You are on page 1of 20
KEDUDUKAN ANJING DALAM ISLAM SERTA HUKUM BERKAITANNYA. Oleh: Bahagian Pengurusan Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ABSTRAK ‘Sejak kebelakangan ini, perbuatan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak didapati semakin tegar menghina kesucian dan keluhuran agama Islam. Apa yang amat dikesali ialah pelakunya bergelar Muslim. Tidak cukup dengan memelihara anjing tanpa sebab yang diizinkan syarak, perbuatan biadap melakonkan perbuatan mengambil wudhu' untuk anjing dilihat sebagai satu penghinaan yang cukup besar. Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak berkaitan bahawa memelihara anjing adalah satu amalan terpyji yang digalakkan Islam sambil memetik riwayat yang mengisahkan seorang pelacur Yahudi Bani Israel memberi minum seekor anjing yang hampir mati kerana kehausan adalah tidak berdasarkan hujah yang tepat. Menukilkan hadith secara semberono tanpa melihat kepada sebab wurud, konteks dan keadaan semasa sehingga menimbulkan kekeliruan dan keresahan kepada orang ramai adalah satu jenayah ilmu yang termasuk dalam kategori tahrif atau mengubah makna sebenar nas-nas syarak. Mereka yang kerap melakukan perbuatan ini sewajarnya diambil tindakan oleh kerajaan demi menjaga kemaslahatan masyarakat. Ini kerana ia melibatkan perbuatan yang boleh mencemar salah satu maqasid syariah iaitu “Hifzu Al-Din” (memelihara agama). Demi menjernihkan kekeruhan yang timbul, artikel ringkas ini membincangkan kedudukan anjing dan Khinzir dalam Islam serta hukum berkaitannya untuk menjelaskan kecelaruan yang ditimbulkan oleh isu seorang pelatih anjing (dog- trainer) beragama Islam dan kenyataan sokongan terhadap beliau yang dilontarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Turut dibahaskan ialah sejauh mana kebenaran dakwaan tentang pendapat yang kononnya dinisbahkan kepada Imam Malik bahawa hukum memakan daging anjing adalah halal. Perincian dibuat berdasarkan hujah Al-Quran dan metodologi imu yang benar agar tiada lagi helah untuk merosakkan kemurnian agama Islam melalui pendapat-pendapat pelik yang tidak pemah diterima-pakai mahupun diiktiraf sebagai pendapat yang muktaber. KENAJISAN ANJING DAN KHINZIR ‘Agama Islam sangat menitik-beratkan kebersihan dalam kehidupan seharian. Sehubungan itu, setiap Muslim diwajibkan membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada najis. Bersih dan suci daripada najis merupakan salah satu syarat sah dalam menunaikan sesetengah ibadah yang utama seperti solat dan tawaf. Najis menurut pengertian syarak ialah segala kekotoran yang menghalang sahnya solat seperti tahi, nanah, darah dan sebagainya. Walaubagaimanapun, terdapat benda yang dipandang kotor tetapi pada syariat tidak menghalang sahnya solat, seperti kahak dan hingus yang tidak dikira sebagai najis walaupun ianya sesuatu yang Antara yang termasuk dalam kategori najis ialah anjing dan khinzir. Adapun khinzir, sebahagian ulama menukilkan ijmak tentang kenajisannya seperti Ibn al- Munzir dalam kitab al-limak.’ Manaka anjing pula, jumhur ulama berpandangan bahawa seluruh badan dan anggotanya adalah najis. Pada dasamya, ketetapan najis bagi anjing ini dipandang daripada dimensi yang bersifat ritual, bukan rasional, sehingga tidak harus ada alasan logik. Dimensi akal masih jauh daripada kesempuraan untuk menganalisa secara teliti tentang najisnya anjing. Ada yang berpendapat apa salahnya memelihara anjing kerana ia juga makhluk ciptaan Allah. Lagi pula, ia sangat taat pada tuannya. Namun sesungguhnya segala hukum-hakam dalam agama Islam tidak boleh dikias sesuka hati mengikut tuntunan akal dan perasaan. la mestilah