You are on page 1of 6

2.

0 KAJIAN SEMULA
Denifisi
Asma Bronkiol adalah sejenis penyakit yang bercirikan serangan sesak nafas
dan bunyi wheezing yang berulang, di mana tahap keterukan dan kekerapan
serangan adalah berbeza-beza terhadap individu-individu berlainan. Serangan boleh
berlaku mengikut jam atau hari. Keadaan ini adalah disebabkan oleh inflamasi pada
trek respiratori, yang meningkatkan responsive dan menyebabkan iritasi ke atas
salur pernafasan. Dalam serangan, lapisan saluran akan membengkak,
menyebabkan saluran udara mengecil, kekurangan kemasukan dan pengeluaran
udara dari paru-paru dan seterusnya menyebabkan individu sesak nafas.
(WHO, 2015)
Asma Bronkiol adalah satu keadaan yang bercirikan penyumpitan saluran
pernafasan, disebabkan spasma tisu lembut, edema mukosa dan kehadiran mukus
dalam lumen bronki dan bronkiol. Ia disebabkan oleh pembebasan spasmogen dan
vasoaktif akibat daripada reaksi alergik.
Simptom-simptomnya termasuklah dyspnoea, wheezing dan batuk. Serangan
boleh disebabkan dari alergen bawaan udara (debu, debunga, bulu binatang),
perangsang yang lain (cuaca sejuk, asap rokok), kegiatan fizikal (senaman yang
berlebihan), jangkitan trek respiratori, tekanan emosi atau faktor-faktor lain.
(The American Heritage Stedman's Medical Dictionary
Copyright 2002, 2001, 1995 by Houghton Mifflin Company.)
Menurut Dr. Rahmat Awang melalui Dewan Kosmik terbitan Ogos, 1999 pula,
asma atau lebih dikenali sebagai penyakit lelah atau leput, adalah sejenis penyakit
paru-paru yang terjadi akibat dari keradangan dan penguncupan salur pernafasan.
Beliau menambah lagi, penghidap penyakit ini akan menunjukkan beberapa tanda
atau gejala tertentu. Di antaranya termasuklah bunyi pernafasan seolah-olah orang
bersiul, terutama sekali apabila pesakit itu menghembus nafasnya. Ia dinamakan
wiz yang kedengaran secara berulang-ulang. walaubagaimanapun, tidak semua
pesakit akan mengalami wiz, tetapi akan mengalami tanda seperti batuk terutama
pada waktu malam atau selepas melakukan sebarang aktiviti fizikal.

Kadar insiden asma


Menurut kajian yang telah dijalankan oleh World Health Organisation (WHO),
dianggarkan sejumlah 100 hingga 150 juta penduduk serata dunia adalah penghidap
asma, dan jumlah ini dijangka meningkat dari tahun ke tahun. Serata dunia juga,
anggaran mortaliti akibat dari penyakit ini adalah 180,000 kes setiap tahun. Di
Negara-negara maju seperti Jerman contohnya, dianggarkan sejumlah 4 juta
penduduknya menghidap asma. Di Negara Bersekutu (United States), dianggarkan
penghidap asma meningkat melebihi 60% pada awal 1980-an, dan kadar mortaliti
dijangka mencecah 5,000 setiap tahun. Walaubagaimanapun, kes asma bukan
sahaja menyerang di negara-negara maju, malahan juga di negara-negara
membangun, dan dilaporkan lebih banyak kes berbanding negara-negara maju. Di
India, contohnya, dianggarkan sebanyak 15-20 juta penduduknya penghidap asma.
Di Malaysia pula, memetik artikel dari utusan internet, oleh Mariatul Qatiah
Zakaria, menurut Datuk Dr. Zainudin Md. Zin, jumlah penghidap asma dalam
kalangan kanak-kanak yang berumur bawah 14 tahun berada pada kadar 4.5
peratus. Dalam kalangan yang berumur 14 tahun dan ke atas pula adalah dalam
kadar 4.1 peratus. Beliau juga mengatakan bahawa penyakit ini merupakan salah
satu penyakit yang merbahaya, di mana hanya seperempat pesakit sahaja yang
dapat mengawal penyakit ini, manakala selebihnya gagal untuk mengawalnya.
Beliau menambah lagi dengan adanya pelbagai teknologi dan revolusi hari ini,
pelbagai jenis penawar dapat dihasilkan pun begitu, merevolusikan rawatan dan
pengendalian untuk mencapai peratusan lebih tinggi dalam kawalan asma amat
diperlukan.

