You are on page 1of 11

A : Preparing a draf (Menyediakan rangka karangan)

Ramai murid yang terus mula menulis karangan dan tidak menyediakan draf karangan mereka
dahulu. dengan menulis draf, murid dapat melihat secara kasar hasil karangan mereka. Dari
situlah mereka boleh memperbetulkan atau menambah dimana yang perlu dan dapat menyiapkan
karangan dalam masa yang diperuntukkan
Langkah 1 Pilih tajuk karangan anda.
Cari isi penting dengan menggunakan kaedah melemparkan soalan iaitu 5W1H. Apakah yang
dikatakan 5W1H?
1. Who (Siapa)
2. What (Apa)
3. Where (Di mana)
4. When (Bila)
5. Why (Kenapa)
6. How (Bagaimana)
Langkah 2
Daripada semua soalan yang dikemukakan di atas, anda seharusnya mencari jawapan yang
sesuai. Jawapan inilah yang akan menjadi main points (isi penting) untuk karangan anda.
Langkah 3
Seterusnya, dari setiap main points tersebut anda perlu hasilkan beberapa sub points (isi
tambahan). Buatlah beberapa sub points untuk setiap main points sekurang-kurangnya 2 atau 3.
Langkah 4
Selepas itu, kembangkan kesemua main points dan sub points supaya karangan anda mempunyai
isi yang banyak, panjang mengikuti kehendak soalan dan menarik untuk dibaca. Untuk
memastikan struktur bahasa adalah betul, anda harus mematuhi subject- verb agreement.

B: Start writing an essay (Mula tulis karangan)

Langkah 5
Mula menulis karangan anda. Pastikan karangan anda mempunyai;
1. Introduction (Pendahuluan)
2. Body (Isi)
3. Ending (Penutup)
Di bahagian Introduction, anda mesti nyatakan;
1. Tajuk karangan anda
2. Definasi tajuk karangan anda
Di bahagian body, bahagikan semua main points kepada beberapa perenggan dan
perengganperenggan itu pula akan diisi dengan sub points yang telah dikembangkan isinya
Di bahagian ending, anda perlu membuat kesimpulan karangan anda. Ia perlulah merangkumi
segala main points yang telah anda bincangkan dalam perenggan-perenggan sebelumnya.
Langkah 6
Periksa ejaan, jumlah perkataan dan format karangan anda. Pastikan ia mengikut kehendak
soalan. Pada bahagian seterusnya saya akan berkongsi pula panduan menulis section A : Directed
Writing

Beberapa tajuk yang perlu diberi perhatian ( TAJUK SELALUNYA DARIPADA BUKU
TEKS):

Isu pendidikan

Pelancongan ( Inap Desa)

Pemeliharaan bangunan bersejarah

Pelaburan dan tabungan

Kenaikan harga barang-barang

Pendatang tanpa izin

Penggunaan bahasa Inggeris

Masalah sosial dalam kalangan remaja

Pencemaran alam

Keselamatan kanak-kanak

Memartabatkan Bahasa Melayu

Kemalangan jalan raya

Perkembangan perhubungan dan komunikasi

Bioteknologi

Semangat kejiranan

Gaya hidup sihat

Hubungan kasih sayang ( Keluarga)

Membaca

Aspek-aspek Yang Dinilai


1. Karangan menepati tema bahan rangsangan.

2. Pengolahan isi, gaya bahasa, penyampaian isi dan kematangan isi dikembangkan.
3. Ejaan dan struktur ayat.
4. Peribahasa, cogan kata atau ungkapan menarik yang digunakan.
5. Isi yang ditulis sama ada yang tersurat atau tersirat.
6. Pendahuluan atau pengenalan.
7. Penutup atau kesimpulan karangan.
8. Tulisan yang jelas.
9. Pemerengganan.
10. Kesantunan bahasa.
Beberapa Kelemahan Yang Perlu Calon Elakkan
1. Pengenalan tidak menarik.
2. Isi tidak menepati tema.
3. Isi tidak dihuraikan.
4. Huraian yang tidak bertepatan dengan isi pokok.
5. Perenggan tidak disusun dengan sempurna.
6. Tulisan buruk sehingga sukar dibaca.
7. Bahasa yang berbelit-belit dan ayat terlalu panjang.
8. Penggunaan perbendaharaan kata yang terhad.
9. Hanya menghuraikan isi tersurat sahaja.
10. Banyak kesalahan ejaan.
11. Isi yang diulang-ulang.
12. Kesalahan tatabahasa seperti sendi nama di, dari dan daripada.

