You are on page 1of 5

Usaha-usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Memantapkan Perpaduan

dan Integrasi Nasional

Kementerian Pelajaran (KPM) merasakan aktiviti pendidikan mesti memberi


keutamaan kepada usaha memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan di
kalangan rakyat yang boleh dicapai melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan.
Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam sistem
pendidikan bagi melahirkan warganegara yang bertindak bijak menghadapi cabaran
globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan lokal atau tempatan (Abu Bakar, 1994). KPM
yang menyokong hasrat dalam memantapkan perpaduan dan integrasi nasional,
bertanggungjawab memperkukuh perpaduan, membina identiti nasional dan semangat
kebangsaan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan
negara. Fokus KPM dalam memantapkan perpaduan dan integrasi murid dalam
kalangan murid di sekolah mencakupi usaha seperti mengetengahkan dasar perpaduan
dan integrasi nasional dalam Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional (20062010). Pada tahun 2006, Jabatan Perdana Menteri telah mengetengahkan dasar
tersebut dalam Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional (2006-2010) yang
bertujuan untuk memperkukuh lagi perpaduan dan integrasi nasional di kalangan
masyarakat. Pelan tersebut merangkumi falsafah perpaduan dan integrasi nasional
dengan merujuk dasar-dasar Kerajaan yang ada dan berteraskan Perlembagaan,
Rukun Negara dan Wawasan 2020. Ia bertujuan mencapai objektif khusus seperti
memupuk dan meningkatkan semangat perpaduan dan patriotik serta bangga sebagai
rakyat

Malaysia,

mengurangkan

segregasi

kaum

dan

kerenggangan

dalam

perhubungan inter dan intra kaum dan wilayah, meningkatkan toleransi dan
keharmonian antara kaum, meningkatkan integrasi wilayah antara Sabah, Sarawak dan
Wilayah Persekutuan Labuan dengan Semenanjung dan antara negeri-negeri di
Semenanjung dan menghadapi cabaran Wawasan 2020 untuk mewujudkan satu
Bangsa Malaysia yang bersatu padu (Abu Bakar,1994).
Pendidikan merupakan antara aspek penting yang diambil kira dalam merangka
program-program di bawah Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional. Sistem
pendidikan negara harus menyediakan persekitaran serta kemudahan bagi interaksi

dan sosialisasi di kalangan sebilangan besar rakyat yang masih berusia muda dengan
menggalakkan wujudnya satu sistem persekolahan dari peringkat prasekolah hingga ke
peringkat menengah yang menggunakan satu bahasa perantaraan iaitu bahasa
kebangsaan, kurikulum dan kokurikulum yang seragam serta satu jenis peperiksaan
dan pensijilan yang mempunyai pengiktirafan yang sama, menyediakan kemudahan
dan pembelajaran bahasa kaum-kaum utama di negara ini pada peringkat sekolah
rendah dan menengah sebagai satu mata pelajaran pilihan oleh semua pelajar,
mengambil langkah-langkah tertentu bagi membolehkan sekolah-sekolah yang
pelajarnya terdiri daripada satu kaum sahaja seperti sekolah jenis kebangsaan Cina,
sekolah jenis kebangsaan Tamil, sekolah agama atau Sekolah Kebangsaan di kawasan
yang penduduknya satu kaum sahaja, kurikulum sekolah rendah dan sekolah
menengah memberi tumpuan kepada mata pelajaran Sejarah, budaya dan adat resam
kaum-kaum di Malaysia, dan unsur-unsur penting agama dan kepercayaan utama
negara ini, pendidikan dan aktiviti kokurikulum yang menerapkan sikap dan nilai-nilai
yang mendukung kepada pencapaian perpaduan Negara, pendidikan sepanjang hayat
dijalankan oleh pelbagai agensi dan pihak di luar sistem pendidikan formal dalam usaha
memupuk perpaduan menerusi penyerapan unsurunsur perpaduan ke dalam kurikulum
dan kokurikulum dan infrastruktur pendidikan yang mencukupi disediakan di semua
kawasan terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman. (PIPP 2006-2010).
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) ialah hasil ilham Perdana
Menteri, Y.A.B Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi pada tahun 1986, ketika beliau
menjadi Menteri Pelajaran Malaysia. Pada peringkat awal, pelaksanaan RIMUP
tertumpu pada peringkat sekolah rendah dan merangkumi pelaksanaan aktiviti
kokurikulum dan sukan secara bersama oleh pelajar pelbagai kaum. Kefahaman
terhadap konsep serta perancangan aktiviti tidak diberi penekanan secara menyeluruh
pada peringkat negeri, daerah dan sekolah. KPM telah menggerakkan semula RIMUP
dan memberikannya pendekatan yang lebih segar sebagai salah satu langkah untuk
membolehkan pelajar di sekolah yang majoriti pelajarnya terdiri daripada satu kaum
sahaja berinteraksi dan bergaul dengan pelajar pelbagai kaum dari sekolah lain.
Rancangan ini bertujuan menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, guru dan
murid serta warga sekolah dalam aktiviti sekolah. Rasional aktiviti-aktiviti yang

