You are on page 1of 2

Kajian Kes Penggal 2 : KES MYDIN

Pengasas Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), En. Mydin Mohamed memulakan
perniagaannya dengan menjual barangan mainan yang diimport dari Thailand.
Walaubagaimanapun, pada tahun 1987, beliau telah menyerahkan pengurusan syarikat
kepada anaknya, Datuk Haji Ameer Ali Mydin bagi meneruskan legasi perniaagaannya.
Hasil kejayaan kepimpinan Datuk Ameer, Mydin kini mempunyai 100 rangkaian pasaraya
meliputi 10 pasaraya besar, 18 emporium, tiga bazar, 54 pasar mini, sembilan kedai
serbaneka dan enam francais yang beroperasi di seluruh Semenanjung Malaysia. Mydin kini
dalam proses mengembangkan pasarannya ke Sarawak. Dengan bilangan pekerja yang
mencecah lebih 8500 orang, Mydin menjadi peneraju syarikat pemborong dan peruncit yang
menyediakan nilai terbaik kepada para pelanggannya. Menurut Datuk Ameer, beliau
menjadikan bapanya sebagai mentor dalam menguruskan perniagaan. Seperti bapanya,
Datuk Ameer turut menyemai elemen disiplin, kejujuran, keikhlasan, kesetiaan, kepintaran
dan berjimat cermat dalam perniagaan. Datuk Ameer percaya bahawa kepimpinan bapanya
juga telah mengajar beliau untuk fokus, bekerja kuat, pemerhati, hands-on dan sentiasa
tabah dalam semua keadaan. Salah satu perkara yang diteruskan daripada zaman
pengurusan bapanya adalah dengan memastikan setiap pekerja mempunyai buku nota 555
yang digunakan bagi mencatat sebarang perkara penting dengan serta-merta. Di Mydin,
para pekerja turut diterapkan dengan prosedur menepati masa terutama dari segi menepati
tarikh akhir menghantar laporan kepada ketua serta perlu sentiasa terbuka untuk menerima
sebarang perubahan yang mungkin berlaku.
Sikap Datuk Ameer yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan para pekerjanya
menyebabkan beliau disenangi ramai. Malahan, budaya kebersamaan seperti sebuah
keluarga besar turut dirasai oleh pekerja baru. Polisi pintu terbuka yang diamalkan di Mydin
menggalakan para pekerja bertemu pihak pengurusan atasan syarikat pada bila-bila masa.
Pada tahun 2012 Datuk Ameer telah menerima Anugerah Kepimpinan Tanggungjawab Sosial
Korporat daripada Organisasi Usahawan Muda Malaysia. Sebelumnya, Datuk Ameer pernah
dianugerahkan Anugerah Kepimpinan ICON 2011 daripada BrandLaureate. Hal ini berikutan
pelbagai aktiviti dan program melibatkan masyarakat telah dianjurkan oleh Mydin. Antaranya
adalah memberi peluang anak-anak yatim dan warga kelaian upaya (OKU) untuk membelibelah di Mydin menjelang musim perayaan. Mydin turut membantu mangsa peperangan di
Gaza dan Rohingya.
(Rujukan: Management, Vol.47(3), 16-21, http://www.mydin.com.my/mydin/news)
i.
ii.

Bincangkan jenis kepimpinan yang diamalkan oleh Datuk Ameer.


Jelaskan gaya kepimpinan oleh Datuk Ameer.

i.

Skima jawapan
Bincangkan jenis kepimpinan yang diamalkan oleh Datuk Ameer.

Fakta
Transformasional
Karismatik
Berwawasan
ii.

Huraian
Mengubah Mydin daripada pengurusan kedai runcit
biasa kepada hypermarket
Mampu mempengaruhi pekerjanya untuk mengikut
cara pengurusan yang diamalkan (berdisiplin)
Mengembangkan pasaran ke Sarawak.

Marka

Jelaskan gaya kepimpinan oleh Datuk Ameer.

Fakta
demokratik

Huraian
Bersifat terbuka

**CREDIT TO TEAM MAKRIFAT ESPECIALLY DR UMMI SALWA FROM USIM

Marka

You might also like