You are on page 1of 7

PENGENALAN

Kebebasan beragama telah lama wujud di dalam sejarah manusia. kebebasan ini
merupakan salah satu hak asasi manusia yang tidak boleh dihalang oleh mana-mana
pihak dan ianya diiktiraf di kebanyakan negara termasuk Malaysia. Berdasarkan
perlembagaan persekutuan, Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan
Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan, tertakluk
kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya. Hak kebebasan asasi lain terkandung
dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan Perkara 5-13. Pada peringkat
antarabangsa, pengiktirafan diberikan terhadap hak kebebasan beragama antaranya
melalui instrumen antarabangsa seperti Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia 1948
(UDHR 1948) serta Waad Antarabangsa Berkaitan Hak Sivil dan Politik 1966 (ICCPR
1966). Kebanyakan negara menggunakan instrumen ini untuk memberikan hak
kebebasan beragama kepada setiap warganegara namun tahap kebebasan tersebut adalah
berbeza bagi setiap negara.

KONSEP AGAMA DAN KEBEBASAN BERAGAMA


Istilah agama lazimnya membawa maksud kepercayaan kepada tuhan atau
kepercayaan kepada perkara ghaib dan sakti yang berbentuk abstrak(tidak nyata) seperti
dewa, hyang serta amalan yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Menurut pandangan
Harun Nasution, agama dilihat dari sudut muatan atau isi yang terkandung di dalamnya
merupakan suatu bentuk tatacara mengabdikan diri kepada Tuhan yang terhimpun dalam
suatu kitab, selain itu beliau mengatakan bahawa agama merupakan suatu ikatan yang
harus dipegang dan dipatuhi. Tajdab, (1994:37) menyatakan bahawa agama berasal
daripada perkataan a, bererti tidak dan gama, bererti kacau, kucar-kacir. Jadi, agama
ertinya tidak kacau, tidak kucar-kacir, dan teratur.
Istilah kebebasan beragama membawa maksud seseorang itu bebas memilih agama yang
mahu dianuti. Tiada paksaan untuk menganuti mana-mana agama mahupun kepercayaan
oleh mana-mana pihak. Kebebasan beragama adalah suatu kebebasan yang sangat
diperlukan secara mutlak bagi memelihara dan melindungi asas martabat manusia dalam
1

masyarakat. Kebebasan beragama perlu ditetapkan sebagai satu jenis perlindungan paling
minimum yang dapat diterima oleh setiap manusia. Kebebasan beragama turut
merupakan asas kepada sifat semulajadi manusia. Ianya merupakan asas yang penting
dalam kehidupan sosial manusia. Perjuangan bagi mendapatkan kebebasan beragama
mendahului perjuangan lain dalam sejarah perjuangan mendapatkan kebebasan asasi dan
hak semula jadi manusia.

KONSEP PERLEMBAGAAN
Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mempunyai susunan peraturan atau
undang-undang yang perlu diikuti oleh setiap warganegara. Perlembagaan juga
merupakan undang-undang tertinggi yang tidak boleh dipertikai oleh mana-mana pihak.
Peranan perlembagaan adalah memperuntukkan bidang kuasa, memisahkan kuasa
tertinggi di dalam negara, menerangkan hak-hak rakyat yang perlu diperoleh. Profesor
Dicey (dalam Tun Mohd. Salleh Abas, 1997) berpendapat bahawa undang-undang
perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja, iaitu prinsip kedaulatan parlimen dan
prinsip undang-undang.
Perlembagaan wujud daripada desakan dan kehendak negara untuk memperoleh
kestabilan di dalam apa jua keadaan seperti kestabilan politik. Dengan adanya
perlembagaan, garis panduan untuk melakukan apa-apa perkara dalam negara dapat
diwujudkan. Menurut Md. Bohari Ahmad (1997), perlembagaan merupakan satu
dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas negara.

