You are on page 1of 4

SUKATAN PELAJARAN GERAK SEJATI

Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillahi Rabbil`aalamin wabihi nastain walahaula walaa


quwwata illa billahil `aliyyil adhzim wasolallahu ala khairi khalqihi sayyidina Muhammadin
khaatimil ambiai wal mursalin wasayyidil makhluukin wa`ala aalihi wasohbihi
ajmain. Assalaamualaikum warahmatullah, selamat sejahtera semua.
Ilmu persilatan TOMBAK-LEMBING MELAYU yang bersistematik jarang kita jumpai hari
ini lantaran ditelan zaman disebabkan penjajahan barat di Alam Melayu selama 500 tahun
yang mana penggunaan lembing dan tombak dalam perang terbuka menentang PELURUPELURU barat tertewas. Setelah penjajahan barat berlaku latihan latihan persilatan
menggunakan senjata-senjata tradisi Melayu terkubur kerana larangan dan terus ditindas oleh
penjajah yang curiga kepada bangsa peribumi jika bangkit semula jiwa satria Melayu untuk
menentang penjajah melalui persenjataan persilatan. Oleh itu para pendekar Melayu yang
mewarisi ilmu persilatan hanya dapat menzahirkan ilmu persilatan mereka pada khalayak
dalam bentuk maknawi pergerakan serangan dan belaan iaitu diberi nama SILAT PULUT
guna untuk bersilatur Rahim dan dipersembahkan di majlis majlis kahwin, majlis-majlis
perasmian, majlis hiburan, pertunjukan kebudayaan dan sebagainya. Kemudian bermulalah
perguruan perguruan SILAT PULUT ini mendekorasikan silat masing masing dengan
melebihkan kaedah tarian yang cantik molek dan bergaya dari fungsi silat yang sebenar malah
unsur gerak lawak jenaka dalam permainan buahnya pun di masukkan bermaksud untuk
hiburan. Mana mana perguruan yang tarian nya lebih cantik molek itulah yang suka dijemput
dan ditonton apabila membuat persembahan pada majlis-majlis tertentu. Pewarisan ilmu
persilatan dengan menggunakan senjata-senjata tradisi secara sistematik (Tidak merambang Ada kaedah khas -`Silibus`- yang lebih berkesan) terus berkubur dengan matinya para
pewarisnya dari generasi ke generasi hinggalah kehari ini. Namun begitu masih ada juga lagi
perguruan perguruan silat Melayu - Nusantara yang mewarisi ilmu persilatan menggunakan
senjata tradisi ini secara sistematiknya yang dipusakai secara rahsia dan tidak disebarluaskan
kepada khalayak supaya tidak dimusnahkan oleh penjajah dan sebagai menjaga nilainya yang
amat berharga dalam khazanah ilmu kepahlawanan Melayu. Cuma para pewarisnya sahaja
pada hari ini tidak ramai yang ada dan ada juga yang tidak terkenal atau tidak diketahui
umum.
SEJARAH PERSILATAN DENGAN LEMBING DAN TOMBAK.
Yang manakah terlebih dahulu manusia menggunakan; sama ada tongkat atau pun lembing &
tombak dalam ilmu persilatan?. Ada yang berpendapat lembing-tombak lah terlebih dahulu
kerana kononnya pada masa peperangan secara teradisi dahulu apabila mata lembing patah
daripada ulunya dalam pertempuran, pendekar terus menggunakan ulu lembing atau tombak
yang mata pisaunya patah itu sebagai alat untuk terus ia menentang lawannya. Sebab itu guru
ada mangatakan kaedah Persilatan Lembing dan Tombak Melayu tidak jauh beza dengan
kaedah `Seni Silat Tongkat Melayu Asli` sebab ia berasal dari kaedah penggunaan lembingtombak yang patah dalam peperangan zaman tradisi. Tetapi ada pula pendapat lain
mengatakan, dalam persenjataan Manusia, tongkatlah terlebih dahulu digunakan sebagai alat
dalam persilatan mempertahankan diri dan juga alat menyerang lawan iaitu semenjak `Zaman
Batu` lagi. Kemudian batang tongkat itu dibubuh mata berpepisaunya pula daripada buloh
tajam atau bebatuan tajam diguna sebagai alat lontaran atau rejaman kepada objek perburuan
atau musoh. Sebab itu senjata jenis lembing dan tombak adalah dikatakan senjata terawal atau

