You are on page 1of 8

Koleksi Kertas KajiSelidik Pelajar Sarjana Pendidikan Seksyen Tiga ITTHO

1 of 8

http://sarjana.tripod.com/kapitalis.htm

Koleksi Kertas Kerja Seminar Pembangunan & Isu-isu Global (MTP3303)

Kapitalisme

APA YANG ANDA FAHAM TENTANG KAPITALISME, TERANGKAN PERSAMAAN DAN PERBEZAANNYA DENGAN SOSIALIS
MAMPU MENYELESAIKAN MASALAH SEJAGAT.
--------------------------------------------------------------------------------------------1.0 PENDAHULUAN
Kita hidup di dalam dunia yang semakin cepat berubah. Zaman teknologi maklumat
sudah tiba dan dengan itu peluang baru ini boleh menjadikan kehidupan kita
lebih bahagia. Tetapi peluang untuk merosak masyarakat kita juga menjelma
bersama. Isu yang bakal diperkatakan ini adalah isu yang hangat diperbincangkan
dewasa kini iaitu isu ekonomi dan masalah sejagat yang patut diselesaikan
bersama. Isu ini bukan sahaja menjadi isu di negara kita Malaysia, malah di
negara-negara dunia ketiga. Fahaman kapitalis mutlak yang kini mula muncul
sebagai ideologi baru yang kuat sehinggakan ia boleh menggulingkan kerajaan
dan mencetuskan bencana ekonomi. Kesan dari pengaruh orientalis terhadap ilmu
pengetahuan moden, terlahirlah berbagai 'isma' yang bertopengkan ideologi moden,
seperti Sistem Nasionalisme, Sosialisme, Sekularisme dan Kapitalisme yang
kononnya sebagai suatu ketrampilan ke arah penyelesaian pelbagai masalah hidup.
Suatu idealisme yang cukup besar pengaruhnya di dunia adalah Kapitalisme dan
Sosialisme. Dunia menjadi tidak aman dan selalu terjadi peperangan kerana kedua
golongan yang ekstrim ini selalu berebut pengaruh, di mana negara yang sedang
membangun dijadikan alat permainan mereka.

DEFINISI DAN CIRI-CIRI


Definisi Kapitalis
Sistem kapitalis telah diasaskan oleh Adam Smith yang juga dikenali sebagai
'Bapa Kapitalisme'. Ideologi tentang kapitalis ini telah diutarakan oleh beliau
di dalam bukunya yang bertajuk "An Inquiry into the Nature and Causes of the
Wealth of Nation" pada tahun 1976. Antara intipati yang disebut ialah
"dengan memberi kebebasan kepada manusia untuk menggunakan sepenuhnya harta,
pendapatan dan kebolehan masing-masing, maka akan dapatlah membina suatu
perlumbaan ekonomi seterusnya memberi kemakmuran kepada masyarakat."
(Wan Baharuddin Wan Mamat, 1995).
Secara umumnya definisi kapitalis boleh dilihat daripada tiga bahagian iaitu
definisi kapitalis secara umum, Kapitalis Barat Moden dan Neo Kapitalis.
(Baharudin Yatim, 1995).
Kapitalis secara umum
Ia merupakan suatu sistem yang mempunyai unsur-unsur kebebasan kepada individu
untuk mempunyai harta dan alat perusahaan atau perkembangan penuh untuk institusiinstitusi kewangan. Pada umumnya sistem ini digambarkan sebagai merangkumi konsepkonsep kebebasan bagi inisiatif, persaingan dan pendorong keuntungan.
Kapitalis Barat Moden

