You are on page 1of 36

1.

ABSTRAK

Laporan kesihatan dan keselamatan pekerjaan ini melibatkan kerja kerja pemasangan paip gas
asli yang mendatangkan hazad baik pada pekerja dan orang ramai. Laporan ini bertujuan untuk
menilai dan mengenalpasti risiko risiko kesihatan dan keselamatan yang terdapat pada aktiviti
ini.

2.0

PENGENALAN

Embah Engineering Sdn. Bhd yang beralamat di No17G, Tingkat 7, Blok 2, Worldwide Business
Centre, Jalan Tinju 13/50, Seksyen 13 Shah Alam adalah sebuah syarikat yang terlibat didalam
sektor minyak dan gas dan mempunyai pengkhususan di dalam pemasangan paip gas asli yang
berukuran diameter dari 4 inci sehingga 16 inci. Pemasangan paip gas asli ini adalah di bawah
kawalseliaan syarikat Gas Malaysia Sdn. Bhd yang beribu pejabat di Seksyen 26 Shah Alam,
Selangor. Gas asli ini diperolehi daripada Petronas Gas Berhad dan dibekalkan kepada Gas
Malaysia sebagai syarikat konsesenair. Gas asli ini adalah 90 % adalah sektor industri dan 10%
adalah untuk kegunaan domestik. Untuk tujuan laporan ini, tapak kerja yang dipilih adalah di
kawasan Damansara Utama. Projek ini diberi nama EPCC OF NGDS TO THE CURVE
DAMANSARA UTAMA, SELANGOR, ianya melibatkan pemasangan paip berukur lilit 8 inci
sepanjang 6 Km.

Carta organisasi projek dan carta jawantankuasa keselamatan adalah seperti berikut:CARTA ORGANISASI PROJEK
PENGURUS PROJEK
AZMAN ABU BAKAR

PEGAWAI KESELAMATAN
& KESIHATAN
ASMADI WAHID
PENGURUS PEMBINAAN
ARJUN BALACHANDRAN

JURUTERA PROJEK
REYNOLD FONG

KAWALAN MUTU
MOHD. AMIN

PENYELIA KERJA
MOJUROL ALAM
PEKERJA

CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN


PEKERJAAN

PENGERUSI
AZMAN ABU BAKAR

SETIAUSAHA
ASMADI WAHID
WAKIL PEKERJA

MICHEAL DASS

A. MOGAN

WAKIL PENGURUSAN

ARJUN
BALACHANDRAN

REYNOLD FONG

Aktiviti bermula daripada penghantaran paip ke lokasi kerja, menentukan kawasan laluan
paip, pengimpalan paip, pemasangan paip di bawah tanah dan seterusnya pengenalan gas asli ke
dalam paip baru. Pemasangan paip ini biasanya dibuat di tepi jalan yang mana Right Of Way
(R.O.W) disediakan oleh pihak berkuasa tempatan atau Jabatan Kerja Raya (JKR).
Kerja kerja utama adalah seperti berikut:2.1

Menurunkan Paip (Off Load)

Kerja kerja ini biasanya menggunakan kren berkapisiti dua puluh (20) tan. Purata berat
sebatang paip berukur lilit 6.5 cm dan panjang 12 meter adalah 600kg dan hazad yang terdapat
pada aktiviti ini adalah paip terjatuh / menimpa pengendali, orang awam atau harta benda .

2.2

Kerja kerja Mengisar (Grinding)

Aktiviti ini dibuat pada setiap hujung paip, ianya dibuat untuk mendapatkan darjah (bevel) yang
betul sebelum kerja mengimpal dibuat. Sejumlah dua ribu (2,000) batu pengisar akan digunakan
di dalam projek ini. Hazad yang terdapat pada aktiviti ini adalah batu pengisar pecah dan terkena
pada pengendali atau orang yang berada di sekeliling.
2.3

Pengimpalan Paip(Welding)

Aktivti ini dibuat oleh pengimpal yang terlatih, untuk projek ini pengimpal akan di perlukan
membuat sekurang - kurangnya seribu (1,000) kimpalan dan purata jumlah pengunaan elektrod
adalah sebanyak sepuluh ribu batang (10,000). Hazad keselamatan yang terdapat pada aktviti ini
adalah seperti kejutan elektrik dan hazad pada kesihatan pula adalah seperti rasa pening,
kekeringan atau rasa gatal pada mata dan yang paling serius sekali ialah ianya boleh
mengakibatkan kanser dan mutasi pada janin jika terdedah pada gas dan asap secara berlebihan.
2.4

Kerja Kerja Pemasangan Paip (Pipe laying)

Aktiviti ini biasanya dibuat di tepi tepi jalan (Kawasan Rezab JKR). Apabila aktiviti ini di buat
papan tanda yang betul dan sesuai dan tidak mengelirukan orang ramai hendaklah diletak kan di
bahu jalan mengikut arahan teknik jalan 2C/85 dan 2A/85. Hazad yang terdapat pada aktiviti ini
adalah pekerja dilanggar oleh pengguna jalanraya .
2.5

Kerja Kerja Pengorekkan (Pipe installation)

Aktiviti ini dibuat berberapa meter dari bahu jalan (Kawasan Rezab JKR). Kedalaman lubang
(Trench) ini kadangkala mencapai tiga perpuluhan lima (3.5) meter dan kedalaman minimum
adalah kosong perpuluhan sembilan (0.9) meter. Hazad yang paling besar adalah tanah runtuh
dan menimpa / menimbus orang yang berkerja di dalam lubang (Trench).

3.0

OBJEKTIF

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti hazad hazad kepada kesihatan dan keselamatan,
hazad kepada pekerja dan hazad kepada orang ramai. Ianya juga bertujuan untuk menghuraikan
langkah langkah kawalan kesihatan dan keselamatan yang sesuai dan perlu diambil seperti
penghapusan (Elimination) hazad tersebut, penukaran (Substitution) hazad tersebut, pengasingan
(Isolation), Kawalan Kejuruteraan (Engineering Control), Kawalan Pengurusan (Administrative
Control) dan pengunaan alat pelindung peribadi (PPE).

