You are on page 1of 29

BUDAYA, NILAI & NORMA

TERAS HUBUNGAN ETNIK

PERJALANAN KULIAH
1.

2.

Budaya
1.1 Pengertian (bahasa/tokoh)
1.2 Ringkasan
1.3 Identifikasi
1.4 Bahagian
1.5 Ciri
Nilai
2.1 Takrif
2.2 Pembahagian
2.3 Kategori
2.4 Sistem
2.5 Kepentingan

3. Norma
3.1 Takrif
3.2 Pembahagian
3.3 Hubungan Nilai-Norma
4. Cabaran/Peranan
5. Rumusan

PENGERTIAN BUDAYA

Bahasa : berasal daripada kata budi & daya


Sanskrit : buddayyah menggabungkan 2 makna iaitu
akal & budi yang menerangkan hal-hal yang berkaitan
dengan akal dan daya daripada budi
Inggeris : culture @ Latin : colore yang bermaksud
mengolah, mengerjakan dikaitkan dengan aktiviti
manusia untuk mengolah dan mengusahakan alam ini.
Usaha dan ikhtiar manusia untuk mengolah kehidupan
mereka sebagai satu cara hidup atau as a way of life
3

PENGERTIAN TOKOH
SAFWAN FATHI (1995)

Terhasil daripada 2 kata :


BUDI - pemikiran, perasaan & jentera dalam diri
manusia bagi menghasilkan sesuatu.
DAYA - sifat batiniah & apa yg. ada dlm. diri
manusia hingga menjadi kegiatan @ tradisi dlm.
kehidupan.
4

SIDI GAZALBA (1983)


Cara berfikir, merasa untuk menyatakan
diri dalam seluruh kehidupan bagi
sekumpulan manusia yang membentuk
masyarakat.

ABD. AZIZ DERAMAN (1992)


Apa jua yang kita fikir, buat & punyai dalam
kehidupan merangkumi semua bidang
kehidupan baik pengetahuan, kepercayaan,
teknologi, sains, kesenian, undang-undang,
etika, adat-istiadat & apa jua cara hidup kita
yang merupakan penglahiran daripada apa
yang diwarisi daripada masyarakat.

EDWARD B. TYLOR (1871)


Kebudayaan merupakan suatu keseluruhan
yang kompleks yang mengandungi
pengetahuan, kepercayaan, kesenian,
tatasusila, undang-undang, moral, adat
resam dan kebolehan serta kebiasaan lainlain yang diperolehi oleh manusia sebagai
ahli sesebuah masyarakat.

PERSOALANNYA?

Adakah
* Malam Kebudayaan
* Pesta Kebudayaan
* Minggu Kebudayaan
menepati maksud kebudayaan yang sebenar ???
8

Ringkasannya

B. Inggeris = Culture = Colore/Cultura (Latin)


B. Mandarin = Wen Hua
B. Arab = Thaqafah
B. Melayu = budi + daya
bu : asli, pertama, sejati, yang dipandang
sempurna, menyenangkan & memulakan sesuatu.
daya : akal, jalan fikiran & sebagainya yang
berkaitan (Asmad,1990)
9

IDENTIFIKASI
KEBUDAYAAN
BUKAN
KEBUDAYAAN

KEBUDAYAAN

Perlakuan manusia
Dikongsi bersama
Diiktiraf oleh masyarakat

Semulajadi
Pemikiran, perlakuan hasil
daripada individu @ segelintir
manusia
Tidak diiktiraf oleh masyarakat

10

BAHAGIAN KEBUDAYAAN
Kebudayaan Kebendaan (Artifek)
Objek dapat dilihat/dipegang
Memenuhi keperluan asas kehidupan manusia.
Cepat berubah
Lebih mempengaruhi manusia
Mempunyai harga
Memerlukan wang untuk mendapatkannya
Kebudayaan Bukan Kebendaan (Mantifek)
Tidak boleh dilihat/dipegang seperti nilai, kepercayaan, ideologi, falsafah,
bahasa, adat resam & lain-lain. Berbentuk abstrak, kejiwaan & spiritual.
Memenuhi keperluan asas kasih sayang, penghargaan, sosial dan estetika.
Lambat berubah
Kurang kuat mempengaruhi manusia
Tidak mempunyai harga
Perlu melalui proses sosialisasi bagi mendapatkannya
11

CIRI-CIRI KEBUDAYAAN
SIMBOLIK
BERPOLA &
BERSTRUKTUR

DIKONGSI

DIPELAJARI

CIRI-CIRI
KEBUDAYAAN
DIWARISI

UNIVERSAL
DINAMIK&
DIPERBAIKI

PANDANGAN
DUNIA
MEMBERI
KESAN
LAMBANG
& SLOGAN

12

TAKRIF NILAI
SH. ALAWIYAH AL-SAGOF, 1985
Idea yang dikongsi bersama oleh masyarakat
tentang apa yang baik, betul dan dikehendaki.
JOHN BEATTIE, 1979
Apa yang orang atau masyarakat hargai, apa
yang mereka anggap penting dan bermanfaat.

13

MOHD SALLEH LEBAR, 1998

Idea-idea yang dikongsi masyarakat tentang


apa yang baik meliputi tanggapan apa yang
baik atau apa yang buruk dalam sesebuah
kebudayaan.
TING CHEW PEH, 1983

Satu prinsip umum yang menyediakan anggota


masyarakat dengan satu ukuran atau standard
untuk membuat pengadilan dan pemilihan
mengenai tindakan dan matlamat yang
tertentu.
14

Nilai: Matlamat hidup atau keadaan yang


diidamkan.
Perkara-perkara yang dianggap bernilai, dihargai atau
dimahukan
Nilai-nilai adalah terhad, manakala permintaan dan
tuntutan adalah tidak terhad.