AGAMA RASMI MALAYSIA


Seperti yang tertera di dalam perlembagaan, agama rasmi di Malaysia adalah
agama Islam. Ianya dapat dilihat melalui perkara 3 dalam perlembagaan yang
menyatakan Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain
2

boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Perkara
150 (6A) dalam perlembagaan jelas memelihara agama islam walaupun dalam keadaan
darurat dan memberi kuasa kepada pihak eksekutif untuk membuat undang-undang.
Malaysia meletakkan Islam sebagai agama rasmi, dan tentunya agama ini mempunyai
keistimewaan melebihi agama lain. Sebagai contoh, kerajaan Malaysia mengeluarkan
dana yang besar untuk menyambut hari keagamaan seperti Sambutan Maulidur Rasul,
memberi elaun kepada imam masjid dan guru agama.
Namun, keistimewaan yang diperoleh ini tidak beerti agama lain terus dipinggirkan oleh
kerajaan malah turut diberi perhatian yang hampir sama dengaan agama Islam. sebagai
contoh, kerajaan memperuntukkan dana ketika sambutan hari perayaan yang disambut.
Aktiviti ritual seperti membakar mercun ketika Chap Goh Meh, berarak di tepi jalan
untuk mengangkat Kavadi semasa Thaipusam turut bebas dilakukan tanpa dipertikai oleh
sesiapa.

KEBEBASAN BERAGAMA DI MALAYSIA


Berdasarkan peruntukan-peruntukan dalam perlembagaan, perkara 11 adalah
peruntukan yang menerangkan secara terperinci tentang hak kebebasan beragama di
Malaysia. Seluruh rakyat berhak memilih agama untuk dianuti tetapi untuk kaum
Melayu, mereka wajib menganuti agama islam. Kaum Melayu dilarang untuk menganuti
agama lain kerana setelah mereka dilahirkan, secara automatik mereka menganuti agama
islam. Hal ini selaras dengan konsep dalaman islam sendiri iaitu sesiapa yang keluar
daripada agama islam dan menganuti agama lain digelar Murtad dan boleh dijatuhkan
hukuman. Perlembagaan turut mendefinisikan kaum Melayu sebagai kaum yang
menganut agama Islam dan bertutur bahasa Melayu. Jadi, untuk menjaga sensitiviti ini,
Perlembagaan meletakkan kewajipan untuk menganut agama islam kepada kaum Melayu.
Perkara 11 turut menjelaskan bahawa terdapat pengecualian tertentu dalam hak
kebebasan beragama yang diamalkan. Pengecualian tersebut adalah seperti menghalang
3

penyebaran agama bukan islam di negara ini serta tidak membenarkan mana-mana pihak
menyebarkan risalah berkaitan agama lain. Jika terdapat mana-mana pihak yang berbuat
sedemikian, hukuman akan dikenakan di bawah akta-akta yang telah ditetapkan.
Perlembagaan turut memberi kuasa kepada kerajaan negeri dan keraajaan persekutuan
untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat penganut agama bukan
islam untuk menyebar dan mengembangkan ajaran daan kepercayaan agama mereka
kepada orang islam. Di samping itu, kebebasan yang diberikan untuk menganuti manamana agama ini juga tidak bermakna boleh melanggar undang-undang, mendatangkan
masalah kepada orang awam dan merosakkan akhlak orang lain. Perkara ini
diperuntukkan dalam perkara 11(5) dalam perlembagaan. Peruntukan ini dibuat untuk
mengekalkan keamanan dan kestabilan hidup rakyat yang berbilang kaum serta agama di
negara ini.
Untuk menjelaskan lagi kebebasan beragama ini, kerajaan Malaysia tidak menghalang
pembinaan rumah-rumah ibadat dan buktinya, terdapat banyak rumah ibadat untuk agama
Islam, Hindu dan Buddha khususnya di serata negara. Kerajaan turut menyediakan
bantuan khas untuk membina rumah-rumah ibadat agar penganut agama lain di negara ini
tidak merasa terpinggir dan diberi perhatian oleh kerajaan.

