You are on page 1of 3

Yang Arif,

Elemen yang ketiga yang harus kami buktikan adalah elemen berbuat sesuatu yang berupa
akad nikah.
Di dalam kes yang dibawa pada hari ini, kami di barisan pihak Pendakwaan telah
membuktikan bahawa wujudnya satu bentuk perbuatan ataupun actus reus yang mana satu
majlis telah berlangsung di Masjid Solahudin Chana, Songkhla, Thailand yang mana majlis
tersebut merupakan satu majlis yang berupa akad nikah. Encik Hussin dan Puan Jamilah telah
dikatakan bernikah di sana dengan dinikahkan oleh Haji Anuar iaitu seorang jurunikah di
sana dengan dihadiri dua orang imam masjid yang menjadi saksi beserta beberapa orang
kampung yang menyaksikan pernikahan tersebut. Fakta ini telah dinyatakan sendiri oleh Haji
Hassan yang menjadi wali kepada pernikahan tersebut kepada mahkamah apabila ditanya
oleh pihak pembelaan sebentar tadi. Namun lesen pentauliahan Haji Anuar itu sendiri telah
tamat. Haji Anuar juga merupakan orang yang membuat sijil nikah mereka, yang mana,
didapati sebagai sijil palsu yang dibuat olehnya sendiri tanpa mengikut prosedur yang sah.
Sijil tersebut telah disahkan palsu oleh saksi Pendakwaan yang kedua iaitu Pegawai Pejabat
Agama, En. Badrul bin Azman. Beliau juga mendapati bahawa:
1) Hussin masih belum mendaftarkan perkahwinan dia dengan Jamilah.
2) Kadi bagi perkahwinan tersebut telah tamat tempoh pentauliahannya
selaku Kadi yang berkelayakkan untuk menjadi Kadi bagi perkahwinan
tersebut di Thailand.
3)

Sijil yang diberikan oleh Pejabat Agama Songkhla tersebut adalah sijil
yang dibuat sendiri sahaja.

Mereka juga tiada surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Thailand yang mengesahkan
perkahwinan mereka tersebut di Thailand.
Mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, terdapat
beberapa Seksyen yang terpakai untuk dikaitkan dengam kes pada hari ini. Mengikut
kesalahan yang ingin kami sabitkan, Teruduh harus di jatuhkan hukuman berdasarkan
Seksyen 40(1)(a) yang mana mengadakan satu majlis yang mana berupa akad nikah atau
perkahwinan. Manakala, kita juga harus merujuk kepada Seksyen 19 Enakmen yang sama
yang mana merujuk kepada kebenaran adalah perlu sebelum mengadakan majlis akad nikah.