15

PEMBAHAGIAN NILAI

NILAI SUBSTANTIF
Meliputi instrumental
dan ekstrinsik.
Nilai tentang mutu atau
kebernilaian objek,
keadaan dan tingkah
laku.
Cara untuk capai nilai
mutakhir.
Cth: Amanah.

NILAI INTEGRATIF
Nilai mutakhir.
Mutlak & ideal (boleh
menjadi rasional) teras
ciptaan & kewujudan
manusia & alam.
Cth: Kasih sayang,
perpaduan, keamanan.

16

KATEGORI NILAI
KATEGORI

CONTOH

Material dan fizikal

Sihat, senang dan selamat

Ekonomi

Maju dan produktif

Moral dan intrinsik

Jujur, saksama dan ikhlas

Sosial

Pemurah dan kerjasama

Politik

Adil, bebas dan taat

Estetika

Indah, cantik dan halus

Agama

Taat, takwa dan insaf

Intelek

Pintar, peka dan kreatif

Profesional

Jaya diri dan inisiatif

Sentimental

Cinta, antik dan seni


17

SISTEM NILAI MANUSIA


EKONOMI
KERJA

SOSIAL

MORAL

POLITIK
SISTEM
NILAI

SENTIMENTAL

AGAMA

INTELEK

FIZIKAL
ESTETIKA

Substantif
Integratif

18

KEPENTINGAN NILAI

Menyatupadukan masyarakat
Kawal dan corak tingkah laku
Memotivasikan masyarakat
Bina hubungan
personal/interpersonal
Membolehkan membuat pilihan
Wujudkan kerjasama
Mengawal tingkahlaku negatif
Bantu proses sosialisasi
19

TAKRIF NORMA
SH. ALAWIYAH AL-SAGOF, 1985
Peraturan dan panduan yang dikongsi bersama
bagi mengawal tingkah laku tertentu dalam
kehidupan.
TING CHEW PEH, 1983
Kelakuan standard yang dikongsi bersama oleh
anggota kumpulan dan dijangka
mematuhinya.
20

SUFEAN HUSSIN, 1987


Perlakuan yang secara tersirat difahami,
dimiliki dan dilaksanakan oleh ahli-ahli
dalam masyarakat.
KHAIRUL AZMAN MOHD SUHAIMY,
1998
Panduan bertingkah laku yang standard
diakui dan diterima oleh sebahagian besar
individu dalam masyarakat.
21

CARA GUNA (USAGE)


Peraturan cara guna
sesuatu barangan.
Peraturan cara
bertindak.

ADAT
(CUSTOMS)
Perpatih.
Temenggong.
Peribumi.

PEMBAHAGIAN
NORMA
TINGKAHLAKU
(MORES)
Tingkah laku
berperaturan.
Sebahagian drpd
undangundang dlm masyarakat.
Kesalahan dikenakan
hukuman @ dendaan.

KEBIASAAN
(FOLKWAYS)
Adat kebiasaan dalam
kehidupan seharian.
Diwarisi drpd masyarakat
sebelumnya.
Dipelajari melalui proses
sosialisasi.
22

HUBUNGAN NILAI-NORMA

Kawal pemikiran dan tindakan yang hendak


diambil.
Membantu proses sosialisasi individu.
Menggerakkan perubahan dan kemajuan.
Menyatupadukan ahli masyarakat terhadap nilainorma bersama.
Bina matlamat bersama untuk mencapai pengisian
kemerdekaan melalui Wawasan 2020.
23

CABARAN TERHADAP BUDAYA,


NILAI DAN NORMA

Era globalisasi, penjajahan budaya berlaku


(cultural imperialisme) mel. konspirasi media
sumbang kpd. keruntuhan akal budi.
Peminggiran budaya membawa implikasi kepada
pengikisan nilai agama, norma dll yg
menyebabkan pertambahan gejala sosial /
menjejaskan keharmonian masyarakat
24

IMPLIKASI KERUNTUHAN BUDAYA, NILAI


DAN NORMA KEPADA MASA DEPAN
MASYARAKAT MALAYSIA DI ABAD KE-21
MASA DEPAN SOSIAL MASYARAKAT MALAYSIA

Gejala keruntuhan akhlak remaja sekarang di tahap


meruncing

Perangkaan statistik kes jenayah dan salah laku moral


membabitkan golongan muda semakin serius

Budaya hedonisme mengagung-agungkan artis dan


mengenepikan para ulama dan cendekiawan
25

PERANAN

Semai dan pupuk nilai positif & kebersamaan


memajukan hidup dgn. penuh kesedaran &
tanggungjawab
Pembudayaan melalui sistem pendidikan lahir
individu bijaksana mampu seimbangkanmoral &
teknologi
Faham konsep budaya/kebudayaan mampu
tanamkan cita-cita & semangat, lambang & harapan,
nilai & adat resam Semua ini akan mempengaruhi
sistem kehidupan & pencapaian tamadun tinggi.
26

RUMUSAN

Pentafsiran budaya perlu dilihat dalam konteks yang


lebih luas.
Norma dikawal oleh nilai yg ditetapkan oleh
masyarakat atau budaya.
Pembangunan kebudayaan merangkumi nilai dan
norma satu kemestian untuk mencapai tahap yang
lebih tinggi.
Penghayatan dan penghormatan terhadap nilai-norma
bersama membentuk penyatuan budaya bangsa akan
memudahkan proses mencapai Wawasan 2020.
27

LATIHAN PENGUKUHAN
1.

Bincangkan kepentingan nilai dan norma


dalam membentuk dan membina identiti
serta jati diri rakyat Malaysia.

28

SEKIAN,
TERIMA KASIH

29

You might also like