12/12/2015 12:48 PM

Koleksi Kertas KajiSelidik Pelajar Sarjana Pendidikan Seksyen Tiga ITTHO

2 of 8

http://sarjana.tripod.com/kapitalis.htm

Ianya satu fahaman dalam sistem ekonomi yang telah tumbuh di Eropah semenjak
kurun pertengahan. Ia telah berkembang dengan lebih pesat lagi selepas zaman
Renaissance Eropah pada abad ke 14 hingga ke 17 masehi dan sezaman dengan :
Kelahiran ideologi-ideologi palsu ciptaan Yahudi. Kemusnahan kuasa gereja Kristian
dan sistem milik tanah oleh Bangsawan. Kelahiran fahaman sekularisme dan liberalisme
di mana agama dipisahkan dari aktiviti-aktiviti duniawi. Pertumbuhan dan
perkembangan kilang-kilang perusahaan di Peranchis selepas revolusi Peranchis
1789M.
Neo Kapitalis
Ia merupakan satu aliran kapitalis baru di masa kini, yang telah didefinisikan
oleh Dato Seri Mahathir Mohamad dalam Berita Harian, 5 Jun 1998 sebagai
penggabungan syarikat-syarikat besar untuk melahirkan syarikat gergasi yang akan
berusaha untuk menguasai dan memiliki syarikat-syarikat kecil. Menurut Dato
Seri Dr Mahathir Mohamad apa yang sedang berlaku sekarang ialah penggabungan
syarikat-syarikat besar di Barat yang sedang rancak berjalan untuk melahirkan
syarikat gergasi yang akan berusaha menguasai dan memiliki syarikat di Asia.
Ekonomi Asia akan dikuasai dan ditadbir keseluruhannya oleh orang bukan Asia.
Asia Tenggara akan menjadi pengkalan pengeluaran barangan kos rendah untuk
menyaingi barangan beberapa ekonomi Asia yang gagal dikuasai oleh syarikat asing
tetapi negara itu juga akan menyerah kalah. Kesannya ialah kerajaan sukar untuk
menahan gelombang baru ini kerana arus alirannya yang cukup kuat. Maka dengan
itu akan wujudlah syarikat-syarikat Nasional yang bukan lagi milik kerajaan.
Rakyat akan mula memberontak kerana tidak puas hati dengan pengambilalihan ini.
Berdasarkan ketiga-tiga definisi di atas, bolehlah dikatakan bahawa kapitalisme
bermaksud pemisahan secara total di antara ekonomi dan tampuk pemerintahan. Ia
adalah sistem sosial yang berasaskan hak persendirian (private ownership)
di mana hak individu tidak boleh diganggu gugat oleh orang lain.
Menurut kapitalis juga, pengasingan hanyalah berasaskan premis kapitalis, yang
bermaksud mengakui tentang hak individu (individual right). Dari segi politik
dan sistem ekonominya pula ia berasaskan doktrin hak individu. Ini bermakna bahawa
kapitalis mengakui setiap individu mempunyai "diri sendiri", iaitu tiada kawalan