4.0

KAEDAH

4.1

Kaedah Mengenalpasti Hazad

Kaedah yang digunakan untuk mengenalpasti hazad kesihatan dan keselamatan di tempat kerja
adalah seperti berikut:-

Merujuk kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, akta Kilang dan Jentera
dan garis panduan yang berkaitan

Merujuk kepada maklumat yang dibekalkan oleh pengilang dan pembuat

Menjalankan permeriksaan kesihatan dan keselamatan di lokasi kerja

Menilai pengetahuan sesorang pekerja tersebut megenai kerja yang dibuatnya dari
aspek kesihatan dan keselamatan.

Merujuk kepada garis panduan kesihatan dan keselamatan syarikat (Standard


Operating Procedure)

Pengenalan hazad juga boleh diperolehi dengan memerhati, menilai dan membandingkan dengan
garis panduan yang digunapakai. Ianya mestilah mengambil kira hazad kepada pekerja, orang
yang berada di sekeliling yang terlibat dengan hazad tersebut. Maklumat yang diperolehi akan
diguna kan untuk menghasilkan Qualitative Risk Table.
4.2

Penilaian

Penilaian kelima - lima hazad adalah berdasarkan kepada kriteria berikut:4.2.1

Hazad Paip Terjatuh / Menimpa Pengendali Atau Orang Awam

Di dalam projek ini ada terdapat lima ratus batang paip berukuran lilit 6.5 cm, berat setiap
sebatang paip tersebut adalah lebih kurang 600Kg. Paip ini diturunkan (Off Load) daripada lori
dan melibatkan 4 hingga 5 orang pekerja termasuk seorang pemberi signal (Signal Man) dan
seorang operator kren. Hazad utama daripada aktiviti ini adalah apabila tidak ada koordinasi di
antara pekerja, pemberi signal (Signal Man) dan operator kren, paip yang diangkat boleh
menghayun dan menimpa kepada pekerja. Sesuatu beban yang berat apabila terkena kepada
sesuatu objek akan memberikan impak yang kuat. Misalnya adalah apabila paip tersebut
menghayun dan terkena di bahagian badan pekerja boleh menyebabkan kecederaan yang teruk.
Hazad ini di pilih kerana kekerapan dan risiko yang tinggi boleh menyebabkan kecederaan teruk
(Major Injuries).

4.2.2

Kerja kerja Mengisar (Grinding)

Kerja mengisar (Grinding) di lakukan pada setiap hujung paip untuk mendapatkan darjah (Bevel)
yang sesuai sebelum kerja pemasangan paip (Fit-Up) dibuat. Untuk projek ini di jangka sebanyak
dua ribu (2,000) batu pengisar akan digunakan dan sebanyak seribu (1,000) aktiviti mengisar
akan dibuat dengan purata setiap kerja mengisar akan mengambil masa dari empat puluh lima
(45) minit sehingga satu (1) jam.
Hazad yang utama adalah batu pengisar ini pecah dan terkena pada pengendali atau orang
orang yang berada di sekeliling. Semasa mesin pengisar ini digunakan, kelajuan maksimum batu
pengisar adalah dua belas ribu lima ratus pusingan seminit (12,500RPM).
Sesuatu objek yang bergerak pada kelajuan tersebut akan menyebabkan kecederaan yang teruk
apabila terkena pada anggota badan manusia. Hazad ini mesti dikawal kerana potensinya untuk
menyebabkan kecederaan adalah besar.
4.2.3

Kerja kerja Mengimpal (Welding)

Aktivti mengimpal adalah satu aktiviti yang boleh mendatangkan hazad kepada kesihatan dan
keselamatan pengimpal. Untuk projek ini sebanyak seribu (1,000) aktiviti pengimpalan akan di
buat dengan purata penggunaan elektrod adalah sebanyak sepuluh ribu (10,000) batang elektrod.
Hazad kepada keselamatan untuk akiviti ini adalah kejutan elektrik. Kuasa diperloehi daripada
seunit mesin kimpalan yang berarus terus (DC). Mesin ini perlu dibumikan untuk mengelakkan
litar pintas.

Walaupun pada amnya arus terus (DC) adalah lebih selamat tetapi langkah langkah
keselamatan yang sama mestilah diambil seperti mana pengunaan arus ulang alik (AC). Kejutan
atau renjatan elektrik adalah apabila arus melalui badan dan mengganggu sistem badan seseorang
yang normal. Kebanyakkan kecederaan akibat arus elektrik menyebabkan kulit terbakar (Burns).
Kesan kejutan atau renjatan ini berbeza mengikut umur, jantina, tahap kesihatan badan dan kadar
rintangan di dalam badan.
Manakala hazad pada kesihatan pula adalaha seperti berikut :Kesan jangka pendek (Acute) Dedahan lebih (Over Exposure) kepada gas dan asap kimpalan
boleh menyebabkan Metal Fume, pening, rasa muntah, kekeringan atau rasa gatal pada hidung,
telinga dan mulut.
Kesan jangka panjang (Chronic) - Dedahan lebih (Over Exposure) kepada gas dan asap kimpalan
boleh menyebabkan Siderosis ( habuk yang terkumpul di dalam paru paru) yang boleh
menjejaskan keupayaan untuk bernafas. Dedahan lebih (Over Eposure) kepada mangan
(Maganese) boleh mengganggu sistem urat saraf dan menjejaskan keupayaan umtuk bercakap.
Gas dan asap yang terhasil dari aktiviti kimpalan juga boleh menyebabkan kecacatan pada janin
dan juga kanser.

4.2.4

Kerja kerjaPemasangan paip (Pipe Installation)

Aktiviti ini biasanya dibuat di tepi jalan (Rezab JKR) dan semasa aktiviti ini dibuat papan tanda
yang betul, mengikut garis panduan dan spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kerja
Raya atau pihak berkuasa tempatan. Hazad yang terdapat pada aktiviti ini adalah pekerja
dilanggar oleh pengguna jalanraya akibat papantanda yang tidak mengikut spesifikasi,
papantanda yang mengelirukan. Penggunaan jaket pantulan cahaya juga amat penting terutama
sekali jika kerja kerja tersebut dibuat pada waktu malam.
4.2.5

Kerja kerjaPengorekkan (Trench)

