You are on page 1of 39

DIRGAHAYU BAHASAKU

PANTUN ENAM KERAT


Maksud

Rangkap 1: kekeciwaan yang dialami dalam percintaan tidak


diperdulikan lantaran adanya kekuatan diri dan ketahanan dalaman
walaupun kelukaan dan kekeciwaan tersebut sangat memedihkan.

Rangkap 2: Setiap perkara atau kejadian yang berlaku itu sudah


ditakdirkan oleh Allah, bukan disebabkan salah ibu yang mengandung.
Rangkap 3: Setiap perkara atau kejadian yang berlaku itu sudah
menemui pengganti atau kekasih yang berlaku dalam hidupnya sehingga
dirinya sudah tidak disayangi atau dihiraukan lagi..

Tema
Kekecewaan yang dialami oleh seseorang kerana gagal dalam percintaan.
Persoalan
a.
Kekuatan dan ketahanan diri ketika berdepan dengan kekeciwaan
dalam bercinta
b.
Reda atas keteentuan yang telah ditetapkan oleh Tuhan.
c.
Untung nasib seseorang merupakan permainan hidup.
d.
Kesetiaan terhadap seseorang terhadap pasangannya.
Bentuk dan Ciri-ciri Pantun.
a.
Terdiri daripada tiga rangkap.
b.
Mempunyai enam baris serangkap
c.
Dua baris pertama adalah pembayang, manakala dua baris
berikutnya adalah maksud.
d.
Terdiri daripada empat hingga lima patah sebaris.
e.
Mempunyai sembilan hingga sebelas suku kata sebaris
f.
Rima akhir bagi puisi ini abcabc (sengkelang)
Gaya bahasa dan keindahan bunyi.
a.
Pemilihan kata (diksi) yang indah. Contoh: Hati Luka pura tiada.
b.
Repetisi. Contoh: Sudah takdir, sudah suratan.
c.
Imej alam. Contoh: putik kelapa; kedondong; buluh; ikan cencaru;
gelama.
d.
Peribahasa. Contoh: ibarat kaca jatuh ke lantai; ibarat melukut di tepi
gantang.

e.
Asonansi. Cth: Kelapa muda jadi kemirau (pengulangan bunyi vokal a)
f.
Aliterasi. Cth: Kail tersangkut di tepi batang (pengulangan bunyi
konsonan t)
Nilai
a.
Ketahanan diri. Contohnya, memiliki ketahanan diri yang kuat dalam
menghadapi masalah percintaan.
b.
Percaya pada qadak dan kadar. Contohnya, reda menerima ketentuan
tuhan.
c.
Kesetiaan. Contohnya kesetiaan seseorang yang tidak berbelah
bahagia kepada pasangannya.
d.
Ketabahan. Contohnya, tetap tabah ketika menghadapi kekeciwaan
dalam percintaan.
Pengajaran
a.
Kita hendaklah mempunyai ketahanan diri yang kuat untuk melawan
segala kekeciwaan.
b.
Kita mestilah percaya bahawa setiap kejadian atau nasib yang
menimpa kita ada hikmah yang telah ditentukan oleh tuhan.
c.
Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan yang berkaitan dengan
permasaalahan cinta beralih arah yang berlakua antara pasangan kekasih.
d.
Kita hendaklah setia kepada pasangan kita walau apa-apapun yang
terjadi.

PANTUN LAPAN KERAT


MAKSUD
Rangkap 1: Seseorang itu perlu ada sifatsabar dalam dirinya kerana
sifat sabar merupakan ciri orang yang beriman. Kesabaran akan menjadikan
hati seseorang sukar untuk dipengaruhi oleh iblis sekali gus
membolehkannya berjaya dalam hidup.
Rangkap 2: Kelahiran seseorang utusan istimewa yang merupakan
keturunan nabi Adam yang turun dari langit dan akhirnya menjadi
pembimbing kepada manusia.

Rangkap 3: Warisan bangsa dan tanah air telah musnah sebagai


akibat kelalaian masyarakat setempat. Budaya Timur yang menjadi tunjang
peradaban masyarakat telah dicemari oleh budaya Barat, manakala bahasa
Melayu yang ditutur sejak sekian lama telah diabaikan dan hilang
martabatnya yang tinggi.
TEMA

Sifat sabar, kelahiran seorang utusan Allah ke Bumi, dan sifat leka yang
membawa padah kepada manusia.
PERSOALAN:

Sifat sabar yang merupakan kunci utama kejayaan seseorang.

Kelahiran seseorang utusan Allah yang amat istimewa.

Pencemaran budaya Timur dan Bahasa Melayu oleh pengaruh budaya


Barat.

BENTUK DAN CIRI-CIRI PANTUN


Terdiri daripada 3 rangkap
Mempunyai 8 baris serangkap
4 baris pertama adalah pembayang,4 baris berikutnya adalah maksud
Terdiri daripada 3 hingga 5 patah kata sebaris
Mempunyai 8 hingga 13 suku kata sebaris
Rima akhir bagi puisi ini abcdabcd (sengkeleng)
Bentuk puisi ini terikat/tidak bebas
GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI
Pemilihan kata (diksi) yang indah:
Contoh: Turun dari langit ketujuh
Inversi:
Contoh: Menjadi riuh orang di darat
(sepatutnya: orang didarat menjadi riuh).
Hiperbola:
Contoh: Bahasa ibunda hina terbiar.
Asonansi:
Contoh: Berburu musim tengkujuh
(pengulangan bunyi vokal u)
Aliterasi:
Contoh: Anak ketam disangka lelabi
(pengulangan bunyi konsonan k)

NILAI

Kesabaran:
Contoh: Bersabar dalam menghadapi sebarang dugaan yang mendatang.

Kesyukuran:
Contoh: Bersyukur kerana seorang yang amat istimewa telah diutuskan oleh
Allah
untuk memimpin umat manusia dimuka bBumi ini.

Tanggungjawab:
Contoh: Bertanggungjawab terhadap bahasa ibunda, budaya Timur, dan
keharmonian negara.

Menghargai:
Contoh: Menghargai bahasa ibunda, budaya Timur, dan adat resam yang
diamalkan sejak turun temurun.
PENGAJARAN
Kita hendaklah bersabar dalam melakukan sebarang perkara atau tugas.
Kita hendaklah bersyukur kerana memperoleh seorang utusan untuk
memimpin kita ke jalan yang mulia.

Janganlah mudah terpengaruh oleh budaya Barat yang dapat


mencemarkan ketulenan budaya Timur yang kita warisi sejak zamanberzaman.

Syair Makna Riak


MAKSUD
Rangkap 1: Sair ini mengungkap makna riak atau takbur. Orang yang
melakukan amal ibadat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada semua
manusia dianggap sebagai riak. Perbuatan golongan ini amat dibenci oleh
Tuhan kerana telah melakukan perbuatan syirik.
Rangkap 2: ada pula perbuatan riak dibuat dengan cara menunjukkan
kerajinan berpuasa dan kesopanan apabila bertutur dengan lemah lembut.
Namun hakikatnya kebersihan tubuh badan tidak diambil kira

Rangkap 3: Orang sebegini berpura-berpura melakukan amalan


tersebut agar dirinya disangka warak iaitu tidak memintengkan keduniaan.
Dia juga sering berkhemah sedangkan hatinya memandang keduaniaan.

Rangkap 4: Ada juga perbuatan riak ditunjukkan sebagai orang yang


berpengetahuan luas dengan menunjukkan perbuatan berceramah dan
bersyarah dalam pelbagai ilmu di majlis keraian. Namun begitu dia sering
mencampuradukkan perkara yang baik dengan yang buruk.

Rangkap 5:Ada perbuatan riak ditunjukkan melalui percakapan yang


kononnya berdasarkan bukti kajian untuk menunjukkan dirinya mempunyai
ilmu mantik yang tinggi. Orang sebegini berbuat sedemikian agar
masyarakat mengiktiraf kebijaksanaannya dan memberikannya ganjaran
tertentu.

Rangkap 6: Ada perbuatan riak ditunjukkan melalui cara berpakaian,


iaitu memakai serban yang berlilit ekor di kepala, meletakkan sejadah di
bahu, dan seuntai tasbih berada di tangan.

Rangkap 7: Ada perbuatan ditunjukkan ketika melakukan amalan


berzikir. Orang begini akan berzikir sehingga lupa diri. Namun begitu, niat
yang sebenarnya adalah untuk menjadi ketua kepada sesebuah kumpulan
atau untuk mendapatkan pengaruh.

Rangkap 8: Sesungguhnya semua perbuatan riak itu akan menjadi


bala yang menyebabkan amalan tersebut ditolak oleh Allah Taala. Ada
kalanya, perbuatan riak yang dibuat akan mendatangkan kemudaratan
kepada diri serta dimurkai oleh Allah Taala.
TEMA

Perbuatan riak yang menjadi amalan sesetengah manusia.

PERSOALAN
Sikap berpura-pura atau tidak jujur seseorang itu dalam melakukan amal
ibadat kerana ingin menunjukkan kewarakannya kepada orang lain.
Pengabaian aspek kebersihan diri bagi orang alim yang riak dalam
melakukan amal ibadat.
Sikap mementingkan aspek keduniaan tetapi disembunyikan disebalik
amal ibadat.
Ketinggian ilmu yang disalahgunakan untuk memperdayakan
masyarakat.
Kepercayaan terhadap kewarakan seseorang yang ditonjolkan melalui
cara berpakaian.
Kemurkaan Allah terhadap semua perbuatan diak yang dlakukan oleh
manusia.