dari orang lain serta mempunyai hak untuk menjalani kehidupan mengikut cara pilihan
mereka selama mana ia tidak mengganggu hak orang lain. Kapitalis juga mendakwa
bahawa ia boleh mewujudkan keharmonian sosial melalui usaha-usaha untuk memenuhi
kepentingan diri sendiri. Di bawah kapitalisme usaha-usaha untuk memenuhi kestabilan
ekonomi seseorang individu itu diyakini boleh memberi manafaat kepada keseluruhan
masyarakat.
Di dalam membolehkan seseorang individu itu bertindak tanpa melanggar peraturan
kerajaan, secara tidak langsung kapitalisme juga telah menyebabkan kekayaan
tercipta dengan cara yang paling efektif, dimana ianya meningkatkan taraf hidup,
peluang-peluang ekonomi dan pengagihan barangan kepada setiap individu. Pasaran
bebas beroperasi dengan sebegini cara supaya setiap individu boleh mencipta
kekayaan untuk diri sendiri. Dengan ini tanpa disedari ia juga telah mencipta
kekayaan untuk orang lain , yang bermaksud "yang kaya bertambah kaya dan yang
miskin bertambah miskin". Fahamilah bahawa kapitalisme telah menyumbang kepada
kepentingan ekonomi untuk semua termasuk kepada bukan kapitalis.
Bertentangan dengan kepercayaan umum, kapitalisme bukanlah satu sistem yang
mengekploitasikan masyarakat untuk kepentingan golongan kaya yang merupakan
minoriti. Bahkan sebenarnya sosialisme yang menyebabkan pengekploitasian
secara sistematik terhadap buruh. Oleh kerana kerajaan sosialis memegang
monopoli ke atas buruh dan produktiviti maka tidak wujud insentif dalam
ekonomi. Masalah ini wujud kerana kerajaan sosialis hanya menyediakan
keperluan minima kepada pekerja . Ekploitasi merupakan nature kepada
sosialis kerana individu tidak boleh hidup untuk kepentingan diri sendiri.
Definisi Sosialis
Pengasas sosialisme ialah Karl Marx atau nama asalnya Mordechai (1818-1885 M).
Sosialisme adalah satu istilah umum yang digunakan bagi teori ekonomi dan
politik yang memperjuangkan suatu sistem yang berasaskan kepada hak milik
untuk kelompok atau pemerintah yang menguruskan semua sumber penghasilan dan
pengagihan barang-barang. Istilah ini kadang-kadang telah digunakan untuk
teori-teori ekonomi yang pelbagai daripada : teori yang memperjuangkan suatu
sistem yang berasaskan kepada hak milik untuk kerajaan bagi agensi-agensi
perkhidmatan masyarakat dan sumber-sumber penghasilan yang tertentu sahaja
hinggalah kepada teori sosialisme (Marxisme) yang memperjuangkan suatu sistem