IMPLIKASI KONSEP KEBEBASAN BERAGAMA


Konsep kebebasan beragama membawa banyak implikasi kepada negara terutama
dari segi cuti-cuti rasmi negara. Semenjak Malaysia memperoleh kemerdekaan, Malaysia
telah mengiktiraf cuti pada hari ahad sebagai cuti tradisional untuk penganut agama
kristian. Cuti ini dikecualikan oleh negeri-negeri seperti Kedah, Johor, Kelantan dan
Terengganu untuk menghormati hari jumaat yang dianggap sebagai penghulu segala hari
bagi penganut agama Islam dan menetapkan seluruh negeri berkenaan cuti pada hari
tersebut. Percutian beberapa agama turut diiktiraf sebagaai hari cuti rasmi termasuklah
hari raya puasa bagipenganut Islam, perayaan Thaipusam bagi penganut Hindu, ulang

tahun kelahiran nabi(Maal Hijrah), Hari Wesak(Buddha) dan Krismas bagi penganut
Kristian.
Dari segi pendidikan, implikasi konsep kebebasan beragama adalah kerajaan menetapkan
sukatan pembelajaran agama islam wajib dipelajari oleh pelajar muslim(Islam) manakala
pelajar bukan islam didedahkan dengan kelas moral dan etika sebagai menggantikan
sukatan agama islam yang tidak wajib diambil oleh mereka. namun begitu, bagi sekolahsekolah persendirian, mereka bebas memilih sukatan pelajaran yang berkaitan dengan
agama mereka. Kerajaan memberi kelonggaran kepada sekolah seperti ini namun sukatan
pelajaran tersebut perlu mendapat kebenaran daripada pihak kerajaan terlebih dahulu
sebelum dipelajari.
Perkahwinan dan penceraian turut memperoleh implikasi daripada konsep ini. Penetapan
undang-undang berkaitan perkahwinan dan penceraian dibuat berdasarkan keputusan
sokongan majoriti rakyat Malaysia. Implikasinya adalah orang bukan muslim yang ingin
mengahwini orang muslim hendaklah menganuti islam terlebih dahulu sebelum
perkahwinan tersebut disahkan oleh undang-undang. Sehubungan dengan itu, mereka
perlu melakukan amalan Islam seperti berkhatan dan melafazkan kalimah syahadah
sebelum mereka diiktiraf menganuti Islam. Berkaitan penceraian pula, sekiranya salah
seorang daripada pasangan telah menukar agama baik perempuan tersebut atau lelaki,
maka perkahwinan tersebut serta-merta akan terbatal di sisi undang-undang.

KESIMPULAN
Amalan kebebasan dalam menukar agama adalah berbeza antara sebuah negara
dengan negara yang lain. Justifikasi amalan kebebasan beragama adalah berasaskan sifat
negara itu sendiri sama ada berbentuk teokratik, sekular atau hibrid. Di Malaysia,
Perlembagaan berbentuk hibrid memberikan justifikasi terhadap amalan meletakkan
aturan bagi orang Islam dan bukan islam dalam kebebasan untuk menukar agama. Bagi
orang islam, aturan yang ditetapkan bukanlah bersifat penafian hak atau menghalang
kebebasan individu.
Kesimpulannya, pemilihan atau penukaran agama bagi orang Islam dibenarkan di
Malaysia, namun wujud kesukaran untuk melaksanakannya. Hal ini bergantung pada
pematuhan prosedur yang telah ditetapkan di bawah enakmen negeri dan tidak semua
individu berjaya mendapatkannya.

RUJUKAN
Abdul Aziz Bari.,. (2001). Kebebasan beragama di Malaysia: antara undang-undang,
sejarah, dan politik.
Abdul Aziz Bari.,. (2002). Majlis Raja-Raja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jaffary Awang., & Kamaruddin Salleh.,. Toleransi agama dan perpaduan kaum.
Mohamad Zaidi Abdul Rahman., Nur Hafilah Musa., & Bharuddin Che Pa.,. Asas
toleransi terhadap kebebasan beragama dari perspektif Islam.
Muda Ismail Ab. Rahman.,. Toleransi beragama dan kepelbagaian budaya di Malaysia.
Ariffin, A. (2015). Google.com. Dipetik 25 April 2015, daripada
https://www.google.com/url?
sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=9&cad=rja&uact=8&ved=0CEsQFjAI&
url=http%3A%2F%2Fjurnalkanun.dbp.my%2Fwordpress%2Fwp-content
%2Fuploads%2F2014%2F11%2F4-KebebasanBeragama.pdf&ei=Xaw7VZHsMs2hugT2kIHYBg&usg=AFQjCNHBg0p7y6BnQw
gwV2ZSRFluI7Cpbw

You might also like