BENTUK DAN CIRI-CIRI SYAIR

Terdiri daripada 8 rangkap

Mempunyai 4 baris serangkap

Semua baris dalam setiap rangkap adalah rangkap maksud

Terdiri daripada 3 hingga 5 patah kata sebaris


Mempunyai 8 hingga 14 suku kata sebaris
Rima akhir bagi puisi ini aaaa
Bentuk puisi ini terikat/tidak bebas
GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI
Pemilihan kata (diksi) yang indah
Contoh: Terkadang bercakap ilmunya mantik; Bicara alhayat konon
diselidik
Bahasa Arab:
Contoh: jazbah;kasad;wali
Simile:
Contoh: Terkadang jazbah seperti gila
Asonansi:
Contoh: Tasbih ditangan beruitan (pengulangan bunyi vokal i)
Aliterasi
Contoh: Kemudian dinyatakan makna (pengulangan bunyi konsonank)
NILAI
Kejujuran
Contoh: Sifat jujur amat penting dalam setiap perbuatan agar tidak
dimurkai oleh Tuhan
Kebersihan fizikal dan me
Contoh: Mementingkan aspek kembersihan diri walaupun sibuk
berama ibadat
Kerajinan:
Contoh: Rajin dalam menyampaikan ceramah atau berucap di
majlis keraian
Kesederhanaan
Contoh: Bersikap sederhana terutama dalam hal-hal yang
berkaitan keduniaan
Bertanggungjawab:
Contoh: Bertanggungjawab menyampaikan dakwah secara telus tanpa
ada niat yang bertentangan.

PENGAJARAN
Kita hendaklah bersikap jujur dalam melakukan sebrang perkara atau
tugas.

Kita mestilah mengutamakan kebersihan diri kerana kebersihan


sebahagian daripada iman

Kita hendaklah merendah diri dalam setiap amalan kerana sikap sebegini
merupakan sifat terpuji.

Kita haruslah bersama-sama memikul tanggungjawab menerokai ilmu


agama untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat

ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU-PUISI TRADISIONAL- SYAIR


PEMBERONTAKAN PATANI
1. Syair Pemberontakan Patani
Mohd Yusof Md Nor dan Abdul Rahman Kaeh (Penyelenggara)
A.KOSA KATA
i. bercinta = berat rasa hati untuk melakukan sesuatu
ii. bermara = berbahaya/menghadapi bahaya
iii. cogan = panji-panji atau lambang
iv. dera = pukulan dengan rotan/cemeti dll.
v. dura = risau /susah hati
vi. masyghul = susah hati/murung/sedih
vii. mudarat = bahaya
viii. pegari = dapat dilihat/muncul/menjelma
ix. peri = kata
B. TEMA
Semangat patriotik pepimpin
C.PERSOALAN
i. semangat cinta akan keamanan negara yang tinggi dalam diri seorang pemimpin
ii. sikap mengutamakan keselamatan negara melebihi kepentingan peribadi
iii. taat akan perintah demi keselamatan negara
iv. kesanggupan berjuang semata-mata mempertahankan kedaulatan negara.
D. NILAI
i. Semangat cinta akan negara/sayang akan negara
ii. Ketaatan
iii. Keberanian
iv. Keredaan/pasrah akan kehendak tuhan
E. PENGAJARAN
i. Hendaklah mempertahankan kedaulatan negara daripada serangan musuh
ii. Hendaklah mendahulukan kepentingan negara berbanding kepentingan diri dan
keluarga

iii. Hendaklah ada perasaan sayang akan Negara dan berusaha


mempertahankannya
iv. Hendaklah banyak berserah dan memohon pertolongan daripada Allah SWT
apabila berada dalam kesusahan.
v. Hendaklah menjunjung perintah ketua dengan rela hati demi keselamatan
negara.
F. MAKSUD SYAIR
SECARA KESELURUHANNYA SYAIR INI MENYAMPAIKAN PESANAN TENTANG
I. KEPERLUAN SEORANG PEMIMPIN MENGUTAMAKAN KESELAMATAN
NEGARA BERBANDING KESELAMATAN DAN KEPENTINGAN PERIBADI.
G. MAKSUD RANGKAP
1. LAKSAMANA MENDAPAT PERINTAH DARIPADA BETARA AGAR SEGERA KE
NEGERI PATANI BAGI MENDAPATKAN PANJI ATAU LAMBANG KEBESARAN RAJA
SENGGORA (MENYATAKAN TAAT SETIA KEPADA RAJA SENGGORA) YANG
DIKATAKAN AKAN MENJATUHKAN HUKUMAN DAN SIKSAAN.
2. DI SANA NANTI LAKSAMANA DITITAHKAN AGAR MEMOHON MAAF DARIPADA
RAJA SENGGORA DAN MERAYUM AGAR HUKUMAN TIDAK DIJATUHKAN KE ATAS
PEGAWAI YANG DITAHAN.
3. SETELAH MENERIMA TITAH BETARA, LAKSAMANA TIDAK MAHU MENUNJUKKAN
KERESAHANNYA KERANA KEAMANAN NEGERI PERLU DIPELIHARA.
4. KERANA PADA KETIKA ITU BONDA SAUDARANYA IAITU DULI MAHKOTA INDERA
SEDANG MENGALAMI SAKIT YANG BAHAYA DAN NHATI LAKSAMANA TERASA
AMAT BERAT UNUK MENINGGALKAN BONDANYA ITU.
5. SEGALA KEBIMBANGANNYA DIKETEPIKAN KERANA SITUASI NEGARA BERADA
DALAM KEADAAN YANG MENCEMASKAN.
6. LAKSAMANA TIDAK DAPAT MEMBANTAH ARAHAN BETARA (SANG NATA )
WALAUPUN HATINYA AMAT BERAT UNTUK MELAKSANAKAN TUGAS
TERSEBUT.. LAKSAMANA AKHIRNYA MENYERAHKAN SEGALA-GALANYA
KEPADA ALLAH SWT.
7. LAKSAMANA TETAP MENJUNJUNG PERINTAH RAJA DEMI MEMASTIKAN RAJA
TERUS DERDAULAT DAN BERKUASA DALAM NEGERI DAN NEGERI BERADA
DALAM KEADAAN SENTOSA.
8. LAKSAMANA KE PATANI WALAUPUN HATINYA AMAT SEDIH DAN BERAT UNTUK
MENINGGALKAN BONDA SAUDARANYA KERANA DIA YAKIN TIDAK DAPAT LAGI
BERTEMU DENGAN BONDA SAUDARANYA.

9. TANGGUNGJAWAB MEMELIHARA KEDAULATAN NEGERI LEBIH UTAMA DARI


MEMIKIRKAN TENTANG KESAKITAN YANG DITANGGUNG OLEH SEORANG
SAHAJA. SELURUH NEGERI AKAN MUSNAH JIKA DISERANG MUSUH.
10. MAKA, PERINTAH BETARA (SERI BETARA) SEGERA DIJUNJUNG TANPA BERFIKIR
PANJANG. LAKSAMANA SEGERA BERJALAN KE PATANI BAGI MENDAPATKAN
PERLINDUNGAN RAJA SENGGORA.
H.SOALAN PEMAHAMAN
a. Berikan maksud rangakai-rangkai kata di bawah.
Mendapat cogan Raja Senggora
Diputuslah hati yang bercinta
Bimbang dan masyghul disuruh kerat
Laksamana tiada berani dura
i. Pada pendapat anda mengapakah kita mesti mengutamakan negara berbanding
keperluan peribadi?
ii. Pada pendapat anda, mengapakah Laksamana perlu mendapatkan cogan Raja
Senggora?
iii. Huraikan tiga pengajaran daripada syair di atas.
GURINDAM TONGAK DUA BELAS
Tema:
Pembinaan jati diri manusia yang baik dan berguna kepada bangsa dan
negara.
Persoalan;
1. Sifat-sifat murni yang perlu dimilki oleh setiap rakyat demi kesejahteraan
negara
2. Stail kepimpinan yang mampu mempengaruhi gaya kerja rakyat.
3. Tanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
4. Ketinggian peribadi sangat penting semasa melaksanakn tugas.
5. Kepentingan pengurusan masa yang cekap semasa bekerja.
6. Keperluan budaya kreatif untuk mengembangkan bakat dan potensi bekerja.
Nilai
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Menghargai masa
Ketekunan dan kegigihan
Kesederhanaan
Kebijaksanaan
Berhemah tinggi
Amanah/kejujuran
Baik hati

8. Bertimbang rasa
9. Bersimpati
10. Ketegasan
11. Kebijaksaan
12. Kesabaran
1. PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mengghargai masa
2. Jangan bertangguh melaksanakan kerja
3. Kita hendaklah tekun dan gigih bekerja
4. Kita perlu ada perasaan suka bekerja agar sentiasa ceria di temapat kerja
5. Hendaklah mengamalkan kesedehanaan dalam hiudp
6. Hendaklah bijak membuat keputusan
7. Sentiasa ada perasaan baik hati, bertimbang rasa
8. Kita hendaklah menunjukkan contoh yang baik semasa bekerja
9. Kita hendaklah sabar dan sentiasa bertenang apabila berhadapan dengan
masalah.
10. Jangan menyembunyikan bakat dan kebolehan yang ada
11. Kita hendaklah berani menonjolkan kebolehan diri.
12. Kita perlu kreatif agar kebolehan terserlah kebolehan diri.
13. Kita hendaklah berhemat apabila berbelanja agar tidak berlaku pembaziran.
Soalan;
Nyata nilai-nilai murni yang terdapat dalam gurindam di atas.
Pada pendapat anda, mengapakah pemimpin perlu menunjukkan contoh
yang baik semasa bekerja?
Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam gurindam di atas.
Berikan maksud
a. Rangkap 1
b. Rangkap 2
c. Rangkap 5