12/12/2015 12:48 PM

Koleksi Kertas KajiSelidik Pelajar Sarjana Pendidikan Seksyen Tiga ITTHO

3 of 8

http://sarjana.tripod.com/kapitalis.htm

yang berasaskan kepada peguasaan secara total oleh pemerintah semua program
ekonomi dan arahnya. (Baharuddin Yatim dan Sulaiman Nordin, 1993).
Sosialisme telah wujud sejak dari zaman Greek tua lagi. Plato adalah di antara
tokoh yang membincangkan tentang fahaman ini di dalam bukunya yang bertajuk
'Republica'. Beliau berusaha mencari jalan keluar kepada suatu bentuk hidup
bersistem setelah berlaku huru hara dan kacau bilau.
Jika dilihat kepada definisi sosialis sebenarnya memperjuangkan kebebasan dan
keutamaan masyarakat serta mengambil kira kepentingan individu. Ia menafikan
tentang pemilikan pemilikan khas (private property) di kalangan individu,
tetapi memberi penekanan ke atas penyusunan pengeluaran dan pengedaran barangan
atas dasar kolektif.
Ciri-ciri Kapitalis
a.
Manusia diberi kebebasan mutlak dalam berfikir
Manusia berhak mengamalkan sesuatu konsep keimanan mengikut sesuka hati mereka,
kerana itu merupakan kehendak semulajadi manusia. Menurut kapitalis juga
pemerintah tidak mempunyai hak untuk campur tangan.
Kebebasan memberi pendapat
Setiap individu berhak serta bebas untuk memberikan pendapat didalam menentukan
corak kehidupan masyarakat, merangka undang-undang dan menentukan kuasa
pemerintahan.
Penentuan nilai hidup sosial
Didalam kapitalis nilai-nilai sosial manusia ditentukan oleh keupayaan mental,
emosi, sentimen umum dan persekitaran. Kesejahteraan total dapat dicapai
dengan perlaksanaan konsep kebebasan sosial serta memenuhi nikmat fizikal
dan hawa nafsu dalam kehidupan.
Konsep ekonomi bebas
Sesiapa saja boleh menjalankan aktiviti ekonomi secara bebas didalam sesebuah
negara. Di dalam menjalankan perniagaan setiap individu itu bebas melakukan
apa cara pun untuk mengumpul kekayaan walau pun ianya melanggar etika ( menipu,
putar-belit, rasuah). Undang-undang hanya bertindak sebagai pengawal sahaja.
Tindakan hanya akan diambil jika ianya mengancam keselamatan negara.
Ciri-ciri Sosialis
Memperjuangkan untuk kesamatarafan yang hakiki. Menurut sosialis mereka lebih
memperjuangkan kebebasan dan keutamaan masyarakat berbanding keperluan individu.
Isu utama sosialis ialah berjuang untuk mencapai hak kesamarataan yang hakiki.
Penafian fahaman agama
Sosialis menganggap agama hanya merupakan satu penipuan lantaran itu mereka
menafikan sebarang fahaman agama.
Frederick Engles salah seorang ahli sosialis
menyatakan "bahawa setiap nilai-nilai moral yang juga dihubung rapat dengan
konsep agama itu dicetuskan oleh suasana ekonomi yang berjalan":. Atas alasan
inilah maka sosialis menolak sebarang fahaman yang berkaitan dengan agama.
Kebebasan memberi pendapat
Menurut fahaman sosialis tidak wujud langsung kebebasan untuk memberi pendapat.
Oleh yang demikian jika dilihat dari aspek politik tidak wujud sebarang parti
pembangkang.
Corak hidup
Sosialis bertujuan untuk menghapuskan kewujudan kelas-kelas didalam masyarakat.
Diperingkat awal, golongan marhain berjaya mengalahkan golongan kaya untuk
mewujudkan kesamarataan taraf yang akhirnya dapat mencapai taraf hidup yang
ideal.
Tiada pemilikan
Individu-individu di dalam sistem sosialis tidak mempunyai hak untuk memiliki
harta benda yang lebih daripada keperluannya. Di sini kerajaan mempunyai hak
keatas semua kekayaan termasuk sumber-sumber dan punca-punca pengeluaran.
PERSAMAAN DAN PERBEZAAN
2.1
Persamaan Kapitalis dengan Sosialis
Kedua-dua fahaman ini membincangkan tentang isu-isu ekonomi.