berpandukan kepada nas al- Quran, Sunah, limak dan Qiyas yang sahih. Setiap yang digariskan oleh Islam dalam syariatnya adalah membawa kepada kemaslahatan untuk semua. Antara dalil yang paling kuat digunakan sebagai hujah kenajisan anjing ialah sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: Be CAD hreyaoa Ly of si * ALNawawi \|-Majmu’ Syarh al-MNuhazzab, 2/568, Maksudnyé anjing jalah dengan membasuhnya sebanyak tujuh kali, salah satunya dengan tanah’?, ‘Cara penyucian bekas salah seorang daripada kamu, apabila ia dijilat Hadith ini menujukkan bahawa anjing adalah najis. Ini kerana perkatan fohur di awal hadith berkenaan yang bermaksud ‘cara menyucikan atau sucikan’ menunjukkan sifatnya yang bernajis, kerana penyucian hanya diperlukan untuk zat yang bemajis sahaja. Kenajisan anjing dikategorikan oleh fugaha sebagai mughalazah (najis berat) kerana cara penyuciannya yang memerlukan proses samak atau sertu. Walaupun nas hadis di atas menyebut tentang cara penyucian bekas jilatan anjing sahaja, namun sebahagian fuqaha menggunakan kaedah qiyas untuk menyamakan hukum dan cara basuhan tersebut untuk seluruh tubuh anjing. Perintah Rasulullah S.A.W untuk menyucikan bekas yang diminum oleh anjing adalah dalil utama bagi menunjukkan najisnya lidah, air fiur dan mulut anjing. Memandangkan lidah dan mulut adalah anggota utama dimana tanpa lidah dan mulut, haiwan tersebut akan mati kerana tidak boleh mandapatkan makanan dan minuman. Jika lidah dan mulut dikategorikan sebagai najis, maka sudah tentu lain- lain anggotanya — yakni seluruh badannya — adalah najis juga. Lebih dari itu air liur anjing terhasil daripada peluhnya sendiri, maka jika peluh yang keluar dari mulut (yakni air liur) adalah najis, maka sudah tentu peluh yang keluar daripada seluruh badannya adalah najis juga. Maka dengan itu seluruh badan anjing adalah najis. Terdapat juga sepotong hadith yang menjadi petunjuk jelas berkenaan kenajisan anjing: aa 258 19 cl} od alany date abl lie atl oa ai Maksudnya: “Bahawasanya Rasulullah S.A.W. diundang ke rumah satu kaum lalu cad A SI hy eta Bogsl Sy Quah Soa oh 1s AY) 9 Dds Ue oS J BY) baginda memenuhi undangan tersebut, kemudian baginda diundang ke rumah satu * Riwayat Muslim, 1/234, hadith no: 273. kaum yang lain namun tidak baginda memenuhinya. Lalu ditanya kepada baginda kenapa? Baginda menjawab: “Sesungguhnya di rumah si fulan itu ada anjing.” Lalu dikatakan kepada baginda: “Dalam rumah si fulan (undangan pertama) ada kucing. Baginda menjawab: “Sesungguhnya kucing bukan najis". Daripada hadith ini dapat difahami bahawa kucing itu tidak najis, sedangkan anjing itu najis. Berkenaan khinzit pula, kenajisannya termaktub dalam firman Allah yang bermaksud, “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya metainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging khinzir - kerana sesungguhnya ia adalah najis™. Jika daging khinzir adalah najis, sudah tentu keseluruhan badan dan anggota khinzir adalah najis juga. Ini kerana daging merupakan bahagian yang utama bagi seekor haiwan sehingga jika ia najis, sudah tentu selainnya adalah najis. Manakala kaedah penyucian diri atau perkara yang terkena najis khinzir pula, sebahagian ulama berpandangan ia adalah sama seperti mana kaedah penyucian daripada najis anjing iaitu dengan cara menyamaknya dengan tujuh basuhan air dengan salah satu basuhan hendaklah disertai dengan tanah. Ini merujuk kepada cara penyucian daripada bekas jilatan anjing yang disebut di dalam hadith. Secara aiyasnya, jika anjing yang tidak disebut dalam Al-Quran perlu disamak dengan tujuh basuhan, sudah tentu khinzir yang disebut kenajisannya dalam