You are on page 1of 58

Kota Marudu.

Blog
DUNIA
PENDIDIKAN
(Tugas rasmi guru
sekolah rendah)
Terima kasih kerana anda telah sudi mengunjungi blog saya ini.Dalam
blog ini, saya akan memaparkan beberapa tugas-tugas rasmi guru
sekolah rendah. Saya juga akan menyediakan beberapa bahan bagi
tujuan pengurusan tugas-tugas tersebut. Disamping itu, dalam blog ini
juga anda akan dihidangkan dengan paparan tentang isu-isu pendidikan
semasa. Bagi anda yang melayari dan membaca blog ini, saya
mengalu-alukan ulasan serta komen anda yang membina. Sebarang
kekurangan harap dimaafkan.

Thursday, January 20, 2011

PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN


STRATEGI PENGAJARAN.
Bertemu kembali.
Lihat kembali topik yang dibincangkan pada bulan Mei 2010.
Fokus perbincangan dan topik yang saya kemukakan sebenarnya masih lagi berkisar pada

Tugas Rasmi Guru Sekolah Rendah yang ke-3 iaitu, Tugas Mengajar.
Perbincangan tentang tugas guru yang ke-3 ini iaitu sebagai tenaga pengajar amat luas
untuk dibincangkan. Ia meliputi kemahiran yang diperlukan, teori-teori pendidikan, strategi,
teknik dan kaedah pengajaran serta dasar-dasar dan program-program Jabatan Pelajaran
seperti program LINUS, KIA 2M, NILAM PROTIM dan sebagainya. Pengetahuan, kefahaman
dan kemahiran-kemahiran dalam perkara-perkara yang saya nyatakan inilah sebenarnya
yang harus dimiliki oleh seorang guru yang masuk ke kelas untuk mengajar.
PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN?

Mok Soon Sang 1992, Pedagogi 2 m.s. 8


Pendekatan jalan yang diambil
Kaedah cara teratur, kemas & sistematik
Teknik - kaedah membentuk teknik. Misalnya kaedah bercerita = teknik menyampaikan
cerita (gaya); kemahiran menyampaikan cerita; pelbagai teknik.
1. Strategi Pemusatan Guru
2. Strategi Pemusatan Murid
3. Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran
CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU?
Guru memainkan peranan penting
Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap.
Kepimpinan guru secara autokratik
Pencapaian objektif guru diutamakan
Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai
murni/perkembangan emosi.
Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk mengingat/menghafal.
Interaksi di antara murid adalah pasif.
Kaedah keseluruhan kelas.
Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif.
Kaedah & Teknik penerangan, demonstrasi, syarahan, kumpulan/pasukan, bercerita,
keseluruhan kelas.
CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN MURID?
Murid memainkan peranan penting
Komunikasi dua hala. Guru menyoal/membimbing.
Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan/galakan murid memberi pendapat,
objektif pencapaian murid diutamakan
perkembangan murid secara menyeluruh/seimbang ( j.e.r.i.)
Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid.
Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami & membuat kesimpulan,
Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur, tolongmenolong)

Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk,


Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif.
Kaedah & Teknik projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan, penyelesaian
masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan kecil dsb.
CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN?
Bahan pelajaran memainkan peranan penting.Pergantungan kepada bahan untuk
mencapai objektif pengajaran.
Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau murid/bahan pembelajaran
Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan
Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam kemahiran,
kefahaman dan berdikari.
Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan.
Peluang interaksi antara muid banyak. Sifat social yang positif dapat dipupuk melalui
kaedah kumpulan kecil ujikaji, projek, perbincangan dsb.
Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pelajaran
Kaedah & Teknik komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus,
perakam pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor, dsb.
PENDEKATAN DAN STRATEGI KESEPADUAN?
Penggabungjalinan
o Proses penyampaian beberapa kemahiran
o Kecekapan melaksanakan aktiviti membaca, menulis, menghurai, mengira, mewarna,
menyanyi, melukis, melabel, mengarang, becerita, berlakon dsb.
o Mendengar, lisan, membaca dan menulis secara bersepadu
o Kemahiran matematik digabungjalinkan dengan kemahiran bahasa
o Ciri-ciri gabugjalin:
Integrasi beberapa kemahiran
Prosesnya bersepadu dan menyeluruh
Aktiviti dipelbagaikan dengan menarik
Kemahiran utama menjadi fokus
Organisasi kemahiran fleksibel
Kemahiran diintegrasikan saling kukuh mengukuh antara satu sama lain.
o Cara mengguna gabungjalin
Mengenalpasti kemahiran utama & kemahiran sampingan
Kemahiran utama diberi fokus
Kemahiran-kemahiran sampingan dikuasai dahulu untuk kukuhkan kemahiran utama
Kemahiran utama digunakan di peringkat perkembangan pelajaran, kemahiran sampingan
digunakan di semua peringkat pelajaran
Strategi penggabungjalinan kemahiran hendaklah dirancangkan berdasarkan objektif
pelajaran, kebolehan & pencapaian murid.
Kemahiran-kemahiran diintegrasikan dalam urutan yang sesuai. Setiap kemahiran
hendaklah dikaitkan dengan kemahiran yang berikutnya secara lojikal.
Penyerapan
o Proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata
pelajaran dalam sesuatu pelajaran

o Isi matapelajaran sains dan kajian tempatan diserap menjadi isi mata pelajaran bahasa.
o Pendidikan moral, Pendidikan seni, Pendidikan jasmani & Muzik juga diserapkan dalam
program bahasa sebagai aktiviti sokongan.
o Geografi, Sejarah, Kesihatan dan pendidikan moral diserapkan secara bersepadu dalam
Sains /Kajian Tempatan.
o Penerapan Nilai murni , kurikulum akademik disepadukan dengan kokurikulum, kurikulum
formal disepadukan dengan kurikulum tak formal.
o Ciri-ciri penyerapan :
Mengandungi beberap unsur ilmu pengetahuan
Berbagai unsur diserapkan dalam satu matapelajaran
Bilangan mata pelajaran dalam penyerapan fleksibel
Organisasi isi kandungan - Unsur utama dan unsur sampingan
Proses penyerapan boleh berlaku serentak dengan proses penggabungjalinan.
PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF
Mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat kemudian membuat
generalisasi/kesimpulan
Bermula dengan memberi beberapa contoh yang khusus
Contoh-contoh mempunyai prinsip yang sama
Murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenalpasti & mentafsir maklumat untuk membuat
generalisasi/kesimpulan
Matematik, bahasa dan sains banyak menggunakan pengajaran induktif
Kaedah inkuiri-penemuan diamalkan apabila mengajar sains
o Contoh kusus ikan emas, udang, sotong, berudu
o Memerhati & mengkaji bernafas melalui insang
o Mentafsir dan membuat generalisasi Haiwan hidup dalam air mempunyai insang untuk
bernafas.
Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Induktif
o Sediakan contoh-contoh yang sesuai
o Soalan-soalan disediakan untuk membimbing membuat kesimpulan
o Guru tidak menghuraikan isi pelajaran, murid dibimbing untuk mencari kesimpulan
o Jenis contoh khusus dipelbagaikan tetapi mengandungi ciri yang sama
o Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai & mencukupi.
o Murid-murid digalakkan memberi contoh yang sama
o Guru tidak harus memberi contoh sekaligus
o Sediakan alat bantu mangajar
o Penggunaan deria-deria murid dalam aktiviti lihat, dengar, hidu & sentuh.
o Pengajaran mengikut urutan yang tepat contoh-contoh spesifik membawa kepada
kesimpulan umum.
PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN DEDUKTIF
Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid
perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya memilih rumus,
hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contohcontoh khusus.
Bermula daripada berberapa rumus, prinsip, hukum, teorem/peraturan
Digunakan kesimpulan baru, generalisasi baru daripda rumus, hukum, peraturan
Proses pengajaran:

o Prinsip/rumus
o Kaedah deduktif
o Aplikasi rumus/prinsip
o Mendapat rumus baru, prinsip baru dsb.
o Guru memberi tahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal,
o Murid dibimbing mengingat kembali hukum, prinsip, teori, peraturan bagi mendapat
kesimpulan yang baru/ menyelesaikan masalah.
Posted by FOWZI BOMAN at 9:32 AM

No comments:
Post a Comment
Newer PostOlder PostHome
Subscribe to: Post Comments (Atom)
There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Daily Calendar
About Me

FOWZI BOMAN
Aku insan biasa. Dilahirkan pada 1.5.1969. Dibesarkan di Kampung Ongkilan, Kota
Marudu. Menamatkan sekolah menengah di SMK Kota Marudu pada tahun 1990.
Kelulusan ikhtisas, Sijil Perguruan Asas, M.P. Kent (Institut Perguruan Kent). Kelulusan
akademik, SPM (Sains), STPM , Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains)Dengan
Kepujian. Kini bertugas di SK. Timbang Batu, Kota Marudu.
View my complete profile

http://setimbang.blogspot.com

Followers

Blog Archive

2011 (2)
Jan
uary (2)
K

aedah dan Teknik


pengajaran

ENDEKATAN,
KAEDAH, TEKNIK
DAN STRATEGI
PENGAJARAN...
2010 (9)

My Blog List

No. fail bidang Kurikulum &Kokum oleh JPM


3 years ago

Panitia Sains
3 years ago

Watermark template. Powered by Blogger.

http://wwwcikgusktimbangbatu.blogspot.com/2011/01/pendekatan-kaedahteknik-dan-strategi.html

2.