tertua dalam sejarah penggunaan senjata kepada manusia di semua tempat dalam dunia ini dan
bangsa. Pada zaman logam pula mata lembing dan tombak dibuat daripada bahan kuprum,
gangsa, besi dan besi waja atau campuran pelbagai jenis besi pula. Sebab itu boleh di katakan
sesiapa yang tahu kaedah persilatan tongkat Melayu asli dia juga pandai menggunakan
lembing dan tombak secara sistematik seperti seni silat tongkat Melayu Asli juga cuma ada
sedikit perbezaan kerana fungsi mata lembing dan tombak itu mestilah di sesuaikan mengikut
resamnya pula iaitu seperti menikam ada juga yang boleh menghiris.
PENILAIAN TERHADAP LEMBING DAN TOMBAK.
Pada hari ini Lembing dan tombak masih sangat berharga sebagai senjata warisan bangsa
Peribumi Nusantara. Senjata ini bermula semenjak zaman awal pra-sejarah dalam bentuk
tongkat. Pada zaman batu awal 2500-3000 tahun yang lalu ia sudah diguna dalam peperangan.
Pada zaman paleotik senjata tongkat telah dibubuh mata berpepisau nya dari jenis logam dan
nama nya pula telah berubah. Masyarakat Peribumi Melayu menamakannya lembing dan
tombak. Pada zaman pertengahan (Mesolitik) senjata lembing dan tombak keadaan rupanya
lebih sempurna dan kemas dari masa terdahulu kerana dinamika dayacipta manusia kemudian
pada zaman baru neolitik senjata senjata tradisi termasuk lembing dan tombak terlebih
sempurna dan halus berseni lagi mata pepisaunya di banding pembuatannya dari masa yang
lalu.
Fungsi awal dan utama lembing dan tombak ialah untuk mempertahankan diri atau bagi
mencederakan lawan dan berfungsi besar dalam peperangan zaman tradisional (Perang
sebelum menggunakan senjata berpeluru-moden) terutama lontarannya atau pacakan
hadangannya oleh tentera barisan hadapan bagi menjatuhkan tentera berkuda yang
menyerang. Senjata lembing atau pun tombak kalau diteliti bukan milik satu bangsa saja
boleh katakan semua bangsa dalam dunia ini ada milik jenis senjata yang hampir serupa
lembing dan tombak ini yang mulanya digunakan sebagai alat atau senjata lontaran dan
tikaman. Cuma ada di sana sini perbezaan pada gaya bentuk mata bepepisaunya dan hiasan
simpai logamnya dan lain-lain perkara mengikut budaya cita rasa dan pengaruh alam keliling
masing masing bangsa manusia dari keturunan yang satu `Adam a. s`. Oleh itu terbit lah
berbagai nama lembing pula misalnya dalam masyarakat Melayu ada nama lembing daun
buloh, lembing patung, lembing kait, lembing serampang, lembing besi beranak, lembing tipu
dayak dan macam macam nama lagi. Begitu juga cara dan gerakan dalam seni beladiri masing
masing bangsa yang menggunakan lembing atau tombak ini baik di Nusantara ini, di Tanah
Besar Cina, di benua Amerika Utara dan Selatan, di Eropah atau di Afrika, di Tanah besar
Asia dan benua India atau di lain-lain tempat lagi tidaklah seratus peratus sama, ada di sana
sini perbezaan cara seni penggunaannya terkadang ada juga kebetulan serupa.
Dalam sejarah pemakaian lembing dan tombak masyarakat Melayu Nusantara bukan sahaja ia
digunakan oleh orang persaorangan dan dalam peperangan tetapi digunakan juga oleh para
penjurit yang mengawal istana raja dan ia juga diguna dalam istiadat raja raja sebagai alat
lambang kebesaran dan kekuasaan raja-raja. Selepas zaman lembing-tombak tidak lagi
menjadi senjata tempur di medan perang zaman moden ini dan orang ramai pun banyak tidak
mengentahui jurus-jurus lembing dalam persilatan Melayu Nusantara, fungsi lembing tetap
ada tetapi dalam bentuk yang lain iaitu sebagai senjata warisan kepahlawanan bangsa
kepercayaan tradisi masih ada yang mempengaruhi individu dalam masyarakat Melayu
Nusantara seperti;
1. Menganggap lembing dan tombak yang baik mempunyai daya pertahanan secara magis
atau mistik.

