You are on page 1of 6

Pengenalan

Masalah pembuangan bayi bukanlah suatu perkara asing lagi untuk diperdengarkan atau diperkatakan pada
masa kini. Kes pembuangan bayi itu sendiri, telah wujud sejak zaman jahiliah lagi. Kes ini telah menjadi semakin
teruk dan kerap berlaku. Pembuangan bayi boleh berlaku dalam dua cara. Pertama, perbuatan menggurkan
kandungan dengan banuan bidan atau pun di klinik. Kedua, perbuatan membuang bayi di sesuatu tempat seperti
tandas, tong sampah dan sebagainya selepas melahirkannya. Pembuangan bayi dilakukan oleh wanita hasil
perhubungan luar nikah dan dilakukan lantaran si ibu bukan saja tidak mengingini bayi itu sebaliknya tekanan
diterima masyarakat berhubung status anak berkenaan.
Menurut kamus Dewan Edisi 4, halaman 208, perkataan buang bermaksud mencampak, membuang,
menghapuskan atau menghilangkan. Perkataan bayi bermaksud individu yang baru dilahirkan oleh seorang ibu.
Manakala, makna pembuangan bayi pula adalah perbuatan mencampak atau menghilangkan anak kecil yang tidak
berdosa ke merata tempat tanpa ada sifat berkerikemanusiaan.
Faktor utama wujudnya kes ini ada;ah berlaku perbuatan zina. Iaitu, persetubuhan yang dilakukan oleh seorang
lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak (bukan pasangan suami isteri) dan
kedua-duanya orang yang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif (persetubuhan yang
meragukan). Islam mengharamkan zina dengan dalil yang jelas di dalam al Quran, Surah al Isra, ayat 32 :

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu

jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

Hukum bagi seorang ibu yang menggurkan anaknya tanpa ada sebab yang munasabah iaitu
selain daripada demi menjaga nyawa dan kesihatan diri kita sendiri tidak disebut secara jelas di
dalam al-Quran dan al-Hadis . Namun apa yang disebut dengan jelas di dalam al-Quran dan Hadis,
nabi mengharamkan pembunuhan kerana Islam adalah agama yang sangat mementingkan
kehidupan dan kesejahteraan manusia seluruhnya.
Dalam Surah An-Nisa, ayat 93. Allah telah berfirman :
Dan barang siapa membunuh seorang yang beriman dengan sengaja, maka balasannya ialah
neraka Jahannam, dia kekal di dalamnya. Allah murka kepadanya, dan melaknatnya serta
menyediakan azab yang besar baginya.
Gejala buang bayi adalah bukti yang paling nyata bahawa masyarakat kita sedang dilanda
oleh masalah keruntuhan moral yang serius. Kebejatan sosial yang sedang berlaku itu menandakan
bahawa masyarakat kita sedang sakit. Sekaligus menunjukkan betapa proses pembangunan yang
dilaksanakan dalam negara kita berada pada kedudukan yang tidak seimbang. Terdapat sesuatu yang
tidak kena pada program pembangunan sosial negara. Begitu juga dengan sistem pendidikan yang
telah gagal membendung pelbagai gejala dan kegiatan tidak sihat dalam kalangan pelajar-pelajar
sekolah. Di samping itu, pengaruh rakan sebaya, terutamanya dalam kalangan remaja lelaki, juga
merupakan faktor penyebab mengapa remaja terdorong melakukan hubungan seks tanpa tahu
risikonya. Selain itu, kurangnya didikan agama juga menjadi punca utama mengapa mereka tidak
dapat menahan diri daripada terjebak dalam kancah maksiat seperti ini.
Masalah seperti inilah yang boleh mengakibatkan keruntuhan akhlak seseorang individu.
Sekaligus, akan mempengaruhi maruah Tamadun Islam itu sendiri. Dimana sebelum ini, tamadun

