You are on page 1of 30

Citra Manusia Dalam Kumpulan Puisi Salasilah Oleh Zurinah Hassan: Aplikasi

Teori Pengkaedahan Melayu


1. PENGENALAN
Teori Pengkaedahan Melayu adalah sebuah teori yang mempunyai keutuhan yang
tersendiri. Teori ini mula diketengahkan oleh Profesor Dato Dr. Hashim Awang dari
Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya dalam Seminar Antarabangsa
Kesusasteraan Melayu 1 di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 29 Oktober hingga
1 November 1989. Teori ini berdasarkan realiti kehidupan dan persekitaran bangsa
penglahir karya. Hampir keseluruhan aspek keberadaan dan kehidupan zahir dan
batin

bangsa

Melayu

dilihat

dan

diambil

untuk

dijadikan

dasar

pembentukkannya. Selain daripada itu, keseluruhan aspek karya iaitu aspek


dalaman dan luaran dapat dijadikan subjek atau persoalan untuk dikaji, dikritik dan
dinilai.
Menurut Mana Sikana(1991:58) teori ini merupakan satu pendekatan kajian sastera
Melayu yang bertunjangkan daya cipta kreatif, penghasilan sastera yang kaya,
keakraban dengan gejala alam dan kehalusan budi orang Melayu. Kaedah ini jelas
berasaskan sikap hidup, kepercayaan, dan keagamaan orang Melayu dan
berteraskan pegangan hidup Islam.
Bagi Mohd Affandi Hassan (1991:31) Teori Pengkaedahan Melayu ini, sama seperti
teori yang dibawa oleh Plato iaitu mimesis. Unsur moral yang terdapat dalam
Pengkaedahan Melayu begitu kuat dan ini merupakan satu percubaan ikhlas Hashim
Awang untuk mengkonkritkan worid view Islam dalam Kritikan Sastera Melayu.
Oleh yang demikian, jati diri Melayu yang dikenali melalui rupa dan parasnya, akal
dan budinya, gerak dan rasanya, adat dan adabnya, jasad dan semangatnya, zahir
dan batinnya perlu diungkai dan dicanai untuk melahirkan khalayak sastera
Malaysia. Pengkaedahan Melayu yang tentunya berteraskan falsafah hubungan
akrab orang Melayu dengan alam persekitaran dalam konteks penghasilan karya
sastera, seharusnya berpaksikan jati diri Melayu zahir dan batinnya yang
mencangkupi dasar, prinsip dan falsafahnya.
2. TEORI PENGKAEDAHAN MELAYU

Dalam Kolokium

Membina

Teori

Sastera Sendiri,

Hashim

Awang(1999)

memperjelaskan terdapat dua hakikat utama iaitu: hakikat keberadaan bangsa


Melayu sebagai warga dunia. Bangsa Melayu adalah bangsa yang berdaulat, iaitu
bangsa yang memiliki ciri-ciri keistimewaan dan keutuhan tersendiri:
1. Ia

mampu

membentuk

corak

tamadun

dan

sistem

kepercayaan

yang

berlandaskan kepada agama Islam, ia adalah bangsa yang berbudaya, berteknologi,


beradab, berilmu, dan berdaya cipta atau kreatif.
2. Ia bergerak atas dasar cara hidup dan pandangan dunia yang jelas; kehidupannya
tersusun

dalam

sistem-sistem

pemerintahan,

perundangan,

perekonomian,

pendidikan dan pergaulan serta sosial yang bertunjangkan tradisi dan agama.
3. Ia memiliki tanggapan dan teori alam semesta atau kosmologi tertentu yang
khusus. Kehidupannya menjadi amat erat dan intim dengan alam semesta; daya fikir
dan daya ciptanya sering menyingkap rahsia keadaan, keteraturan dan kesatuan
alam tersebut.
4. Ia adalah bangsa yang berbudi bahasa; pergerakan dan pengucapannya dan
mengutamakan ketertiban dan kehalusan.
Wujudnya keistimewaan bangsa Melayu sebagai suatu bangsa besar di dunia
melahirkan pula hakikat kedua yang turut menjadi penyumbang dalam pengukuhan
rasional tadi. Hakikat kedua yang dimaksudkan ini adalah hakikat bahawa
kesusasteraan Melayu sebagai satu antara penghasilan daya fikir dan daya cipta
terpenting bangsa Melayu; memiliki teori ciptaannya yang tersendiri dan khusus;
ciptaanya adalah berlandaskan kepada aqidah Islam dan budaya Melayu. Landasan
tersebut menghasilkan tiga bentuk kesusasteraan Melayu yang ditunjangi tiga teras
utama iaitu teras kebajikan, teras ketakwaan, dan teras ketatasusilaan:
i. Teras

kebajikan,

menimbulkan

karya-karya

kesuasteraan

Melayu

yang

kebanyakannya bersifat didaktik, iaitu kesusasteraan yang memaparkan persoalanpersoalan moral dan didikan ke arah pembinaan kemajuan dan peningkatan taraf
hidup serta budi pekerti bersama-sama semangat nasionalisme bangsa Melayu.
ii. Teras ketakwaan, menggerakkan karya-karya kesusasteraan Melayu untuk
membangkitkan persoalan-persoalan tentang pemupukan rasa kemanusiaan dan

kasih sayang antara sesama manusia, sama ada yang berlainan atau pun
bersamaan agama dan bangsa. Semua perasaan ini dikaitkan pula dengan
kecintaan terhadap bangsa, agama dan watan. Tumbuhnya kecintaan ini pula
memperkukuhkan ketaatan dan ketakwaan kepada Tuhan, yang memang turut
tergarap sebagai antara persoalan-persoalan terpenting dalam kesusasteraan
Melayu. Di sini juga ditimbulkan soalan-soalan kepentingan bangsa Melayu dan
Islam memahami serta mendalami ilmu agama dengan baik dan betul; ini ditekankan
untuk memperlihatkan keindahan dan keunggulan agama Islam di samping dapat
menggambarkan citra umat Islam yang tulen.
iii. Teras ketatasusilaan pula membawa maksud bahawa penciptaan kesusasteraan
Melayu amat mementingkan adab atau teknik penulisan khusus yang dapat
melahirkan nilai keindahan atau nilai seni dalam penciptaan ini, lazimnya pengarang
Melayu memulakan penulisan dengan memuji kebesaran dan kekuasaan Allah. Ini
diikuti dengan ucapan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, lalu kemudiannya
dijelaskan niat dan tujuan murninya menghasilkan karya.Selepas itu, barulah
penulisan teks atau penulisan karya sebenar terlaksana, manakala pada
pengakhiran teks dinyatakan secara ringkas antara pengajaran atau moral yang
diperolehi daripada karya. Dalam ketatasusilaan ini ditekankan juga aspek
penggunaan bahasa yang indah serta jelas dengan penyelitan dan penyerian dalam
bentuk puisi yang bernilai; selalunya pengarang Melayu dituntut supaya tidak
menggunakan