2. Berkhasiat menjauhkan Malapetaka.


3. Membuatkan pemiliknya akan kuat semangat, berperibadi tinggi dan di segani serta kuat
pengaruh dalam masyarakat dan pelarisan perniagaan.
4. mempunyai daya penyembuh dalam perobatan penyakit misteri.
5. Boleh membawa tuah dan murah rezeki (good luck).
6. Mempunyai kuasa supraintrinsik atau magical power.
7. Bernilai estatika yang membawa semangat kesatriaan, dan lain-lain.
Dalam kepercayaan Islam mempercayai kuasa ada kepada benda-benda sebagai mutlak (boleh
memberi bekas) adalah SYIRIK (DOSA BESAR - KERANA MENYENGUTUKAN KUASA
ALLAH YANG MUTLAQ). Tetapi kepercayaan terjadinya sesuatu itu ada sebab
musabbabnya diciptakan Allah berdasarkan apa yang telah ditentukan dalam `maklum
mufassilNya` (ilmu Allah yang azali) tidak mengapa. Dan percaya bahawa tiap-tiap sesuatu
diciptakan Allah adalah untuk mempernyatakan kebesaran dan kekuasaanNya disamping
untuk menjadi kegunaan atau mempunyai khasiat untuk hambaNya dan makhlukNya di dunia
ini tapi dengan kehendak dan kuasa Allah s.w.t jualah hakikatnya berlaku sesuatu itu. Ulu
tombak dan lembing yang lurus itu sudah cukup melambangkan pegangan tauhid seorang
pendekar persilatan Melayu-Islam. Wallahua`alam.
Lembing dan tombak pada asasnya ialah senjata lontaran, rejaman dan tikaman serta bedalan
batangnya. Sebab itu batang kayu atau ulu sebatang lembing atau tombak biasanya dibuat dari
kayuan pilihan yang keras dan liat supaya tidak mudah pecah dan patah. Sebatang lembing
Melayu yang baik termasuk ulu dan mata berpepisaunya panjangnya ialah lebih kurang 6 kaki
atau lebih kurang mengikut sesuai saiz tuannya. Kedudukan mata lembing atau tombak itu
eloknya bermula dari hujung hidung pemiliknya ke atas kepala. Atau simpai logam pada
putingnya berkedudukan bersetentangan dengan mulut pemiliknya.
Sebagaimana keris timbangan paling sempurna sebatang tombak atau lembing ialah boleh
berdiri di samping sarung sebilah keris. Ukuran dan niali mata tombak-lembing yang baik
lebih kurang sama dengan menilai sebilah mata keris. Sila baca artikel mengenai keris
bertajuk `Keris lok 13` dalam laman web Gerak Sejati ini. Wallahu`alam.
SILIBUS SILAT LEMBING-TOMBAK PANJI ALAM PENDEKAR - SENI SILAT
GERAK SEJATI PANCAR MURNI MALAYSIA.
A. Asas kemahiran menggunakan Lembing-tombak dalam persilatan.
1. Belajar cara memegangnya dengan betul dan mesrakan semangat pendekar dengan lembing
atau tombak yang di pegang.
2. Bergerak dengan jurus bersama pusingan batang lembing-tombak.
3. Bergerak dengan jurus tikaman dan menggunakan puting batang lembing-tombak.
4. Jurus berputar bersama lembing-tombak empat penjuru alam.
5. `Menembak` atau rejaman dan lontaran lembing-tombak.
B. Mematahkan serangan senjata lain dengan lembing-tombak atau menyerang terhadap
penggunaan senjata lain dengan lembing-tombak.
C. Tempur Lembing-tombak sesama lembing-tombak.
I. Buah asas 7
II. Buah kembangan 7.
III. Buah buah kuncian lembing-tombak.

D. Rahsia serangan dan belaan lembing-tombak.


Segala apa yang didedahkan adalah hanya mengikut aliran perguruan Gerak Sejati saja.
Segala pendapat yang lain amat dihormati. Perbezaan akan menambah kaya lagi khazanah
ilmu. Perbezaan jua adalah suatu keindahan.
Note: Tombak biasanya bermata pepisaunya tiga (dua tepi dan hujung) bentuknya seperti
keris ada yang berlok ada yang lurus saja.
Lembing biasanya bermata pepisaunya dua (tepi dan hujung) lebar dan pendek, ada yang
matanya berkait tapi berbatang bulat yang panjang sebelum putingnya yang tertanam didalam
ulunya dan lain lain bentuk lagi.

You might also like