You are on page 1of 47
CONTOH 2 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SHEL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 2 TAHUN 2016 MATA PELAJARAN/KOD: PENGASIAN AM 4 (90/4) PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN DALAM TAJUK PEMPROSESAN DAGING SEJUK BEKU DI KILANGAL- HILAL FOOD PROCESSING SDN., BHD., SEGAMBUT NAMA CALON NOMBOR KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN ALAMAT SEKOLAH/ ALAMAT CALON NAMA GURU/PENILAT TANDATANGAN GURU/PENILAT TARIKH 96XXXX-XX-XXXX PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN DALAM PEMPROSESAN DAGING SI :EKU DLKILANG AL-HILAL FOOD PROCESSING SDN., BHD. SEGAMB ABSTRAK Kajian "Penggunaan Teknologi Moden dalam Pemprosesan Daging Sejuk Beku di Kilang Al-Hilal Food Processing Sdn, Bhd., Segambut” ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor penggunaan teknologi dalam pemprosesan daging sejuk. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji kesan-kesan penggunaan teknologi moden dalam pemprosesan daging sejuk beku. Kajian dilakukan di Kilang Al-Hilal Food Processing Sdn, Bhd, Segambut. Bagi mencapai tujuan-t rujuan yang dinyatakan di atas, kaedah pemerhatian, temu bual, soal sefidik serta rajukan (kajian arkib) dilakukan. Persampelan purposive digunakan di mana 30 orang pengguna produk-produk daging sojuk beku yang dihasilkan oleh Kilang Al-Hilal Food Processing Sdn, Bhd telah menjadi responden dalam kajian ini. Informan yang ditemu bual pula ialah orang yang, berpengetahuan tentang teknologi pemprosesan makanan, khususnya daging sejuk beku. Pemerhatian dilakukan di kilang pemprosesan daging yang letaknya di Segambut, Kuala Lumpur. Dapatan kajian menunjukkan faktor utama penggunaan teknologi dalam pemprosesan daging sejuk beku ialah masa yang dapat dijimatkan, produk akhir yang kelihatan lebih menarik serta lima faktor yang lain. Dapatan kajian juga menafikan pernyataan bahawa penggunaan teknologi moden dalam pemprosesan daging sejuk beku akan menyebabkan rasa dan nilai nutrisi daging terjejas. Adalah diharapkan bahawa orang ramai menjadi lebih peka terhadap perkara-perkara ini demi kesihatan badan. Bil, 10 20 3.0 40 5.0 6.0 96XXXX-XX-XXXX SENARAI KANDUNGAN Butiran Muka Surat Abstrak i Senarai Kandungan ii Penghargaan iti Pengenalan 13 Objektif Kajian 4 Lokasi Kajian 5-8 Metodologi Kajian 9-12 4.1 Reka Bentuk Kajian 9 4.2 Sampel Kajian 9 4.3 Instrumen Kajian 10 4.4 Cara Pengumpulan Data iW 4.5 Cara Analisis Data 12 Dapatan Kajias 5.1 Hasil Pemerhatian 1B 5.2 Demografi Responden 14-19 5.3 Faktor-faktor Penggunaan Teknologi Moden 20-28 dalam Pemprosesan Daging Sejuk Beku di Kilang Al-Hilal Food Processing Sdn. Bhd., Segambut 5.4 Kesan-kesan Penggunaan Teknologi Moden 29-36 dalam Pemprosesan Daging Sejuk Beku di Kilang Al-Hilal Food Processing Sdn. Bhd., Segambut Rumusan dan Kesimpulan 6.1 Faktor-faktor Penggunaan Teknologi Moden 37-38 dalam Pemprosesan Daging Sejuk Beku di Kilang Al-Hilal Food Processing Sdn, Bhd,, Segambut 6.2 Kesan-kesan Penggunaan Teknologi Moden 38-40 dalam Pemprosesan Daging Sejuk Beku di Kiang Al-Hilal Food Processing Sdn. Bhd., Segambut 6.3 Kesimpulan 41 Rujukan 42 ii 96XXXX-XX-XXXX PENGHARGAAN Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada ibu bapa saya, Encik R dan Puan S yang banyak menyokong serta membantu saya melaksanakan kerja kursus Pengajian Am Kertas 4 (900/4) Penggal 2 Tahun 2015 yang bertajuk “Penggunaan Teknologi Moden dalam Pemprosesan Daging Sejuk Beku di Kilang Al- Hilal Food Processing Sdn. Bhd, Segambut, Kuala Lumpur”. Tanpa jasa mereka, mustabillah untuk saya siapkan kerja kursus ini Seterusnya, ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada guru Pengajian Am seria guru pembimbing bagi kerja kursus ini, iaitu Puan C, Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dan panduan serta memastikan saya menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan Di samping itu, saya juga hendak mengucapkan terima kasih kepada rakan- rakan dan pihak-pihak fain yang telah menyumbangkan masa dan tenaga untuk membantu saya menyiapkan kerja kursus ini. Sumbangan pihak-pihak ini amatlah kritikal kepada kejayaan saya dalam tugasan ini, Pelbagai cabaran dan rintangan telah saya hadapi dalam proses melaksanakan tugasan ini, Walau bagaimanapun, dengan bantuan dan sokongan pelbagai pihak ini, kerja kursus Pengajian Am Kertas 4 (900/4) Penggal 2 Tahun 2015 dapat saya siapkan dengan jayanya, Yang benar, ( AXMXTIYTY ) iii 96XXXX-XX-XXXX 1,1 PENGENALAN Takrif perkataan 'teknologi’ menurut Kamus Dewan (2005) ialah aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubaten, perniagaan, dan lain-iain, sains gunaan. Perkataan ’moden' menurut Kamus Dewan pula ialah dari masa sekarang, berkaitan dengan masa kini, yang terbaru, cara (kaedah) baru, mutakhir. Perkataan ‘pemprosesan' diberi_ maksud perbuatan (usaha, kerja dan sebag ya) memproses oleh Kamus Dewan (2005). 'Memproses' pula ditakrif sebagai mengolah bahan mentah menjadi barangan siap. Menurut Encyclopaedia Brittanica (1968), pemprosesan makanan lazimnya diketahui bahawa meliputi mengetin, menyejukbekukan dan mengeringkan yang membolehkan makanan_ disimpan; mengubah bentuk makanan, seperti menghasilkan jeruk daripada buah-buahan; atau dengan sekadar memasak makanan, seperti membakar roti Definisi Kamus Dewan (2005) untuk perkataan ‘daging’ ialah isi (pada manusia atau binatang) di antara kulit dgn tulang, ‘Daging', menurut The World Book Encyclopedia (1995) kebanyakan terdiri daripada otot, lemak dan bahagian-bahagian Jain tubuh binatang, Perkataan ‘daging’ lazimnya merujuk kepada daging merah lembu, Khinzir, kembing biri-biri dan haiwan buruan. Perkataan 'sejuk beku’ menurut Kamus Dewan (2005) pula membawa maksud diawet secara proses penyejukan sehingga berkeadaan beku supaya tahan lama (berkenaan bahan makanan dan sebagainya). Cara pengawetan secara sejuk beku bukanlah kaedah yang baharu kerana sejak zaman dahulu, golongan petani, nelayan dan pembura telah mengawet tangkapan dan hasii mereka dalam bangunan yang tidak dipanaskan pada musim sejuk (Tresster dan Evers, 1957). Kaedah i ‘memupakan amara yang terbaik untuk mengawet makenan menurut The World Book Encyclopaedia (1995). The World Book Encyclopaedia juga menyatakan bahawa makanan yang disejuk beku mengawet makanan dengan menghelang pertumbuhan mikrob yang merosekkan makanan serta melambatkan tindak bales kimie yang menyebabkan kerosakan makanan. 