Professional Documents
Culture Documents
hubungan antarabangsa . Dasar luar Melaka serta kedudukan setiap kerajaan dalam hubungan
mereke dengan Melaka adalah jelas . Ini bertujuan untuk menjamin keselamatan Melaka dan
kepentingan perdagangan antarabangsa Melaka . Hubungan diplomatik dan perdagangan
dijalin dengan kerajaan-kerajaan serantau seperti Pasai , Jawa , Siak dan Kampar . Manakala
hubungan diplomatik dan perdagangan antarabangsa dijalinkan dengan kerajaan-kerajaan
seperti China , Siam , Ryukyu (Jepun) , Gujerat dan Tanah Arab.
1.
Hubungan Serantau
Hubungan ini terjalin melalui perkahwinan antara Sultan Melaka , Iskandar Syah dengan
puteri Pasai dan memeluk agama islam . Ianya juga terjalin kerana pertukaran pendapat
mengenai soal-soal hukum agama . Selain itu , perasaan hormat-menghormati dan tolongmenolong sentisa wujud antara Melaka dengan Pasai . Hubungan mereka dianggap setaraf
kerana istilah salam digunakan apabila berutus surat antara mereka dan apabila berlakunya
huru-hara di Pasai , kerajaan Melaka akan menghantar pembesar dan tenteranya untuk
membantu . Seterusnya , telah wujud hubungan perdagangan antara Melaka dan Pasai apabila
Melaka memperolehi lada hitam , emas dan beras danri Pasai .
Hubungan Melaka dengan Jawa hanyalah melalui hubungan perdagangan . Dimana , Melaka
memperolehi bekalan beras , bahan makanan dan rempah di Jawa . Ini menyebabkan
hubungan Melaka dengnan Jawa kekal .
Hubungan Melaka dengan Siak dan Kampar juga hanyalah hubungan perdagangan dimana
disana Melaka akan memperolehi emas . Selain itu juga , kedua-dua buah kerajaan ini
merupakan kerajaan yang ditakluki oleh Melaka untuk menguasai hasil dagangan negerinegeri tersebut. Siak juga diberi taraf naungan oleh Melaka . Negeri-negeri ini memiliki taraf
yang rendah daripada kerajaan Melaka kerana apabila negeri-negeri ini berutus surat ke
Melaka , mereka menggunakan istilah sembah . Selain itu juga , mereka akan menghantar ufti
dalam bentuk wang atau barangan ke Melaka . Apabila Sultan membuat lawatan ke luar
Negara , baginda turut diiringi oleh raja negeri-negeri terbabit . Contohnya , Sultan Mansor
Syah diiringi oleh raja-raja dari Palembang , Jambi dan Lingga apabila melawat Majapahit.
2.
Hubungan Antarabangsa
Hubungan Melaka dengan China bermula daripada lawatan duta China iaitu , Laksamana Yin
Ching ke Melaka pada tahun 1404 . Hubungan ini dipereratkan lagi dengan pengiktirafan
yang diberikan China kepada Melaka . Ini menyebabkan Melaka dikira beruntung kerana
mendapat bantuan-bantuan seperti keselamatan dari China yang menyebabkan Melak tidak
lagi diancam oleh Siam dan Majapahit.
Hubungan diplomatik Melaka dan Siam pula bermula apabila Siam telah menjadi ancaman
Melaka sejak awal-awal lagi kerana semasa Parameswara di Temasik . Baginda telah
membunuh Temagi iaitu wakil dari Siam . Hubungan Melaka dan Siam terjalin dengan
penghantaraan utusan diplomatik yang diwakili oleh Tuan Telani dan Menteri Jana Putera ke
Siam . Melaka mahu menjalinkan hubungan baik dengan Siam demi kepentingan ekonomi .
Siam telah membekalkan beras , bahan makanan dan kayu jati ke Melaka .
Hubungan Melaka dengan Ryukyu juga terjalin . Mereka telah menjalinkan hubungan
perdagangan dan diplomatik dengan Kepulauan Ryukyu ( Jepun ) antara tahun 1460 hingga
1480 . Raja Ryukyu juga telah menerima suratt daripada Sultan Mansor Syah . Dan didalam
surat tersebut , Sultan Mansor Syah telah menyatakan bahawa pedagang-pedagang dari
Ryukyu telah melanggar peraturan undang-undang Melaka semasa berdagang di Melaka .
Raja Ryukyu membalas surat dengan menyatakan mereka akan akur dengan peraturan dan
undang-undang Melaka . Ini menunjukan bahawa , Raja Ryukyu menyanjung tinggi
kedaulatan kerajaan Melaka .
Melaka juga menjalinkan hubungan perdagangan dengan Gujerat . Para pedagang dari
Gujerat ini membekalkan kain kepada Melaka . Pedagang Gujerat yang memerlukan rempah
ratus dari Kepulauan Melayu telah diberi oleh Melaka . Pedagang Gujerat juga telah
menyebarkan agama Islam ke Melaka .
Para pedagang arab yang datang ke Melaka untuk memperolehi emas dan juga rempah ratus
dari Kepulauan Melayu sebagaimana Gujaret . Melaka pula membeli barangan dagangan
mereka iaitu kain sutera dan teh dari China. Pedagang-pedagang arab ini juga membantu
untuk megembangkan agama Islam ke Melaka seperti mana Gujerat . Ini bermakna , Melaka
juga terdiri daripada kerajaan awal yang menerima agama Islam di Semenanjung Tanah
Melayu .
Antara kerajaan awal yang menerima agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu ialah
Kedah di sekitar abad ke-9 . Penemuan batu nisan di Tanjung Inggeris , Kedah , Terengganu
pada abad ke-13 . Penemuan batu bersurat di Kuala Berang , Terengganu . Pada abad ke15 , agama Islam mula bertapak di Melaka , apabila Iskandar Syah memeluk agama Islam .