You are on page 1of 7

1.

0 TAJUK KAJIAN (SEBAB-SEBAB PENENTANGAN PEJUANG TERHADAP


KUASA ASING DI NEGERI KEDAH)
1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN
Tanah Melayu merupakan kawasan yang strategik yang berada di tengahtengah jalan perdagangan antara timur dan barat. Sumber alam semulajadinya yang
melimpah luah seperti rempah, bijih timah dan hasil-hasil hutan menarik minat kuasa
asing dari Eropah untuk menguasainya. Sebagai contohnya, Negara Portugis,
Belanda, British dan Jepun adalah kuasa-kuasa asing yang telah menjajah Tanah
Melayu dan mengaut hasil bumi Tanah Melayu untuk kepentingan mereka. British
merupakan salah satu negara penjajah yang paling banyak meninggalkan kesan ke
atas sosio budaya di Tanah Melayu.
Penentangan yang berlaku sepanjang abad ke-19 hingga abad ke-20
memperlihatkan bentuk bantahan terhadap penguasaan kuasa asing disebabkan
kehiangan kuasa pentadbiran dan politik serta ancaman terhadap ajaran Islam dan
adat istiadat tempatan. Negeri-negeri yang telah dijajah adalah Kedah, Perak,
Selangor, Pahang dan lain-lain. Negeri-negeri ini kebanyakan ditipu oleh British dan
dikena rampas kuasa mutlak mereka dalam pentadbiran.
Salah satu negeri yang dijajah oleh British disebabkan pertelingkahan antara
saudara tentang kuasa ialah Negeri Kedah. Negeri Kedah yang dikenali sebagai
Kedah Darul Aman yang kedudukan ilmu alamnya yang begitu strategik di rantau ini.
Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia dan memiliki keluasan 9,425 km2
(lihat peta). Tanah besar mempunyai rupa bumi yang agak rata, yang digunakan
untuk menanam padi.

2.0 PERMASALAHAN KAJIAN


Kajian ini dibuat berdasarkan sumber-sumber yang berbentuk dokumentasi,
gambar, dan temu bual. Masalah yang dihadapi semasa membuat kajian ini adalah
ketepatan sumber yang dicari dan dijumpai. Hal ini kerana sumber-sumber yang
didapati bukan semuanya terdapat bukti atau bahan sokongan yang dapat
menyokong ketepatan sumber tersebut. Sebagai contohnya, temu bual dengan
orang yang berkaitan tentang peristiwa pejuang terhadap kuasa asing boleh

dikatakan sumber yang kurang tepat. Hal ini kerana ingatan orang sumber tersebut
mungkin akan mengundur atau kabur mengikut sepanjang masa yang lalu.
Oleh itu, ia akan merumitkan proses kajian ini dijalankan. Jadi, penyelidik
kajian haruslah mencari bukti untuk menyokong sumber yang didapati dengan teliti,
supaya ia dapat memberi satu pengetahuan tentang sejarah yang berlaku di negara
kepada generasi akan datang.

3.0 TINJAUAN KAJIAN LEPAS


Dalam buku History of Bidayuh in Kuching Division, Chang Pat Foh (2002)
telah memberi sedikit penerangan tentang penentang pejuang di Tanah Melayu .
Pada abad ke-19 hingga ke-20, masyarakat tempatan telah bangun menentang
kuasa asing di negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak1. Penentangan yang
berlaku sepanjang abad ke-19 hingga abad ke-20 dapat dilihatkan dalam bentuk
bantahan terhadap penguasaan kuasa asing disebabkan kehilangan kuasa
pentadbiran dan politik serta ancaman terhadap ajaran Islam dan adat istiadat
tempatan2.
Selain itu, dalam jurnal Perjanjian 1888 : Suatu Harapan dan Kekecewaan yang
ditulis oleh Ismail Bin Haji Awang Nordin, Di negeri Kedah juga menghadapi masalah
yang sama seperti negeri lain. Kuasa pemerintahan Sultan dirampas oleh kuasa
asing dan hanya meninggalkan kuasa untuk agama Islam. Dalam aspek politik ini,
golongan pembesar merupakan orang kanan raja atau sultan bagi setiap negeri
Melayu3. Biasanya sultan akan melantik pembesar untuk menjalankan tugas
pentadbiran. Golongan pembesar menduduki hieraki kedua dalam struktur
pentadbiran negeri Melayu dan mereka akan menjadi penasihat kepada raja dalam
hal pemerintahan negeri4.
1 Chang Pat Foh (2002), History of Bidayuh in Kuching Division
2 http://mohammadia5193.blogspot.my/2015/07/2_8.html
3 Ismail Bin Haji Awang Nordin, Perjanjian 1888 : Suatu Harapan dan
Kekecewaan
4 http://minitcurai.blogspot.my/search?updated-min=2011-01-01T00:00:0008:00&updated- max=2012-01-01T00:00:00-08:00&max-results=8