Lubang (Trench) yang digali boleh mencapai kedalaman dari kosong perpuluhan sembilan (0.9)
-meter sehingga tiga perpuluhan lima (3.5) meter. Pada kebiasaanya mengikut kesesuaian dan
keadaan tempat, dua (2) batang paip yang berukuran dua belas (12) meter setiap satu akan di
kimpal terlebih dahulu (Above Ground Welding). Paip tersebut kemudian akan diangkat dan di
letakkan di dalam lubang (Trench).
Kawasan yang paling kritikal adalah kawasan penyambungan paip (Tie In Point), di mana
seorang pengimpal, pembantu dan jurugegas akan berada di dalam lubang (Trench) untuk kerja
penyambungan paip (Fit Up) dan seterusnya kimpalan. Purata masa yang diperlukan untuk
penyambungan paip (Fit Up) dan kimpalan adalah tiga ( 3 ) jam. Seperti di dalam illustrasi 1
dan 2:-

Illustrasi 1
( Pandangan Atas)

24 Meter

Kawasan pengorekkan (Trench)


Paip
Kawasan Penyambungan
Paip (Tie In Point)
Illustrasi 2
(Pandangan Sisi)

Tanah (Soil)
Kawasan Penyambungan Paip
(Tie In Point)

Kedalaman dari 0.9 M


sehingga 3.5 M

Paip

10

Tanpa sistem atau kawalan, tanah tersebut mungkin akan runtuh dan menimbus pekerja yang
berada di dalam lubang (Trench). Pada tahun 2001 satu kejadian tanah runtuh di mana telah
meragut nyawa dua (2) orang pekerja di Putrajaya. Ini adalah disebabkan tidak ada kawalan atau
sistem yang betul.

11

4.3

Data

12

5.0

HASIL DAN PERBINCANGAN

5.1.1

Hazad Pertama

Hazad yang pertama adalah apabila aktiviti mengangkat paip (Off Load) dari lori ke tempat
simpan paip. Paip tersebut boleh menghayun / menimpa pekerja. Langkah langkah kawalan
adalah seperti berikut : i)

Menyediakan alat perhubungan yang sesuai seperti Walkie Talkie untuk


kemudahan.

ii)

Memberi latihan yang secukupnya kepada pengendali, pemberi signal (Signal Man)
dan operator kren. Latihan tersebut hendaklah merangkumi:a) Cara cara mengangkat yang betul dan selamat.
b) Kemahiran untuk memeriksa peralatan mengangkat termasuk sling, shackle dan
kren itu sendiri. Dan kebolehan untuk menggunakan sistem keselamatan di dalam
kren seperti Boom Angle Indictor, Limit Switch dan Load Indicator.
c) Mengetahui tanda tanda isyarat yang betul dan difahami oleh operator kren.

Walaupun aktiviti ini boleh mendatangkan kecederaan teruk (Major Injuries) hazad ini di
kategorikan pada peringkat sedarhana kerana bilangan pekerja yang terlibat adalah sedikit hanya
dari 4 hingga 5 orang sahaja dan bilangan paip yang di turunkan (Off-Load) hanyalah 20 ke 30
batang sahaja dalam satu masa.
5.1.2

Hazad Kedua

Hazad yang kedua adalah aktiviti mengisar (Grinding). Batu pengisar tersebut boleh pecah dan
terkena kepada pengendali atau orang orang yang berada di sekelilingnya. Langkah langkah
kawalan yang perlu diambil adalah seperti berikut:-

13

i)

Pengendali mestilah memastikan putaran mesin pengisar adalah kurang daripada


putaran batu pengisar. Misalnya adalah jika pusingan seminit (RPM) mesin
pengisar adalah dua belas ribu lima ratus (12500), nilai pusingan batu pengisar
mestilah berada lebih seperti tiga belas ribu lima ratus (13500) pusingan seminit
(RPM).

ii)

Jika membuat kerja kerja mengisar di kawasan orang awam. Penghadang khas
(Partition) mestilah diletakkan di kawasan mengisar. Ini adalah kerana, jika batu
pengisar itu pecah kepingan batu pengisar tersebut akan berada di dalam kawasan
tersebut.

iii)

Latihan yang mencukupi hendaklah diberikan kepada pengendali mesin pengisar


tersebut. Latihan tersebut hendaklah merangkumi cara cara pemasangan batu
pengisar, risiko kejutan elektrik, cara cara pemeriksaan mesin pengisar dan
faktor fizikal pengendali.

iv)

Batu pengisar hendaklah dari jenis yang diperkuat (Reinforced). Batu pengisar
yang tidak diperkuat (Reinforced) akan mudah pecah dan penggunaannya adalah
tidak ekonomikal.

Aktiviti ini boleh mandatangkan kecederaan teruk (Major Injuries), tetapi ianya adalah di
kategorikan hazad sedarhana. Langkah langkah yang perlu diambil adalah praktikal dan
ekonomikal.

14

5.1.3

Hazad Ketiga

Proses kimpalan menghasilkan gas dan asap dan merupakan hazad yang paling kritikal untuk
kesihatan. Gas dan asap yang terhasil dari proses ini mengandungi bahan kimia seperti
Kromium (Chromium), Nikel (Nickel), Arsenik (Arsenic), Mangan (Maganese), Berillium
(Beryllium), Kadmium (Cadmium), Nitrogen Oksid (Nitrogen Oxide), Karbon Monoksid
(Carbon Monoxide), Plumbum (Lead) dan Zink (Zinc).
Pada amnya, gas dan asap kimpalan datangnya dari:-

Bahan yang dikimpal

Lapisan atau cat yamg berada di atas bahan yang hendak dikimpal dan salutan bahan
kimia pada elektrod

Reaksi kimia dari tindak balas cahaya ultra ungu (Ultra Violet) dan daripada haba

Bahan kimia yang terdapat di dalam udara misalnya wap yang terhasil daripada bahan
pencuci atau bahan petroluem

Kesan jangka pendek (Acute) dan kesan jangka panjang (Chronic) akibat terlebih dedah (Over
Exposure) adalah seperti berikut:Kesan Jangka Pendek (Acute)
Terdedah kepada gas dan asap kimpalan seperti Zink (Zinc), Magnesium (Magenesium), boleh
menyebabkan Metal Fume Fever . Ianya akan mula dikesan setelah 4 hingga 12 jam setelah
terdedah kepada gas dan asap kimpalan, simptom adalah seperti rasa pening, kekeringan atau
rasa gatal pada telinga, mata dan hidung, batuk, penat dan rasa nak muntah. Gas dan asap
kimpalan juga boleh menyebabkan rasa gatal pada mata, hidung, dada dan saluran pernafasan,
yang mana jika dibiarkan berlanjutan akan mengakibatkan batuk, susah nak bernafas, bronchitis