Seperti yang kita sedia maklum, remaja merupakan pelapis dan penentu jatuh bangunnya
sesebuah Negara pada masa depan. Namun gejala sosial yang menghantui remaja pada masa kini
amat menggerunkan kita. Antaranya adalah gejala pembuangan bayi yang dari hari ke hari
semakin membimbangkan. Saban hari kes pembungan bayi terpampar di dada-dada akhbar dan di
kaca-kaca televisyen. Hal ini mestilah dibendung dengan kadar segera sebelum ianya menjadi lebih
serius. Kejadian buang bayi ini seharusnya sudah lebih dari cukup untuk membuka mata
masyarakat bahawa salah laku seksual semakin merebak. Persoalan utama sekarang bukanlah
untuk menunding jari kepada siapa yang paling bersalah dalam hal ini tetapi bagaimana ianya
boleh diatasi.
Oleh itu, didikan yang secukupnya harus dididik dan dipraktikkan kepada anak-anak sejak
kecil lagi. Contohnya, menggunakan surah Al-Iqra sebagai pendorong untuk seseorang muslim itu
sendiri lebih bersemangat dalam menuntut ilmu. Wahyu pertama daripada Allah s.w.t. kepada Nabi
Muhammad s.w.t. adalah titik tolak kepada kelahiran tamadun Islam. Tamadun Islam tidak
bertitiktolak dari kawasan yang berdekatan dengan sungai sebagai asas kehidupan material seperti
tamadun-tamadun lain. Sebaliknya, pencetus kemunculan tamadun Islam adalah atas kewajiban
agama dalam menuntut ilmu.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Yang mencipta manusia daripada segumpal
darah yang beku. Bacalah, dengan nama Tuhan yang memiliki segala Kekuasaan. Yang mengajar
(manusia) menggunakan kalam (pena). Yang mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.
(Surah al-Iqra: 1-5)

Seterusnya, mendidik anak dengan ilmu tauhid contohnya kerana ia merupakan salah satu dorongan
kepada Tamadun Islam dalam mencapai kecemerlangan. Ilmu tauhid bertujuan memantapkan keyakinan
dan kepercayaan agama melalui akal fikiran dan kemantapan hati yang dilandaskan wahyu. Ilmu tauhid
juga bermatlamat untuk menjaga kepercayaan dan mengukuhkan keimanan supaya tidak wujud sebarang
keraguan dalam jiwa manusia. Contohnya, anda wajib mempercayai Rukun Iman dalam Islam. Islam
menolak keimanan yang diasaskan atas ikutan semata-mata tanpa ilmu dan kefahaman yang menyokong
keimanan tersebut. Di sinilah anda dapat lihat hubung kait antara tauhid dan keperluan ilmu. Keimanan
yang sebenarnya tidak mungkin wujud tanpa asas ilmu dan begitu juga ilmu tidak mungkin memberi
manfaat tanpa dipandu oleh wahyu. Kesepaduan ilmu dan tauhid inilah yang melonjakkan tamadun Islam
dan menjadikannya tamadun yang banyak memberi sumbangan kepada manusia.
Malah, tradisi pemikiran Islam berkembang pesat atas prinsip pembuktian dan dalil-dalil ilmiah yang
membenarkan keenam-enam Rukun Iman dengan melibatkan pelbagai disiplin ilmu seperti kosmologi,
psikologi dan metafizik. Ahli sains Islam tidak pernah menghadapi sebarang masalah untuk menerima
kebenaran ilmu tauhid dan pada masa yang sama menjalankan penyelidikan ilmiah dalam bidang seperti
fizik, biologi dan astronomi.
Kejayaan sesebuah tamadun ditentukan oleh kualiti manusia yang menjadi anggota masyarakat dan
umat tersebut. Dalam konteks ini, al-Quran dan al-Sunnah banyak memberi dorongan ke arah melahirkan
insan yang bertamadun. Kedua-dua sumber tersebut sentiasa menyeru umat Islam untuk mencapai
kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat dengan menimba ilmu, berusaha gigih dan menghayati nilainilai positif. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Dan pergunakanlah kesempatan dalam kurniaan yang dianugerahkan Allah kepadamu itu untuk

Akhir sekali, hendaklah kita menyelitkan sedikit sebanyak kemahiran untuk seseorang individu yang baru
mengenali dunia. Berikan mereka sedikit kelapangan untuk berfikir secara kretif dan inovasi kerana ianya
membantu dalam memajukan diri masing-masing disamping dapat memajukan tamadun Islam itu sendiri.
Memastikan tujuan dan matlamat anak-anak itu betul dan membawa kearah kemajuan dan menjjaga maruah
tamadun Islam. Mempunyai pemikiran yang kretif dan inovatif juga dapat membantu menyelesaikan segala
permasalahan yang berkaitan.

http://pengajianislam.pressbooks.com
/chapter/keunikan-dan-keistimewaantamadun-islam/
http://eprints.utm.my/6511/1/Hashim
Bedu2008_KeruntuhanAkhlakGejalaSo
sialKeluarga.pdf
http://loveallahsyiqah.blogspot.my/20
11/06/pembuangan-bayipuncalangkah-mengatasi.html
https://mutiaraislam.wordpress.com/h
alaman-utama/bicara-akhlak2/berilah-aku-perluang-untuk-hidup/

You might also like