You are on page 1of 6

Contoh Teks Pengacaraan Majlis

Teks Pengacaraan Majlis


Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan
Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik 2016
Masa
CUE
ANN

Masa
CUE
ANN

Masa
CUE
ANN

7.45 pagi
Ruangan tempat duduk dipenuhi tetamu.
Pohon kerjasama kepada semua pelajar dan tetamu, agar dapat
memenuhi ruangan kosong yang terdapat di dalam dewan kerana majlis
kita akan bermula sebentar sahaja lagi, terima kasih.
7.50 pagi
Ketibaan Pengarah
Mengumumkan ketibaan YBhg. Pengarah Institut Pendidikan Kampus
Pendidikan Teknik diiringi Ketua Jabatan Sains Sosial dan para pensyarah
masuk ke dewan. Para hadirin dipohon berdiri.
8.00 pagi
Tentatif program Bulan Kemerdekaan Kebangsaan diedarkan
Cermat dulang letak empulur,
Beban terasa jiwaku rentan,
Selamat datang tangan dihulur,
Bulan Kemerdekaan kita raikan.
Belantan suasa hiasi istana,
Cantik berseni ukiran telawi,
Bulan merdeka penuhi nusa,
Kekal tradisi warisan pertiwi.
Yang Berbahagia Pengarah IPGKPT, Dr. Mohamad Nor Bin Mohamad Taib,
Yang Berusaha Timbalan Pengarah IPGKPT, Datin Normah Binti Abdul
Aziz, Yang Berusaha Ketua Jabatan Sains Sosial, Pn. Soon Yean Wan,
ketua-ketua jabatan, para pensyarah, para pelajar, tuan-tuan dan puanpuan yang dihormati sekalian. Assalamualaikum w.b.t dan Salam
1Malaysia.
Angsana gugur rentan berduri,
Kiambang indah mainan puteri,
Merdeka dirai peneguh diri,
Semangat muhibbah insan bestari.
Syukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya maka
kita dapat berhimpun pada pagi ini, sempena Sambutan Bulan
Kemerdekaan peringkat institut yang akan disempurnakan oleh
pengarah IPGKPT sebentar lagi. Tuan-tuan dan puan-puan, seperti yang
kita semua ketahui, Sambutan Bulan Kemerdekaan merupakan salah
satu aktiviti wajib institut dan disambut selama sebulan, iaitu pada
bulan Ogos setiap tahun. Kelainan yang ditonjolkan pada sambutan
bulan kemerdekaan kali ini ialah institut kita bakal menjadi tuan rumah

Masa
CUE
ANN

kepada Majlis Penutupan Rasmi Bulan Kemerdekaan Kebangsaan


peringkat IPG seluruh Malaysia tahun 2016 yang akan disempurnakan
oleh Y.B Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 26 Ogos nanti.
8.00 pagi
Nyanyian 'Negaraku'
Sang bertawi kacak berperi,
Mudik muara lajak ke Jawa,
Sayang pertiwi cintai diri,
Aura bebas menusuk jiwa.
Bagi memulakan majlis hari ini, dengan segala hormat dipersilakan
kumpulan koir, Koir IPGKPT untuk mengetuai nyanyian lagu Negaraku
dengan iringan muzik. Untuk makluman hadirin sekalian kumpulan koir
ini terdiri daripada seramai 30 orang ahli yang dipimpin oleh Dr. Liau
Swee Foong. Hadirin sekalian diminta berdiri. Dengan hormatnya
dipersilakan.

Masa
CUE
ANN

8.15 pagi
Bacaan doa oleh Ustaz Khairullah Bin Mokhtar
Terima kasih diucapkan kepada Kumpulan Koir IPGKPT di atas
persembahan sebentar tadi.
Indah madah merdu suara,
Cantik manis buat pemikat,
Awal bismillah pembuka bicara,
Moga majlis berkat dan rahmat.

Masa
CUE
ANN

Masa
CUE
ANN

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dijemput Al-Fadhil Ustaz
Khairullah bin Mokhtar, pensyarah Jabatan Pengajian Islam dan Moral
untuk mengetuai bacaan doa, dipersilakan.
8.25 pagi
Bacaan ikrar
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Khairullah bin Mokhtar
atas bacaan doa sebentar tadi.
Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar pelajar sempena Bulan
Kemerdekaan Kebangsaan peringkat IPGKPT. Untuk makluman hadirin
sekalian, bacaan ikrar ini bertujuan memperbaharui azam dan janji para
pelajar institut ini untuk bersama-sama kerajaan bagi berganding bahu
memartabatkan maruah bangsa dalam kalangan pelajar sekalian.
Bacaan ikrar ini akan diketuai oleh saudara Muhammad Hafizuddin bin
Maslan selaku Pengerusi Persatuan Sejarah IPGKPT sesi 2015/2016. Para
hadirin dijemput bersama-sama melafazkan ikrar berkenaan. Dengan
segala hormat dipersilakan.
8.40 pagi
Ucapan alu-aluan Ketua Jabatan Sains Sosial
Bacaan ikrar sebentar tadi merupakan simbolik kepada aku janji pelajar
untuk mempertahankan maruah bangsa sebaik mungkin demi

memastikan identiti nasional ini akan terus terpelihara dan tidak ditelan
masa seiring dengan pemodenan kini.
Sesungguhnya usaha untuk mengimplementasikan identiti nasional
dalam diri pelajar bukanlah satu perkara yang sangat enteng. Kerjasama
anggota masyarakat dalam mengukuhkan semangat perpaduan di
kalangan mereka merupakan satu kaedah untuk merapatkan lagi
hubungan silaturrahim pelbagai kaum.

