You are on page 1of 17

Topik:Pendekatan PERPADUAN

dalam
Hubungan Etnik

Kisah kita memang berbeza.


Walaupun warna kita berbeza tapi jiwa kita
sama dan perbezaan warna itu wujud dan
nyata. Tapi warna-warna itulah yang
mencorakkan dunia kita ini. Ini mengajar kita
menghargai dan menghayati.

Kerajaan sedar bahawa perpaduan negara tidak


akan wujud sekiranya kedudukan ekonomi yang
tidak seimbang di kalangan rakyat berbagai kaum
tidak diatasi dan kemajuan serta kemakmuran
negara tidak dinikmati dengan lebih adil dan
saksama. Dari itu, perlulah bagi kerajaan
menjalankan rancangan-rancangan yang telah
disusun supaya matlamat merapatkan jurang
perbezaan diantara golongan yang berada dan
tidak berada dapat dicapai dengan seberapa
segera. Tetapi saya suka menegaskan disini
bahawa dalam melaksanakan dasar ini kita akan
bersifat adil kepada semua pihak.
Kita tidak sesekali hendak mengambil atau merampas hak-hak yang
ada pada orang-orang yang bukan Melayu sebaliknya kita berharap dan
percaya yang mereka itu akan memberi kerjasama untuk menjalankan
dasar bagi mewujudkan perpaduan penduduk-penduduk daripada
berbagai kaum dan menjamin keselamatan dan keutuhan negara kita.

Pengenalan
Perpaduan dan integrasi adalah
dua konsep yang berkait rapat.
Kedua-dua konsep tersebut
merujuk kepada dua proses yang
agak berbeza.
Perpaduan dan integrasi adalah
dua perkara penting dalam
sesebuah negara.

Kepelbagaian di Malaysia
Malaysia adalah sebuah negara membangun yang
mempunyai kepelbagaian dalam banyak segi.
Sehingga kini perbezaan yang jelas dan sering
diperkatakan adalah dari segi kelompok etnik yang
mempunyai budaya, bahasa dan kepercayaan masingmasing.
Kebanyakkan etnik ini dapat dikategorikan berdasarkan
faktor-faktor seperti cara hidup, pola petempatan,
pekerjaan dan pendidikan.

Pada umumnya, inilah keadaannya semasa Persekutuan Malaysia


ditubuhkan pada 1963.
Sebahagian besar daripada jurang di atas disebabkan oleh dasar
'pecah dan perintah' pihak penjajah yang mengkhususkan pelbagai
etnik itu bagi kepentingan pemerintahan mereka.
Telah wujud satu jurang besar antara bumiputera kaya dan
bumiputera miskin-termasuk antara golongan bumiputer Melayu,
Dayak Iban, Kadazan-Dusun, Dayak Bidayuh dan lain-lain golongan
bumiputera; dan antara bukan bumiputera kaya dan bukan
bumiputera miskin; termasuk antara pelbagai kumpulan dialek Cina
dan kasta India.
Masalah kewujudan jurang seperti di atas juga dari segi wilayah.
Kesemuanya ini merupakan cabaran kepada negara dan pemimpinpemimpinnya.

Apakah yang dimaksudkan dengan


konsep Masyarakat Majmuk?
Masyarakat majmuk yang dikemukakan
oleh J.S Furnival adalah seperti yang
berikut:
1. Terdapat pelbagai jenis manusia
2. Mereka bercampur tertapi tidak
bersatu
3. Mereka hidup berdekatan tetapi
terpisah
4. Mereka bertemu di pasar raya
5. Dalam bidang pekerjaan, terdapat
pembahagian tenaga buruh yang
berdasarkan garis perkauman.

Konsep dan Teori


Integrasi
Perpaduan dan integrasi merujuk kepada proses menggabungkan
bahagian-bahagian menjadi satu unit.
Bentuk Integrasi
Asimilasi
Asimilasi adalah proses integrasi satu hal. Proses ini berakhir
dengan kewujudan satu kelompok yang seragam, iaitu satu
kelompok yang mempunyai satu budaya, bahasa dan agama.
A+B+C=A
Pada akhir proses ini, kelompok B dan C akan kehilangan budaya,
bahasa dan agama masing-masing dan akan mengamalkan budaya,
bahasa dan agama kelompok A.

Proses Kecil Asimilasi


Terdapat dua proses kecil asimilasi:
Pertama, asimilasi budaya yang
juga dikenali sebagai akulturasi
melibatkan kelompok minoriti
mempelajari budaya kelompok
dominan/majoriti.
Kedua ialah asimilasi struktur.
Dalam proses ini anggota kelompok
minoriti berjaya menyertai institusi
utama kelompok dominan/majoriti.