Al-Quran lebih patut disamak dengan tujuh basuhan juga. Pegangan Mazhab A\-Syafiie ini disimpulkan oleh Imam Nawawi melalui kenyataannya®: “Yang disebut najis itu adalah setiap cecair yang memabukkan (arak), anjing, babi dan apa-apa yang lahir daripada keduanya.. HUKUM MENYENTUH ANJING DAN BABI TANPA DARURAT > Rlwayat Daraqutni & Al-Hakim, * Surah ALAn‘am 6:145 ® Khatib Al-Syirbini, Mughni Al-Muhtaj 1/100. Menyentuh anjing atau babi tanpa sebarang sebab yang mendesak adalah haram. Perbuatan ini dinamakan “A-Tadhammukh Bi Al-Najasah” dan dinyatakan sebagai suatu yang dilarang (iaitu haram) jika dilakukan tanpa keperluan seperti menyelamatkan anjing pemburu dari kebakaran. Imam Al-Ramli menyatakan®: pla shy Audailly Gail Maksudnya: “Meletakkan (atau menyentuh) najis pada anggota badan adalah ianya harm’. Mazhab Al-Syafiie dan Hanbali menghukumkan bulu anjing adalah najis. Bagaimanapun, jika bulu anjing itu ering, tidak perlu seseorang itu menyamak pakaiannya atau tangannya apabila terkena sentuhan bulu anjing yang kering, memadai membasuh bahagian tersebut dengan air mutlak. la hanya perlu disamak apabila tersentuh bulu anjing yang basah kerana kenajisan anjing tersebut hanya “mengalir’ ka ianya basah. Dalam pada itu, apabila sesuatu yang kering terkena sama ada badan anjing dan babi yang basah atau terkena anak yang dilahirkan hasil kacukan anjing dan babi atau anak yang dilahirkan hasil kecukan anjing atau babi dengan binatang lain yang halal dalam Islam, maka benda yang terkena itu hendakiah dibasuh sebanyak tujuh kali basuhan yang pertamanya dengan tanah berdasarkan tuntutan Hadith Sahih yang tetah disebutkan. Penyucian benda yang terkena badan anjing ini dikiaskan kepada benda yang terkena badan babi juga perlu disucikan sebanyak tujuh kali, di mana yang pertamanya adalah tanah, kerana babi adalah lebih buruk dan jelek menurut kacamata syarak berbanding anjing. HUKUM MEMELIHARA ANJING Hukum memelihara anjing tanpa sebab-sebab muktabar adalah haram, justeru seseorang muslim tidak boleh menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan (pets). Namun, Islam telah memberi beberapa pengecualian daripada hukum asal ini dan membenarkan anjing dipelihara untuk tujuan berburu, dan menjaga haiwan ternak seperti kambing ataupun menjaga ladang dan kebun. Tetapi untuk ywuhammad Al-Ramil, Nihayah Al-Muhtaj 1/185, Oar Al-Fikr: Beirut 1984. menjadikan anjing sebagai “teman’ yang jinak dan tinggal sebumbung dengan tuannya, Islam tidak membenarkannya dan ia bukanlah suatu situasi keperluan yang mendapat pengecualian hukum. Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah S.AW di dalam hadith: ind ayy US ALAS Ga Ga ane lS sf Matha GAs YY LS tl Ga Maksudnya: “Barangsiapa yang memelihara anjing, kecuali anjing penjaga terakan atau anjing perburuan, maka berkuranganlah (pahala) amalannya setiap hari sebesar girat (ukuran yang amat besar)"”. Berdasarkan hadith di atas, adalah jelas bahawa memelihara anjing tanpa tujuan yang muktabar ‘ait temakan atau berburu adalah diharamkan di dalam Islam. Ini kerana hadith di atas memberi ancaman pengurangan pahala terhadap mereka yang memelihara anjing tanpa sebab syare. Sesuatu perbuatan yang menghilangkan pahala adalah menunjukkan bahawa perbuatan tersebut adalah haram.