96XXXX-XX-XXXX Maka, maksud tajuk Kerja kursus ini boleh difahami sebagai pengunaan pengetahuan sains yang terkini untuk memproses daging yang beku. Industri pemprosesan makanan dan pertanian semakin berkembang banyak didorong oleh aspek pertambahan populasi dan gaya pemakanan pengguna yang mengikut trend semasa, Kaedah menghasilkan makanan yang lebih pantas, bersih dan seelamat turut mendorong industri makanan berkembang dengan pessat sehingga mencetuskan teknologi babaru serta inovasi dalam bidang yang berkaitan, seperti penghasilan mesin pemprosesan dan reka bentuk pembungkusan makanan, Sumber makanan sangat penting kepada manusia dan bekalan malanan di dunia dipengaruhi oleh faktor musim atau cuaca. Oleh itu, keperluan untuk memproses dan mengawet hasil pertanian dan barangan makanan dalam kuantiti yang besar memerlukan aplikasi kejuruteraan agar produk pertanian dan makanan yang berkualiti dan sihat dapat dibekalkan kepada pengguna melalui pemprosesan yang efektif dan efisien, serta dapat menambah nilai produk pertanian dan makanan untuk pengguna (Hanafi Timan, 2014), Industri makanan sejuk beku kini merupakan industri yang amat berpotensi dalam penjanaan ekonomi negara, Dalam rencana "Industri makanan sejuk beku tempatan masih lemah' bertarikh 1 Mac 2002 yang dipetik daripada Utusan Online, permintaan kepada makanan halal dunia pada masa ini dianggarkan ASS80 bilion (RM304 bilion) setahun dan bagi segmen makanan halal beku sahaja dianggarkan A$827 bilion (RM102.6 bilion). Di Malaysia, makanan halal sejuk dan beku mewakili 85 peratus keseluruhan pasaran dengan anggaran nilai pasaran sebanyak RM1.7 bilion, Fokus kajian ini adalah terhadap pengunaan teknologi moden, terutamanya yang menglibatkan mesin, dalam proses penghasilan produk daging sejuk beku, Rasional Kajian ini ialeh permintaan rakyat Malaysia yang tinggi tethadap produk-produk daging sejuk beku. Pengguna sekarang kurang suka memasak. Hal ini demikian kerana bilangan wanita bekerja, ibu tunggal dan suami-isteri bekerja semakin meningkat dan mereka mendapati makanan dingin dan beku lebih sesuai 96XXXX-XX-XXXX_ kerana ia mudab disediakan. Di samping itu, penyelidikan juga menunjukkan remaja banyak mempengaruhi pembefian makanan beku. Ist rumah yang mempunyai remaja cenderung mengambil makanan yang telah disediakan/dimasak lebih awal. Sementelahan, kadar kemiskinan rakyat Malaysia telah menurun mengikut peredaran masa, Sehubungan dengan itu, kemampuan berbelanja rakyat telah meningkat Peningketan tawaran produk-produk tenusu termasuk daging sejuk beku juga menyebabkan harga pasaran lebih murah berbanding dengan masa dahulu, Kedua-dua faktor ini turut menyebabkan pengguna lebih cenderung untuk mengguna produk- produk daging sejuk beku. Maka, permintaan rakyat terhadap produk-produk tersebut meningkat Selain itu, pemprosesan daging sejuk beku juga mengalami pelbagai pemodenan berbanding zaman dahulu. Pada zaman atom ini, industri pemprosesan makanan dan pertanian semakin berkembang. Daging hanya dipotong dan disimpan dalam peti sejuk supaya tahan lama pada masa dahulu. Kini, pelbagai mesin dan teknik baharu digunakan dalam pemprosesan daging sejuk beku. Kita sebagai pengguna scharusnya mengetahui perkara-perkara asas tentang kaedah-kaedah pemprosesan makanan yang digunakan sekarang. Keadaan ini akan membolehkan kita menjadi pengguna yang lebih bijaksana. Kita juga dapat mengelakkan sebarang ancaman terhadap kesihatan kita akibat termakan makanan yang diproses menggunakan cara yang tidak patut, 96XXXX-XX-XXXX 2.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian adalah untuk 1, Mengenal pasti faktor-faktor penggunaan teknologi moden dalam pemprosesan daging sejuk beku di Segambut 2, Mengkaji kesan-kesan penggunaan teknologi moden dalam pemprosesan daging sejuk beku di Segambut 96XXXX-XX-XXXX 3.0 LOKASI KAJIAN Peta 1: Peta Kuala Lumpur Sumber: Google Maps Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia. Diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pusat Pentadbiran Persekutuan pada 1 Februari 1974 Kuala Lumpur mempunyai keluasan 243.65 kilometer persegi dan mempunyai 11 kawasan Parlimen iaitu Bandar Tun Razak, Batu, Bukit Bintang, Cheras, Kepong, Lembah Pantai, Segambut, Seputeh, Setiawangsa, Titiwangsa dan Wangsa Maju Kuala Lumpur dikenali sebagai Bandaraya Bercahaya, Pusat Kesenian Antarabangsa, Pusat Perundangan Kehakiman dan Kebudayaan Islam di Malay ia. Unjuran penduduknya pada tahun 2009 adalah seramai 1,655,100 orang. Kuala Lumpur turut menawarkan destinasi pelancongan yang menarik seperti Taman Burung, Taman Rama-rama, Pasar Seni, Chinatown, Taman Bunga Raya, Istana Negara, Kompleks Budaya Kraf, Taman Tasik, Dataran Merdeka, Menara Kuala Lumpur, Tugu Negara, Masjid Negara, Muzium Negara, Pusat Sains Negara, Kompleks Sukan Negara, Istana Budaya, Zoo Negara, Taman Orkid, Planetarium Negara, Rumah Penghulu Abu Seman, Bangunan Sultan Abdul Samad, Balai Seni Lukis Negara dan Pusat Krat 96XXXX-XX-XXXX Peta 2: Segambut Sumber: Google Maps Segambut merupakan sebuah kawasan perindustrian yang terletak dalam KL. Kawasan Perusahaan Segambut merupakan tempat letaknya pelbagai kilang serta pejabat. Maka, suasana di sekitar kawasan ini adalah agak sibuk pada waktu siang, Segambut juga terletak di lokasi yang strategik kerana berdekatan dengan pelbagai destinasi yang penting seperti Menara Berkembar Petronas, Carcosa Seri Negara dan Lebuhraya Utara-Selatan 96XXXX-XX-XXXX Peta 3: Lokasi Kilang Al-Hilal Food Processing Sda Bhd Sumber: Google Maps Kilang yang menjadi fokus kajian ini ialah kilang Al-Hilal Food Processing Sdn Bhd yang terletak di Segambut. Kilang ini menjalankan pemprosesan daging sejuk beku. Jenis-jenis pemprosesan yang dilakukan pula adalah mencincang, memotong dan membungkus. i Foto 1: Kilang Al-Hilal Food Processing Sdn