You are on page 1of 4

KP(BS-DSR)8787/008/2/ ( )

19 Disember 2007

Semua Pengarah Pelajaran Negeri

Y. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 14/2007:


PERLANTIKAN GURU DATA DI SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa perlantikan jawatan Guru Data Di Serkolah telah


mendapat kelulusan berdasarkan Bekalan B41 yang dikeluarkan oleh Bahagian
Sumber Manusia ( B41/2008).

2 Perlantikan Guru Data meliputi semua sekolah menengah dan rendah


kerajaan dan bantuan kerajaan. Perlantikan ini adalah secara hakiki dan dalam
norma perjawatan, merujuk kepada surat No. Ruj. KP(PP)0050 Jld.55/(19) oleh
Bahagian Sumber Manusia.

3. Sehubungan itu, Senarai Tugas Utama Guru Maklumat di Sekolah Ruj.


KP(BPPP) 14/14/13 Jld. XVII(10) bertarikh 10 Januari 1998 dengan sendirinya
adalah terbatal.

4. Matlamat perlantikan Guru Data adalah bagi melicinkan perancangan


dan pengurusan data di peringkat sekolah, PPDK/PPG/PPD dan JPN. Jawatan
seorang Guru Data diperuntukkan di semua sekolah rendah dan menengah.

5. Kriteria Perlantikan Guru Data:


5.1 Keutamaan pemilihan kriteria Guru Data hendaklah diberi kepada
Guru Data sedia ada di sekolah yang mempunyai kemahiran dan
komited terhadap pengurusan data.
5.2 Guru ini hendaklah telah dilantik dalam perkhidmatan oleh SPP.
Walau bagaimanapun sekiranya sekolah tidak mempunyai Guru
Data atau Guru Data yang sedia ada tidak mampu menjalankan
tugas dengan berkesan, guru tersebut boleh diganti mengikut syarat
Pemilihan Guru Data.
5.3 Jawatan Guru Data yang disandang akan gugur jika Guru Data
berpindah ke sekolah yang telah sedia ada Guru Data.
5.4 Sekiranya berlaku kekosongan jawatan Guru Data sekolah,
pengisian jawatan tersebut hendaklah disegerakan iaitu dalam
tempoh dua bulan. Pihak sekolah hendaklah mencalonkan Guru
Data baru dengan segera kepada JPN/PPD ( Isi borang Pencalonan
Guru Data ).

6. Syarat Pemilihan Guru Data.

6.1 Kelayakan

6.1.1 Mempunyai kelayakan akademik dalam


IT/komputer/berkaitan ICT pada peringkat
sijil/diploma/ijazah; atau
6.1.2 Mempunyai sijil berkaitan IT/komputer/berkaitan ICT;
atau
6.1.3 Mempunyai sijil kursus berkaitan pengurusan data yang
diperakui oleh KPM.

6.2 Kreativiti

6.2.1 Berpengetahuan tentang penjanaan data mentah yang


ada dan mampu menghasilkan maklumat mengikut
keperluan pengguna;
6.2.2 Berkemahiran dalam melakukan penyelenggaraan
aplikasi dari segi teknikal dan operasi; dan
6.2.3 Mempunyai kebolehan minimum menganalisis data dari
pelbagai sistem aplikasi berkomputer di sekolah.

6.3 Sahsiah/Disiplin/Sikap

6.3.1 Mempunyai kebolehan berkomunikasi dengan baik;


6.3.2 Bertanggungjawab, dedikasi, akauntabiliti dan boleh
dipercayai;
6.3.3 Mempunyai ketahanan emosi dan mental yang tinggi;
6.3.4 Berpengetahuan dan peka terhadap tahap kerahsiaan
data mengikut kedudukan pengguna;
6.3.5 Telah mengisi dan menandatangani Akta Rahsia Rasmi
1972.
6.3.6 Tidak pernah dikenakan sebarang tindakan tatatertib.
7. Prosedur Perlantikan Guru Data

7.1 Sekolah akan mencalonkan nama guru yang layak kepada JPN
dan perlantikan akan dibuat oleh BPPDP dengan kerjasama JPN;
7.2 Guru yang telah dilantik akan menjalani Kursus Pengurusan Data
Sekolah anjuran KPM;
7.3 Unit ICT JPN dan Pegawai Pelajaran Daerah akan memantau
prestasi Guru Data yang dilantik berdasarkan kualiti kutipan data
pada peringkat sekolah dan memaklumkan kepada pihak
pengurusan sekolah;
7.4 Unit ICT JPN dan Pegawai Pelajaran Daerah boleh
mencadangkan pertukaran Guru Data sekiranya Guru Data sedia
ada tidak mencapai tahap prestasi yang dikehendaki.

8. Penyelarasan Waktu Mengajar dan Pengurusan Data Sekolah

8.1 Guru Data adalah tergolong dalam kumpulan Guru Penolong.


Walaubagaimanapun, Guru Data dikehendaki mengajar tidak
melebihi 12 waktu dalam seminggu.

Sekolah Rendah :
12 waktu x 30 minit = 360 minit (6 jam) seminggu

Sekolah Menengah:
12 waktu x 40 minit = 480 minit (8 jam) seminggu

8.2 Guru Data bertanggungjawab membantu pihak pengurusan


sekolah dalam aspek pengurusan data pada peringkat sekolah,
PPD, JPN dan KPM. Oleh itu Guru Data dikehendaki
memperuntukkan 4 waktu dalam sehari untuk tugas pengurusan
data sekolah.

Sekolah Rendah :
4 waktu x 30 minit = 120 minit (2 jam) sehari / 10 jam seminggu

Sekolah Menengah :
4 waktu x 40 minit = 160 minit (2 jam 40 minit) sehari / 13 jam 20
minit seminggu
9. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai
yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah/
Gabungan, Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran Y.Bhg.
Dato’/Datin/Tuan/Puan.
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

s.k. 1. Y.B. Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein


Menteri Pelajaran Malaysia

2. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim


Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

3. Y.B. Dato’ Noh bin Hj. Omar


Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

4. Y.B. Datin Paduka Komala Devi


Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran

5. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia

9. Ketua Nazir Sekolah Kementerian Pelajaran

10. Penasihat Undang-Undang Kementerian Pelajaran

11. Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pelajaran

You might also like