You are on page 1of 17

http://mimbarkata.blogspot.my/2013/01/novel-malaysia-1980-an.

html
Novel Malaysia 1980-an
MENELITI NOVEL-NOVEL MALAYSIA 1980-AN
Oleh : Abdullah Tahir

Dalam jangka waktu lima tahun (1980-1984), perkembangan novel-novel Melayu di


Malaysia khususnya pada separuh pertama dekad 80-an, ditinjau dari sudut kuantiti dan
kualiti, tidaklah banyak kelainan jika dibandingkan dengan dua dekad sebelumnya, iaitu
tahun-tahun 60-an dan 70-an. Dari jumlah kira-kira 150 buah novel yang diterbitkan dalam
tempoh tersebut tidak pun sampai sepuluh buah novel yang benar-be-nar bermutu sebagai
karya seni. Dari jumlah tersebut sebahagiannya tergolong dalam jenis novel picisan atau
erotik. Akan tetapi terdapat penyertaan yang agak baik sama ada dari penulis-penulis
veteran mahupun dari penulis-penulis muda. Beberapa orang penulis veteran terus bergiat
dan mencipta novel-novel baru. Antara mereka itu seperti A. Samad Said, Shahnon Ahmad,
Abdullah Hussain, Arenawati, A. Shukur Harun, Anas Hadimaja dan S. Othman Kelantan.
Sementara novelis muda yang baru muncul pula an-tara lain seperti Azizi Hj. Abdullah,
Anwar Ridhwan, Marian Sikana, Ghazali M.A, Norhisham Mustapha, Sabar Bohari,
Baharuddin C. D, Abdul Talib Hassan, Zahari Affandi, Hambali Abdul Latiff, Zainuddin Saad,
Osman Dol, Siti Hawa Hassan, Talib Y.K, Ab. Manap Ab. Malik, S.M. Noor, Sabda S, Abdul
Rahman Harun dan Harun Haji Salleh.

Suatu perkembangan yang agak menarik pada awal dekad 80-an ini ialah apabila penulispenulis veteran seperti Arenawati, Abdullah Hussain, A. Samad Said, Shahnon Ahmad serta
juga Keris Mas telah bergiat lebih sungguh-sungguh mencipta novel-novel baru yang lebih
bererti, lebih besar dan lebih bernilai. Karya Shahnon terakhir yang diberi judul AlSyiqaq telah diterbitkan pada awal tahun ini (1985), begitu juga A. Samad Said telah
menerbitkan novel terbarunya Daerah Zeni pada bulan Januari 1985. Shahnon kini lebih
terkenal sebagai tokoh novelis Melayu yang sering melaung-laungkan konsep sastera Islam
di dalam pertumbuhan kesusasteraan Melayu mutakhir.
Arenawati telah mencipta tiga buah novel pada awal tahun 80-an. Novel-novel tersebut
ialah Eno, Rontok (1980) dan Royan (1980). Di dalam ketiga-tiga buah novel tersebut
Arenawati tidak lagi meneruskan percubaannya menggunakan teknik arus kesedaran dan
interior monolog yang begitu kerap sepertimana yang dilakukan dalam novelLingkaran.
Malah dalam Royan, dia kembali kepada watak konvensional dan stereotaip, watak tipikal
yang mengusahakan tanah; dan watak biasa yang mengalami kekuatan dan kelemahannya
sendiri. Tidak terdapat lagi watak neurosis yang mengalami proses pengalaman bawah
sedar. Yang jelas kelihatan Arenawati lebih menonjolkan tema untuk menyesuaikannya
dengan keadaan politik dan sosioekonomi negara Malaysia yang sedang membangun itu.
Walaupun novel-novel terbaru Arenawati ini belum begitu banyak dibicarakan oleh para
pengkritik, namun novel Arenawati berjaya me-nunjukkan keseriusannya dalam berkarya.
Dari segi persoalan nampaknya ada unsur-unsur mengisi kemer-dekaan dalam novel-novel
tersebut, terutamanya novel Royan dan Rontok yang menceritakan kehidupan manusia
Sabah sesudah merdeka di bawah Malaysia.
Novel Royan agak tebal jika dibandingkan dengan novel-novel Melayu lain, iaitu 553
halaman. Novel ini mengemukakan pertentangan antara golongan fanatik pada tradisi
dengan golongan liberal yang sebe-narnya bukan antitradisi, tetapi menyedari betapa
perlunya usaha pembaharuan dalam kehidupan. Gejala seperti ini berlaku kepada diri
Lubinoi menghadapi suaminya, Borenting. Royan keserakahan pada masa-masa terakhir
dalam diri Dagong, Royan dan pengikutnya; berintrokan dengan sikap dan konsep khidmat
yang jujur pada diri Borenting, Sabir, Yasin dan Abu Bakar. Dalam diri Yasin dan Abu Bakar
sendiri yang dikenali sebagai orang jujur dan ikhlas, tidak pula terlepas dari royan nafsu.
Borenting buta huruf, tetapi ikhlas memimpin kaumnya. Sebagai manusia, apabila
kehilangan sesuatu yang disayangi, sukmanya remuk dan hatinya patah. Unsur hukum
alam tidak dapat dielak. Daun tua gugur untuk daun muda dapat ruang. Borenting akan
gugur, untuk Sidik cucunya. Sabir dan Yasin akan gugur untuk anak-anak mereka, Rasyid

dan Razak Dan sebagai penghuni bumi, Rasyid, Sidik dan Razak akan takluk pada hukum
alam dan ciri wujud manusia mengalami dan menghadapi royan, walaupun dalam bentuk
royan yarg lain. Sementara dalan novelRontok pula Arenawati mengemukakan sebuah kisah
survival yang berakhir dengan tragedi yang meminta perhatian, simpati dan renungan yang
mendalam terutamanya pada watak-watak seperti Umar, Tijah dan Saoda.