Bhd ‘Sumber: Kerja Lapangan 2015 Gambar di atas menunjukkan bangunan di mana letaknye Kilang Al-Hilal Food Processing Sdn Bhd. Kilang ini terletak di Mezzanine Floor Syarikat Lucky Frozen Sdn Bhd. 9GXXXX-XX-XXXX 4.0 METODOLOGI KAJIAN Bahagian ini membincangkan reka bentuk kajian, persampelan, instrumen kajian, dan cara analisis data 4.1 Reka Bentuk Kajian Kajian ini berbentuk kajian tinjauan, Kajian tinjauan ialah kaedah mengumpul maklumat dengan bertanyakan satu set soalan kepada satu sampel individu yang dipilih daripada populasi yang hendak dikaji (Sabitha Marican, 2009). Dalam kajian ini, persepsi pengguna terhadap penggunaan teknologi dalam pemprosesan daging sejuk beku di Segambut menjadi fokus 4.2 Sampel Kajian Pemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan secara rawak yang menglibatkan 30 orang pengguna produk daging sejuk beku di Segambut, Kuala Lumpur, Bilangan sampel yang diambil adalah besar untuk mewakili populasi yang dikaji (R. Kuberan et al,, 2013), 96XXXX-XX-XXXX 4.3 Instrumen Kajian Instrumen-instrumen Kajian yang digunakan ialah borang soal_selidiik, pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen, 4,3.1 Pemerhatian Pemerhatian telah dilakukan dengan lawatan ke lokasi kajian, Dalam proses pemerhatian, gambar-gambar yang relevan telah diambil, Borang pemerhatian disediakan untuk memerhati dan mengenal pasti faktor-faktor penggunaan tcknologi untuk memproses daging sejuk beku di Kilang Al-Hilal Food Processing Sdn Bhd, Segambut, Kuala Lumpur, 4.3.2 Soal Selidik Prinsip KISS (Keep it short and simple) iaitu mengemukakan soalan yang ringkas dan mudah difahami (R.Kuberan et al, 2013) diamalkan dalam pembinaan orang soal selidik untuk kajian ini. Borang soal selidik yang digunakan mengandungi dua bahagian untuk mencapai objektif kajian. Soalan dalam borang soal selidik ini merupakan soalan tertutup menggunakan skala Likert 5 poin 4.3.3 Temu bual Soalan-soalan yang berkaitan dengan pemprosesan daging sejuk beku disediakan untuk mendapatkan maklumat lebih mendalam daripada informan. Temu bual yang dijalankan adalah formal 4.3.4 Rujukan (Kajian Arkib) Kajian arkib, ataupun analisis terhadap bahan dokumen merupakan perkara asas dalam menjalankan penyelidikan, Pada peringkat awal kajian, dilakukan rujukan tethadap bahan-bahan bertulis ataupun bercetak yang diterbitkan seperti buku, kamus dan majalah, Sumber-sumber Internet juga dirujuk dan diguna pakai dalam kajian ini 10 96XXXX-XX-XXXX 4.4 Cara Pengumpulan Data Data dan makiumat untuk Kkajian ini dikumpulkan melalui pelbagai kaedah seperti pemerhatian, soal selidik, temu bual dan rujukan (kajian arkib) 4.4.1 Pemerhatian Lokasi kajian dilawat dua kali bagi membuat pemerhatian untuk mengumpulkan maklumat, Pemerhatian bertujuan untuk mendapatkan gembaran sebenar atau secara langsung ke atas perkara-perkara yang sedang dikaji (R. Kuberan et al., 2013), Borang pemerhatian diisi untuk dijadikan data 4.4.2 Soat Selidik Kaedah soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang faktor- faktor serta kesan-kesan penggunaan teknologi moden dalam pemprosesan daging sejuk beku. Borang soal selidik diberi kepada pengguna produk daging sejuk beku yang sudi bekerjasama, 4.4.3 Temu Bual Kaedah temu bual juga digunakan untuk mengumpulkan data. Seorang yang berpengetahuan tentang teknologi yang digunakan sckarang untuk memproses daging sejuk beku telah ditemu bual, Temu bual tersebut berlangsung selama lebih kurang 7 minit, Jawapan (lisan) informan kepada soalan-soalan yang sjukan_ menjadi maklumat untuk kajian ini. 4.4.4 Rujukan (Kajian Arkib) Makiumat dikumpulkan dengan menganalisis bahan-bahan tercetak seperti buku, majalah, kamus dan ensaiklopaedia, Rujukan dilakukan di Pusat Sumber SMK Seri Garing, Rawang, Laman-laman web yang dirujuk pula adalah seperti Laman Web ‘Rasmi Jebatan Penerangan Malaysia (http://www penerangan. gov.my). ul 96XXXX-XX-XXXX 4.5 Cara Analisis Data Selepas data dikumpulkan melalui kaedah-kaedah tersebut, analisis sercara deskriptif telah dijalankan, Analisis secara kuantitatif telah dijelankan atas data yang diperoieh melalui soal selidik. Kekerapan, peratusan, min dan rajah yang sesuai telah digunakan dalam analisis ini, Poin yang diberikan untuk skala Likert yang digunakan dalam borang soal selidik adalah seperti yang berikut _SKALA Sangat tidak setuju (STS) ‘Tidak setuju (TS) Tidak pasti (TP) Di samping itu, analisis secara kualitatif pula dijalankan atas data yang diperoleh melalui pemerhatian, temu bual serta rujukan, Maklumat daripada sumber- sumber tersebut ditafsirkan untuk menjadi data kajian, 12 96XXXX-XX-XXXX 5.0 DAPATAN KAJIAN Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan pemerhatian serta tindak balas tesponden terhadap soal selidik yang berkaitan faktor-faktor penggunaan teknologi moden dalam pemprosesan daging sejuk beku serta kesan- kesan penggunaan teknologi moden dalam pemprosesan daging sejuk beku di Segambut, Borang pemerhatian sclepas pemerhatian dilakukan di iokasi kajian Persampelan responden yang terdiri daripada pengguna produk daging sejuk beku di Segambut yang diambil secara rawak. Pemilihan responden secara rawak dapat mewujudkan variasi pendapat pengguna yang berlainan latar belakang. 5.1 Hasil Pemerhatian Hasil pemerhatian ditunjukkan dalam Jadual 1 Jadual 1: Hasil Pemerhatian Perkara yang Diperhatikan j ci Februari 2015 L7Mac 2015 | Masa yang diambil untuk | 32 minit mencincang 20kgdaging Saiz beberapa bungkus daging Sama Sama | yang siap dibungkus i ~ Produk-produk yang digunakan Kelihatan menarik | Kelihatan menarik | Pemerhatian dijalankan di Kilang Al-Hilal Food Processing Sdn Bhd pada 11 Februari 2015 dan 8 Mac 2015. Aspek-aspek yang diperhatikan ialah masa yang diambil untuk memproses daging, konsistensi pemprosesan dan rupa produk. Dari segi masa, 20kg daging dicincang dalam masa lebih Kurang 30 minit sahaja menggunakan mesin pencincang, Dari segi konsistensi pula, saiz bungkus-bungkus daging yang dicincang adalah sama apabila dibungkus oleh mesin. Rupa produk- produk yang siap diproses pula kelihatan menarik, terutamanya yang dibungkus menggunakan teknologi 'skin pack’. 