Pembesar

mempunyai

tugas

untuk

menasihati

sultan

berkaitan

dengan

penghakiman terhadap kesalahan-kesalahan jenayah dan sivil. Pembesar akan


melaporkan kepada sultan berkaitan dengan semua perkara yang berlaku di daerah
jajahannya, malah segala amanat daripada sultan akan disampaikan oleh pembesar
kepada

anak-anak

buahnya

dalam

daerah

jajahannya.

Tetapi

perubahan

pemerintahan sultan dikurang telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan
pembesar. Sebagai contohnya, Kedah di bawah pimpinan Sultan Ahmad Tajuddin
menentang penjajahan Siam ini dengan hebat. Perang pembebasan Kedah ini
melibatkan Tunku Abdullah, Tunku Kudin, Tunku Long dan Tunku Muhammad Saad.
Di negeri Kedah, kegiatan pertanian dan perlombongan adalah kegiatan
ekonomi utama dalam kalangan rakyat. Sebagai contonhya, kegiatan ekonomi
sepereti pertanian, perikanan dan pembuatan kraf tangan dijalakanka secara kecilkecilan ataupun sara diri. Terdapat juga pelbagai jenis hasil pertanian akan
berkumpul di lembah sungai. Kawasan untuk tanaman pertanian lebih bertumpu di
kawasan delta sungai, di Kedah dan Kelantan. Hal ini kerana tanah di sekelilingnya
subur dan terdapat sumber air.
Selain daripada pertanian, perlombongan juga salah satu kegiatan ekonomi
untuk dijalankan sebagai satu kegiatan ekonomi untuk keluarga yang berhidup
sederhana. Mereka juga menggunakan kaedah mendulang atau melampan untuk
melombong.
Disebabkan kedua-dua kegiatan ini, ia dapat membantu ekonomi negeri
Kedah meningkat dengan cepat. Ia juga membawa kelemahan kepada negeri,
kerana ia menarik perhatian pendatang-pendatang kuasa asing seperti British,
Jepun,

Portugis

dan

lain-lain

berebut

untuk

menguasai

ekonomi

dengan

sepenuhnya .
Penentangan penduduk terhadap penjajah terdapat bahagi kepada beberapa
peringkat iaitu peringkat awal penentangan bersenjata dan peringkat keseluruhan
yang mengakibatkan isu dan media tertentu. Pada peringkat awal, rakyat negeri
Kedah mencetuskan peperangan dengan penjajah untuk bercadang menghalaukan
mereka keluar dari negeri Kedah. Tetapi akhirnya gagal, kerana pihak British telah

5 http://www.slideshare.net/booluckmie/bab-3-sebab-dan-bentukpenentangan

menggunakan cara tertentu dapat menewaskan rancangan pemberontakan rakyat


negeri Kedah6.
Dari segi agama, kuasa asing seperti British menyebarkan agama Kristian untuk
menarik lebih banyak penduduk menganut agama Kristian. Kuasa

barat juga

mempunyai keyakinan yang sama dengan menggunakan ungkapan tugas untuk


menyebarkan dan mengembangkan Agama Kristian di Asia Tenggara dan hasilnya
ramai penduduk di tanah jajahan menganut agama ini, berdasarkan 3G iaitu Gold,
Gosper, and Glory. Di samping itu, campur tangan dalam adat istiadat orang Melayu
juga menambahkan kemarahan kepada pembesar Melayu7.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN


1. Mengenalpasti sebab-sebab penentangan pejuang terhadap kuasa asing
di negeri Kedah.
2. Meneliti sebab-sebab penentangan pejuang terhadap kuasa asing di
negeri Kedah berdasarkan faktor politik, ekonomi dan sosial.
3. Mengkaji cara-cara penentangan pejuang terhadap kuasa asing di negeri
kedah.

