You are on page 1of 1

dilakukan agar bahasa itu sentiasa

"sihat", iaitu kuat untuk terus membina


peradaban masyarakat/ bangsa yang
menuturkannya
sebagai
bahasa
pertama/ibunda, dan juga sentiasa
perkasa selaku bahasa negara bagi
entiti politik yang diwakilinya.
Pemupukan bahasa Melayu, sejak
diangkat menjadi bahasa negara,
dalam kedudukannya sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi, pada
tahun 1957 apabila merdeka hingga
kini, melibatkan pelbagai aktiviti.
Aktiviti itu merangkum dua hal yang
utama.
Yang
pertama
ialah
perancangan korpus bahasa Melayu
yang rata- ratanya melibatkan tulisan,
ejaan, kosa kata, istilah, sebutan dan
nahu. Yang kedua ialah perancangan
status bahasa itu yang antaranya
membabitkan pembinaan imejnya
sebagai bahasa utama di negara ini.
Dari segi perancangan korpus
bahasa Melayu, pembinaan ragam
baku yang lebih dikenali sebagai
bahasa standard merupakan aspek
yang
paling
penting.
Hal
itu
merupakan
ragam
yang
penggunaannya ditetapkan dalam
buku gaya dan nahu, selain kamus
yang berwibawa. Selaku bahasa
standard, bahasa Melayu perlu
digunakan
untuk
mendukung
beberapa fungsi komunikasi negara.
Antaranya termasuklah selaku bahasa
rasmi, bahasa pengantar, bahasa
persuratan, bahasa saintifik/ ilmu dan
bahasa perundangan.
Dalam
konteks
komunikasi
negara, bahasa Melayu yang baik dan
betul perlu digunakan. Dengan kata
lain, bahasa standard perlu digunakan
agar ejaan, diksi dan nahu bahasa itu,
lebih-lebih
lagi
semasa
penggunaannya
dalam
domain
rasmi/formal, sentiasa terpelihara
mutunya. Hal itu dikatakan demikian
kerana imej

13 PELITA BAHASA JULAI 2009

kualiti bahasa Melayu yang digunakan


dalam domain rasmi/ formal bukan
sahaja perlu dijaga pada setiap waktu,
tetapi yang lebih penting lagi ialah
penggunaan yang berkualiti itu dapat
memberikan wibawa kepadanya.
Malangnya,
kerancuan
dalam
bahasa
Melayu
semasa
digunakan dalam domain rasmi/ formal
berleluasa sekali, lebih- lebih lagi akhirakhir ini dengan berlangsungnya
beberapa
proses
sosial/budaya,
seperti globalisasi, modenisasi dan
liberalisasi. Untuk mengatasi masalah
kerancuan
itu,
pemurnian
bahasa
itu,
khususnya yang
berkaitan dengan penguatkuasaan
penggunaan bahasa standard, perlu
ditingkatkan. Pemurnian itu, antaranya,
dapat dilakukan melalui mekanisme
formal, iaitu piawai penggunaan
bahasa Melayu yang baik dan betul
ditetapkan dalam buku panduan
tentang gaya dan nahu, serta dalam
ruangan akhbar tentang pemelajaran
bahasa Melayu.

Dalam konteks pemurnian itu,


penggunaan bahasa Melayu
yang baik dan betul
sebenarnya penting dalam
komunikasi negara, bukan
sahaja untuk komunikasi yang
berkesan, tetapi yang lebih
penting lagi adalah untuk
maruah bahasa itu sendiri,
yang digunakan dalam domain
rasmi/ formal, supaya berada
dalam keadaan unggul pada
setiap masa.
Dalam konteks pemurnian itu,
penggunaan bahasa Melayu yang baik
dan betul sebenarnya penting dalam
komunikasi negara, bukan sahaja

untuk komunikasi yang berkesan,


tetapi yang lebih penting lagi adalah
untuk maruah bahasa itu sendiri, yang
digunakan dalam domain rasmi/formal,
supaya berada dalam keadaan upggul
pada setiap masa.
Selain rawatan dalam tbffltuk
pemurnian bahasa, bahasa
Melayu perlu juga dirawat dari segi
pemulihan, yakni kembali kepada
keadaan biasa/semula. Untuk hal itu,
peranan bahasa Melayu yang sebelum
ini digunakan untuk mengungkapkan
komunikasi negara dalam bidang
moden, seperti sains dan teknologi,
tetapi kini diambil alih oleh bahasa
Inggeris, perlu dikembalikan. Dengan
kata lain, status bahasa Melayu selaku
bahasa moden perlu dikembalikan
kepadanya.
Selaku bahasa moden, sesuatu
bahasa itu didapati mampu
mengungkapkan segala macam hal,
baik yang konkrit mahupun yang
abstrak, dalam apa-apa jua bidang
ilmu. Bahasa Melayu sudah lama
mencapai status moden itu. Dalam
ekologi bahasa yang menggunakan
bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu
dan bukan lagi sebagai bahasa
sumber ilmu, bahasa Melayu akan
menjadi tidak penting lagi. Hal itu
dikatakan demikian kerana prestij yang
ada pada bahasa Inggeris selaku
bahasa
antarabangsa/dunia,
berbanding dengan bahasa Melayu,
bukan sahaja akan menyaingi bahasa
Melayu, tetapi juga akan meranapkan
imejnya.

Sehubungan dengan itu, yakni


persaingan antara bahasa
Melayu dengan bahasa Inggeris,
sudah t e n t u m a s y a r a k a t
m e m p u n y a i persepsi bahawa
bahasa Inggeris lebih mampu
menyediakan ganjara

You might also like