® Namun, ini tidak bermaksud anjing perburuan disimpan dalam rumah kerana Nabi S.AW telah menegaskan bahawa Malaikat tidak memasuki rumah yang terdapat anjing. Juga dikhuatir jlatan yang sukar dikesan apabila kering. Justeru, mengelak daripada memelinara anjing tersebut di dalam rumah adalah lebih baik. Selain itu terdapat juga Hadith Sahih riwayat Imam Muslim yang memandang pemeliharan anjing tanpa sebab yang dibenarkan sebagai perbuatan keji dibenci Malaikat: cB pla Ale ayaa pling Ale a gl ah J guy ably cd Lgl gic ab lay Anite Ce ose. ail ils La lig 0a Goa LALiLLE Las oa Ay Aaly ply Mo La ell ciplad yd ac dota eco © Liga Gust) Hk JSa pie Atle Ly Ub oye pau Cin als ge I A caudal sols plug Ayle abl plea All gue dlih due clad g. placa ol gy By gua Vg Gus 44 Lig Sal Ui} iy Gob GUS lll culsth piale Ui alt ali 7 Rhwayat Bukhari, 7/87, hadith no: 5482; Muslim, 3/1201, hadith no: 1574. Al-iraqi, Tarh al-Tathrib, 6/29. Maksudnya: “Daripada ‘Aishah r.a. beliau berkata: “Telah berjanji Malaikat Jibril dengan Rasulullah S.A.W akan datang pada satu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak kunjung tiba. Di tangan Nabi S.A.W ada sebatang tongkat, maka baginda melontar tongkat itu sambil berkata: “Tuhan dan Rasul-Nya tidak menyalahi janji’. Kemudian Nabi SAW melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat tidumya. Maka baginda bertanya: “Bila masuknya anjing ini?” ‘Aishah menjawab: “Saya tidak tahu’. Lalu baginda memerintahkan agar anjing itu dikeluarkan. Setelah itu datanglah Jibril dan Nabi S.AW terus bertanya: “Engkau berjanji denganku akan datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang”. Jawab Jibril: “Anjing yang berada di rumahmu yang menghalangi aku, kerana Kami (Malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar’.® Antara alasan-alasan lain bagi larangan menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan adalah’: 1. la menakutkan jiran dan orang yang lalu lalang di luar rumah atau ‘orang yang mengunjunginya. Salakan anjing juga mengganggu jiran tetangga sedangkan seseorang muslim hendaklah menghormati jiran dan memelihara hak-hak mereka. Berkurangnya pahala kepada pemeliharanya. Keengganan Malaikat masuk rumah yang ada anjing. Tabiat anjing yang suka menjilat dan kenajisan jilatan itu mungkin menyukarkan pemeliharanya Kesimpulannya, adalah haram untuk memelihara anjing di rumah, melainkan untuk tujuan muktabar yang termasuk dalam keperluan dan kemastahatan. Antaranya adalah seperti berikut: 1. Perburuan. Ini menunjukkan bahawa anjing yang digunakan bukanlah anjing ‘comel" dijadikan “teman* untuk bermanja, tetapi anjing yang bersifat garang dan ganas atau tahan lasak sehingga sesuai dijadikan untuk berburu.Harus juga diingat, Islam hanya membenarkan pemburuan untuk mendapatkan makanan; bukan memburu kerana ° piwayat Muslim 3/2664, hadith no: 2104. ° al-Asqalani, Fathul-Bari 10/395 sukan, suka-suka dan berseronok-seronok kerana Islam tidak membenarkan haiwan dibunuh atau diseksa atau diusir dari tempat yang lazim mereka tinggal, hanya untuk suka-suka. Untuk dijadikan anjing pemandu jalan seperti untuk orang buta sekiranya amat memerlukan dan tiada orang lain yang dapat membantu. Untuk tujuan keselamatan pihak berkuasa seperti polis dan kastam. Untuk mengawal keselamatan di sekitar rumah. Untuk membantu penternakan haiwan. ANJING ASHABUL-KAHFI DAN PELACUR BANI ISRAEL Bagaimana pula dengan mereka yang berhujah dengan kisah pemuda Ashabul-Kahfi memelihara anjing dan pelacur yang memberi minum air kepada seekor anjing? Terdapat tiga jawapan bagi dakwaan ini: 1 Pemuda Ashabul-Kahfi bukanlah umat Nabi Muhammad S.AW. Mereka adalah umat yang terdahulu yang tidak terikat dengan syariat yang dibawa oleh Rasulullah S.AW. Mereka hanya terikat dengan undang-undang atau syariat yang dibawa oleh Nabi mereka. Sekalipun jika syariat mereka membenarkan memelihara anjing, hukum tersebut tidak terpakai untuk umat Nabi Muhammad S.AW, kerana dalam syariat Nabi Muhammad S.AW, terdapat nas sahih yang