You are on page 1of 7

Soalan Tugasan Geografi PT3 2015 (Kegiatan Ekonomi)

Skema Pemarkahan PT3 2015 Kegiatan Ekonomi Negara

Contoh Panduan Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Tingkatan 3


Nota Penting: Kegiatan Ekonomi adalah tajuk umum. Pilih tajuk yang spesifik mengenai
kegiatan ekonomi di kawasan tempat kajian atau tempat tinggal anda. Contoh jika anda tinggal di
tanah perancangan FELDA, maka tajuk anda perlulah spesifik kepada Sektor Pertanian sebagai
kegiatan ekonomi penduduk.
Senarai Tajuk Kegiatan Ekonomi Geografi PT3 2015

Berikut adalah senarai tajuk yang boleh anda pilih berdasarkan lokasi atau tempat kajian anda.
Dinasihatkan memilih tajuk Kegiatan Ekonomi berdasarkan ekonomi yang dijalankan
penduduk di kawasan tempat tinggal anda.
Contoh Kegiatan Ekonomi:

Sektor Perindustrian

Sektor Perikanan

Sektor Perlombongan

Sektor Pertanian

Sektor Pembalakan

Sektor Perkhidmatan

Sektor Perniagaan

Sektor Penternakan

Tajuk: Kegiatan Ekonomi penduduk di Felda Jengka Pahang


Objektif kajian: Objektif utama adalah untuk mengkaji latar belakang kegiatan ekonomi
penduduk di Felda Jengka Pahang.
Kaedah kajian: Borang kaji selidik, Kaedah Temubual, Rakaman Audio atau Visual
1. Konsep dan takrifan Kegiatan Ekonomi
Definisi Kegiatan Ekonomi : Kegiatan Ekonomi boleh didefinisikan sebagai aktiviti penduduk
yang menjana pendapatan dalam kehidupan seharian. Kegiatan ekonomi boleh dibahagikan
kepada beberapa sektor antara adalah Pembalakan, Pertanian, Perkhidmatan, Perindustrian
mahupun Perlombongan. Di Malaysia, kegiatan ekonomi utama boleh dikategorikan kepada tiga
antaranya adalah sektor sekunder, tertier dan Primer. Kegiatan ekonomi juga merupakan salah
satu penyumbang kepada pendapatan kasar negara.
Sila Klik Contoh Konsep dan Takrifan Kegiatan Ekonomi PT3 2015
2. Latar Belakang Kegiatan Ekonomi Di Felda Jengka Pahang (Berdasarkan tajuk anda)
Penduduk sekitar Felda Jengka Pahang menjalankan kegiatan ekonomi utama iaitu aktiviti
pertanian Kelapa Sawit. Sila huraikan latar belakang mengenai pertanian Kelapa Sawit secara
terperinci.

2.1 Jadual Graf Kegiatan Ekonomi Penduduk (Sila sertakan persembahan dalam bentuk
Graf). Maklumat adalah berdasarkan borang kaji selidik yang telah anda edarkan dikawasan
kajian anda.

2.1.2 Contoh Borang Soal Selidik


Sila klik Contoh Borang Soal Selidik Geografi PT3 2015

2.2 Contoh Grafik Pekerjaan Penduduk (Di kawasan tempat tinggal anda)
Lebih menarik jika foto tersebut diambil oleh anda sendiri di kawasan tempat tinggal anda. Lebih
banyak foto adalah lebih baik.
Tajuk Grafik: Penduduk Sedang Menuai Hasil Kelapa Sawit
Huraian Grafik: Apabila buah kelapa sawit sudah masak, penduduk akan menuai kepala sawit
menggunakan tombak sebelum dihantar ke kilang untuk tujuan pemprosesan.
Nota Penting: Pada grafik atau foto anda, Sila Sertakan Tajuk, Huraian dan label

3. Cadangan Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk


Sila berikan 3 isi penting mengenai cadangan usaha meningkatkan pendapatan penduduk. Setiap
isi penting haruslah disertakan huraian dan contoh.
3.1 Contoh Cadangan Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk

Berniaga secara kecil-kecilan (Contoh: Restoran, Kedai Runcit)

Bercucuk tanam pokok tambahan selain dari Kelapa Sawit (Contoh: Sayuran boleh
dijual)

Membuat Perniagaan Online (Contoh: Jual tudung atau Baju)

Pada setiap isi penting, sila sertakan fakta, huraian dan contoh.
Sila Klik Contoh Cadangan Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk
4. Kegiatan Ekonomi Yang Berpotensi Dimajukan Dikawasan Anda

Sektor Perikanan (Ikan Air Tawar)

Sektor Perkhidmatan ( Buka Homestay dan Pelancongan)

Sektor Perindustrian ( Kilang buat sabun daripada kelapa sawit)

Pada setiap isi penting, sila sertakan fakta, huraian dan contoh.
Sila klik Contoh Kegiatan Ekonomi Yang Berpotensi Dimajukan
5. Kesimpulan/ Rumusan
Kesimpulannya, kegiatan ekonomi penduduk sekitar di Felda Jengka Pahang terutamanya dalam
bidang pertanian adalah sangat penting dalam menjana pendapatan individu. Disamping itu,
pertanian Kelapa Sawit juga merupakan antara salah satu sumber utama pendapatan negara
Malaysia selepas minyak mentah (Petroleum).
6. Sumber/ Rujukan
Senaraikan sumber seperti internet, buku, jurnal, artikel, majalah, sumber orang dan sebagainya.

You might also like