SELOKA SI LUNCAI
Secara keseluruhannya Seloka Si Luncai mengajak pembaca berfikir
tentang situasi yang berlaku dalam masyarakat kini. Secara halus
masyarakat dikritik melalui watak Si Luncai.
TINDAKAN YANG TERBURU-BURU AKAN MEMBAWA KERUGIAN
KEPADA DIRI DAN MASYARAKAT SERTA NEGARA
Si Luncai digambarkan sebagai ;
1. Bijak menggunakan akal apabila bertindak
TETAPI
2. Bersikap sambalewa
3. Pemalas
4. Suka berfoya-foya
5. Tidak bertanggungjawab
Namun begitu, sifat masyarakat di sekeliling Si Luncai juga dikritik secara
halus iaitu;
1. Individualistik
2. Hilang sifat kejiranan
3. Hanya menurut kata tanpa berfikir panjang
4. Hanya pandai mengkritik kelemahan orang lain tanpa melihat
kelemahan sendiri

Tema;
Kewarasan akal dalam tindakan
Persoalan;
1. Kebijaksanaan menggunakan akal dalam setiap tindakan yang
dilakukan.
2. Sikap individualistik dalam masyarakat
3. Sikap tidak mahu ambil peduli tentang hal orang lain.
4. Sikap bodoh sombong masyarakat yang tidak boleh ditegur
5. Amalan sambil lewa yang berakar umbi dalam masyarakat
6. Perasaan sensitif/peka yang kian hilang dalam masyarakat
7. Semangat kejiranan yang semakin pupus dalam tradisi masyarakat
8. Sifat negatif masyarakat yang suka melihat kelemahan orang lain
9. Sikap masyarakat yang hanya mengikut kata tanpa berfikir akan
kesan yang akan diterima/tidak menggunakan akal dalam tindakan
Nilai
1. Kebijaksanaan
Pengajaran
1. Kita hendaklah menggunakan akal yang waras apabila melakukan sesuatu
tindakan
2. Kita hendaklah berfikir panjang sebelum berbuat sesuatu perkara
3. Jangan hanya tahu mengkritik kelemahan orang lain tanpa melihat
kelemahan sendiri.
4. Kita jangan terburu-buru dalam semua tindakan agar tidak membawa
kerugian/kemudaratan kepada diri dan masyarakat.

5. Kita hendaklah menggunakan kebijaksanaan dengan berhemah untuk


mengatasi masalah
6. Kita hendaklah menggunakan segala kelebihan yang dikurniakan tuhan
dengan penuh bijaksana

Latar Masyarakat
1. Masyarakat individualistik
2. Masyarakat yang suka berfoya-foya
3. Masyarakat bodoh sombong
MAKSUD SELOKA
i. SIKAP SI LUNCAI YANG SAMBALEWA /ACUH TAK
ACUH
ii. TIDAK MEMPEDULI KEHARMONIAN
KELUARGANYA
iii. TIDAK MEMBERI PENDIDIKAN KEPADA ANAKANAK
iv. MALAS BEKERJA WALAUPUN ADA TERNAKAN
DAN KEBUN UNTUK DIUSAHAKAN
v. MALAS MENGGUNAKAN KECERDIKAN UNTUK
MEMAJUKAN DIRI
vi. MALAS BELAJAR/MENAMBAH ILMU
vii. MALAS BERUSAHA WALAUPUN ADA KEKUATAN

FIZIKAL
viii. MALAS MENGUNAKAN KELEBIHAN
DIRI/KEKUATAN DIRI
ix. SIKAP MASYARAKAT YANG LEBIH GEMAR
MELIHAT KEKURANGAN ORANG LAIN
DARIPADA MEMBERI TEGURAN MEMBINA.
SOALAN PEMAHAMAN
i. Nyatakan sifat-sifat Si Luncai berdasarkan seloka di atas.
ii. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu bersungguh-sungguh
semasa menuntut ilmu?
iii. Pada pendapat anda, apakah akibat yang menimpa jika kita sering
bersikap sambalewa berbuat sesuatu?
iv. Pada pendapat anda , mengapakah kita perlu menegur perilaku yang
tidak baik dalam masyarakat?
v. Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam seloka di atas.
vi. Huraikan tiga iktibar yang diperoleh dari seloka di atas.

Antologi Dirgahayu Bahasaku 2011 - Sajak Tingkatan 5

Para pelajar Tingkatan 5 yang akan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun hadapan akan mengkaji
teks
Komponen
Sastera
yang
baharu
iaituDirgahayu
Bahasaku.
Teks
ini
diberikan judul sedemikian, kerana mengambil sempena sebuah sajak yang terdapat dalam teks ini
iaitu Dirgahayu Bahasaku, karya Ahmad Sarju. Saya akan membincangkan aspek yang akan dikaji dalam
sajak tersebut di bawah ini.

Sajak Dirgahayu Bahasaku Ahmad Sarju


Maksud
Rangkap 1
Bahasa kebangsaan sepatutnya diangkat martabatnya kerana menjadi hati dan nurani bangsa Malaysia
yang berbudi, setia dan amanah kepada negara.
Rangkap 2
Bahasa kebangsaan merupakan maruah bangsa yang mesti dipelihara martabatnya supaya utuh dan
kukuh dalam menempuh dunia yang semakin canggih serta berperanan untuk menjadi alat untuk
menyatukan bangsa.
Rangkap 3
Para pejuang bahasa telah berjuang untuk mempertahankan bahasa kebangsaan supaya kekal menjadi
milik rakyat negara ini dan sentiasa akan mendaulatkannya dalam era globalisasi ini.
Rangkap 4
Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa kebangsaan telah berjaya menjadi bahasa perantaraan
dalam bidang diplomatik di peringkat antarabangsa.
Rangkap 5
Diharapkan agar bahasa kebangsaan akan terus berkembang di peringkat antarabangsa iaitu digunakan
sebagai bahasa ilmu dan menjadi bahasa yang melambangkan kesopanan bangsa Melayu. Bahasa
kebangsaan akan terus digunakan sebagai bahasa perpaduan dan berupaya untuk menghadapi rintangan
dan mencaipta kejayaan dalam alaf baru ini.
Tema
Bahasa kebangsaan perlu dipelihara dan dimartabatkan darjatnya.
Persoalan
1. Sayang akan bahasa kebangsaan
2. menghargai sumbangan bahasa kebangsaan

3. hormat akan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu


4. keyakinan dan optimis akan masa depan bahasa kebangsaan
Gaya Bahasa
1. Sinkof tempatmu, bangsaku, memilikimu, pelautku, bahasaku, mendaulatkanmu, bahasamu, tak
2. Metafora lautan bijaksana
3. Personifikasi Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan
- bahasaku mencengkam
4. Inversi gagah pelautku membelah lautan
- di arena antarabangsa suaramu tumbuh
5. Anafora hak bangsaku memilikimu
hak bangsaku mendaulatkanmu
6. Pengulangan ke barat dan ke timur
ke utara dan ke selatan
Nilai
1. Semangat patriotik
2. Hormat-menghormati
3. Semangat perpaduan
4. Yakin diri
Pengajaran
1. Kita hendaklah menyayangi bahasa kebangsaan kita sendiri.
2. Setiap rakyat negara ini haruslah memartabatkan bahasa kebangsaan.
3. Kita mestilah yakin akan kemampuan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu.
4. Kita perlulah menggunakan bahasa kebangsaan untuk memupuk perpaduan kaum.

ULASAN SAJAK: KECEK (v)


a.
Rangkap 1: Seorang pengarah telah membuka akaun semasanya di sebuah bank terkemuka.
Namun begitu, dia telah pecah amanah kerana menyelewengkan hak milik orang lain untuk kepentingan
diri.
b.
Rangkap 2: Seorang petani di kampung hidup dalam kemiskinan dan kedaifan untuk
membesarkan 12 orang anaknya. Namun begitu, petani tersebut tidak pernah mengharapkan belas
ikhsan daripada orang lain meringankan beban yang dipikulnya sekian lama.
c.
Rangkap 3: Seorang nelayan mencari rezeki di laut yang luas terbentang yang saban hari
bergantung kepada nasib dan keadaan cuaca di laut. Namun begitu, nelayan itu tidak pernah meminta
simpati daripada orang lain kerana keadaan cuaca di laut telah sebati dengan jiwanya.
d.
Rangkap 4: Tuhan sentiasa berpegang pada janji-Nya. Setiap inci perbuatan baik atau jahat
dilakukan oleh manusia akan dicatat dan dihitung untuk diadili di akhirat kelak.