Seorang penulis veteran lain yang terus mencipta novel pada awal tahun 80-an ialah
Abdullah Hussain Dia menulis tiga buah novel masing-masing berjudul Buih di Atas
Air, Konserto Terakhir dan Masuk ke Dalam Cahaya. Novel terakhir telah memenangi hadiah
penghargaan peraduan mengarang novel berunsur Islam yang dianjurkan oleh Yayasan
Islam Terengganu pada tahun 1979 tetapi baru diterbitkan pada tahus 1983. Dalam dua
novel yang terdahulu, Buih di Atas Air dan Konrserto Terakhir, Abdullah telah memperlihatkan ciri-ciri konvensiosal dan stereotaip di dalam semua aspekk, terutama yang amat
terasa strukturnya. Temanya ialah tentang kegigihan menjadi usahawan dan seniman yang
tulen. Buih di Atas Air mengisahkan kegigihan Nordin hendak menjadi seorang usahawan
yang berjaya. Nordin dalam mencapai cita-citanya telah menghadapi berbagai-bagai
cabaran dan hampir-hampir terpisah pula dengan isterinya yang bernama Lulu, puteri Datuk
Seri Kudus putera Malaysia yang ternama, tetapi Nordin dapat bertahan dan tegak sebagai
lelaki. Di dalam novel Konserto Terakhir yang mengisahkan kehidupan seorang seniman
tulen pula terlihat Abdullah Hussain masih mempunyai daya sensitiviti yang tinggi. Lewat
novel ini Abdullah cuba memberi penilaian terhadap dua ciri seni yang indah dan halus iaitu
seni cinta dan seni muzik. Pengolahannya masih tetap konvensional baik dari segi tema,
struktur dan lebih-lebih lagi dari segi stailnya Stailnya masih tidak berubah dengar novel-

novelnya terdahulu yang ditulis dalam tahun-tahun 60-an atau 70-an; bahasanya mudah dan
tidak cuba dieksploitkan bahasa perbandingan yang lebih bertenaga. Maka terjadilah gaya
bahasanya menyerupai bahasa laporan atau catatan yang mudah difahami. Hilmi yang
hidup di bandar merupakan watak tipikal yang berasal dari kampung. Watak itu dibawa
dengan cara konvensional juga, iaitu diseksa oleh isteri bapa saudaranya. Hilmi dihina dan
diperlakukan seperti orang gaji atau tukang kebun oleh isteri Datuk Johari yang bernama
Datin Salmah. Meskipun begitu Hilmi mendapat simpati sepupunya, Hayati. Akan tetapi
akhirnya ternyata Hayati itu adalah saudaranya sendiri, dan Datuk Johari itu adalah
bapanya. Hilmi meninggal dunia setelah berjaya mencipta lagu yang merupakan hasilnya
yang terbaik. Lagu itu tidak sempat dimainkannya di depan DYMM Yang di-Pertuan Agong
dan arang-orang kenamaan, tetapi Konsert Perdana itu diteruskan oleh Hayati yang datang
khusus dari London.
Novel Abdullah Hussain yang terbaru, Masuk ke Dalam Cahaya merupakan novelnya yang
ke-22. Nove l ini bertemakan keimanan dan menyelitkan beberapa persoalan yang dihadapi
oleh masyarakat Islam. Watak protagonisnya, Zaman telah keluar meninggalkan rumahnya
kerana berlaku sedikit pertengkaran dengan bapanya, Datuk Malik. Perselisihan faham
meletus terbit dari niat Zaman hendak berhenti belajar di univeisiti dan mahu pergi ke Mekah
dengan berjalan kaki. Akhirnya Datuk Malik menyuruhnya keluar dari rumah itu sekiranya
Zaman masih mahu meneruskan niatnya itu. Zaman begitu yakin dengan niatnya lebih-lebih
lagi apabila dia merasa dadanya sudah dipenuhi ilmu agama hasil dari bacaan buku-buku
agamayang di pinjam dari kawan-kawannya. Novel ini juga menonjolkan cara hidup orangorang kampung yang berlandaskan lunas-lunas Islam dan tradisi turun-temurun seperti
semangat tolong-menolong; bekerjasama mendirikan sekolah, menubuhkan syarikat
kerjasama, kenduri-kendara dan juga apabila berlaku kematian. Pak Imam, Tuk Bilal, Ketua
Kampung serta pemimpin-pemimpin setempat menjalankan tugas masing-masing dengan
mengamalkan konsep kepimpinan melalui teladan. Novel ini juga menimbulkan persoalan
fitnah dan keburukan orang yang suka menjadi pak turut. Pengarang mengemukakan
watak-watak Mak Timah dan Salbiah sebagai watak-watakyang terlibat dalam kedua-dua
persoalan tersebut.
Novelis A. Samad Said yang mula terkenal dengan novel-novel Salina dan Sungai Mengallr
Lesu pada dekad 60-an terus mencipta novel dalam awal tahun 80-an. Dua buah noveInya
yang bermutu pada tahap ini ialah Langit Petang (1980) dan Daerah Zeni (1985). Novelnovel lain ialah Adik Datang, Keledang dan Di Hadapan Pulau. Kelima-lima buah novel A.
Samad Said yang terbaru ini masih memperlihatkan gaya lama yang agak konvensional
yang memang digemarinya sejak semula.