3 96XXXX-XX-XXXX 5.2 Demografi Responden 5.2.1 Umur Jadual 2 dan Rajahi menunjukkan bilangan responden kepada soal selidik yang dijalankan mengikut kategori umur. Responden dipilih secara rawak dan terdiri daripada pengguna yang berumur antara 19-29 tahun, 30-39 tahun, 40-49 tahun dan melebjhi $0 tahun, Jadual 2; Umur Responden Peratusan (°%) j Bilangan responden (orang) Kategori umur(tahun) Rajah 1: Umur Responden Umur Responden 10.00% 2 | 36.67% 40.00% Sumber: Kajian Lapangan 2015 14 96XXXX-XX-XXKX Daripada 30 orang responden, 11 orang merupakan individu yang berumur antara 19-29 tahun dan mewakili 36.67% daripada jumlah keseluruhan. 12 orang bersamaan 40.00% pula berada dalam kategori umur 30-39 tahun, Bagi kategori umur 40-49 tahun, responden adalah sebanyak 3 orang ataupun sebanyak 10% jumlah keseluruhan. Bilangan responden yang berumur 50 tahun ke atas adalah 13.33% daripada jumlah, iaitu 4 orang. Maka, dapat dilihat bahawa kumpulan responden yang majoriti ialah responden yang agak muda, 5.2.2 Kaum Responden-responden terdiri daripada kaum-kaum Melayu, Cina ataupun India, Jadual 3 dan Rajah 2 menunjukkan bilangan responden mengikut kaum. Jadual 3: Kaum Responden | Kaum Bilangan Responden | Peratusan (%) (orang) es ee [ Cina 1B | ia -eeerHee|PEe 4 = [ Jumlah 30. Sumber: Kajian Lapangan 2015 96XXXX-XX-XXXX, Rajah 2: Kaum Responden Kaum Responden 13.33% Netaye Gina [om] Sumber: Kajian Lapangan 2015 Dalam kalangan 30 orang responden, bilangan orang Melayu dan Cina adalah sama banyak, iaitu 13 orang Melayu dan 13 orang Cina, Maka, orang Mclayn dan Cina mewakili 43.33% jumlah keseluruhan masing-masing. Responden india pula mewakili 13.33% daripada semua responden iaitu sebanyak 4 orang, 5.2.3 Tahap Pendidikan Responden yang dipilih mempunyai tahap pendidikan setakat PMR, SPM/STPM atau kolej/universiti. Jadual 4 dan Rajah 3 mengilustrasikan bilangan responden mengikut tahap pendidikan, Responden-responden ini dipilih secara rawak. 16 96XXXX-XX-XXXX, Jadual 4: Tahap Pendidikan Responden Bilangan responden Peratusan (%) Sumber: Kajian Lapangan 2015 Rajah 3: Tahap Pendidikan Responden Tahap Pendidikan Responden PMR. 40.00% SPM/STPM. [ 56.67% | Kole)/Universiti Sumber: Kajian Lapangan 2015 Secara keseluruhannya, hampir semua responden menghabiskan pengajian sekolah menengah. Seorang responden belajar sehingga ke tahap PMR, iaitu 3.33% daripada semua responden. Manakala 12 orang responden menerima pendidikan ke peringkat SPM atau STPM dan mewakili 40.00% jumlah keseluruhan, Bagi mereka yang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, bilangannya ialah sebanyak 17 orang bersamaan 56.67%. Justeru, majoriti responden telah melanjutkan pelajaran ke 1g dan boleh dikatakan golongan berpendidikan. 7 96XXXX-XX-XXXX 5.2.4 Penggunaan Produk Daging Scjuk Beku Dalam Seminggu Bilangan kali penggunaan produk daging sejuk beku dalam seminggu oleh responden-responden ditunjukkan dalam Jadual 5 dan Rajah 4. Jadual 5: Penggunaan Produk Daging Sejuk Beku dalam Seminggu oleh Responden | Bilangan kali Bilangan responden Peratusan(%) I i (orang) I “<2kali Bee ero eereee cerry eee i iz 23kali | B L | S3kali ine Jumlah 30 Sumber: Kajian Lapangan 2015 Rajah 4: Penggunaan Produk Daging Sejuk Beku dalam Seminggu oleh Responden Penggunaan Produk Daging Sejuk Beku Dalam Seminggu Oleh Responden 3.33% [a <2 kat ae 2Bhah 43.33% 53.33% z Sumber: Kajian Lapangan 2015 Sebanyak 53.33% daripada 30 orang responden, iaitu 16 orang menggunakan produk daging sejuk beku Kurang daripada 2 kali dalam seminggu. 13 orang responden pula menggunakan produk daging sejuk beku antara 2 hingga 3 kali dalam seminggu dan mewakili 43.33% jumlah keseluruhan, Hanya 3.33% daripada 30 orang, bersamaan 1 responden sahaja yang menggunakan produk daging sejuk beku melebihi 3 kali dalam seminggu. Justeru, secara keseluruhannya dapat dilihat bahawa pengguna i Segambut tidak terlalu kerap menggunakan produk daging sejuk beku 18 96XXXX-XX-XXXX 5.2.5 Pengetahuan tentang Teknologi Pemprosesan Makanan Jadual 6 dan Rajah 6 menunjukkan bilangan responden berpengetahuan atau tidak tentang teknologi pemprosesan makanan terkini Jadual 6; Pengetahuan Responden tentang Teknologi Pemprosesan Makanan Terkini See ea ee ere Bilangan Responden | —_-Peratusan (%) (orang) } Berpengetahuan tentang. | Teknologi Pemprosesan | Makanan i T u 1 | 19 Sumber: Kajian Lapangan 2015 Rajah 5: Pengetahuan Responden tentang Teknologi Pemprosesan Makanan Terkini Pengetahuan Responden Tentang Teknologi Pemprosesan Makanan Terkini 36.67% Tidal 63.33% Sumber: Kajian Lapangan 2015 Berdasarkan media di ates, dapat dilihat bahawa daripada 30 orang responden, 11 orang (36.67%) berpengetahuan tentang teknologi pemprosesan makanan terkini Di sebaliknya, 19 orang bersamaan 63.33% responden tidak berpengetahuan tentang teknologi pemprosesan makanan terkini 19 96OXXXX-XX-XXXX 5.3 Faktor-faktor Penggunaan Teknologi Moden dalam Pemprosesan Daging Sejuk Beku di Segambut Jadual 6 menunjukkan analisis pandangan responden tentang faktor-faistor penggunaan teknologi moden dalam pemprosesan daging sejuk beku di Segambut. Jadual 6; Analisis pandangan responden tentang faktor-faktor penggunaan teknologi moden dalam pemprosesan daging sejuk beku di Segambut. 'No.| Faktor [srs | 1 tsa) | mee | sa) | % f % iF) % \£! 6.67 1 )3.33 |17/56.67/10)3333) |4.17) ( } feet) 11 |Masa diambil “untuk memproses 5 3 |penghasilan i it produ | 3 Dagingakan (0 [01/333 /5 /16.67|19|63.33/5 |1667| 3.93 $ebih tahan lama | a : cron [4 Tkonsistensi dapat|0 Jo” [2 [667 16 |20.00|20|06.67/2 [er ‘3.73 | }dikekatkan datam | I | [2 'Menjimatkan kos 33.3312 10.00) 13.40 1 produk akhir | 5 |Mengekalkan [0 [0 [12/40 [9 |30.00/9 3000/0 jo | (2.90 nilai notrisi |daging | ow ( —o 6 |Daging menjadi [0 (0 [5 |16.67 14|46.67/10[33.33 0 [0 [lebih fazat I | i 2 [6.67 [1 |3.33 [18!60.00'9 [30 Jas |kelihatan lebih | \ fees ceeeS es ea! |__| menarik | | | I Jee Eee bod zee! Sumber: Kajian Lapangan 2015 Berdasarkan jadual di atas, 10 orang bersamaan 33.33% responden-responden sangat bersetuju bahawa masa yang diambil untuk memproses daging dapat dijimatkan dengan penggunaan teknologi. 