kata-kata

atau

menyusun

ayat

yang

boleh

mengelirukan

pembaca. Niat yang tersirat dalam penulisan haruslah ikhlas seta baik seingga boleh
terhindar dari segala fitnah atau tersinggung pada pihak-pihak tertentu.
Bertolak dari itu, lahirlah Pengkaedahan Melayu yang dimaksudkan sebagai teori
sastera Melayu yang terbentuk berasaskan sepenuhya kepada budaya dan sikap
hidup(weltanschauung),

pandangan

dunia(world

view),

perspektif

alam

semesta(kosmologi), dan agama (Islam) orang-orang Melayu yang memiliki ciptaanciptaan karya mereka yang tinggi dan unik.
Berdasarkan inilah, dua pengkaedahan yang dianggap paling bersesuaian dan
bermakna yang telah diterokai oleh Hashim Awang, iaitu Pengkaedahan Alamiah
dan Pengkaedahan Keagamaan. Kedua-dua kaedah ini saling berkaitan di antara
satu dengan yang lain.

1. Pengkaedahan Alamiah
Menurut Hashim Awang(1998:8) sesebuah karya yang hendak dikaji, dikritik atau
dinilai sepertimana kita melihat alam yang memberi segala kebaikan, hikmah,
teladan atau rasa keajaiban dan keindahan kepada manusia. Oleh itu, hasil sastera
juga diumpamakan sedemikian rupa.
Pengkaedahan Alamiah ini dapat dicirikan seperti berikut:
i. Alam semesta dijadikan sebahagian daripada diri dan kehidupan mereka.
ii. Pegangan agama Islam diperkukuhkan dengan alam semesta adalah ciptaan
Allah dan ciptaan itu berada dalam keadaan yang indah, berimbang dan bersukatan,
baik pada kuantiti mahupun kualitinya.
iii. Allah mencipta alam semesta dengan penuh kebijaksaan, nilai dan matlamat.
iv. Manusia pula merupakan sebahagian daripada alam semesta ciptaan Allah,
manusia dicipta untuk menjadi khalifah yang diamanahkan dengan tanggungjawab
untuk memelihara dan memanfaatkan alam semesta dengan sebaik mungkin.
Berdasarkan tanggapan tanggapan tersebut, Pengkaedahan Alamiah terbentuk
kepada tiga pendekatan iaitu: Pendekatan Gunaan, Pendekatan Moral dan
Pendekatan Firasat.
1.1 Pendekatan Gunaan
Pendekatan Gunaan memberikan penekanan besar dan luas terhadap kegunaan
dan kebajikan sastera, baik dari aspek isi atau bentuknya yang berteraskan
kebajikan dan ketatasusilaan.
Hashim Awang(1999) melihat atau mengandaikan sastera dengan Pendekataan
Gunaan dalam ciri-ciri berikut:
i. Sastera satu antara objek-objek daripada ciptaan alam; ciptaan berlaku dengan
keizinan atau restu Allah.
ii. Ciptaan sastera adalah bersebab, berhikmah dan berfungsi tertentu. Ia dilihat
melalui unsur intrinsik dan ekstrinsik yang merangkumi latar belakang penciptaan,
masyarakat, pembaca, pengarang dan ideologi.

iii. Ciptaan sastera harus dilihat sebagai alat yang boleh memberi manfaat atau
kegunaan besar kepada manusia dan kehidupan luaran dan dalamannya.
1.2 Pendekatan Moral
Pendekatan Moral pula didasari daripada Pendekatan Gunaan iaitu sastera berupa
kejadian dan objek, namun kejadiannya berdasarkan Pendekatan Moral, bukan lagi
berbentuk sesuatu kewujudan yang menyamai alat atau benda yang memberi
kegunaan,

tetapi

kejadian

yang

bersifat

pengalaman

hidup

manusia. Iaitu

pengalaman yang dilalui manusia tertentu dan maklumat yang berkaitan dengan
manusia serta dunianya termasuklah kejiwaan, kepercayaan(agama), kebudayaan,
kemasyarakatan, kebangsaan dan persekitaran.
Ciri-ciri Pendekatan Moral seperti berikut:
i. Ia dapat memberi kemanfaatnya yang lebih jauh dan besar daripada fungsinya
sebagai suatu alat, iaitu kemanfaat yang berkaitan dengan kebatinan dan
keperibadian manusia.
ii. Sastera dalam konteks ini bukan lagi berfungsi untuk menumbangkan sesuatu
faedah, tetapi menyingkapkan dan menyatakan pengalaman.
iii. Sastera sebagai penyingkapan dan pernyataan pengalaman boleh mengambil
bentuk-bentuk peristiwa yang dilalui oleh manusia tertentu dan juga segala
maklumat yang berkaitan dengan mereka serta suasana persekitaran.
iv. Sastera

dilihat

sebagai

perakam

peristiwa,

perbuatan

dan

perilaku

manusia. Semua yang terakam ini dapat ditinjau sebagai pengibaratan atau
pengiktibaran kepada pembaca dan pengguna sastera.
v. Sastera juga dalam konteks ini perlu dikaji sebagai sumber maklumat dan ilmu
pengetahuan.
1.3 Pendekatan Firasat
Pendekatan Firasat berlandaskan kepada tanggapan bahawa sastera adalah satu
kejadian alam semesta yang memberikan dan memperkayakan pengalaman
hidup. Mengikut Hashim Awang(1989:63) kejadian itu dikaitkan dengan mimpi, iaitu
suatu pengalaman hidup masyarakat Melayu sering dianggap bermakna kepada