Jiwa Pendidik
Insan yang sempurna rohani dan jasmani adalah umpama tahi lalat
di tengah-tengah pipi masyarakat...
Tuesday, 19 June 2012

5 KAEDAH PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEK
RENDAH
1.0
PENDAHULUAN
Pengajaran yang berkesan adalah hasil usaha seorang guru yang berjaya dalam
mengaplikasikan pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
dan pembelajaran yang sesuai. Pemilihan pendekatan, strategi, kaedah dan
teknik yang sesuai adalah penting untuk menghasilkan persediaan mengajar
mata pelajaran Pendidikan Islam yang lengkap dan berkesan.
Pemilihan kaedah yang betul umpamanya memainkan peranan yang
penting bagi menjamin kelancaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran
harian seorang guru. Ini bertepatan dengan aspek pemilihan kaedah yang
ditegaskan oleh al-Syaibani (1979) iaitu:[1]
tiada satu metode pengajaran yang berguna untuk semua tujuan pendidikan
dan semua mata pelajaran. Begitu juga, tiada pengkaedahan yang lebih baik
bagi semua pendidik dalam semua keadaan dan suasana. Guru boleh memilih
metode yang sesuai dalam tujuan pendidikan yang ingin dicapainya atau
pelajaran yang ingin diajar; serta tahap perkembangan, kematangan dan
kecerdasan pelajar-pelajar.
Kepentingan untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran menjadi
satu faktor penting kepada keberkesanan pengajaran yang disampaikan kepada
para pelajar selain daripada bakat dan ketokohan seseorang guru dalam sesuatu
disiplin termasuk Pendidikan Islam. Keperluan kepada kepelbagaian kaedah

dapat menarik minat pelajar kepada sesuatu mata pelajaran sehingga mampu
mendorong mereka mencapai pencapaian terbaik.
Oleh itu, tumpuan utama yang akan dikupas dalam penulisan ini ialah
berkaitan pengertian kaedah itu sendiri dan beberapa contoh kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang sesuai untuk subjek Pendidikan Islam Sekolah Rendah
yang merangkumi bidang Asuhan Tilawah al-Quran, Asas Ulum Syariyyah, Adab
dan Akhlak Islamiah serta Pelajaran Jawi.
2.0
HASILAN/ESEI/HURAIAN
2.1
PENGERTIAN KAEDAH
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, kaedah bermaksud cara atau peraturan
membuat sesuatu (terutamanya yang bersistem atau yang biasa).[2] Ahmad
Mohd Salleh (2008) mendefinisikan kaedah sebagai satu perancangan atau
prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan
sistematik. Ia merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran
yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi
mencapai sesuatu pelajaran.[3]Secara umumnya, pengertian kaedah boleh
difahami seperti berikut:
Perancangan atau prosedur yang perlu diamalkan oleh semua guru bagi
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang sistematik, terancang
dan teratur.
Sebagai langkah atau cara yang perlu digunakan oleh guru supaya murid dapat
memahami maksud sebenar pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru
kepada mereka.
Melibatkan semua cara yang efektik bagi membantu guru menyampaikan
pengetahuan, ketrampilan oleh guru, nilai-nilai dan kemahiran yang diinginkan
kepada pelajar.
Perancangan yang dapat membantu pendekatan pengajaran yang ingin
digunakan oleh guru bagi memudahkan proses pemindahan pengetahuan
kepada pelajar ataupun kemahiran.
Proses yang penting bagi ditentukan terlebih dahulu oleh guru sebelum mula
memikirkan apakah teknik yang mahu digunakan dalam satu-satu topik
pengajaran.
Al-Syaibani (1979) berpendapat bahawa konsep kaedah P & P yang baik
ialah kaedah yang dapat membantu pelajar memperoleh ilmu pengetahuan,
kemahiran dan mengubah sikap serta tingkah laku, menanam minat dan nilai
yang diingini. Pengajar dan pendidik perlu menyampaikan pengajaran mengikut
tahap pemikiran pelajarnya. Pelajaran yang disampaikan tanpa mengambil kira
peringkat pemikiran dan pencapaian pelajar, sudah pasti boleh membawa

kepada kerumitan kepada pelajar. Keadaan ini akan membawa kepada


kegagalan.[4]
2.2

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM


SEKOLAH RENDAH
2.2.1 KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAH
Pengenalan
Kaedah Talaqqi Musyafahah ialah kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang
tertua dan dipraktikkan oleh Jibril a.s kepada Rasulullah s.a.w. Caranya ialah
Jibril a.s membaca ayat suci al-Quran kemudian Rasulullah meniru bacaan
tersebut dengan diperhatikan oleh Jibril. Setelah itu Rasulullah s.a.w terus
menghafal ayat berkenaan.[5] Sebagaimana firman Allah s.w.t:

{18} }
}
} }

}
{} } 17} }
}

Maksudnya:
Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam
dadamu) dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu). Oleh itu, apabila Kami
telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril),
maka bacalah menurut bacaannya itu.[6]
Terjemahan Surah al-Qiyamah (75): 17 - 18
Seterusnya Rasulullah s.a.w membacakan kepada para sahabat, para
sahabat pula meniru bacaan Rasulullah s.a.w kemudian diminta dituliskan,
seterusnya tulisan itu dibacakan dan dihafalkan. Dalam kaedah Talaqqi
Musyafahah, murid yang mempelajari al-Quran mesti berhadapan secara
langsung kepada gurunya. Faktor ini amat ditekankan supaya murid tahu betul
secara amali bagaimana pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam
bacaan yang meliputi makhraj dan sifat huruf serta hukum-hukum tajwid yang
lain.
Definisi
Merujuk kepada kalimah talaqqi dan musyafahah, kedua-duanya berasal dari
kalimah bahasa Arab. Talaqqi pada bahasa iaitu pertemuan secara berhadapan
atau bersemuka. Dari sudut istilah pula bermaksud pertemuan antara guru dan
murid secara bersemuka.
Manakala kalimah musyafahah pada bahasa ialah sebutan daripada
mulut ke mulut yang diambil dari pergerakan dua bibir. Dari sudut istilah
membawa maksud murid menerima pengajaran secara dengan sebutan guru,
melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya (mengikutnya).

Apa yang boleh difahami daripada makna kedua-dua kalimah ini ialah
murid bertemu atau bersemuka secara berhadapan dengan guruuntuk
mendengar bacaan guru sambil memerhatikan pergerakan bibir guru semasa
menyebut kalimah atau ayat al-Quran dengan sebutan yang fasih dan betul.
Seterusnya, murid pula membaca seperti guru membaca di samping guru
membetulkan sebutan dan bacaan murid tersebut.

a)
b)
c)
d)

Objektif
Menyebut bunyi huruf hijaiyyah yang berbaris dengan tepat.
Membezakan panjang/pendek sebutan huruf.
Membaca dengan betul dan fasih.
Yakin dan berani mencuba di hadapan guru.
Prinsip Kaedah Talaqqi Musyafahah
Pelaksanaan kaedah Talaqqi Musyafahah ini mestilah berdasarkan prinsipprinsip yang telah digariskan. Pertama, mengutamakan sebutan dan bacaan
yang tepat. Guru memainkan peranan yang penting dalam menjayakan prinsip
pertama kaedah ini. Seorang guru itu perlu menguasai kemahiran bacaan alQuran yang baik meliputi sebutan makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan
lain-lain hukum tajwid supaya dapat menyampaikan dengan sebutan dan bacaan
yang tepat.
Prinsip kedua, memerhati pergerakan mulut guru secara berdepan
(bersemuka). Murid haruslah memberi tumpuan dan fokus pada pergerakan bibir
guru apabila berada di hadapan guru. Dengan cara ini, murid dapat melihat
sendiri cara guru melontarkan bacaannya sama ada dengan keadaan bibir mulut
tertutup, terbuka, muncung dan lain-lain lagi.
Seterusnya, prinsip ketiga dalam kaedah Talaqqi Musyafahah adalah
murid menyebut (mengikut) cara sebutan guru. Apabila murid telah mendengar
dan melihat bagaimana cara sebutan yang tepat melalui pergerakan bibir guru,
maka dengan mudah murid tersebut dapat menyebut (mengikut).
Prinsip keempat iaitu kelemahan contoh bacaan daripada guru memberi
kesan besar kepada murid. Sebutan dan bacaan seorang guru akan menjadi
ikutan pada muridnya. Sekiranya, apa yang diungkapkan guru tidak menepati
syarat pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan maka akan
memberi kesan negatif pada bacaan murid kelak.
Prosedur Pelaksanaan Kaedah Talaqqi Musyafahah
Merujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga, prosedur membawa maksud cara yang
lazim untuk membuat sesuatu urusan, aturan atau cara bekerja atau melakukan

sesuatu.[7] Secara umumnya, prosedur melaksanakan kaedah Talaqqi


Musyafahah ini ianya merangkumi 4 langkah seperti yang berikut:[8]
Guru membaca bacaan contoh kepada seorang atau beberapa orang murid
Murid mengikut bacaan guru
Guru meminta seorang atau beberapa orang murid membaca di hadapan guru
Guru mendengar dan menilai bacaan murid
Rajah 2.2.1
Berdasarkan rajah 2.2.1, bagi langkah pertama iaitu guru membaca
bacaan contoh kepada seorang atau beberapa orang murid. Apa yang
dimaksudkan di sini ialah guru memperdengarkan bacaan al-Quran dari bacaan
guru sendiri supaya murid dapat memerhatikan pergerakan bibir dan sebutan
guru. Guru boleh mempamerkan ayat-ayat dari surah yang diajar melalui LCD,
kad carta atau kad manila. Setelah mempamerkan ayat-ayat tersebut, guru
membaca ayat-ayat tersebut dan meminta pelajar mengikut bacaan guru. Bagi
murid yang lemah, guru boleh membaca bacaan contoh secara potongan ayat.
Maksudnya, guru tersebut akan membaca ayat demi ayat supaya murid dapat
mengikutinya.
Langkah kedua iaitu murid mengikut bacaan guru. Setelah murid
diperdengarkan dengan bacaan guru, murid diminta untuk mengikut bacaan guru
secara kelas, kumpulan ataupun individu. Semasa murid membaca ayat, guru
perlu memerhati dan mendengar dengan teliti sebutan murid untuk mengesan
murid yang dapat membaca dan murid yang masih belum boleh menguasai
bacaan.
Seterusnya langkah ketiga iaitu guru meminta seorang atau beberapa
orang murid membaca di hadapan guru. Setelah guru berpuas hati dengan
mutu bacaan murid secara kelas, guru meminta murid membaca ayat-ayat
tersebut di hadapan guru pula secara individu mengikut giliran. Ketika ini, guru
perlu memastikan murid dapat membaca ayat dengan betul dan fasih.
Langkah yang terakhir dalam kaedah Talaqqi Musyafahah ini ialahguru
mendengar dan menilai bacaan murid. Apabila guru telah menilai bacaan
murid secara individu, guru boleh menguji bacaan murid dengan meminta murid
tersebut yang telah betul bacaannya dari segi makhraj dan tajwid,
memperdengarkan bacaan di hadapan kelas jika perlu.

2.2.2 KAEDAH TASMIK


Pengenalan
Kaedah Tasmik adalah salah satu dari kaedah pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam dalam bidang asuhan Tilawah al-Quran. Dalam kaedah Tasmik
ini, murid diminta membaca manakala guru akan mendengar. Ianya bertepatan
dengan maksud Tasmik itu sendiri yang bererti mendengar yang diambil dari
perkataan bahasa Arab.
Kaedah Tasmik bacaan al-Quran sesuai digunakan bagi ayat tilawah dan
ayat hafazan. Seorang murid diminta membaca ayat al-Quran di hadapan guru.
Jika terdapat kesalahan, guru akan memperbetulkan. Selepas itu, murid boleh
ditanya mengenai hukum-hukum bacaan atau tajwid dan maksud tanda-tanda
bacaan dalam ayat yang dibaca. Tujuan utama kaedah ini digunakan adalah
untuk menguji tahap pencapaian setiap murid dalam penguasaan bacaan dan
hafazan al-Quran.