Novel Langit Petang mengisahkan peristiwa-peristiwa yang dialami oleh tiga watak utama
seperti Pak Cik Arif, Hafiz dan Zakiah. Tiga watak yang menjiwai novel ini sentiasa
memikirkan hari-hari silam dan masa depan kehidupan mereka. Pak Ariff seorang bekas
pejuang kemerdekaan, tidak pernah dapat menikmati hasil perjuangannya pada masa
Iampau, akan tetapi dia tidak menyesal kerana sekurang-kurangnya dia masih dapat
bernafas dalam negara yang merdeka walaupun cuma di rumah setinggan di pinggir kota.
Manakala Hafiz pula seorang wartawan sambilan yang mengidap penyakit leukaemia
telah berhenti kerja dan mengembara ke Pantai Timur ingin mentafsir keindahan alam
semula jadi agar dapat dijadikan bahan untuk karyanya. Sementara Zakiah, seorang
wanita yang mendendami lelaki kerana lelaki telah merosakkan keperawanannya. Meskipun
begitu dendamnya tiada penghujung kerana sebenarnya lelaki tetap memperalatkannya
bagi kepuasan nafsu serakah mereka. Akhirnya kecantikannya menjadi luntur. Ketiga-tiga
watak utama yang mengalami pengalaman hidup yang berbeza itu saling berinteraksi dalam
satu keadaan oleh sebab mereka tinggal sebagai jiran. Pak Cik Ariff rapat dengan Hafiz
sebagai jiran, mereka sering bertandang. Akhirnya Hafiz menjadi teman Pak Cik Ariff yang
sering membicarakan falsafah: Apakah yang dicari oleh manusia dalam hidup ini.
Sementara Zakiah juga mempunyai hubungan yang rapat dengan Hafiz. Ini terjadi berikutan
peristiwa Hafiz pernah menolongnya ketika dia mengalami keguguran (anak luar nikah).
Zakiah juga mesra dan rapat dengan Pak Cik Ariff kerana mereka pernah berjiran.
Hubungan ketiga-tiga watak ini dipertalikan oleh rasa kemanusiaan yang murni. Pak Cik Ariff
menjadi penasihat dan tempat mereka merujuk apabila menemui masalah. Dan masingmasing cuba mengenal erti hidup. Bagi Hafiz yang menghadapi sisa-sisa hidupnya yang
singkat (menurut doktor dia hanya mempunyai tempoh setahun untuk hidup), merasakan
semua yang bergerak di sekitarnya mempunyai erti untuk dia mengenali kewujudannya
dalam alam ini. Hafiz meninggal dunia di Kuala Terengganu tidak lama selepas dia memberi
hadiah kepada Zakiah. Setelah itu barulah Pak Cik Ariff berasa betapa perlunya dia
mengembara untuk menyaksikan tanahairnya yang telah merdeka dan berdaulat. Dia
berhasrat hendak menyambung cita-cita Hafiz. Manakala Zakiah pula mula sedar tentang
erti hidup dan mati.
Novel terbaru A. Samad Said yang diberi judul Daerah Zeni tidak pula menceritakan kisah
yang besar dan mengkagumkan, tetapi kisah biasa. la diolah dalam satu susunan plot dan
perwatakan yang agak berbeza daripada novel-novelnya yang terdahulu. Novel ini
memaparkan kisah Zeni janda muda mempunyai seorang adik, Zedi yang lumpuh dan
seorang bapa, Lazri Meon, yang menjadi pengarang penyendiri. Zeni punya kekasih Ehran,
seorang pekerja buruh binaan. Bekas suaminya, Mohdi selalu mengganggu kehi-dupannva.

Manusia di sekelilingnva inilah yang menjadi sebagai daerah tempat Zeni bergerak dan
hidup, tempat Zeni berinteraksi dan berkonflik. Dia sangat mencintai adiknya kerana itu dia
sanggup menjaga adiknya Zedi di rumah sakit orang-orang cacat dan terpaksa menahan
perasaan untuk tidak segera ber-kahwin semula, walaupun dia mencintai kekasihnya Ehran.
Dia terpaksa berani berhadapan dengan bekas suaminya Mohdi. Dalam keadaan begitu
Zeni dapat membentuk jiwa dan peribadinya melalui pemaha-mannya yang mendalam
terhadap tingkah laku dan tindakan manusia di sekelilingnya.
Di samping cerita dasar ini terdapat pula sebuah kisah lain yang tersisip dalam cerita
pokoknya dalam bentuk manuskrip novel yang ditulis oleh bapa Zeni sendiri. Bab-bab
tertentu daripada manuskrip novel itu dibaca oleh watak-watak penting dalam novel ini
seperti Zeni, Zedi, Zirah (kawan Zedi) dan Ehran. Cerita dalam manuskrip novel itu tidak
lengkap, ada bab-bab yang didapati hilang dan tidak ditemui oleh Zeni. Tetapi bab-bab yang
ada ialah tentang kisah wujudnya sekumpulan orang Melayu, dari golongan rakyat clan
bangsawan, yang bangkit menentang penjajah Inggeris dalam bad kesembilan belas, iaitu
selepas erlaku peristiwa pembunuhan Birch di Pasir Salak. Dalam manuskrip nilah
tergambar jelas perasaan dan rerjuangan watak-watak wira Melayu seperti Harridan, Dol
Zaleh. Raja Dabet dan Mardi. Kisah ini mengajar Zeni dan Zedi supaya memberikan
kekuatan dalam perjalanan mereka menempuh gelombang hidup.
Nampaknya plot novel terbaru A. Samad Said ini tidak begitu menjadi tumpuan dan
pemeliharaan utama. Malah, aspek ini sama sekali terabai dan tidak lagi menjadi bahagian
unsur yang terpenting dan terpengaruh. Dengan begitu tidak wujud urutan plot seperti dalam
novel-novelnya yang lalu, tidak terlihat adanya bahagian-bahagian permulaan, pertengahan
dan pengakhiran. Sekali konflik itu wujud, tetapi tidak di kembangkan untuk bergerak ke
tahap-tahap yang tradisional yang dikenali sebagai aksi menaik, puncak dan aksi menurun
atau antiklimaks. Kesan daripada keterpesongan maka konflik-konflik yang ada yang dialami
oleh watak-watak seperti Zeni, Zedi dan Lazri Meon, adalah berterusan tanpa penyelesaian.
Pendedahan konflik tanpa penyelesaian dalam novel ini dapat dianggap sebagai lebih
bertenaga untuk mewujudkan kesan realiti yang total. Ini jelas kerana banyak konflik atau
masalah manusia yang tidak pernah dapat diselesaikan - ia tetap tinggal terus, memendap
dalam bahagian kehidupan bawah sedar manusia.
Shahnon Ahmad, novelis Melayu yang sangat prolifik pada tahun-tahun 60-an dan 70-an
tidak aktif lagi pada tahun 80-an. Setakat ini baru sebuah novel yang dihasilkan iaitu AlSyiqaq. Novel ini mempunyai dua jilid. Jilid kedua sedang dalam proses penerbitan. AlSyiqaq sebagai novel Islam jelas tidak memenuhi konsep yang dilaung-laungkan oleh