mengharamkan seseorang Muslim memelihara anjing tanpa tujuan syarie, atau hidup bergelumang dengan anjing. Berkemungkinan besar pemuda Ashabul Kahfi tersebut memelihara anjing untuk tujuan keselamatan, Selain itu, tiada petunjuk yang menyatakan kisah itu memberi sesuatu nilai dari aspek figh mengenai kenajisan anjing. Pelacur Bani Israel tersebut tidak memelihara anjing yang dimaksudkan. Beliau terlihat anjing itu berlegar-legar mengelilingi perigh kerana kehausan lantas mencedok air menggunakan kasutnya lalu anjing tersebut minum hingga puas. Pelacur tersebut dimasukkan ke syurga bukan dengan sebab memelihara anjing tetapi kerana sifat 8 ihsan dan belas kasihannya serta amal balknya yang menyelamatkan nyawa seekor anjing yang hampir mati. Justeru kisah Ashabul Kahfi dengan anjing mereka dan kisah pelacur Bani Israel yang memberi minum kepada anjing bukanlah hujah untuk menghalalkan memeliharan anjing, kerana hukum-hakam berkenaan hukum memelihara anjing bagi umat ini sudah jelas termaktub dalam nas hadis. ANJING DAN MAZHAB MALIKI Memang benar Imam Malik menyatakan bahawa anjing tidak tergolong dalam kategori najis berat, Tetapi hukum tersebut hanya dari sudut kenajisan badan dan anggota anjing, bukannya dari sudut keharusan memelihara anjing. Adapaun hukum memelihara anjing dan menjadikan anjing sebagai haiwan dan teman kesayangan, Imam Malik bersama-sama dengan ulama-ulama berpandangan bahawa hukumnya tetap haram, Bahkan tiada ulama’ dalam Mazhab Maliki menyatakan digalakkan bertemankan anjing serta bermain-main dengannya. Imam Malik menganggap kebenaran penggunaan anjing hanyalah untuk menjaga binatang temakan, memburu atau tujuan pertanian untuk menjaga kebun atau ladang. Sesiapa melihat perbahasan tentang anjing dalam mazhab Maliki pasti akan mengetahui batasan dan sempadan yang telah ditetapkan. Perlu juga dijelaskan bahawa hukum kenajisan anjing bukanlah pendapat mazhab Syafia sahaja, Adalah suatu kejahilan jika mengganggap hanya mazhab Syafi'ie yang menyatakan anjing itu najis. Hakikatnya, jumhur ulama menyatakan bahawa anjing adalah najis. Malahan, dalam mazhab Maliki sendiri ada yang menyatakan anjing adalah najis sepertimana yang diriwayatkan oleh Sahnun. Sebagai penutup bicara, perhatikan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: ‘Nabi melarang hasil daripada jual beli anjing, hasil pelacuran dan upah kepada tukang tiik”."" Lihat bagaimana sama kejinya keuntungan yang diperoleh daripada jual beli anjing dengan keuntungan orang yang menjual maruah dirinya. plwayat Bukhari, 3/84, hadith no: 2237; Muslim, 3/1198, hadith no: 1567. BENARKAH DAGING ANJING HALAL DIMAKAN? Beberapa hari yang lalu terdengar suata-suara sumbang yang menyatakan bahawa halalnya makan daging anjing, sehingga dirasa perkara ini aneh. Maka masyarakat Islam pun tertanya-tanya, benarkah pendapat tersebut? Dan kalau memang wujudnya pendapat tersebut, mengapa baru diketengahkan ke pengetahuan masyarakat Islam sekarang? Kerana pentingnya permasalahan ini untuk diperincikan secara objektif, maka dalam hal ini penulis berusaha cuba membahaskan isu tersebut menurut disiplin ilmu agar tidak tersasar dalam bingkalan sumber hukum Al-Quran, Al-Sunnah, lima’ dan Qiyas. Semoga tulisan ini dapat dimanfaatkan secara bersama. Daging anjing adalah termasuk “khaba’ith’ (benda keji) yang hukumnya haram untuk dimakan menurut kesepakatan para ulama’. Hal ini sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh beberapa dalil berikut: 4. Anjing termasuk haiwan buas bertaring kuat yang haram untuk dimakan. Jumhur ulama’ bersepakat tentang pengharaman memakan binatang buas yang bertaring kuat, menyerang