Faktor-faktor penyebab
Penulis Rees and Kanabar (2000) menyatakan faktor asma dibahagi
kepada 2, iaitu faktor ekstrinsik (luaran) dan faktor intrinsik (dalaman). Bagi
serangan yang disebabkan faktor ekstrinsik, ia dikenali sebagai Asma Atopik di
mana episod asma boleh terjadi disebabkan reaksi alergi kepada spora, debunga,
kulat, bulu haiwan dan juga makanan. Reaksi alergi ini akan disertai oleh dermatitis,
urtikaria atau rinitis. Bagi serangan asma yang disebabkan faktor instrinsik pula
adalah disebabkan faktor-faktor seperti cuaca sejuk, asap rokok, inhalasi bau kuat
seperti cat, spray atau gasolin dan infeksi saluran pernafasan.
Secara amnya, faktor-faktor penyebab asma sendiri adalah idiopatik, pun
begitu, terdapat faktor-faktor pencetus kepada serangan asma. Salah satu
daripadanya adalah reaksi tubuh badan terhadap alahan. Menurut WHO, faktor
utama pencetus serangan asma, terutama kepada kanak-kanak adalah daripada
faktor allergen dalam rumah, seperti debu dari tilam, karpet atau perabot. Selain
daripada itu, reaksi alahan juga boleh terjadi akibat daripada bulu-bulu haiwan
peliharaan.
Faktor yang ke-dua adalah daripada rangsangan dari udara, termasuklah
asap rokok, pembakaran kayu atau arang. Perkara ini dinyatakan dalam artikel oleh
Asthma and Allergy Foundation of America (1995, tambahan 2011), dengan
menambahkan lagi bahawa bau yang sangat kuat seperti bau pewangi, cat, spray,
gasoline atau wangian sabun yang terlampau kuat. Walaupun pesakit tidak
mempunyai sebarang alahan terhadap rangsangan-rangsangan tersebut, namun ia
boleh memburukkan lagi keadaan keradangan dan sensitiviti saluran pernafasan.
Kenyataan ini juga dikuatkan lagi melalui penulisan Longmore (1985), yang
mengatakan faktor utama serangan penyakit asma adalah termasuklah alahan
terhadap asap rokok serta inhalasi bau yang terlampau kuat.
Selain daripada itu, infeksi saluran atas (URTI) juga adalah salah satu
penyebab berlakunya serangan asma. Menurut Asthma and Allergy Foundation of
America (1995, tambahan 2011), URTI seperti demam, selsema, sakit tekak atau
jangkitan pada sinus, merupakan faktor utama pencetus serangan asma dalam
kalangan kanak-kanak. Levi et. Al (1993) juga ada menyatakan bahawa URTI
(samada virus atau bakteria), adalah salah satu daripada faktor pencetus serangan
asma.
Terdapat juga pihak yang mengatakan bahawa stress juga boleh mencetus
kepada serangan asma. Memetik artikel dari WebMD (2005), stress merupakan
salah satu perkara yang kerap mendatangkan serangan asma. Hal ini kerana
apabila seseorang stress, beliau akan mengalami nafas yang singkat, resah malah
akan menjadi panik. Stress akan menyebabkan serangan asma menjadi lebih teruk.

