You are on page 1of 3

LAPORAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh : 10 Januari 2016 (Ahad)


Masa

: 8.00 Pagi

Tempat : SK Kampong Baharu Felda Neram 1

Sambutan

Maulidur

Rasul

SAW

peringkat

sekolah

bagi

tahun

2016M/1437H yang bertemakan "Rakyat Muafakat Negeri Berkat" telah diadakan


pada 10 Januari 2016 bertempat di SK Kampong Baharu Felda Neram 1. Sambutan
ini dianjurkan oleh Panitia Agama Islam Sekolah Kebangsaan Kampong Baharu
Felda Neram 1. Ianya melibatkan semua warga sekolah iaitu murid-murid pra
sekolah hingga tahun enam serta semua kakitangan guru dan bukan guru serta
ibubapa pelajar.
Majlis pada pagi itu dimulakan dengan sesi perhimpunan guru dan murid bagi
menerangkan perjalanan aktiviti pada hari itu. Seterusnya, perarakan

disertai

dengan bacaan selawat beramai-ramai. Saya telah ditugaskan sebagai AJK


dokumentasi untuk majlis sambutan di SK Kampong. Baharu Felda Neram 1.
Majlis sambutan diserikan lagi dengan kehadiran penceramah jemputan iaitu
Ustaz Mohd Rumaizi bin Mamat@ Mohd Nor. Beliau merupakan seorang guru dari
Sekolah Kebangsaan Felda Neram yang mana beliau berasal dari Manir Kuala
Terengganu. Beliau mempunyai pengalaman mengajar selama 19 tahun dan beliau
baharu sahaja menamatkan Master Islamik Study atau pengajian Islam. Beliau
menyampaikan ceramah mengenai sifat-sifat terpuji Rasulullah SAW yang patut
dicontohi dan diteladani oleh semua murid. Ceramah yang bermula pada jam 9.00
pagi telah diakhiri tepat pada jam 10.00 pagi.
Pengacara majlis iaitu En Wan Ahmad Fairuz telah membuat ulasan daripada
ceramah tadi dan memberi nasihat serta peringatan di atas kelemahan dan sikap
buruk segelintir murid. Beliau menegaskan supaya para pelajar mencontohi sifat
Rasulullah SAW yang baik lagi terpuji di dalam mencapai kesejahteraan, kejayaan

dan kecemerlangan diri di dunia juga akhirat. Selain itu majlis juga telah menjemput
tuan guru besar untuk menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Rumaizi sebagai
tanda mengucapkan ribuan terima kasih.
Sebaik sahaja ceramah selesai, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian
hadiah kepada murid yang telah menyertai dalam pertandingan membina sepanduk.
Alhamdulillah penyertaan amat menggalakkan. Seramai 15 orang murid yang telah
berjaya dalam pertandingan tersebut.
Semua murid dari prasekolah hingga tahun 6 akan menikmati makanan yang
telah disediakan serta diiringi oleh guru yang bertugas. Walaupun berlaku sedikit
masalah namun Alhamdulillah ia dapat di selesaikan.
Setelah rehat semua murid masuk ke kelas dan belajar seperti biasa.

Laporan disediakan oleh,

Disahkan oleh,

...........................................................
(ROHANA BT ABDUL RAHMAN &
WAN AHMAD FAIRUZ B. ZULKIFLI)
AJK Dokumentasi,
SK Kg Baharu Felda Neram 1
24060 Kemaman Terengganu

..........................................................
(EN MOHD RAZALI BIN MAT HUSIN)
Guru Besar,
SK Kg Baharu Felda Neram 1,
24060 Kemaman Terengganu

You might also like