You are on page 1of 10

1.

PENGENALAN
Bidang pendidikan pada masa kini perlu mengalami transformasi seiring dengan

perkembangan zaman. Hal ini disebabkan kerana, matlamat negara yang menginginkan mutu
pendidikan negara setanding dengan negara-negara maju dari semua aspek termasuklah
pengeluaran modal insan yang sihat dan cergas. Transformasi pendidikan turut melibatkan
mata pelajaran Pendidikan Seni dan Visual. Kepentingan mata pelajaran ini diperkenalkan
bagi memberikan keseimbangan modal insan yang meminati aspek rohani, intelek dan emosi
dalam mempersembahkan karya seni mereka. Pendidikan Seni yang diperkenalkan dalam
Sistem Pendidikan Negara bermaksud satu bentuk program pendidikan yang bersistem,
terancang dan boleh diukur prestasinya bagi memenuhi keperluan individu dan aspirasi
negara. Ianya merangkumi idea-idea yang dicetuskan melalui lukisan, ukiran dan pelbagai
kemahiran tangan yang lain yang diadunkan daripada pengalaman murid dan apa yang telah
dipelajari. Sementara itu, menurut pandangan Feldman (1996) menyatakan bahawa,
pendidikan seni merupakan satu usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran
membuat dan memahami seni, di samping mengetahui tentang dunia dan diri kita sendiri
melalui seni. Seni yang dimaksudkan di sini adalah meliputi apa jua cabang seni visual
seperti catan, arca, seni bina, reka bentuk industri, grafik komputer, serta apa jua yang
berkaitan dengan seni, baik yang berupa seni tampak tradisional mahupun seni moden.
Sementara itu, dari sudut pandangan Siow Heng Loke (2005), Pendidikan Seni
merupakan satu kaedah dan teknik yang digunakan di dalam penghasilan produk seni dengan
mempelajari sejarah dan antropologi seni yang membezakan makna seni serta melihat nilai
produk seni individu. Lantaran itu, pendidikan seni lebih menitik beratkan pemikiran,
perbuatan dan penilaian yang asli, di samping memberi kesempatan untuk individu itu
memperkembangkan idea semulajadinya secara teratur menerusi peringkat-peringkat
perkembangan yang artistik. Rangkuman daripada pandangan tokoh kesenian ini membawa
kepada definisi yang mudah iaitu, Pendidikan Seni merupakan suatu sistem pengajaran dan
pembelajaran seni tampak yang terancang dan mempunyai hala tuju serta matlamat yang
jelas. Pendidikan seni adalah suatu sistem pengajaran dan pembelajaran yang bermatlamat
melahirkan individu yang celik seni bagi diri, masyarakat serta negara melalui gabungan
elemen kerohanian, emosi serta intelek dalam menghasilkan produk kesenian mereka.

Melalui gabungan elemen tersebut, seseorang guru pendidikan seni di sekolah


berperanan sebagai pemudah cara atau penyampai yang baik kepada para pelajar. Sebagai
seorang guru seni yang kreatif dan inovatif, kita perlulah mengambil kira kaedah
penyampaian ilmu yang berkesan dan mudah untuk difahami oleh murid-murid. Fenomena
ini turut diperjelaskan oleh Robert W.Ott. (1991), yang menyatakan bahawa hasil pengajaran
yang paling penting sekali mungkin adalah meningkatkan kebolehan murid-murid untuk
belajar dengan lebih mudah dan berkesan kelak akibat perolehan pengetahuan dan kemahiran
serta penguasaan proses pembelajaran. Hal ini bermaksud, pembelajaran yang mudah akan
memberi kesan yang lebih mendalam dan mudah difahami oleh murid. Secara tidak langsung
juga, melalui proses penyampaian pengajaran yang baik akan membawa kepada
perkembangan kognitif para pelajar dengan lebih mudah untuk menterjemahkan hasil
kesenian mereka melalui gabungan jalinan kesenian tersebut.
Pengajaran guru yang bertindak sebagai pemudah cara turut melibatkan pelbagai
teknik seni termasuklah teknik kolaj yang merupakan antara sub topik dalam kaedah
menggambar. Melalui teknik ini, guru akan bertindak sebagai fasilatator dalam membantu
para pelajar menguasai teknik kolaj yang merupakan sebahagian daripada hasil seni. Kolaj
bermaksud potong, koyak, gunting dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan.
Dalam perkataan Perancis ia bermaksud gam. Kerja-kerja dibuat dengan menampal cebisan
kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan dua dimensi. Kolaj ialah suatu hasil
kerja seni yang mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto dari cetakan majalah
disusun dan ditindih. Ia merupakan teknik cantuman potongan gambar menjadi satu
komposisi. Kolaj juga bermaksud menghasilkan satu komposisi artistik daripada imej atau
gambar yang berlainan, latar belakang yang berlainan dan daripada berbagai warna dan
corak. Kolaj juga digunakan sebagai teknik dalam menggambar foto, keratan akhbar atau
mana-mana bahan berbentuk dua dimensi dilekat dan disatukan di atas permukaan. Ia juga
merupakan teknik di mana imej bergambar atau corak berjalinan dihasilkan secara
superimpose di antara satu sama lain. Rangkuman teknik kolaj ini membawa kepada
beberapa pendekatan dalam penghasilan karya seni melalui kaedah Chapman yang meliputi
jana idea, olahan idea dan olahan bahan yang membawa kepada salah satu kaedah dalam
aktiviti seni menggambar.