kehidupan untuk ditemukan pengertian atau pencarian makna mimpi, dikenali


sebagai takbir, iaitu proses menemukan makna menerusi tafsiran lambang atau
alamat tertentu.
Hashim Awang mencirikan Pendekatan Firasat seperti berikut:
i. Sastera perlu dilihat sebagai memiliki sifat-sifat zahir dan batin atau yang sering
disebut sebagai yang tersurat dan yang tersirat. Sifat zahir menjadi PENANDA, atau
dalam masyarakat Melayu diistilah sebagai ALAMAT, untuk mendapatkan makna
yang tersirat atau PENANDA.
ii. Satera dianggap sebagai wacana berlapis atau berkias yang memerlukan kerjakerja penafsiran untuk menentukan makna atau isi dan tujuan sebenar yang mahu
disampaikan oleh pengarang.
iii. Dalam sastera terkandung makna atau isi yang tersembunyi; makna atau sisinya
perlu dianalisis serta ditemukan melalui penafsiran sifat-sifat luarannya atau melalui
sistem tanda dan lambang yang ternukil.
iv. Sastera dalam koneks ini juga harus dilihat dan dikaji sebagai pembentukan
wacana yang berperlambangan.
2. Pengkaedahan Keagamaan
Pengkaedahan Keagamaan yang dimaksudkan oleh Hashim Awang sebagai
pendekatan yang bersandarkan keimanan yang bersendikan akidah agama
Islam. Sumber yang paling besar dan utama yang menjadi rujukan ialah Al Quraan
dan Hadis. Sumber pembentukkannya pula bersandarkan tujuan menonjolkan sifatsifat keagungan Allah dan mempertingkatkan ketakwaan terhadapNya.
Pengkaedahan ini, bersendikan nilai-nilai estetika dan moral yang bersandarkan
kepada pegangan yang benar dan kudus iaitu kepercayaan kepada kewujudan Allah
dan

keyakinan

kepada

sifat-sifat

kebesaran,

kekuasaan,

kekayaan,

dan

kesempurnaanNya.
Pengkaedahan Keagamaan diutarakan melalui tiga pendekatan: Pendekatan Seni,
Pendekatan Kemasyarakatan dan Pendekatan Dakwah.
2.1 Pendekatan Seni

Pendekatan

seni

digunakan

untuk

meneliti

nilai-nilai

estetika

yang

ada

padanya. Pendekatan ini menilai aspek unsur keindahan dalam karya sastera. Ia
menjadikan karya sastera sebagai persoalan pokok.
Menurut Hashim Awang(1994:13) hakikat seni Islam, juga seni persuratannya
bukanlah peniruan(mimesis) sepi dalam seni Barat, tetapi berasaskan bentuk
(constructional atau structural: al nazam). Dengan itu seni Islam memberi
keutamaan kepada pemikiran dan makna itu diberi bentuk sehabis indah dan unik
melalui stylization.
Ciri-ciri Pendekatan Seni:
i. Keindahan dalam sastera adalah keindahan yang melandaskan dirinya kepada
nilai-nilai estetika Islam dan tidak bertentangan dengan akidah serta ajaran Islam.
ii. Keindahan

itu

dapat dikenalpasti menerusi

pelbagai

aspek atau unsur

pembinaannya: yang berbentuk harafiah dan dalaman, gaya penceritaan, kaedah


pendedahan tema dan watak, pemakaian sudut pandangan dan gaya bahasanya.
iii. Keindahan itu dipentingkan adalah penggunaannya, iaitu penelitian sastera bagi
menemukan dan kemudiannya menghasilkan kembali kepada memperkukuhkan
tapak-tapak asas yang murni lagi suci iaitu keimanan, ketakwaan, dan kecintaan
kepada Allah.
2.2 Pendekatan Kemasyarakatan
Pendekatan ini dianggap sebagai alat pendedahan segala macam persoalan yang
bertujuan untuk mencari kebaikan dan keadilan dalam masyarakat seperti yang
dituntut oleh agama Islam. Dalam konteks ini, sastera Islam diangap sebagai
pencipta yang berfungsi khusus dengan membawa perutusan besar untuk
mensejahterakan dan membahagiakan umat manusia.
Ciri-ciri Pendekatan Kemasyarakatan:
i. Sastera dianggap lumrah untuk mendedahkan dengan jelas, benar dan berani
permasalahan mengenai kemungkaran, ketidakadilan, penipuan, kepuraan, rasuah
dan segala permasalahan yang dianggap punca kepada kepincangan masyarakat
dan keimanan insan.

ii. Persoalan kemasyarakatan dilihat daripada kaca mata Islam dan tidak digunakan
sebagai bahan propaganda yang membohongi kenyataan realiti melainkan adalah
untuk mencari kesejahteraan hidup bermasyarakat dan pengukuhan keimanan serta
ketakwaaan insan.
iii. Pendekatan ini menumpukan kepada soal-soal isi dan tema yang memancarkan
permasalahan dalam masyarakat dan kajian juga wajar terarah kepada latar
belakang hidup pengarang untuk melihat keselarian dengan persoalan kebajikan
masyarakat yang dipaparkan dalam karyanya.
iv. Pendekatan ini juga memungkinkan kajian ke arah soal-soal syariah, ibadat,
moral, ekonomi, sosial dan politik dari sudut keIslaman.
2.3 Pendekatan Dakwah
Pendekatan Dakwah menekankan aspek-aspek yang menyentuh segala persoalan
yang berkaitan dengan penonjolan kebesaran dan sifat-sifat keagungan Allah dalam
hasil kesusasteraan Islam.Sastera juga dilihat sebagai satu wadah untuk
mempertingkatkan nilai ketakwaan sesorang insan terhadap Allah.
Ciri-ciri Pendekatan Dakwah:
i. Pendekatan ini juga dilihat sebagai mengandungi persoalan yang memaparkan
tentang sifat-sifat kemuliaan dan ketinggian Allah, serta sastera dapat dijadikan
sebagai kitab yang darinya insan dapat mengenali dengan lebih dekat dan khusyuk
terhadapNya. Seterusnya, menimbulkan rasa kecintaan dan kehormatan yang lebih
besar dan suci kepada Allah.
ii. Pendekatan ini, mempunyai persoalan tentang kemurnian dan kelebihan agama
Islam, yang daripadanya akan dapat menimbulkan daya tarikan yang lebih
mendalam terhadap kesucian agama Islam, baik daripada kalangan insan muslim
mahupun bukan muslim.
iii. Pendekatan ini banyak bertumpu kepada aspek-aspek tema dan amanat yang
mengarah kepada penyerahan permasalahan tersebut.
iv. Aspek watak dan perlakuan serta peribadi watak juga menjadi daya penarik untuk
dikaji dengan kaitannya dengan sifat-sifat mulia seorang insan muslim.

