You are on page 1of 5

Soalan 16: Jelaskan konsep dan ciri-ciri ekonomi tradisional Melayu pada

abad ke-19.

Pendahuluan:
Sejak dahulu lagi, Tanah Melayu telah dikenali oleh pedagang dari India
sebagai Suvarnabhumi yang bermaksud bumi emas. Ini kerana, hasil
bumi Tanah Melayu kaya dengan pelbagai sumber galian seperti emas dan perak.
Kedudukan Tanah Melayu yang strategik dari segi geografi juga menjadi daya
penarik dan tumpuan kepada kegiatan perdagangan. Ini membuktikan, bahawa
sejak dahulu lagi masyarakat Melayu telah terlibat secara aktif dalam kegiatan
ekonomi.
Isi-isi penting:

Konsep ekonomi tradisional


Ekonomi tradisional merujuk kepada kegiatan ekonomi yang hanya cukup
untuk memenuhi keperluan diri sendiri dan menyara keluarga. Kegiatan
ekonomi jenis ini juga dikenali sebagai ekonomi sara diri serta merupakan
kegiatan asas dan kegiatan utama bagi masyarakat pada masa itu.
Tiada pengkhususan dalam pekerjaan ; masyarakat boleh melakukan
pelbagai pekerjaan pada masa yang sama seperti petani, nelayan, penternak dan
pembuat sampan. Tiada pembahagian kerja kecuali berdasarkan jantina dan
umur.
Peralatan tradisional digunakan untuk mengerjakan suatu pekerjaan.
Misalnya, bubu, tangguk, lukah, serkap dan jala khusus digunakan bagi
menangkap ikan.
Berskala kecil. Tidak menghasilkan sesuatu keperluan untuk orang lain,
hanya apabila adanya lebihan, barulah ada aktiviti penjualan.
Ciri-ciri ekonomi tradisional
1)

Tiada Pengkhususan Pekerjaan

Melakukan pelbagai jenis pekerjaan pada masa yang sama. Pekerjaan juga
melibatkan semua anggota keluarga termasuk kanak-kanak dan orang-orang tua.
Kanak-kanak biasanya akan melakukan kerja-kerja yang lebih ringan seperti
menjemur ikan, menganyam tikar, dan memungut rotan.

2)

Kegiatan Ekonomi Berkait Rapat Dengan Kawasan Penempatan

Tertumpu di kawasan berhampiran dengan laut, pinggir sungai atau kawasan


pedalaman. Jika kawasan penempatan berhampian laut, maka kegiatan utama
masyarakat cenderung kepada aktiviti perikanan.

Pertanian pula, lebih dekat dengan masyarakat yang tinggal di pedalaman


kerana kekayaan hasil bumi seperti rotan, buluh, damar, kabung, mengkuang,
pinang dan akar-akar kayu.

3)

Tiada Peralatan Moden

Hanya menggunakan peralatan tradisional dalam mengusahakan sesuatu


pekerjaan.
Alatan tradisional tersebut biasanya dibuat sendiri oleh seseorang pekerja.
Misalnya, bubu yang diperbuat dari rotan kemudian dijadikan satu alat untuk
menangkap ikan.

4)

Amalan Bergotong-royong

Amalan gotong-royong seperti berderau menjadi satu daripada ciri asas


dalam kehidupan masyarakat tempatan. Berderau adalah amalan yang dilakukan
bersama atau secara berkumpulan bagi memudahkan serta mempercepatkan
penyiapan sesuatu pekerjaan yang dilakukan di samping mengeratkan hubungan
antara anggota masyarakat.
Amalan seumpama ini biasanya dilakukan untuk kegiatan pertanian seperti
menanam dan menuai padi sawah.

5)

Tiada Lebihan Hasil

Dalam ekonomi tradisional, tiada hasil yang berlebihan diperoleh melalui


pengeluaran kerana mereka tidak berupaya mengeluarkannya.
Masyarakat tempatan ketika itu dikatakan tidak mempunyai insentif untuk
menghasilkan lebihan penawaran kerana didorong oleh beberapa faktor, iaitu:
Masalah tenaga buruh yang terbatas menyebabkan mereka terpaksa bergantung
hanya kepada tenaga keluarga sebagai unit asas buruh untuk mengusahakan
tanah dan sawah, Tiada ternakan yang boleh melakukan kerja-kerja pembajakan
yang berat. Lembu hanya mula digunakan dalam kerja-kerja membajak pada
suku akhir abad ke-19, iaitu apabila kereta lembu diperkenalkan., Petani terpaksa
menanggung beban kerja kerah yang dituntut oleh golongan pemerintah. Jika
mereka diminta untuk melakukan kerja-kerja kerah, kerja mereka sendiri tidak
dapat disiapkan dan Petani di sesetengah negeri dikehendaki menyerahkan 1/10
daripada hasil mereka kepada golongan pembesar sebagai tanggungjawab
tradisi. Jika pengeluaran yang dihasilkan itu bertambah, sumbangan kepada
golongan pemerintah akan ditambah.
Penutup:

Kesimpulannya, ekonomi tradisional Melayu adalah lebih kepada kegiatan


secara kecil-kecilan, belum terdedah kepada aktiviti penjualan langsung.
Masyarakat petani pada masa itu, percaya sekiranya mereka mahu
menambahkan harta dengan aktiviti ekonomi yang lebih besar, ini bermakna
mereka perlu menyerahkan kepada pembesar dalam bentuk cukai yang juga
lebih tinggi.
Oleh sebab itu, pengumpulan kekayaan lebih tertumpu kepada golongan
pemerintah dan bukannya dalam kalangan petani itu sendiri.
Soalan 17: Sebelum kedatangan British masyarakat Melayu tradisional
mengamalkan ekonomi sara diri. Sejauh manakah kenyataan ini benar.