Shahnon iaitu sastera Islam itu sastera kerana Allah. Novel ni sebaliknya dapat dianggap
sebagai novel semi sejarah dan unsur-unsur keislaman cuma ditampilkan secara luaran
sahaja. la mengisahkan sejarah perjalanan hidup watak Sasaelos, seorang ahli pelaga
kerbau di perkampungan Matarusa, sebuah desa terpencil di Selatan Thailand. Akibat
daripada gara-gara seekor kerbau jantan, Sasaelos bersama keluarganya dibunuh secara
kejam oleh perompak-perompak berbangsa Thai yang mengganas di kawasan pedalaman
itu. Hanya Pataeng Sagalas yang terselamat kerana sewaktu pembunuhan berlaku dia tidak
ada di rumah. Pataeng Sagalas pada mulanya seorang pelaga ayam, tetapi kesan
pembunuhan ke atas keluarganya itu telah menginsafkannya dan dia menjadi lebih dekat
dengan ajaran agama Islam. Pataeng Sagalas kemudian berhijrah ke kampung Teloi Tua di
Kedah. Di sana dia mula mengajar agama dan terbentuklah satu sistem pondok di Teloi Tua.
Apabila Pataeng meninggal dunia pengajaran agama di pondok itu diambil alih oleh
anaknya Saman. Semasa Saman menjadi guru, pondok di Teloi Tua itu terpaksa ditutup dan
dia bersama keluarga berpindah ke Selarong Batang, cuba membuka kawasan
perkampungan baru. Di sinilah Saman menghabiskan zaman tuanya dengan menderita
sakit tua. Zuriat Sasaelos berakhir apabila Kalthom anak perempuan paman berkahwin
dengan Hassanudin seorang pelarian politik pada zaman Belanda memerintah Sumatera.
Anak lelaki Saman yang bernama Yaakob enjadi jahat, hilang entah ke mana. Watak ini
menyerupai watak bapa saudaranya bernama Dollah yang mati dibunuh oleh pasukan
keselamatan. Yaakob seorang anak yang amat jahat, malah pernah berzina dengan ibu
tirinya yang masih muda bernama Siti Hajar.
Novel ini mempunyai tema yang cuba menyelitkan unsur-unsur agama, tetapi lebih condong
kepada pengembangan serta keadaan kehidupan penganutnya di selatan Thai dan di Kedah
terutama pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Masyarakat perkampungan Matarusa
sepertimana kampung-kampung , di selatan Thai contohnya Setoi, Narasimpon, Lubuk
Cemara dan Poseng selalu berada di dalam ketakutan dan kecemasan kerana kekejaman
orang-orang jahat dari bangsa Siam yang membenci penduduk Melayu yang beragama
Islam. Mereka sering melakukan segala macam kezaliman terhadap orang-orang Islam
seperti merompak harta benda, membakar rumah dan membunuh dengan cara yang amat
kejam. Novel ini dapat dianggap sebagai novel semi sejarah bukanlah kerana ia
memaparkan perjalanan hidup seseorang tokoh sejarah yang real, tetapi kerana ceritanya
merangkumi ksah kehidupan empat generasi, iaitu Sasaelos, Pataeng Sagalas, Saman dan
Kalthom. Kisah kehidupan mereka itu memakan masa selama satu abad. Dengan demikian,
tidaklah berlebihan jika dikatakan novel ini bermodelkan novel Roots karya Alex Haley.
Persoalan lain yang agak penting ingin disampaikan oleh Shahnon dalam novel AI-

Syiqaq ini ialah pentingnya institusi keagamaan seperti surau, madrasah dan pemimpinnya
seperti imam atau tuk guru sebagai penyatu umat atau penganut agama Islam. Sekiranya
institusi-institusi keagamaan seperti ini lemah, maka akan wujudlah perpecahan dalam
persaudaraan Islam. Oleh demikian, untuk mencapai perpaduan itu tokoh-tokoh agama
yang menguasai institusi surau, madrasah, masjid dan pondok itu perlulah bertindak tegas,
bijaksana dan sabar. Semasa menyatukan anak-anak buah menentang penjahat-penjahat
Siam, Lebai Cucu imam kampung Matarusa mengajar penduduk kampung itu supaya
menanamkan semangat kecintaan mereka pada madrasah kerana di madrasah itulah
asas-asas perpaduan akan terpupuk dan terjalin dengan baik. Demikian sikap dan
kepimpinan Pataeng Sagalas sewaktu memimpin pelajar-pelajarnya di pondok yang
diasasnya sendiri di Teloi Tua. Akan tetapi keadaan berubah pada zaman Saman menjadi
guru agama di pondok peninggalan arwah ayahnya itu. Ramai anak buah meninggalkan
pondok itu. Ramai pula yang pergi belajar bersilat. Hal ini terjadi kerana Saman sendiri
mengabaikan tugas dan kepimpinannya tergugat apabila dia berkahwin lagi dengan Siti
Hajar sebagai isteri keduanya yang sangat muda. Pertentangan nilai, sikap, pemikiran dan
pandangan hidup generasi yang berbeza sangat jelas terlihat dalam novel ini. Golongan
generasi tua adalah golongan yang tidak agresif, sabar dan mengamalkan nilai-nilai lama.
Sementara golongan muda pula lebih agresif, mahu lepas daripada kongkongan, sukakan
sesuatu yang baru dan yang lebih penting lagi, wujudnya unsur-unsur penentangan secara
terbuka terhadap generasi tua contoh yang baik seperti watak Dollah dan Yaakob.
Novel AI-Shiqaq ini juga mengemukakan persoalan kedudukan perempuan dalam Islam
dan bagaimana mereka boleh mempengaruhi dan menentukan iman, kedudukan dan
kepimpinan kaum lelaki. Perempuan yang setia dan alim yang diwakili oleh Sippit (isteri
Sasaelos), Huduh (isteri Pataeng Sagalas) dan Zainab (isteri Saman) dapat membantu
suami ke jalan yang benar dan hak. Manakala perempuan yang diwakili oleh Siti Hajar yang
megah dengan kecantikan (dan juga berlaku curang kepada suami - bercinta dengan anak
tiri) pula adalah utusan syaitan yang menjatuhkan lelaki dan serentak meruntuhkan pondok
Teloi Tua.

