You are on page 1of 3

2.

PROJEK KEAHLIAN RAKAN ALAM SEKITAR


Nama Projek
Promosi Rakan Alam Sekitar
Matlamat Projek
i Memberikan kesedaran alam sekitar dalam kalangan warga sekolah.
ii Menanamkan rasa tanggungjawab dalam warga sekolah SMK Jelutong untuk
bertindak
dan mengambil bahagian dalam menjaga alam sekitar.
iii Menyediakan saluran yang tepat bagi warga sekolah membuat aduan atau
pandangan
mengenai alam sekitar kepada agensi kerajaan.
iv Menggalakkan semua warga sekolah menjadi ahli Rakan Alam Sekitar dengan cara
mengisi borang atau secara on-line.
Faedah
Memberikan kesedaran serta menanamkan rasa tanggungjawab dalam diri setiap
individu tentang keperluan menjaga alam sekitar agar kehidupan yang sihat
dapat dinikmati oleh semua warga sekolah. Di samping itu, setiap ahli akan mendapat
kad keahlian Rakan Alam Sekitar.
Pelaksana:

Cik Vasanthi P.Karuppiah

Kumpulan Sasaran:

Semua warga SMK Jelutong

Tempoh Pelaksanaan: Jun 2011 hingga Mac 2012


Pencapaian
Setelah promosi dibuat semasa perhimpunan pagi, borang keahlian telah diedarkan
kepada warga sekolah yang berminat. Seramai 30 orang guru dan 95 orang murid
telah mengisi borang keahlian. Setelah tamat tempoh yang diberi, borang keahlian akan
dihantar untuk diproses kepada Urusetia Rakan Alam Sekitar (RAS). Beberapa orang
guru telah membuat pilihan untuk memohon secara on-line.
Kekangan
Masih ada segelintir murid dan guru yang tidak menunjukkan minat untuk menjadi ahli
walaupun promosi telah dibuat tentang kebaikan menjadi ahli Rakan Alam Sekitar.
Tindakan Selanjutnya

Promosi akan dilakukan dari masa ke semasa untuk mengalakkan lebih ramai guru dan
murid menjadi ahli Rakan Alam Sekitar. Caranya ialah dengan
menyedarkan mereka tentang kebaikan menyertai Rakan Alam Sekitar. Guru dan murid
yang baru masuk akan digalakkan
menyertai Rakan Alam Sekitar. Hasrat Komponen Pengurusan adalah untuk
menggalakkan semua warga SMK Jelutong menjadi ahli Rakan Alam Sekitar menjelang
bulan Mac tahun 2012.
3 . PROJEK KELAS LESTARI
Pengenalan
Kelas lestari adalah bersesuaian dengan konsep Program Sekolah Lestari pada
peringkat sekolah untuk menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong menuju
ke arah menjadi sebuah sekolah dalam taman yang bermaklumat dengan pembentukan
pelbagai stesen yang dipenuhi dengan sumber yang bermaklumat di samping
mewujudkan persekitaran yang indah, nyaman dan segar. Konsep ini juga adalah
selaras dengan tujuan Anugerah alam sekitar yang bertujuan untuk membentuk
persekitaran sekolah yang menitik beratkan pemuliharaan dan pemeliharaan alam
sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan.
MatlamatMatlamat utama pihak sekolah dalam mewujudkan Kelas Lestari adalah
berorientasikan persekitaran sekolah yang bermaklumat, selamat, bersih dan indah.
Selaras dengan falsafah dan matlamat pendidikan negara yang mahu melahirkan pelajar
yang berketrampilan, persekitaran yang bermaklumat dan ceria menjadi pencetus dan
pengerak minda serta sikap yang peka kepada keselamatan dan kepentingan alam
sekitar dalam kehidupan manusia. Objektif menyediakan persekitaraan yang
bermaklumat serta sesuai adalah untuk mewujudkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang lebih menarik, dan menjadikan sekolah kawasan yang indah dengan
pembangunan landskap berkesan dan berkualiti, di samping meningkatkan kesedaran
serta tanggungjawab memelihara alam sekitar kepada warga sekolah serta
mengekalkan tahap kesihatan yang baik dan sempurna.
Faedah
Antara faedah mewujudkan Kelas Lestari adalah dapat menyediakan situasi
pembelajaran yang segar dan nyaman serta selesa kepada para pelajar. Dengan
penyediaan kelas yang selesa ini, para pelajar bukan sahaja dapat belajar dalam kelas
yang selamat, tetapi juga dapat belajar dalam kelas yang sentiasa segar. Selain ini, para
pelajar juga akan menyedari kepentingan alam hijau kepada manusia.
Pihak yang terlibat dalam Projek Kelas Lestari

Pihak yang terlibat secara langsung dalam projek Kelas Lestari ini secara umumnya
ialah warga SMK Jelutong yang terdiri daripada guru dan para pelajar SMK Jelutong.
Pada peringkat permulaan, Tingkatan 4 Sains telah dipilih sebagai kelas yang terlibat
dalam Projek Kelas Lestari ini. Maka, setiap pelajar dalam Tingkatan 4 Sains di bawah
bimbingan guru tingkatan terlibat dalam projek ini.
Status Kemajuan Perlaksanaan Projek Kelas Lestari
Untuk peringkat permulaan, perlaksanaan Projek Kelas Lestari ini dimulakan dengan
memilih suatu sudut di dalam Kelas 4 Sains untuk dijadikan sebagai Sudut Lestari,
termasuklah 3 bahagian kecil sudut papan notis di belakang kelas. Para pelajar mula
menghiaskan sudut papan notis berkenaan dengan tema yang bersesuai dengan Lestari
alam sekitar. Antaranya, papan notis telah dihiasi dengan poster yang berkaitan dengan
Cintailah Alam Sekitar bagi tujuan memberi kesedaran kepada semua pelajar tentang
kepentingan menjaga alam sekitar. Selain itu, sebahagian papan notis notis turut dihiasi
dengan unsur-unsur berdasarkan alam sekitar, misalnya dengan ranting-ranting pokok
dan daun-daun kering.
Kekangan yang dihadapi
Antara kekangan utama yang dihadapi ialah masalah sumber kewangan. Para pelajar
bercadang untuk meletakkan beberapa pasu pokok bunga yang agak sederhana saiznya
di dalam sudut lestari dalam kelas. Namun, akibat kekangan kewangan, cadangan ini
terpaksa ditundakan.
Tindakan Selanjutnya
Untuk peringkat seterusnya, Sudut Lestari dalam kelas akan ditambahkan lagi dengan
unsur-unsur lestari alam sekitar. Papan notis akan dibahagikan dengan jelas
kepada 3 bahagian, iaitu bahagian Bumi Yang Telah Sakit, Kesedaran Manusia Sejagat
dan Pemuliharaan Bumi, dan bahagian ketiga Bumi Lestari. Selain itu,
sekiranya peruntukkan kewangan telah diterima, pasu bunga pokok yang sederhana
saiznya akan diusahakan untuk ditempatkan dalam Sudut Lestari di dalam Kelas.

You might also like