mangsanya dan menundukkannya, kecuali anjing laut. Ini adalah pendapat Imam Malik, Imam Al-Syafie, Abu Thaur, Ashabul-Hadith termasuklah Imam Ahmad Ibn Hanbal, Abu Hanifah serta sahabat-sahabatnya. Hal ini sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh beberapa hadith Rasulullah: ai cgi abl guy OBA AGS Gl GE SVS al ol GE Eta Ge th og3 JB GET Ce (ot plug date Maksudnya: Diriwayatkan daripada Abu Idris Al-Khaulani_ daripada Abi Tha'labah Al-Khusyani; “Sesungguhnya Rasulullah S.AW melarang memakan setiap binatang buas yang bertaring kuat”.'? ® giwayat Bukinar, 7/96, hadith no: 5530; Muslim, 3/1533, hadith no: 1932 10 BN phic ail gta oF SE Gale cul CE OLGA cw gta CE Ba Ge te gh 85 Elna Ge ol 3 US Ge ang Ae Maksudnya: ari Maimun bin Mahran dari Ibn ‘Abbas bahawa Rasulullah S.AW melarang memakan setiap binatang buas yang bertaring kuat dan 8 setiap burung pemangsa berkuku tajam (buas) ABN iskey GH BE Gal Cc (ARAN Clits Cy BE Le BIS Eta Go i 93 JE OB GB pig Ale att pie Maksudnya: “Dari Ubaidah bin Sufyan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.AW bersabda: “Memakan setiap binatang buas yang bertaring adalah haram”."* Ibn Qudamah Magdisi Al-Hanbali pula berkata dalam kitabnya Al-Mughni: La gb Sal YE LI a pat Gods Game Ua May * Bb teak Jeb. ETUC i Via gf dad Ataky oth te 0984 ill Gas! AFM y «GUSH g « Gully agdlly « pally ¢ audit) Maksudnya: “Dan Hadith ini adalah nas yang soreh (jelas), yang (ga) mengkhususkan"® dari keumuman ayat Al-Quran “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku haram dimakan kecuali bangkai, darah mengalir dan daging khinzir...” maka haiwan yang termasuk dalam kategori ini mencakupi singa, harimau, harimau bintang, serigala, anjing dan khinzir’."® Imam Malik dalam kitabnya Al-Muwatta’ menyebutkan suatu pendapat yang menunjukkan bahawa haiwan tersebut haram menurutnya, laity ® Riwayat Muslim, 3/1534, hadith no: 1934. * Riwayat lbn Majah, 2/3077, hadith no: 3233. » Isiah “mengkhususkan dan pengkhususan” berasal dari kalimah "Takhsis’ anya bermaksud membatasi pengertian umum sesuatu ayat Al-Quran itu atau memberi pengecvalian padanye. * ton Qudamah, AlMughni, 9/408. Fey pendapat yang diucapkan beliau setelah menyebutkan hadith Abu Hurairah diatas. Beliau berkata: “Demikian juga haram menurut kami.”"” 2. Petunjuk diharamkannya jual-beli anjing. Hal ini sebagaimana tersebut dalam sabda Baginda: tet caien tastes BER EN bag dak Clan fot EGS gaten Signy GES Aa gag CG8 cle Gas “Wang hasil jual beli anjing adalah keji, wang bayaran pelacur adalah keji dan upah seorang peramal adalah keji”."® ghia ail Qin Gi ABE ath Gag gg tied Wages ol CAL GIGING BAM 49 cl gd Ge G5 pls 5 ale att Maksudnya: Dari Abu Mas'ud Al-Ansari bahawa sesungguhnya Rasulullah melarang hasil dari jual bell anjing, wang bayaran pelacur dan upah tukang tilik nasib.” Oleh itu, kalau harga dan jual belinya terlarang, maka dagingnya lebih haram untuk dimakan sebagaimana dalam sabda Rasulullah S.A.W: “Sesungguhnya Allah kalau mengharamkan kepada suatu kaum untuk memakan sesuatu, maka (Allah) haramkan harganya (jual beli) atas mereka”.?” 3. Petunjuk diharamkan memiliki anjing adalah berdasarkan hadith bertaraf sahih. Riwayat-riwayat tersebut menegaskan memelihara anjing mengurangi pahala pemeliharanya setiap hari kecuali anjing yang digunakan untuk berburu, menjaga kebun, dan menjaga halwan ternak. Maka jika memelihara anjing tanpa uzur syarak sudah terlarang dan mengurangkan pahala tuannya apatah lagi memakannya. Hal ini diterangkan dalam sabda Rasulullah S.A.W: 7 Malik, Al Muwatta’, 3/710. ® Riwayat Muslim, 3/1199, hadith no: 1568. » Riwayat Bukhari, 3/84, hadith no: 2237; Muslim, 3/1198, hadith no: 1567, ® Riwayat Abu Daud, 3/280, hadith no: 3488. 