Objektif
Mengetahui pencapaian murid.
Kenal pasti tahap pencapaian.
Menyedarkan kesilapan bacaan.
Meningkatkan kemahiran individu.
Mengklasifikasikan murid mengikut pencapaian.
Prosedur Pelaksanaan Kaedah Tasmik[9]
Rajah 2.2.2
Cara pelaksanaan kaedah tasmik, ialah murid diminta membaca ayat yang
ditentukan oleh guru dengan suara yang kuat (jahar) atau nyaring, di hadapan
guru sama ada secara kumpulan atau individu bergilir-gilir. Guru mendengar
bacaan atau hafazan murid dengan teliti supaya dapat mengesan kesilapan yang
dilakukan oleh murid dalam bacaannya.
Jika terdapat kesalahan, guru akan memperbetulkan kesalahan murid
tersebut. Untuk menentukan pelajar menguasai tajwid, guru boleh menyoal
pelajar tentang hukum bacaan atau hukum tajwid dan maksud tanda-tanda
bacaan dalam ayat yang dibaca.
Kaedah tasmik sangat sesuai diaplikasikan dalam bidang Asuhan Tilawah
al-Quran bahagian ayat bacaan. Melalui kaedah ini guru dapat mengesan
dengan cepat penguasaan pelajar terhadap ayat bacaan yang diajar.

2.2.3 KAEDAH BERCERITA


Pengenalan
Bercerita atau riwayat membawa pengertian sesuatu peristiwa, kejadian, dan
lain-lain.[10] Mengajar cara bercerita bukanlah satu yang asing dalam
pengajaran Islam. Kaedah ini merupakan salah satu teknik yang mampu
menerapkan aspek pembangunan insan. Malah kaedah ini antara cara al-Quran
memberikan didikan akhlak kepada manusia ialah melalui cerita-cerita atau
kisah-kisah para Rasul dan Anbia seperti Nabi Yusuf (a.s), Nabi Ibrahim (a.s),
Nabi Musa (a.s) dan sebagainya.
Dalam pedagogi, guru dilatih supaya dapat menguasai prinsip-prinsip
bercerita untuk disesuaikan dengan orang yang mendengar cerita tersebut.
Dalam Pendidikan Islam, guru yang hendak bercerita mestilah ikhlas dan
bercerita semata-mata kerana Allah untuk mendidik pendengar supaya berakhlak
mulia dan bertakwa kepada Allah serta bertingkah laku sebagaimana yang
ditetapkan oleh Allah dan ditunjukkan oleh para Rasul-Nya, terutama Nabi
Muhammad SAW. Oleh yang demikian, sewajarnya cerita yang dipilih itu adalah
cerita yang baik dan banyak memberikan contoh teladan.
Objektif
Dapat mengembangkan penghargaan dan keseronokan untuk menikmati
kesusasteraan, pengayaan bahasa, pelbagai pengalaman.
Mengembang kemahiran mendengar.
Memotivasi murid-murid membaca.
Menerapkan aspek pembangunan insan.
Prosedur Pelaksanaan Kaedah Bercerita
Langkah-langkah berikut telah dicadangkan untuk aktiviti bercerita: [11]
(a) Sebelum bercerita:
i.
Persekitaran yang selesa adalah penting. Jika boleh, kemas satu tempat supaya
murid-murid boleh duduk mengelilingi pencerita.
ii.

iii.

Jika guru ialah pencerita, ia mesti menimbangkan perkara-perkara berikut:


Pastikan cerita boleh didengar oleh semua murid.
Pastikan semua murid dapat lihat pencerita, terutama muka dan tangan.
Bercerita dengan kuat dan jelas dengan ekspresi suara.
Sekiranya pencerita tidak mahu diganggu, beritahu kepada murid-murid supaya
tidak tanya soalan sehingga penghabisan cerita.
Pastikan semua murid memberi perhatian sebelum cerita itu dimulakan.
Kalau murid-murid diberi peluang bercerita bersama-sama, mereka harus:
Diberi maklumat tentang bahagian-bahagian dan urutan cerita itu.

Diberi peluang berkongsi cerita, peristiwa dalam satu keadaan tidak formal
sebagai permulaan kepada pengalaman bercerita yang lebih mendalam.
(b) Semasa bercerita:
i.
Murid-murid harus diberi peluang mencatat nota untuk perbincangan lanjut;
ii.
Pastikan murid-murid menumpukan perhatian; dan
iii.
Pencerita harus bertentangan mata (eye contact) dengan pendengar dan bertutur
secara terus menerus kepada pendengarnya.

i.
ii.

(c) Selepas sesi bercerita:


Beri peluang kepada murid untuk memberi rumusan cerita; dan
Meminta mereka berkongsikan nilai yang telah belajar.

2.2.4 KAEDAH AMALI DAN DEMONSTRASI


Pengenalan
Amali bermaksud pengamalan (pelaksanaan) sebenar sesuatu ilmu
pengetahuan.[12] Demonstrasi pula bermaksud pertunjukan dan penerangan
tentang cara melakukan sesuatu. Dikenali juga sebagai tunjuk cara yang
merupakan teknik P & P yang melibatkan kemahiran guru mendemonstrasikan
cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di hadapan murid.[13]
Kaedah amali dan demonstrasi ini merupakan cara menyediakan bahan
pelajaran dengan menyediakan secara langsung objeknya atau prosesnya atau
cara melakukan sesuatu. Kaedah ini dapat memberi peluang kepada murid untuk
berinteraksi secara terus dengan isi dan situasi pembelajaran.
Pendekatan amali dan demonstrasi adalah antara kaedah yang paling
banyak digunakan oleh Rasulullah SAW terutamanya dalam P & P Ibadah.
Sebagai contoh terdapat hadith yang menerangkan bagaimana Rasulullah SAW
mengajar tentang wuduk dan solat dengan menunjukkan sendiri cara pergerakan
solat yang betul.
Objektif
Dapat memberikan peluang kepada murid untuk berinteraksi secara terus dengan
isi dan situasi pembelajaran.
Murid memperoleh pengalaman langsung dalam memperoleh kemahiran,
pengetahuan, kesimpulan dan celik akal dalam unit-unit pembelajaran yang
berkenaan.
Membolehkan murid melihat dan mengikuti satu siri langkah, peristiwa atau
fenomena.

Prinsip Kaedah Amali dan Demonstrasi


Memahami dan mematuhi prinsip melaksanakan kaedah amali dan demonstrasi
ini antara faktor yang menolong kepada menghasilkan aktiviti amali dan
demonstrasi dengan lebih berkesan. Oleh itu, guru harus mengetahui prinsip
tersebut. Prinsip-prinsip tersebut pada asasnya adalah seperti berikut: [14]
(1) Sebelum demonstrasi:
a. Guru menentukan topik yang hendak dipelajari, objektif dan kandungan
demonstrasi terlebih dahulu.
b. Guru menyediakan alatan serta bahan yang diperlukan.
c. Tempat demonstrasi ditetapkan di hadapan kelas supaya semua murid dapat
menyaksikannya dengan jelas.
d. Guru hendaklah memberitahu murid tujuan demonstrasi yang ditunjukkan supaya
mereka dapat mencontohinya nanti tanpa melakukan sebarang kesilapan.
(2) Semasa demonstrasi:
a. Guru harus memandang ke arah murid semasa memberi penerangan tentang
demonstrasi yang dijalankan.
b. Sekiranya murid menunjukkan keraguan, guru hendaklah menerangkan langkah
itu sekali lagi.
c. Guru boleh menggunakan teknik menyoal untuk menarik perhatian murid atau
untuk mengingat kembali teori yang dipelajari sebelum ini.
d. Pastikan semua murid dapat melihat demonstrasi serta mendengar penerangan
guru dengan jelas.
e. Tegaskan bahagian yang penting.
f. Jika masa mencukupi beri peluang murid membuat demonstrasi.
(3) Selepas demonstrasi:
a. Mengadakan perbincangan dengan murid tentang bahagian demonstrasi penting.
Perbincangan ini bagi memastikan murid-murid memerhatikan demonstrasi
dengan betul.
b. Galakkan murid bertanya aspek yang kurang difahami.
c. Guru memberi aktiviti susulan untuk mengukuhkan lagi penguasaan kemahiran
yang dipelajari, misalnya mengadakan kuiz ataupun perbincangan.

2.2.5 KAEDAH PERMAINAN (BELAJAR SAMBIL BERMAIN)


Pengenalan
Permainan menjadi satu keperluan semula jadi bagi kanak-kanak. Situasi
bermain boleh digunakan dalam pengajaran guru di bilik darjah untuk mencapai
objektif-objektif pendidikan. Kaedah bermain sesuai untuk pendidikan prasekolah

dan sekolah rendah. Kaedah ini juga boleh digunakan dalam pengajaran
Pendidikan Islam.
Permainan merupakan satu cara melatih murid sebagai seorang manusia
dan merupakan satu teknik yang baik untuk menjadikan pengajaran di sekolah
lebih menarik dan praktis. Kanak-kanak akan memperoleh pembelajaran yang
paling berkesan sekiranya mereka mempelajari sesuatu sesuai dengan minat,
tujuan dan faedah mereka.
Objektif Kaedah Permainan (Belajar Sambil Bermain)

Memberi peluang kepada murid-murid melakukan aktiviti berpura-pura di


bawah keadaan terkawal.
Mengembangkan potensi intelek, jasmani, rohani dan sosial murid-murid.
Mengukuhkan kemahiran-kemahiran yang baru dipelajari.

Prinsip-prinsip Kaedah Permainan


Menurut Musa Daia (1992), kaedah mainan didasarkan beberapa prinsip seperti
di bawah:[15]
1) Proses pembelajaran mestilah disalurkan melalui aktiviti-aktiviti yang berbentuk
permainan.
2) Pembelajaran mestilah di dalam keadaan yang bebas dan tidak ada langsung
penghalangnya.
3) Penyampaian hendaklah secara tidak langsung dan bersahaja supaya sesuai
dengan minat dan keperluan kanak-kanak.
4) Guru mestilah mempunyai sikap yang positif, iaitu sering menggalakkan muridmurid melahirkan sesuatu dengan bebas. Beri peluang yang cukup kepada
setiap murid untuk melahirkan sesuatu.
5) Murid-murid hendaklah sentiasa gembira dalam proses pembelajaran. Mereka
hendaklah menjadi peserta yang aktif dalam proses itu. Mereka juga hendaklah
bertanggungjawab terhadap perkembangan dan kemajuan diri sendiri.
Langkah Melaksanakan Aktiviti Permainan
Jill Hadfield (1984) berpendapat bahawa aktiviti permainan haruslah diajarkan
melalui demonstrasi dan bukan disampaikan dengan cara penerangan lisan
sahaja. Oleh itu, beliau sarankan aktiviti permainan dilaksanakan dengan
langkah-langkah seperti berikut:[16]
1. Guru menerangkan secara ringkas tentang tujuan bermain.
2. Guru kemudian mendemonstrasikan cara atau kaedah bermain.
3. Seorang atau sekumpulan kecil murid dipilih untuk melakukan semula
demonstrasi guru.

