You are on page 1of 4

Kertas Kerja Cadangan Mengubahsuai Bilik

Bilik Mesyuarat Sebagai Bilik Guru SK Cheneh Baru 2


1. LATAR BELAKANG PROJEK
Projek pengubahsuai bilik menyuarat sebagai bilik guru merupakan satu cetusan
idea yang telah dikemukakan oleh guru besar baru iaitu En Ishak Bin Idris dengan
sokongan semua guru. Idea ini tercetus setelah beliau merasakan bahawa kantin yang
sering digunakan sebagai tempat perhimpunan dan pelbagai program sekolah adalah tidak
sesuai kerana ianya boleh merosakkan meja kantin kerana kerap dialih setiap kali kantin
digunakan untuk pelbagai program.
2. OBJEKTIF PROJEK
Cadangan pelaksanaan projek mengubahsuai bilik menyuarat dan kelas pemulihan
sebagai bilik guru menggantikan bilik guru sedia ada yang akan diubahsuai menjadi
dewan. Ianya adalah penting berdasarkan pertimbangan berikut:
2.1 Kantin yang digunakan sebagai dewan perhimpunan dan untuk lain-lain program
sekolah difikirkan tidak sesuai kerana ianya menggangu pelajar-pelajar untuk makan
pada waktu rehat.
2.2 Kekerapan menggunakan kantin menyebabkan berlakunya kerosakkan kepada kerusi
dan meja kantin kerana kerap dialih-alihkan.
2.3 Memerlukan banyak masa untuk persiapan tempat bagi setiap program sekolah
kerana guru-guru terpaksa mengemas meja dan kerusi kantin sebelum sesuatu majlis
berlansung.
3. SKOP DAN KOMPONEN PROJEK
Cadangan projek pembinaan ini melibatkan ubahsuai bilik mesyuarat dan bilik mesyuarat
bersebelah pejabat yang sedia ada seperti berkut:
3.1 Memecahkan dinding bilik mesyuarat dengan bilik pemulihan supaya keluasan dapat
menampung keseluruhan guru.
3.2 Menambah pintu pada bahagian belakang.

4. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DJANGKA DARI PROJEK


Pelaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut:
4.1 Bilik guru sedia ada boleh dijadikan sebagai dewan perhimpuan, sebagai dewan
peperiksaan bagi calon-calon UPSR dan lain-lain program sekolah.
1

4.2 Memberi kemudahan dan keselesaan kepada guru-guru kerana bilik mesyuarat sedia
ada merupakan bilik berhawa dingin.
5

IMPLIKAS SEKIRANNYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN


Pelaksaan projek ini adalah sangat penting dan memberi implikasi yang besar sekiranya
tidak dapat dilaksanakan seperti:
5.1 Boleh menyebabkan kerosakkan kepada meja dan kerusi kantin berikutan kerap
dialihkan untuk program seperti perhimpunan pagi dan seumpamanya.
5.2 Memerlukan banyak masa untuk mengalihkan meja-meja dan kerusi. Keadaan ini
amat merugikan masa guru-guru dan pekerja sekolah yang terpaksa mengalihkan
meja-meja dan kerusi setiap kali ingin menggunakan dewan.

LAMPIRAN GAMBAR BERKAITAN PROJEK YANG DCADANGKAN

2
Bilik Pemulihan disebelah bilik mesyuarat yang dicadangkan diubahsuai
sebagai bilik guru

Bilik Pemulihan di sebelah bilik mesyuarat yang dicadangkan diubahsuai


sebagai bilik guru

Bilik Kesihatan disebelahan bilik guru sedia ada yang dicadangkan sebagai bilik
pemulihan

Bilik guru sedia ada yang dicadangkan diubahsuai sebagai dewan

Kantin yang sering digunakan sebagai dewan perhimpunan dan lain-lain program
sekolah

You might also like