CARA MENGEMBANGKAN PERENGGAN ISI


PANDUAN:
Dua elemen yang perlu diambil perhatian setiap kali membina dan mengembangkan perenggan
isi ialah
A. PERENGGAN EMPAT UNSUR
Setiap perenggan isi hendaklah mempunyai 4 unsur berikut:
1. Unsur 1 (ayat utama)

Mesti menjawab tugasan yang diberikan dalam soalan.

Gunakan ayat mudah.

2. Unsur 2 (ayat huraian)

Pengembangan isi berdasarkan isi utama.

Boleh merangkumi aspek persoalan ( Bagaimana, Mengapa, Di mana)

Penanda wacana yang sesuai.

Gunakan kosa kata, ungkapan atau frasa menarik

3. Unsur 3 (ayat contoh)


Bukti penyokong kepada isi utama dalam bentuk:

Data statistik

Pendapat orang yang sangat dikenali ramai dan dihormati

Penemuan atau kajian saintifik.

Contoh langsung

4. Unsur 4 (ayat penegas)


Sebagai kesimpulan untuk sesuatu isi yang dikemukakan

Penutup kepada perenggan

Menegaskan semula isi utama

Menggunakan penanda

B. AKSESORI KARANGAN
1. Kosa Kata Menarik
2. Penanda Wacana Menarik
3. Ungkapan Menarik
4. Frasa Menarik

CONTOH:
Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan institusi
keluarga (AYAT UTAMA). Institusi keluarga merupakan elemen (KOSA KATA MENARIK)
yang rapat dengan remaja. Sehubungan itu, (PENANDA WACANA) hubungan yang rapat ibarat
isi dengan kuku (UNGKAPAN MENARIK) membolehkan institusi keluarga mengenali,
mengawasi dan menasihati remaja. Selain itu, institusi keluarga hendaklah mewujudkan suasana
harmoni di rumah kerana rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga (FRASA
MENARIK). Sebarang bentuk pertengkaran hendaklah dihindarkan sebaliknya, ketua keluarga
harus mengambil langkah untuk merancang sesuatu yang membina kepada ahli keluarganya
seperti bersembahyang dan makan bersama. (AYAT HURAIAN)

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadhillah Kamsah menyatakan institusi keluarga merupakan
entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja (AYAT CONTOH). Sejajar
dengan itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian maka, adalah penting bagi institusi
keluarga untuk memainkan peranan yang utama agar masalah sosial dalam kalangan remaja
dapat dibendung. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga
merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja (AYAT PENEGAS).