Pengenalan
Sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional bersifat pelbagai iaitu sara diri,
separa sara diri, ekonomi komersial dan perdagangan.
Sistem ekonomi sara diri dijalankan oleh hampir semua negeri Melayu, sistem
ekonomi separa diri dijalankan di Kedah dan Perlis, kegiatan ekonomi komersial
dijalankan di Johor dan negeri-negeri Selat serta aktiviti perdagangan.
Isi-isi Penting:

1.

Ekonomi sara diri

Bermaksud hasil pengeluaran digunakan untuk memenuhi keperluan sendiri


sahaja. Lebihan pengeluaran akan ditukar dengan barang-barang keperluan lain.
Mengamalkan ekonomi sara diri disebabkan beberapa faktor iaitu; Alat-alat
tradisional digunakan seperti parang, cangkul, tenggala, Saiz tanah kecil dan
tenaga buruh tidak mahir
Hasil pengeluaran adalah rendah dan cukup untuk menampung keperluan
keluarga sahaja. Antara kegiatan yang dijalankan ialah pertanian ,iaitu padi
sawah di Kedah, Kelantan dan Melaka dan padi bukit di lereng-lereng bukit oleh
orang Asli. Tanaman sampingan seperti pisang, ubi kayu, keledek, tebu, sireh
yang ditanam di sekeliling. Menternak binatang seperti ayam, itik, lembu,
kambing, kerbau untuk bekalan makanan dan bekerja di sawah. Meramu seperti
mengumpul damar, rotan, buluh , ubat-ubatan. Menangkap ikan air tawar dan air
masin.

2.

Ekonomi Separa Sara Diri

Terdapat di Kedah dan Perlis. Hasil pengeluaran padi dijual ke negeri-negeri lain
contohnya Pulau Pinang.
Tanah dimiliki oleh sultan dan rakyat dibenarkan untuk mengerjakan tanah
tersebut.

3.

Pertanian Komersial

Di Johor sistem kangcu dijalankan. 1840an orang Cina dibawa masuk untuk
mengerja ladang gambir dan lada hitam. Mereka diberi Surat Sungai iaitu hak
untuk menanam lada hitam dan gambir di sepanjang sungai. Hasil dipasarkan
melalui Singapura.
Tanaman kopi secara besar-besaran di Selangor, Perak, N. Sembilan dan Johor
oleh pedagang Eropah.

4.

Perlombongan

Diusahakan oleh pembesar-pembesar Melayu dengan menggunakan buruhburuh Cina seperti di Taiping, Larut, dan Sungai Ujong.
Terdapat perkongsian antara pembesar Melayu dengan taukeh-taukeh Cina
untuk memajukan perlombongan bijih timah contohnya Ngah Ibrahim dengan
ketua kongsi gelap Perak.

5.

Perdagangan Antarabangsa

Berpusat di Melaka dan Pulau Pinang sebelum diambil alih oleh Singapura
selepas tahun 1820an. Menyebabkan orang Melayu terdedah kepada sistem
ekonomi kapitalis.
Juga dijalankan di Terengganu pada tahun 1830.

Kesimpulan
Ini membuktikan masyarakat Melayu tradisional tidak hanya mengamalkan
ekonomi sara diri sahaja. Kesan daripada perkembangan ekonomi telah
menghapuskan sistem barter dan digantikan dengan sistem mata
wang.Pengenalan sistem sukatan barangan bertujuan untuk memudahkan sistem
perdagangan. Perkembangan ekonomi Tanah Melayu membawa kepada
kewujudan masyarakat majmuk.
Soalan 18: Bincangkan sebab-sebab masyarakat melayu tidak berminat
untuk meningkatkan lebihan hasil pengeluaran ekonomi sara diri pada
abad ke-19.

Pendahuluan
Sistem ekonomi sara masyarakat Melayu tradisional bersifat pelbagai,iaitu sara
diri,separa sara diri,ekonomi komersial,dan perdagangan. Sistem ekonomi sara

diri dijalankan oleh hampir semua negeri Melayu,sistem ekonomi separa sara
diri dijalankan di Kedah dan Perlis,kegiatan pertanian komersial dijalankan di
Johor,Singapura,Pulau Pinang,dan Melaka serta aktiviti perdagangan.
Sebahagian besar daripada masyarakat Melayu menjalankan sistem ekonomi
berbentuk sara diri.Sara diri bermaksud hasil pengeluaran digunakan untuk
memenuhi keperluan sendiri sahaja.Sekiranya terdapat lebihan pengeluaran,hasil
tersebut akan ditukar dengan barang-barang keperluan lain.
Isi-isi Penting:
1.

Alat-alat tradisional yang digunakan untuk bertani.

Alat-alat tradisional seperti cangkul,parang,dan tenggala serta ketiadaan


ternakan seperti lembu dan kerbau yang mencukupi untuk melakukan kerja-kerja
pembajakan yang berat. Kegiatan ekonomi tradisional dijalankan untuk
mendapatkan bahan makanan dan hasil lain untuk memenuhi keperluan harian.
Masyarakat tempatan pada masa ini tidak menggunakan teknologi moden.
Alatan pertanian adalah mudah dan tradisional,iaitu penggunaan haiwan atau
binatang dan manusia tanpa teknologi moden.

2.

Saiz tanah pertanian.

Masyarakat melayu memiliki saiz tanah dalam ukuran yang kecil sahaja.Oleh
sebab itu, masyarakat melayu tidak dapat mengeluarkan hasil pertanian yang
berlebihan hanya mampu untuk sistem sara diri dan memenuhi keperluan
seharian mereka.
Petani disesetengah neger diminta menyerahkan satu persepuluh daripada
hasilmereka kepada g

You might also like