Konsep yang

12/12/2015 12:48 PM

Koleksi Kertas KajiSelidik Pelajar Sarjana Pendidikan Seksyen Tiga ITTHO

4 of 8

http://sarjana.tripod.com/kapitalis.htm

diketengahkan oleh kedua-dua fahaman ini bertujuan untuk mencapai kesejahteraan


masyarakat dari segi ekonomi, iaitu cara-cara untuk mengumpul kekayaan, pasaran
didalam ekonomi dan pengagihan sumber.
Persamaan yang jelas antara keduanya ialah persamman dari segi matlamat di mana
didapati bahawa matlamat terakhir kapitalisme dan sosialisme adalah sama iaitu
pemusatan kuasa pemerintah kepada satu kumpulan politik yang mempunyai semua
jentera-jentera penghasilan dan penguasaan matawang dan harta. Kedua-duanya
menggunakan fahaman sekularisme untuk merosakkan nilai-nilai agama bagi tujuan
menegakkan kuasa dan pengaruh mereka. Kedua-dua iaitu kapitalisme dan sosialisme
adalah juga ideologi antarabangsa.
Perbezaan Kapitalis dengan Sosialis
Hak individu
Di dalam kapitalis setiap individu mempunyai hak keatas setiap sesuatu seperti
kebebasan bersuara, pemilikan harta serta hak untuk menentukan pucuk pimpinan.
Kapitalis menekankan konsep 'individual rights' didalam perlaksanaan sistem ini.
Sementara itu sosialis pula percaya individual rights hanya akan melebarkan
jurang strata di dalam masyarakat. Oleh itu sosialis mengambil dasar menentukan
hak kekayaan yang boleh dimiliki oleh rakyatnya . Sebagai contoh negara China
yang masih teguh mengamalkan fahaman sosialis dewasa kini, di negara ini kekayaan
yang dimiliki oleh rakyat ditentukan oleh kerajaan bukannya berdasarkan jenis
pekerjaan atau taraf pendidikan.
Peranan pemerintah
Perbezaan peranan pemerintah bagi kedua-dua fahaman ini amat ketara. Negara yang
mengamalkan sosialis rakyat tidak berpeluang untuk memilih pemimpin di mana tidak
ada pilihanraya. Ini bermakna pemerintah yang ada adalah hasil rampasan kuasa dan
sistem pemerintahan hari ini diwarisi berdasarkan kekananan di dalam organisasi
(parti). Negara kapitalis pula, pemerintah ditentukan melalui pilihanraya.
Peranan pemerintah di dalam negara sosialis mengawal sepenuhnya hak pemilikan dan
pengagihan sumber-sumber ekonomi negara. Sementara di dalam negara kapitalis,
pemerintah menyediakan peraturan untuk mengawal keadaan sahaja tetapi rakyat bebas
memilih untuk melakukan aktiviti yang ingin mereka lakukan.
Pasaran
Di dalam negara kapitalis, mereka mengamalkan pasaran bebas iaitu sesiapa sahaja,
dengan cara apa sekalipun boleh mengumpul kekayaan untuk diri sendiri. Berbanding
dengan negara sosialis yang tidak membuka ruang pasaran yang luas kepada rakyat
negara sendiri serta masyarakat luar. Ia mengadakan kawalan yang ketat ke atas
aktiviti ekonominya.
Pemilikan dan pengagihan sumber-sumber pengeluaran
Dari segi pemilikan dan pengagihan sumber-sumber pengeluaran, negara kapitalis
memberi kebebasan kepada rakyatnya. Ini berbeza dengan negara sosialis di mana
pemerintah mengawal sepenuhnya pemilikan dan pengagihan sumber-sumber pengeluaran
tertentu.
ISU MASALAH SEJAGAT
Di dalam kertas kerja ini kami hanya akan menyentuh mengenai masalah ekonomi dan
politik dalam perbincangan isu-isu masalah sejagat. Ideologi ini diyakini tidak
dapat memberi jalan keluar kepada permasalahan ekonomi dan politik yang wujud.
Jika ada sekalipun, ianya adalah setakat satu penyelesaian sementara sahaja.
Sistem kapitalisme yang berfahaman materialistik membawa konsep mencari kekayaan
dan keuntungan peribadi di mana ini merupakan suatu nilai bagi kepuasaannya.
Bagi mereka keutamaan untung yang maksima adalah sebagai matlamat, tanpa sebarang
campurtangan dari pihak-pihak lain atau kerajaan dan begitu menggalakkkan pasaran
bebas ke arah menunaikan strategi.
Ini menunjukkan sistem kapitalis memberikan kebebasan tanpa batasan kepada individu
sehingga ia membenarkan apa cara sekalipun untuk mencapai matlamat tersebut selagi
ianya tidak mengancam keselamatan negara. Manakala sosialis pula mengekang hak
individu secara keterlaluan dan hak sama rata kepada penduduk.
3.1
Isu Ekonomi
Menurut Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad apabila kapitalis mengamalkan sistem