5.0 Persoalan Kajian


1. Apakah sebab-sebab penentangan pejuang terhadap kuasa asing
dari segi latar belakang negeri Kedah?
2. Sejauhmanakah faktor politik, ekonomi dan sosial dapat menarik
kedatangan kuasa asing ke negeri Kedah?
3. Bagaimanakah cara pejuang-pejuang menentang kuasa asing di negeri

6 http://journalarticle.ukm.my/515/1/1.pdf
7 http://www.slideshare.net/fussymessy/perjuangan-mendaulatkan-kedah

Kedah?

6.0 Skop dan Batasan Kajian


Dalam penyelidikan kajian sejarah, penyelidik haruslah menetapkan satu
skop dan batasan tentang tajuk penyelidikan kajian. Sebagai contoh, penyelidik
boleh mengkaji tentang sebab-sebab penentangan pejuang terhadap kuasa asing
dari segi politik. Berdasarkan skop yang ditetapkan, penyelidik boleh mencari
maklumat atau sumber yang berkaitan dengan skop tersebut.
Skop kajian yang ditentukan oleh penyelidik, penyelidik hendaklah jelas
dengan batasan kajian tersebut supaya tidak mewujudkan persoalan yang tidak
berkaitan dengan skop yang ditentukan.

7.0 Metodologi Kajian


Metodologi kajian termasuklah perpustakaan, internet, jurnal, maklumat dari
Arkib dan buku sejarah.

8.0 Kepentingan Kajian


Hasil kajian ini diwujudkan supaya dapat memberikan maklumat yang tepat
mengenai sejarah penentangan di Kedah dapat memberi satu pengingatan kepada
generasi seterusnya untuk mengelakkan peristiwa sejarah berlaku semula.
Pada abad ke-19 hingga abad ke-20, masyarakat tempatan telah bangun
menentang kuasa asing di negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak. Penentangan
yang berlaku sepanjang abad ke-19 hingga abad ke-20 memperlihatkan bentuk
bantahan terhadap penguasaan kuasa asing disebabkan kehilangan kuasa
pentadbiran dan politik serta ancaman terhadap ajaran Islam dan adat istiadat
tempatan. Berdasarkan pernyataan di atas, penyelidik boleh mencari sumber-sumber
yang menunjukkan sebab-sebab pemerintah yang kehilangan kuasa pentadbiran dan
politik seperti perjanjian-perjanjian yang ditandatangani oleh pemerintah atau sultan.
Penyelidik bolehlah menguji sumber dengan menggunkan sumber-sumber
sejarah yang dinyatakan di atas untuk mengesahkan kebenaran tentang kajian yang

dibuatnya. Selain itu, kita boleh menggunakan cara interpretasi untuk mengenalpasti
dengan kesahan sumber yang terdapat dan menafsirkan maklumat yang kita dapati
tersebut sebelum menulis dalam buku.

9.0 Pembahagian Bab

Bab 2 Mengisahkan peristiwa yang berlaku sepanjang penjajahan kuasa asing di


negeri Kedah.
Bab 3 Mengkaji Sebab-sebab penentangan pejuang terhadap kuasa asing di
negeri kedah.
Bab 4 Menerangkan cara-cara pejuang menentang penjajah sepanjang penjajahan
kuasa asing di negeri Kedah.
Bab 5 Menerangkan nasionalisme yang dilakukan oleh rakyat-rakyat negeri Kedah
dan menjadikannya sebagai pengajaran.

Penutup
Secara keseluruhannya, zaman penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu
khususnya British mendapat tentangan yang hebat daripada penduduk tempatan.
Segala pembaharuan yang dilakukan oleh British telah menimbulkan perasaan tidak
puas hati di kalangan penduduk tempatan. Oleh yang demikian, hal ini menimbulkan
satu kesedaran dan semangat nasionalisme di kalangan rakyat untuk membebaskan
Tanah Melayu dari cengkaman kuasa asing.

Walaubagamanapun penentangan yang dilakukan oleh penduduk tempatan


tidak dapat menandingi kekuatan pihak British.

Tetapi rakyat tempatan tidak

berputus asa untuk menghalau British dengan pelbagai usaha khususnya dalam
meningkatkan kesedaran dan semangat nasionalisme di kalangan penduduk Tanah
Melayu sehinggalah akhirnya Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
Berdasarkan pernyataan di atas, kita haruslah mengingat pengajaran ini buat
selama-lamanya. Sebagai penyelidik sejarah, kita perlulah menggunakan cara-cara
tertentu untuk meneroka tentang peristiwa sejarah yang tepat dan benar. Tujuannya
adalah untuk memberitahu kepada generasi seterusnya mengenai betapa susahnya
pemimpin kita untuk menghalau penjajah dari negara kita.

You might also like