You are on page 1of 9

Sem 1

2015/16

PENILAIAN KURSUS
KPR3012
Seminar Refleksi Latihan
Mengajar

FAKULTI PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN


MANUSIA

KANDUNGAN
1.0

Pengenalan

2.0

Hasil Pembelajaran Kursus

3.0

Penilaian Kursus
3.1 Pemberatan penilaian kursus
3.2 Agihan pemberatan kerja kursus

2
2

4.0

Bentuk Kerja Kursus


4.1 Bentuk Kerja Kursus Individu
4.2 Bentuk Kerja Kursus Kumpulan

3
3
4

5.0

Skala Pemarkahan Kerja Kursus


5.1 Skala Pemarkahan Penulisan Refleksi
5.2 Skala Pemarkahan Kajian Tindakan
5.3 Skala Pemarkahan Seminar

5
6
6

LAMPIRAN:
Cover tugasan kumpulan

1.0

PENGENALAN
Kursus ini membimbing pelajar membuat refleksi latihan mengajar berdasarkan penilaian
secara kritis, membuat keputusan, dan membentangkan laporan kajian tindakan.

2.0

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS


I. Menilai pengalaman praktikum (C6, CS3).
II. Mencadangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan situasi dalam bilik darjah
(A4, CTPS2).
III. Menghasilkan semula aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan situasi bilik darjah
(C5).
IV. Menilai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang baik (C6, TS2).

3.0

PENILAIAN KURSUS
3.1.

Pemberatan
Kategori

3.2.

Pemberatan

Kerja kursus

100%

JUMLAH

100%

Agihan Pemberatan Kerja Kursus

Bentuk Kerja
Kursus
Individu

Jenis
Tugasan
Penulisan
Refleksi

Agihan Markah
(Peratus)

1. Refleksi
Praktikum
2. Refleksi
Kendiri

Kumpulan

Jumlah
(Peratus)

25%
60%
5%

Kajian Tindakan

30%

Pembentangan Seminar

40%

40%

100%

100%

JUMLAH
2

4.0

BENTUK KERJA KURSUS

Sila baca SEMUA perkara yang terdapat di bawah supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar
tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda.
4.1

BENTUK KERJA KURSUS INDIVIDU


Tugasan

Penulisan
refleksi

Arahan

Tarikh Akhir

Minggu 6

25

Bahagian 1: Refleksi Praktikum


1. Pelajar dikehendaki mengumpul laporan
penyeliaan daripada pensyarah penyelia dan
guru pembimbing.
2. Berdasarkan pengalaman dan laporan
penyeliaan tersebut, pelajar haruslah mengenal
pasti 5 isu atau masalah yang mereka telah
hadapi semasa praktikum. (Mungkin ada komen
yang postif dari penyelia praktikum, namun
untuk tugasan ini, pelajar perlu kenal pasti 5 isu
atau masalah kerana tujuan tugasan ini adalah
untuk penambah baikan PdP mereka).
3. Berdasarkan 5 isu atau masalah semasa PdP
tersebut, pelajar dikehendaki menulis laporan
refleksi berdasarkan empat (4) bahagian:
Bahagian I: Kenal pasti isu atau masalah
semasa PdP.
Bahagian II: Kenal pasti kenapa isu atau
masalah tersebut berlaku.
Bahagian III: Berikan langkah penambahbaikan
yang disarankan oleh pensyarah penyelia dan
guru pembimbing berdasarkan isu atau masalah
tersebut.
Bahagian IV: Rancang semula pengajaran/ ubah
suai tindakan bagi mengatasi isu atau masalah
tersebut.

Bahagian 2: Refleksi Kendiri

Minggu 13

Minggu 10

30

1. Pelajar dikehendaki membuat refleksi


kendiri secara jujur dan ikhlas. Penulisan
refleksi kendiri perlu mengandungi :
i)
Pengalaman pembelajaran
sepanjang 8 semester di UPSI.
ii)
Bagaimana pelajar melihat diri
sebagai bakal guru.
iii)
Apakah yang akan pelajar perbaiki
untuk masa depan sebagai guru
yang professional.
2. Penulisan refleksi kendiri adalah satu muka
surat bersaiz A4, font Arial 11 atau Times New
Roman 12 dengan langkau baris (spacing) 1.
Laporan Kajian
Tindakan

1.

Pelajar dikehendaki menyediakan laporan akhir


hasil kajian tindakan yang telah dilaksanakan
semasa latihan mengajar.

2.

Penulisan laporan perlu merangkumi:


i.
ii.
iii.
iv.