2.0

KEPENTINGAN TEKNIK KOLAJ DALAM KEGIATAN MENGGAMBAR


BERDASARKAN TAHAP MANIPULATIF, SIMBOLIK DAN REALISTIK.
Antara kepentingan mempelajari teknik kolaj di sekolah rendah ialah dapat

meningkatkan pengetahuan melalui perbincangan di antara guru dan murid mengenai


pengetahuan dan konsep asas senireka kolaj yang mereka persembahkan dalam aktiviti
menggambar. Melalui aktiviti ini, para pelajar akan dapat menonjolkan kepentingan
pengetahuan mereka dalam menghasilkan teknik kolaj dalam aktiviti seni menggambar.
Menurut Reiner,B. & Smith R.A. (1992) menjelaskan bahawa, langkah ini bukan saja akan
dapat meningkatkan ketajaman akal fikiran murid- murid malahan menggalakkan proses
penjanaan ilmu pengetahuan yang mereka perolehi melalui teknik kolaj yang mereka
aplikasikan ketika menghasilkan bahan. Pemerhatian secara aktif yang merangkumi
kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi
murid ketika menghasilkan kolaj. Sebagai contoh dalam karya pelajar Suraya Binti Maraleh
yang berjaya menyusun sehingga membentuk teknik cantuman potongan gambar menjadi
satu komposisi seni menggambar. Melalui hasil karya tersebut seperti dalam lampiran 1,
pelajar tersebut telah berjaya meningkatkan kemahiran manipulatif dengan melakukan
aktiviti psikomotor apabila kemahiran tangan dan mata beliau berjaya menghasilkan gambar
roti yang sempurna berbanding rakan pelajarnya yang lain. Secara tidak langsung, aktiviti
kolaj ini sedikit sebanyak berjaya meningkatkan pengetahuan pelajar.
Selain itu juga, kepentingan aktiviti kolaj ini dapat menggalakan murid melakukan
aktiviti penerokaan berdasarkan pemerhatian dan bantuan komputer dalam penghasilan karya.
Secara tidak langsung juga, aktiviti ini turut membuka ruang dan peluang pelajar
memperkembangkan kemahiran manipulatif dan simbolik mereka untuk mengenal pasti
kehendak aktiviti yang akan dilakukan. Menurut Mazlan Mohamad. (1996) menjelaskan
bahawa, aktiviti kolaj turut memperkembangkan deria penglihatan (psikomotor manipulatif)
kerana kemahiran menghasilkan kolaj juga melibatkan pancaindera lain melalui kaedah
perbandingan penelitian warna ketika menghasilkan kolaj yang baik. Berdasarkan kepada
hasil kerja pelajar Nor Shaila Bte Talib dalam lampiran 2, aktiviti kolaj berjaya
memperkembangkan kemahiran manipulatif dan simbolik pelajar apabila ketelitian dalam
menyusun sehingga membentuk teknik cantuman potongan gambar sekeping roti menjadi
satu komposisi sebagai gambar sarapan pagi beliau. Keadaan ini secara tidak langsung turut
membawa hubung kait kepada kejayaannya membentuk gambar sekeping roti sebagai
3