4. Semua murid menjalankan aktiviti permainan dalam kumpulan kecil

masing-masing.
5. Guru beredar dari sekumpulan ke sekumpulan dengan tujuan
mengawas aktiviti murid, dan memberi bimbingan jika perlu.
6. Selepas aktiviti permainan, guru atau seorang murid, dipilih untuk
memberi rumusan yang dipelajari dalam aktiviti permainan.

Kelebihan Kaedah Permainan


1) Murid tidak bosan.
2) Melatih murid berinteraksi dengan bebas sesama mereka.
3) Guru dapat mengenal dengan mudah kemampuan murid dan kelemahan murid
semasa bermain.
Kelemahan Kaedah Permainan
1) Menambah/ membebankan guru untuk menyediakan ABM.
2) Tidak semua tajuk pelajaran dapat menggunakan kaedah ini.
3) Menambahkan penggunaan wang sekolah.

3.0
PENUTUP
Keperluan kepada kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang betul
tidak boleh dipandang ringan dalam satu-satu sistem pembelajaran yang ideal.
Kepentingan kaedah ini sama pentingnya dengan objektif dan kurikulum yang
dinyatakan dalam mana-mana sistem falsafah pendidikan terutamanya
Pendidikan Islam. Pelaksanaan kaedah-kaedah pengajaran yang dirancang
dengan teliti akan membolehkan ia berkembang mengikut matlamat yang
ditentukan.
Musa Daia (1992) berpendapat bahawa seorang guru mesti mempunyai
kemahiran yang cukup dalam menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang
berbeza. Walaupun banyak kaedah pengajaran yang baharu diperkenalkan,
tetapi perlu ditekankan bahawa tidak ada satu formula pun yang betul-betul dapat
menentukan bagaimana cara untuk mengajar. Apa yang perlu dilakukan ialah
menyesuaikan kaedah-kaedah yang pelbagai itu dengan kehendak dan
kehidupan manusia yang dinamik.[17]
Pengabungjalinan antara pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran
dalam Pendidikan Islam merupakan kaedah yang terbaik bagi mengatasi segala
kelemahan yang ada pada setiap kaedah. Memandangkan setiap kaedah
mempunyai kelebihan yang tersendiri dan ianya adalah bergantung kepada

kehendak individu guru itu untuk mengunakan mana-mana kaedah yang


bersesuaian dengan tahap dan kemahiran yang ada pada mereka.

4.0

RUJUKAN

Ahmad Mohd Salleh. (2008). Pengajian Agama Islam & j-QAF: Metodologi dan
Pedagogi Pendidikan. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Hjh. Noresah Baharom. (2002). Kamus Dewan Edisi Ketiga. c. 7. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam: Kaedah
Pengajaran & Pembelajaran. Johor: Penerbit UTM Press.
Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Pendidikan Guru. (2003).Modul 1/3 Ilmu
Pendidikan Pengajian Profesional KPLI SR Mod LPBS. Putrajaya: BPG KPM.
Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Pendidikan Guru. (2005).Modul 1/3
Pendidikan Al-Quran Minor KPLI SR Mod LPBS. Putrajaya: BPG KPM.
Kementerian Pelajaran Malaysia. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Bahagian
Kurikulum Pendidikan Islam. (2007). Buku Panduan Kursus Pemantapan Guruguru j-QAF Tahun 2007. Kuala Lumpur: JAPIM KPM.
Mok Soon Sang. (2009). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sekolah Rendah) Komponen 1
& 2. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Sheikh Abdullah Basmeih. (2006). Al-Quran Al-Karim Mushaf Tajwid Berserta
Terjemahan Ke Dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: DarulFikir.
[1] Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam: Kaedah

Pengajaran & Pembelajaran. Johor: Penerbit UTM Press. h. 30.


[2] Hjh. Noresah Baharom. (2002). Kamus Dewan Edisi Ketiga. c. 7. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. h. 557.
[3] Ahmad Mohd Salleh. (2008). Pengajian Agama Islam & j-QAF: Metodologi dan Pedagogi
Pendidikan. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. h. 188.
[4] Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri. (2007). Op. Cit. h. 29.
[5] Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Pendidikan Guru. (2005). Modul 1/3 Pendidikan
Al-Quran Minor KPLI SR Mod LPBS. Putrajaya: BPG KPM. h. 1.
[6] Sheikh Abdullah Basmeih. (2006). Al-Quran Al-Karim Mushaf Tajwid Berserta Terjemahan Ke
Dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: DarulFikir. h. 577.
[7] Hjh. Noresah Baharom. (2002). Op. Cit. h. 1058.
[8] Kementerian Pelajaran Malaysia. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Bahagian

Kurikulum Pendidikan Islam. (2007). Buku Panduan Kursus Pemantapan Guru-guru j-QAF
Tahun 2007. Kuala Lumpur: JAPIM KPM. h. 51.
[9] Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Pendidikan Guru. (2005). Op. Cit.h. 3.
[10] Hjh. Noresah Baharom. (2002). Op. Cit. h. 234.
[11] Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Pendidikan Guru. (2003). Modul 1/3 Ilmu
Pendidikan Pengajian Profesional KPLI SR Mod LPBS. Putrajaya: BPG KPM. h. 19.
[12] Ibid. h. 33.

[13] Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri (2007). Op. Cit. h. 281.
[14] Ibid. h. 283.
[15] Ahmad Mohd Salleh (2008). Op. Cit. h. 207.
[16] Mok Soon Sang. (2009). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sekolah Rendah) Komponen 1 &

2. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. h. 355.


[17] Ahmad Mohd Salleh. (2008). Op. Cit. h. 194.
Sumber : Hasil Tugasan PI IPG Kampus Darulaman
Posted by Noor Azlinda Abdullah at 17:31
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Reactions:

1 comment:
1.
nurul farhana mat sundari8 May 2013 06:33
terima kasih :)
Reply

Newer PostOlder PostHome


Subscribe to: Post Comments (Atom)
There was an error in this gadget

Pukul Berapa???
Siapa Saya???

Noor Azlinda Abdullah


View my complete profile

Menu Saya...
2012 (7)
June (7)
Jun 19 (7)
HATI BUTA SEBAB 10 PERKARA 1. Mengenali Allah ...
7 GOLONGAN MENDAPAT NAUNGAN ALLAH

4 WAKTU TERBAIK MINUM AIR MASAK Dah jadi lumrah


APA ITU PENGAJARAN MAKRO??? KonsepPengajaran
5 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

...
KEPENTINGAN AGAMA DALAM PENDIDIKAN AKHLAK
PENDIDIKAN ISLAM, MORAL TAK PERLU JADI SUBJEK

Pengikut Saya
Translate

Translate

Powered by

Share It

Fish

Watermark template. Template images by loops7. Powered by Blogger.

http://naa87.blogspot.com/2012/06/5-kaedah-pengajaran-danpembelajaran.html

3.

PRASEKOLAHKU GEMILANG
Segalanya tentang perkembangan,kemajuan
dan pendidikan kanak-kanak prasekolah

Home
PreSchool Programme
Jom Jenguk!
BBM/BBB
Sisipan
My Preschool

Monday, October 3, 2011

TEKNIK BERCERITA UNTUK KANAK-KANAK


Bercerita
Telah lama disedari bahawa cerita dapat memberi sumbangan ke arah kejayaan
akademik
dan kesejahteraan emosi kanak-kanak. Cerita-cerita rakyat misalnya, sesuai
dijadikan
bahan bercerita. Sebagai alat untuk pembelajaran, kaedah bercerita dapat
dijadikan alat
untuk menggalakkan pelajar meneroka keunikan diri mereka. Selain itu ia juga
dapat
meningkatkan tahap kebolehan mereka berkomunikasi melalui pemikiran dan
perasaan
serta meluahkannya dalam bentuk oral yang teratur. Dalam dunia sekarang yang
serba
maju dan canggih, aktiviti bercerita dapat dijadikan alat untuk memupuk dan
menyuburkan sifat-sifat peka pelajar terhadap kelebihan menguasai bahasa dengan
baik.
Selain itu, ia juga menyedarkan mereka bahawa adalah penting kita mempunyai
kemahiran mendengar yang baik bagi mewujudkan komunikasi yang berkesan
antara
individu.
Bercerita juga membolehkan kanak-kanak menyuarakan pendapat dan perasaan
secara
lisan. Perkara ini berlaku apabila kanak-kanak diberi peluang untuk bercerita
semula
setelah guru berbuat demikian. Guru boleh bertanya kepada kanak-kanak apakah
yang
mereka fikir akan berlaku selepas sesuatu kejadian dalam cerita. Dengan cara ini,
kanakkanak
dengan daya imaginasi mereka akan dilatih memberikan pendapat dan pandangan.
Guru pula perlu menerima cadangan kanak-kanak tersebut tanpa prejudis. Dari
situ guru
boleh membantu kanak-kanak mengembara ke dalam dunia imaginasi dengan
mendengar dan berkongsi cerita tersebut dengan rakan-rakan sekelas yang lain.
Bercerita boleh dijadikan alat untuk melatih kemahiran mendengar dan bertutur
secara

yang menyeronokkan. Hal ini demikian kerana sewaktu bercerita, kanak-kanak


atau guru
juga tidak terikat dengan nada dan intonasi perbualan yang biasa. Setiap patah
perkataan
perlu diucapkan bersesuaian dengan cerita. Contohnya, sekiranya terdapat kisah
harimau
dalam cerita itu, guru boleh memberi perhatian yang lebih sewaktu menyebut
harimau
meNGAUM bagi memberi kesungguhan bahawa harimau mengaum itu suatu
perbuatan
yang dapat menunjukkan kegagahan. Guru tidak perlu untuk membunyikan
ngauman
itu, cukup kalau memberi penekanan dalam sebutannya. Hal ini dapat
mengelakkan jika
guru tidak dapat mengaum dengan suara yang kuat dan dalam. Suasana bercerita
dan
mendengar cerita ini dapat mewujudkan keseronokan kepada kanak-kanak di
samping
mereka dapat melatih kemahiran mendengar yang baik. Guru mungkin boleh
memberi
arahan awal supaya kanak-kanak mendengar dengan baik, barulah guru akan mula
bercerita. Jika pelajar pula diberi peluang bercerita, sesi tersebut dapat menjadi
sesi
melatih mereka bertutur dan menyebut perkataan dengan betul. Contohnya:
Ada seekor itik cantik ingin memetik buah betik. Itik yang cantik tidak
dapat memetik buah betik. Pokok betik sangat tinggi. Itik cantik tidak
putus asa. Buah betik itu mesti dipetik. Itik cantik bercadang meminta
tolong.
Bercerita juga dapat memperkenalkan kosa kata baru bersesuaian dengan isi.
Sebolehbolehnya
guru perlu berusaha untuk memperkenalkan beberapa perkataan baru setiap kali
bercerita kepada kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-kanak akan mudah belajar
makna
kata apabila digunakan dalam konteks yang sesuai. Banyak perkataan yang
mempunyai
lebih daripada satu makna. Dengan menggunakan dalam cerita, kanak-kanak dapat
menyesuaikan kegunaan kata dengan konteks yang sesuai. Walau bagaimanapun,
guru

