You are on page 1of 7

PENDEKATAN TINDAKAN SOSIAL

1.1 Asal-Usul
Pendekatan Tindakan Sosial adalah satu teori yang diaplikasikan daripada penyelidikan
dan teori tingkahlaku. Teori ini telah dipelopori oleh Albert Bandura dan Emile Durkheim.
Teori ini dibina daripada prinsip-prinsip pelaziman operan oleh Bandura dan dikenali juga
sebagai Pembelajaran Sosial kerana ianya menekankan cara kanak-kanak dan orang lain
bertingkahlaku secara betul dalam konteks sosial. Pembelajaran Sosial bererti
mengetahui apa yang harus dilakukan, bila, di mana, dan apa yang tidak harus dilakukan.
Albert Bandura
Albert Bandura merupakan seorang ahli psikologi Amerika Syarikat yang terkenal kerana
teori belajar sosial atau kognitif sosial serta efikasi diri. Beliau dilahirkan pada tanggal
4 Disember 1925 di Mondare Alberta. Teori Pembelajaran Sosial ini menegaskan bahawa
pembelajaran manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan sesuatu.
Ini dilakukan dengan pemerhatian gerak balas yang ditonjolkan. Eksperimennya yang
sangat terkenal adalah eksperimen Bobo Doll yang menunjukkan anak meniru secara
persis perilaku agresif dari orang dewasa di sekitarnya.
Beliau menegaskan Teori Pembelajaran Sosial ini adalah dengan cara membuat
pemerhatian terhadap tindakan orang lain melakukan sesuatu. Bandura menggariskan tiga
bentuk peniruan :
a) Meniru secara langsung iaitu melihat model sendiri atau secara tidak langsung
melalui menonton filem,video,mendengar huraian atau gambar foto. Contohnya murid
melihat guru atau ibubapa cara berpakaian, percakapan, gaya berjalan fdan juga
tindakan.
b) Peniruan melalui sekatlakuan dan tak sekatlakuan - sekatlakuan ialah sekatan
tingkahlaku yang sesuai dalam situasi A tapi tidak sesuai dalam situasi B. Contohnya
murid bersorak di padang tapi tidak boleh dilakukan dalam kelas kerana merupakan suatu
kesalahan dan melanggar peraturan.
Tak sekatlakuan ialah murid meniru sesuatu perlakuan seperti bersorak dan terus
melakukan dalam kelas tanpa dihukum kerana guru yang baru atau lain yang tidak marah
bersorak bila memberi jawapan yang betul bila disoal.
c) Peniruan melalui elisitasi - murid akan turut melakukan apa saja lakuan yang dilakukan
oleh orang sekiranya ia tahu bagaimana cara untuk melakukan tindakan itu. Contohnya
melihat kawan membaca buku lalu ia juga memngeluarkan buku terus membaca. Keinginan
membaca timbul bila lihat kawan yang lain membaca.

Emile Durkheim
Emile Durkhem dilahirkan pada 15 April 1858 di Epinal, Perancis, yang terletak di
Lorraine. Ia berasal dari keluarga Yahudi Perancis. Durkheim sangat mementingkan
tentang bagaimana masyarakat boleh mengekalkan integriti mereka dalam era moden,
apabila perkara-perkara seperti perbezaan agama dan latar belakang etnik tidak lagi
dapat dipastikan. Dalam usaha untuk mengkaji kehidupan sosial dalam masyarakat moden,
Durkheim cuba untuk mencipta satu daripada pendekatan saintifik kepada fenomena
sosial. Bersama-sama Herbert Spencer, Durkheim merupakan salah seorang pengkaji
pertama yang menerangkan kewujudan dan kualiti beberapa bahagian berlainan dalam
masyarakat, berdasarkan kepada apakah fungsi mereka dalam mengekalkan kesihatan
dan keseimbangan masyarakat. Ini dinamakan sebagai fungsionalisme.
Teori moral Durkheim didefinisikan sebagai kolektif moral atau falsafah altruisme.
Moral bukan saja berguna untuk individu yang boleh menerima pengorbanan diri sendiri
tetapi juga untuk kepentingan masyarakat. Durkheim mengenengahkan beberapa prinsip
dan pandangan terhadap moral seperti :
1. Masyarakat sebagai Organisma
Beliau percaya masyarakat mempunyai tujuan boleh justifikasi kepada segala tindakan
moral dan moraliti. Moraliti dicipta untuk kegunaan semua manusia tetapi tidak sesuai
untuk individu.
2. Altruisme sebagai punca organisma
Menurut beliau lagi, individu mampu melakukan keganasan atas nama agama atau
kehendak masyarakat, tindakan sebegini adalah sifat biasa bagi suatu masyarakat. Jadi
masyarakat merupakan satu organisma kerana setiap orang berfungsi untuk
menggerakkan masyarakat, dan masyarakat itu akan bergerak dalam satu hala tuju yang
sama.
Durkheim sangat berminat dalam pendidikan. Ini disebabkan beliau telah ditugaskan
secara profesional dengan guru-guru pelatih, dan beliau menggunakan kebolehannya
untuk membentuk kurikulum dalam usahanya membolehkan sosiologi diajar secara
terbuka. Durkheim juga berminat tentang pendidikan yang mana ia boleh digunakan untuk
melengkapkan rakyat Perancis dengan latar belakang yang dikongsi dan sekular, yang
penting untuk mengelakkan anomie dalam masyarakat moden. Selain itu, beliau juga
mencadangkan pembentukan kumpulan profesional untuk ditugaskan sebagai sumber
perkembangan untuk orang dewasa. Durkheim menegaskan bahawa terdapat banyak
fungsi pendidikan iaitu:
1. Untuk meningkatkan soladiriti (sosial)
2. Untuk mengekalkan peranan sosial
3. Untuk mengekalkan pembahagian kerja.
http://cikguskskr.blogspot.com/2012/07/pendekatan-tindakan-sosial.html

PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

1.0 PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL


Di dalam pengajaran dan pengajaran bagi mata pelajaran Pendidikan
Moral terdapat pelbagai pendekatan yang boleh diguna pakai dan
disesuaikan dengan tajuk yang akan diajar. Terdapat tujuh pendekatan
bagi pengajaran Pendidikan Moral di sekolah.
1.1 PENDEKATAN BERTIMBANG RASA
Pendekatan Bertimbang Rasa adalah bertujuan untuk mempengaruhi
atau menanamkan ke dalam diri pelajar beberapa nilai tertentu yang
dikendaki, yang mana nilai-nilai itu pula dipandang sebagai standard
atau peraturan-peraturan tingkahlaku yang berpunca daripada budaya
atau masyarakat. D.P. Superka (1976). Pendekatan ini digunakan bagi
mengajar pola perlakuan positif bagi amalan seseorang.
Kebaikan pelaksanaan pendekatan ini di dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran moral adalah ia dapat memupuk pelajar untuk bersikap


perihatin terhadap orang lain dan belajar membuat keputusan dengan
mengambil kira perasaan orang lain. Murid juga belajar untuk
mengambil tindakan yang sesuai dan betul dan sesuatu situasi.
Pendekatan ini juga dapat menyemai nilai bertimbang rasa terhadap
keperluan, perasaan serta kepentingan diri sendiri dan juga orang lain.
Dalam erti kata lain murid tidak bersikap pentingkan diri sendiri dalam
membuat sesuatu keputusan.
Dalam menyelesaikan masalah atau sesuatu situasi murid didedahkan
dengan proses membuat pilihan dengan mengenalpasti pilihan,
menimbangkan kesan pilihan tersebut serta membuat keputusan yang
terbaik untuk semua pihak.
Pelaksanaan pendekatan ini juga merangkumi pelbagai teknik dapat
memudahkan guru untuk merancang pembelajaran yang sesuai
mengikut pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral murid.
Keburukan pendekatan ini pula, murid cenderung untuk memikirkan
kepentingan orang lain terlebih dahulu sebelum diri mereka. Dikhuatiri
murid akan meminggirkan kepentingan diri sendiri demi menjaga
kepentingan orang lain.
Selain dari itu jika guru memilih untuk melaksanakan pendekatan ini,
guru haruslah menggabungkannya dengan pendekatan yang lain agar
sesi pengajaran dan pembelajaran lebih seimbang. Ini kerana
pendekatan ini tidak menggunakan penggabungjalinan pendekatan
kognitif, fizikal dan sosial.
1.1 PENDEKATAN TINDAKAN SOSIAL
Pendekatan Tindakan Sosial bertujuan untuk memberikan peluang
kepada pelajar supaya dapat bertindak ke atas nilai-nilai kendiri
sebagai agen moral dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau
konflik moral.
Melalui pendekatan ini murid diberi peluang untuk bertindak dalam
menyelesaikan konflik atau sesuatu masalah. Pendekatan ini amat
menarik keranai ia tidak hanya tertumpu dengan pembelajaran di
dalam bilik darjah sahaja. Murid berpeluang untuk berlajar dengan aktif
melalui aktiviti seperti projek atau kumpulan tindakan sosial.
Pelaksanaan pendekatan ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