Seorang lagi novelis veteran yang tiba-tiba muncul dengan novel yang lebih bererti ialah
Keris Mas. Dia telah menghasilkan sebuah novel yang lebih besar dan bernilai yang diberi
judul Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur (1982). Lewat novel ini Keris Mas menonjolkan
persoalan manusia yang mementingkan diri sendiri dalam menghadapi arus pembangunan
negara semasa. Manusia dalam novel ini adalah bayangan natijah daripada pembangunan
yang dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan. Secara sinis pengarang memperlihatkan
kebijaksanaannya menonjolkan persoalan ini kerana kesan daripada yang ter,irat adalah
pembangunan yang negatif tetapi secara lumrahnya diterima oleh kebiasaan sebagai yang
bersifat positif.
Novel ini juga mengemukakan sebuah cerita yang melibatkan tiga generasi manusia dan
cukup bertalian dengan persoalan hidup orang-orang Melayu semasa khasnya dalam
hubungan dengan dunia perniagaan dan perdagangan dengan constraint lainnya seperti
sikap, masalah dakwah dan penerimaan masyarakat terhadap projek-projek kerajaan,
khususnya projek FELDA. Ketiga-tiga generasi yang dimaksudkan itu ialah pertama,
generasi orang tua Encik Muhammad, orang kaya Indera Datuk Idris dan Datuk Tan.
Generasi kedua pula terdiri daripada Mahmud, Encik Muhammad, Datuk Tan, Tan Sri Syed
Aris, Yang Berhormat Muhd. Yusuff, Imam Saad, Pak Salim dan Tuk Empat Dahlan. M
anakala generasi ketiga terdiri daripada orangorang muda lingkungan umur 20-30 tahun
seperti Rahim, Robert, Jahid, Syarifah Mahani, Sudin, Sani, Lebai Maarup, Jamaluddin, Mat
Akil, Kasim, Kemat Jerangkung dan Muhammad Alif.

Dari segi perwatakan, pengarang berjaya mengetengahkan peribadi-peribadi yang


berencam untuk mem-perolehi tujuannya; selaras dengan perkembangan cerita yang
kompleks yang melibatkan ramai watak, tetapi berfungsi dan hidup. Segala gerak tindak dan
perlakuan para watak, terutama watak-watak utama, terkawal rapi dan jelas terarah kepada
objektif dan kemuncak cerita dengan penonjolan aspek-asepk fikiran dan perasaan.
Pandangan hidup pengarang jelas terukir dalam novel ini bila kita mengikuti takah-takah
dalam perjalanan cerita. Pembangunan manusia menjurus ke arah kemusnahan kerana
keabaian perimbangan nilainilai rohaniah dengan nilai-nilai jasmaniah.
Suatu hal yang amat ketara dalam perkembangan novel Melayu pada tahap separuh
pertama dekad 80-an ini ialah munculnya bakat-bakat baru yang menjanjikan harapan baik
dan optimis dalam meninggikan mutu novel-novel Melayu. Antara mereka yang
menampakkan bakat yang baik dan mempunyai potensi yang cemerlang pada masa akan
datang ialah Azizi Hj. Abdullah, Ghazali M.A, Hambali Abdul Latiff, Baharuddin C.D,
Zainuddin Saad, Sabda S, Abdul Rahman Harun dan Talib Y. K. Azizi telah menulis novel
Seorang Tua di Kaki Gunung (1982), Ghazali M.A menghasilkan Meniti Cahaya (1980),
Hambali dengan novel sulungnya Damai Tapi Gersang, Zainuddin Saad menghasilkan
novel Hanyut (1979) diikuti dengan novel Pohon Jejawi Tuk Merah(1981), Sabda S muncul
dengan novel Arbain (1985), Abdul Rahman Harun menerbitkan novel sulungnya diberi
judul Seorang Guru Tua (1985) dan Talib Y. K. sebelumnya lebih terkenal sebagai cerpenis
muncul dengan karya sulungnya diberi tajuk Mega-mega di Langit (1985). Nampaknya
membaca karya-karya penulis/novelis yang muncul seperti di atas itu memperlihatkan
semacam kesinambungan dari dekad sebelumnya baik dari aspek persoalan mahupun
struktur. Pengekalan ciri-ciri tradisi konvensional dan stereotaip novel-novel Melayu masih
terdapat dalam novel-novel yang disenaraikan di atas itu. Akan tetapi terlihat juga keindahan
estetika di dalam pembinaan isi dan strukturnya. Sekiranya dibandingkan dengan novelnovel terdahulu beberapa buah novel pengarang baru ada yang lebih kemas dan teratur
seperti novel-novel - Seorang Tua di Kaki Gunung, Damai Tapi Gersang, Meniti
Cahaya, Pohon Jejawi Tuk Merah, Mega-mega di Langit dan Seorang Guru Tua. Novelnovel tetsebut di atas lebih menumpukan kepada satu-satu persoalan tertentu, lebih terarah
dan mudah dimengertikan apa yang hendak ditonjolkan. Kemudahan itu pula bukanlah
bererti pembaca dengan cepat mengetahui segala kesimpulan di dalam peleraian plotnya,
kerana rangkaian peristiwanya diteruskan secara terarah tanpa selingan-selingan yang tidak
relevan.
Persoalan yang dikemukakan dalam novel-novel Seorang Tua di Kaki Gunung dan Pohon