dijalankan adalah bertujuan untuk

mewujudkan sikap kerjasama, tolong menolong,

mewujudkan suasana muhibbah dan hormat-menghormati, melahirkan persefahaman


dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah dan berkongsi kemudahan
peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan khas secara bersamasama. Selain itu, semangat patriotisme secara berterusan dalam kalangan pelajar dapat
dipupuk oleh para guru melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan sempena bulan
kemerdekaan misalnya. Semua aktiviti yang dianjurkan bertujuan menanam rasa cinta
kepada Negara, memupuk semangat perpaduan dan semangat hormat menghormati
serta peka terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum dalam kalangan pelajar. Di
samping itu, penerapan sikap dan nilai-nilai yang murni dapat mencapai perpaduan
negara dan integrasi nasional dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa (Noriati A.
Rashid, 2008)
Kerajaan juga telah menunjukkan usaha dalam memantapkan perpaduan da
integrasi kaum dengan mewajibkan remaja yang berumur 17 tahun ke atas menyertai
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN sememangnya
bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja daripada
masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara. Selaras dengan modul
kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama bagai aur
dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti
berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal
bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk perpaduan
kaum (Ahmad Ali,2015). Pembentukan rakyat yang diharapkan akan dicapai oleh PLKN
adalah selaras dengan falsafah Rukun Negara yang diperkenalkan paa tahun 1991.
Memandangkan negara Malaysia mempunyai masyarakat yang bebilang kaum, agama,
dan budaya, adalah amat perlu dibina satu ikatan kesatuan, iaitu kecintaan pada ibu
pertiwi terhadap kaum remaja yang akan mewarisi kepemimpinan Negara pada masa
depan.

Rujukan

Abidin, M. (2007, Februari 20). Blogspot. Retrieved Ogos 3, 2015, from Falsafah dan
Etika Guru: http://mazvinaras.blogspot.com/2012/09/isu-integrasi-nasionalperpaduan-kaum.html
Abidin, Z. (1980). Pendidikan Ke Arah Perpaduan. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Ahmad, H. S. (1995). Penghantar Sains Politik. Kuala Lumpur: Pelangi Professional
Publisher Sdn. Bhd.
Ahmad, R. (2009, Jun 20). Panduan Malaysia. Retrieved August 2, 2015, from Panduan
Malaysia: http://www.panduanmalaysia.com/2014/07/langkah-langkah-untukmantapkan-perpaduan-kaum-malaysia.html#axzz3jeDQEfc0
Aziz, B. A. (1996). Perlembagaan Sebagai Pernyataan Sejarah dan Nilai-nilai Asal
Negara. Kuala Lumpur: Pelangi Professional Publisher Sdn. Bhd.
Nordin, A. B. (1994). Reformasi Pendidikan dalam Menghadapi Cabaran 2020. Kuala
Lumpur: Nurin Enterprise.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010)
Salleh, A. (1986). Traditional Element of Malaysia Constitution. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Salleh, A. (1997). Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Seman, A. A. (2015). Hubungan Etnik. Kuala Lumpur: Pelangi Professional Publishing
Sdn. Bhd.

You might also like