TEMA
Pertentangan sikap antara orang kaya yang tidak amanah dengan orang miskin yang jujur.
PERSOALAN
1. Sikap orang kaya yang menyusahkan orang lain
2. Kegigihan petani yang berusaha untuk mencari rezeki
3. Ketabahan nelayan yang mencari rezeki untuk menanggung keluarga
4. Hari pembalasan pasti akan dihadapi oleh setiap orang
GAYA BAHASA
1. Metafora
akaun kemiskinannya
- pagar sengsara
- akaun sengsaranya
- ruang kedaifan
- rahang laut
- pusaran nasib
- rumah keadilan
2. Pengulangan tetapi, ke dalam, di, ke dalam
3. Asonansi yang telah lama pecah
4. Aliterasi - dia mencantum kemiskinan
NADA
Sinis

NILAI 1. Kejujuran; contohnya petani dan nelayan jujur dalam melakukan sebarang perbuatan
2. Kegigihan; contohnya, nelayan gigih mencari rezeki di laut luas untuk mencari sesuap nasi.
3. Ketabahan; contohnya, petani tabah membesarkan dua belas orang anaknya walaupun bergelumang
dengan kemiskinan.
4. Keadilan; contoh, Allah amat adil dalam menilai setiap perbuatan baik dan buruk yang dilakukan oleh
manusia.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mencari harta kekayaan dengan cara yang halal.
2. Kita haruslah gigih berusaha untuk mencari rezeki untuk keluarga.
3. Kita mestilah percaya akan balasan Tuhan kepada orang yang tidak amanah.
4. Kita tidak patut mengambil kesempatan daripada kesenangan orang lain untuk memperoleh kekayaan.

Sajak Tingkatan 5 - Bangkitlah Rejab F.I

Maksud
Rangkap 1
Anak-anak muda hendaklah bangun daripada tidur kerana hari sudah lama siang.
Rangkap 2
Burung-burung sudah berterbangan di udara pada pagi yang indah ini dengan kehijauan pepohon yang
menyegarkan mata memandangnya, tetapi penyajak tidak pasti sama ada anak-anak muda masih belum
bangun.
Rangkap 3
Penyajak menyeru anak-anak muda agar bangun dan usahakan tanah yang subur dan galilah hasil yang
ada di bumi yang kaya dengan pelbagai hasil agar tidak menyesal kemudian hari.
Rangkap 4
Penyajak bertanya kepada anak-anak muda tentang nasib mereka pada hari esok, sama ada mereka
akan dapat makan untuk meneruskan hidup atau menyesali kesilapan mereka sebelum ini.
Rangkap 5
Oleh itu, penyajak menyeru anak-anak muda agar bangun daripada tidur dan berusahalah untuk
mencari rezeki kerana hari masih siang dan masih belum terlambat lagi untuk berusaha.

Tema
Seruan kepada rakyat agar berusaha untuk mencari rezeki dan tidak mengabaikan peluang yang ada.
Persoalan
1. Usaha yang gigih untuk mencari rezeki.
2. Kerajinan untuk melakukan sesuatu untuk mendapat hasilnya.
3. Penyesalan pada suatu masa nanti tiada gunanya lagi.
4. Gunakan kesempatan dan peluang yang ada untuk kesenangan hidup
Gaya Bahasa
1. Metafora madu bumi, perut belantara
2. Sinkof kaumakan, kau mahu, kau masih
3. Pengulangan - bangkitlah
4. Kata ganda burung-burung, anak-anak, pepohon
5. Asonansi Lihat jernihnya pagi ini
6. Aliterasi tanah atau batu atau debu
Nilai
1. Kerajinan
2. Kegigihan
3. Menghargai masa
Pengajaran
1. Kita hendaklah rajin berusaha untuk mencari kesenangan di negara yang kaya dengan pelbagai
sumbernya ini.
2. Kita perlulah menggunakan peluang dan sumber yang ada untuk mencari rezeki.
3. Kita haruslah berusaha sebelum terlambat agar tidak menyesal pada suatu hari nanti.
4. Rebutlah peluang yang ada untuk mencari kesenangan hidup.

ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU- PROSA TRADISONAL- HIKAYAT


LANGLANG BUANA
Hikayat Langlang Buana
Sebahagian ringkasan daripada goesprih.blogspot.com
Raja Indera Bumaya ialah seorang raja keturunan manusia. Raja Indera Buyama terlihat
gambar Kesuma Dewi dalam mimpinya lalu berusaha mencari Kesuma Dewi. Semasa mencari
Kesuma Dewi Raja Indera Bumaya bertemu dengan seorang puteri peri bernama Cendera Lela
Nur lela. Tetapi pertemuan tersebut menimbulkan salah sangka kepada Johan Syah Peri
tunangan Cendera Lela Nur Lela lalu mereka berperang. Tetapi, akhirnya mereka menjadi
sahabat. Raja Indera Bumaya pun berangkat mencari jalan untuk ke kayangan.
Johan Syah Peri berpesan agar mengingat dan menyeru namanya jika mahukan pertolongan
walaupun di mana-mana Raja Indera Bumaya berada.
Raja Indera Bumaya berjalan ke arah matahari jatuh berdasarkan panduan yang diberi oleh
Johan Syahperi. Dalam perjalanan Raja Indera Bumaya melihat kekayaan Allah SWT yang
cantik-cantik. Akhirnya Raja Indera Bumaya bertemu dengan sebuah padang yang sangat luas
dan terdapat sebuah tasik yang sangat luas seperti laut.
Raja Indera Bumaya berjalan menuju ke arah tasik tersebut. Kelihatan tasik berombak-ombak.
Pokok-pokok bunga dan buah-buahan dan ikan-ikan di dalam tasik menyambut kedatangan
Raja Indera Bumaya dengan berpantun.
Raja Indera Bumaya bermain-main di tepi tasik lalu tertidur di bawah sepohon kayu beringin di
atas batu hampar. Pada ketika itu peri iaitu penunggu tasik datang menghampiri Raja Indera
Bumaya.
Tasik itu sebenarnya, dimiliki oleh seorang lagi peri bernama Raja Baharum Dewa yang
memiliki kerajaan yang sangat besar . Raja Baharum Dewa mempunyai seorang anak
perempuan yang sangat cantik yang tidak dibenarkan oleh Raja Baharum Dewa berkahwin
dengan bangsa jin, mambang dan dewa-dewa. Nama puterinya Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi
berusia 14 tahun.
Peri bertanya tentang asal usul Raja Indera Bumaya lalu diceritakan oleh Raja Indera Bumaya
bahawa dia berasal dari negeri Lela Gambar dan anak kepada Maharaja Indera Kuci. Raja
Indera Bumaya dijemput tinggal di rumah peri . Baginda dibawa oleh peri itu ke rumahnya.
Setelah sampai, Raja Indera Bumaya dijamu makan dan minum.
Di rumah nenek terdapat sebuah taman lantas Raja Indera Bumaya bertanya tentang taman
tersebut setelah selesai makan dan minum. Peri memaklumkan taman tersebut ialah taman
anak kepada Raja Baharum Dewa yang sangat cantik bernama Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.
Raja Indera Bumaya teruja untuk melihat tuan puteri tersebut.

Peri memberitahu Raja Indera Bumaya bahawa Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi akan ke taman
tersebut untuk mandi tiga hari lagi.
KISAH DALAM ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU BERMULA DARI SINI
Isu penting dalam kisah Raja Indera Buyama ini ialah kebijaksanaan menggunakan akal fikiran
untuk mencapai hajat dan cita-cita.
Kebijaksanaan merupakan elemen penting untuk mencapai kejayaan.
Dalam setiap kehidupan, manusia tidak dapat mengelakkan diri daripada mendapat
pertolongan orang lain untuk mencapai kejayaan.
SINOPSIS
KISAH DI MAHLIGAI TUAN PUTERI MANDU RATNA DEWI
Inangda kepada Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi memberitahu baginda bahawa ia bermimpi
langit berpayung bulan dipagar bintang lantas dijawab oleh Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi
bahawa dia juga bermimpi diselimut oleh karangan bunga. Baunya pula belum hilang dan masih
lekat di tubuhnya. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi menyampaikan hasratnya untuk memiliki
bunga tersebut.
Dayang-dayang baginda memberitahu Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi bahawa baginda akan
bersuami. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi mengajak inangda ke taman untuk mandi. Segala
kelengkapan mandi seperti bedak dan langir disediakan oleh dayang-dayang perwara.
Setelah pagi, Tuan Puteri Ratna Mandu Dewi dan dayang-dayang turun ke taman di rumah peri.