3. KUMPULAN PUISI SALASILAH OLEH ZURINAH HASSAN


Kajian akan dilakukan ke atas Kumpulan Puisi Salasilah oleh Zurinah Hassan, yang
diterbitkan pada 2005 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Jumlah puisi
yang terdapat didalamnya mengandungi 100 buah puisi yang dibahagikan kepada:
Bahagian 1: Mukadimah Selat Melaka(39 buah puisi)
Bahagian 2: Bergurau Senda(17 buah puisi)
Bahagian 3: Tun Sri Lanang Kedua( 42 buah puisi)
Secara umumnya, puisi-puisi dalam kumpulan ini berupa catatan rasa dan pancaran
minda seorang penyair wanita tersohor tanah air, Zurinah Hassan yang berasa
terharu terhadap segala peristiwa yang menimpa bangsa Melayu dari zaman dahulu
sehingga sekarang. Bersumberkan teks Sejarah Melayu, pelbagai cerita rakyat,
cerita jenaka, kisah lagenda, hikayat, buku sejarah, akhbar dan majalah, Zurinah
cuba mengutip mutiara makna daripada keindahan bahasa daripada para pujangga
Melayu, lalu dicernakan ke dalam puisi-puisi yang cukup mengusik perasaan.
Puisi-puisi ini berfokus dengan tema khusus , iaitu tentang perjuangan dan
pemikiran bangsa Melayu zaman dahulu, yang telah diberi pentafsiran baru sesuai
dengan perkembangan dunia moden. Bagi Zurinah sejarah bukan sekadar
kenangan, tetapi ia boleh menjadi iktibar dan teladan. Ini sesuai dengan kata-kata
Dr. Abdul Rahman Napiah, iaitu Menyusur masa lalu untuk menyisir makna baharu.
Pengkajian

akan

dilakukan

puisi Salasilah melalui

Teori

menerusi

citra

Pengkaedahan

manusia

Melayu

dalam

dengan

kumpulan

menggunakan

Pendekatan Moral.
4. CITRA MANUSIA DALAM KUMPULAN PUISI SALASILAH: APLIKASI TEORI
PENGKAEDAHAN MELAYU
Kajian

ini

berdasarkan Teori

Pengkaedahan

Melayu melalui

Pendekatan

Moral. Kajian berfokus untuk melihat citra manusia dalam sistem pemerintahan
feudal. Kedudukan susunlapis masyarakat yang terdiri daripada; golongan
pemerintah(sultan/raja, wanita/permaisuri, bendahara, laksamana) dan golongan
yang diperintah(rakyat) terpampang dalam Salasilah. Pendekatan Moral yang

dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman hidup manusia seharusnya dijadikan


iktibar, panduan dan cermin perbandingan dalam menghadapi hari-hari yang
mendatang. Tegasnya, daripada pengalaman-pengalaman hidup manusia dapat
disalurkan aspek pengajaran dan pengetahuan yang berguna.
4.1 Golongan Pemerintah
4.1.1 Sultan/Raja
Kegemilangan sesuatu tamadun bangsa mempunyai hubungkait yang sangat rapat
dengan sistem pemerintahan yang menerajui bangsa berkenaaan. Raja yang adil
akan sentiasa memelihara keselamatan dan kesejahteraan rakyatnya. Raja yang
adil akan sentiasa mendapat rahmat Allah sama ada dalam kehidupan di dunia atau
pun akhirat. Bagaimana pula dengan raja yang zalim? Zurinah memberi jawapan
melalui puisi:
Tangisan Bonda Sultan Mahmud
Setelah melakukan pembunuhan
ke atas Bendahara Seri Maharaja
dan ahli-ahli keluarga
Sultan Mahmud kebingungan
melihat bondanya Tun Senaja menangis berhari-hari
menangis tidak berhenti-henti
menghempas-hempas bagai tidak sedarkan diri
..
Sudahkah anakanda lupa,
siapa bendahara sebenarnya?
bukankah bendahara Seri Maharaja itu
saudara kandungku?

sudah pasti bapa saudaramu


dalam negeri kau mungkin melebihi
tetapi dalam hukum keluarga
tempatnya lebih mulia

Dengan penuh kesedaran Zurinah cuba membongkar sikap keterlaluan raja yang
menurut hawa nafsu tanpa pertimbangan akal yang wajar. Menurut Jelani
Harun(2003 :133) Raja yang menggunakan akal dengan betul akan sentiasa berada
dalam garis panduan kepimpinan yang benar. Sebaliknya raja yang tidak berakal
atau tidak menggunakan akal akan membawa bala dan bencana terhadap
kehidupan manusia. Jelas dalam puisi ini Sultan Mahmud tentunya tidak
menggunakan akal sehingga sanggup membunuh seorang bendahara yang cekap,
apatah lagi bendahara tersebut merupakan bapa saudaranya. Kekejaman seorang
raja Zurinah mengungkaikan lagi menerusi:
Jujurnya Seorang Hamba

Pada suatu pagi yang amat hiba


Wan Anum yang sarat mengandung
merayu belas datuk penghulu
meminta seulas nangka
yang sedang dibawa menghadap raja