Jejawi Tuk Merah hampir sama, iaitu kedua-duanya mengemukakan orang tua sebagai
watak utama. Tukya dan Tuk Naipiah merupakan dua orang tua yang gigih dan
mempertahankan keperibadian dan tradisi sehingga berakhir dengan kematian. Tukya
dalam Seorang Tua di Kaki Gunung adalah seorang watak tipa dari sebuah desa di
pedalaman - di kaki Gunung Bongsu. Cabaran cucunya yang mempersenda-sendakan
rumahnya yang buruk dan bergoncang, menyebabkan Tukya dengan tenaga tuanya penuh
azam menebang pokok cengal batu; walaupun dia berjaya, tetapi dia menemui maut kerana
ditindih oleh batang cengal. Demikian juga Tuk Napiah dalam novel Pohon Jejawi Tuk
Merah telah mempertahakan warisan Kampung Jejawi, iaitu tidak mengizinkan pohon jejawi
yang besar di tebing sungai ditebang kerana hendak mendirikan sebuah jambatan di situ.
Tuk Napiah sanggup membunuh siapa sahaja yan berani menebang pokok jejawi itu. Tetapi
akhir-akhirnya Tuk Napiah mengakui kebenaran kata-kata Yob apabila Kamal dan Alwi mati
lemas sewaktu mereka menyeberangi sungai dengan menggunakan sampan. Alasan Yob
jika ada jambatan mungkin Kamal dan Alwi tidak mengalami tragedi itu. Lantas Tuk Napiah
dengan semangat gigih berbekalkan tenaga tuanya menebang pokok jejawi itu bererti
tumbangnya usia Tuk Napiah. Persoalan novel ini lebih simbolik daripada novel Azizi Hj
Abdullah. Walaupun kedua-dua novel ini mendukung tema dan persoalan yang agak mudah,
tetapi berjaya disusun dalam satu pembinaan plot dan perwatakan yang meyakinkan. Ini
diperteguhkan dengan penggunaan bahasa yang lincah, segar ditambah pula adanya usaha
pengarang mengeksploit penggunaan bahasa perbandingan dan bahasa daerah yang
bukan sahaja segar tetapi dari segi ideolex watak-watak utama yang menggerakkan keduadua novel tersebut.
Novelis muda lain yang mula meningkat pada dekad 80-an ialah Baharudin C.D. Meskipun
dia telah mencipta novel pada akhir-akhir tahun 70-an, tetapi karyanya yang terkuat setakat
ini ialah novel Sesudah Fajar Sebelum Senja (1982). Novel ini memaparkan kisah anak
muda bernama Johari, graduan sains politik yang menolak peluang bekerja di berapa buah
agensi kerajaan yang menjanjikan status yang tinggi, gaji yang lumayan dan hidup mewah.
Johari memilih bekerja sebagai wartawan di Harian Malaysia. Tetapi setelah bekerja selama
dua tahun dia meletak jawatan kerana bekerja sebagai wartawan juga dirasanya tidak
mendapat kebebasan Dia lalu membuka sekolah swasta di tempat kelahirannya di Daerah
Kecil dengan empat orang sahabat iaitu Ridhuan (sepupunya), Alex, Fahmi dan Sabariha.
Semasa tinggal di Daerah Kecil itu Johari terlibat dalam kegiatan politik. Dia muncul sebagai
pembela golongan yang tertindas, tetapi akhirnya dia ditangkap oleh pemerintah. Akhbarakhbar menngelarkan Johari sebagai mass champion. Akhirnya selepas kematian
sepupunya Ridhuan, Johari meninggalkan Daerah Kecil untuk bekerja di Kuala Lumpur dan
telah diterima dengan gembira oleh Idham dan rakan-rakannya untuk bekerja semula di

Harian Malaysia.
Novel Sesudah Fajar Sebelum Senja berjaya mengemukakan seorang watak wira yang
kecundang (defeated hero). Dia (Johari) mempunyai nilai sebagai seorang wira yang
menentang arus establishment. Johari adalah hero yang antagonistik, yakni penentang
segala status quo yang tidak jujur, korup dan tidak amanah kepada tugas dan
tanggungjawab. Saya kira wira yang menjadi watak utama novel ini mencerminkan
perubahan definisi wira (hero) yang konvensional yang diubah oleh media, cara hidup
(lifestyles), keutamaan (priorities) dan ideologi. Golongan itu ditentangnya dengan tenaga
individualiti dan kemerdekaan/kebebasan. Meskipun dia sering menerima tekanan-tekanan
sosial, wira ini tetap tegak sebagai non-conformist. Dia adalah wira yang tidak memiliki
kuasa sosial (social power), berdiri sendiri, me-lawan tekanan-tekanan terhadap
kemerdekaan dan kebebasannya dengan spiritual. Akhirnya wira men-derita, hancur dan
kematian pun menjemputnya. Hingga ke akhir hayat jiwanya tetap kukuh dan menerima
nasibnya yang malang dengan penuh rela.
Pengolahan cerita novel ini agak menarik, tetapi pengarang kurang berjaya
menggambarkan perwatakan kerana terlalu dibawa-bawa oleh perasaan ideal dan
romantisnya. Pengarang masih belum berupaya mengungkapkan fikiran dan perasaan
manusia dalam bentuk seni yang baik. Meskipun terasa amat hebat dan pada banyak ketika
begitu dramatik sekali, tetapi sebagai sebuah karya seni, novel ini kurang berhasil
terutamanya dari segi pembinaan strukturnya.
Dua buah novel yang agak baik ditulis oleh dua orang novelis Malaysia yang masih muda
ialah Damai Tapi Gersang oleh Hambali Abdul Latif dan Meniti Cahaya karya Ghazali M.A.
Novel Damai Tapi Gersang ditulis oleh Hambali semasa sedang menuntut di Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang. Novel ini mengisahkan bagaimana sekumpulan suku kaum Senoi di
Pahang bertungkus-lumus berusaha menghalang pembalak-pembalak dari terus
memusnahkan hutan rimba yang segar. Diketuai oleh Jati seorang pemuda Senoi yang
terpelajar dan disokong oleh Mansur siswazah yang menjadi pencinta alam, cuba
menentang usaha-usaha pembalak yang kian dekat dengan tempat kediaman mereka, iaitu
Bukit Perkasa dan Gunung Teguh. Kaum Senoi menghadapi pembangunan dalam keadaan
dilema - menerima pembangunan tetapi dengan pengorbanan. Akhirnya mereka berjaya
mengekalkan keaslian hutan rimba itu apabila kerajaan mengambil keputusan untuk
menjadikan kawasan itu sebagai Taman Negara.
Dilihat daripada jalinan ceritanya jelas novel ini mengemukakan satu tema yang jarang