Menurut WHO, sebab lain pencetus serangan asma adalah oleh aktiviti fizikal
yang berlebihan, terutama jika akitiviti dilakukan semasa cuaca yang sejuk.
Symptom-simptom yang disebabkan pencetus ini mungkin tidak akan menunjukkan
sebarang symptom, tetapi hanya selepas beberapa ketika selepas aktiviti fizikal.
Apabila simptomnya lebih awal dari yang dinyatakan, pesakit haruslah segera
berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut. Aktiviti fizikal yang boleh
mencetuskan serangan asma bukan hanya aktiviti yang berbentuk senaman,
malahan seperti ketawa, menangis, menahan nafas atau hiperventilasi juga boleh
mencetus serangan asma.
Faktor pencetus yang seterusnya adalah faktor genetik, di mana ibu atau
bapa atau ahli keluarga lain yang penghidap atau pernah mendapatkan rawatan
sebagai pesakit asma. Memetik artikel dari internet, Medical News Today (2007),
genetic juga memainkan peranan yang penting sebagai pencetus kepada serangan
asma, sebagaimana genetik memainkan peranan yang penting dalam sitem imuniti
tubuh badan. Penulis Rees and Price (1997) pernah mengulas mengatakan asma
boleh diperolehi melalui keturunan iaitu budaya yang mempunyai sejarah penyakit
asma. Beliau berpendapat, apabila faktor genetik menyebabkan kanak-kanak
mempunyai potensi menghidap asma bronkiol, ia akan menunjukkan symptomsimptom semasa dalam proses tumbesaran.
Di samping itu, terdapat juga faktor pencetus seperti faktor cuaca, seperti
angina yang kering, cuaca yang sejuk, atau sebarang perubahan terhadap cuaca
yang secara tiba-tiba. Memetik artikel dari internet, Medical News Today (2007) ada
menyatakan bahawa perubahan cuaca juga boleh menyebabkan serangan asma
berlaku. Malahan, terdapat di beberapa tempat, di mana dilaporkan bahawa
kelembapan udara juga mengundang kepada faktor pencetus serangan asma.
Terdapat juga kenyataan yang megatakan bahawa faktor obesiti juga
merupakan salah satu daripada faktor-faktor pencetus serangan asma. Sekali lagi,
memetik dari artikel Medical News Today (2007), ada menyatakan bahawa dewasa
yang berlebihan berat badan, yang mempunyai Body Mass Index (BMI) dalam
anggaran lingkungan 25-30 akan lebih berisiko berbanding dengan dewasa yang
tidak berlebihan berat badan. Bagi dewasa yang Obesiti, yang mempunyai BMI
melebihi 30 pula, adalah 2 kali lebih berisiko untuk menghidap penyakit asma.
Kesimpulannya, pencegahan awal adalah sangat penting bagi mengelakkan
sebarang kejadian serangan asma bronkiol terutamanya dalam kalangan kanakkanak. Ibu bapa atau penjaga perlu mengetahui serba sedikit tentang tanda-tanda
dan simptom-simptom serangan asma agar tidak berlaku sebarang komplikasi yang
lebih teruk berlaku.

3.0 REKA BENTUK DAN METODOLOGI


3.1 REKA BENTUK
Reka bentuk yang telah dipilih dalam menjalankan kajian ini adalah secara
Descriptive Study. Kaedah ini dipilih kerana ia adalah satu cara yang paling mudah
dalam menjalankan sesuatu penyelidikan. Selain itu, kaedah ini turut memudahkan
penganalisaan data dijalankan melalui gambaran yang tepat berdasarkan penemuan
yang diperoleh semasa menjalankan kajian. Dengan kaedah ini juga, masa dapat
dijimatkan dan kajian dapat ditamatkan dalam tempoh yang singkat.

3.2 SAMPEL DAN RESPONDEN


Pemilihan sampel dalam menjalankan kajian ini dibuat secara Incidential, di
mana setiap pesakit atau penjaga, tanpa mengira umur, bangsa atau jantina, yang
datang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Debak, diberi borang soal selidik
untuk diisi dengan jujur. Seramai 20 orang responden telah dipilih bagi mendapatkan
maklumat yang mencukupi sebelum analisa dapat dijalankan.

