You are on page 1of 3

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Latar Belakang

Teh merupakan bahan minuman yang terkenal di dunia. Ia adalah bahan


minuman penyegar dan menyihatkan tubuh badan. Teh dikenali sebagai
minuman yang berkhasiat untuk kesihatan badan. Budaya meminum teh
berasal dari China sejak tahun 2737 S.M., iaitu pada pemerintahan
Kaisar Shen Nung yang dikenali sebagai raja tanaman ubat tradisional
China. Di Shizuoka, Jepun penduduknya dikenali sebagai peminum teh
hijau kerana mereka gemar meminumnya sejak zaman nenek moyang
dan amalan ini telah menjadi satu tradisi. Hasil daripada kajian
menunjukkan angka kematian akibat penyakit berbahaya seperti kanser
dan jantung di kawasan Shizuoka lebih rendah berbanding kawasan lain
yang tidak mengamalkan minuman teh hijau (Mitscher & Dolby,1998).
Bahan kimia dalam daun teh dikategorikan kepada empat
kelompok iaitu substansi fenol, substansi bukan fenol, substansi
penyebab aroma dan enzim. Substansi fenol terdiri daripada katekin
(polifenol) dan flavanol manakala substansi bukan fenol terdiri daripada
karbohidrat, pektin, alkaloid, klorofil dan zat warna lain, protein dan asid
amino, asid organik, substansi resin, vitamin (vitamin C,K,A,B1 dan B2)
dan substansi mineral (magnesium, kalium, flour, natrium, zink, kalsium,
mangan, kuprum, trace mineral). Bagi substansi penyebab aroma terdiri
daripada karbosilat, fenolat, karbonil dan neutral bebas karbonil. Bagi
enzim

pula

terdiri

daripada

invertase,

amilase,

B-glukosidase,

oximetilase, protease dan peroksidase (Andi & Izzah, 2008).


Teh hijau mengandungi polifenol termasuklah flavanol, flavandiol,
flavonoid dan asid phenolik. Kelompok terbesar bagi polifenol teh hijau
adalah flavanol dan ia juga dikenali sebagai katekin (Azam et al., 2004).
Katekin teh hijau terhasil daripada tindak balas biologi katekin (C),

epikatekin (EC), galokatekin (GC), epigalokatekin (EGC), epikatekin galat


(ECG), galokatekin galat (GCG) dan epigalokatekin galat (EGCG)(Piwowar
et al., 2007).
Khasiat utama teh adalah tindak balas polifenol atau katekin yang
mempunyai aktiviti biologi dalam antioksidan, antiangiogenesis dan
antiproliferasi asai yang berpotensi dalam proses pencegahan dan
rawatan pelbagai jenis kanser (Cooper et al., 2005). Di dalam tubuh,
tindak balas ini dapat membantu enzim superoxide dismutase (SOD)
yang berfungsi menyingkir radikal bebas. Umumnya, radikal bebas yang
dihasilkan daripada proses pengoksidaan di dalam tubuh berbahaya
untuk

kesihatan.

menyebabkan

Ia

mampu

seseorang

itu

menyekat
berisiko

aliran

tinggi

darah

dan

menghidap

akan

penyakit

kardiovaskular (jantung). Katekin teh hijau berupaya mengikat radikal


sebanyak 100 kali lebih efektif berbanding vitamin C sebanyak 25 kali.
Tindak balas ketekin teh hijau mempunyai pelbagai manfaat di
antaranya mengurangkan risiko penyakit kanser, tumor (ketumbuhan),
menurunkan kadar kolesterol dalam darah, mencegah tekanan darah
tinggi, membunuh bakteria dan kulat dan membunuh virus influenza
(Andi & Izzah, 2008).
Kanser merupakan penyakit yang paling digeruni dan ditakuti
semua orang. Kanser merupakan penyakit yang dikategorikan sebagai
pertumbuhan sel yang tidak normal dan boleh berlaku di mana sahaja
organ dalam tubuh badan (Andi & Izzah, 2008). Kes-kes kanser semakin
meningkat di Malaysia. Kanser menyerang tanpa memandang warna
kulit atau status. Hampir 70,000 kes baru yang dilaporkan selama
tempoh dua tahun baru-baru ini, dengan kanser payudara sebagai
ancaman terbesar (MAKNA, 2009). Antara penyebab penyakit kanser
adalah penggunaan bahan tambahan makanan sintesis dalam industri
pemakanan, penggunaan produk kosmetik dan tabiat merokok. Antara
30%

dan

50%

kes

kanser

boleh

dicegah

sekiranya

individu

mempraktikkan gaya hidup sihat, menjalani pemeriksaan secara teratur

untuk pengesanan awal, dan mencari rawatan yang tepat sekiranya


perlu (MAKNA, 2009).

Banyak kajian mengenai antiproliferasi telah dilakukan ke atas


teh hijau melalui kaedah in vivo dan in vitro, tetapi data adalah terhad
bagi ciri-ciri antiproliferasi bagi teh hijau pada kematangan daun yang
berbeza. Kepentingan kajian ini adalah untuk melihat dan mengkaji
potensi teh hijau Sabah pada tahap kematangan daun yang berbeza
sebagai agen dalam merencat pertumbuhan

beberapa sel kanser

termasuklah

kanser

sel

kanser

payudara

dan

sel

hati

dengan

menggunakan kaedah in vitro. Selain itu, kajian ini penting untuk


mengetahui sejauh mana pengambilan teh hijau dapat membantu dalam
mengurangkan risiko penyakit kanser.

1.2 Objektif Kajian


Tujuan kajian ini adalah:
(i) Mengkaji

keberkesanan

teh

hijau

Sabah

sebagai

antiproliferasi menggunakan kaedah in vitro.


(ii) Membandingkan
kadar
tindak
balas
terhadap
pertumbuhan

sel

bagi

sampel

yang

berlainan

ejen

rencatan
dengan

menggunakan 3-(4,5-dimethylthiazol-2-yl)-2,5-diphenyltetrazolium
bromide (MTT) asai.
(iii)Membandingkan
kadar

tindak

balas

terhadap

pertumbuhan sel bagi kaedah pengestrakkan berbeza.

rencatan

You might also like