2 bya plas 9 alo at ghia ait J gia Ob Ae at Gay Balch Al de Wo bd 8 2b) be Galt Asta J} @3 Gh tie cas Sy Le S84) Maksudnya: bersabda: “Barang siapa memelihara anjing, selain anjing untuk memburu, penjaga kebun atau penjaga temak, maka berkurang pahalanya setiap hari ‘Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. satu girat (satu ukuran yang agak besar)’. *" 4, Perintah Rasulullah S.A.W untuk membunuh anjing melalui sabda baginda 4 fou ek eek eee ote & fo eo eek ye BS osish je pity ale a LS 25 Ob Gb ol « io fe Cs Yf ote Cs Maksudnya: “Dari Ibn Umar bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W memerintahkan untuk membunuh anjing, kecuali anjing untuk perburuan, untuk menjaga ternakan”””. Kaedah syarak menetapkan bahawa setiap haiwan yang diperintahkan untuk dibunuh maka haram memakannya seperti kala-jengking, ular, tikus dan gagak. Kaedah ini telah disepakati kesemua mazhab Islam dan tidak ada yang mengingkarinya. SANGGAHAN TERHADAP PANDANGAN YANG MENGHARUSKAN MAKAN DAGING ANJING Pertama sekali perlu diberi penekanan bahawa tidak ada ayat Al-Quran mahupun hadith sahih yang menghalalkan daging anjing sebagai bahan santapan umat Islam, Juga tidak ada mazhab atau aliran Islam yang mengharuskan memakan daging anjing sama ada dari golongan terbesar Ahlus-Sunnah WalwJama‘ah mahupun kumpulan luar dari Ahlus-Sunnah seperti Syiah dan Muktazilah. Apa yang 2 riwayat Bukhari, 7/87, hadith no: $482; Muslim, 3/1201, hadith no: 1574, ® Riwayat Muslim, 3/1200, hadith no: 1571. 2B ditemui ialah pendapat peribadi tokoh-tokoh tertentu yang tidak mempunyai sebarang sandaran yang kuat dan dipertikaikan Pendapat mereka ini hanya dipegangi oleh segelintir ahli ilmu yang sudah lama ditelan zaman. Hanyasanya, pendapat janggal ini “dihidupkan” kembali oleh puak pembuat kacau yang mengatakan halainya atau harusnya setiap binatang buas yang bertaring kuat (anjing contohnya dalam hal ini). Pendapat ini disandarkan kepada beberapa orang Sahabat, Al-Sya’bi, Said bin Zubair dan segelintir ulama’ dari Mazhab Maliki, Mereka mendakwa bahawa haiwan yang diharamkan Allah dalam ayat-ayat tersebut”® hanya terbatas kepada empat saja ialtu: halwan yang mati tidak disembelih, darah yang mengalir, daging khinzir dan binatang yang disembelih dengan nama selain Allah. Selain itu mereka menolak hadith-hadith yang mengkhususkan nas yang bersifat umum pada ayat 145 Surah Al-An’am dengan alasan, bahawa sunnah tidak dapat mengkhususkan ayat yang umum. Pandangan ini disanggah melalui hujah bahawa surah Al-An’am dan Al-Nahl adalah surah Makkiyah, iaitu surah yang diturunkan di Mekah sebelum Rasulullah S.AW berhijrah ke Kota Madinah. Diturunkan ayat-ayat tersebut untuk menolak fahaman orang-orang jahiliah yang mengharamkan “Bahirah” (unta yang dibelah telinganya), “Sa'ibah" (unta yang dilepaskan pada zaman jahiliah untuk suatu nazar dan lainnya), “Wasilah” (anak kambing jantan yang lahir kembar dengan betina) serta "Haami” (unta untuk penjagaan yang dipersembahkan untuk berhala). Selain itu, ayat-ayat tersebut diturunkan untuk menjelaskan kepada mereka bahawa mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram adalah satu perkara yang salah. Maka ketika itu Allah menurunkan ayat bahawa yang diharamkan hanya empat binatang saja. lanya sebagai langkah permulaan dan proses menguatkan pegangan umat Islam secara beransur-ansur. Kemudian setelah Rasulullah S.A.W berhijrah ke Madinah (ketika itu keadaan umat Islam mulai kuat), maka Allah menurunkan lagi beberapa wahyu dalam bentuk Matluw (yang dibaca iaitu