia.
(Nor Saleha Mohd. Salleh 2010). Fahaman penolakan konsep asas metafizik juga bermaksud

penolakan terhadap konsep teologi iaitu prisnsip asas ketuhanan (Nor Saleha Mohd. Salleh
2010).Perkara asas di ketengahkan dalam fahaman paska- modenisme, iaitu kebebasan manusia,
buka kebebasan kebenaran.
Pasca moden mementingkan manusia mempunyai kebebasan diri untuk menjalani dunia
tanpa sebarang ikatan kepada sebarang bentuk tradisi termasuk Tuhan dan agama. Hal ini
menjadikan masyarakat hidup dalam hipokrit dan tidak mempunyai garis panduan serta agenda
terhadap apa yang dilakukannya (Nor Saleha Mohd. Salleh 2010).
Manusia menurut Michel Foulcault (1926-1984) tidak mempunyai personaliti dan telah
kehilangan kehebatan kerasionalan. Manusia juga tidak boleh menentukan dan merasionalkan
sesuatu untuk dirinya sendiri kerana segala-galanya telah ditentukan dan dirasionalkan oleh
bahasa dan budaya di tempat mereka hidup. Manusia bebas melakukan apa sahaja tanpa perlu
memikirkan pendapat orang lain tentangnya.

Ini bercanggah dengan pendekatan yang dianjurkan dalam Islam.


Manusia itu dilihat sebagai khalifah di atas muka bumi Allah s.w.t. Menurut
Maimun Aqsa Lubis (2012), manusia merupakan khalifah yang mengurus
segala

sumber

yang

diperoleh

untuk

menjalankan

tugas

dan

tanggungjawab sebagai hamba Allah S.W.T. Hal ini bertepatan dengan


pendapat oleh Khalif Muammar (2009) yang menyatakan bahawa,

14

penciptaan manusia oleh Allah S.W.T dengan kurniaan roh dan akal
menjadikan manusia makhluk yang bertanggungjawab sebagai khalifah
dalam menguruskan alam ini bagi kebaikan sejagat.
Menurut Zakaria Stapa (1995) manusia merujuk kepada insan yang
memiliki dua unsur

berbeza yang penting iaitu unsur material dan

spiritual yang saling melengkapi (Ahmad Mohd Said,2001). Kedua-dua


unsur ini yang membolehkan insan menjalankan dua fungsi penting pula
iaitu sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T di atas muka bumi. Hal ini
bertepatan apa yang diketengahkan oleh Abdel Aziz Berghout (2014),
mengenai pandangan alam Islam (Islamic worldview) adalah berkisarkan
perkara-perkara yang berkaitan fungsi manusia sebagai khalifah yang
dilihat sebagai komprehensif yang memerlukan satu sistem kepercayaan,
satu sistem shariah (undang-undang kehidupan) dan satu visi realiti
proses ketamadunan.
Dalam

konteks

pendidikan,

kefahaman

terhadap

fungsi

atau

peranan manusia sebagai khalifah merupakan asas utama dalam proses


pendidikan bersepadu. Aklimal Annas Hasmori et. al.(2011) menjelaskan
pendapat Tajul Ariffin bahawa pendidikan bersepadu ini mempunyai
perkaitan di antara hubungan manusia dengan Pencipta iaitu Allah SWT,
manusia dengan manusia dan manusia dengan alam. Menurut beliau lagi
semua ciptaan Allah SWT ini mempunyai perkaitan yang rapat dan
bersifat melengkapi antara satu sama lain.
Justeru, dalam menangi unsur pendidikan paska modenisme,
mengembalikan fitrah manusia sebagai khalifah dan bertanggungjawab
merupakan kunci utama dalam penerapan konsep pendidikan bersepadu.
Pendidikan yang diterapkan berasaskan konsep akidah kepada Tuhan bagi
memenuhi keperluan manusia terhadap ilmu dan proses perkembangan
akal sehingga melahirkan insan yang soleh dan holistik. Malahan mampu
menjelmakan insan rabbani yang dapat mengabdikan diri kepada Allah
S.W.T, mencari keredaannya, bermanfaat bagi dirinya dan sehingga
membawa kepada kesejahteraan ummah (Maimun Aqsa Lubis et.al.2007).