Menulis karangan dengan menggunakan teknik yang mudah


Karangan boleh dianggap sebagai diri penulisnya. Tanggapan dibuat demikian kerana
unsur-unsur yang membina karangan perkataan, frasa, klausa dan ayat, idea atau isi
serta pengetahuan atau pengalaman berpunca sepenuhnya daripada penulisnya.
Sekiranya penulis tidak menguasai semua unsur tersebut, karangan berkenaan tidak akan
sempurna.
Karangan juga persis manusia, perlu mempunyai kepala, bahagian tengah dan anggota
bawah untuk menjadi manusia yang lengkap fizikalnya. Hal ini kerana setiap karangan perlu
mempunyai pendahuluan, isi dan penutup. Anggota-anggota badan manusia itu pula perlu
berada di tempatnya yang sebenar atau biasa. Demikianlah juga halnya dengan karangan.
Bahagian-bahagian karangan berkenaan didirikan oleh perenggan.
Didapati bahawa kegagalan calon peperiksaan di peringkat Penilaian Menengah Rendah
(PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mendapat markah yang tinggi banyak
disumbangkan oleh kertas karangan. Pelajar mungkin mempunyai idea, tetapi mempunyai
masalah untuk menyampaikan idea tersebut. Oleh yang demikian, pelajar sebenarnya
menghadapi masalah untuk mengarang. Masalah ini timbul disebabkan pelajar tidak
menguasai suatu cara asas atau kemahiran untuk menulis karangan. Pelajar sebaik-baiknya
ditunjukkan langkah atau teknik menulis setiap perenggan supaya mereka dapat menulis
karangan dengan berkesan.
Mengetahui Kehendak Karangan
Setelah memilih tajuk karangan yang dirasakan dapat dikuasai isi atau faktanya dengan
baik, pelajar perlu mengetahui idea pusat karangan itu. Idea pusat ialah perkara atau isu
yang ingin dibincangkan, atau idea keseluruhan, atau tema. Dalam kata lain, pelajar perlu
mengetahui kunci, iaitu kehendak sesuatu tajuk. Ini untuk memastikan pelajar menulis isi
yang tepat dan terelak daripada terpesong isi atau terkeluar daripada tajuk.
Membina Perenggan
Setiap karangan harus mempunyai perenggan-perenggan tertentu. Untuk pendahuluan dan
penutup, masing-masing dibina oleh satu perenggan. Untuk isi, jumlah perenggan
bergantung kepada jumlah isi utama atau isi besar. Jumlah isi utama yang dianggap
memadai untuk sesebuah karangan ialah tiga atau empat. Satu perenggan hendaklah
dibangunkan oleh satu isi utama sahaja. Sekiranya terdapat tiga isi utama, maka jumlah
perenggan untuk isi ialah tiga juga. Dengan yang demikian, karangan tersebut biasanya
mempunyai lima atau enam perenggan. Pembinaan perenggan yang tersusun menjadikan
karangan berkenaan menarik untuk dibaca, malah menggambarkan bahawa pelajar
menguasai teknik penulisan yang berkesan.

Untuk memudahkan pelajar membina perenggan, pelajar harus menentukan jumlah ayat
yang perlu ditulis. Untuk peringkat PMR, sebaik-baiknya tiga atau empat ayat, manakala
untuk SPM, seelok-eloknya dibina lima ayat. Ini penting untuk mengimbangkan huraian dan
juga jumlah perkataan bagi keseluruhan karangan.
Perenggan Pendahuluan
Perenggan pendahuluan memperkenalkan tajuk karangan kepada pembaca. Maknanya,
dalam perenggan ini belum terdapat sebarang isi, tetapi menyatakan hal yang berkait rapat
dengannya.
Pendahuluan boleh dibina dengan tiga hingga lima ayat. Karangan bermula dengan ayat
pengenalan. Satu ayat pengenalan dikira sudah memadai. Ayat ini akan membawa pembaca
untuk memahami tajuk dan isi secara umum. Ini diikuti oleh dua atau tiga ayat huraian,
yang merupakan ayat yang menyokong atau menghuraikan kenyataan dalam ayat
pengenalan. Perenggan ini diakhiri oleh satu ayat fokus, yang membawa pembaca secara
tegas kepada tujuan atau arah karangan, iaitu persoalan yang hendak dibincangkan dalam
bahagian isi nanti.
Lihat contoh pendahuluan di bawah:
(1) Akhir-akhir ini didapati bahawa kualiti air semakin terancam. (2) Banyak kes
pencemaran air dilaporkan berlaku di sana-sini yang sangat membimbangkan kita.
(3) Bukan sahaja air sungai atau laut yang tercemar, malah sekarang melibatkan air
yang diproses di loji pembersihan. (4) Fenomena ini akan mengancam kesihatan dan
keselamatan sesiapa yang menggunakannya. (5) Masalah ini terjadi adalah
disebabkan oleh sikap anggota masyarakat sendiri yang tidak memberikan perhatian
terhadap kebersihan sumber alam tersebut.
Dalam perenggan di atas, ayat (1) ialah ayat pengenalan, manakala ayat (2) hingga ayat
(4) ialah ayat huraian. Ayat (5) pula merupakan ayat fokus, yang memberikan bayangan
paling dekat terhadap inti tajuk, "sikap masyarakat merupakan penyebab pencemaran air".
Perenggan Isi
Jumlah perenggan isi bergantung kepada jumlah isi utama. Satu isi utama dihuraikan dalam
satu perenggan supaya karangan lebih kemas dan memudahkan pemeriksa mengenal pasti
isi utama dan isi sampingan. Penyusunan isi utama pula mengikut kepentingan, iaitu yang
lebih penting atau dapat dihuraikan dengan jelas hendaklah didahulukan.
Setiap perenggan isi boleh dihuraikan dengan empat atau lima ayat. Perenggan isi
dimulakan dengan satu ayat topik, iaitu ayat yang menyatakan isi utama. Bagi pelajar yang
sudah cekap mengarang, ayat topik boleh juga diletakkan di tengah atau bahagian akhir
perenggan. Tetapi, untuk memudahkan pelajar membuat huraian, lebih baik diletakkan
pada awal perenggan. Ini diikuti oleh dua hingga empat ayat huraian. Ayat ini mengandungi
isi sampingan atau sokongan kepada ayat topik, dan kadangkala termasuk contoh yang
difikirkan sesuai.
Contohnya, pelajar boleh menulis satu perenggan isi sebagaimana yang berikut:

(1) Satu daripada sikap sebilangan anggota masyarakat kita adalah tidak
mementingkan aspek kebersihan persekitaran dalam kehidupan sehari-hari. (2)
Mereka tidak suka kepada sampah-sarap, tetapi mereka mengambil mudah urusan
membuang sampah. (3) Dengan sikap ini mereka menjadikan longkang, sungai dan
tasik sebagai tong sampah, sebagaimana yang lazim berlaku di perkampungan
setinggan. (4) Hal ini bukan sahaja menyebabkan air sungai atau tasik tercemar,
tetapi juga memudahkan terjadinya banjir kilat kerana laluan air tersekat ketika
hujan.
Ayat (1) merupakan ayat topik, iaitu yang menyatakan isi utamanya, "sikap masyarakat
yang tidak mementingkan kebersihan". Ayat-ayat berikutnya merupakan ayat huraian, iaitu
ayat (2) dan (3) memberikan contoh sikap yang dinyatakan, manakala ayat (4)
menerangkan akibat daripada sikap tidak bertanggungjawab tersebut.
Perenggan Penutup
Perenggan ini berfungsi membuat rumusan secara keseluruhan segala idea yang telah
dicurahkan dalam perenggan-perenggan sebelumnya. Pelajar boleh membina perenggan ini
dengan menggunakan tiga hingga lima ayat. Perenggan ini tidak seharusnya mengulang
kembali apa yang telah dituliskan dalam perenggan pendahuluan. Beberapa cara menulis
penutup yang mudah adalah seperti menyatakan semula, membuat ramalan dan membuat
syor. Walau bagaimanapun, pemilihan teknik penutup perlulah sesuai dengan jenis
karangan.
Menyatakan semula
Melalui teknik ini pelajar boleh menyebut atau mengulang kembali semua hujah yang
dikemukakan sebagai isi utama secara ringkas. Contohnya:
(1) Sebenarnya banyak usaha yang telah dilakukan oleh pihak tertentu untuk
membanteras pencemaran air. (2) Namun usaha tersebut tidak banyak membantu
kerana sikap masyarakat yang tidak mementingkan kebersihan persekitaran. (3)
Projek pembangunan yang rancak dijalankan di sana-sini tanpa mengambil kira
kesannya terhadap alam sekitar pula menyebabkan berlakunya hakisan tanah yang
teruk yang mampu menjejaskan kualiti air di sungai atau tasik, dan keadaan
tersebut lebih teruk apabila kebanyakan ahli masyarakat yang tidak suka mematuhi
peraturan yang digubal oleh pihak berkuasa.
Perenggan penutup di atas memuatkan tiga isi utama.
Membuat ramalan
Dengan penutup cara ini, pelajar menghuraikan kemungkinan yang akan berlaku.
Sikap sedemikian jika dibiarkan berterusan boleh mengakibatkan kesan yang serius.
Pelbagai jenis penyakit bawaan air yang sukar dikawal akan merebak dengan cepat,
dan menjejaskan kesihatan penduduk. Selain itu, hal ini akan membabitkan
peruntukan kewangan yang tinggi, bukan sahaja untuk mengubati pelbagai penyakit
tersebut, tetapi juga untuk memulihkan sungai, tasik atau laut yang tercemar.