disentuh oleh pe-nulis-penulis Malaysia, kecuali di dalam bentuk cerpen. Cara pengarang
mengemukakan masalah clan bagaimana konflik yang dihadapi oleh Bayuk dan anakanaknya Jalak, Ngah, Jati dan Semah cukup meyakinkan. Sebetulnya novelDamai Tapi
Gersang lebih menonjolkan persoalan kemanusiaan clan konflik antara kejahatan dengan
mempertahankan keharmonian clan tanggungjawab. Konflik kejahatan ditimbulkan oleh
ancaman penjahat komunis sehingga kaum Senoi terpaksa menubuhkan Senoi Praaknya.
Persoalan kemanusiaan ditimbulkan dalam Persatuan Pencipta Alam, ini merupakan
benteng kaum Senoi untuk menyelamatkan kaumnya dari ancaman pemodenan.
Novelis yang seangkatan clan senegeri dengan Hambali, Ghazali M.A pula lewat novel
sulungnya Meniti Cahaya cuba menonjolkan persoalan keagamaan, iaitu masalah
pertukaran/kepercayaan beragama. Watak utama novel ini Soo Cin Ann diperkenalkan
melalui konflik dalaman adik perempuannya Soo Siu Wai yang memeluk agama Islam
dengan menukarkan namanya kepada Suriani. la amat kasih kepada abangnya dan selalu
mendoakan agar abangnya juga akan menganut agama Islam. Soo Cin Ann memukul
adiknya dua kali, tetapi menyesal dan berasa amat kejam dengan tindakan itu. Soo Cin Ann
mengalami konflik dalam diri clan konflik-konflik tersebut dikemukakan agak sederhana.
Sebagai seorang guru dia curiga menghadapi guru-guru lain kerana perbuatannya
membelasah adiknya. Kemudian dia berdepan de-ngan Guru Besar yang bercakap tentang
Tuhan dalam Islam. Dia hairan bagaimana adiknya sampai meninggalkan kepercayaan
lama. Konflik tersebut dipertajamkan dengan mimpi yang dialaminya. Mula-mula dia
bermimpi lemas di laut; ternyata tidak ada tuhan laut yang menolongnya. Kemudian dia
bermimpi naik bukit dan bertemu dengan harimau; ternyata tidak ada tuhan bumi yang
menyelamatkannya. Mimpi-mimpi Soo Cin Ann ini merupakan pengalaman bawah sedar,
dan kemudian membawa kepada perubahan sikap-nya sehingga akhirnya dia memeluk
agama Islam.
Novelis Melayu termuda muncul pada dekad 80-an ialah Talib Y. K seorang kerani dari
Kelantan. Novel-nya yang diberi judul Mega-mega di Langit (1985) menyingkapkan
selengkar kehidupan kaum belia, mere-ka ini terlalu banyak dihimpit oleh persoalan hidup
yang routine. Keroutinan dan stereotaipnya hidup anak-anak muda inilah yang menjadi
persoalan pokok atau tema novel ini. Pengarang menggambarkan kehidupan muda mudi
dalam alam remaja sebagai penuh dengan pancaroba; mereka seolah-olah tidak
mempunyai matlamat hidup yang terarah. Mereka bertindak cara mereka sendiri: hidup
berpoya-poya tiada tujuan yang hakiki. Tetapi ada yang mulanya berpoya-poya dan
kemudian insaf dan berjaya dalam pelajarannya.

Pada separuh pertama dekad 80an ini terdapat juga beberapa orang novelis yang sudah
terkenal dalam bidang cerpen terus mencipta novel. Antara yang terpenting ialah S. Othman
Kelantan dengan novel Pe-wira (1982), R. A. Niza dengan novel Kaul(1980), Noorjaya
dengan novel Awang Toksan (1982), Shaari A.B menulis novel Ruyup(1982), dan Osman
Dol muncul dengan novel yang diberi judul Lari dari Neraka(1985). Melalui novel Perwira S.
Othman mengemukakan perjuangan anak-anak muda Melayu yang dipimpin oleh Tuk
Janggut menentang penjajahan Inggeris di Kelantan. Kebangkitan Tuk Janggut dengan
pengikut-pengikutnya menentang campur tangan Inggeris yang menekan beban cukai ke
atas rakyat, telah melahirkan ramai perwira Melayu yang memperlihatkan keberanian.
kegigihan dan kecintaan yang tidak berbelah bagi kepada bangsa dan tanahair, khususnya
negeri Kelantan. Watak utama novel ini, Awang Teleng orang kanan Tuk Janggut telah
bersumpah dan menerima amanat dari Tuk Janggut berikrar akar. meneruskan
perjuangannya sampa: ke titisan darah terakhir. Awang Teleng berjuang dengan
menghadapi askar Sikh bersama teman-temannva seperti Mat Saman, Ali Kebal dan
beberapa orang lain. Akhirnya Awang Teleng kecundang dan gugur dimamah oleh muntahan
peluru senapang askar-askar Sikh, iaitu askar upahan Inggeris. Novel ini mengambil premis
dan latar sejarah benar yang meletus di Pasir Puteh Kelantan. S. Othman dengan
menggunakan bahasa yang lincah, segar dan penuh dengan metafora dan bahasa
perbandingan mengolah novel Perwira ini dengan cara babakan yang penuh aksi. Begitupun
teknik ini diselit juga dengan penggunaan interior monologue. Sementara itu novel S.
Othman yang terbaru berjudul Gerimis Senja kini sedang dalam proses percetakan dan
dijangka terbitkan pada akhir tahun 1985 ini.
Novel Kaul karya R.A Niza ialah novel yang memenangi hadiah penghargaan Peraduan
Novel anjuran GAPENA-Yayasan Sabah pada tahun 1979. la mengutarakan masalah utama
golongan miskin yang tertindas akibat wujudnya pembangunan yang semata-mata
memikirkan kepentingan beberapa pihak dan berapa kerat manusia sahaja termasuklah
para pemimpin rakyat yang korup dan tidak melakukan keadilan. Engku Hasnol, wakil rakyat
yang menggunakan pekerja Melayu seperti Badar, Bidin dan Shahrom untuk mendapatkan
hasil bijih di lombong-lombong terdedah dan di tanah orang-orang Melayu. Dengan
kebijaksanaan Engku Hasnol dan rakan kongsinya, Tauke Lim, tanah kepunyaan orang
Melayu banyak jatuh ke tangan mereka. Soal rasuah, kedudukan pemimpin yang korup,
anasir subversif dan sikap berdikari amat banyak disentuh oleh pengarangnya dalam novel
ini.
Novel sulung Noorjaya (bekas anggota polis) Awang Toksan pula mengisahkan kehidupan
seorang tokoh desa berdepan dengan berbagai-bagai keganasan. Noorjaya terlihat dalam