Dikoyaknya perut isteri laksamana


hanya kerana seulas nangka
dipancungnya rakyat sesedap rasa

hanya untuk menjamu selera

Sekiranya raja sanggup membunuh bendahara, yang mempunyai pertalian keluarga


apatah lagi sebagai rakyat. Puisi ini jelas mengambarkan ketidakperimanusiaan
seorang

raja,

sebagi

peneraju

negara

sanggup dikoyaknya

perut

isteri

laksamana/hanya kerana seulas nangka. Menurut S. Othman Kelantan(1993:49)


segala hukuman dan perbuatan raja itu harus dan pasti mengambil kira dirinya
sendiri. Kalau orang atau rakyat disakiti, apakah raja tidak peka terhadap kesakitan
begitu kalau dilakukan ke atasnya?
Begitu juga dalam puisi:
Episod Tun Kudu

Muzaffar merelakan
caranya mendamaikan Melaka
agar kuasa tidak tergugat oleh sengketa
Muzaffar menyayangi Tun Kudu
manis Tun Kudu manisnya cinta
enaklah lagi sebuah takhta
nikmat wanita di hujung rasa
manakan sama nikmat berkuasa

Sultan Muzaffar dan Tun Ali


mencari persetujuan
dimeja rundingan
dengan semangat kelelakian

bertukar habuan kedudukan


bertukar barangan
yang bernama seorang perempuan
....
Zurinah mengungkapkan dayusnya seorang suami yang bergelar sultan, sanggup
menyerahkan isteri kepada lelaki lain semata-semata untuk kepentingan diri dan
kegilaan untuk sebuah kuasa, sedangkan sebagai seorang sultan, mempunyai
kuasa, kedudukan dan martabat yang tinggi untuk membuat segala keputusan.
Akhirnya menerusi puisi Mimpi Paduka Maharaja:
...
Paduka Maharaja menghempaskan kekesalannya
Maafkan beta Nadim
suara rajaku telah menyetujui kekejaman
suara raja tak semestinya suara hati
kerana raja juga hamba
kepada aturan yang merajakannya.
aturan yang tegak atas kebodohan
tak boleh memberi ruang kepada kepintaran.

Zurinah terus memperlihatkan lagi kekesalan raja melalui, Selamat Tinggal Melaka:

Melaka menjadi empayar terkenal


seperti diramal
teguh dan perkasa

aku adalah raja dipuncaknya


tinggi dan mulia
seperti pucuk pada pohon sasa
kukuh dan angkuh
meremehkan segala yang dibawah
membiarkan akar tak berbaja
tersiram segala racun dendam
Kutinggalkan Melaka negeriku
ketika kelam malam dan asap hitam
jatuh ke bahu
kubu terakhir telah runtuh oleh hujan peluru
dan, menangis segala anak Melayu
Namun penyesalan itu tiada gunanya, kerana yang terjadi telah pun berlaku tidak
boleh kembali lagi. Hang Nadim telah dibunuh di atas kecerdikannya namun dosa
raja tidak akan terampun kepada bangsanya kerana menolak ilmu(kemajuan) untuk
keperluan bangsa dan negara pada masa akan datang. Akhirnya, negara dijajah
oleh kuasa asing akibat leka dan lalai dalam menunaikan tanggungjawab. Maruah
seorang raja juga turut tercalar.
Puisi-puisi ini jelas menggunakan pendekatan moral untuk melihat kedudukan raja
yang diistilahkan sebagai bayangan tuhan di dunia sepatutnya mempunyai
tanggungjawab

yang

besar

terhadap

rakyat

yang

berada

dibawah

kekuasaannya. Setiap perkara yang dilakukan ke atas rakyat sama ada baik atau
buruk, terletak dibawah tanggungjawab raja. Seorang raja berkuasa penuh dalam
menentukan arah tuju untuk kesejahteraan hidup rakyatnya. Adil dan saksama
dalam menjalankan segala urusan dan pentadbiran. Sebagaimana firman Allah:

Sesungguh Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi
bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatanperbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman (Surah al-Nahl:90)
4.1.2 Bendahara
Menurut S. Othman Kelantan(1993:50) Menteri dalam sesebuah

kerajaan

merupakan otak kepada pentadbiran atau menteri yang berbudi itu taulan rajaraja untuk mentadbir dan memajukan negara. Zurinah mengangkat watak
bendahara Tun Perak yang memainkan peranan penting dalam mengatur urus
pentadbiran di Melaka. Katanya dalam puisinya Pulang Tun Perak:
...
Namanya Tun Perak
Muda, gagah dan segak
Dihantar ke Klang
Jadi penghulu terbilang sebutan
Apabila Siam menggertak
Tun Perak dipanggil pulang
Kerana diyakini bijak dan layak
Untuk menyusun gerak
....
Gagahnya Tun Perak
Tangkas dan garang
Menghapuskan segala jejak
Musuh dihalau Melaka terlindung
Tun Perak disanjung.
.

Kebijaksanaan dan keberanian Tun Perak adalah pelengkap untuk mewujudkan


kemakmuran, kesentosaan, dan kesejahteraan di bumi Melaka. Mengikut Aboebakar
Atjeh(1988:19) keberanian ialah satu sikap tidak ragu-ragu untuk mengambil
sesuatu tindakan walaupun dalam keadaan berbahaya dan berisiko tinggi. Dalam
konteks ini, kesanggupan bendahara untuk menghadapi cabaran dan tentangan
akhirnya Musuh dihalau Melaka Terlindung/Tun Perak disanjung.
Kebijaksanaan seorang bendahara bukan sahaja dalam pentadbiran tetapi dalam
menguruskan rumahtangga. Tanggungjawab sebagai seorang ayah tidak pernah
diabaikan olehnya. Zurinah cuba mencari sesuatu makna dalam puisi:
Episod Tun Fatimah

Bendahara yang tegas pendirian


Ikhlas menjelaskan
Puteri yang seorang telah ditunangkan
Tun Ali sepupu adalah pilihan
Biarlah duduk sama padan
Bagai sesusun sirih di puan
Jauh di sudut hatinya
Bendahara yang bijaksana
Sudah mengerti keadaan
Tidak dihajati bermenantukan sultan
Tidak diimpikan Fatimah menjadi Raja Perempuan
Ayah yang luas pengalaman tajam perasaan
Mengenal nafsu dan cinta
Mendoakan untuk anakanda

Sebuah rumah yang bahagia


Biarlah menjadi isteri yang berjasa
Bukan boneka di istana

Pendekatan Moral jelas diberikan kepada bendahara yang bijaksana bukan hanya
memiliki akal yang cerdik tetapi pintar menggunakan ketinggian akal dalam
penampilan

peribadi. Kehalusan

budi,

ketelitian

pemikiran,

kesabaran

hati,

kecekalan usaha adalah aset penting untuk menyempurnakan sesuatu tugasan.


