You are on page 1of 9

http://cikgusazali.blogspot.

com

MODUL KECEMERLANGAN
BAHASA MELAYU
PT3

KAJIAN ANTOLOGI
KASUT KELOPAK JANTUNG
TINGKATAN 1
(drama)

CSL
Antologi Kasut Kelopak Jantung
Drama

http://cikgusazali.blogspot.com

SURAT UNTUK INA


Amiruddin Ali
Sinopsis
Zali meminati seorang pengawas sekolah bernama Zalina. Badar dan Jais telah mencadangkan kepada
Zali agar menulis surat kepada Zalina untuk berkenalan dengan gadis tersebut.
Badar dan Jais menyuruh Zali menulis surat tanpa nama pengirim dan menyatakan niatnya ingin
berkenalan dan bersahabat dengan Zalina. Surat tersebut diletakkan di bawah meja Zalina tanpa diketahui
oleh sesiapa kecuali mereka bertiga.
Setelah membaca surat pemberian Zali, Zalina membawa surat tersebut kepada Cikgu Halil. Cikgu Halil
berasa marah dan meminta pelajar yang menulis surat kepada Zalina mengakui perbuatannya.
Namun, tidak ada sesiapa yang mengaku menulis surat tersebut. Lalu, Cikgu Halil terpaksa memeriksa
semua tulisan pelajar untuk mengecam bentuk tulisan yang sama seperti di dalam surat tersebut.
Akhirnya, mereka dapat tahu bahawa penulis surat tersebut ialah Zali. Zali meminta maaf kepada Cikgu
Halil dan Zalina.
Zalina memaafkan Zali dan Zali mengucapkan terima kasih kerana memaafkannya. Zalina meminta Zali
agar tidak mengulanginya lagi
Tema
Kewajipan mematuhi peraturan sekolah dan utamakan pelajaran daripada cinta monyet
Persoalan
i.
ii.
iii.
iv.

Pergolakan jiwa remaja di alam persekolahan


Pengaruh rakan sebaya yang kuat terhadap remaja
Tanggungjawab guru dalam menyelesaikan masalah yang timbul
Kepentingan mengekalkan hubungan persahabatan

Binaan Plot
i.

Permulaan
Perbualan di antara Badar, Jais dan Zali. Badar dan Jais cuba mengorek rahsia Zali yang
meminati Zalina.

ii.

Perkembangan
Badar dan Jais mencadangkan kepada Zali agar menulis surat kepada Zalina. Badar dan Jais
juga menyuruh Zali merahsiakan identitinya. Surat itu diletakkan di bawah meja Zalina.

CSL
Antologi Kasut Kelopak Jantung
Drama

http://cikgusazali.blogspot.com

iii.

Klimaks
Zalina memberi surat tersebut kepada Cikgu Halil. Cikgu Halil berasa marah dan menyuruh semua
pelajar mengeluarkan buku latihan masing-masing. Cikgu Halil cuba mengesan orang yang
menulis surat kepada Zalina melalui tulisan yang terdapat pada buku latihan.

iv.

Peleraian
Cikgu Halil berjaya mengesan penulis surat tersebut. Zali meminta maaf kepada Zalina. Zalina
memaafkan Zali dan menasihatinya agar tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

Watak dan Perwatakan


Zali

Badar

Jais

Rakan baik kepada Badar dan Jais


Ingin berkenalan dengan Zalina
Berani mengakui kesilapannya
Rakan Zali dan Jais
Pandai mempengaruhi Zali
Rakan Zali dan Badar
Pandai mempengaruhi Zali

Zalina
Seorang pengawas sekolah
Seorang yang tegas, bijak dan cantik
Baik hati kerana memaafkan Zali
Cikgu Halil
Seorang guru yang tegas dan baik hati
Bijak menyelesaikan masalah
Latar
i.
ii.
iii.

Masa
Tempat
Masyarakat

:
:
:

CSL
Antologi Kasut Kelopak Jantung
Drama

pada waktu pagi


di dalam kelas, di bawah pohon berhampiran dengan kawasan lapang
masyarakat pelajar yang nakal,
masyarakat pelajar yang berani
masyarakat guru

http://cikgusazali.blogspot.com

Gaya Bahasa
i.
ii.
iii.
Nilai

Simile:
Metafora:
Peribahasa:

Mukanya merah bagai udang bakar, berlingkar macam ular sawa kekenyangan
ibunya dibaluti kesusahan, kotak fikiran, membatukan diri
sebesar kangkang kera, memasang telinga, jalan pintas

i.
ii.
iii.

