You are on page 1of 3

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HUBUNGAN PERMUAFAKATAN

A school system without parents as it, a bucket with a hole in it, Jesse
L. Jackson.
Kenyataan di atas menujukkan bahawa organisasi pendidikan dan
permuafakatan komuniti tidak boeh dipisahkan, sebagaiman aur dengan tebing
yang sentiasa saling memerlukan antara satu sama lain.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PPIP) 2006-2010 yang telah
dilancarkan pada 16 Januari, 2007 bermatlamatkan pembangunan satu sistem
pendidikan bertaraf dunia untuk melahirkan modal insan Minda Kelas Pertama
yang dapat melonjakkan Malaysia ke status negara maju. Antara faktor kritikal
kejayaan yang dikenalpasti untuk mencapai kecemerlangan institusi pendidikan
adalah kerjasama dan komitmen warga pendidikan serta kerjasama dan
komitmen semua pihak berkepentingan (stakeholders).
Jika dulu rata-rata semua organisasi pendidikan hanya berdiri sendiri.
Jalinan permuafakatan hanya berlaku bersama PIBG. Namun sekarang masa
berlalau dan zaman berubah. Kini sekolah rancak mencari jalinan persahabatan
dari setiap penjuru dunia. Semua sektor awam,swasta,individu, ibu bapa,
komuniti melaksanakan pelbagai progam bersama bagi tujuan permuafakatan.
Permuafakatan membawa maksud, jalinan kerjasama. Kerjasama pula
didefinisikan sebagai usaha (kerja) bersama-sama atau saling bantu-membantu
(antara dua atau beberapa pihak). Jalinan kerjasama juga turut membawa
maksud koloborasi, permuafakatan dan perkongsian.
Menurut Rutter et al 1979, koloborasi dan kerja berpasukan adalah sangat
penting dalam kesatuan matlamat. C. Bernard 1938 pula (disebut di dalam
Mohd. Salleh Bin Mahat) dalam bukunya yang berjodol The functions Of The
Executives menjelaskan bahawa pentadbir perlu menggunakan sepenuhnya
sumber yang ada dan mendapat sokongan daripada ahli sistem sosial di sekolah
dan masyarakat luar.
Hubungan tiga dimensi antara sekolah, ibubapa dan komuniti dalam mencapai
matlamat yang sama. Hubungan tiga dimensi ini adalah amat penting kerana:
Ia mewujudkan permuafakatan dan perkongsian pintar yang mantap dan akrab
antara pihak sekolah, rumah dan komuniti supaya sistem pendidikan mencapai
kejayaan.
Penglibatan masyarakat amat penting dalam membentuk dan mendidik
generasi masa depan.
Masyarakat dapat menjayakan hasrat murni ini melalui sumbangan idea,
tenaga, bahan atau peralatan serta wang ringgit. ( Surat Pekeliling Ikhtisas Bil
6/1988)
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Hubungan Permuafakatan terbahagi
kepada dua;

i)
ii)

i)

Faktor Dalaman
Faktor Luaran

Faktor Dalaman
Jalinan permuafakatan di antara Pengetua, Pengurusan sekolah, Ketua
Bidang atau Guru Kanan atau Panitia Mata Pelajaran, Guru
Penyelaras,Peranan semua guru Pengawas Sekolah, Murid, Peranan
Koperasi Sekolah dan lain-lain

ii)

Faktor Luaran
Peranan PPD, Jabatan Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia
Jabatan-jabatan Kerajaan
Warga Korporat dan Syarikat Swasta
PIB-G

Antara Sub-Faktor yang tersenarai di atas, PIBG sangat tidak asing bagi setiap
individu.
Mengikut Akta Pendidikan KPM 1996, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)
ditubuhkan di semua Sekolah Kerajaan bertujuan untuk mewujudkan
permuafakatan antara ibubapa dan guru (PIB-G), yang diharapkan dapat
membina kesefahamanan tentang tugas dan 5 tanggungjawab bersama dan
usaha dalam meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di
Sekolah. Ia juga untuk mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara
pihak Sekolah, ibubapa dan komuniti setempat. PIBG juga mempunyai peranan
saling lengkap melengkapi terhadap fungsi Kementerian Pendidikan Malaysia
dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana Sekolah yang kondusif
kepada murid-murid dan guru-guru di Sekolah.
Setiap ibubapa dan guru ingin melihat anak/murid yang dipimpin mencapai
kejayaan, Usaha ini akan lebih mudah tercapai jika kedua-dua pihak
berkolaborasi, mewujudkan komunikasi dua hala dan bekerja sebagai satu
pasukan. Penglibatan Ibu bapa dalam pendidikan amat penting kerana ibu bapa
adalah insan yang paling hamper dengan permata hati mereka. Ibu bapa yang
prihatin akan melihat perkembangan anak-anak mereka pada setiap masa. Ibu
Bapa yang prihatin akan sentiasa berhubung dengan guru anak-anak mereka.
Hubungan ibubapa dan guru yang terjalin akan wewujudkan rasa saling percaya
dan memupuk sikap keterbukaan diantar dua pihak dalam usaha
mencemerlangkan murid.
Medan Sosial dan gajet-gajet , adalah salah satu agen permuafakatan yang
sangat popular dewasa ini dan boleh dijadikan medan berkongsi idea. Contohnya
aplikasai Whats App, Laman Muka Buku, Twitter,Line, Telegram, telefon pintar

adalah sumber permuafakatan tanpa sempadan berlaku. Melaui elemen moden


dan sofistikated ini ibubapa, komuniti dan Organisasi sentiasa berhubungan
untuk tujaun perkongsian ilmu, penyebaran maklumat sekolah, perbincangn
terhadap mendapatkan keperluan berupa motivasi , sokong kewangan dan
tenaga dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun, penggunaan aplikasi ini perlulah
secara berhemah agar tidak berlaku sebarang isu pemalsuan berita dan
sebagainya.
Kajian mengatakan, Discipline starts from home. Komuniti PIB-G juga
boleh menyumbang bantuan melalui kaedah mendidik emosi dan rohani anakanak di rumah secara tidak lansung. Contohnya menjadi role model yang baik
terhadap anak-anak, mungkin dari segi menjaga solat dan tertib diri. Anak-anak
yang berdisiplin lebih mudah dibentuk. Pada masa yang sama anak-anak yang
berdisiplin lebih berupaya untuk belajar dengan lebih tenang dan fokus di
sekolah kerana sudah terdidik dengan disiplin dan kecemerlangan diri dapat
dicapai dalam tempoh yang singkat.
Melalui sokongan berterusan ibubapa ,
aktiviti
kebajikan
atau
kemasyarakatan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Contohnya mengikut
kepakaran yang ada, aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah,
memperbaiki peralatan yang rosak atau urusan kutipan derma untuk membantu
hal-hal kecemasan atau pun membantu dalam sesuatu projek sekolah. Perkara
ini akan memberi pulangan yang positif terhadap anak-anak/murid-murid
di
sekolah tersebut. Tenaga dan wang ringgit ini bukan sahaja
membantu
meringankan beban pihak sekolah dan malah menjimatkan kos kewangan. Pada
masa yang sama aktiviti yang dijalankan secara beramai-ramai seperti gotong
royong dapat meringankna dan menyegerakan tugas yang dibuat, disamping
mengeratkan hubungan silaturrahim.

You might also like