simbolik imej sehinggakan kelihatan seperti gambar yang sebenar. Senario ini jika diteruskan
dalam aktiviti seni, akan menggalakan para pelajar berjaya membuka kemahiran manipulatif,
simbolik dan realistik untuk menghasilkan karya seni menggambar yang sempurna.
Kepentingan aktiviti ini turut memghadirkan satu pengalaman diri kepada para pelajar
melalui kemahiran menganalisa kepelbagaian alat, bahan dan teknik seni aktiviti kolaj yang
merupakan subtopik aktiviti menggambar. Melalui aktiviti ini, para pelajar sendiri dapat
merasai satu pengalaman pembelajaran seni dengan menggunakan alatan seperti gam, cebisan
kertas warna, gunting dan kertas lukisan. Secara tidak langsung, penggunaan alatan, bahan
dan teknik yang pelbagai ini membawa kepada perkembangan kognitif pelajar sekali gus
kemahiran manipulatif mereka turut berkembang. Berdasarkan Boon Pong Ying & Ragbir
Kaur. (1998) menyatakan bahawa, penganalisaan bahan dan media seni secara tidak langsung
membawa kepada perkembangan kognitif individu dalam memperkembangan daya pemikiran
mereka. Kepentingan teknik kolaj dalam aktiviti menggambar seni visual ini secara tidak
langsung juga meningkatkan kemahiran manipulatif seiring dengan perkembangan kognitif.
Hal ini kerana penganalisaan bahan dan media secara tidak langsung membuka kemahiran
psikomotor yang melibatkan penelitian tangan dan mata sehingga memperkembangan
kemahiran manipulatif pelajar. Fenomena ini sekirannya dilakukan secara berterusan
membawa kepada perkembangan kemahiran kognitif, sehingga membawa kepada hasil karya
seni seperti realisitik.
Di samping itu juga, kepentingan aktiviti kolaj ini sedikit sebanyak membantu pelajar
meningkatkan minat daya kreatif dan imaginasi dalam kegiatan seni visual
mereka khususnya dalam aktiviti kolaj "sarapan pagi saya". Hal ini kerana,
aktiviti ini memperkembangkan aspek kemahiran manipulatif dan simbolik
pelajar. Secara tidak langsung, aktiviti ini akan menggalakkan pelajar
untuk memberi tumpuan deria tangan dan mata melalui kemahiran
manipulatif

untuk

membentuk

hasil

kerja

seni

sebagai

simbolik

kesempurnaan karya. Perkembangan aktiviti ini secara berterusan akan


menghadirkan satu kemahiran tambahan kepada pelajar untuk berfikir
secara kreatif dengan imaginasi yang tinggi agar kesempurnaan hasil
kolaj itu berbentuk realistik. Berdasarkan Haward Gardner. (2005) menyatakan
bahawa, kemahiran kolaj secara tidak langsung membuka daya kreatif
4

dan imaginasi kanak-kanak untuk membentuk teknik cantuman potongan gambar


menjadi satu komposisi seni menggambar yang sempurna(realistik). Sebagai contoh, karya
Sabarina Bte Ali dalam lampiran 3, mencerminkan bahawa, daya kreativiti pelajar tersebut
berada ditahap memuaskan ekoran proses membentuk teknik cantuman potongan gambar
menjadi satu komposisi seni menggambar yang sempurna kurang menepati karya seni. Hal
ini kerana bentuk simbolik gambar susunan roti tidak menepati kesempurnaan karya. Secara
tidak langsung, daya kreativiti pelajar tersebut berada ditahap memuaskan jika dibandingkan
dengan karya Suraya Bte. Maraleh dan Sabarina Bte Ali yang mencerminkan daya kreativiti
dan imaginasi pelajar berada ditahap yang baik.
Seterusnya juga, aktiviti kolaj ini turut mendedahkan pelajar kepada proses
penghayatan ke atas sesuatu benda yang dilihat, disentuh dan didengar
sekali gus menyatakan aspek yang disukai dan yang tidak disukai.
Menurut Mohd Nasir Ibrahim dan Prof Madya Iberahim Hassan. (2003) menjelaskan
bahawa, aktiviti kolaj secara tidak langsung menghadirkan satu bentuk
perasaan kepada kanak-kanak untuk menghargai dan menghayati hasil
kesempurnaan karya seni menggambar yang dihasilkan. Berdasarkan
aktiviti tersebut juga, kanak-kanak yang melakukan amali kolaj akan
terdedah