Bendahara Maharaja sedar dan tahu siapa Sultan Melaka. Oleh yang demikian,
beliau tidak ingin bermenantukannya. Cukuplah dengan Tun Ali yang sesuai,Biarlah
duduk sama padan/Bagai sesusun sirih di puan .Sebagaimana Awang Had
Salleh(1985:3) yang menyebut masyarakat Melayu terkenal dengan nilai merendah
diri. Nilai ini menurutnya, telah memperkayakan budi bahasa mereka serta
dijelmakan dalam semua kehidupan seperti tutur kata, pakaian, dan semua tindakan
orang yang bersopan sentiasa merendah diri.
4.1.3 Laksamana
Laksamana turut memainkan peranan utama dalam memajukan sesebuah negara.
Tugasnya menjaga keamanan dan keselamatan negara daripada dicerobohi musuh.
Pekerjaannya merupakan satu tugas yang mulia. Laksamana adalah satu jawatan
tertinggi dalam sistem ketenteraan Kerajaan Melayu Melaka (1400-1511). Dalam
sistem Kerajaan Melayu Melaka tentera laut adalah yang paling utama iaitu
berasaskan bahawa masyarakat Melayu ketika itu adalah pelaut dan ahli dalam
pelayaran. Mereka yang berpangkat Laksamana dalam Kerajaan Melayu Melaka itu
digelar Orang Kaya. Hang Tuah dikatakan antara pembesar Melayu pertama yang
dikurniakan gelaran laksamana(http://ms.wikipedia.org/wiki/Laksamana). Zurinah
cuba membawa watak laksamana Hang Tuah dalam puisinya:
Tak Melayu Hilang di Dunia
Kata Laksamana Hang Tuah
Tak Melayu hilang di dunia

kata-kata itu bermain dibibir


kata-kata itu diulang tafsir
maknanya dalam
maksudnya tajam

Hang Tuah mewakili bangsa Melayu yang hidupnya merentas dari lautan Hindi dan
Lautan Pasifik dan nekad yang bangsanya ada di mana-mana, takkan hilang
bangsanya di dunia, kerana percaya dan yakin bangsa, bahasa, dan budayanya
telah tumbuh subur di seperempat di muka dunia.
Selain itu, Zurinah mencari makna yang tersendiri dalam puisi Keris Taming
Sari dan Rintihan Taming Sari, kritikan sosial jelas dalam episod pertikaman Tuah
dan Jebat , Tuah dan Taming Sari (pahlawan Majapahit) . Dalam puisi Keris Taming
Sari:
Maka pertikaman itu berlanjutan
berjam-jam mungkin berhari-hari
sehingga Tuah memperdayakan lawan
dan merampas Taming Sari
Demikianlah yang diriwayatkan
Taming Sari membuat penentuan
siapa kecundang siapa terkorban
mematikan seorang pahlawan
lalu menghidupkan satu perdebatan
Manakala pertarungan Tuah dan Taming Sari dalam Rintihan Taming Sari:
Berkatalah Taming Sari
telah kudengar tentang kehandalanmu Tuah

kemungkinan aku akan mati ditanganmu


rajamu akan tersenyum riang
dan segala orang Melaka akan bersorak-sorak riang
ketika aku menggelupur kesakitan
Sesungguhnya perlawanan esok hari
bukan antara kita berdua
tetapi antara dua raja
kita yang bernama pahlawan
diturunkan ke tengah gelanggang
Kita yang bernama pahlawan
adalah haiwan pelagaan
peluh bersimbah terjelir lidah
akan terus berlawan
kerana nyawa kita
adalah barang permainan

Episod ini menjadi debat yang tidak berkesudahan. Siapakah yang harus
dipersalahkan

di

dalam

persoalan

ini. Kedua-dua

laksamana

ini

hanyalah

menjalankan tugas dan perintah yang dibawa oleh sultan. Membawa nama atau
sebagai duta negara negara-negara masing-masing, yang pastinya nyawa dan
maruah menjadi pertaruhan.
Namun persoalan yang utama yang ingin disampaikan Zurinah bukanlah kerana ia
telah membuktikan kehandalan Tuah tetapi kerana ia telah menunjukkan perangai
orang ramai atau rakyat jelata yang digambarkan bersorak-sorak ketika Taming Sari
menggelupur menghadapi maut. Ternyata mereka begitu terhibur melihat pertikaman

dan sengketa malah telah menjadikan nyawa insan sebagai barang mainan. Sampai
bilakah kita akan terus seronok dan terhibur melihat sengketa sesama bangsa.
Disinilah Pendekatan Moral yang dimainkan dalam puisi-puisi ini.
Dalam puisi Jebat yang Tidak Jadi Menderhaka:
Sepanjang hidup Jebat
mendengar Tuah berkata:
pantang Melayu menderhaka
Kata-kata itu diulang-ulang
pantang Melayu menderhaka
pantang Melayu menderhaka

Dengan marah yang menggelegak


Jebat mahu memberontak
tetapi dia tergaman
terbayang wajah Tuah
bersungguh sungguh meminta
agar tidak menderhaka
kata-kata orang yang disayangi
memang selalu dikenang
akan tetap dipegang
jika Jebat menderhaka
akan tercemar persaudaraan mereka.