12/12/2015 12:48 PM

Koleksi Kertas KajiSelidik Pelajar Sarjana Pendidikan Seksyen Tiga ITTHO

5 of 8

http://sarjana.tripod.com/kapitalis.htm

pasaran bebas, ekuiti syarikat-syarikat tempatan boleh dikuasai oleh


syarikat-syarikat asing. Oleh kerana syarikat-syarikat asing yang masuk
adalah kukuh sokongan modalnya, keyakinan pasaran akan pulih yang menyebabkan
keyakinan dan pemulihan nilai matawang. Walaupun rakyat akan kembali makmur
tetapi bukan negaranya kerana dasar -dasar pembangunan negara mengambil
kira syarikat-syarikat gergasi ini kerana mereka adalah pendokong terbesar
cukai negara. Ramainya pelabur mereka yang berminat untuk membeli syarikatsyarikat di negara-negara yang menghadapi kegawatan ekonomi. Mereka berkata
ada "fire sale" di Asia Timur, iaitu jual murah barangan kedai terbakar.
Menurut mereka syrikat-syarikat dan bank-bank di Asia sudah seperti ikan
mati yang timbul dengan perut ke atas atau "belly-up". Mereka hanya perlu
pilih dan kutip. Yang lainnya boleh di biar mati.
Demikianlah sikap mereka yang kononnya bertanggungjawab memelihara hak asasi
manusia di seluruh dunia. Lebih buruk lagi setelah pihak asing ini merosakkan
ekonomi kita mereka mendakwa bahawa pembelian syarikat kita oleh mereka adalah
bertujuan menyelamatkan kita dan memulihkan ekonomi kita. Perbuatan mereka
tidak banyak berbeza dengan penyamun yang menyamun duit kita dan kemudian
memberi balik separuh daripadanya sambil mendakwa mereka menolong kita. Dengan
itu orang asing bukan sahaja boleh memiliki 100 peratus syarikat dan bank kita
tetapi mereka boleh masuk berniaga dalam negara kita tanpa perlu apa-apa
penyertaan daripada kita. Mungkin jawatan rendah akan diberi kepada kita
tetapi kerana kita dikatakan oleh mereka tidak pandai dan tidak cekap maka
jawatan tinggi akan dipegang oleh mereka selama-lamanya.
Sosialis pula tidak begitu berjaya di dalam bidang ekonomi. Idea yang dibawanya
bahawa setiap orang menerima bayaran subsidi yang serupa akan tetap bekerja
keras dan gembira adalah meleset. Pengeluaran dan kekayaan semakin merosot
dan golongan pekerja mula memberontak dan tidak menghargai rejim diktator. Ini
dapat dilihat dengan berlakunya pemberontakan di MedanTiannamen
Adakah kapitalis baru dapat menyelesaikan masalah ekonomi. Secara dasarnya
kapitalis baru dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara. Sistem pengurusan
modal yang cekap dan sistem kadar pertukaran stabil yang di reka di Bretton
Woods. Pengamal kapitalis baru berjaya membina semula ekonomi menggunakn
kombinasi pendekatan kapitalis dan sosialis tetapi sifat tamak yang berakar
umbi dalam diri golongan kapitalis tidak pernah terhapus. (Dato Seri Dr.
Mahathir Mohamad, 1998)
3.2
Isu Politik
Apabila kapitalis sudah dapat menekan negara , penguasaan mereka tidak terhad
kepada ekonomi sahaja. Mereka juga berminat untuk menguasai politik dan menentukan
siapakah yang memimpin. Penguasaan media masa yang boleh mempengaruhi media
tempatan telah menyebabkan tuduhan pemerintah yang tidak efisyen.
Ini menyebabkan
gerakan anti kerajaan dicetuskan.
Kapitalis dan sosialis tidak dapat menyelesaikan masalah politik yang berlaku kerana
masalah politik yang wujud tersebut sebenarnya adalah gerakan mereka sendiri.
Ini dapat dilihat melalui penerangan sebelum ini. Dasar kapitalis yang meletakkan
tanggungjawab pemerintah sebagai pengawal undang-undang adalah tidak bersesuaian
dengan kesejahteraan masyarakat. Ini kerana dasarnya sekadar mengubat bukan mencegah.
Bagi kapitalis, individu berhak melakukan apa sahaja untuk mengumpul kekayaan
dengan harapan kekayaan itu dapat diberikan kepada orang lain. Oleh itu individu
boleh melakukan apa sahaja kerana pemerintah melaksanakan undang-undang agar
cara yang digunakan tidak mengancam keselamatan negara.
Sebagai contoh ialah kegagalan aliran sosialis. Bibit-bibit kejatuhan Russia
sebagai lambang kuasa yang dibangunkan di atas ideologi komunisme (aliran Marxist)
telah bermula sejak 40 tahun yang lalu. Pada bulan September 1961 Harian Pravda
yang menjadi lidah rasmi Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Russia telah menyebarkan
program parti itu. Rancangan itu ialah fikiran yang memansuhkan jalan atau cara
revolusioner seprti yang ditegaskan oleh buku Materialisme Dialektika: " berikutnya
peralihan daripada kapitalisme kepada sosialisme dan memerdekan kelas buruh
(pekerja) daripada penindas kapitalis. Ini boleh direalisasikan bukan dengan
evolusi, bukan dengan memperbaikinya akan tedengan perubahan bentuk dan cara
sistem kapitalisme iaitu dengan revolusi".
Harian tersebut juga mengaskan uasaha-usaha merealisasikan masyarakat komunisme