15

(Bronchitis), cecair di dalam paru paru (Pulmonary Edema), radang paru paru (Pneumonitis).
Ianya juga boleh memberi kesan pada usus dan sistem penghadaman seperti rasa mual, hilang
selera makan, muntah dan kekejangan.
Bahan kimia yang terhasil dari proses kimpalan seperti kadmium (Cadmium), boleh
menyebabkan kematian pada masa yang singkat. Sinaran radiasi ultra ungu (Ultra Violet) yang
terhasil semasa kimpalan akan bertindak balas dengan oksigen (Oxygen) dan Nitrogen
(Nitrogen) di udara, ini akan menghasilkan Ozon (Ozone) dan Nitrogen Oksid (Nitrogen Oxide).
Pada kandungan yang tinggi gas ini boleh membunuh dan pada kandungan yang rendah ianya
boleh menyebakan rasa gatal pada hidung dan kerongkong.
Kesan Jangka Panjang (Chronic)
Kajian telah mendapati bahawa pengimpal mempunyai risiko yang tinggi untuk memperolehi
kanser paru paru dan kemungkinan kanser pada peti suara (Cancer of Larynx) dan kanser salur
kencing (Urinary Tract). Meningkatnya risiko ini adalah kerana gas dan asap kimpalan
mengandungi Kadmium (Cadmium), Nikel (Nickel), Berillium (Beryllium), Kromium
(Chromium) dan arsenik (Arsenic).
Juru kimpal juga boleh mengalami berbagai panyakit kronik paru paru dan sistem pernafasan
termasuk Bronkitis (Bronchitis), Asma (Asthma), Pneumoconiosis, lemah paru paru, Silikosis
(di sebabkan oleh dedahan pada Silica) dan Siderosis (disebabkan oleh habuk Iron Oxide di
dalam paru -paru).
Masalah lain pada kesihatan yang selalu berkaitan dengan kimpalan adalah sakit jantung,
penyakit kulit, hilang deria pendengeran, kronik Gastiritis (Inflammation of the stomach),
Gastroduodentis (Inflammation of the stomach and the small intestine).

16

Kimpalan juga memberi risiko kepada sistem reproduktif (Reproductive System) pengimpal.
Risiko ini terjadi kerana terlebih dedah (Over Exposure) kepada:i)

Logam seperti Aluminium (Aluminum), Kromium (Chromium), Nikel (Nickel), besi


(Iron), Mangan (Maganese) dan tembaga (Copper)

ii)

Gas seperti Nitrogen (Nitrogen) dan Ozon (Ozone)

iii)

Haba (Heat)

iv)

Radiasi (Ionizing Radiation)

Haba yang terhasil dari proses kimpalan boleh menyebabkan kulit terbakar (Sun Burn).
Kecederaan pada mata juga boleh terjadi apabila terkena logam panas, kepingan besi, percikan
api dan elektrod panas.
Cahaya Ultra Ungu yang terhasil dari proses kimpalan ini boleh menyebabkan Arc Eyes atau
Welders Flash. Simptom adalah seperti kehadiran benda asing di dalam mata seperti pasir,
kabur, sakit yang teruk, mata berair dan sakit kepala. Pendedahan yang berterusan tanpa
perlindungan akan menyebabkan kecederaan mata kekal.
Terdedah kepada cahaya Ultra Ungu (Ulrtra Violet) juga boleh menyebabkan radang kulit,
(Skin Burns), jika dibiarkan berterusan ianya akan meningkatkan risiko kanser kulit.
Pengimpal juga terdedah kepada kesakitan otot (Musculkeletal Injuries) seperti, kecederaan
belakang / pinggang, sakit pada sendi dan penyakit sendi yang lain. Masalah ini boleh diatasi
dengan:-

Cara mengangkat yang betul (Proper Lifting)

Tidak berada terlalu lama dalam satu posisi

Kedudukan tempat kerja yang sesuai

17

Meletak / menyimpan peralatan kerja berdekatan dengan tempat kerja

Langkah langhkah yang perlu diambil untuk mengawal hazad kepada kesihatan adalah seperti
berikut:-

Oleh kerana aktivti kimpalan ini menghasilkan haba yang tinggi, pengimpal haruslah
mendapat pengudaraan yang cukup, masa rehat yang cukup dan pengambilan air yang
mencukupi untuk menggelakkan Heat Stress.

Peralatan yang digunakan seperti pemegang elektrod, sarung tangan hendaklah


diperbuat dari bahan yang bebas asbestos.

Pengudaraan yang baik (Local Exhaust Ventilation) dan mencukupi handaklah di


adakan untuk menjauhkan pengimpal dari gas dan asap kimpalan.

Jika menjalankan aktiviti kimpalan di kawasan awam, penghadang (Partition)


hendaklah diletakkan di kawasan kimpalan untuk menghalang sinaran Ultra Ungu
(Ultra Violet) dan percikkan api dari terkena ke tempat lain.

Salutan cat yang terdapat di atas bahan yang hendak dikimpal mestilah dibersihkan
terlebih dahulu.

Pastikan kedudukan kepala pengimpal tidak berada tepat pada kawasan gas dan asap
kimpalan.

Alat pelindung peribadi (PPE) adalah halangan terakhir untuk melindungi pengimpal.
Kawalan kawalan lain seperti kawalan kejuruteraan dan garis panduan kerja selamat
hendaklah diambil kira terlebih dahulu.

Pemeriksaan dan pengawasan keselamatan hendaklah dibuat sekurang kurangnya


setahun sekali. Pemeriksaan hendaklah dibuat oleh doktor kesihatan pekerjaan

18

(Occupational Health Doctor) yang merangkumi pemeriksaan ke atas paru paru,


kulit, mata, hati, pendengaran dan apa apa ujian yang dikira perlu pada masa itu.
-

Latihan dan informasi hendaklah diberikan kepada pengimpal. Latihan tersebut


hendaklah merangkumi peralatan, proses, garis panduan keselamatan dan prosedur
kecemasan.

Menghadkan dedahan kepada gas dan asap kimpalan kepada pengimpal dengan cara
menambah bilangan pengimpal dalam syarikat.