Sebaliknya apa yang berlaku dalam puisi ini menjadi kontra dalam teks Sejarah
Melayu, Zurinah cuba mengingatkan tiada gunanya Jebat untuk menderhaka. Jebat
bagi Zurinah merupakan laksamana yang memegang amanah dan tanggungjawab.
Inilah yang dikatakan oleh Johari Alias(2001:104) sifat yang tidak amanah boleh
menimbulkan kemarahan orang lain yang akan membawa persengketaan dan
pertengkaran. Oleh itu, amanah akan menjamin kesejahteraan manusia kerana
amanah merangkumi seluruh aspek kehidupan sosial.
4.1.4 Wanita/Permaisuri
Kepenyairan Zurinah tidak sesama sesekali melupai wanita dalam menterjemahkan
puisi-puisinya. Bermula daripada golongan wanita biasa, Salasilah mengangkat
wanita menjadi golongan atasan atau permaisuri, biar pun pada dasarnya mereka
dimanipulasi dan tidak berada di tempat yang sewajarnya. Puisi Surat Teja ke
Inderapura :

Semua ini terjadi kerana kesilapanku


akulah yang tersilp langkah
lari mengikut Tuah
aku yang digoda kata-kata
lari mengejar cinta
kusangka diri kekasih idaman
rupa-rupanya seorang tawanan
..
sejak pinangannya yang pertama
tidak kami terima
Sultan telah sedia dendam
sedikit rasa tercalar

seluruh negeri bergegar


baiklah aku menyerah kepada Sultan Melaka
agar Inderapura tidak ditimpa petaka
Kesilapan langkah seorang wanita, akibat memburu cinta dan meninggalkan orang
yang disayangi, akhirnya terpaksa berkorban untuk negerinya. Begitu juga dengan
nasib yang dialami oleh Tun Kudu. Tun Kudu dijadikan alat oleh suaminya, yang
terpaksa turun dari kerusi permaisuri untuk menjadi suami kepada Tun Ali. Adakah
ini

yang

dikatakan

pengorbanan.

Mengahwini Tun Ali:

Sehinggalah terjadi peristiwa itu


Tun Ali menyembah keinginan
dan Sultan pun berkenan
dengan sedikit rundingan
Tun Kudu bertukar tangan
dalam episod yang dipersoalkan
makna cinta dan pengorbanan
Tun Kudu mengerti
Muzaffar adalah raja dan suami
menimbang antara isteri dan negeri
dirinya disayangi
seperti pakaian penghias diri
tetapi cinta hanya perasaan
dan negeri adalah tanggungan

Zurinah

memperjelaskan

dalam Setelah

Peristiwa yang hampir sama berlaku dalam Tangisan Puteri Hang Li Po:

Apakan daya kita Li Po


kerana kita wanita
bernilai selagi diperguna
dan, ayahandamu Maharaja
tawa dan air matanya untuk negara
politik lebih penting daripada negara
kuasa lebih penting
daripada bahagia

Kecantikan yang dimiliki juga membawa padah dalam Episod Tun Fatimah:
Namun, bendahara yang bestari
Telah teraniaya
Fatimah menderita kerana jelita
Tertikam wajahnya sendiri
Dengan kaki berdarah
Fatimah melangkah
Melalui permaidani berkaca
Dan hamparan berduri
Menaiki singgahsana
Tun Fatimah yang jelita ditimpa bencana. Dia kehilangan ayah, suami, adik dan
bapa mentua. Kesedihannya bukan alang kepalang. Namun dalam keadaan

terpaksa

beliau

menjadi

permaisuri.

Puisi Perempuan

Melaka

Episod

Terakhir mengungkaikan ceritera itu:


Akulah Fatimah
yang menyaksikan Melaka di penghujng hari
ketika langit dicalar senja dan negeri dicalar luka

perkahwinan bagi kami


bukan soal hati
kehidupan bagi kami
bukan soal peribadi
semuanya untuk negeri
kami tidak berjiwa
kerana jiwa kami hanya untuk Melaka
Ternyata para raja atau pembesar tidak menghayati ajaran Islam walaupun mereka
menjadi pemimpin di sebuah negara Islam ketika itu. Mereka melayani wanita hanya
mengikut nafsu, hadiah, alat untuk megukuhkan kedudukan politik atau dijadikan
punca pelbagai fitnah.Kedudukan yang mulia itu seakan-akan dinafikan .
4.2 Golongan Yang Di Perintah
4.2.1 Rakyat
Mengikut

Ismail

Hamid(1988)

menjelaskan

bahawa

raja

dianggap

oleh

masyarakat Melayu sebagai payung negeri. Justeru itu, mereka menghormati dan
mematuhi titah perintah raja. Dalam sejarah masyarakat Melayu tradisional, rakyat
sanggup berkorban jiwa raga kepada raja maka demi mendaulatkan sempadan
negeri daripada pencerobohan. Pantang sesekali menderhaka. Kata Zurinah
dalam Demang Lebar Daun:
Kata Hang Tuah kepada Jebat

pantang Melayu menderhaka


menderhaka melanggar waadat
atau ikrar janji
yang ditandatangani
oleh Demang Lebar Daun
dengan Sang Sapurba
di Bukit Siguntang Mahameru
pada masa dahulu
Oleh yang demikian, rakyat sebagai golongan terbanyak dalam sesebuah negara
harus mematuhi raja yang menerajui kepimpinan negara, agar perjalanan
pentadbiran negara berjalan lancar, justeru membawa kebaikan kepada golongan
pemerintah dan rakyat jelata. Apatah lagi setelah satu perjanjian sosial telah
dilakukan di antara rakyat dengan pemerintah. Kerjasama kedua-dua pihak perlu
untuk mengukuhkan kedudukan sesebuah negara. Aboebakar Atjeh(1988:77)
persaudaraan Islam atau ukhwah Islamiah mewajibkan umatnya mengutamakan
kepentingan umum lebih tinggi nilainya daripada kepentingan peribadi. Sifat
menghargai

persaudaraan

Islam

akan

memberi

perlindungan

menyeluruh,

disamping mewujudkan perdamaian dan ketenteraman dalam masyarakat.