15

KESIMPULAN
Pasca modenisme adalaha satu bentuk wajah baru yang di bawa oleh
Barat. Penyerapan idea ini ke dalam jiwa dan pemikiran umat Islam
berlaku dalam keadaan yang halus dan tersusun. Gejala penerapan idea
ini tidak hanya dalam realiti sosio budaya masyarakat Islam tetapi juga
dalam epistemologi ahli falsafah bahkan menerap ke dalam pemikiran
keagamaan. Dalam aspek pendidikan, walau apa pun bentuk cabaran
yang dihadapi dalam era paska modenisme, woldview Islam ditampak
memainkan peranan penting dalam pembentukan asas pendidikan Islam
yang jitu dan diyakini berupaya mengembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan
Rabbul Jalil. Prinsip dan amalan pendidikan Islam yang berteraskan
elemen pendidikan rohani seharusnya menjadi pemimpin kepada elemen
pemikiran dan kebendaan moden, bukan sebaliknya.
Oleh itu,teras utama pendidikan Islam adalah pengukuhan aqidah
dan keimanan manusia yang bersumberkan kepada asas yang kukuh (alQuran dan al-Sunnah).Malahan, ia wajar dijadikan alat atau instrument
untuk menghadapi pelbagai cabaran dengan proses saringan khususnya
apabila muncul pelbagai idea dan pemikiran moden mahupun pasca
moden.

16

RUJUKAN

Azhar Ahmad. 2006. Strategi Pembelajaran Pengaturan Kendiri Pendidikan Islam


dan Penghayatan Akhlak pelajar Sekolah Menengah. Tesis PhD Pendidikan
Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abdelaziz berghout .2010.Introduction To The Islamic Worldview Study Of
Selected Essentials.IIum Press,Selangor.
Asmawati&Fathyia.2012.Gagasan Pemikiran Falsafah dalam Pendidikan
Islam:Hala Tuju dan Cabaran,Journal of Islamic and Arabic Education 4(2)
57-70.
Achmad Reyadi AR.2011 Postmodernisme; Perspektif Ajaran Islam Dan
Implikasinya Terhadap Pendidikan Islam. Tadrs. Volume 6, Nomor 1, Juni
2011.

Ahmad Mohd.Salleh. 1997.Pendidikan Islam Falsafah,Pedagogi dan


Metodologi.Fajar Bakti Sdn.bhd.Selangor
Al-Dawany, A. R. 2004. Gagasan naratif dalam pasca moden: Cabaran
terhadap orientasi pendidikan Islam.
Al-MawdudI.1967. The I'roccss of Islamic Revolution,Lahore, 14,41

Aminuddin Ruskam al-Dawamy (1995) Falsafah Pendidikan Islam, Kursus Perguruan


Peringkat ,Al-Qaid Sdn Bhd: Skudai Johor
Ashraf, S.H. (1985). New Horizons in Muslim Education with a Foreword by Syed Hossein
Nasr.Cambridge: Hodder and Stoughton, the Islamic Academy
Akhmal Annas Hasmori, at.el.2011.Pendidikan, Kurikulum dan Masyarakat.
Journal of Edupres : 350-356.

Amran Muhammad.2012. Dakwah Islamiyyah Dalam Membendung Serangan PascaModenisme,Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah ke-4 8 9 Oktober 2012 / 22 23 Dzul Qaedah 1433H Dewan Merdeka, Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala
Lumpur
al-Ghazali, Abu Hamid, t. th. Ihya Ulum ad-Din, Jil1. Qahirah, Dar al-Kitab al-Arabi.