Aktiviti ini mendatangkan hazad yang paling kritikal kerana terdapat kesan jangka pendek
(Acute) dan kesan jangka panjang (Chronic) kepada kesihatan dan alam sekitar. Langkah
langkah keselamatan di atas perlulah diambil untuk memastikan kesihatan dan kebajikan
pengimpal terjaga.
Hazad untuk keselamatan pula adalah kejutan elektrik, keadaan kawasan sekeliling yang sempit
dan basah mungkin menyebabkan meningkatnya risiko kejutan elektrik. Haba dan percikan api
yang terhasil dari proses kimpalan ini juga boleh menyebabkan kebakaran jika terdapat benda /
bahan yang mudah terbakar berada di sekeliling kawasan kimpalan. Kabel kimpalan juga boleh
mendatangkan hazad seperti terjatuh (Slip, Trip and Fall).
Langkah langkah kawalan yang perlu diambil adalah seperti berikut:i)

Pengunaan alat pelindung peribadi (PPE) adalah amat penting sekali, pengimpal
haruslah memakai kasut keselamatan bertapak getah (Rubber Sole Boot), sarung
tangan, apron kerja (Flame Proof Gauntlet).

19

ii)

Kerja kerja kimpalan hanya boleh dijalankan di kawasan yang bersih dari
sampah, kayu, cebisan kain, plastik, bahan kimia, cecair dan gas mudah terbakar.
Benda benda yang tidak boleh dipindahkan haruslah dilindungi dengan bahan
bahan yang tidak mudah terbakar (Fire Blanket).

iii)

Pengimpal haruslah membuat pemeriksaan terlebih dahulu untuk memastikan


percikan api yang terhasil dari proses kimpalan padam sepenuhnya sebelum
meninggalkan tempat kerja.

iv)

Pemadam api jenis mudah alih hendaklah sentiasa berada di kawasan kerja kerja
kimpalan.

v)

Pengimpal hendaklah mendapatkan kebenaran untuk berkerja di kawasan


merbahaya (Permit To Work Hotwork).

vi)

Pastikan pemegang elektrod (Electrode Holder), kabel dan semua penyambungan


di dalam keadaan baik dan selamat.

Hazad kepada keselamatan untuk aktivti kimpalan ini dikategorikan di tahap sedarhana kerana
langkah langkah kawalan yang perlu diambil adalah mudah, cepat dan tidak melibatkan kos
yang tinggi.
5.1.4

Hazad Keempat

Hazad yang keempat adalah aktiviti pemasangan paip (Fit Up). Pemasangan paip (Fit Up)
ini biasanya dibuat ditepi tepi jalan (Rezab JKR). Pekerja - pekerja yang berada di tepi jalan
ini terdedah kepada dilanggar oleh kenderaan yang lalu lalang di kawasan itu. Langkah
langkah yang perlu diambil untuk mengawal hazad ini adalah:-

20

Meletakkan papan tanda keselamatan di tempat tempat yang strategik yang supaya
ia boleh memberi maklumat kepada pengguna jalan.

Untuk kerja- kerja di waktu malam pula, kawasan kerja hendaklah dilengkapi dengan
lampu arahan (Blinking light). Pekerja pula diwajibkan mamakai jaket pantulan
cahaya (Reflective Jacket).

Kon dan penghadang jalan (Road Barrier) mestilah dipasang di tepi tepi jalan dan
bilangan kon tersebut hendaklah mencukupi.

Pengawal bendera mestilah ditempatkan di tempat yang betul untuk mengawal dan
memaklumkan pengguna jalan raya yang lain.

Latihan hendaklah diberikan kepada penyelia dan pekerja. Latihan tersebut hendaklah
merangkumi aspek aspek pengurusa traffik seperti mana yang terdapat di dalam
arahan teknik jalan (JKR) 2/C85 dan 2A/85.

Langkah lamgkah tersebut hendaklah diambil dan dipraktikan secara proaktif oleh penyelia dan
pekerja untuk menggelakkan kemalangan kepada pekerja ataupun pengguna jalan raya yang lain.
5.1.5

Hazad Kelima

Hazad yang kelima adalah hazad yang paling kritikal untuk keselamatan pekerja, ini adalah
kerana lubang (Trench) yang digali boleh mencapai kedalaman sehingga tiga perpuluhan lima
(3.5) meter. Seorang pengimpal, pembantu (Helper) dan seorang juru gegas (Fitter) akan berada
di dalam lubang (Tench) selama lebih kurang tiga (3) jam untuk mebuat kerja kerja
penyambungan (Tie In). Pekerja tersebut tadi akan terdedah kepada hazad yang bahaya iaitu
tanah runtuh.

21

Runtuhan tersebut boleh menimpa pekerja yang berada di dalam lubang (Trench). Keadaan akan
menjadi bertambah bahaya selepas waktu hujan, kerana tanah akan menjadi mudah retak.
Berikut adalah maklumat yang diperolehi daripada NIOSH, Columbia Parkway Cincinnati
Amerika Syarikat:-

Pada tahun 1993 bulan Februari, seorang pekerja berumur 35 tahun mati tertimbus
semasa sedang bekerja membina sistem pembentungan. Mangsa ditimbus tanah
setinggi sepuluh (10) kaki apabila dinding lubang (Trench) runtuh.

Pada Mac 12, 1993 seorang pekerja berumur 68 tahun mati tertimbus di dalam lubang
(Trench) sedalam enam belas (16) kaki. Ianya adalah kerana ketiadaan sistem
kawalan untuk menghalang tanah tersebut dari runtuh.

Pada Mac 12, 1993 di Tucson Arizona. Lubang (Trench) sedalam empat puluh (40)
kaki telah menimbus seorang pekerja sedalam tiga (3) kaki.

Pada April 2, 1993 di Pine Pensyalvania seorang penyelia binaan yang berumur 51
tahun telah mati tertimbus. Lubang (Trench) itu runtuh dan menimbus beliau.

Pada April 13 1993 di Kansas, seorang pekerja yang berumur 29 tahun mati. Mangsa
yang sedang berdiri di tepi lubang (Trench) sedalam tujuh kaki telah terjatuh setelah
tanah tempat mangsa berdiri itu runtuh.

Pada tahun 2001 di Putrajaya, dua (2) orang pekerja telah mati tertimbus di dalam
lubang (Trench). Mangsa yang sedang membuat penyambungan (Fit Up) ke atas
paip mati setelah tertimbus didalam lubang (Trench). Mangsa tersebut sedang bekerja
pada kedalaman lubang dua puluh (20) kaki.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan tanah runtuh iaitu:-

22

Kestabilan tanah bergantung kepada jenis tanah. Kestabilan tanah ini boleh berubah
terutama sekali selepas perubahan cuaca seperti hujan. Apabila tanah yang lembab
terdedah kepada udara, ia akan menjadi kering dan mudah pecah.