17 orang responden, iaitu 56.67% daripada semua responden memilih setuju untuk faktor ini. Responden yang tidak pasti bahawa ‘masa dapat dijimatzan jika teknologi moden digunakan hanyalah 1 orang sahaja, 20 96XXXX-XX-XXXX bersamagn 3.33%, 2 orang responden, mewakili 6.67% daripada jumlah keseluruhan tidak setuju dengan faktor ini dan tiada orang yang sangat tidak setuju. Data ini ditunjukkan dalam Rajah 6. Masa Diambil untuk Memproses Daging Dapat Dijimatkan 7 4 sts) 152) 13) stay S515) Rajah 6: ‘Tindak Balas Responden terhadap Faktor | ‘Sumber: Kajian Lapangan 2015 Dengen itu, min ialah 4.30. Hal ini menunjukkan kebanyakan responden bersetuju dengan faktor ini. Daripada pemerhatian, penggunaan mesin untuk mencincang kuantiti daging yang besar hanya mengambil masa yang pendek sahaja Misalnya, hanya lebih kurang 30 minit diambil untuk menghasilkan daging cinceng daripada 20kg daging mentah, Foto 2 menunjukkan mesin pencincang daging yang sedang beroperasi. 96XXXX-XX-XXXX Sumber: Kerja Lapangan 2015 Selain itu, faktor penggunaan teknologi dapat menjimatkan kos penghasilan produk pula mempunyai 3 orang bersamaan 10.00% yang memilih sangat sctuju serta 12 orang, iaitu 60.00% responden yang setuju, Di sebaliknya, 4 orang bersamaan 13.33% tidak setuju dan 1 orang bersamaan 3.33% sangat tidak setuju dengan pernyataan ini. 10 orang responden pula bersamaan 3.33% yang tidak pasti. Oleh itu, ‘min bagi faktor ini ialah 3.4 yang menunjukkan bahawa kebanyakan responden tidak pasti bahawa kos penghasilan produk dapat dijimatkan dengan _menggunakan teknologi moden. Tindak balas responden tethadap item ini ditunjukkan dalam Rajah 7, 9OXXXX-XX-XXXX Kos Penghasilan Produk Dapat Dijimatkan sts) 152) Pa sia) 3515) Rajah 7: Tindak Balas Responden terhadap Faktor 2 ‘Sumber: Kajian Lapangan 2015 Statistik ini disokong oleh informan yang menyatakan bahawa kerja pemprosesan daging sejuk beku memerlukan tenaga kerja yang ramai serta kesukaran melatih tenaga kerja yang profesional dalam kerja-kera tersebut. Maka, syarikatnya telah mengimport mesin-mesin untuk memproses daging sejuk beku ini supaya kerja- kerja memotong dan penyediaan daging dapat dikurangkan. Seterusnya, 63.33% dan 16.67% responden setuju dan sangat setuju, iaitu 6 orang dan 19 orang masing-masing bahawa daging akan lebih tahan lama melalui teknologi pemprosesan. 5 orang bersamaan 16.67% responden tidak pasti manakala 1 orang sahaja ataupun 3.33% responden tidak setuju dengan falctor ini, Tiada orang yang sangat tidak setuju. Pilihan-pilihan responden bagi faktor ini ditunjukkan dalam Rajah 8, Daging akan Lebih Tahan Lama onan Bilan sts 152) Pe} sia} Rajah 8: Tindak Balas Responden terhadap Faktor 3 Sumber: Kajian Lapangan 2015 Min bagi faktor ini jalah 3.93. Maka, secara keseluruhannya responden setuju bahawa jangka hayat daging dapat dipanjangkan melalui pemprosesan teknologi Rujukan yang dilakukan juga menyokong pernyataan ini, Menurut The World Book Encyclopaedia (1995), bahan pembungkusan dan kaedah yang istimewa melindungi makanan daripada udara, bakteria, bahan-bahan kimia, serangga, cahaya, kelembapan Gan bau ~ kesemuanya berkemungkinan akan merosakkan makanan, Informan juga telah memberi maklumat bahawa daging yang diproses dengan teknologi MAP dan ‘skin pack’ telah memanjangkan jangka hayat daging yang dikeluarkan dari pembungkusan vakum untuk dipotong dari 72 jam kepada 7 hingga 10 hari Faktor keempat ialah konsistensi dapat dikekalkaa dalam produk akhir dengan adanya teknologi pemprosesan moden, Majoriti responden, iaitu 20 orang bersamaan 66.67% responden setuju dengan faktor ini. 6.67% responden iaitu 2 orang sahaja yang sangat setuju dengan faktor ini. 6 orang bersamaan 20.00% orang memilih tidak pasti kepada pernyataan ini manakala 2 orang bersamaan 6.67% responden tidak setuju dengan faktor ini, Tiada responden yang memilih sangat tidak setuju. Rajah 9 ‘menunjukkan tindak balas responden terhadap item ini, 24 96XXXX-XX-XXKX Konsistensi Dapat Dikekalkan dalam Produk Akhir ° STS {1} TS(2) TP 13} Sia) 5815} Rajah 9: Tindak Balas Responden terhadap Faktor 4 Sumber: Kajian Lapangan 2015 Bagi faktor ini, min ialah 3.73, maka kebanyakan responden setuju bahawa produk akhir lebih konsisten dengan menggunakan teknologi pemprosesan moden Pemerhatian juga menyokong dapatan ini, Foto 3 menunjukkan daging cincang yang dibungkus menggunakan mesin di mana saiz dan kandungan setiap bungkus adalah sama. Foto 3: Bungkus-bungkus daging cincang Sumber: Kerja Lapangan 2015 96XXXX-XX-XXXX Tambahan pula, bagi pernyataan penggunzan teknologi dapat mengekalkan nilai nutrisi daging tersebut, terdapat 9 orang bersamaan 30.00% responden yang setuju. Di sebaliknya, 40% responden bersamaan 12 orang tidak setuju dengan pemyataan i responden yang sangat setuju atau sangat tidak setuju. Rajah 10 menunjukkan 9 orang bersamaan 30.00% responden memilih tidak pasti dan tiada pendapat-pendapat responden terhadap faktor ini Mengekalkan Nilai Nutrisi Daging bilangan respendten farang) sts} 15.2} ra) sta) 5515) Rajah 10: ‘Tindak Balas Responden terhadap Faktor 5 Sumber: Kajian Lapangan 2015 Justeru, min ialah 2.9. Hal ini menunjukkan bahawa hampir semua responden tidak pasti bahawa nilai nutrisi daging dapat dikekalkan dengan penggunaan teknologi Pendapat informan terhadap pemyataan ini pula nilai ialah nutrisi daging dapat dikekalkan dengan adanya teknologi ‘Modified Atmosphere Packaging’ (MAP) dan ‘skin pack’ Faktor keenam berbunyi demikian; teknologi pemprosesan dapat menjadikan daging lebih lazat berbanding daging yang tidak diproses, 10 orang bersamaan 33.33% responden setuju manakala 6 orang bersamaan 20.00% responden tidak setuju dengan pernyataan ini. Majoriti responden (46.06% atau 14 orang) tidak pasti tentang faktor ini. Tindak balas responden terhadap item ini diilustrasikan dalam Rajah 11. 