Namun begitu, apabila pemerintah/pemimpin mempergunakan kuasa yang ada
untuk kepentingan diri mengakibatkan rakyat rasa terhina dan tidak mempunyai apaapa hak dalam menentukan hala tuju untuk memajukan diri. Zurinah mencari
kebenarannya dalam puisi Pak Kaduk di Gelanggang Raja:

Aku mendengar mereka mengutuk


Pak Kaduk memalukan bangsa
tidak sedar ditipu raja
Itu tidak benar

kerana aku terlalu sedar


tetapi apabila raja berkata:
mari kita bertukar ayam
itu bukan satu cadangan tapi satu perintah
bagaimana aku membantah
apakah hakku untuk tidak setuju
Rela atau terpaksa tentu tak ada beza
seribu ayam boleh mengalahkan ayam raja
tetapi rakyat tidak akan menang sampai bila-bila

Oleh itu, perasaan taat setia, cinta, ikhlas dan hubungan kerjasama antara
raja/pemimpin dengan rakyat menjadi sebaliknya. Sebaliknya, sifat menentang
terhadap kepimpinan negara akan melahirkan peribadi rakyat yang suka
memberontak, khianat, atau tidak menghormati undang-undang, hingga akhirnya
membawa negara ke kancah kehidupan yang tidak stabil dan huru-hara. Perhatikan
puisi:
Pesan Si Luncai

Ceritakan asal usulku


budak desa miskin dan hina
mengambil upah menumbuk padi
menjual kayu api
untuk mencari sesuap nasi
ke mana pergi diejek

kerana rupa yang jelik


perut buncit punggong tonggek
..
Kalau lahir sebagai rakyat
sudah takdir hidup melarat
segala kemewahan jangan dihajati
hanya untuk orang berdarjat
jangan jadi seperti Mat Jenin
berangan-angan tinggi
terjatuh pokok lalu mati
sememang di kampung kami
Pak Belalang dibiarkan malang
Pak Pandir dilarang berfikir

dengan seni bercerita


aku memperdayakan raja
hingga dapat merampas takhta
dan puisi Pesan Pak Kaduk:
...
Tuan Yang Berhormat
jangan meniru cerdik raja memangsakan rakyat
jangan ulangi bodoh hamba
tamakkan habuan yang cepat

termakan pujuk terbelit muslihat


kurang ilmu buta hakikat
tumpul akal tidak melihat
kalah orang kalah mendapat
Silap Pak Kaduk bertukar ayam
maka tergadai kampung halaman
silap tuan bertolak ansur
maka tercagar nasib keturunan

Si Luncai dan Pak Kaduk mewakili suara rakyat yang cukup tertindas dan terseksa.
Raja/pemimpin tidak pernah memperdulikan nasib rakyat. Rakyat dibiarkan tanpa
sebarang bantuan walaupun hidup penuh dengan kemiskinan. Malahan harta rakyat
mahu dikikis dan dirampas. Si Luncai bangkit dari dilema itu dan menggunakan tipu
helah untuk memperoleh hajatnya. Namun Pak Kaduk, kehilangan tanah dan ayam;
harta dan warisan.
Zurinah

terus

memperlihatkan

sikap

rakyat

atau

masyarakat

yang

juga

mementingkan diri sendiri yang mengetahui kebenaran tetapi tidak mahu


mengubahnya. Mereka cukup seronok untuk menyaksikan sesuatu yang dianggap
jenaka tetapi tidak kepada mangsa yang menimpa.Menangislah Anak Pak
Pandir menghuraikan:

Aku menangis meraung-raung


meminta tolong
maka datanglah orang-orang kampung
mereka pun ternganga
melihat perbuatan bapa


Semakin kuat aku menjerit
semakin kuat mereka ketawa
ini adegan jenaka
semakin aku berteriak
semakin mereka galak
gelak yang rancak
gelak yang galak
Tak siapa menghulurkan tangan
menyelamatkan aku daripada kematian
lalu aku mati
sebagai mangsa kebodohan
lalu aku mati
kerana keseronokan bangsa
mentertawakan kesilapan
tetapi tidak bertindak
untuk membetulkan kesilapan
Inilah yang dikatakan oleh Hashim Awang dalam pencirian Pendekatan Moral yang
disingkap daripada pengalaman-pengalaman lalu untuk dijadikan pengiktibaran
untuk manusia sejagat.
5. KESIMPULAN
Teori Pengkaedahan Melayu yang dibina oleh Hashim Awang, diharap dapat
memberi sumbangan baru dalam memantapkan Kesusasteraan Melayu. Teori yang
memperlihatkan sifat keistimewaan dan mempunyai jati diri Melayu yang dimiliki

khususnya dalam era globalisasi yang amat mencabar ini adalah dari kesedaran dan
kekreatifan bangsa Melayu terhadap kepentingan sastera sebagai alat yang
membentuk jiwa, moral dan kemajuan bangsa serta masyarakatnya. Mengikut
Samsina Abd Rahman dalam Pengkaedahan Melayu: Konsep dan Aplikasi dalam
Genre Puisi, para pengkaji sastera dapat melihat falsafah pemikiran, kebijaksaaan,
daya kreativiti dan lain-lain estetika yang terserlah sama ada secara tersurat mahu
pun tersirat dalam teks-teks sastera yang dihasilkan khususnya puisi Melayu.
Melalui Pendekatan Moral yang dikaji menerusi Kumpulan Puisi Zurinah Hassan
terdapat moral yang sarat tersirat dalam setiap puisi-puisi yang dihasilkan. Ia dapat
memberi kemanfaatanya yang lebih jauh dan besar daripada fungsinya sebagai
suatu alat, iaitu kemanfaat yang berkaitan dengan kebatinan dan keperibadian
manusia. Puisi-puisinya menyingkap dan menyatakan pengalaman yang boleh
diambil bentuk-bentuk peristiwa yang dilalui oleh manusia melalui sistem
pemerintahan dan juga segala maklumat yang berkaitan dengan mereka serta
suasana persekitaran dalam Salasilah. Puisi-puisi dalamSalasilah juga dilihat
sebagai perakam peristiwa, perbuatan dan perilaku manusia. Semua yang terakam
ini dapat ditinjau sebagai pengibaratan atau pengiktibaran kepada pembaca dan
pengguna sastera dan juga sebagai sumber maklumat dan ilmu pengetahuan.

You might also like