Satu faktor lagi adalah jika lubang (Trench) itu berdekatan dengan lebuhraya atau
berdekatan dengan jentera berat getaran dari kenderaan yang bergerak atau jentera
berat itu akan mengganggu kestabilan tanah tersebut.

Langkah langkah kawalan yang perlu dibuat adalah seperti berikut:-

Setiap lubang (Trench) yang mempunyai kedalaman melebihi satu perpuluhan (1.2)
meter hendaklah mempunyai kemudahan tangga.

Sebelum kerja dimulakan, penyelia hendaklah mengenalpasti kedudukan utiliti lain


seperti paip air, kabel optik, kebal elektrik. Ini adalah untuk menggelakkan
kerosakkan harta benda.

Lubang (Trench) hendaklah dipagar untuk menggelakkan orang awam terutama sekali
kanak-kanak daripada terjatuh.

Pekerja tidak dibenarkan masuk ke dalam lubang (Trench) kecuali mendapat arahan
daripada penyelia.

Jentera berat hendaklah berada satu perpuluhan (1.5) meter daripada tepi lubang
(Trench).

Penyelia / Jurutera projek hendaklah membuat pemeriksaan ke atas lubang (Trench).


Setiap pagi terutama sekali selepas perubahan cuaca.

Pekerja tidak dibenarkan berada di dalam lubang (Trenh) semasa kerja penggorekkan
sedang dijalankan.

23

Untuk setiap lubang (Trench) yang digali melebihi kedalaman 1.2 meter, Sloping
atau Benching hendaklah dibuat untuk melindungi pekerja yang berada di dalam
lubang (Trench).
Sila lihat illustrasi 1 & 2:1.

2.

Sistem Sloping

Sistem Benching

Penggunaan alat pelindung peribadi (PPE) juga amat penting untuk menggelakkan
kecederaan ringan kepada anggota badan pekerja.

Hazad yang ada dalam aktiviti ini amat kritikal untuk keselamatan pekerja. Langkah langkah
di atas perlu diambil dan perlu dipraktikkan untuk menggelakkan kemalangan.
5.2

HazadKritikal Kesihatan danKeselamatan

24

Hazad Kesihatan
Hazad kepada kesihatan yang paling kritikal adalah gas ada asap kimpalan yang terhasil semasa
aktiviti kimpalan dibuat. Aktiviti ini juga dinilai sebagai kritikal kerana masalah masalah
kesihatan untuk lebih tepat lagi kesan jangka pendek (Acute) dan kesan jangka panjang
(Chronic) hasil dari aktiviti ini..
Kesan Jangka Pendek (Acute)
Terdedah kepada gas dan asap kimpalan seperti Zink (Zinc), Magnesium (Magenesium), boleh
menyebabkan Metal Fume Fever . Ianya akan mula dikesan setelah 4 hingga 12 jam setelah
terdedah kepada gas dan asap kimpalan, simptom adalah seperti rasa pening, kekeringan atau
rasa gatal pada telinga, mata dan hidung, batuk, penat dan rasa nak muntah.

Gas dan asap kimpalan juga boleh menyebabkan rasa gatal pada mata, hidung, dada dan saluran
pernafasan, yang mana jika dibiarkan berlanjutan akan mengakibatkan batuk, susah nak bernafas,
bronchitis (Bronchitis), cecair di dalam paru paru (Pulmonary Edema), radang paru paru
(Pneumonitis). Ianya juga boleh memberi kesan pada usus dan sistem penghadaman seperti rasa
mual, hilang selera makan, muntah dan kekejangan.
Bahan kimia yang terhasil dari proses kimpalan seperti kadmium (Cadmium), boleh
menyebabkan kematian pada masa yang singkat. Sinaran radiasi ultra ungu (Ultra Violet) yang
terhasil semasa kimpalan akan bertindak balas dengan oksigen (Oxygen) dan Nitrogen
(Nitrogen) di udara, ini akan menghasilkan Ozon (Ozone) dan Nitrogen Oksid (Nitrogen Oxide).
Pada kandungan yang tinggi gas ini boleh membunuh dan pada kandungan yang rendah ianya
boleh menyebabkan rasa gatal pada hidung dan kerongkong.

25

Kesan Jangka Panjang (Chronic)


Kajian telah mendapati bahawa pengimpal mempunyai risiko yang tinggi untuk memperolehi
kanser paru paru dan kemungkinan kanser pada peti suara (Cancer of Larynx) dan kanser salur
kencing (Urinary Tract). Meningkatnya risiko ini adalah kerana gas dan asap kimpalan
mengandungi Kadmium (Cadmium), Nikel (Nickel), Berillium (Beryllium), Kromium
(Chromium) dan arsenik (Arsenic).
Juru kimpal juga boleh mengalami berbagai panyakit kronik paru paru dan sistem pernafasan
termasuk Bronkitis (Bronchitis), Asma (Asthma), Pneumoconiosis, lemah paru paru, Silikosis
(disebabkan oleh dedahan pada Silica) dan Siderosis (disebabkan oleh habuk Iron Oxide di
dalam paru -paru).
Masalah lain pada kesihatan yang selalu berkaitan dengan kimpalan adalah sakit jantung,
penyakit kulit, hilang deria pendengaran, kronik Gastiritis (Inflammation of the stomach),
Gastroduodentis (Inflammation of the stomach and the small intestine).
Kimpalan juga memberi risiko kepada sistem reproduktif (Reproductive System) pengimpal.
Risiko ini terjadi kerana terlebih dedah (Over Exposure) kepada:i)

Logam seperti Aluminium (Aluminum), Kromium (Chromium), Nikel (Nickel), besi


(Iron), Mangan (Maganese) dan tembaga (Copper)

ii)

Gas seperti Nitrogen (Nitrogen) dan Ozon (Ozone)

iii)

Haba (Heat)

iv)

Radiasi (Ionizing Radiation)

Haba yang terhasil dari proses kimpalan boleh menyebabkan kulit terbakar (Sun Burn).
Kecederaan pada mata juga boleh terjadi apabila terkena logam panas, kepingan besi, percikan

26

api dan elektrod panas.