26 96XXXX-XX-XXXX Daging Menjadi Lebih Lazat / 3 | ° i ; i! STS (1) ‘TS {2} TP (3) sta) ‘$5(5) Rajah 11: Tindak Balas Responden terhadap Faktor 6 Sumber: Kajian Lapangan 2015 Maka, min faktor ini ialah 3.13 yang secara tidak langsung menyatakan kebanyakan responden tidak pasti bahawa daging akan menjadi lebih lazat selepas pemprosesan. Merujuk kepada The World Book Encyclopedia (1995), pemprosesan mengubah makanan asas dari aspek-aspek tertentu. Pemprosesan makanan kebanyakannya hanya menggunakan bahan tambahan kimia yang bertujyan untuk meningkatkan kualiti makanan seperti rasa makanan tersebut, Namun, informan telah menyatakan bahawa rasa daging adalah sama selepas pemprosesan, Faktor yang terakhir ialah teknologi pembungkusan akan menjadikan produk kelihatan lebih menarik. Bilangan orang responden yang setuju dan sangat setuju ialah 18 orang (60.00%) dan 9 orang (30.00%) masing-masing. Responden yang tidak setuju adalah sebanyak 2 orang bersamaan 6.67% daripada kesemua responden dan hanya 1 orang bersamaan 3.33% tidak pasti tentang faktor ini, Statistik ini ditunjukkan dalam Rajah 12, 27 96XXXX-XX-XXXX | Produk Akhir Kelihatan Lebih Menai 20 ' stil} 1513) 743) sia ssish Rajah 12: Tindak Balas Responden terhadap Faktor 7 Sumber: Kajian Lapangan 2015 Keadaan sedemikian menunjukkan kebanyakan responden setuju bahawa produk akan kelihatan lebih menarik dengan wujudnya teknologi pemprosesan kerana min bagi faktor ini ialah 4.13, Statistik ini dapat disokong dengan pemerhatian pengkaji. Daging yang setelah dibungkus secara ‘skin pack’ diletakkan di atas sebuah piring dan dibalut dalam plastik yang kedap udara memang kelihatan menarik seperti dalam Foto 4. sien | a Foto 4: Daging stik lembu yang dibungkus secara ‘skin pack’ Sumber: Kerja Lapangan 2015 28 96XXXX-XX-XXXX 5.4 Kesan-kesan Penggunaan Teknologi Moden dalam Pemprosesan Daging Sejuk Beku di Segambut Analisis pandangan responden dalam soal selidik terhadap kesan-kesan penggunaan {eknologi moden dalam pemprosesan daging sejuk beku di Segambut ditunjukkan dalam Jadual 7, Jadual 7: Analisis pandangan responden tentang kesan-kesan penggunaan teknologi moden dalam pemprosesan daging sejuk beku di Segambut. Nol Kesan | STSQ)| TSQ) | TI \ fle irl % a /Penawaran [0 |0.00/6 |20.00 /daging yang | diproses | | | mengubah corak | jpemakanan | | |seharian anda 2 Penganilan ‘0 |0.00/0 | secara berterusan imengancam | | [Kesihatan i ‘Memudahkan 0 |0.00 0 penyediaan | |hidanganai | rumah dan | [| t \ 0.00 |6 |20.00|19|63.33/5 |16.67/3.96) tempat niaga | 4 | Nilai nutrisi 10 |0.00/3 He daging terjejas | | \ | | | 5 [Rasadaging — [2 (6.67/4 {13.37)10'33.33|14)46.67|0 [0.00 3.2, | i ieesi 1 1 [ terjejas i {pee e eer a ' 6 Produk aie jo [0.0017 [23.3316 |20.00/12 40.00|5 |16.67 3.5 | { a ee 36.67/15 50.00 ‘menjadi lebih ' mahal ! | 7 |Daging sejuk (0.000 Jo.oo /11)33.33)16 53.333 | 10.00)3.73, beku yang 1 } : | diproses [eee eeee | ' imempunyal =) 4) Ft EH i ‘pasaran besar | | Sumber: Kajian Lapangan 2015 29 96XXXX-XX-XXXX Berdasarkan Jadual 9, bagi Kesan penawaran daging yang diproses telah mengubah corak pemakanan seharian anda, 6 orang bersamaan 20.00% responden telah memilih tidak setuja dan 7 orang bersamaan 23.33% responden tidak pasti tentang pemnyataan tersebut. Yang setuju dan yang sanget setuju pula ialah 13 orang (43.33%) dan 4 orang (13.33%) masing-masing, Tiada responden yang memilih sangat tidak setuju. Data tersebut ditunjukkan dalam Rajah 13 Penawaran Daging Diproses Mengubah Corak Pemakanan Seharian S151) 1512) Pa) sia} Rajah 13: Tindak Balas Responden terhadap Kesan 1 Sumber: Kajian Lapangan 2015 Min bagi kesan ini ialah 3.5. Hal ini menunjukkan secara keseluruhannya responden sefuju bahawa penawaran daging yang diproses telah mengubah corak pemakanan seharian mereka. Artikel Makanan Sejuk & Beku di laman web rasmi Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia (http://www.moa.gov.my/) ‘mempunyai pernyataan yang berbunyi 'makanan dingin dan beku semakin diterima sebagai alternatif kepada makanan segar'. Daging sejuk beku merupakan sejenis makanan dingin dan beku, maka peryataan ini menyokong dapatan melalui soal selidik di atas. Kesan yang kedua ‘alah pengambilan daging sejuk beku yang diproses secara berterusan akan mengancam kesihatan. Opsyen yang dipilih hanyaiah tidak pasti dan setuju sahaja dengan 15 orang ataupun 50.00% masing-masing, Tindak balas, 30 96XXXX-XX-XXXX_ responden ditunjukkan dalam Rajah 14, Pengambil Secara Berterusan Daging Diproses Mengancam Kesihatan 1 ae : 44 E i | wD | 10 : Ge ! 8 zl 6 4 I ° od i | STS{L} S12} TP i3} siay 8515} { Rajah 14: Tindak Balas Responden terhadap Kesan 2 Sumber: Kajian Lapangan 2015 Maka, min ialah 3.5, iaitu responden secara keseluruhan berpendapat bahawa pengambilan daging sejuk beku yang diproses secara berterusan tidak baik untuk Kesihatan. Dalam buku Modifikasi Dalam Makanan, makanan sejuk beku dinyatakan sebagai makanan sedia dimakan yang semakin popular di Malaysia. Pernyataan yang bertentangan dengan statistik di atas juga tertulis dalam buku ini, ‘Namun terdapat mereka yang beranggapan makanan sejuk beku ini mengandungi bahan pengawet yang berbahaya dan perlu dihindarkan, Sebenarynya, makanan ini diproses menggunakan bahan mentah berkualiti dan tidak menggunakan bahan pengawet yang tinggi kerana penyejukbekuan itu sendiri adalah satu kaedah pengawetan.’ Selain itu, penawaran daging sejuk beku yang diproses telah memudahkan penyediaan hidangan di rumah atau di tempat niaga merupakan kesan ketiga, Tiada responden yang memilih sangat tidak setuju ataupun tidak setuju bagi Kesan ini, Di sebaliknya, 19 orang bersamaan 63.33% responden setuju dan 5 orang bersamaan 20,00% responden sangat setuju dengan pernyataan ini, 16.67% responden iaitu 5 orang memilih tidak pasti, Data tersebut ditunjukkan dalam Rajah 15, 31 96XXXX-XX-XXXX Memudahkan Penyediaan Hidangan di Rumah dan di Tempat Niaga B q Bilangan respond STS id) TR) Pa} sua 5515) Rajah 15; Tindak Balas Responden terhadap Kesan 3 Sumber: Kajian Lapangan 2015 Oleh hal demikian, kebanyakan responden setuju dengan pernyataan ini kerana min ialah 3.96. Dapatan ini disokong oleh artikel Makanan Sejuk & Beku di laman web Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia (http://www.moa.gov.my/) yang menyatakan bahawa makanan dingin dan beku adalah mudah dan segera Seterusnya, untuk pernyataan pemprosesan daging sejuk beku akan menyebabkan nilai nutrisinya terjejas, 3 orang bersamaan 10.00% peratus responden tidak setuju dengan pernyataan ini, 11 orang bersamaan 36.67% responden pula tidak pasti. Responden yang setuju adalah sebanyak 15 orang bersamaan 50.00% responden dan yang sangat setuju pula hanyalah 1 orang bersamaan 3.33% responden, Statistik bagi faktor ini ditunjukkan dalam Rajah 16. 