KISAH DI RUMAH PERI


Kedatangan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dimaklumkan oleh peri kepada Raja Indera
Buyama . Raja Indera Buyama diminta menyembunyikan diri.
Sebaik sahaja Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi sampai ke taman , baginda terus bertanya
kepada peri tentang keadaan rumah peri yang kelihatan seperti ada didatangi tetamu. Tetapi
peri memberitahu bahawa tikar bantal yang kelihatan seperti telah digunakan itu digunakan oleh
peri sendiri pada waktu malam.
Seterusnya Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi berbedak dan berlangir tetapi tidak menyedari
diperhatikan oleh Raja Indera Buyama.
Ketika Tuan Puteri Indera Buyama turun mandi di kolam, Raja Buyama turun ke tepi kolam dan
berselindung di belakang pokok kemunting. Rja Indera Buyama terus menukar dirinya menjadi
seekor burung bayan yang terlalu cantik;
i. Mata daripada intan

ii. Bulu pusparagam ( pelbagai warna )


iii. Kaki daripada emas
iv. Suara sangat merdu.
Burung bayan hinggap di pohon kemunting dan mengeluarkan suara yang sangat merdu dan
didengari oleh Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi lalu terpandang burung bayan di atas pokok
kemunting. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi memerintah dayang-dayangnya menangkap burung
bayan tersebut tetapi gagal lantas Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi disarankan untuk
menangkap sendiri burung bayan tersebut.
Sebaik sahaja Tuan Putri Mandu Ratna Dewi naik dari kolam; burung bayan terus hinggap di
tangannya.
Burung bayan dibawa pulang ke rumah peri . Peri bertanya tentang burung bayan tersebut dan
Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi memberitahu burung bayan diambil dari pokok kemunting.
Burung bayan terbang dari tangan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi lalu berpantun lantas ditanya
oleh Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi tentang asal usulnya.
Burung bayan memberitahu dia berasal dari negeri LELA GAMBAR iaitu sebuah daerah di
sebelah matahari naik.
Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi bertanya tentang negeri LELA GAMBAR dan diberitahu oleh
bayan bahawa neberi LELA GAMBAR sangat besar dan rajanya mempunyai seorang anak
lelaki bernama Raja Indera Buyama yang sangat berbudi bahasa dan bijaksana serta sangat
tampan. Bayan memberitahu Raja Indera Buyama ialah tuannya.
Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi meminta bayan menceritakan kisah Raja Indera Buyama lantas
bayan menceritakan kisah Raja Indera Buyaman dengan Tuan Puteri Candera Lela Nurlela.
Kisah peperangannya dengan Raja Johan Syahperi dan perkahwinan Tuan Puteri Candera Lela
Nurlela dengan Raja Johan Syahperi.
Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi ingin mengetahui sama ada Raja Indera Buyama akan sampai
ke tempat peri. Bayan berasa yakin Raja Indera Buyama akan sampai ke situ.
KISAH DI MAHLIGAI TUAN PUTERI MANDU RATNA DEWI
Bayan dibawa pulang ke mahligai Tuan Puteri mandu Ratna Dewi dan dikurung di dalam
sangkar yang dibuat daripada
i. Emas sepuluh mutu
ii. Bertatah ratu mutu manikam berumbai-umbai seperti mutiara
Pada waktu malam burung bayan keluar dari sangkar lalu menghadap Tuan Puteri Mandu
Ratna Dewi. Sebaik sahaja bayan berada di hadapannya, bayan ditanya tentang kedatangan
tuannya Raja Indera Buyama.
Bayan memaklumkan bahawa Rja Indera Buyama akan datang pada masa itu juga. Tuan Puteri
Mandu Ratna Dewi amat gembira kerana baginda terlalu ingin melihat Raja Indera Buyama.
Selepas berkata-kata, bayan menukar rupanya menjadi burung nuri lantas berpantun. Sebaik
sahaja mendengar pantun tersebut, Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi berasa Raja Indera
Buyama seorang raja yang bijak lalu bertanya tentang kedatangan Raja Indera Byuama sekali

lagi.
Nuri terus meyakinkan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi bahawa Raja Indera Buyama sudah
hampir tiba. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi tidak sabar-sabar untuk melihat wajah Raja Indera
Buyama lalu meminta nuri menunjukkkan rupa Raja Indera Buyama. Setelah menunjukkan
wajah Raja Indera Buyama dengan sayapnya , nuri bertukar menjadi sekuntum bunga. Melihat
keadaan tersebut Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi terus mengambil bunga tersebut lalu
diciumnya. Ketika itu nuri bertukar menjadi seorang pemuda yang sangat tampan.
Sekali lagi,Tuan Puteri Mandu Ratna mengakui kebijaksanaan Raja Indera Buyama apabila
melihat keajaiban nuri menukar diri menjadi seorang lelaki yang sangat tampan. Pada masa itu
juga, Raja Indera Buyama kembali menukar dirinya yang asli. Melihat kehadiran Raja Indera
Buyama di hadapannya, Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi berasa malu dan mahu melarikan diri.
Akan tetapi ditahan oleh Raja Indera Buyama
Dayang-dayang juga mengakui kebijaksanaan Raja Indera Buyama setelah melihat kejadiankejadian tersebut.
Raja Indera Buyama dijemput bersantap bersama-sama Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dan
bersuka ria bersama-sama dayang-dayang inang pengasuh sehingga riuh rendah bunyinya.
SEBENARNYA, mahligai Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi sebenarnya dikawal siang dan malam
oleh
i. Empat orang menteri
ii. Empat orang hulubalang memegang senjata dan berbaju rantai
Bunyi riuh rendah didengari oleh oleh hulubalang lalu diadukan kepada empat orang menteri
Setelah itu menteri keempat mengadu hal tersebut kepada Raja Bahrum Dewa melalui
biduanda.
Aduan biduanda menimbulkan kemarahan Raja Bahrum Dewa lalu memerintah empat puluh
hulubalang dan segala rakyat mengepung Raja Indera Buyama yang berada di dalam mahligai
Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi pada waktu malam itu.
Melihat mahligai dikepung Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dan dayang-dayang berasa cemas
kerana tahu ayahandanya Raja Bahrum Dewa sangat marah. Raja Indera Buyama memujuk
Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi agar tidak meninggalkannya. Pada masa yang sama, semakin
ramai orang yang mengepung mahligai sehingga mencemaskan inangda.
Apabila hari hari hampir siang Raja Indera Buyama mencita gemala pemberian Raja Johan
Shahperi lalu menjelmalah empat orang yang lengkap bersenjata lalu diperintahnya untuk
berperang dengan Raja Baharum Dewa tetapi tidak dibenarkan membunuh sesiapa. Banyaklah
rakyat Raja Bahrum Dewa yang tewas dan tertangkap oleh orang suruhan Raja Indera Buyama.
Ada yang melarikan diri kerana tidak sanggup ditangkap oleh empat orang suruhan Raja Indera
Buyama tersebut.
Hal tersebut dimaklumkan kepada Raja Baharum Dewa iaitu;
i. 200 orang hulubalang melarikan diri
ii. 20 orang hulubalang tertangkap
iii. Seorang orang suruhan Rja Indera Buyama boleh mengalahkan beribu-ribu hulubalang Raja
Baharum Dewa.

Apabila mendengar perkara tersebut Raja Bahrum Dewa berasa marah lantas memerintah
segala rakyat berkampung sekali lagi untuk menangkap Raja Indera Buyama.
Melihat keadaan mahligai yang dikepung sekali lagi, Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi berasa
amat takut kerana mengetahui ayahandanya Raja Baharum Dewa sangat marah. Tetapi dipujuk
oleh Raja Indera Buyama . Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi terus menyatakan cintanya terhadap
Raja Indera Buyama. Mendengar pengakuan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi, Raja Indera
Buyama terus mencita gemala hikmat pemberian Raja Johan Shahperi lalu keluar empat ribu jin
dari gemala hikmat tersebut.
Raja Indera Buyama lantas memerintah empat ribu jin tersebut berperang dengan rakyat Raja
Baharum Dewa.
Peperangan yang besar terjadi sehingga banyak darah tumpah ke bumi dan tasik indera
bergegar kerana peperangan tersebut.
LATIHAN KENDIRI
i. Berikan maksud
a) Bulan dipagar bintang
b) Bulu itu daripada pusparagam
c) Buah pala buah rumbia,
Santapan puteri dinihari;
Sungguhpun jauh tanah manusia,
Segeralah kami mendapatkan dia.
ii. Sekiranya anda Raja Baharum Dewa, jelaskan tindakan yang akan anda ambil setelah
mendengar aduan daripada biduanda.
iii. Pada pendapat anda mengapakah bayan menceritakan kisah Raja Indera Buyama kepada
Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi?
iv. Jelaskan tindakan yang lebih rasioanal yang perlu dilakukan oleh Raja Indera Buyama
setelah mahligai Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dikepung oleh hulubalang Raja Baharum
Dewa.

ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU TINGKATAN LIMA- PROSA


TRADISIONAL-HIKAYAT RAJA SIAK

HIKAYAT SIAK
Hikayat Siak merupakan karya sastera sejarah. Banyak fakta tentang kesultanan Melayu
terkandung dalam hikayat ini. Hikayat bermaksud cerita, maka Hikayat Siak ialah cerita/sejarah
tentang Siak
Cari lokasi-lokasi yang terdapat dalam Hikayat Siak
MELALUI LAMAN WEB GOOGLES MAPS
http://maps.google.com/
1. SIAK
2. MENGKALIS (BENGKALIS)
3. BUKIT BATU
4. RAWAS
5. PALEMBANG
6. PAGARUYUNG
7. MELAKA
8. JOHOR LAMA, KOTA TINGGI, MALAYSIA
9. RIAU
10. BATU BAHARA
11. TANAH PUTIH