Cahaya Ultra Ungu yang terhasil dari proses kimpalan ini boleh menyebabkan Arc Eyes atau
Welders Flash. Simptom adalah seperti kehadiran benda asing di dalam mata seperti pasir,
kabur, sakit yang teruk, mata berair dan sakit kepala. Pendedahan yang berterusan tanpa
perlindungan akan menyebabkan kecederaan mata kekal.
Terdedah kepada cahaya Ultra Ungu (Ulrtra Violet) juga boleh menyebabkan radang kulit,
(Skin Burns), jika dibiarkan berterusan ianya akan meningkatkan risiko kanser kulit.
Pengimpal juga terdedah kepada kesakitan otot (Musculkeletal Injuries) seperti, kecederaan
belakang / pinggang, sakit pada sendi dan penyakit sendi yang lain.
Masalah ini boleh diatasi dengan:-

Cara menggangkat yang betul (Proper Lifting)

Tidak berada terlalu lama dalam satu posisi

Kedudukan tempat kerja yang sesuai

Meletak / menyimpan peralatan kerja berdekatan dengan tempat kerja

Hazad Keselamatan
Hazad kepada keselamatan yang paling kritikal adalah daripada aktiviti penggorekkan / lubang
(Trench). Lubang (Trench) tersebut boleh runtuh dan menimbus pekerja yang berada di dalam
dan akan menyebabkan kematian.
Keadaan akan menjadi bertambah bahaya selepas waktu hujan, kerana tanah akan menjadi
mudah retak.
Berikut adalah maklumat yang di perolehi daripada NIOSH, Columbia Parkway Cincinnati
Amerika Syarikat:-

27

Pada tahun 1993 bulan Februari, seorang pekerja berumur 35 tahun mati tertimbus
semasa sedang bekerja membina sistem pembentungan. Mangsa ditimbus tanah
setinggi sepuluh (10) kaki apabila dinding lubang (Trench) runtuh.

Pada Mac 12, 1993 seorang pekerja berumur 68 tahun mati tertimbus di dalam lubang
(Trench) sedalam enam belas (16) kaki. Ianya adalah kerana ketiadaan sistem
kawalan untuk menghalang tanah tersebut dari runtuh.

Pada Mac 12, 1993 di Tucson Arizona. Lubang (Trench) sedalam empat puluh (40)
kaki telah menimbus seorang pekerja sedalam tiga (3) kaki.

Pada April 2, 1993 di Pine Pensyalvania seorang penyelia binaan yang berumur 51
tahun telah mati tertimbus. Lubang (Trench) itu runtuh dan menimbus beliau.

Pada April 13 1993 di Kansas, seorang pekerja yang berumur 29 tahun mati. Mangsa
yang sedang berdiri di tepi lubang (Trench) sedalam tujuh kaki telah terjatuh setelah
tanah tempat mangsa berdiri itu runtuh.

Pada tahun 2001 di Putrajaya, dua (2) orang pekerja telah mati tertimbus di dalam
lubang (Trench). Mangsa yang sedang membuat penyambungan (Fit Up) ke atas
paip mati setelah tertimbus di dalam lubang (Trench). Mangsa tersebut sedang
bekerja pada kedalaman lubang dua puluh (20) kaki.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan tanah runtuh iaitu:-

Kestabilan tanah bergantung kepada jenis tanah. Kestabilan tanah ini boleh berubah
terutama sekali selepas perubahan cuaca seperti hujan. Apabila tanah yang lembab
terdedah kepada udara, ia akan menjadi kering dan mudah pecah.

28

Satu faktor lagi adalah jika lubang (Trench) itu berdekatan dengan lebuhraya atau
berdekatan dengan jentera berat getaran dari kenderaan yang bergerak atau jentera
berat itu akan mengganggu kestabilan tanah tersebut.

6.0

CADANGAN DAN KAJIAN SEMULA

6.1

Langkah Langkah Kawalan

29

Langkah langkah yang perlu diambil untuk mengawal hazad kepada kesihatan adalah seperti
berikut:-

Oleh kerana aktivti kimpalan ini menghasilkan haba yang tinggi, pengimpal haruslah
mendapat pengudaraan yang cukup, masa rehat yang cukup dan pengambilan air yang
mencukupi untuk menggelakkan Heat Stress.

Peralatan yang digunakan seperti pemegang elektrod, sarung tangan hendaklah


diperbuat dari bahan yang bebas asbestos.

Pengudaraan yang baik (Local Exhaust Ventilation) dan mencukupi handaklah di


adakan untuk menjauhkan pengimpal dari gas dan asap kimpalan.

Jika menjalankan aktiviti kimpalan di kawasan awam, penghadang (Partition)


hendaklah diletakkan di kawasan kimpalan untuk menghalang sinaran Ultra Ungu
(Ultra Violet) dan percikkan api dari terkena ke tempat lain.

Salutan cat yang terdapat di atas bahan yang hendak dikimpal mestilah dibersihkan
terlebih dahulu.

Pastikan kedudukan kepala pengimpal tidak berada tepat pada kawasan gas dan asap
kimpalan.

Alat pelindung peribadi (PPE) adalah halangan terakhir untuk melindungi pengimpal.
Kawalan kawalan lain seperti kawalan kejuruteraan dan garis panduan kerja selamat
hendaklah diambil kira terlebih dahulu.

Pemeriksaan dan pengawasan keselamatan hendaklah dibuat sekurang kurangnya


setahun sekali. Pemeriksaan hendaklah dibuat oleh doktor kesihatan pekerjaan

30

(Occupational Health Doctor) yang merangkumi pemeriksaan ke atas paru paru,


kulit, mata, hati, pendengaran dan apa apa ujian yang dikira perlu pada masa itu.
-

Latihan dan informasi hendaklah diberikan kepada pengimpal. Latihan tersebut


hendaklah merangkumi perlatan, proses, garis panduan keselamatan dan prosedur
kecemasan.

Menghadkan dedahan kepada gas dan asap kimpalan kepada pengimpal dengan cara
menambah bilangan pengimpal dalam syarikat.

Langkah langkah yang perlu diambil untuk mengawal hazad kepada keselamatan adalah seperti
berikut:-

Setiap lubang (Trench) yang mempunyai kedalaman melebihi satu perpuluhan (1.2)
meter hendaklah mempunyai kemudahan tangga.

Sebelum kerja dimulakan, penyelia hendaklah mengenalpasti kedudukan utiliti lain


seperti paip air, kabel optik, kebal elektrik. Ini adalah untuk menggelakkan
kerosakkan harta benda.