Bijak
Berani
Baik hati

- Cikgu Halil bijak menyelesaikan masalah yang berlaku


- Zalina berani menunjukkan surat yang diterimanya kepada Cikgu Halil
- Zalina sedia memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh Zali

Pengajaran
i.
ii.
iii.

Kita hendaklah bijak dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul


Jangan mudah termakan pujukan dan hasutan rakan-rakan
Kita hendaklah memaafkan individu yang sedar akan kesilapan yang dilakukan

CSL
Antologi Kasut Kelopak Jantung
Drama

http://cikgusazali.blogspot.com

ARAH KE MANA
Johan Jaafar
Sinopsis
Babak I:
Haji Pakir dan Hajah Derisah menangis teresak-esak di hadapan kubur anaknya, Rohani. Mereka tidak
dapat meraikan Aidilfitri bersama Rohani. Hajah Derisah memujuk suaminya agar bersabar dan menerima
ketentuan Tuhan dengan reda. Haji Pakir tertanya-tanya akan perkara yang sebenarnya berlaku kepada
Rohani
Babak II:
Haji Pakir menyalahkan isterinya kerana terlalu memanjakan Rohani sehingga dia tidak pulang ke rumah
dan menagih dadah. Hajah Derisah pula menyalahkan Haji Pakir kerana menuruti apa sahaja kemahuan
Rohani. Tindakan mereka yang terlalu memanjakan Rohani menyebabkan anak mereka itu bersikap
biadab. Apabila pulang ke rumah, Rohani telah dimarahi oleh Haji Pakir. Rohani melawan kata-kata
ayahnya. Oleh sebab terlalu marah Haji Pakir telah menghalau Rohani keluar dari rumah. Rohani terus lari
meninggalkan rumah.
Babak III:
Haji Pakir menangis meratapi pemergian anaknya, Rohani. Haji Pakir menyesal dan merasakan dirinya
turut bertanggungjawab atas peristiwa yang berlaku ke atas Rohani. Haji Pakir dan Hajah Derisah berdoa
agar roh Rohani dicucuri rahmat

Tema
Ibu bapa yang kesal akan kesilapan mendidik anak mereka
Persoalan
i.
ii.
iii.
iv.

Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak


Keruntuhan akhlak adalah akibat pengaruh negatif
Reda dengan ketentuan Tuhan
Anak yang menyalahgunakan kebebasan yang diberi oleh ibu bapa

Watak dan Perwatakan


Haji Pakir
Bapa kepada Rohani
Seorang bapa yang tegas
Seorang bapa yang penyayang
Menyesal kerana gagal mendidik anaknya dengan baik
CSL
Antologi Kasut Kelopak Jantung
Drama

http://cikgusazali.blogspot.com

Hajah Derisah
Ibu kepada Rohani
Isteri kepada Haji Pakir
Terlalu memanjakan Rohani
Lebih tenang dan dapat mengawal emosi
Rohani

Anak tunggal Haji Pakir dan Hajah Derisah


Anak yang degil dan tidak mahu mendengar nasihat ibu bapa
Bercampur dengan budak-budak liar
Terjerumus dalam najis dadah

Latar
i.
ii.
iii.

Masa
Tempat
Masyarakat

:
:
:

pada waktu malam, pagi Aidilfitri


di tanah perkuburan Islam dan di ruang tamu rumah Haji Pakir
masyarakat yang terlalu memanjakan anak,
masyarakat yang tidak menghormati ibu bapa,
masyarakat yang terjebak dengan najis dadah

Gaya Bahasa
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Simile
Inversi
Peribahasa
Hiperbola
Metafora
Repetisi

lepas bebas macam burung merpati, bercakap macam teka-teki


bukan baru setahun dua umurnya
lidah tak bertulang, bagai menatang minyak yang penuh, kacang hantu
Aku patah-patahkan tulang kau!, Pelajaran kau setinggi langit
berendam air mata
Kalau awak guna otak awak tu, dan mata awak tu, awak tak akan
sebodoh ini!

Nilai
i.
ii.
iii.

Kasih sayang - Haji Pakir dan Hajah Derisah amat menyayangi anaknya, Rohani
Tegas - Haji Pakir menegur Rohani yang bercampur dengan budak-budak liar
Insaf - Haji Pakir berasa insaf kerana terlalu memanjakan anaknya

Pengajaran
i.
ii.
iii.