dengan

proses

untuk

menghayati

karya

seni

yang

dipersembahkan sebagai simbolik perasaan yang cuba disampaikan


kepada penonton. Hal ini dapat diperhatikan melalui karya seni para
pelajar yang mengambil contoh gambar roti sebagai menu sarapan pagi
yang digemari mereka. Secara tidak langsung, para pelajar menonjolkan
proses penghayatan ke atas sesuatu benda yang dilihat dan disentuh
mereka melalui kesempurnaan teknik cantuman potongan gambar menjadi satu
komposisi seni menggambar yang sempurna(realistik) seperti dalam karya adik Suraya Bte
Maraleh dan Nor Shaila Bte Talib.

3.0

PROSES

GUBAHAN

KOLAJ

DAN

BAHAN

YANG

DIGUNAKAN

MEMBAWA KEPADA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Gubahan teknik kolaj yang merupakan sebahagian daripada aktiviti menggambar juga
secara tidak langsung akan meransang perkembangan kemahiran kanak-kanak sama ada
secara manipulatif(psikomotor/deria) mahupun kognitif(pemikiran). Hal ini kerana, aktiviti
ini menekankan kepada kanak-kanak untuk meneliti dan menghayati karya seni yang
dihasilkan sehingga meransang perkembangan emosi dan imaginasi murid. Contohnya dalam
lampiran 1 karya adik Suraya Bte Maraleh. Karya tersebut menggambarkan untuk
menghasilkan sesuatu kolaj yang sempurna, murid sebenarnya melakukan ekspresi diri
terhadap kehidupan mereka dalam bentuk gambaran bagi menyerlahkan simbolik bentuk
sarapan pagi mereka. Menurut Rod Taylor.(1986) menjelaskan bahawa proses pemahaman
pelajar tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan penghasilan
teknik kolaj di sekolah. Melalui teknik kolaj juga, pelajar akan dilatih dalam membuat
pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Hal ini kerana ketika
menghasilkan kolaj yang sempurna perkara utama yang perlu diambil kira ialah pemilihan
tema. Tema bertujuan agar murid tahu bagaimana gambaran yang perlu mereka tonjolkan.
Melalui aktiviti kolaj secara tidak langsung ianya membolehkan murid merasai secara konkrit
bagi mendapatkan imej mental.
Selain itu, gubahan aktiviti kolaj menggunakan media dan alatan yang sesuai turut
membawa kepada proses menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya kearah
perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. Melalui teknik kolaj juga murid akan dapat
mempertajamkan lagi interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan khususnya
ketika penghasilan kolaj dilakukan. Menurut Muliyadi Mahamood. (1995) menyatakan
bahawa, peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam
mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Sebagai contoh
teknik pemilihan kertas warna yang menekankan kepada murid supaya dapat mengimbangi
6

pemilihan warna yang sesuai bagi mendapatkan kesan kontra yang dikehendaki untuk
menghasilkan karya yang realistik. Proses ini bukan saja akan memperkembangkan aspek
psikomotor dan kemahiran asas visual murid berhubung dengan manipulasi alat dan bahan,
bahkan juga meningkatkan kemahiran kendiri pelajar melalui pemilihan teknik-teknik mudah
seperti teknik yang terdapat dalam kegiatan menghasilkan kolaj. Ini kerana semasa
berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi
visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting sekiranya
diteruskan di masa hadapan kerana ianya memberi peluang kepada murid belajar secara tidak
langsung dan tidak takut untuk mencuba serta melakukan analisis tentang hasil kerja yang
mereka hasilkan. Selain itu, murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh
lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang setelah proses menghasilkan kolaj yang
pertama.
Di samping itu juga, gubahan teknik kolaj turut mendatangkan kesan nilai yang baik
ke atas pelajar di sekolah apabila kombinasi bahan dan media turut dapat membina apresiasi
seni visual secara mudah kepada murid. Apresiasi seni visual memberi perkembangan
kemahiran diri kanak-kanak melalui pengalaman kepada murid