Lubang (Trench) hendaklah dipagar untuk menggelakkan orang awam terutama sekali
kanak-kanak daripada terjatuh.

Pekerja tidak dibenarkan masuk ke dalam lubang (Trench) kecuali mendapat arahan
daripada penyelia.

Jentera berat hendaklah berada satu perpuluhan (1.5) meter daripada tepi lubang
(Trench).

Penyelia / Jurutera projek hendaklah membuat pemeriksaan ke atas lubang (Trench).


Setiap pagi terutama sekali selepas perubahan cuaca.

31

Pekerja tidak dibenarkan berada di dalam lubang (Trenh) semasa kerja penggorekkan
sedang dijalankan.

Untuk setiap lubang (Trench) yang digali melebihi kedalaman 1.2 meter, Sloping
atau Benching hendaklah dibuat untuk melindungi pekerja yang berada di dalam
lubang (Trench).
Sila lihat illustrasi 1 & 2:1.

2.

Sistem Sloping

Sistem Benching

Penggunaan alat pelindung peribadi (PPE) juga amat penting untuk menggelakkan kecederaan
ringan kepada anggota badan pekerja.
6.2

Langkah Langkah Semakan Semula

32

Langkah langkah semakan semula untuk hazad kesihatan yang terhasil dari gas dan asap
kimpalan hendaklah dibuat untuk memastikan bahawa semua kawalan atau cadangan telah di
ikuti. Langkah langkah semakan semula ini harus dibuat oleh Pengurus Projek, Pegawai
Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

dan Jawatan Kuasa Keselamatan & Kesihatan, ianya

adalah seperti berikut:-

Iaitu dengan memeriksa jumlah cuti sakit (MC) yang dimilki oleh juru kimpal, tujuan
ini adalah untuk mengenalpasti jenis jenis sakit yang selalu dialami oleh juru
kimpal. Jika jenis jenis sakit itu ada berkaitan dengan hazad yang terhasil dari gas
dan asap kimpalan, juru kimpal tersebut hendaklah mendapatkan pemeriksaan
peubatan penuh dari doktor kesihatan pekerjaan (Occupational Health Doctor). Ini
juga akan membantu megenalpasti simptom awal jika ada terdapat tanda tanda
daripada hazad gas dan asap kimpalan. Rekod perubatan jurukimpal mesti diperiksa
oleh doktor kesihatan pekerjaan untuk mengenalpasti apakah masalah kesihatan yang
selalu dialami jurukimpal tersebut. Maklumat maklumat di atas ini akan membantu
majikan untuk mengambil langkah langkah tambahan jika perlu.

Membuat pertukaran jenis elektrod yang digunakan, iaitu kepada jenis yang kurang
mengeluarkan gas dan asap dan sentiasa mengemaskinikan informasi mengenai hazad
hazad kimpalan dan teknologi terbaru yang dapat membantu jurukimpal tersebut

33

bekerja dengan lebih selamat dan dengan itu akan menambahkan lagi produktiviti dan
mutu kerja.
-

Menerangkan hazad hazad yang kimpalan, cara cara untuk meminimakan hazad
yang terdapat pada aktiviti kimpalan kepada jurukimpal dan pekerja lain. Terutama
sekali di dalam taklimat keselamatan setiap pagi.

Membuat lawatan ke tapak dari masa ke semasa oleh Jawatan Kuasa Keselamatan
syarikat memerhati, memeriksa dan menilai dan membuat perbandingan dengan garis
panduan, peraturan dan undang undang yang digunapakai.

Langkah langkah semakan semula untuk hazad keselamatan yang terdapat pada aktivti
pengorekkan (Trench) hendaklah di buat untuk memastikan bahawa semua kawalan atau
cadangan telah di ikuti. Langkah langkah semakan semula ini harus dibuat oleh Pengurus
Projek, Pegawai Keselamatan & Kesihatan Pekejaan

dan Jawatan Kuasa Keselamatan &

Kesihatan, ianya adalah seperti berikut:-

Membuat lawatan ke tapak dari masa ke semasa oleh Jawatan Kuasa Keselamatan
syarikat memerhati, memeriksa dan menilai dan membuat perbandingan dengan garis
panduan, peraturan dan undang undang yang digunapakai.

Membuat lawatan follow Up untuk memastikan semua langkah langkah yang


telah dicadangkan diikuti. Jika terdapat sebarang keadaan tidak selamat pada lubang
(Trench) tersebut, laporan segera akan dibuat untuk tindakan pembetulan.

Sentiasa mengemaskinikan informasi mengenai hazad hazad baru dan teknologi


terbaru yang dapat menjadikan kerja tersebut dibuat dengan lebih selamat dan dengan
itu akan menambahkan lagi produktiviti dan mutu kerja.

34

Menerangkan hazad hazad, cara cara untuk meminimakan hazad yang terdapat
pada aktiviti pengorekkan kepada penyelia dan pekerja. Terutama sekali di dalam
taklimat keselamatan setiap pagi.

6.3

Manfaat
-

Tujuan langkah langkah kawalan adalah untuk menggelakkan / meminimakan risiko


dari terjadinya kemalangan. Dan tujuan semakan semula pula adalah untuk
memastikan semua langkah langkah kawalan yang telah ditetapkan telah
dipraktikkan.

Cadangan atau langkah kawalan akan memberi manafaat kepada pekerja dan
majikan. Pekerja akan merasa bahawa majikan benar benar mengambil berat
terhadap kesihatan dan keselamatannya. Manakala majikan pula akan memperolehi
maklumat maklumat yang penting untuk mempertingkatkan tahap kesihatan dan
keselamatan di tempat kerja. Ianya juga boleh menghindarkan kemalangan dan ini
akan menambahkan produktiviti dan mutu. Setiap kemalangan yang terjadi akan
mengambil masa, tenaga dan kewangan untuk diselesaikan.

7.0

Rujukan / Sumber

i)

Rujukan buku -

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (ACT514) 1994


Akta Bekalan Gas

35

The Handbook of Safety & Health Practice (Pearson Education


2000)
ii)

Rujukan Laman

OSHA Technical Manual, Section V: Chapter 2

Web

Excavation Hazard, Recognition in Trenching and


Shoring.
American Welding Society
WWW. ASME.COM
Lincoln Electric U.S
WWW. LINCOLN ELECTRIC.COM
American Federation Employee
Welding Hazards
WWW.AFCSME

36

You might also like