12. KUBU

Tandakan lokasi-lokasi tersebut di atas peta di bawah

Berdasarkan teks KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku menceritakan Siak sebagai


tempat Raja Kecil membina kekuatan ketenteraan untuk menyerang Johor
RINGKASAN LATAR CERITA YANG ADA KAITAN DENGAN RAJA KECIL
(Rujukan paling hampir dengan kisah ini ialah Asal usul Raja Kecil dalam teks
KomsasAntologi Kerusi yang digunakan sehingga 2010 )
Cerita dalam Hikayat Siak menceritakan kisah Raja Kecil yang semasa kecil dipanggil Tuan
Bujang. Raja Kecil merupakan anak Sultan Mahmud yang memerintah Johor Lama . Sultan
Mahmud lebih dikenali sebagai Raja Mangkat Dijulang ( Marhum Mangkat Dijulang ). Makam
baginda masih ada di kampung Makam Kota Tinggi dan diwartakan sebagai lokasi sejarah
negeri Johor.
Sultan Mahmud dipercayai merupakan raja dari keturunan Sultan Mahmud dari Kesultanan
Melayu Melaka yang tewas diserang Portugis. Sultan Mahmud dari Kesultanan Melayu Melaka
telah melarikan diri ke Kampar , Sumatera dan berkahwin dengan seorang anak raja di sana.
Baginda dikurniakan dua orang anak lelaki . Seorang anaknya berhijrah ke Perak membuka
kerajaan di sana dan seorang lagi berhijrah ke Johor Lama (Kota Tinggi) Johor dan membina
sebuah negara di panggil Kerajaan Johor.
Pemerintahan Johor dari keturunan Kesultanan Melayu Melaka, sampai kepada Marhum
Mangkat Dijulang. Baginda berkahwin dengan orang kebanyakan iaitu Encik Pung.Ketika
baginda mangkat kerana dibunuh oleh Laksamananya sendiri, Pada ketika itu, Encik Pung

sedang mengandungkan Tuan Bujang (Raja Keci). Sultan Mahmud Mangkat Dijulang tidak
mempunyai anak dengan permaisurinya ,( tiada anak gahara)
Setelah Marhum Mangkat Dijulang mangkat, Encik Pung berjanji tidak akan menuntut tahta
kerajaan Johor daripada Bendahara yang diberi kuasa memerintah kerana Marhum Mangkat
Dijulang tiada zuriat daripada anak gahara.
Setelah melahirkan Raja Kecil , Bendahara amat khuatir Encik Pung akan menuntut
tahta. Menyedari keselamatan Raja Kecil dalam bahaya, Encik Pung menyerahkan Raja Kecil
kepada Temenggung Muar. Akan tetapi ketika Raja Kecil berusia 6 tahun, beliau dibawa
berjumpa ibunya tetapi kedatangannya dapat dikesan oleh Bendahara.Menyedari
keselamatannya terancam, Raja Kecil dibawa lari oleh Raja Negara Selatmelalui pertolongan
Nakhoda ke Palembang dan akhirnya dibawa ke Pagaruyung bertemu kaum keluarganya dan
dipelihara oleh Puteri Jilan iaitu keluarga Raja Kecil yangberpangkat nenek kepada Raja Kecil.
Baginda dibesarkan dengan nama Tuan Bujang.
********************************************************************
TEKS DALAM ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU menceritakan
i. pernobatan dan permahsyuran Tuan Bujang sebagai Yang Dipertuan Raja Kecil waris
Kesultanan Johor dari keturunan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang
ii. Perintah taat setia kepada semua orang Minangkabau oleh Tuan Puteri Jilan.
iii. Taat setia rakyat Minangkabau kepada Raja Kecil
iv. Perjuangan untuk menuntut hak ke atas kerajaan Johor yang ditadbir oleh keturunan
Bendahara.
v. Raja Kecil menjadi Sultan Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah, Yang
Dipertuan Besar.

HIKAYAT SIAK
Tuan Bujang (Raja Kecil) Dinobatkan
PERISTIWA PENTING IALAH PENOBATAN TUAN BUJANG SEBAGAI WARIS RAJA
BAGI ORANG MINANGKABAU
KETURUNAN MARHUM MANGKAT DIJULANG
1. Tuan Bujang ,memohon kebenaran daripada Sultan Palembang untuk mudik ( ke
kawasan hulu/pedalaman) iaitu ke Rawas. Sultan Palembang membenarkan
Tuan Bujang mudik ke Rawas dan di sana Tuan Bujang berkahwin dengan anak
Dipati Batu Kucing dan memiliki seorang anak lelaki bernama Raja Alam.

2. Tuan Bujang kemudian pergi ke Jambi untuk bertemu dengan Sultan Maharaja di
Batu. Di Jambi Raja Kecil berperang dengan Sultan Maharaja merebut
kebesaran dengan sultan di Kedah tetapi kalah.
3. Tuan Bujang pulang ke Minangkabau lalu terus ke Pagaruyung. Tuan Bujang
menghadap Puteri Jilan. Raja Kecil memberitahu Tuan Puteri Jilan bahawa
baginda meninggalkan Pagaruyung kerana melawat negeri orang. Seterusnya
,Puteri Jilan mencadangkan Tuan Bujang pergi belayar dan ke Siak. Seterusnya
meminta Tuan Bujang mengambil semula kerajaan Johor dan menuntut semula
kematian ayahandanya.
4. Tuan Bujang dinobatkan oleh Yamtuan Sakti bapa saudaranya.... Semasa penobatan
tersebut Yamtuan Sakti telah menguji kesahihan Tuan Bujang sebagai pewaris
Minangkabau lantas Tuan Bujang dinobatkan bersama-sama anak lelakinya.
5. Semasa dinobat, mahkota diletakkan di atas kepala Tuan Bujang dan Puteri Jilan
membaca salasilah keturunan Tuan Bujang dan wajah Tuan Bujang sangat
berseri-seri umpama bunga raya kembang pada waktu pagi. Melihat akan
kehebatan tersebut segala pegawai, Menteri Yang Empat, Bendahara di Sungai
Tarab, Makhdum di Sumanik, Enduma di Suroso
sujud menyembah Tuan Bujang dan mengaku bahawa Tuan Bujang ialah
seorang raja besar di Tanah Melayu.
Mereka bermohon agar Tuan Bujang kekal dan tenteram menjadi raja di
Tanah Melayu. Tuan Bujang digelar Yang Dipertuan Raja Kecil.
6. Seterusnya mahkota diletakkan oleh Yamtuan Sakti di atas kepala anakandanya tetapi
senget lantas Yamtuan Sakti mengatakan anaknya tewas dengan kelebihan yang
ada pada Raja Kecil lalu diberi nama Raja Beralah.
7. Suatu hari, Puteri Jilan dan Yang Diipertuan Sakti menunjukkan pedang kerajaan yang
berasal dari Minangkabau yang dipersembahkan oleh Raja Kuantan kepada
Raja Kecil . Pedang tersebut bernama Sepurejab. Puteri Jilan menyerahkan
Pedang Sepurejab
Sepah ( sejenis batu permata yang terdapat gambar akar atau kayu di
dalam batu permata tersebut )
Lima depa rambut Puteri Jilan
Dua butir kupang-kupang dan
Sebuah cop mohor.

8. Puteri Jilan memaklumkan bahawa Raja Kecil akan turun ke laut maka Puteri Jilan
memerintah;
Semua anak Minangkabau di laut
Semua anak Minangkabau di sekeliling Pulau Perca
mesti bersama-sama Raja Kecil menebus aib yang ditanggung oleh
anaknya dan orang Minangkabau .
9. JIKA ada orang Minangkabau tidak mahu menyertai pasukan Raja Kecil mereka akan
terkena sumpah kerana mengingkari perintah.
10. Akan tetapi, jika orang Minangkabau tidak dapat menyertai pasukan Raja Kecil maka
mereka mesti memberi
Dua puluh rial
Selaras setinggar ( sejenis senapang kuno)
Obat sekati ( sekati peluru setinggar )
11. Setelah selesai Yang Dipertuan Sakti mengenakan perjanjian di atas, baginda
menyerahkan empat orang hulubalang kepada Raja Kecil
Datuk Lebai Tasi
Datuk Gergaji
Raja Mendeling
Sultan Pendalihan

Latihan Kendiri
i. Berikan maksud
Patik menengok cupak dan gantang orang.
(muka surat 49)
Sambil beryang-yang
( muka surat 49 )
Kararlah ( muka surat 50)

Kita pulangkan aib malunya anak kita ( muka surat 50)


Kena bisa kawi ( muka surat 50)
ii. Kemukakan nilai yang terdapat dalam kisah Tuan Bujang (Raja Kecil )
Dinobatkan
iii. Kemukakan pengajaran yang terdapat dalam kisah Tuan Bujang (Raja Kecil)
Dinobatkan
iv. Jelaskan perwatakan Raja Kecil dalam kisah Tuan Bujang (Raja Kecil)
Dinobatkan.
v. Nyatakan sebab-sebab Puteri Jilan mahu Raja Kecil merampas Negeri Johor.