96XXXX-XX-XXXX z z Nilai Nutrisi Daging Terjejas | | i STS{I} 1512} TPE} sia 5515} Rajah 16; Tindak Balas Responden teshadap Kesan 4 Sumber: Kajian Lapangan 2015 Dengan itu, min untuk kesan ini ialah 3.47 iaitu secara keseluruhannya responden tidak pasti tentang kesan pemprosesan terhadap nilai nutrisi daging sejuk beku. Informan telah menyatakan bahawa pemprosesan tidak meninggalkan impak negatif terhadap nilai nutrisi daging selagi penjual daging mengikut prosedur yang sepatutnya semasa memotong daging Kemudiannya, kesan kelima ialah pemprosesan daging sejuk beku akan menyebabkan rasanya terjejas. Responden yang sangat tidak setuju dan tidak setuju sebanyak 2 orang (6.67%) dan 4 orang (13.33%) masing-masing. Manakala 14 orang bersamaan 46.67% responden menjawab setuju kepada pernyataan ini, 10 orang responden bersamaan 33.33% responden memilih tidak pasti dan tiada responden yang memilih sangat setuju. Rajah 17 menunjukkan tindak balas responden bagi item ini, 33 Rasa Daging Terjejas STS tt} Tia} PB sia} $815} Rajah 17: Tindak Balas Responden terhadap Kesan 5 Sumber: Kajian Lapangan 2015 Oleh sebab demikian, min 3.2 memperlihatkan bahawa responden secara umum tidak pasti tentang kesan pemprosesan daging sejuk beku terhadap rasanya. Dalam temu bual, informan telah menyatakan bahawa teknologi pemprosesan dapat mengekalkan rasa daging sejuk beku. Dalam hal ini, cara daging tersebut dikendalikan adalah sangat penting untuk menjamin kualiti produk Bagi kesan keenam yang berbunyi pemprosesan daging sejuk beku dengan teknologi akan menjadikan produk akhir lebih mahal, bilangan orang yang setuju dan sangat setuju ialah 12 orang (40.00%) dan 5 orang (16.67%) masing-masing. 23,33% responden yang tidak setuju iaitu sebanyak 7 orang. Seramai 6 orang bersamaan 20,00% responden memilih tidak past diilustrasikan dalam Rajah 18 Tindak balas responden terhadap kesan ini 96XXXX-XX-XXXX, Produk Akhir Menjadi Lebih Mahal STS(L} ‘T512) TP (3) Sia) SSIS} Rajah 18: Tindak Balas Responden terhadap Kesan 6 Sumber: Kajian Lapangan 2015 “Maka, responden secara keseluruhannya setuju bahawa kos produk akhir akan naik akibat pemprosesan dengan teknologi kerana min bagi kesan ini ialah 3.5, Walau bagaimanapun, statistik ini tidak disokong oleh En, Calvin yang menyatakan meskipun bahan-bahan yang digunakan dalam pembungkusan daging sejuk beku ini merupakan antara 3 hingga 5 peratus kos produk, kos produk akan meningkat secara drastik tanpa pembungkusan yang dapat memanjangkan jangka hayat produk. Hal ini kerana kos pembaziran atas pembuangan produk-produk yang tidak dapat dijual setelah rosak akan menyebabkan penjual menetapkan margin keuntungan yang tinggi ‘Teknologi pembungkusan telah membolehkan kebanyakan produk daging sejuk beku dijuat sebelum tamat tempoh kesegarannya, maka penjual akan menetapkan margin keuntungan yang lebih rendah, Akhir sekali, kesan ketujuh ialah daging sejuk beku yang diproses mempunyai pasaran yang besar di Malaysia. Bilangan responden yang setuju ialah 16 orang (53.33% responden) dan yang sangat setuju ialah 3 orang (10.00% responden). 11 orang atapun 36.67% responden tidak pasti tentang pernyataan ini, Data ini ditunjukkan dalam Rajah 19, 35 96XXXX-XX-XXXX Daging Sejuk Beku Diproses Mempunyai Pasaran Besar di Malaysia sti) 1s) P13) 81a} sis} Rajah 19: Tindak Balas Responden terhadap Kesan 7 Sumber: Kajian Lapangan 2015 Responden secara amnya setuju bahawa komoditi ini setelah diproses mempunyai pasaran yang besar di Malaysia dengan min 3.73 bagi kesan ini Pemyataan ini juga disokong oleh jawapan informan dalam tema bual. En. Calvin telah menyatakan bahawa permintaan daging sejuk beku yang diproses menunjukkan trend yang meningkat 36 96XXXX-XX-XXXX 6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN Bahagian ini merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan untuk memenuhi dua objektif kajian. 6.1 Faktorfaktor Penggunaan Teknologi Moden dalam Pemprosesan Daging Sejuk Beku di Segambut Faktor utama penggunaan teknologi moden dalam pemprosesan daging sejuk beku di Segambut iaiah masa yang diambil untuk memproses daging dapat dijimatkan Kewujudan mesin yang direka untuk melakukan kerja-kerja seperti_memotong, mencincang dan membungkus daging mempercepat pemprosesan yang sukar dilakukan secara manual oleh manusia, Selain itu, penggunaan teknologi moden dalam pemprosesan daging sejuk beku dapat menjimatkan kos penghasilan produk. Tanpa mesin, Kerja-kerja tersebut menjadi amat susah dan tenaga buruh yang diperlukan adalah amat tinggi Penggunaan mesin telah mengurangkan keperluan tenaga buruh untuk melakukan kerja-kerja pemprosesan daging. Maka, kos buruh dapat dijimatkan dan secara tidak Jangsung kos penghasilan produk akan menurun. Penggunaan teknologi moden dalam pemprosesan daging juga menjadikan daging lebih tahan lama, Teknologi pembungkusan yang moden dapat memanjangkan jangka hayat daging dengan pembungkusan MAP atau vakum. Hal ini menjadikan daging lebih tahan lama kerana tidak terdedah kepada persckitaran yang tidak sesuai, Di samping itu, penggunaan teknologi moden untuk memproses daging sjeuk beku juga dapat mengekalkan konsistensi dalam produk akhir. Amatlah sukar untuk mendapat hasil yang sama daripada manusia yang melakukan kerja-Kerja memotong, membungkus dan mencincang daging. Hasilnya lagilah berbeza jika orang yang berlainan melakukan kerja yang sama, Oleh sebab itu, teknologi moden dapat mengatasi masalah ini melalui penggunaan mesin, 9GXXXX-XX-XXXX Faktor seterusnya ialah penggunaan teknologi moden dapat mengekalkan nilai nutrisi daging tersebut. Teknologi pembungkusan yang efektif dapat melindungi daging sejuk beku daripada unsur-unsur yang akan merosakkannya, seperti kelembapan, serangga dan bakteria, Dengan itu, kandungan khasiat daging tersebut akan dikekalkan. Bagi faktor penggunaan teknologi moden dapat menjadikan daging lebih lazat berbanding daging yang tidak diproses, kebanyakan pengguna tidak pasti tentang Kebenaran pernyataan ini, Maklumat yang didapati daripada informan ialah rasa daging yang diproses adalah sama, Sumber yang dirajuk pula menyokong pemyataan ini, Maka, Kajian mendapati bahawa daging yang lebih sedap rasanya bukanlah faktor penggunaan teknologi moden dalam pemprosesan daging sejuk beku. Faktor terakhir yang dibincangkan ialah teknologi pembungkusan akan menjadikan produk kelihatan lebih menarik. Perkara ini sememangnya benar dan dapat dilihat oleh pengguna-pengguna di pasar-pasar raya. Daging sejuk beku dibungkus dalam plastik: yang kedap udara atau secara ‘skin pack’ mempunyai bentuk yang menarik dan senang disusun. 