12/12/2015 12:48 PM

Koleksi Kertas KajiSelidik Pelajar Sarjana Pendidikan Seksyen Tiga ITTHO

6 of 8

http://sarjana.tripod.com/kapitalis.htm

seperi yang dirancangkan itu meliputi tempoh 20 tahun akan datang. Di samping itu
ia menekankan kegagalan sistem komunis selama 40 tahun yang lalu dalam membentuk
asas ideologi dan kehidupan duniawi yang lengkap bagi masyarakat komunisme.
Ini menunjukkan komunisme sebagai satu ideologi telah hilang kekuatannya untuk
melaksanakan apa yang dinamakan "kepastian sejarah peralihan daripada kapitalisme
kepada sosialisme". Kegagalan itu berlaku kerana teori komunisme tidak ditegakkan
di atas usul dan kaedah am yang lengkap untuk membolehkan ideologi itu berkembang.
Prinsip penghapusan hakmilik individu telah ditukar kepada satu penyelesaian yang
lebih sederhana iaitu menguasai segenap industri, perniagan luar negara , bank-bank
dan segala perkhidmnatan awam. Antara bukti kegagalan perlaksanaan prinsip persamaan
di dalam masyarakat komunisme di ungkapkan dalam buku tulisan Krine Brinton yang
bertajuk Revolusi Komunisme: unsur, penyelesaian dan hasilnya : " sebagaimana yang
diakui oleh para pendokong komunisme sendiri bahawa Russia kini hidup di dalam satu
masyarakat yang berbeza-beza dalam pembahagian barang-barang keperluan dan perolehan
individu dengan perbezaan yang besar. Seorang ahli politik berkedudukan tinggi,
Pengarah Perusahaan , penulis atau penari Ballet hidup bergelumang dengan kemewahan
sedangkan rakyat biasa tidak sedemikian".
Keadaan ini menjadikan masyarakat Russia satu masyarakat yang lebih tidak memiliki
persamaan dalam bidang ekonomi jika dibandingkan dengan sebarang masyarakat
kapitalis. Fakta ini jelas membuktikan sosialisme pada zahirnya memperjuangkan
prinsip persamaan dan keadilan secara teori tetapi gagal apabila dilaksanakan.
PENYELESAIAN MASALAH
4.1
Islam Sebagai Jalan Penyelesaian
Apabila dikaji, dua aliran materialisme tadi, maka dapatlah dibuat kesimpulan
bahawa satu pihak terlalu ekstrim untuk mementingkan individu dengan mengorbankan
hak orang lain sedangkan di satu pihak kepentingan individu dikorbankan untuk
kepentingan masyarakat.
Islam tidak mengkehendaki kedua-duanya, Islam mahu adanya keseimbangan antara
individu dan masyarakat. Setiap usaha untuk memenuhi tuntutan hidup dibenarkan
oleh Islam asalkan tidak mengorbankan dan merugikan orang lain. Hubungan individu
dan masyarakat umpama satu tubuh dan saling berkehendak serta tidak terpisah.
Oleh itu individu bertanggungjawab atas perkembangan masyarakat (Imam Munawir,
1985).
Jika dilihat pelbagai aliran pemikiran, falsafah, peraturan, sistem politik,
ekonomi dan sosial ciptaan manusia ditawarkan untuk menyelesaikan masalah hidup
yang dihadapi manusia sejagat. Malangnya, semuanya tewas dan gagal apabila
dilaksanakan. Hingga ke hari ini tidak ada satu aliran pun yang dapat memperlihatkan
kemampuannya untuk menyesuaikan dengan realiti kehidupan.
Setiap sistem mempunyai falsafah, matlamat, jalan, gagasan dan caranya yang
tersendiri mengenai kehidupan. Setiap sistem juga mempunyai masalah dan cara
penyelesaiaanmya apabila dilaksanakan. Oleh itu adalah tidak adil dan tidak
rasional jika sistem tertentu diminta menyelesaikan masalah yang ditimbulkan
oleh sistem lain. Logiknya jika kita ingin minta cara penyelesaian sesuatu sistem
terhadap masalah kehidupan maka sistem itu perlu diberi peluang terlebih dahulu
dilaksanakan dalam realiti kehidupan. Setelah itu barulah dapat dilihat samada
masalah itu masih ada ata sudah selesai, berubah bentuk atau unsurnya. Pada
masa itu barulah sistem berkenaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap permasalahan
yang timbul.
Islam adalah sistem hidup yang lengkap, bersifat sepadu, saling berkait dan
menguatkan antara satu aspek denganaspek lain. Sistem ini berbeza daripada sistem
lainnya dari segi watak, gagasannya tentang kehidupan dan cara perlaksanaannya.
Perbezaan ini adalah perbezaan yang asasi dan menyeluruh. Oleh itu Islam tidak
bertanggungjawab terhadap masalah yang timbul dalam masyarakat hari ini kerana
masalah itu lahir akibat Islam dipisahkan daripada realiti kehidupan.
Konsep kapitalisme yang bermula dengan sifat mementingkan diri sendiri akhirnya
akan mencapai kemuncaknya di mana sifat-sifat kemanusiaan akan di tekan dan
terkubur. Ia akan menjurus kearah ketidak keseimbangan di dalam pembahagian
harta kekayaan, dan juga akan ada sesetengah pihak memajukan kepentingan
mereka sendiri yang bertentangan dengan kepentingan ramai. Sememangnya kaedah
ini begitu bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam yang memandang ekonomi