********************************************************************
KISAH RAJA KECIL
PERISTIWA PENTING IALAH PERJANJIAN TAAT SETIA ORANG MINANGKABAU
KEPADA RAJA KECIL
a. Raja Kecil bermohon untuk berangkat danl didoakan oleh Puteri Jilan agar
memperoleh kejayaan.
b. Raja Kecil sampai ke Siak Raja Kecil tidak mendedahkan identiti dirinya,
sebaliknya baginda berulang alik dari Siak ke Bukit Batu ;membeli ikan terubuk
dan telur ikan terubuk di di Bukit Batu lalu dibawa ke Siak untuk dijual. Pada satu
hari Raja Kecil melakukan kesalahan kepada Bandar Bukit Batu lalu didenda
sebanyak dua puluh rial. Raja Kecil amat marah lalu berdendam. Akibatnya
baginda mengambil upah menjadi Nakhoda Penangguk ke Melaka tetapi
bersumpah agar anak cucunya tidak menjadi Nakhoda Penangguk.
c. Seterusnya Raja Kecil pergi ke Mengkalis untuk bertemu dengan orang-orang
Minangkabau kerana ramai antara mereka yang kaya raya dan mempunyai
perahu yang besar-besar.
d. Sampai di Mengkalis, Raja Kecil terus bertemu penghulu lalu menyerahkan cop
mohor kepada penghulu. Melihat sahaja cop mohor tersebut maka penghulu
tahu bahawa Raja Kecil membawa perintah Yang Dipertuan Sakti lalu berasa
takut (gementar). Penghulu dengan segera memerintah orang-orang
Minangkabau yang ada di Mengkalis berkampung lalu menyembah daulat
kepada Raja Kecil dan menyatakan taat setia kepada Raja Kecil.
e. Di Mengkalis Raja Kecil digelar Yang Dipertuan, raja turun dari
Pagaruyung. Setelah berlaku lafaz taat setia di Mengkalis, Raja Kecil berangkat
ke Batu Bahara pula kerana di situ terdapat ramai juga orang-orang
Minangkabau. Di Batu Bahara Raja Kecil mendapat pengakuan taat setia

daripada Penghulu Yang Berempat. Raja Kecil juga mendapatkan pengakuan


taat setia daripada orang-orang Minangkabau di Tanah Putih dan di Kubu.
f. Raja Kecil Pulang semula ke Mengkalis dan membuat strategi untuk menyerang
Johor.

Latihan Kendiri
i. Apakah reaksi penghulu apabila melihat cap dari Pagaruyung?
ii. Pada pendapat anda , mengapakah Raja Kecil tiada memeliharakan dirinya, semasa
berada di Siak?

RAJA KECIL MENYERANG JOHOR


PERISTIWA PENTING IALAH
i. PERJANJIAN RAJA KECIL DENGAN RAJA BUGIS UNTUK MENYERANG KERAJAAN
JOHOR
ii. SYARAT-SYARAT YANG DIKENAKAN OLEH DAENG PARANI
iii. PEPERANGAN DENGAN JOHOR
iv. KEMANGKATAN IBUNYA ENCIK PUNG
v. PERKAHWINAN RAJA KECIL DENGAN TENGKU KAMARIAH, ANAK BENDAHARA
1. Ketika Raja Kecil berada di Mengkalis, baginda dikunjungi oleh Raja Bugis iaitu
Daeng Parani, Daeng Celak dan Raja Tuha. Mereka sudah saling
mengenalketika tinggal dim Bangkah Kota semasa Raja Kecil tinggal dengan
Sultan Palembang.
2. Semasa pertemuan tersebut, Raja Kecil menyampaikan hasrat untuk menyerang
Johor. Daeng Parani membuat perjanjian jika Raja Kecil menang
3. Raja Kecil menjadi Yang Dipertuan Besar di Johor
4. Daeng Parani menjadi Yang Dipertuan Muda
5. Setelah semua syarat dipersetujui Daeng Parani bergerak ke Langat dan mengumpul
semua orang Bugis di sana untuk menyertai pasukan perang Raja Kecil.
6. Sepucuk surat dihantar kepada Yang Dipertuan Johor di Johor memaklumkan Raja
Kecil anakanda kepada Marhum Mangkat Dijulang akan kembali ke Johor untuk
menuntut bela kematian ayahandanya. Johor diminta bersiap sedia.
7. Sebaik sahaja surat diterima, Yang Dipertuan Johor mengumpul semua orang besarbesar dan berpakat membaiki kota dan parit.

8. Berita Raja Kecil yang akan datang ke Johor tersebar luas sampai ke pengetahuan
Raja Negara Selat . Oleh itu Raja Negara Selat bersama-sama rakyat Johor
datang ke Mengkalis untuk bertemu dengan Raja Kecil.
9. Di Mengkalis, Raja Negara Selat dan orang Johor mengatakan Raja Kecil ialah orang
Johor sementara orang Minangkabau mengatakan Raja Kecilm ialah orang
Minangkabau.
10. Perbezaan pendapat mereka dileraikan oleh Raja Kecil sebaliknya memninta mereka
semua bekerjasama . Raja Kecil mempersiap perahu besar dan kecil lalu
berangkat ke Johor bersama-sama orang Johor (rakyat Selat) dan semua rakyat
yang tinggal di kawasan laut.
11. Sebaik sahaja tiba di Kuala Sungai Johor, orang Johor dengan riuh rendahnya
melaungkan kedatangan tuan mereka. Semua kaum keluarga Laksamana
datang menghadap Raja Kecil.
12. Orang Johor di Kuala Johor hendak menguji kesahihan Raja Kecil sebagai anak
Marhum Mangkat Dijulang. Raja Kecil diminta menawarkan air yang masin.
13. Raja Kecil menjampi air masin tersebut sambil memasukkan lingkaran rotan ke
dalam air masin tersebut.
14. Air berjaya ditawarkan oleh Raja Kecil. Orang Johor di Kuala Johormengaku Raja
Kecil sebagai tuan mereka.
15. Dari Kuala Johor, Raja Kecil bergerak masuk ke kota Negeri Johor. Pasukan Raja
Kecil dibedil dari kubu tetapi hanya air yang keluar dari mulut meriam.
16. Raja Kecil terus mudik dan sampai ke Pangkalan Rama. Di Pangkalan RamaRaja
Kecil melompat naik ke atas jambatan sambil menghunus pedang Sepurejab.
17. Tindakan Raja Kecil dituruti oleh hulubalang yang empat
Datuk Lebai Tasi
Datuk Gergaji
Raja Mendeling
Sultan Pendalihan
18. Raja Kecil diiringi oleh Orang Besar-besar dengan pedang terhunus . Suasana
sanagat bising.
19. Kedatangan RajaKecil diketahui oleh Yang Dipertuan Johor, maka dengan segera
baginda meninggalkan kota dan pulang ke Kampung Bendahara Lama.

20. Raja Kecil masuk ke dalam istana yang terletak di dalam kota diiringi hulubalang
yang empat dan Orang Besar-besar lalu menunggu perintah Raja Kecil.
21. Raja Kecil bertanya tentang Bendahara. Penghulu Istana memberitahu bahawa
Bendahara telah melarikan diri.
22. Pada masa yang sama Yamtuan Muda mengamuk dan membunuh anak dan
isterinya. Dia berhasrat untuk mengamuk di dalam kota apabila habis semua
anak isterinya dibunuh.
23. Tetapi sebaik sahaja semua anak isterinya dibunuh, dia berasa takut lalu nlari ked
lam hutan.
24. Akhirnya, Yamtuan Muda mengambil keputusan menyerah diri kepada Raja Kecil
kerana telah berdosa membunuh ayahanda Raja Kecil
25. Raja Kecil memaafkan Yamtuan Muda
26. Akan tetapi, berita pembunuhan anak isteri Yamtuan Muda sampai ke pengetahuan
Raja Kecil. Raja Kecil meminta Bendahara memutuskan hukuman ke atas
Yamtuan Muda.
27. Bendahara mengeluarkan perintah Yamtuan Muda dibunuh kerana bertindak tanpa
kebenaran Raja Kecil.
28. Pada masa yang sama, Raja Kecil tidak sempat bertemu ibunya Ecik Pung kerana
Encik Pung telah meninggal dunia.
29. Raja Kecil menziarahi jenazah ibunya dan mengurus jenazah ibunya mengikut adat
kebesaran raja.
30. Raja Kecil mengadakan
Bacaan Al-Qurandi makam Encik Pung selama 40 hari
Tahlil
Bersedekah kepada fakir miskin
31. Raja Kecil meminang Tengku Tengah anak Bendahara
32. Malangnya, semasa hari raya semua anak Bendahara datang menghadap Raja Kecil
kecuali Tengku Tengah.
33. Pada masa itu, Raja Kecil terpandang Tengku Kamariah, anak Bendahara yang
bongsu lalu jatuh hati. Tetapi ditolak oleh Tengku Kamariah.
34. Bendahara tidak mampu menolak kehendak Raja Kecil kerana baginda ialah raja.

35. Akhirnya Raja Kecil menjadi raja Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Syah, Yang
Dipertuan Besar dan berkahwin dengan Tengku Kamariah.