3.3 INSTRUMEN (BORANG SOAL SELIDIK)


Borang soal selidik adalah amat bersesuaian untuk memperoleh maklumat
dalam skala yang terkawal di samping mudah dan menjimatkan masa. Hal ini adalah
kerana pesakit sendiri yang akan menjawab borang soal selidik yang telah
disediakan, mengikut pilihan jawapan yang juga telah disediakan di dalam borang
tersebut. Bagi pesakit atau ibu bapa yang tidak tahu membaca atau menulis, kaedah
lisan akan digunakan untuk menjawab soalan dalam borang tersebut. Borang soal
selidik tersebut dibahagikan kepada lima bahagian.
Bahagian pertama merupakan demografi pesakit yang meliputi maklumat
peribadi pesakit seperti umur, bangsa, jantina, pekerjaan dan sejarah keluarga yang
menghidap penyakit asma. Dalam bahagian ini, latar belakang pesakit dapat
dikenalpasti di samping sebarang sejarah keluarga pesakit yang menghidap atau
pernah menghidap penyakit asma.
Bahagian kedua adalah untuk menilai tahap pengetahuan responden tentang
faktor-faktor pencetus serangan asma yang secara amnya. Jawapan untuk soalansoalan adalah berbentuk dwipilihan, dan responden hendaklah memilih salah satu
daripadanya.
Bahagian ketiga pula adalah untuk mengenalpasti keadaan persekitaran
responden, yang boleh mencetus alahan responden dan seterusnya menyebabkan
serangan asma. Dalam bahagian ini juga, responden dikehendaki memilih hanya
satu jawapan, di antara dua jawapan yang telah disediakan.

Bahagian keempat terdiri daripada soalan-soalan mengenai aktiviti-aktiviti


fizikal yang boleh mencetus kepada serangan asma dalam kalangan responden.
Bahagian ini juga menyentuh kekerapan responden melakukan senaman atau
aktiviti fizikal yang lain dalam masa seminggu.
Bahagian kelima atau yang terakhir pula menyentuh sumber-sumber
pendidikan kesihatan yang diperolehi responden. Bahagian ini adalah bertujuan
untuk mengetahui sumber-sumber pendidikan kesihatan dan untuk meningkatkan
tahap pengetahuan pesakit mengenai penyakit yang mereka hidapi.

3.4 BAHAN-BAHAN RUJUKAN


Bahan rujukan adalah sumber yang paling penting dalam menjayakan
penyelidikan ini. Dalam kajian ini, bahan-bahan rujukan yang telah digunakan adalah
seperti sumber dari internet, buku-buku rujukan, jounal-journah, risalah, kajian
terdahulu serta statistik yang telah dikeluarkan oleh organisasi-organisasi kesihatan
samada di dalam ataupun luar negara.

3.5 PILOT STUDY


Dalam mengenalpasti masalah yang timbul sebelum memberikan borang soal
selidik kepada responden, terlebih dahulu Pilot Study telah dilakukan. Ini adalah
untuk menguji pemahaman responden ataupun penjaga tentang soalan-soalan yang
ingin ditanya. Ini juga untuk menilai keberkesanan borang soal selidik dalam
memenuhi kehendak-kehendak dalam objektif objektif spesifik yang telah
ditetapkan. Melalui cara ini juga, segala kekurangan atau kelemahan dapat
dikenalpasti dan diperbaiki sebelum penyerahan borang soal selidik yang sebenar.
Pilot Sudy ini telah dijalankan dalam masa 2 hari, di mana 5 orang responden telah
dipilih.

3.6 PENGUMPULAN MAKLUMAT DAN DATA


Setelah mendapatkan kebenaran dari Penolong Pegawai Perubatan yang
menguasa, pengumpulan data telah pun dijalankan, dan tempat kajian yang telah
dipilih adalah Klinik Kesihatan Debak. Seramai 20 orang responden dipilih secara
rawak tanpa mengira umur, jantina dan bangsa, untuk mengisi borang soal selidik.
Bagi responden yang tidak pandai membaca atau menulis, kaedah verbal digunakan
ke atas mereka. Segala maklumat dari responden akan dibentangkan dalam bentuk
jadual, carta pai dan graf, bagi memudahkan data difahami melalui persembahan
data. Selain itu, data juga akan dibentangkan dalam bentuk teks dan akan
dibincangkan kemudiannya dalam bahagian perbincangan.

You might also like