12/12/2015 12:48 PM

Koleksi Kertas KajiSelidik Pelajar Sarjana Pendidikan Seksyen Tiga ITTHO

7 of 8

http://sarjana.tripod.com/kapitalis.htm

itu hanya sekadar memenuhi keperluan fitrah manusia seperti makan minum, pakai,
perumahan dan pendidikan.
Sebenarnya untuk mengambil Islam sebagai penyelesai masalah, terlebih dahulu
Islam perlu dijadikan pengatur seluruh kehidupan individu, keluarga, masyarakat,
negara dan dunia ini. Setelah itu apabila timbul persoalan atau permasalahan
barulah wajar untuk meminta pandangan Islam mengenai persoalan itu kerana
masalah itu timbul dalam sistem Islam, bukan ditimbulkan oleh sistem bukan
Islam. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai orang yang beriman
masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu turut
langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu".
(Al Baqarah, ayat 208). Islam mendidik manusia dengan sistem tertentu,
memerintah dengan hukum tertentu, menyelesai masalah mereka atas dasar
tertentu serta mewujudkan sistem kemasyarakatan, ekonomi dan politik yang
tertentu. Jadi perkara utamanya ialah melaksanakan Islam sebagai sistem
yang menyeluruh dalam semua aspek kehidupan.

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan boleh dikatakan bahawa sistem kapitalis dan sosialis
mempunyai persamaan dan perbezaan yang tersendiri. Keduanya lebih mementingkan
kaedah 'mengubati' daripada 'pencegahan'. Sebaliknya jika kita berbalik
kepada sistem Islam, ia telah menunjukkan suatu jalan yang betul iaitu
mementingkan 'pencegahan' daripada 'mengubati. Kita sepatutnya perlu membangunkan
sebuah sistem yang tidak menolak pembangunan material malahan memnggunakan
kekayaan material untuk membangunkan suatu kehidipan yang bermoral. Dengan
lain perkataan, matlamat yang hendak dicapai ialah untuk mewujudkan suasana
kehidupan yang aman dan harmoni.

RUJUKAN ;
A Nazri Abdullah (5 Jun 1998), Perang Kapitalis Baru, Berita Harian.

Baharuddin Yatim Dan Sulaiman Noordin (1993), Islam, Al Quran dan Ideologi Masa Kini, Pusat P
Hugh Stretton (1976), Capitalism, Socialism and The Environment, Cambridge University Press,

Imam Munawir (1985), Kebangkitan Islam dan Tentangan-tentangan Yang Dihadapi Dari Masa ke Sem
Kassim Ahmad (16 Dec. 1997), Keruntuhan Sistem Pasaran Bebas, Utusan Malaysia.

Mahathir Mohamad (Dato Seri Dr.) ( 19 Jun 1998), Cabaran Kegawatan, Teks Ucapan Perhimpunan A
Peter Saunders (1995), Capitalism : A Social Audit, Open University Press.
Rustam A Sani (10 Jun 1998), Kapitalis Baru Atau Sama, Utusan Malaysia.
Umar Azman Amir Hamzah (5 Jun 1998), Kekarutan Ekonomi Moden, Utusan Malaysia.

Wan Baharuddin Wan Mamat (1995), Sistem Kapitalisme Penyelesai Masalah Sosial ?,Tamadun, Janu

Laman Web ini masih dalam pembinaan. Segala komen dan nasihat
anda adalah amat dialu-alukan di dalam menghasilkan Laman Web ini. Hubungi email yang tertera.

12/12/2015 12:48 PM

Koleksi Kertas KajiSelidik Pelajar Sarjana Pendidikan Seksyen Tiga ITTHO

8 of 8

http://sarjana.tripod.com/kapitalis.htm

return to main

12/12/2015 12:48 PM

You might also like