Dimensi Integrasi
Integrasi boleh dibincangkan dari beberapa dimensi. Ia boleh
merujuk kepada mengintegrasikan individu (etnik) dan kelompok,
idea dan nilai, kawasan dan keadaan.
Integrasi boleh merujuk kepada proses membina konsensus di
kalangan rakyat pelbagai etnik dan kepentingan.
Konsensus merujuk kepada persetujuan tentang nilai asas yang
patut dipegang. Dalam politik dan kerajaan, ia dikenali sebagai
budaya sivik.
Integrasi juga boleh merujuk kepada proses merapatkan jurang
perbezaan antara kelompok pemerintah dengan yang diperintah.
Integrasi boleh juga merujuk kepada proses merapatkan jurang
pembangunan antara wilayah.

Amalgamasi

Amalgamasi adalah proses pencantuman dari segi


biologi. Proses ini akan melahirkan satu kelompok etnik
baru yang akan memiliki ciri-ciri baru, khasnya ciri-ciri
biologi termasuk kebudayaan baru. Proses ini hanya
boleh berlaku dalam sesebuah masyarakat yang
mengamalkan perkahwinan campur secara besarbesaran.
A+B+C=D
A, B dan C kumpulan ras/etnik dan D adalah amalgam,
iaitu hasil percantuman.
Pluralisme

Pluralisme bertentangan dengan dasar asimilsi


dan amalgamasi. Pluralisme ialah dasar yang
mempertahankan kepelbagai.
Pluralisme kebudayaan menitikberatkan
pengekalan ciri-ciri kebudayaan pelbagai
kelompok, termasuk kebudayan kelompok
minoriti.
A+B+C=A+B+C
A, B dan C mewakili kelompok ras/etnik.
Mereka digalakkan untuk terus mengamalkan
budaya, bahasa dan agama masing-masing.

Bentuk pluralisme kedua ialah pluralisme ubahsuaian


Setiap kelompok ras dan etnik terpengaruh oleh budaya
orang lain sehinggakan ia membawa perubahan kepada
amalan budaya asal sesuatu kelompok ras dan etnik itu.
A + B + C = A1 + B1 + C1
A, B dan C mewakili kelompok ras/etnik asal, sementara A1,
B1 dan C1 mewakili kelompok asli itu yang sudah
mengubahsuaikan amalan budaya asal mereka kerana
pergaulan dan perhubungan dengan ras dan etnik lain.

Masalah Perpaduan dan Integrasi yang


dikenalpasti dalam kes Malaysia
Kemuncak masalah perpaduan dan integrasi
nasional di Malaysia bermula dengan
tercetusnya rusuhan etnik pada 13 Mei 1969.
Menurut seorang sarjana, Goh Cheng Teik
(1971), rusuhan etnik 13 Mei 1969 berlaku
kerana '... perubahan imbangan kuasa [antara
orang-orang Melayu dan Cina]...'
Dasar 'pecah dan perintah' yang diamalkan oleh
penjajah jelas menyebabkan wujudnya
masyarakat majmuk yang dipisahkan dari
pelbagai segi.

PEMBINAAN NEGARA BANGSA


Sebenarnya, apakah bentuk dan
rupa kelompok negara bangsa
Malaysia yang ingin dibina?
Persoalannya mungkin berkisar
pada 'Orang Malaysia', tetapi
'Orang Malaysia' dengan sifat
apakah yang ingin dibina?
Satu bangsa yang boleh

Andai kata kepelbagaian ini dikekalkan,


maka proses pembinaan negara bangsa
itu tidak lain tetapi sama ertinya dengan
konsep dan proses perpaduan dalam
kepelbagaian (unity in diversity), yang
jelas merupakan bentuk perpaduan dan
integrasi yang sangat berjaya
diwujudkan setakat ini.

Kesimpulan

Dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, perpaduan


merupakan cabaran besar kerana kejayaan mewujudkan
perpaduan dan integrasi akan menjamin keharmonian sosial,
kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi.

Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang berjaya


mewujudkan perpaduan dan integrasi nasianal kerana
kesederhanaan dan sikap sedia bertolak ansur terhadap
kepelbagaian.

Perpaduan dan integrasi etnik bukan masalah sesuatu


kelompok tetapi masalah bersama negara yang seharusnya
ditangani oleh semua.

You might also like