Al-Quran) mahupun Ghair Matluw (tidak dibaca seperti Sunnah) memperincikan kategori haiwan yang diharamkan sebagai wahyu tambahan pada apa yang telah diharamkan sebelumnya. Contoh ® surah Al-An‘am 6:145 & Surah A-Nahl 16:125 “ terbaik ialah pengharaman daging keldai yang diwahyukan melalui sunnah bukan Al- Quran. Pengharaman keldai ini diterima sebulat suara oleh semua mazhab Ahlus- ‘Sunnah termasuklah mazhab Maliki, maka mengapa perlu ada pengecualian dalam penerimaan hadith yang mengharamkan haiwan bertaring kuat? Bukankah daging keldai tidak dinyatakan sebagai haiwan yang diharamkan oleh Surah Al-An'am dan Al-Nahl? Tambahan pula surah Al-Ma‘idah (diturunkan di Madinah) telah menambah beberapa lagi kategori haiwan yang haram dimakan. Adakah mazhab Maliki menghalalkan haiwan yang mati dipukul atau tercekik hanya kerana ia tidak diharamkan pada Surah Al-Nahi? Jawapannya sama sekali tidak. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa ayat-ayat pada Surah Al-An’am dan Al- Nahi _memberi garis panduan awal sebelum peristiwa hijrah tidak ada yang dinaramkan selain empat perkara tersebut. Namun kemudian setelah baginda berhijrah ke Madinah, Allah menurunkan lagi beberapa wahyu dalam Al-Quran (seperti Surah Al-Ma‘idah) mahupun sunnah Rasul-Nya S.A.W tentang haiwan yang dinaramkan sebagai wahyu tambahan pada apa yang telah diharamkan di Mekah. ‘Adapun mengenai Firman Allah dalam Surah Al-Bagarah ayat 173”, walaupun ia diturunkan di Madinah, namun ketika itu baginda Rasulullah $.A.W baru sahaja tiba di Madinah. Kita dapati bahawa setelah Islam kuat bertapak di Madinah, barulah Allah menurunkan peraturan tambahan berkenaan haiwan yang halal dan haram dimakan seperti yang termaktub pada ayat 3 Surah Al-Ma‘idah: ‘p28 Sh ss g fi shisl cal shay pe Maksudnya: “Diharamkan bagi kamu haiwan yang tidak disembelih, darah, daging khinzir, haiwan yang disembelih kerana selain Allah, yang mati tercekik, yang mati dipukul, yang mati jatuh dari tempat tinggi, yang mati ditanduk, dan yang mati > »sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kamu bangkal, darah, daging khinzir & binatang yang disembelth untuk selain allah.” 15 dimakan binatang buas kecuali yang sempat kamu sembelih sebelum habis nyawanya...” Sebenarnya daripada ayat ini pun timbul beberapa persoalan apabila kita hubungkan dengan zehir ayat-ayat pada Surah Al-An’am dan Surah Al-Nahl, Jikalau benar dakwaan pihak yang mengatakan haiwan yang diharamkan empat jenis sahaja, mengapa Allah juga mengharamkan setiap haiwan yang tercekik, yang di pukul, yang jatuh, yang ditanduk dan yang diterkam halwan buas serta yang disembelih untuk berhala? Natijah bagi mereka yang mengatakan,"tidak ada haiwan yang diharamkan kecuali apa yang telah tersebut dalam ayat Surah Al-Nahl ..." adalah mereka menghalalkan haiwan yang mati dicekik, atau yang mati melalui kejutan elektrik padahal ini telah disepakati keharamannya oleh para ulama’. Al-Hafiz Ibn Kathir dalam kitabnya Tafsir Al-Quranul-‘Azim, mengulas Surah Al-An'am 6:145 seperti berikut: By gan oH Va ang Ciba pail) Goa ayy Le Gg Naa (phe ZY) ode a gga Leil, bay) pl! Cusla Ys (by SaiLal) Maksudnya: “Sehingga apa saja yang telah disebutkan dalam Surah Al-Ma‘idah dan dalam beberapa petunjuk hadith yang ada (yakni perihal haramnya beberapa jenis makanan yang tidak hanya terbatas empat jenis binatang), telah mengangkatmenggugurkan mafhum ayat ini (dari yang diharamkan hanya empat jenis binatang saja menjadi bertambah lebih dari itu)”.?> Adapun dakwaan mereka yang kedua bahawa sunnah tidak dapat mengkhususkan (melakukan pengecualian) bagi Al-Quran, maka ini perlu

You might also like