perlu elakkan memperkenalkan terlalu banyak perkataan dalam satu-satu masa


kerana
ianya mungkin akan mengelirukan kanak-kanak. Sekiranya ada perkataan baru
yang
telah diperkenalkan, guru bolehlah membuat sedikit persediaan dengan
menuliskannya
pada kertas imbasan dan dilekatkan di papan flannel atau dinding kelas supaya
mudah
diingat oleh kanak-kanak. Daya imaginasi sewaktu bercerita dapat merangsang
penggunaan bahasa yang baik.
Kanak-kanak lebih cepat belajar perkara yang diminati dan bercerita sangat
menarik
perhatian mereka. Setiap kanak-kanak mempunyai minat yang berbeza terhadap
cerita.
Kanak-kanak lelaki misalnya lebih meminati cerita-cerita binatang. Kanak-kanak
perempuan pula mungkin lebih sukakan cerita Cinderella atau Red Riding Hood
kerana ceritanya mengisahkan perihal kecantikan puteri. Walau bagaimanapun,
guru
biasanya menghadapi sebuah kelas yang terdiri daripada kanak-kanak lelaki dan
juga
perempuan. Oleh itu adalah sukar bagi guru untuk mengadakan sesi bercerita yang
berasingan kepada kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan. Apa yang
boleh
dilakukan oleh guru ialah mengimbangkan cerita seumpama itu supaya
mengandungi
aksi-aksi lasak. Oleh itu kedua-dua kanak-kanak dapat menikmatinya. Kanakkanak
perempuan menggemari kecantikan puteri, dan kanak-kanak lelaki menggemari
aksi-aksi
lasak tersebut. Tugas berat itu perlulah dibuat oleh guru sebelum mula bercerita
supaya
penceritaan akan menjadi licin dan lancar.
Bercerita dapat menjadi cara yang sesuai untuk mengenali keunikan individu.
Sewaktu
aktiviti bercerita dijalankan, guru dapat mengenal pasti ciri-ciri tertentu dalam
setiap
pelajarnya. Ada kanak-kanak yang dapat duduk dan mendengar dengan baik, ada
kanakkanak

yang hanya boleh duduk diam selama beberapa minit sahaja, ada kanak-kanak
yang suka mengganggu rakan sewaktu sesi berlangsung, ada kanak-kanak yang
suka
mengambil bahagian dalam bercerita, dan sebagainya. Secara tidak langsung, guru
dapat
mengenal perangai setiap pelajar di bawah penyeliaannya. Perkara ini penting bagi
mereka untuk mengawal kelas sewaktu pengajaran berlangsung.
Sewaktu sesi bercerita, guru dapat menunjukkan contoh kepada pelajar untuk
dijadikan
panduan dan pedoman hidup. Guru juga dapat menerapkan nilai-nilai murni yang
perlu
diamalkan seperti taat kepada ibu bapa, mendengar nasihat adik-beradik,
berkongsi
kemudahan dalam kelas atau di rumah, dan pelbagai lagi bergantung kepada
kreativiti
guru. Namun perlu diingat iaitu elakkan memberi penekanan yang terlalu berat
terhadap
pemupukan nilai sehinggakan sesi bercerita bertukar menjadi sesi ceramah.
Keadaan ini
tidak dapat meninggalkan impak yang positif terhadap pelajar. Sekiranya keadaan
ini
berlaku, pelajar akan berasa bosan dan enggan memberi kerjasama pada masamasa akan
datang. Misalnya terdapat watak tertentu dalam cerita yang boleh dijadikan
panduan
kepada pelajar, guru bolehlah mengaitkannya dengan mengambil pelajarpelajarnya
sebagai contoh. Misalnya, Tengok, apa yang jadi kalau tidak mendengar nasihat
ibu
atau Piko sakit gigi sebab tidak memberusnya sebelum tidur. Guru boleh
menyambung
Siapa nak jadi seperti Piko? atau Siapa tak suka dengar cakap ibu?. Seterusnya
mungkin dia boleh berkata Cikgu tahu Amar suka dengar cakap ibu kan? atau
Semua
pelajar cikgu ni suka dengar cakap ibu, kan?. Secara tidak langsung kanak-kanak
itu
akan terasa dihargai kerana dilibatkan dalam penceritaan. Perkara ini dapat
menaikkan
imej kendiri mereka.

Bercerita Dalam Bilik Darjah


Bercerita merupakan aktiviti yang menarik dan boleh digunakan dalam manamana
pelajaran bagi menghidupkan sesuatu pengajaran. Bercerita dapat meningkatkan
kefahaman kanak-kanak terhadap pelajaran dan boleh merangsang kanak-kanak
melahirkan idea atau pendapat serta menjadikan pembelajaran sebagai suatu
pengalaman
yang menyeronokkan. Bercerita juga dapat dijadikan sebagai aktiviti pengukuhan.
Sebelum bercerita, guru perlu menyediakan diri selengkapnya. Misalnya memilih
cerita
yang sesuai, menentukan fokus cerita, memikirkan soalan-soalan yang boleh
dikemukakan, perkataan atau frasa yang perlu difokuskan dan mencatat rangka
cerita
sebagai panduan. Selain itu, guru perlu berlatih bercerita sebelum bercerita kepada
kanak-kanak untuk menambahkan keyakinan diri atau mencatat butir-butir
penting atas
kad-kad kecil sebagai rujukan dan menentukan alat atau bahan yang akan
digunakan
semasa bercerita.
Semasa bercerita pula, guru perlu memastikan keadaan kanak-kanak selesa, dapat
memberi tumpuan sepenuhnya terhadap cerita, tidak ada gangguan yang boleh
mengalihkan perhatian mereka dan melibatkan kanak-kanak dengan memberi
peluang
menjawab soalan atau melakonkan semula. Suara guru perlu jelas, bahasa yang
digunakan sesuai dengan tahap kanak-kanak dan istilah yang diperkenalkan
daripada
yang konkrit kepada abstrak. Gerak badan dan mimik muka yang sesuai boleh
digunakan
untuk menarik perhatian kanak-kanak. Bahan-bahan yang sesuai perlu digunakan
bagi
membantu penyampaian guru dan membantu kefahaman kanak-kanak terhadap
jalan
cerita. Guru perlu peka terhadap reaksi yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.
Sekiranya
sesuai, guru bolehlah memakai pakaian yang khas untuk menambahkan
keseronokan
kepada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, pakaian itu hanya sebagai tambahan

kepada
guru, sekiranya tiada pun tidak mengapa. Aksi guru sebenarnya yang lebih
mustahak.
Nada dan intonasi guru sangat penting. Sekiranya suara guru rata dan tidak
bertukartukar
mengikut ceritanya, sesi akan menjadi hambar.
Selepas bercerita, guru perlu menyediakan aktiviti susulan sama ada menjawab
soalansoalan,
meminta kanak-kanak bercerita semula, atau simulasi/melakonkan
bahagianbahagian
tertentu cerita bagi memastikan kanak-kanak memahami cerita. Selain itu,
nyanyian, melukis, dan kuiz boleh dijadikan sebagai pengukuhan.
Banyak perkara yang perlu difikirkan sewaktu mengatur sesuatu sesi bercerita
bersama
pelajar. Antaranya ialah guru perlulah:
1. Permudahkan plot cerita yang ingin diperdengarkan
Gunakan perkataan sendiri untuk bercerita dengan mengekalkan konsep-konsep
kesesuaian pilihan perkataan. Seringkali guru tidak dapat membina cerita sendiri
tetapi
akan memetik dari buku-buku cerita yang ada di pasaran. Kita perlu ingat,
kadangkadang
buku cerita dihasilkan oleh penulis bukan yang tidak mempunyai latar belakang
pendidikan. Mereka adalah penulis yang menulis untuk memenuhi pasaran. Sukar
mendapatkan buku cerita yang benar-benar memenuhi kehendak pembelajaran
kanakkanak
iaitu yang menghiburkan, dan dalam masa yang sama memberi pengajaran. Oleh
itu adalah penting kepada guru-guru untuk membaca cerita-cerita sebegini dan
mempermudahkan plotnya bagi menyesuaikan dengan kanak-kanak. Benar atau
salah
cerita itu bukanlah perkara terpenting tetapi jika guru dapat bercerita dengan baik
sehingga kanak-kanak dapat menerima cerita tersebut, itu dikatakan sudah
berjaya.
2. Bina peta atau carta alir cerita
Manusia memang mempunyai sifat lupa. Tidak terkecuali bagi guru. Oleh itu, guru

bolehlah membina peta cerita atau carta aliran untuk memudahkan cerita dan
mengelakkan lupa. Semua ini perlu dilakukan supaya guru tidak tersekat-sekat
sewaktu
bercerita. Tambahan pula jika ada pelajarnya yang suka mencelah atau
menimbulkan
masalah semasa sesi berlangsung. Selepas menangani masalah pelajar, guru terlupa
di
mana dia telah berhenti. Perkara ini akan membuatkan pelajar berasa kecewa.
Kalau
guru menyediakan peta cerita, perkara ini dapat dielakkan. Walaupun terganggu,
guru
tetap dapat menyambung ceritanya dengan baik. Walau bagaimanapun, gangguan
seumpama itu dapat mengurangkan keseronokan kanak-kanak mendengar cerita,
dan
seboleh-bolehnya dielakkan oleh guru.
3. Sediakan alat bantu yang sesuai
Sekiranya perlu, guru perlu menyediakan alat bantu untuk digunakan sewaktu sesi
bercerita. Tujuannya supaya kanak-kanak berasa seronok. Misalnya gambargambar
binatang, pemandangan, atau apa saja yang berkaitan dengan cerita boleh
menjadikan
sesi bercerita lebih menarik minat. Warna-warni gambar menjadai pelengkap
kepada
penceritaan yang menarik.
5. Bercerita dengan suara, gaya, dan intonasi yang sesuai.
Aspek ini adalah perkara paling penting dalam sesebuah sesi bercerita. Sekiranya
suara
yang monotonous dengan gaya yang hambar dan intonasi yang mendatar, pelajar
akan
jemu dan gagallah guru tersebut. Keadaan akan menjadi lebih serius jika guru
berterusan
tiada gaya bercerita, lama-kelamaan pelajar menjadi bosan dan tidak berminat
mengikuti sesi bercerita yang dikendalikan oleh guru tersebut. Sesi bercerita juga
boleh
bertukar menjadi sesi yang bising dan tidak terkawal.