novel ini lebih menumpu kepada banyak aspek penting seperti sejarah, sosial, semangat
kebangsaan dan juga unsur psikologi. Perbauran antara aspek-aspek tersebut dalam satu
pengolahan yang baik dan harmonis, dengan menyerapkan teknik dan unsur-unsur
dalaman, menjadikan novel ini mempunyai nilai sastera yang baik setanding dengan novelnovel yang serius yang terbit pada awal tahun 80-an sepertiSeorang Tua di Kaki
Gunung, Tebaran Malam, Ruyup, Perwira, Sesudah Fajar SebeIum Senja dan lain-lain yang
telah analisis terdahulu daripada ini.
Perkembangan dan penerbitan novel-novel Melayu pada tahun-tahun 84 dan 85 nampaknya
merupakan penerbitan novel-novel hasil daripada peraduan yang dianjurkan oleh badanbadan tertentu. Antara badan-badan yang menganjurkan peraduan mengarang novel ialah
GAPENA-Yayasan Sabah, Yayasan Terengganu, Bahagian Agama Jabatan Perdana
Menteri dan Peraduan Novel Sempena Sambutan Perayaan Hari Guru. Pihak Dewan
Bahasa dan Pustaka telah diberi penghormatan oleh penganjur untuk menerbitkan novelnovel pemenang hadiah utama, sementara penerbit swasta menerbitkan novel-novel
pemenang hadiah penghargaan. Suatu aliran yang agak menarik akhir-akhir ini ialah adanya
kecenderungan para penerbit berlumba-lumba menerbitkan novel-novel yang bertemakan
Islam. Ini terjadi oleh kerana ada peraduan novel berunsur Islam yang dianjurkan oleh pihakpihak yang telah disebut di atas. Keghairahan novelis Melayu mencipta novel-novel
berunsur Islam dikatakan sebahagiannya akibat daripada cetusan oleh konsep `Sastera
Islam' yang dicanang oleh Shahnon Ahmad. Hingga kini novel-novel jenis inilah yang banyak
diterbit dan dipasarkan. Antara yang terpenting seperti Tebaran Malam (1982) karya S.M.
Noor, Meniti Cahaya ciptaan Ghazali M.A, Ronjang (1984) karya sulung Mana Sikana, Muhammad Akhir (1985) buah tangan Anas K. Hadimaja, Ku Ingin Kasih Mu(1982)
dan Perempuan di Lereng Bukit (1984), kedua-duanya karya Siti Hawa Mohd.
Hassan, Masuk ke Dalam Cahaya (1983) oleh Abdullah Hussain, Mengejar
Kedamaian (1983) oleh Abdul Manap Abdul Malik, Hidayah (1984) karya Harun Hj. Saleh,
Remang(1984) karya A. Shukur Harun, Lari dari Neraka (1985) oleh Osman Dol, Arbain
(1985) karya sulung Abdul Rahman Harun. Melainkan novel Meniti Cahaya, Ronjang,
Muhammad Akhir dan Remang, yang lain-lain semuanya adalah hasil daripada
berbagai.bagai peraduan mengarang novel berunsur Islam.
Kebanyakan novel tersebut membawa tema yang berhubungan dengan kehidupan
masyarakat Islam di Malaysia, dan ini sebetulnya merupakan syarat utama yang dikenakan
oleh para penganjur peraduan. Dari sekian banyak jumlah novel tersebut jelas novelnovel Meniti Cahaya, Ronjang, Remang dan Muhammad Akhir (yang tidak menyertai
peraduan) jauh lebih baik, terutamanya jika diteliti dari aspek keseimbangan antara isi

dengan binaan struktur. Novel-novel yang lain terlihat ada semacam pengabaian dari aspek
pengolahan struktur. Ini terjadi oleh sebab pengarang lebih mementingkan aspekisi atau
mesej daripada mengawal keseimbangan, sedangkan ini adalah penting diberi perhatian
kerana sebagai karya seni, novel mesti mempunyai keseimbangan dan keharmonian di
antara kedua-dua aspek tersebut. Kecuali novel Ronjang karya Mana Sikana, novel-novel
lain hampir kesemuanya tidak, mempunyai kelainan dari segi pengolahan strukturnya.
Dalam Ronjang terdapat sedikit percubaan pengarang menggunakan teknik blurring clan
absurd, sementara dalam Muhammad Akhir terdapat seorang pendakwah muda boleh
menghilangkan atau mengghaib diri buat beberapa ketika. Persoalan yang menarik ialah
dalam novel Seorang Guru Tua yang memaparkan kisah kegelisahan seorang guru pondok
yang sudah tua (Haji Noh) berhubung dengan masa depan pengajian agama Islam melalui
sistem pondok yang dikendalikannya. Dalam hubungan ini, ada dua pihak yang mungkin
boleh meneruskan sistem pondok iaitu anaknya atau muridnya. Dalam novel ini pengarang
memfokuskan kepada persoalan institusi pengajian tradisional di tengah-tengah
perkembangan pendidikan moden yang diberi nilai ekonomi yang lebih.
Kecenderungan penciptaan novel yang bertemakan atau berunsurkan Islam, kian meluas
akhir-akhir ini clan beberapa orang novelis veteran seperti Shahnon Ahmad, Nora, A.
ShukurHarun, S. Othman Kelantan, Anas K. Hadimaja dan Abdullah Hussain mula memberi
tumpuan serta menggemari tema seumpama itu. Begitu juga halnya terjadi kepada
beberapa orang novelis muda/baru seperti Norhisham Mustapha, Sabda S, Abdul Rahman
Harun, Mana Sikana, Azizi Hj. Abdullah, Harun Hj. Salleh dan Siti Hawa Mohd. Hassan.
Kecenderungan pertumbuhan seperti ini mungkin memberi kebaikan kepada satu pihak,
tetapi jika dilihat dari perkembangan sastera Melayu per se ia mungkin saja merugikan.
(Dewan Sastera, Ogos 1985)
Anda mungkin juga meminati:

Hadiah Sastera Perdana Malaysia

Tertulis Dalam Novel Cinta

Sejarah Drama Malaysia Bahagian 6

Estetika dan Semiotik Drama Noordin Hassan

Linkwithin

Facebook

Twitter

You might also like