mengenali aspek

pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi
keindahan dan fungsi. Menurut Muliyadi Mahamood. (1995) menjelaskan bahawa, para
pelajar akan terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek
seni melalui penghasilan kolaj mereka. Selain itu, dalam mempelajari kemahiran kolaj ini
murid dapat digalakkan untuk menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan seperti
kesedaran dalam menjaga kesihatan diri mahupun keprihatinan terhadap setiap ciptaan
makhluk Tuhan yang lain seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Selain diberi pengalaman
membuat aspresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk dengan nilai-nilai murni
seperti menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan
kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai
patriotism, nilai kebersihan dan kepekaan.
Tambahan lagi, gubahan teknik kolaj ini juga secara umumnya mendedahkan murid
kepada proses membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua
keadaan. Hal ini kerana, aktiviti kolaj menggalakan para pelajar memilih kesesuaian warna
untuk menghasilkan gambaran karya yang sebenar. Secara tidak langsung, aktiviti ini
memperkembangkan kemahiran pelajar dengan konsep pembelajaran Pendidikan Seni dalam
7

peringkat sekolah rendah bertujuan melahirkan warganegara yang berbudaya khususnya lebih
berimaginatif dan kreatif serta berpengetahuan dan peka terhadap ciri-ciri estetik. Melalui
cara ini, emosi dan kognitif pelajar itu dapat dikembangkan dan diselaraskan dengan suasana
pembelajaran bagi melahirkan sebuah karya seni yang baik dan menarik. Impak daripada
aktiviti kolaj dapat dinilai dari segi perkembangan sahsiah kendiri iaitu menyediakan peluang
kepada individu bagi mendapat dan memperkukuhkan penyataan diri melalui teknik
cantuman potongan gambar menjadi satu komposisi seni menggambar yang sempurna.
Keadaan ini sekirannya diteruskan dalam aktiviti mengambar akan membawa kepada
beberapa pendekatan dalam penghasilan karya seni yang pelbagai melalui kaedah Chapman
yang meliputi jana idea, olahan idea dan olahan bahan.

4.0

KESIMPULAN
Kesimpulannya, seni dalam pendidikan dapat memberikan satu lagi kemahiran

menggambar kepada para pelajar khususnya dalam aktiviti kolaj. Aktiviti ini mendatangkan
kepentingan tersendiri dengan guru dapat meransang dan mengenal pasti punca yang dapat
mendorong dan merangsang pelajar memahami isi pengajaran. Seterusnya, melalui kajian ini
juga, ianya dapat memperlihatkan betapa seronoknya pelajar melakukan aktiviti seni
menggambar di dalam kelas. Atas sebab itulah kepentingan seorang guru seni untuk
menyediakan alat bantu mengajar yang menarik dan berkesan, dan diikuti dengan kaedahkaedah yang sesuai serta rancangan mengajar yang lengkap banyak membantu di dalam
menyediakan satu pelajaran seni yang menarik dan berkesan kepada pelajar. Bak kata
pepatah, Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Pelajar yang berpeluang
mengikuti pengajaran ini lebih bermotivasi, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, lebih
mudah berkarya dan mempunyai sikap positif. Mereka dapat meluahkan idea dan perasaan
dalam aktiviti yang dijalankan.
Oleh sebab itu, pihak sekolah sepatutnya tidak meminggirkan mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual di sekolah, atau menggantikannya dengan mata pelajaran lain hanya
kerana ingin pencapaian tinggi dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Hal ini
kerana seni dalam pendidikan mampu merangsang minda pelajar agar lebih kreatif,
berkeyakinan dan berdaya maju. Pelaksanaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah
merentasi semua mata pelajaran. Guru mata pelajaran perlu kreatif dan melengkapkan diri
dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan. Aktiviti perlu dirancang dengan teliti supaya
proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik. Guru perlu menggalakan
murid-murid mengunakan kelebihan diri mereka, menyediakan aktiviti pembelajaran yang
pelbagai untuk memenuhi keperluan murid-murid yang mempunyai pelbagai gaya belajar.
Pelajar perlu diberi peluang mencuba idea, menggunakan teknik atau pendekatan baharu, dan
mewujudkan persekitaran yang menginspirasikan.
9

(2595 patah perkataan)

10

You might also like