6. Sediakan pakaian khas jika perlu


Sesuatu sesi bercerita akan menjadi lebih menarik sekiranya guru menyediakan
pakaian
khas sewaktu bercerita. Selain membangkitkan mood kanak-kanak, ia juga dapat
menjadikan sesi lebih real. Tidak perlulah menyediakan pakaian yang mahal atau
terlalu detail sehingga menenggelamkan cerita. Cukuplah sekadar penghias untuk
membezakan antara waktu pengajaran biasa dengan sesi bercerita. Keadaan ini
juga boleh
menjadikan kanak-kanak lebih bersemangat dan bersedia untuk mengambil
bahagian
yang aktif dalam sesi tersebut.
Sekiranya guru bersedia sebelum mengadakan aktiviti bercerita, sesi tersebut akan
menjadi sangat bermakna dan kanak-kanak dapat belajar sesuatu darinya. Banyak
perkara yang boleh dilakukan bergantung kepada inisiatif dan kreativiti guru.
Memilih Cerita Untuk Kanak-kanak
Banyak perkara yang perlu diberi perhatian apabila memilih cerita untuk
digunakan
dengan kanak-kanak prasekolah. Antaranya ialah plot cerita, iaitu struktur
penceritaan.
Kita biasa mendengar kanak-kanak bertanya Seronok tak cerita tu?. Yang
dimaksudkan
oleh kanak-kanak itu ialah adakah cerita itu bagus kerana plot diumpamakan
seperti
benang yang menjahit dan mencantumkan peristiwa cerita serta menceritakan
apakah
yang berlaku kepada watak-watak dalam cerita itu. Baik plot cerita, baiklah cerita
itu.
Plot yang baik berkembang secara semulajadi daripada tindakan watak-watak, dan
bukannya terjadi secara disengajakan. Cerita yang mengandungi sub plot yang
banyak
juga boleh mengelirukan kanak-kanak. Bagi kanak-kanak peringkat prasekolah,
memadai
cerita yang mempunyai satu plot utama sahaja.
Latar cerita juga penting kepada kanak-kanak. Latar masa boleh jadi pada masa
sekarang, yang sudah lepas, atau masa akan datang. Begitu juga dengan latar
tempat.

Boleh jadi di tempat yang biasa dengan kanak-kanak atau fiksyen semata-mata.
Walau
bagaimanapun, latar yang dipilih perlu bersesuaian dengan watak yang digunakan.
Guru
boleh mempelbagaikan cerita yang digunakan, bukannya memilih jenis cerita yang
sama
sahaja, bagi mengelakkan kebosanan.
Tema cerita yang dipilih untuk kanak-kanak juga penting. Ianya bergantung
kepada
tujuan guru menggunakan buku cerita tersebut, iaitu apakah mesej yang ingin
disampaikan kepada kanak-kanak. Kadang kala terdapat buku-buku cerita yang
mengandungi makna yang berlapis, iaitu yang tersirat. Guru perlulah pandai
mencungkil
segala tema ini supaya kanak-kanak akan mendapat impak yang optimum. Tema
yang
hendak dipilih perlulah yang sesuai untuk dipupuk kepada kanak-kanak, seperti
adil,
jujur, dan seumpamanya. Ini kerana tidak semua nilai yang hendak didedahkan
kepada
kanak-kanak pada peringkat itu. Memadai kalau mereka dididik untuk bertolak
ansur
dengan rakan-rakan, boleh berkongsi permainan, boleh menghormati rakan ketika
rakan
bercakap, tidak merampas barangan rakan, dan seumpamanya. Melalui cerita,
guru dapat
menyampaikan segala mesej ini dengan bersahaja dan meneguhkannya selepas
cerita
selesai. Dengan cara ini, mesej akan lebih kekal dalam ingatan kanak-kanak. Bukubuku
yang mengandungi pengenalan konsep-konsep mudah seperti saiz, bentuk, dan
warna
bolehlah diperkenalkan. Perasaan ingin tahu mereka terhadap sesuatu dapat
membangkitkan minat kanak-kanak tersebut terhadap aktiviti membaca. Oleh itu
bukubuku
mengenai mengapa sesuatu itu begitu, dan mengapa perkara ini begini sangat
menarik perhatian mereka. Contohnya fenomena cuaca, binatang, alam sekitar, dan
sebagainya. Selain itu kanak-kanak juga sangat sukakan cerita-cerita
pengembaraan.
Contohnya pengembaraan ke zoo atau sarkis. Watak-watak yang ada adalah

pelbagai
dan guru dapat mencipta bermacam-macam watak yang sesuai dengan minat
kanakkanak
di bawah seliaannya. Yang pentingnya tema cerita dapat membangkitkan rasa
ingin tahu kanak-kanak kerana dari situlah mereka belajar mengenai diri mereka,
rakanrakan,
dan dunia seluruhnya.
Watak juga memainkan peranan yang penting apabila memilih buku untuk kanakkanak.
Watak-watak yang hidup dan real seperti orang-orang yang dikenali sesuai dipilih.
Kadang-kadang ada buku yang menggunakan watak-watak binatang tetapi jika
dilukiskan
dengan sesuai, juga berkesan. Maksudnya watak-watak itu perlulah mempunyai
kelebihan dan kelemahan tersendiri. Cara pengarang memperkenalkan watak juga
pelbagai. Ada yang memperkenalkan secara terus, ada yang diperkenalkan oleh
watak
lain dalam cerita, ada yang diceritakan melalui dialog-dialog tertentu. Malah ada
watak
yang tidak diperkenalkan tetapi dapat dikesan melalui aksi-aksi tertentu. Namun
perlu
diingat bahawa, perwatakannya perlulah tekal, tetapi bukannya sentiasa baik atau
jahat
semata-mata. Segala perlakuan dan percakapan watak perlulah sesuai dengan
umur,
budaya, dan taraf pendidikan. Watak-watak juga tidak boleh terlalu banyak
sehingga
boleh mengelirukan kanak-kanak. Biasanya buku yang baik hanya mengandungi
empat
watak sahaja. Ini membolehkan kanak-kanak mengikuti cerita watak-watak
tersebut
dengan mudah. Mungkin guru boleh membincangkan secara tidak formal tentang
masalah-masalah yang dihadapi oleh watak dalam cerita dan kaitkan dengan diri
kanakkanak.
Dengar jika kanak-kanak mengemukakan pendapat mereka tentang watak-watak
yang telah dibaca.
Stail dan gaya bahasa yang digunakan dalam cerita juga sangat penting diberi
perhatian
sewaktu memilih buku cerita kepada kanak-kanak. Cara pengarang memilih kata-

kata
dan ayat untuk mengaitkan plot dapat memberi keseronokan sewaktu membacanya.
Gaya bahasa yang sesuai dengan latar dan watak yang dipilih membuatkan cerita
menjadi
logik dan diminati oleh kanak-kanak. Kanak-kanak tidak sukakan cerita yang
terlalu
deskriptif, tetapi cerita yang mengandungi rima-rima tertentu dapat menarik
perhatian
mereka. Buku cerita yang mengandungi lagu-lagu tertentu juga memberikan
keseronokan kepada kanak-kanak. Oleh itu pilihlah buku cerita yang mengandungi
ayatayat
mudah kerana ayat kompleks yang panjang membosankan pelajar kerana sukar
difahami. Pengulangan yang sesuai juga boleh digunakan.
Format buku cerita juga memainkan peranan penting dalam menarik minat kanakkanak.
Faktor-faktor saiz, bentuk, reka bentuk halaman, ilustrasi, pemilihan huruf, dan
kualiti
kertas boleh mempengaruhi minat mereka terhadap sesebuah buku. Buku yang
mengandungi banyak gambar yang berwarna-warni tentunya menarik dan kanakkanak
suka. Selain membaca, mereka juga dapat menikmati gambar yang cantik. Tidak
mustahil
jika kanak-kanak dapat mencipta cerita mereka sendiri berdasarkan gambar dalam
buku
cerita tersebut. Tulisan yang menarik dan saiz yang sesuai boleh membuatkan
mereka
tertarik untuk membacanya. Kanak-kanak yang masih dalam peringkat belajar
membaca
akan lebih mudah membaca tulisan yang besar. Buku cerita yang menggunakan
format
tulisan mengikut suku kata juga dapat membantu kanak-kanak belajar membaca.
Selain
itu bentuk buku yang senang dipegang juga mempengaruhi minat kanak-kanak.
Tidak
hairanlah jika kebanyakan buku kanak-kanak yang menggunakan kertas tebal dan
berkualiti lebih digemari berbanding buku biasa dengan kertas nipis.
Namun, sebelum membaca sesebuah buku kepada kanak-kanak, guru-guru atau
sesiapa
sahaja perlu membacanya terlebih dahulu. Pastikan cerita/idea yang ingin
disampaikan
melalui buku tersebut dapat menyentuh hati kanak-kanak. Untuk membantu
memilih

buku yang sesuai dan menjadikan sesi membaca cerita atau bercerita itu efektif,
guru
perlulah mempunyai panduan-panduan tertentu seperti pilihlah buku-buku yang
dapat
menggambarkan permasalahan yang sedang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut.
Misalnya dalam usia enam tahun, biasanya apakah perkara yang sering bermain di
fikiran
kanak-kanak. Kemungkinan isi cerita yang berkaitan dengan permainan, binatang,
dan
seumpamanya adalah menarik minat mereka. Buku cerita yang dipilih juga
sebaikbaiknya
dapat menggalakkan penyertaan aktif kanak-kanak. Misalnya mengandungi lagu
atau bait-bait puisi yang boleh dinyanyikan bersama-sama. Walaupun tujuan utama
mendengar cerita adalah untuk berhibur, perlu diingat bahawa kanak-kanak juga
perlu
belajar sesuatu dari cerita tersebut. Oleh itu buku cerita yang menggabungkan
unsurunsur
kognitif dan afektif adalah perlu supaya mereka dapat menyerap nilai dan
pengajaran yang ingin diketengahkan melalui sesebuah cerita. Kalau boleh, cerita
yang
dipilih perlu mengandungi unsur-unsur penyelesaian masalah. Tidak perlu
menyelesaikan
masalah yang besar dan berat, memadai jika mereka perlu mencantum dan
menyusun
gambar. Kerja itu sebenarnya memerlukan kemahiran menyelesaikan masalah.
sumber:cikguani.blogspot.com
Posted by Fadzilah041400 at 5:31 AM
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
No comments:
Post a Comment

Newer PostOlder PostHome


Subscribe to: Post Comments (Atom)
LOGO PRASEKOLAH KPM

Blog Archive

o
o

2011 (45)
September (14)
October (14)
Apa Itu LINUS
Membentuk Kemahiran Membaca Kanak-kanak
Teaching Alphabet Sound
TEKNIK BERCERITA UNTUK KANAK-KANAK
TUNJANG BAHASA DAN KOMUNIKASI
TUNJANG KEROHANIAN,SIKAP DAN NILAI
TUNJANG KETRAMPILAN DIRI
TUNJANG FIZIKAL DAN ESTETIKA
TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI
TUNJANG KEMANUSIAAN
Kemahiran menulis mekanis dan
pelahiran(mental)

Jom kenali kaedah mengajar membacasukukata

SCIRPT FOR ROUTINE

PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS


CADANGAN / LAPORAN...
o
November (6)

December (11)

2012 (2)

Me Myself n Preschool

Fadzilah041400
D20102041400 IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
(SEK RENDAH) MAJOR PENDIDIKAN AWAL KANAKKANAK MINOR PENDIDIKAN SENI VISUAL
View my complete profile
dari merangkak..diasuh..dan suatu hari akan melangkah..