dapat melibatkan murid dan guru dengan alam sekitar, pengguna atau
kelab kebajikan. Disamping itu, melalui pendekatan ini juga murid
dapat diterapkan dengan nilai yang lebih meluas. Konsep
penggabungjalinan dan penerapan nilai dapat digunakan dalam
pelaksanaan pendekatan ini.
Walaupun pendekatan ini mampu menarik minat murid semasa sesi
pembelajaran ia juga terdapat kelemahannya. Dalam pelaksanaan
pendekatan ini sokongan dari orang lain diperlukan bagi melicinkan
projek yang hendak dijalankan.
Sebagai contoh, satu projek membersihkan kawasan tepi sungai
berhampiran sekolah dirancang untuk sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi tajuk Cintai Alam Sekitar. Bagi melaksanakan projek
ini bantuan dan kerjasama dari pihak keselamatan, perbadanan atau
perbandaran juga diperlukan bagi memastikan keselamatan murid
terjamin.
Selain dari itu pelaksanaan pendekatan ini juga melibatkan sumber
yang besar bagi sesetengah projek yang dilaksanakan.
1.2 PENDEKATAN PERKEMBANGAN MORAL KOGNITIF
Menurut penulisan Prof. Madya Dr. Chang Lee Hoon (2002), Pendekatan
perkembangan moral kognitif berdasarkan kepada teori perkembangan
moral kognitif yang telah dikaji oleh beberapa ahli psikologi
perkembangan seperti Piaget (1932) dan Kohlberg (1975). Pendekatan
ini bertujuan untuk membimbing seseorang mengembang
pertimbangan moral secara peringkat iaitu bermula daripada peringkat
mematuhi peraturan moral kerana takut hukuman oleh pihak yang
berautoriti sehingga peringkat berautonomi di mana keputusan moral
ialah berasaskan kepada prinsip moral yang sejagat.
Pendekatan ini dilaksanakan dengan menggunakan dilemma moral
sebagai rangsangan. Dilema moral merujuk kepada sesuatu keadaan di
mana terdapatnya konflik nilai dan memerlukan seseorang membuat
pilihan nilai (lebih dari satu) dan memberikan sebab atau justifikasi ke
atas keputusannya. Dilema moral ini boleh terdiri daripada dilemma
hipotetikal (direka, kesusasteraan atau isi kandungan sesuatu disiplin)
atau yang benar-benar (real-life) berlaku dalam kehidupan seseorang
tersebut.
Cara melaksanakan pendekatan perkembangan moral kognitif ialah

seperti yang berikut:


i) Mengemukakan satu dilema moral dan soalan probe untuk murid
berfikir tentang beberapa alternatif dalam dilemma tersebut.
ii) Membuat pilihan moral dan memberi sebab ke atas pilihan tersebut.
iii) Berdasarkan kepada sebab yang diberikan tentukan peringkat
pertimbangan moral
iv) Tambah soalan probe untuk meningkatkan tahap pemikiran moral
murid.
Dalam menggunakan pendekatan ini, seorang guru harus menerima
pendapat pelajar dengan fikiran terbuka dan membimbing mereka
mempertingkatkan tahap penaakulan moral mereka. Yang menjadikan
fokus dalam pendekatan ini ialah proses (struktur) bukan keputusan
(kandungan) penaakulan atau pertimbangan. Oleh kerana pendekatan
ini lebih memokuskan kepada aspek kognitif moral, maka guru perlu
menggunakan pendekatan lain supaya aspek emosi moral dan
perlakuan moral diberikan penekanan yang setara.
PENUTUP
Menurut Prof. Madya Dr. Chang Lee Hoon dari Fakulti Pendidikan,
Universiti Malaya, pendekatan dalam pendidikan moral yang
dibentukkan adalah berasaskan kepada pelbagai teori yang berkaitan
dengan perkembangan moral dan pembentukan sahsiah individu.
Dengan menguasai pendekatan-pendekatan ini, guru dapat memilih
teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mengembang
ketiga-tiga aspek dalam pendidikan moral iaitu pemikiran moral,
perasaan moral dan amalan moral. Selain daripada itu, seorang guru
harus mewujudkan satu suasana atau iklim moral dalam pembelajaran
dan pembelajaran pendidian moral. Iklim atau suasana moral akan
wujud jika adanya amalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar dan guru
sendiri.
Justeru sebagai pendidik dari kalangan yang digelar professional, guru
haruslah peka akan setiap sesi pengajaran dan pembelajaran di bawah
kelolaan mereka agar murid mendapat manfaat semaksimum yang
mungkin semasa pembelajaran tersebut dijalankan. Pembelajaran
bermakna amat ditekankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi
memastikan anak didik memperolehi ilmu yang bermanfaat dan dapat
diamalkan di dalam kehidupan mereka. Walaupun pendidikan moral
merupakan satu mata pelajaran minor di sekolah ia penting bagi
melahirkan individu yang seimbang dari segi emosi, jasmani, rohani,
intelek dan sosial.
Oleh yang demikian pendekatan, teknik, kaedah dan strategi
pelaksanaan bagi sesuatu mata pelajaran haruslah dikuasai oleh
pendidik agar dapat merangka dan menyusun atur aktiviti pengajaran

dan pembelajaran di dalam kelas dengan menarik dan berkesan


by: Nurulhaslin Zainol
http://lynnbretta.blogspot.com/2010/03/pendekatan-dalam-pengajaranpendidikan.html

You might also like