Masa
CUE
ANN

Masa
CUE
ANN

Hadirin sekalian, majlis seterusnya menjemput Yang Berusaha,


Puan Soon Yean Wan Ketua Jabatan Sains Sosial selaku pengerusi
penganjur Sambutan Bulan Kemerdekaan Kebangsaan 2016 untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.
8.50 pagi
Ucapan Yang Berbahagia Dr. Mohamad Nor bin Mohamad Taib
Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang
Berusaha Puan Soon Yean Wan kerana sudi menyampaikan ucapan
beliau itu tadi.
Seterusnya Majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang
Berbahagia Dr. Mohamad Nor bin Mohamad Taib untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan Bulan Kemerdekaan Kebangsaan
peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik bagi tahun
2016. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
9.15 pagi
Persembahan pidato
Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Dengan ucapan
perasmian sebentar tadi, maka rasmilah Sambutan Bulan Kemerdekaan
Kebangsaan peringkat IPGKPT selama sebulan dan kemuncaknya akan
diadakan majlis penutupan rasmi pada 26 Ogos 2016 oleh Y.B Timbalan
Menteri Pelajaran yang akan menutup Sambutan Bulan Kemerdekaan
Kebangsaan ini secara serentak peringkat IPG seluruh negara. Seiring
dengan ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia Tuan Pengarah
sebentar tadi, paluan kompang turut bergema menandakan perasmian
Bulan Kemerdekaan Kebangsaan peringkat Institut Pendidikan Guru
Kampus Pendidikan Teknik. Sepanjang bulan ini, pelbagai aktiviti akan
berlangsung bagi memeriahkan dan menyerikan program pada kali ini.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan mendeklamasikan
sajak kemerdekaan, pertandingan berbalas pantun, menghias kelas
sempena bulan kemerdekaan, pertandingan lakonan tokoh
kemerdekaan antara kelas dan sebagainya.
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan pidato oleh Johan
Pertandingan Pidato Piala Di Raja peringkat IPG Kebangsaan.
Pertandingan ini telah diadakan pada 20 Julai 2016 bertempat di Pusat
Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur dan kita sebagai warga institut ini
berasa bangga kerana beliau telah berjaya menggondol gelaran juara

Masa
CUE
ANN

bagi pertandingan ini. Untuk itu, saya dengan segala hormatnya


mempersilakan saudari Nur Amirah binti Mazlan, Johan Pertandingan
Pidato Piala DiRaja bagi tahun 2016 untuk menyampaikan pidato beliau
bertajuk ' Merdeka Satu Makna Perjuangan'. Dipersilakan
9.20 pagi
Persembahan Caklempong
Terima kasih diucapkan kepada saudari Nur Amirah binti Mazlan kerana
persembahan yang cukup hebat sebentar tadi.
Pada hari ini majlis berasa bertuah kerana buat pertama kali
dalam institut ini, kita dapat menyaksikan persembahan caklempong
daripada Pasukan Caklempong IPGKPT. Pasukan ini baru ditubuhkan
pada tahun lalu diketuai oleh saudara Muhammad Asyraf Aqil bin Zaidi
dan dianggotai seramai 15 orang pelajar dari unit PPISMP BI/RBT
Ambilan Jun 2015. Dengan hormatnya ,sukacitanya saya menjemput
Pasukan Caklempong IPGKPT.

Masa
CUE
ANN

9.45 pagi
Nyanyian lagu-lagu patriotik
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan
caklempong sebentar tadi. Untuk makluman hadirin sekalian, Pasukan
Caklempong Sutera Indah ini bakal menyertai Pertandingan Caklempong
Kontemporari anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia yang bakal diadakan
di negeri Johor Darul Takzimtidak lama lagi. Sama-sama kita mendoakan
kejayaan mereka.
Sekarang tibalah masa kepada acara kemuncak , iaitu
menyanyikan lagu-lagu patriotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang.
Tetapi, sebelum acara nyanyian berlangsung akan dipersembahkan
sebuah gimik kemerdekaan oleh kelas 2PISMP Sejarah kepada kita
semua. Untuk itu, majlis mempersilakan pelajar-pelajar dari 2PISMP
Sejarah untuk menyampaikan gimik mereka yang bertajuk 'Sarjan
Hassan Wira Kita',dipersilakan.

Masa
CUE
ANN

9.55 pagi
Penerimaan Cenderamata Kenang-kenangan.
Sekarang dijemput pula, Tuan Pengarah Institut Pendidikan Guru
Kampus Pendidikan Teknik untuk menerima cenderamata kenangkenangan sebagai tanda kesudian merasmikan majlis Sambutan Bulan

Masa
CUE
ANN

Kemerdekaan Kebangsaan peringkat IPGKPT. Untuk itu, majlis


menjemput Pn. Soon Yean Wan selaku Ketua Jabatan Sains Sosial untuk
menyampaikan cenderamata tersebut . Dipersilakan.
10.00 pagi
Majlis berakhir
Dengan penyerahan cenderamata kepada Tuan Pengarah sebentar tadi,
maka berakhirlah majlis perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan
Kebangsaan perigkat Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik
tahun ini.
Akhirnya saya mewakili jawatankuasa penganjur merakamkan
ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibatmenganjurkan
majlis perasmian SBKK peringkay institut pada pagi ini. Mohon maaf jika
ada salah dan silap sepanjang mengelolakan majlis dan sebelum kita
meninggalkan dewan, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu rasmi
IPGM bersama-sama kumpulan koir institut. Sekian, terima kasih.

You might also like