Jom jenguk!

Portal SK Temelong
Program Pendidikan Luar UPSI
MYGURU
UPSI
Sisten Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK)
Maybank2u
Jabatan Akauntan Negara
PPG PJJ UPSI
PPD HULU PERAK
JPN PERAK
Preschool shope
Youtube
facebook
KPM

Anda Mungkin Berminat ke:

Contoh Rancangan Pengajaran Harian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Tema : Haiwan di air Mata


Pelajaran : Tunjang Fizikal dan Estetika/Kre...

CONTOH SASARAN KERJA TAHUNAN PRASEKOLAH


sila klik pautan ini untuk muat turun fail: SASARAN KERJA
TAHUNAN PRASEKOLAH sumber:Preschool Shope

TUNJANG KEROHANIAN,SIKAP DAN NILAI


A. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai merangkumi pendidikan
Islam dan Pendidikan Moral. Pendidikan Islam dipelajari oleh
murid beragama I...

Kemahiran menulis mekanis dan pelahiran(mental)


penulisan mekanis-hasil perkongsian maklumat oleh Mohd
Khairuddin : Terdapat dua jenis kemahiran yang perlu dikuasai
dalam menyampaikan pen...

TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI


A. Tunjang Sains dan Teknologi Tunjang Sains dan Teknologi
merangkumi awal sains, awal matematik, aktiviti pembinaan
menggunakan obje...

CONTOH FAIL MEJA GURU PRASEKOLAH


sila klik pautan ini untuk memuat turun contoh fail: FAIL MEJA
GURU PRASEKOLAH

TUNJANG KEMANUSIAAN
Tunjang Kemanusiaan memberi peluang kepada kanak-kanak
supaya lebih memahami diri sendiri, lebih memahami
perhubungan antara diri dengan kel...

Jom kenali kaedah mengajar membaca- sukukata


Kaedah sukukata datang dalam keadaan ramai anak tidak
boleh membaca dengan menggunakan kaedah mengeja.
Berpadanan dengan namanya, kaedah ini...

TEKNIK BERCERITA UNTUK KANAK-KANAK


Bercerita Telah lama disedari bahawa cerita dapat memberi
sumbangan ke arah kejayaan akademik dan kesejahteraan
emosi kanak-kanak. Cerita-c...

TUNJANG FIZIKAL DAN ESTETIKA


A. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika merangkumi
Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan serta
Perkembangan Kreativiti. ...
Yang Menjenguk

41385

TeMaN SeKaPaL

Bermulanya di prasekolah ini...


Caterpillar Pencil Topper
4 weeks ago

BAHASA MELAYU--BAHASA JIWA BANGSA


DIFTONG, VOKAL BERGANDING, DIGRAF, KONSONAN BERGABUNG.
2 months ago

Selamat Datang ke Blog Cikgu Kaybee!


Hilangmu....dirasai....Alfatihah utk murid istimewaku Naemah
(syndrome down) yg telah pergi meninggalkan kita utk selamalamanya....;-(
4 months ago

Prasekolah Hulu Perak


Takwim Pra Hulu Perak 2013
7 months ago

"A" for Science

10 months ago

DisiniTerciptaSebuahCitraCinta
mcm2 ragam....Selamat Hari Merdeka ke 55
1 year ago

Kongsi Bersama
1 year ago

Noor Diyana bt Ismail D040625


Mari membaca
1 year ago

Nombor Bulat
Menulis nombor dalam perkataan
1 year ago


AISHAH D20102044420
RPH BAHASA MELAYU PKHAS
1 year ago

Ceria Bersama Nombor


Latihan Interaktif
1 year ago

pemulihankhas
EJAAN
1 year ago

So Hairy & Scary


1 year ago

Blog Bahasa Melayu


Simpulan Bahasa - Pilot 2011 ~ HD 720p
1 year ago

SAINS SITU SANA SINI


Lagu berteraskan sains - Bangau oh bangau
1 year ago

SERAMBI AMNA
KEPENTINGAN PRASEKOLAH
1 year ago

Blog Seni Visual


Pendidikan Seni Visual
1 year ago

AkuCikguSaat
KEM MEMBACA 1MALAYSIA READ 2011
1 year ago


Cikgu Hanum ...
Mari dengar dan sebut
1 year ago

English is fun with phonics


1 year ago

PRASEKOLAH COMEL
aktiviti tahun 2011
1 year ago

Travel template. Powered by Blogger.


http://preschoolsinju.blogspot.com/2011/10/teknik-bercerita-untuk-kanakkanak.html

4.

SPECIAL EDUCATION@USM BLOGER


Special education teachers group
Sunday, December 7, 2008

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai


untuk pelajar berkeperluan khas@kelainan upaya

3.1 Koperatif
3.2 Kolaboratif Kelas
3.3 Kumpulan
3.4 Individu
3.5 Pemudahcaraan
3.6 Perbincangan
3.7Tunjukcara/Demonstrasi
3.8 Penyelesaian Masalah
3.9 Simulasi
3.10 Bercerita
3.11 Bermain
3.12 Projek
3.13 Lawatan
3.14 Inkuiri penemuan
3.15 Modul
******************************************************

3.1 KAEDAH KOPERATIF

Definisi

Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama


untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya

Ciri-ciri penting

1.Dalam pendekatan koperatif, sekumpulan pelajar boleh dikuasai oleh seorang ahli
sahaja.

2.Walaupun penyelesaian terhadap sesuatu masalah merupakan pandangan seorang


sahaja, semua ahli dalam kumpulan akan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah
tersebut

3. Dalam pembelajaran koperatif, mesti ada tanggungjawab berkongsi dikalangan


pelajar

4. Ganjaran dan pengiktirafan diberi kepada kumpulan yang menunjukkan prestasi


yang baik. Ini juga memotivasikan mereka untuk mencapai sesuatu matlamat

5. Guru hendakalah memupuk sikap positif seperti bekerjasama,, bertolak ansur dan
tidak mementingkan diri agar objektif kumpulan tercapai

6. Guru juga hendaklah melatih kemahiran sosial dan memupuk konsep kendiri
untuk membantu ahli kumpulan mencapai objektif dan mengekalkan hubungan
positif

3.2 PENDEKATAN KOLABORATIF

Definisi
Pembelajaran kolaboratif memerlukan penglibatan semua ahli kumpulan. Ia
memerlukan idea yang mencabar, menyokong dan menambah baik sesuatu idea
sehingga mencapai persetujuan kumpulan

Ciri-ciri Penting
1. Dalam pembelajaran kolaboratif, pelajar-pelajar akan mengumpul idea atau data,
berkongsi pengalaman, berbincang sesama mereka, dan menyelesaikan masalah
bersama

2. Kriteria asas dalam pendekatan kolaboratif


a) kebolehan bergaul dan bekerjasama pada peringkat peribadi
b) perlunya ada komitmen, kesudian untuk berkorban masa bagi merancang, menilai
dan membuat refleksi
c) saling membantu antara satu sama lain untuk mencapai prestasi akademik yang
baik

3.3 PENDEKATAN KUMPULAN

Definisi

Pelajaran secara kumpulan berlandaskan prinsip-prinsip psikologi kemasyarakatan


dan dinamik kumpulan

Ciri-ciri penting

1. Aktiviti secara kumpulan harus mempunyai satu tujuan. Guru perlulah memilih
prosedur pengajaran secara kumpulan yang boleh membantu pelajar mencapai
objektif spesifik
2. Tanggung jawab guru untuk mengenal pasti tajuk yang sesuai untuk kerja
kumpulan
3. Penglibatan pelajar secara aktif dalam kumpulan
4. Kerja kumpulan yang berkesan akan wujud jika individu diberi tanggungjawab
5. Semangat berkerjasama dalam kumpulan harus dipupuk
6. Kelebihan pengajaran secara kumpulan ialah membolehkan pelajar,
mengenalpasti, menganalisis dan menyelesaikan masalah secara koperatif

3.4 PENDEKATAN INDIVIDU

Definisi
Satu cara atau program pengajaran yang mengambil kira perbezaan individu setiap
pelajar

Ciri-ciri Pendekatan Individu

1.Pengajaran berdasarkan kebolehan dan kemampuan seorang pelajar

2. Penilaian berkala memberi maklumbalas kepada pelajar mengenai penguasaan


kemahiran dan pengetahuannya

3. Pelajar mempunyai peluang untuk memilih matlamat pembelajaran, hasilan dan


aktiviti-aktiviti

4. Kurang sesuai untuk pelajar sekolah rendah atau pelajar lembap yang memerlukan
motivasi dan dorongan daripada pengajaran aktif guru

3.5 KAEDAH PEMUDAHCARAAN


Definisi

Kaedah yang kurang menitikberatkan peranan guru dan lebih menitikberatkan


peranan murid. Sangat berkesan dalam sekolah bestari diamana guru memainakan
peranan sebagai guide dalam proses pembelajaran

Ciri-ciri Penting
1. Guru menggalak murid supaya aktif dalam proses pembelajaran dengan memberi
arahan dan panduan yang jelas
2. Guru hanya memberi bimbingan tetapi murid yang menyelesaikan masalah dalam
bilik darjah
3. Guru memberi penekenan kepada murid untuk membina pengetahuan mereka
sendiri
4. Peranan guru adalah lebih sebagai pemerhati dan pendorong dalam proses
pengajaran dan pembelajaran
5. Ia juga akan menggalakkan proses interaksi dikalangan murid supaya dapat
mencetus idea dan jawapan yang betul kepada penyelesaian masalah
6. Peranan guru juga ialah untuk menyediakan pelbagai jenis bahan dan media
pembelajaran bagi merangsang pembelajaran pelajar

3.6 TEKNIK PERBINCANGAN

Definisi
Perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan dimana pelajar berinteraksi
sesama mereka dan membincangkan sesuatu isu/masalah

Ciri-ciri Penting

1.Pelajar berpeluang mengemukakan isu-isu, pendapat dan idea-idea mengenai


sesuatu topik dan guru bersama pelajar akan membuat rumusan pada akhir sesi
perbincangan

2. Pelajar akan memberi reaksi/tindakbalas tentang topik atau masalah dan


perbincangan dilaksanakan dibawah kawalan guru

3. Perbincangan dapat dilaksanakan dalam semua mata pelajaran dan sebarang


situasi bilik darjah

4.Tujuan utama perbincangan ialah untuk menggalakan pelajar mengembangkan


kemahiran diri dalam mengemukakan hujah, pendapat, menyoal serta
menyelesaikan masalah

3.5 KAEDAH TUNJUK CARA

Definisi

Tunjuk cara ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu
aktiviti mengikut prosedur. Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di
hadapan kelas untuk menunjukan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah.

Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, lukisan, jimnastik atau menjalankan sesuatu
aktiviti

Ciri-ciri penting

1. Memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak
dipelajarai setelah melalui prosedur yang ditunjukkan

2. Membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah

3. Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu


eksperimen

4. Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti

Membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah

Kelebihan teknik tunjuk cara ini ialah memperkenalkan bahan pembelajaran baru
kepada pelajar melalui penglihatan dan pendengaran

Tiga jenis tunjukcara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi

3.6 PENYELESAIAN MASALAH

Definisi
Penyelesaian masalah merupakan proses mental yang memerlukan seseorang itu
berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif and langkahlangkah tertentu untuk mengatasi kekurangan dan seterusnya menyelesaikan
masalah yang dihadapi

Penyelesaian masalah adalah satu cara menggunakan daya pemikiran bagi


mengendalikan satu-satu situasi yang sukar, mengatasi halangan, menghasilkan
sesuatu yang diingini, dan menyelesaikan sesuatu yang rumit.

Ciri-ciri Penting
1.Tujuan penyelesaian masalah ialah ia membolehkan pelajar berfikir secara
rasional, logik dan objektif apabila menghadapi masalah

2. Mempertingkatkan daya berfikir pelajar secara kreatif dan kritis

Penyelesaian masalah dalam pengajaran

1. Mulakan penyelesaian masalah yang mudah secara lisan untuk menggalakkan


perbincangan
2. Dalam penyelesaian masalah, soalan-soalan divergen mengenai masalah
dikemukakan
3.Masalah yang dikemukakan hendaklah berkaitan dengan matapelajaran

4.Guru perlu membimbing dan merangsang perbincangan penyelesaian masalah


5.Jika penyelesaian masalah dicapai, pelajar diminta mengemukakan contoh-contoh
baru bagaimana kemahiran menyelesaikan masalah itu boleh diaplikasikan
6.Jika penyelesaian masalah tidak diselesaikan, alternatif-alternatif lain
dikemukakan
7. Kelebihan penyelesaian masalah ialah ia mewujudkan proses pembelajaran yang
berpusatkan pelajar dan mengakibatkan penglibatan aktif pelajar dalam pelajaran

3.9 KAEDAH SIMULASI

Definisi Simulasi
Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang
memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masingmasing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu

Ia merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar


dengan cara menggunakan masalah-masalah yang benar-benar wujud atau
menyediakan situasi-situasi yang benar-benzr wujud di dalam keadaan yang
terkawal

Ciri-ciri Penting Simulasi


1.Simulasi merupakan satu pembelajaran melalui pengalaman. Peserta belajar
daripada kesilapan dan berpeluang untuk meningkatkan diri dalam situasi yang
berikutnya

2. Dalam simulasi, peranan peserta agak luas, kerana peserta bukan sahaja
dikehendaki memegang peranan sebagaimana yang ditentukan tetapi mereka perlu
berbincang dan memberi sumbangan kepada perserta-perserta bagi membuat
keputusan

3. Peserta dikehendaki berinteraksi secara dinamis dalam sistem yang berkaitan,


membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi

4. Tujuan simulasi ialah ia membolehkan pelajar menggunakan bahasa dengan lebih


berfungsi dan memberi pelajar peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan
berkesan

5. Kebaikan teknik ini ialah ia membolehkan pelajar berbincang dan berfikir secara
kreatif, analisis dan kritis

3.10 KAEDAH BERCERITA

Definisi
Cerita adalah satu susunan kejasian atau peristiwa yang berlaku sama ada benarbenar berlaku atau diciptakan

Bercerita dianggap sebagai satu cabang seni dan ia memainkan peranan penting
sebagai sumber hiburan rakyat di samping alat pendidikan moral dan nilai di
kalangan masyarakat

Ciri-ciri Penting

1. Mencernakan daya kreatif dan imaginasi pelajar


2. Melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya
kemahiran lisan (mendengar dan bertutur)
3. Menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada,
intonasi dan ekspresi/mimik muka
4. Memperluaskan pengalaman dan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bidang yang
berkaitan dengan kehidupan seharian
5. Menggalakan pelajar mendengar cerita secara kritis supaya lebih berfikiran
matang dan berketrampilan

3.11 KAEDAH STRATEGI MAIN SAMBIL PELAJAR

Definisi
Strategi main sambil belajar adalah aktivikti yang dijalankan secara spontan yang
membawa kepada pembelajaran.
Main merupakan expresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling jelas
pada peringkat kanak-kanak. Kanak-kanak akan mencari pengetahuan dengan
kaedah permainan

Ciri-ciri Penting

1. Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaran-pembelajaran ialah manipulatif,


fizikal dan permainan bahasa
2. Permainan manipulatif termaksuk teka-teki, jadual bernombor, domino, catur dan
congak
3. Permainan fizikal dalam pendidikan jasmani di mana daya fizikal digunakan
dalam pergerakan, kordinasi, kecekapan, dan kemahiran fizikal.
4. Permainan bahasa dimana aktiviti pengajaran-pembelajaran bahasa mengandungi
unsur bermain dengan menggunakan bahan-bahan dan daya kreativiti pelajar untuk
mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan bermakna
5. Kebaikan teknik ini ialah merangsangkan motivasi belajar kesan daripada
keseronokkan bermain
6. Ia juga mengembangkan daya imaginasi untuk membantu kanak-kanak
menyelesaikan masalah

3.11 KAEDAH PROJEK

Definisi
Projek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimen atau
aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu (Ee. A.M. 1997)
Ia merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh pelajar didalam atau diluar bilik darjah
dan mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatu

Ciri-ciri Penting
1. Tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar dan

meluaskan pengalaman pelajar semasa menjalankan projek


2. Ia juga membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalam
menghasilkan sesuatu projek
3. Ia juga dapat memperkembangkan pembelajaran melalui pengalaman
melaksanakan aktiviti
4. Projek yang hendak dibuat hendaklah bermakna dan membawa manfaat kepada
pelajar
5. Bahan-bahan yang diperlukan untuk projek hendaklah mudah diperoleh
6. Projek yang sesuai dengan objektif pelajaran
7. Kelebihan kaedah projek ialah pelajar memperoleh kejayaan dan perasaan
kepuasan jika dapat meyelesaikan projek. Pengetahuan yang di perolehi kekal dan
berkesan

3.12 Kaedah Lawatan

Definisi
Lawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati apa yang
mereka telah belajar dalam situasi sebenar
Pelajar dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar
sesuatu yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah

Ciri-ciri Penting
1. Tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana
pengalaman secara langsung
2. Tujuan lawatan ialah menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa
kesan kepada pembelajaran
3. Tujuan lawatan ialah ia memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati
perkaitan antara bahan maujud dan proses-proses yang berlaku
4. Kaedah ini juga menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman diluar bilik
darjah dengan pembelajaran kandungan disekolah
5. Ia juga menggalakkan pembelajaran eksperential dan lebih menyeronokkan
kerana perbincangan bermakna bermakna berlaku dalam proses mengumpul
maklumat.
6. Kaedah lawatan juga dapat memberi peluang pelajar mengalami situasi sebenar
dan ini akan mengekalkan ingatan pelajar terhadap perkara-perkara yang diajar

3.14 Kaedah Inkuiri Penemuan

Definisi
Kaedah ini menggabungkan kedua teknik inkdiri dan teknik penemuan. Ia adalah
satu pendekatan yang lebih saitntifik dan menjurus kepada proses penyelesaian
masalah tetapi ia akan mengambil masa yang lebih lama jika dibandingkan dengan
kaedah dan teknik yang lain

Ciri-ciri Penting

1. Terdapat beberapa langkah yang spesifik dalam proses pengajaran dan


pembelajaran iaitu mengenal pasti masalah, merancang strategi penyelesaian,
mengumpul maklumat, menganalisis maklumat dan mendapat keputusan serta
membuat rumusan
2. Pendekatan ini lebih sesuai untuk murid yang mempunyai kecerdasan yang tinggi
oleh itu ia mungkin menimbulkan masalah untuk murid yang lemah
3. Pendekatan ini menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif serta celik akal
dikalangan murid
4. Murid-murid yang terlibat dengan kaedah ini akam merasa puas hati apabila
mereka dapat mencari jawapan sendiri dan menggalakan perasaan berdikari dalam
proses pembelajaran
5. Untuk menggunakan kaedah ini, guru perlu mempunyai kepakaran yang lebih
tinggi dan perlu membuat perancangan yang lebih teliti

3.15 Modul

Definisi
Modul merupakan satu set pengalaman-pengalaman pembelajaran yang disediakan
ntuk membantu mencapai objektif pembelajaran
Ia meupakan satu komponen yang tersendiri dalam satu sistem pengajaranpembelajaran
Ia direkabentuk untuk pelajar belajar secara sendiri
Ia dibentuk untuk penggunaan satu-satu golongan pengguna

Ciri-ciri Penting
1. Ia mengandungi satu atau beberapa konsep sahaja
2. Modul mengandungi objektif-objektif tingkah laku
3. Ia boleh menggunakan pelbagai media
4. Ia mengandungi berbagai strategi atau aktiviti
5. Setiap panduan belajar mempunyai pengenalan, objektif pengajaran, siri, tugasan
dan soalan-soalan untuk menguji kefahaman pelajar
6. Bahan pembelajaran terdiri daripada tugasan-tugasan pembelajaran yang digubal
dan disusun secara sistematik
7. Dalam modul unsur-unsur peneguhan dan jawapan-jawapan betul disediakan
8.Bahan pembelajaran terdiri daripada tugasan-tugasan pembelajaran yang digubal
dan disusun secara sistematik
P O S T E D B Y S P E C I A L E D U C @ T I O N U S M B L O G E R AT 1 2 : 3 7 P M

NO COMMENTS:
Post a Comment

LINKS TO THIS POST


Create a Link
Newer PostOlder PostHome
Subscribe to: Post Comments (Atom)
TeleMessage SMS Sender

WORLD CLOCKS
AHLI ( IKUT BLOG INI)

There was an error in this gadget

BLOG ARCHIVE

2009 (3)

2008 (7)
December (4)

Disleksia Disleksia terdiri daripada dua perkataa...

persediaan interview spp...

Elaun Guru Pendidikan Khas Naik PUTRAJAYA 2 ...

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai unt...


October (3)

o
SUBSCRIBE

RSS Feed (xml)


POWERED BY
Skin Design By:
Blogger XML Skins

ctrl alt del - Revelstoke, BC

http://specialeducationusm.blogspot.com/2008/12/kaedah-pengajaran-danpembelajaran-yang.html

You might also like