Isu dan masalah yang dikenal pasti.


Objektif dan persoalan kajian.
Sorotan literatur.
Pengumpulan data-instrumen yang
digunakan.
v. Menganalisis dan mengintepretasi data.
vi. Rumusan dan perbincangan.
vii. Cadangan penyelidikan seterusnya.
3.

Pelajar perlu sertakan bahan bukti penyelidikan


yang telah dilakukan seperti gambar aktiviti dan
lembaran kerja pelajar dalam laporan yang
disediakan.

4.

Hasil kajian tindakan perlu ada nilai tambah.

5.

Tugasan mestilah dihantar secara bertulis,


kepada pensyarah kursus mengikut tarikh yang
ditetapkan.

Ambil perhatian perkara berikut:


-

Penulisan menggunakan font Arial 11 atau


Times New Roman 12.

Langkau baris (spacing) 1.5.

Bibliografi menggunakan format APA.


4

Muka hadapan (cover) tugasan adalah seperti


di Lampiran 1 .

JUMLAH

4.2

60

BENTUK KERJA KURSUS KUMPULAN

Pelajar dikehendaki mengendalikan satu seminar tentang topik-topik yang terdapat dalam rancangan
instruksional yang berkaitan dengan pengalaman mereka sewaktu menjalani latihan mengajar. Pelajar
secara berkumpulan akan bekerjasama untuk membentuk satu jawatankuasa seminar yang akan
bertanggungjawab semasa seminar dijalankan.
Tugasan
Pembentangan
Seminar

Arahan
1. Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan
seramai 4-5 orang.
1. 2. Setiap kumpulan akan diberi tajuk berdasarkan
topik-topik yang terdapat dalam rancangan
instruksional.
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Tarikh Akhir

Bermula pada
minggu ke 4
hingga minggu ke
13

40

Pembangunan profesional dan pengamal


refleksi.
Pengurusan bilik darjah.
Penilaian pengajaran dan pembelajaran.
Pelaksanaan kajian tindakan.
Pelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif.
Pengintegrasian teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Pelaksanaan dan penyebaran inovasi
pendidikan di sekolah.

2. Seminar adalah mengikut kriteria berikut:


i.

Mengurus mini seminar untuk 2 jam (lokasi


di dalam bilik kuliah @ di luar bilik kuliah
yang ditentukan oleh pelajar).
ii. Pembentang seminar perlu ada video klip
/blog/poster/pameran/aktiviti-aktiviti/
permainan yang melibatkan peserta dari
kumpulan lain.
iii. Sediakan alat untuk dapatkan maklum balas
segera dari peserta.
iv. Sediakan ringkasan maklum balas peserta
(450-500 patah perkataan).
JUMLAH

100

PERHATIAN
5

5.0

Segala perkara yang berkaitan kerja kursus MESTI merujuk dan mengikut arahan pensyarah
kumpulan kuliah masing-masing.
SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS
5.1

Skala Pemarkahan Penulisan Refleksi

Gred

Kriteria Penulisan Refleksi

Penulisan refleksi menggunakan format yang amat sesuai, isi mencukupi, isi di olah dan
dikembangkan dengan baik, ada contoh yang baik dan konkrit. Ada idea asli yang bernas, kreatif
dan kritis. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa.
Penulisan refleksi menggunakan format yang amat sesuai, isi mencukupi, isi dikembangkan
dengan baik, ada contoh yang konkrit. Ada idea asli yang bernas.Idea tersusun dengan kemas.
Tiada kesalahan bahasa.
Penulisan refleksi menggunakan format yang sesuai,isi mencukupi, isi di huraikan dan ada
contoh. Idea disusun dengan baik. Tiada kesalahan bahasa.
Penulisan refleksi menggunakan format yang sesuai, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada
contoh. Idea disusun dengan baik. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 3 perkara).
Penulisan refleksi menggunakan format yang kurang sesuai, kesalahan format yang minima
(tidak lebih 2 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea sendiri.
Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 3 perkara).
Ada penulisan refleksi, kesalahan format yang minima (tidak lebih 3 perkara), isi mencukupi, isi
di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa minima
(tidak lebih dari 5 perkara).
Ada penulisan refleksi, kesalahan format tidak melebihi 4 perkara, isi mencukupi, isi di huraikan
dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa tidak melebihi 7
perkara.
Kesalahan format melebihi 5 perkara, isi tidak mencukupi, isi tidak dihuraikan. Tiada contoh. Ada
Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa melebihi 8 perkara.
Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan.Tidak lengkap.