17

Bambang Sugiharto. 1996. Postmodenisme, tantangan bagi falsafah. Yogyakarta:


Kanisius.
Featherstone, Mike (1988) In Pursuit of The Postmodern: An Introduction, dalam Theory,
Culture and Society Vol. 5, Sage, London.
Featherstone, Mike. 2001. Pascamodenisme dan budaya konsumen. Terj. Yogyakarta:
Pustaka pelajar
Fatimah Abdul Rahman. 2000. Islam sebagai kekuatan menghadapi naratif kecil
postmodernisme.IKIM.http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?
cmd=resetall&grp=2&key=669&lg=1&opt=com_article&sec=.
H. F. Zarkasyi.2010.Ibn Taymiyyahs Critique on Aristotelian Metaphysics, Afkar,
11: 167- 190.
H. F. Zarkasyi .2009.Pandangan Hidup Islam Dan Tradisi Intelektual Islam
(Eksplosisi Awal Framework Pemikiran Islam)http://www.insistnet.com
Khalif Muammar.2009. Faktor kegemilangan Tamadun Islam : Pengajaran dari Masa Lalu, Jurnal
Hadhari.2:15-31.
Miamun Aqsa Lubis et al.2007.Inovasi Pendidikan Islam Bersepadu Pemakin
Kesejahteraan Ummah.Teacher Education Program for The 21th century
:Responses to Global Challenges (Proseedings Konfrensi Internasional
Bersama Kedua UPI-UNRI)
Noor Hisham Md Nawi. 2011. Konsepsualisasi Semula Kurikulum Pendidikan
Islam. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Syed Muhammad Naquib al-Attas . 1995. Prolegomena to The Metaphysics of
Islam An Exposition of the Fundamental Element of the Worldview of Islam,
Kuala Lumpur, ISTAC, 2
Shaykh Atif al-Zayn.1989. al-Islam wa Idulujiyyat al-Insan, Dar al- Kitab alLubnanl, Beirut, hal. 11-12
Sayyid Qutb.1962.Khasais al-Tasawwur al-Islami wa Muqawa/natuhu, Cairo, atBabial-Halabi hal 45.

Syed Muhammad Naquib al-Attas. 1999. The Concept of Education in Islam: A Framework
for an Islamic Philosophy of Education. Kuala Lumpur: International Institute of
Islamic Thought and Civilization (ISTAC).
Syed Muhammad Naquib al-Attas.1994. "The Worldview of Islam, An Outline,
Opening Adress", dalam Sharifah Shifa al-Attas ed. Islam and the Challenge
of Modernity, Proceeding of the inaugural Symposium on Islam and the
Challenge of Modernity: Historical and Contemporary Context, Kuala
Lumpur Agustus, 1-5.

18
Siddiq Fadhil. 2000. Islam dan cabaran pascamodenisme. Seminar Kebangsaan Keluarga, Komuniti
dan Pembangunan: menghadapi Pemikiran Pasca Moden. 11
Oktober 2000.

Smith, Gary. 2002. What is the Definition of Postmoderism? http://www.Essortment. com/all/


postmodernphilo_rorp.htm [15 Januari 2011].
Klages, Mary. 2003. Postmodernism. http://www.colorado.edu/English/course/ ENGL2012
Klages/pomo.html [12 Januari 2011].
Shaykh Atif al-Zayn.1989. al-Islam wa Idulujiyyat al-Insan, Dar al- Kitab alLubnanl, Beirut, hal. 11-12
Syed Muhammad Naquib al-Attas . 1995. Prolegomena to The Metaphysics of
Islam An Exposition of the Fundamental Element of the Worldview of Islam,
Kuala Lumpur, ISTAC, 2
Zakaria Stapa 1995.Akhlak Menurut Perspektif Islam. Dalam Zakaria Stapa
Akhlak dan Tasawwuf Islam. Kuala Lumpur. Berita Publishing Sdn. Bhd.
.

You might also like