You are on page 1of 3

1.

0 PENGENALAN
1.1 Pengenalan Kajian
Kajian ini merupakan satu medium bagi menilai tahap pengetahuan
responden mengenai faktor-faktor pencetus serangan asma di kalangan penghidap
penyakit bronkiol asma yang menerima rawatan di Klinik Kesihatan Debak. Selain
itu, kajian ini juga bertujuan untuk menilai keadaan alahan terhadap persekitaran
serta aktiviti fizikal yang mampu mencetus serangan asma dalam kalangan
penghidap penyakit asma bronkiol.
Saya memilih tajuk ini disebabkan kadar pesakit asma yang agak
membimbangkan. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh World Health
Organisation, pada tahun 2013 sahaja, pesakit asma di seluruh dunia sudah
mencecah sehingga 150 juta orang. Hal ini agak membimbangkan, kerana penyakit
asma jika tidak dicegah dan dirawat, boleh membawa maut kepada penghidap
penyakit tersebut. Di Malaysia sahaja, dianggarkan sebanyak 4.5 peratus daripada
golongan dewasa menghidap penyakit ini, manakala kanak-kanak pula adalah 7.1
peratus. Hal ini amat membimbangkan kerana tahap pengetahuan kebanyakan
penduduk di negara tentang penyakit asma masih kurang, dan harus diberi
perhatian.
Seiring dengan kemajuan dunia perubatan pada zaman ini, ubat-ubatan untuk
rawatan asma bukan sahaja terdapat di hospital-hospital besar, malahan terdapat
juga di klinik-klinik kesihatan. Walaubagaimanapun, kemodenan dunia perubatan
zaman ini masih belum mampu mencegah sebarang serangan asma, kerana
etiologinya yang pelbagai selain serangannya yang terjadi secara akut.
Oleh yang demikian, saya mengambil keputusan untuk menjalankan kajian
serta untuk mengenalpasti faktor-faktor pencetus asma dan saya telah memilih
untuk menjalankan kajian ini di kalangan penghidap bronkiol asma menerima
rawatan di Klinik Kesihatan Debak. Selain daripada itu, kajian ini juga merupakan
satu medium bagi mengenalpasti tahap pengetahuan responden mengenai faktorfaktor pencetus serangan asma.

1.2 Kenyataan masalah


Asma bronkiol adalah sejenis penyakit respiratori yang sering kali dihidapi
oleh penduduk Malaysia. Tiada peringkat usia terkecuali daripada menghidapi
penyakit ini. Penyakit ini akan menyerang tak kira kanak-kanak sehinggalah
golongan tua. Kajian saya kali ini adalah terbuka tanpa mengira usia tua atau muda,
yang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Debak.
Di Klinik Kesihatan Debak, pesakit-pesakit asma adalah dalam kalangan
kanak-kanak dan orang dewasa. Di klinik ini adalah majoriti penghidap penyakit
asma, yang datang untuk mendapatkan rawatan tanpa mengira masa.
Kadar mortaliti yang disebabkan penyakit ini tidak dapat disangkal lagi.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh American Academy of Allergy Asthma and
Immunology (2007), dianggarkan sebanyak 250,000 kes kematian di seluruh dunia,
yang dilaporkan dan angka ini dijangka akan meningkat dari tahun ke tahun, seiring
dengan peningkatan kadar pesakit asma di seluruh dunia. Walaubagaimanapun,
kadar kematian ini dapat dikurangkan dan dielakkan dengan pencegahan awal dan
rawatan mengikut keadaan semasa pesakit. Rawatan yang dimaksudkan adalah
rawatan segera dan kecemasan untuk melegakan simptom serangan asma samada
di klinik atau unit kecemasan dan trauma di dospital. Keadaan pesakit pula
hendaklah dipantau dari semasa ke semasa agar pesakit dapat dipulihkan.
Selain dari rawatan, pencegahan awal dapat dilakukan, dan merupakan
kaedah yang lebih baik. Tahap kesedaran dan pengetahuan penduduk tentang
penyakit ini harus ditingkatkan melalui program-program atau promosi-promosi
kesihatan. Pengetahuan mengenai penyakit ini akan dapat membantu penghidap
asma untuk mengurangkan risiko serangan asma.

1.3 Skop Kajian


Kajian yang akan saya jalankan ini adalah mengenai faktor-faktor pencetus
serangan asma di kalangan pesakit bronkiol asma yang mendapatkan rawatan di
Klinik Kesihatan Debak. Dalam kajian kali ini juga, sebanyak 30 orang responden
akan terlibat. Kajian ini akan berjalan dari bulan Januari 2015 hinggalah Mac 2015.

1.4 Objektif Kajian

Objektif Am
Untuk mengenalpasti faktor-faktor pencetus serangan asma di kalangan
penghidap penyakit bronkiol asma yang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan
Debak.

Objektif Spesifik
i. Untuk mengenalpasti sosiodemografi pesakit.
ii. Untuk mengkaji pengetahuan responden tentang kaedah-kaedah untuk
mencegah serangan penyakit bronkiol asma.
iii. Untuk mengkaji pengetahuan pesakit tentang pentingnya rawatan awal
serangan asma.
iv. Untuk mengenalpasti tahap pengetahuan pesakit tentang komplikasi bronkiol
asma.

You might also like