Dalam perenggan penutup tersebut, dua ramalan dibuat, iaitu dalam dua ayat terakhir.
Memberikan syor
Melalui teknik ini pelajar menutup karangan dengan memberikan cadangan yang dikira
munasabah. Dua cadangan dianggap mencukupi. Walau bagaimanapun, teknik ini tidak
sesuai dengan karangan yang sudah meminta langkah atau cara untuk menyelesaikan
sesuatu isu. Hal ini kerana pelajar telah menyatakannya dalam perenggan isi, walaupun
berlainan. Contoh penutup jenis ini adalah sebagaimana di bawah ini:
Jelaslah bahawa sikap masyarakat menyebabkan pencemaran air berleluasa di
mana-mana sahaja. Untuk mengatasinya, kesedaran masyarakat terhadap
kebersihan perlu dipupuk. Kempen, ceramah dan pertandingan perlu dijalankan dari
semasa ke semasa sehingga masyarakat dapat mendisiplinkan diri dalam aspek
kebersihan. Selain itu, peraturan yang sesuai perlu digubal, ditambah atau diubah
suai. Dalam masa yang sama, penguatkuasaan yang tegas wajib dilaksanakan untuk
memastikan segala program mencapai matlamatnya.
Unsur-unsur Lain yang Penting
Kebanyakan pelajar, khususnya golongan pelajar yang lemah, tidak menitikberatkan hal-hal
teknikal dan unsur tatabahasa tertentu. Selain teknik menulis, hal-hal ini juga sangat perlu
diberikan perhatian untuk menghasilkan karangan yang berkesan.
Mematuhi jenis karangan dan format
Sesetengah jenis karangan memerlukan pendekatan yang berlainan. Karangan
perbincangan perlu diolah secara membincangkan sesuatu isu, seperti tajuk contoh di atas,
berbeza dengan karangan berbentuk cerita atau pengalaman. Manakala karangan yang
berformat surat kiriman, syarahan, ceramah, perbahasan, wawancara dan seumpamanya
perlu mematuhi format yang telah ditetapkan.
Bahasa yang berkesan
Bahasa yang tidak berkesan akan melemahkan karangan walaupun mempunyai isi yang
kuat. Unsur utama bahasa yang perlu diberikan perhatian ialah pembinaan ayat serta
pemilihan frasa dan perkataan yang sesuai. Sebaik-baiknya karangan dibina dengan ayat
yang pelbagai jenis atau struktur, iaitu campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk, ayat
songsang, ayat biasa, ayat aktif, ayat pasif dan ayat-ayat lain yang sesuai. Frasa yang
dibina perlu mengikut Hukum D-M. Manakala perkataan yang dipilih perlu tepat atau jelas
untuk menggambarkan sesuatu, misalnya perlu dibezakan di antara ramai dengan banyak.
Imbuhan juga harus digunakan dengan berhati-hati supaya sesuai dengan kata dasar dan
maksud yang ingin disampaikan.
Ejaan dan tanda baca
Didapati kebanyakan pelajar mengabaikan aspek ini. Ejaan perlu diberikan perhatian kerana
setiap kesalahan ejaan akan dipotong setengah markah

sehingga tidak lebih daripada lima markah untuk keseluruhan karangan. Ini termasuklah
penggunaan tanda sempang (-) pada kata ganda. Tetapi markah tidak dipotong untuk
kesalahan berulang. Banyak pelajar yang tidak menggunakan tanda koma (,), malah tidak
juga menurunkan tanda noktah (.) di akhir ayat. Didapati tanda-tanda bacaan yang lain
seperti noktah bertindih (:), noktah berkoma (;), dan sempang (-) pula tidak dipedulikan
langsung. Tanda-tanda ini jika digunakan di tempat yang tidak sesuai akan menyebabkan
ayat yang dibina membawa maksud yang lain, atau salah sama sekali.
Jelasnya, menulis karangan seperti kegiatan lain juga bukanlah kerja yang rumit sekiranya
kita memiliki tekniknya. Teknik penulisan boleh diubah suai mengikut kemampuan diri
sendiri. Pelajar perlu membiasakan diri dengan teknik tersebut. Pembiasaan boleh dilakukan
dengan sentiasa mempraktikkannya, iaitu dengan cara rajin menulis karangan.

You might also like