Kita hendaklah tegas dalam memberi pendidikan kepada anak-anak


Kita hendaklah sentiasa menghormati dan mendengar nasihat ibu bapa
Kita hendaklah menjauhkan diri daripada terlibat dengan najis dadah

CSL
Antologi Kasut Kelopak Jantung
Drama

http://cikgusazali.blogspot.com

MENDUNG HITAM BERALIH JUA


Aripin Said
Sinopsis
Sebelum keluar dari rumah, Jamilah memberikan surat daripada pihak sekolah kepada ibunya, Mak Limah
untuk diberikan kepada ayahnya, Pak Jusuh. Isi surat itu menyatakan bahawa Pak Jusuh perlu
menjelaskan yuran peperiksaan Jamilah sebanyak tujuh puluh lima ringgit.
Pak Jusuh mengeluh kerana tidak mempunyai wang untuk menjelaskan yuran tersebut. Sebagai nelayan,
dia tidak mendapat seekor ikan pun pada hari itu. Hutang di kedai Mutusami juga semakin hari semakin
bertambah.
Mak Limah marah kepada Pak Jusuh kerana enggan menyertai tanah rancangan dahulu. Pak Jusuh
percaya dengan menjadi nelayan mereka sekeluarga mampu hidup senang. Akibatnya mereka terus hidup
dihimpit kemiskinan.
Mutusami datang menuntut hutang daripada Pak Jusuh. Pak Jusuh tidak dapat melangsaikan hutang
tersebut kerana tidak mempunyai wang. Mutusami mahu membawa perkara tersebut ke mahkamah. Pak
Jusuh naik berang lalu menghalau Mutusami.
Untuk meleraikan keadaan, Mak Limah menawarkan sebuah radio kepada Mutusami sebagai cagaran
namun enggan menerimanya. Mutusami meminta Mak Limah menyelesaikan hutangnya sedikit demi
sedikit.
Pak Seman datang ke rumah Pak Jusuh untuk menjemput Pak Jusuh menghadiri majlis kenduri di rumah
menantunya. Pak Jusuh menyatakan hasratnya mahu menyertai tanah rancangan kerana hendak
mengubah nasib keluarganya. Pak Seman berjanji akan menolong Pak Jusuh untuk menyertai tanah
rancangan tersebut.
Tema
Kesedaran untuk mengubah nasib dengan menukar haluan lain yang lebih baik.
Persoalan
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Amalan berhutang akan membawa padah


Usaha untuk keluar daripada kesempitan hidup
Berani mengubah nasib demi keluarga
Tolong-menolong merupakan amalan mulia
Sikap bertolak-ansur dapat menyelesaikan masalah yang timbul

CSL
Antologi Kasut Kelopak Jantung
Drama

http://cikgusazali.blogspot.com

Watak dan Perwatakan


Pak Jusuh
Suami Mak Limah
Bekerja sebagai nelayan
Seorang yang buta huruf
Banyak berhutang
Mak Limah
Isteri kepada Pak Jusuh
Mengambil berat urusan keluarga
Jamilah
Anak Pak Jusuh dan Mak Limah
Seorang gadis yang aktif
Mutusami
Seorang peniaga di kampung tersebut
Menuntut hutang daripada Pak Jusuh
Boleh bertolak ansur
Pak Seman
Telah menyertai tanah rancangan
Kehidupannya lebih baik dan senang
Latar
i.
ii.
iii.

Masa
Tempat
Masyarakat

:
:
:

waktu petang menjelang senja


ruang tamu rumah Pak Jusuh
masyarakat yang hidup dalam kemiskinan,
masyarakat buta huruf,
masyarakat yang bertolak ansur,
masyarakat yang berani berubah

tak, nak, mak


hitam pekat macam kopi o yang kita minum ni
Awak hutang saya punya kedai sudah
banyak, saya pun mahu guna itu wang
Buku di sana, kain di sini, baju di situ
Kita juga, Balik!, Awak faham

Gaya Bahasa
i.
ii.
iii.

Sinkope
Simile
Loghat India

iv.
v.

Repetisi
Ayat pendek

CSL
Antologi Kasut Kelopak Jantung
Drama

http://cikgusazali.blogspot.com

Nilai
i.
ii.
iii.

Tabah - Pak Jusuh dan Mak Limah tabah mengharungi hidup dalam kemiskinan
Prihatin - Pak Seman prihatin dengan keadaan Pak Jusuh yang hidup kesusahan
Bertolak ansur - Mutusami bertolak ansur dengan Mak Limah

Pengajaran
i.
ii.
iii.

Kita hendaklah membantu orang yang berada dalam kesusahan


Kita hendaklah berani melakukan perubahan demi kebaikan hidup sekeluarga
Kita hendaklah bertolak ansur dengan orang lain untuk mengelakkan pergaduhan

CSL
Antologi Kasut Kelopak Jantung
Drama

You might also like