6.2 Kesan-kesan Penggunaan Teknologi Moden dalam Pemprosesan Daging Sejuk Beku di Segambut Antara kesan penggunaan teknologi moden dalam pemprosesan daging sejuk beku ialah penawarannya telah mengubah corak pemakanan seharian pengguna Corak hidup manusia yang berbeza Jantaran perubahan zaman telah menyebabkan pengguna kini mengurangkan masa untuk memasak dan makan kerana kesuntukan masa. Mereka sibuk bekerja untuk menyara hidup, maka kerjaya menjadi keutamaan dan masa kebanyakannya diluang untuk bekerja. Oleh sebab demikian, daging sejuk beku yang diproses menjadi pilihan mereka kerana senang disimpan dan dimasak. Seterusnya, bagi kesan pengambilan daging yang diproses menggunakan teknologi secara berterusan akan mengacam kesihatan pula, kajian mendapati bahawa secara keseluruhannya pengguna bersetuju dengan pernyataan ini tetapi tidak 38 96XXXX-XX-XXXX disokong olch maklumat yang diperoleh melalui kajian.arkib. Maka, kajian tidak dapat memastikan bahawa adakah daging sejuk beku yang diproses tidak baik untuk kesihatan, Kesan yang ketiga ialah teknologi pemprosesan daging sejuk beku telah memudahkan penyediaan hidang di rumah dan di tempat niaga, Seperti yang telah Ginyatakan di atas, daging yang diproses lebih tahan lama, mudah disimpan dan mudah dimasak. Keadaan sedemikian sudah pasti dapat memudabkan proses memasak hidangan. Kajian juga mendapati bahawa nilai nutrisi daging tidak akan terjejas akibat pemprosesan teknologi, Pengekalan nilai nutrisi daging merupakan faktor penggunaan teknologi moden dalam pemprosesannya. Selagi kaedah yang digunakan dalam pemprosesan daying sejuk beku adalah yang patut, tiada kesan yang negatif terhadap nilai nutrisi daging tersebut Sementelahan, kesan rasa daging akan terjejas akibat pemprosesan teknologi juga dibincangkan. Perkara juga telah dibineangkan di atas. Daging sejuk beku yang diproses rasanya adalah sama dengan daging yang tidak diproses. Justeru, penggunaan teknologi moden tidak akan menyebabkan rasa daging sejuk beku terjejas. Kesan yang. seterusnya adalah penggunaan teknologi moden menjadikan produk akhir lebih mahal. Pernyataan ini tidak benar kerana menurut informan, harga produk akhir akan menjadi lebih mahal untuk mengelakkan Kerugian akibat pembuangan produk yang sudah rosak. Teknologi pembungkusan daging sejuk beku dapat memanjangkan jangka hayat. Dengan itu, kerugian akibat pembuangan daging yang rosak dapat dielakkan, Maka, produk akan menjadi lebih murah kerana penjual tidak mengaiami risiko kerugian yang besar berbanding ketiadaan teknologi pemprosesan, Kesan akhir yang dibincang ialah daging sejuk beku yang diproses dengan teknologi mempunyai pasaran yang besar di Malaysia. Gaya pemakanan pengguna yang mengikut trend semasa, tahap pendidikan pengguna serta pendapatan pengguna 39 96XXXX-XX-XXXX yang semakin tinggi telah meningkatkan permintaan pengguna terhadap makanan sejuk beku ini, Oleh sebab itu, daging sejuk beku ini mempunyai pasaran yang besar i Malaysia. 40 96XXXX-XX-XXXK 6.3 Kesimpulan Kesimpulannya, penggunaan teknotogi moden dalam pemprosesan daging sejuk beku adalah untuk mengekalkan nilai nutrisi dan rasa daging, memanjangkan jangka hayat daging, menjamin konsistensi dalam produk akhir serta mencantilckan rupa produk. Penawaran daging sejuk beku yang diproses berjaya mendapat tempat di hati pengguna pada zaman atom ini, Kajian mendapati bahawa pemprosesan menggunakan teknologi moden tidak meninggalkan kesan negatif atas daging sejuk beku dari segi rasa, kandungan nutrien ataupun implikasinya terhadap kesihatan Malah, daging sejuk beku yang diproses mempunyai pasaran yang besar di negara kita di samping telah memudahkan kehidupan kita kerana hidangan dapat disediakan dengan mudah. Justeru, adalah harapan pengkaji hasit kajian ini dapat meningkatkan kesedaran pengguna daging sejuk beku tentang produk-produk yang digunakan dan kaedah serta teknologi yang terlibat dalam pemprosesannya. 41 10. i 96XXXX-XX-XXXX RUJUKAN Donald K. Tressler dan Clifford F. Evers, 1957. The Freezing Preservation of Foods. Vol 1: Freezing of Fresh Foods, Westport, Connecticut: The AVI Publishing Company, Inc, Encyclopedia Brittanica Volume 9, 1968. Chicago, Mlinois: Encyclopedia Brittanica, Inc. Google. Dicapai pada 2 Mac, 2015 dari https://maps google.com.my/. Henafi Timan, “Pembungkusan Makanan Berinovasi” dim. Dewan Ekonomi 11:21, him. 50-51, November 2014 Portal iKlik, Geograii. Dicapai pada 3 Mac, 2015 dari http://pmr penerangan gov.my Kamus Dewan Edisi Ke-4, 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia. Makanan Sejuk & Beku, Dicapai pada 22 Februari 2015, dari http://www.moa gov.my R Kuberan et. al, 2013, Teks Hfektif STPM Pengayian Am (Penggal 2) 9002. Petaling Jaya: Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd Sabitha Marican, 2009. Penyelidikan Sosial Sains: Pendekatan Pragmatik. Batu Caves: Edusystem Sdn Bhd Siti Nadia Ahmad, 2013. Modifikasi Dalam Makanan, Bandar Country Homes, ‘Rawang: Pustaka Minda Aktif. The World Book Encyclopedia Volume 7, 1995, Chicago, Illinois: The World Book Encyclopedia (International), a2 96XXXX-XX-XXXX 12, Utusan Online (2002). Industri makanan sejuk beku tempatan masih lemah. Dicapai pada Januari 31, 2015 dari http://ww).utusan.com.my

You might also like