LATIHAN KENDIRI
i. Kesan lokasi Kuala Sungai Johor
ii. Kesan Lokasi kota Negeri Johor (Johor Lama)
iii. LAKARKAN LALUAN RAJA KECIL DARI Mengkalis ke kota Negeri Johor

Cara: layari Googles Maps: negeri Johor, Malaysia bagi mendapatkan lokasi dalam peta
Taip Googles Maps
Klik Gets Destinations
A. MENGKALIS, SUMATERA, INDONESIA
B. KUALA JOHOR
C. KAMPUNG JOHOR LAMA , AIR TAWAR, JOHOR, MALAYSIA

i. Jelaskan perwatakan Raja Kecil dalam kisah Raja Kecil Menyerang Johor.
ii. Nyatakan kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh Raja Kecil dalam kisah Raja
Kecil Menyerang Johor.
iii. Nyatakan tindakan Raja Kecil selepas dimaklumkan bondanya hilang.

iv. Berikan maksud rangkai kata


mendengar bondanya hilang
dengan tiada berbulang dan berkeris
menyerahkan nyawa

PENANGGUNGAN (Wijaya Mala)


Sinopsis
Kapten Mamat menanggung penyesalan atas tragedi maut yang maragut nyawa Baharum, seorang
kelasi kapal. Ekoran itu, Masnah janda Baharum terpaksa menanggung penderitaan hidup kehilangan
suami serta dua orang anaknya. Kapten Mamat cuba menenangkan perasaan Masnah dengan
mengendalikan segala yang berlaku perlu ditanggung kerana sudah ketentuan Allah.
Tema
Tanggungjawab pada amanat kehidupan yang terpaksa dilalui oleh Kepten Mamat dan Masnah atas
ketentuan Ilahi. Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kematian Baharum, suami Masnah Baharum
yang mnjadi kelasi kapal yang diketuai oleh Kapten Mamat telah meninggal dunia kerana terjatuh dari
atas tiang agung ke atas geladak. Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kehidupan Masnah dan
dua anaknya setelah kematian Baharum. Masnah terpaksa bertanggungjawab terhadap kehidupan diri
dan dua orang anaknya setelah kehilangan suaminya.
Persoalan
1.
Persoalan kesengsaraan hidup janda setelah kematian suami. Masnah terpaksa mengharungi
kehidupan tanpa seorang suami.
2.
Persoalan rasa bersalah yang menghantui jiwa. Kapten Mamat rasa bersalah kerana Baharum,
suami masnah telah menemui ajal di atas kapal yang diterajuinya.
3.
Persoalan simpati atas penderitaan hidup orang lain. Isteri Kapten Mamat simpati terhadap
penderitaan yang ditanggung oleh Masnah setelah kehilangan suami.
4.
Persoalan keredhaan menghadapi ketentuan Allah. Masnah akhirnya reda dengan ketentuan
Allah, iaitu setiap yang hidup pasti akan mati.
Watak dan perwatakan
Watak utama
Kapten Mamat
-

Bekerja sebagai kapten kapal


Seorang pesara.
Seorang yang prihatin terhadap masalah anak buahnya. Kapten Mamat prihatin terhadap nasib yang
menimpa Masnah sekeluarga setelah kematian suaminya Baharum.
Berasa bertanggungjawab atas kematian Baharum. Kapten Mamat berjanji kepada Masnah bahawa
selagi dia masih hidup keluarga Masnah tidak akan dipersiakan.
Watak sampingan

1.
Masnah
Janda Baharum
Mempunyai dua orang anak.
Seorang yang setia dan penyayang terhadap suami dan anak-anaknya. Masnah amat menyayangi
suaminya meskipun Baharum sudah meninggal dunia.
Hidup susah selepas kematian suami. Masnah merasa keperitan hidup setelah dia kehilangan suami
yang menjadi tempat bergantungnya selama ini.
2.
Isteri Kapten Mamat
Simpati kepada nasib orang lain. Dia amat simpati terhadap nasib yang menimpa Masnah.
Percaya kepada perubatan bomoh. Dia menyuruh suaminya memanggil bomoh untuk mengubati
penyakit yang dihidapi oleh Masnah.
3.
Bahar
Anak Baharum
Masih kecil, tetapi sudah boleh bercakap.
Nilai
1.
Nilai simpati, contohnya Kapten Mamat bersimpati atas nasib yang menimpa Masnah dan anakanaknya.
2.
Nilai kasih sayang, contohnya Masnah yang amat mengasihi suaminya dan amat sukar
menerima kematian suaminya.
3.
Nilai berani, contohnya Kapten Mamat yang berani menghadapi cabaran bekerja di laut.
Pengajaran
1.
Kita hendaklah bersimpati atas nasib malang yang menimpa ahli keluarga dan juga sahabat
handai. Contohnya Kapten Mamat yang bersimpati dengan nasib Masnah dan anak-anaknya setelah
kematian Baharum.
2.
Kita hendaklah saling menyayangi antara suami isteri. Seorang isteri hendaklah mengasihi
suaminya yang dikahwini sepenuh hati. Contohnya Masnah tetap mengasihi suaminya walaupun
suaminya telah pergi buat selama-lamanya.
3.
Kita mestilah menjadi pemimpin yang memiliki keberanian terutama dalam keadaan genting.
Contohnya Kapten Mamat yang bijak mengemudi kapal di lautan terutama ketika laut bergelora.

CERPEN HUTAN RIMBA (Sasjira)


Sinopsis
Pak Tua sebagai pemandu traktor menyesali pekerjaannya yang mengakibatkan kemusnahan alam
sekitar. Harapannya agar kawasan hutan kembali merimbun. Hasil pekerjaanya dia berjaya
membesarkan anak-anaknya dengan kerjaya masing-masing. Atas nasihat anak-anaknya Pak Tua dapat
dipujuk agar reda dengan pekerjaannya yang banyak membantu menyara keluarga dan pendidikan anakanaknya. Akhirnya Pak Tua dan anak-anaknya berjaya menceburi bidang pelancongan dengan membuat
resort keluarga di hutan simpan miliknya.

Tema
Kemusnahan alam semulajadi untuk pembangunan. Kawasan bekas aktiviti pembalakan akhirnya telah
menjadi kawasan perladangan estet-estet kelapa sawit luas saujana mata memandang.
Persoalan
1.

Persoalan kemusnahan flora dan fauna alam. Aktiviti pembalakan yang dilakukan telah

memusnahkan kehidupan flora dan fauna.


2.

Persoalan kekesalan atas kemusnahan khazanah alam. Pak Tua menyesal kerana pekerjaannya

sebagai pemandu jentolak dengan syarikat pembalakan menyebabkan khazanah hutan musnah.
3.

Persoalan kepentingan pendidikan anak-anak. Empat orang anak Pak Tua telah berjaya dalam

bidang pendidikan dan kerjaya masing-masing.


4.

Persoalan kepentingan pembangunan dalam memajukan negara. Pembangunan dalam bidang

pertanian dapat memberi sumber pendapatan negara.

Watak dan perwatakan


Watak utama
Pak Tua

Pemandu jentolak jenama Caterpillar.


Seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Bertanggungjawab membiayai perbelanjaan
pendidikan anak-anaknya.

Berjaya membesarkan anak-anak dengan pendidikan tinggi. Anaknya yang sulung, Ajam berjaya dalam
bidang perniagaan pengangkutan bas antarkota. Anaknya yang kedua, Bakar berjaya sebagai pengurus
ladang sebuah estet kelapa sawit. Anaknya yang ketiga, Melati menjadi seorang pensyarah di sebuah
IPT dan anaknya yang bongsu seorang guru yang memegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

Bersyukur dengan pembangunan. Pembangunan yang telah dilakukan menyebabkan anak-anaknya


mendapat kehidupan yang sempurna.

Kesal atas pencerobohan hutan. Pak Tua kesal kerana ketika mudanya dia telah terlibat dengan aktiviti
pembalakan.

Watak sampingan
1.

Mak Tua

Isteri Pak Tua

Tinggal di tepi sungai berdekatan dengan hutan dara.

Pandai memasak. Menyediakan makanan yang enak untuk keluarganya.

Pandai mendidik anak-anak. Anak-anaknya saling menyayangi dan menghormati kedua orang tua
mereka.

2.

Ajam

Anak sulung Pak Tua.

Seorang pengusaha pengangkutan bas antarkota.

Pakar dalam dunia perniagaan.

Gigih. Kegigihannya menyebabkan dia telah menjadi ahli perniagaan yang berjaya.

Berfikiran terbuka. Menerima cadangan adik-adiknya yang mahu membuka kawasan pelancongan.
3.

Bakar

Anak kedua Pak Tua

Berkelulusan Sarjana Pertanian

Pengurus ladang estet kelapa sawit.


4.

Melati

Anak ketiga Pak Tua.

Pensyarah IPT.
5.

Budi

Anak bongsu Pak Tua.

Seorang guru Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.


Nilai
1.

Nilai tanggungjawab. Contohnya Pak Tua yang bertanggungjawab membesarkan keempat-empat

orang anaknya sehingga mereka berjaya dengan kerjaya masing-masing.


2.

Nilai kasih sayang sesama ahli keluarga. Contohnya anak-anak Pak Tua yang saling menyayangi

antara satu sama lain dan bincang dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
3.

Nilai kegigihan. Contohnya Pak Tua yang gigih mencari rezeki untuk menyara kehidupan

keluarganya.
4.

Nilai kerajinan. Contohnya Pak Tua rajin berusaha untuk meningkatkan diri dengan berhijrah

meninggalkan kampung halamannya.


Pengajaran
1.

Kita hendaklah menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab. Pak Tua bertanggungjawab untuk

membesarkan dan memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anaknya.


2.

Kita hendaklah saling berkasih sayang antara adik-beradik. Ini yang ditonjolkan oleh anak-anak

Pak Tua yang sama-sama berbincang sebelum mengambil keputusan untuk menjadikan dusun buahbuahan bapa mereka sebagai kawasan pelancongan.
3.

Kita mestilah menjadi ketua keluarga yang memiliki sifat gigit bekerja. Hal ini dapat dilihat

menerusi watak Pak Tua yang begitu gigih bekerja untuk menyara anak-anak dan isterinya.
4.

Kita hendaklah rajin berusaha untuk membaiki taraf hidup. Contohnya Pak Tua yang rajin bekerja

sejak zaman mudanya lagi.

You might also like