A-

B+
B
B-

C+

CD/E

5.2

Skala Pemarkahan Kajian Tindakan

Gred

Kriteria Laporan Kajian Tindakan

Masalah yang dikaji merupakan satu isu yang penting perlu diselesaikan dan dihuraikan
dengan jelas. Metodologi kajian dirancang dan dilaksana mengikut prosedur kajian tindakan.
Dapatan kajian dipersembahkan dengan menarik, kreatif dan mudah difahami. Mengusulkan
kajian seterusnya yang selaras dengan dapatan kajian. Laporan penulisan disusun dengan
kemas dan jelas. Bahan bukti dilampirkan. Kajian tindakan unik (intervensi menggunakan idea
sendiri dan asli) dan mempunyai nilai tambah kepada pihak berkepentingan dan menyumbang
kepada bidang pendidikan. Tiada kesalahan bahasa.
Masalah yang dikaji merupakan satu isu yang penting perlu diselesaikan dan dihuraikan
dengan jelas. Metodologi kajian dirancang dan dilaksana mengikut prosedur kajian tindakan.
Dapatan kajian dipersembahkan dengan menarik dan mudah difahami. Mengusulkan kajian
seterusnya yang selaras dengan dapatan kajian. Laporan penulisan disusun dengan kemas
dan jelas. Bahan bukti dilampirkan. intervensi menggunakan idea sendiri dan asli. Kajian
mempunyai nilai tambah kepada pihak berkepentingan dan menyumbang kepada bidang
pendidikan. Tiada kesalahan bahasa.
Masalah yang dikaji merupakan satu isu yang penting dan dihuraikan dengan jelas. Metodologi

A-

B+

kajian dirancang dan dilaksana mengikut prosedur kajian tindakan. Dapatan kajian
dipersembahkan dengan menarik dan mudah difahami. Mengusulkan kajian seterusnya yang
selaras dengan dapatan kajian. Laporan penulisan disusun dengan kemas dan jelas. Bahan
bukti dilampirkan. intervensi merupakan adaptasi daripada idea penyelidik lain, Laporan
penulisan kurang kemas, bahan bukti tidak lengkapKajian tindakan mempunyai nilai tambah
kepada pihak berkepentingan. kesalahan bahasa yang minima.
Masalah tidak dijustifikasi dengan jelas. intervensi merupakan replikasi idea penyelidik lain,
Laporan penulisan kurang kemas, bahan bukti tidak lengkap
Masalah tidak dijustifikasi dengan jelas, intervensi merupakan replikasi idea penyelidik lain,
Laporan penulisan kurang kemas, bahan bukti tidak lengkap
Ada laporan kajian. Kurang sistematik, intervensi kurang sesuai untuk menyelesaikan
masalah,bahan bukti tidak disertakan.
Ada penulisan. Tidak sistematik. intervensi tidak sesuai, tiada bahan bukti

C-

Ada laporan kajian. Tidak lengkap. Tiada bahan bukti

D/E

Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan.

B
BC+

5.2

Skala Pemarkahan Seminar

Gred

Kriteria Seminar

Pengurusan seminar bersifat ilmiah yang cemerlang, penyampaian yang jelas, lancar, kemas &
meyakinkan, menarik & kreatif, mengandungi idea yang bernas, dan ada elemen interaksi yang
baik.
Pengurusan seminar bersifat ilmiah yang baik, penyampaian yang jelas dan baik, menarik &
kreatif, mengandungi idea yang bernas, dan ada elemen interaksi yang baik.
Pengurusan seminar bersifat ilmiah yang sederhana, penyampaian yang baik, menarik & kreatif,
idea yang bernas, ada elemen interaksi.
Pengurusan seminar bersifat ilmiah sederhana, penyampaian yang baik, menarik dan idea yang
bernas.
Pengurusan seminar bersifat ilmiah, penyampaian yang baik & menarik dan ada idea yang
kemas
Ada penjelasan, penyampaian yang sederhana, Ada idea sendiri yang baik.

AB+
B
BC+
C
C-

Tahap perbincangan yang rendah, penyampaian sederhana dan sekadar ada, ada idea tetapi
kurang kemas.
Tidak ada penjelasan, penyampaian yang tidak berkesan, idea yang tidak jelas.

D/E

Gagal melengkapkan tugasan, Tidak menjawab soalan, serahan melewati tarikh akhir.

PEMARKAHAN

LAMPIRAN 1

RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KOD & NAMA KURSUS

KPR 3012: SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR


TAJUK

DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. MATRIK

PROGRAM

PENSYARAH: _____________________________________________________________
KUMPULAN : _______________________________
Tarikh :____________________________________

You might also like