You are on page 1of 7

KEPENTINGAN

ALAM
SEKITAR

EKOSISTEM SUNGAI

peranan sungai ialah merupakan sumber air


terpenting sejajar dengan pertambahan manusia.
sebagai salah satu medium pengangkutan.
Penempatan terawal didapati bermula berhampiran
dengan sungai. Apabila jumlah manusia kian
bertambah, penggunaan tanah turut meningkat dan
keperluan bekalan air juga bertambah.
sungai terbesar ialah sungai Rajang, Sarawak dengan
kawasan tadahan seluas 51,000 km2. Sungai Pahang
(kawasan tadahan seluas 29,000km2) pula merupakan
sungai yang terbesar di semenanjung Malaysia.
100 sistem sungai mengairi kawasan tadahan
semenanjung Malaysia manakala sabah dan Sarawak
mempunyai 50 sistem sungai
96 peratus daripada sumber air mentah
disumbangkan oleh sungai dan 97 peratus air yang
diperlukan untuk kegunaan domestic datangnya dari

EKOSISTEM MARIN
Ekosistem marin didefinasikan sebagai ekosistem air
masin yang merupakan ekosistem akuatik yang
terbesar di permukaan bumi
ekosistem marin meliputi hampir 70 peratus
keseluruhan permukaan bumi. Ia merangkumi
kawasan pinggiran pantai dan kawasan lautan
terbuka
merupakan habitat kepada pelbagai spesies
daripada spesies plankton yang mikroskopik
hinggalah kepada organism yang bersaiz besar
satu rantaian makanan yang lengkap. Selain hidupan
marin yang tinggal didalam ekosistem tersebut,
terdapat juga hidupan lain yang menjadikan
ekosistem marin sebagai sumber makanannya,
contohnya spesies burung

hidupan dibumi ini menjadikan ekosistem marin ini sebagai


kawasan perlindungan daripada ancaman pemangsa dan
juga sumber mereka
Menurut kajian daripada World resoureces center, habitat
pinggir pantai menyumbangkan satu per tiga daripada
keseluruhan produktiviti biologi
ekosistem bakau dan terumbu karang memberikan
perlindungan dan makanan kepada semua organisma marin
ekosistem bakau dan terumbu karang memberikan
perlindungan dan makanan kepada semua organisma marin
Ia melindungi kawasan pinggir pantai daripada banjir,
mengurai bahan buangan, mengekalkan suhu dan
mengimbangi atmosfera yang sihat
majoriti hidupan marin merupakan sumber kehidupan
kepada manusia, iaitu sumber perubatan, bahan mentah,
makanan dan rekreasi.
Sazlina Salleh dan Mahadi Mohammad, 2010, Pemeliharaan
dan Pemuliharaan Alam Sekitar di Malaysia, penerbit USM,
Halaman : 45

EKOSISTEM HUTAN BAKAU


Hutan bakau dapat ditakrifkan sebagai sekumpulan
spesies tumbuhan malar hijau unik yang mempunyai
penyesuaian tertentu bagi membolehkan ia
meneruskan kelansungan hidup di persekitaran yang
kompleks, iaitu di antara zon pasang surut di muara,
sungai dan di persisiran pantai
Bagi meneruskan kelansungan hidupnya,
kebanyakan spesies tumbuhan bakau mempunyai
daun yang tebal, batang yang mempunyai tektisel,
kelenjar garam dan sistem akar yang dapat
memproses air masin untuk faedah pemakanan di
samping turut mempunyai akar banir yang berjuntai,
akar janjang atau pneumatofor selain mempunyai
sistem pembiakan secara vivipariti.

Ekosistem hutan bakau menawarkan pelbagai


perkhidmatan serta memainkan peranan yang sangat
penting terhadap persekitarannya yang merangkumi
sistem ekologi, ekonomi, sosial dan budaya
hutan bakau berupaya menstabilkan kawasan pinggir
pantai, membina dan menambahkan keluasan delta,
pelindung daripada tindakan ombak dan ribut,
melindungi pantai dan sungai serta sumber
penghasilan kitar nitrogen dan sulfur yang penting
ia juga berpotensi sebagai kawasan akuakultur,
penghasilan garam dan tempat rekreasi yang menarik.
Hasil hutannya pula seperti kayu jaras dan kayu serpai
mempunyai nilai komersial yang tinggi dalam sumber
ekonomi negara
Hutan bakau juga penting bagi mengelak berlakunya
hakisan tanah, pemendapan tanah ( sedimentasi),
pencemaran air dan perubahan kemasinan air.

Kesemua spesies penting kerana ianya digunakan


untuk pengeluaran kayu arang, kayu api dan
kayu jaras.
Antara jenis-jenis pokok bakau ialah :
api api putih
api api jambu
bakau kurap
bakau minyak
tengar
berus
tumu
nyireh batu
nyireh bunga
lenggadai

You might also like