Kebenaran tersebut haruslah di berikan oleh seorang Pendaftar di bawah Seksyen 17 atau
oleh seorang Hakim Syarie di bawah Seksyen 18.
Berdasarkan sistem pemakaian undang-undang yang dirujuk, perbuatan untuk mendirikan
sebuah perkahwinan memerlukan seksyen yang dinyatakan di atas dirujuk terlebih dahulu.
Maksudnya di sini, sekiranya perkahwinan yang di lakukan adalah mengikut segala prosedur,
maka perkahwinan tersebut adalah sah dan tidak boleh dipertikaikan.
Dalam kes kita ini, perkahwinan Hussin yang dibantu dan diuruskan oleh Tertuduh adalah
sememangnya tidak sah dan tidak mengikut prosedur yang yang ditetapkan dan disebabkan
oleh itu, Tertuduh di kira sebagai telah membantu untuk mengadakan satu majlis yang berupa
akad nikah.
Menurut kes yang telah diputuskan di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor di Shah Alam
yang didengari oleh Yang Amat Arif Tuan Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim dan kes yang
dirujuk ialah kes Pendakwa Syarie Selangor lwn Moktar bin Radin & 6 Yang Lain. Di
dalam kes ini, isu yang dibincangkan adalah berkaitan dengan aplikasi Seksyen 40(1)(a).
Dalam kes ini juga, pada pandangan mahkamah, wali dan saksi-saksi pernikahan ini
sepatutnya menolong pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan bagi proses
pendaftaran dan memastikan perkahwinan dapat dijalankan dengan cara yang betul mengikur
peraturan yang ditetapkan didalam Enakmen Keluarga Islam Selangor dan mengikut hokum
syarak. Sekiranya pengantin lelaki dan perempuan, wali dan saksi-saksi menjalankan upacara
pernikahan tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan di dalam Enakmen Keluarga
Islam. Maka ianya boleh dianggap menjalankan PERNIKAHAN SINDIKET yang
berlawanan dengan undang-undang syariah. Undang-undang syariah disini bukan sahaja apa
yang terkandung di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah yang hanya diketahui oleh kebanyakan
masyarakat umum tetapi juga termasuk segala peraturan syariah yang boleh memberi
keadilan dan kebaikan (kemaslahatan) kepada masyarakat seperti mana yang terdapat di
dalam Enakmen Keluarga Islam Selangor 2003.
Kesalahan yang dilakukan oleh OKT sesungguhnya merupakan satu kesalahan yang serius
kerana kesan lantaran perbuatan OKT tersebut akan memberikan impak yang negatif kepada
ramai orang.
Perbuatan mengadakan upacara seakan-akan akad nikah ini boleh menyumbang
kepada masalah sah taraf perkahwinan itu sendiri. Sekiranya perkahwinan itu tidak sah, maka

perbuatan yang dilakukan oleh orang yang bernikah tersebut adalah haram dan tidak sah
seterusnya menjurus kepada berlakunya zina. Selain daripada itu, kesan daripada perbuatan
ini juga ialah dari segi nasab keturunan yang terhasil daripada perkahwinan yang tidak sah
ini. Hal ini akan memberi kesan yang amat negatif di mana, anak yang dilahirkan daripada
perkahwinan itu dikira sebagai anak tak sah taraf.
Mahkamah juga perlu menjatuhkan hukuman kepada tertuduh berdasarkan qawaid
fiqqiyah yang bermaksud Kemudaratan hendaklah dihapuskan. Berdasarkan kepada kaedah
ini, suatu perkahwinan yang tidak mengikut undang-undang atau Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam dianggap berbahaya kepada masyarakat. Ia perlu diperbetulkan melalui
tindakan undang-undang yang bersesuaian yang akan memberi pengajaran kepada semua.
Pemakaian Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 kepada setiap
yang tinggal di Selangor adalah berpatutan kerana ia sangat berhubung rapat dengan konsep
maqasid syariah yang mana menetapkan bahawa kesemua umat Islam harus menjaga lima
perkara utama yang digariskan oleh konsep tersebut iaitu menjaga agama, nyawa, akal
fikiran, keturunan dan harta. Semua perkara yang telah diperuntukkan dalam enakmen
tersebut telah menggunakan prinsip siyasah syariah dan bertujuan untuk manfaat masyarakat.
Oleh yang demikian, kami di pihak pendakwaan ini menegaskan bahawa OKT adalah
bersalah berdasarkan keterangan-keterangan yang dibawa ke dalam mahkamah. OKT juga
telah dibuktikan bersalah atas elemen mens rea dan actus reus untuk membantu menguruskan
perkahwinan tersebut dan menyumbang kepada berlakunya sesuatu yang berupa sebagai
mengakadnikahkan atau menjalankan upacara sesuatu perkahwinan. Selain dari itu,
keterangan saksi yang dibawa ke dalam mahkamah telah menyokong kepada kes pada hari ini
dan

telah menunujukkan bahawa sebenarnya OKT sememangnya bersalah atas

perbuatannya.
Dengan ini pihak Pendakwaan memohon kepada Mahkamah yang mulia ini untuk
mensabitkan kesalahan kepada tertuduh atas kesalahan di bawah Seksyen 40(1) Enakmen
Undang-Undang Keluarga (Selangor) 2003 dan menjatuhkan hukuman yang setimpal kepada
OKT sama ada denga denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam
bulan atau kedua-duanya sekali.

You might also like