You are on page 1of 11

PROJEK INTERNSHIP

GURU PELATIH IPG KAMPUS PERLIS


SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TUNJONG, 02400 BESERI PERLIS.
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
NAMA PELAJAR

: NUR ANIS ATIQAH BINTI YAHYA

PROGRAM

: PISMP TESL AMBILAN JANUARI 2012

NAMA SEKOLAH

: SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASEK


MUTIARA

NAMA PROJEK

: PROJEK KECERIAAN SUDUT TANGGA

TEMPOH PELAKSANAAN

: 28th SEPTEMBER 2015 - 24th OKTOBER 2015

OBJEKTIF

Pelaksanaan projek ini bertujuan untuk:


i. Merancang dan melaksanakan projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah.
ii. Menunjukkan komitmen yang tinggi kearah kecemerlangan, akuntabiliti dan
integriti dalam melaksanakan tugas.
iii. Mewujudkan sudut keceriaan di sepanjang laluan tangga.
iv. Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam sebagai sumbangan terhadap
sekolah.
v. Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan
secara berterusan.

PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS PERLIS
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TUNJONG, 02400 BESERI PERLIS.
STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Pada 28 September 2015, saya dan rakan Internship telah diberi tugasan
projek untuk menceriakan sudut di tangga. Kami cuba mencari idea untuk
mencantikkan sudut tersebut dan juga berbincang dengan guru pembimbing
untuk sebarang sumbang saran untuk bahan yang sesuai diletakkan di sudut
tersebut.
2. Pada minggu pertama dan kedua, kami merancang bahan- bahan yang
diperlukan untuk mengecat dan jugak material yang sesuai untuk diletakkan
di sudut tersebut. Semua perancangan dimuatkan di dalam kertas kerja
sebagaii bukti projek
3. Selepas itu, proses menyiapkan kertas cadangan yang lengkap terus bermula
supaya ia dapat dihantar kepada pihak pengurusan sekolah dengan kadar
segera. Setelah kertas cadangan disokong oleh Ketua Panatia Pendidikan
Islam iaitu Puan Norhayati Binti Abdullah, ia terus dihantar sebelum diluluskan
oleh Guru Besar iaitu Puan Rosnany Binti Mohamad pada 5 Julai 2012.
Kemudian, saya bersama rakan-rakan guru pelatih telah mengadakan satu
mesyuarat bersama dengan penyelaras program dan AJK yang terlibat untuk
pembahagian tugasan. Dalam mesyuarat ini juga, kami telah bersetuju untuk
menjemput seorang pelajar dari IPG Kampus Perlis sebagai penceramah.
4. Pada 6 Julai 2012, kami telah berbincang dengan penceramah yang juga
pelajar jurusan Pendidikan Islam dari IPG Kampus Perlis iaitu Encik Mohd
Izzat Bin Nasir tentang isi kandungan ceramah yang akan disampaikan .
Selain itu, kami juga telah berurusan dengan pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar

PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS PERLIS
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TUNJONG, 02400 BESERI PERLIS.
bagi permohonan pengecualian kuliah untuk beliau memandangkan beliau
masih lagi merupakan pelajar sepenuh masa di sana.
5. Pada 9 Julai 2012, kami telah membuat tempahan sepanduk di Syarikat Rass
Design yang bertempat di Kangar. Tempahan dibuat untuk dua jenis
sepanduk yang berlainan saiz iaitu 10x2 dan 8x2. Sepanduk tersebut akan
dipasang di dewan tertutup dan pagar sekolah. Kami juga membeli sedikit
hadiah untuk kedua- dua program pada hari tersebut.
6. Kemudian, pada 11 Julai 2012, kami telah menyiapkan brosur untuk dihantar
terlebih dahulu ke pegawai pengurusan iaitu Encik Mustafa Bin Lahman bagi
tujuan cetakan. Brosur tersebut akan diperbanyakkan dan diedarkan kepada
semua guru pada hari berlangsung majlis tersebut.
7. Pada 12 Julai 2012, kami telah berjumpa dengan pegawai ICT iaitu Puan Nor
Azimah Binti Azman untuk memohon peminjaman LCD bagi kegunaan
ceramah dan tayangan sirah nabi. Kami juga telah membuat persiapan
tempat dengan membersihkan kawasan dewan dan bilik JQAF yang akan
digunakan. Selain itu, kami juga memohon bantuan daripada pekerja swasta
iaitu Pakcik Razak untuk menggantung sepanduk di pintu pagar sekolah.

PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS PERLIS
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TUNJONG, 02400 BESERI PERLIS.
REFLEKSI:
1) KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI
Kekuatan yang pertama ialah dapat memberi peringatan awal kepada warga
sekolah terutamanya murid berkaitan dengan kelebihan bulan Ramadhan. Program
yang diadakan lebih awal dari kebiasaan iaitu seminggu sebelum tibanya bulan
Ramadhan sememangnya bertujuan untuk mengingatkan kembali perkara-perkara
yang berkaitan dengan kelebihan, batal, makruh serta kebesaran dan keberkatan
yang terdapat di dalam bulan ini. Melaluinya, diharapkan semua pihak dapat
memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang terdapat dalam bulan Ramadhan yang
akan disambut tidak lama lagi.
Kekuatan yang kedua ialah dapat menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan
tentang

Ramadhan

seterusnya

mempraktikkan

dalam

kehidupan

seharian.

Walaupun isi pelajaran tentang Ramadhan telah diajar dalam subjek Pendidikan
Islam, namun dengan adanya program ini, ia dapat menambahkan pengetahuan
baharu yang belum dipelajari sebelum ini. Sebagai contoh, mungkin sebelum ini
murid hanya mengetahui apabila bulan Ramadhan hendaklah berpuasa. Namun,
melalui pogram ini, murid mendapat pengetahuan baharu bahawa umat Islam perlu
menjaga tujuh anggota iaitu termasuk tangan, kaki, telinga, mulut, lidah, perut dan
kemaluan selain daripada berpuasa.
Kekuatan yang ketiga ialah melahirkan murid yang mempunyai sahsiah diri yang
tinggi dan terpuji. Pertamanya, melalui pendedahan tentang kelebihan dan manfaat

PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS PERLIS
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TUNJONG, 02400 BESERI PERLIS.
yang akan diperoleh pada bulan Ramadhan, ia akan memberi kesedaran dan
mendorong murid untuk melakukan kebaikan secara berterusan dan meninggalkan
perkara kejahatan. Kedua, melalui tayangan sirah yang dipertontonkan, murid- murid
akan mencontohi sikap terpuji yang ditonjolkan oleh para- para nabi seperti Nabi
Muhamad, Nabi Musa dan Nabi Yunus.
2) KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI
Kelemahan yang pertama ialah keadaan tempat yang kurang kondusif iaitu
sempit. Pada peringkat awal perancangan, program ini diadakan untuk semua murid
tahap satu dan tahap dua. Namun, memandangkan saiz dewan tersebut tidak
mencukupi untuk memuatkan kesemua murid, program terpaksa dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu ceramah dan tayangan sirah nabi. Ceramah diadakan di
dewan manakala tayangan sirah diadakan di bilik JQAF. Keadaan yang sempit
membuatkan murid kurang selesa dan sukar untuk memberi tumpuan terhadap
perkara yang disampaikan.
Kelemahan yang kedua ialah pemilihan bahan tayangan sirah nabi yang kurang
berjaya menarik tumpuan murid- murid tahap satu. Murid tahap satu merangkumi
murid tahun satu, tahun dua dan tahun tiga. Walaupun tayangan tersebut
menggunakan gambar animasi, namun nada suara pencerita terlalu mendatar. Hal
ini menyebabkan murid mudah hilang tumpuan, berasa bosan lalu membuat bising.
Murid jelas tidak dapat memberi tumpuan kerana apabila guru mengajukan soalan
berkaitan tayangan, murid menjawab soalan yang diberikan dengan salah.

PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS PERLIS
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TUNJONG, 02400 BESERI PERLIS.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Berikut adalah beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan pada
masa akan datang:
Penambahbaikan yang pertama ialah melaksanakan program di tempat yang
lebih luas seperti dataran perhimpunan di mana dapat memuatkan semua murid
termasuk murid pra sekolah, dan murid PPKI. Selain daripada berasa lebih selesa
dan senang untuk dipantau, semua murid akan berpeluang mendapat pengetahuan
dan pengisian yang sama.
Penambahbaikan yang kedua ialah memilih bahan tayangan yang sesuai
untuk murid. Pemilihan bahan perlu mengambil kira banyak kriteria termasuklah isi,
nada suara, animasi, berwarna dan sebagainya. Penggunaan bahan yang baik akan
membantu dalam memastikan objektif yang hendak dicapai akan tercapai.
Penambahbaikan yang ketiga ialah melantik jawatankuasa bagi kawalan
murid dengan menambah bilangan guru yang memantau murid. Jumlah murid yang
ramai memerlukan bilangan guru yang ramai untuk mengawal murid supaya
suasana yang lebih tenang semasa program berlangsung dapat diwujudkan.

PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS PERLIS
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TUNJONG, 02400 BESERI PERLIS.
KESIMPULAN:
Secara keseluruhannya, saya berpuas hati kerana berjaya melaksanakan
program mengikut perancangan yang dibuat. Melalui program ini, diharapkan semua
warga sekolah termasuk guru dan murid akan dapat menghayati dan tidak
melepaskan peluang merebut hikmah dan ganjaran daripada Allah semasa
menyambut bulan mulia iaitu bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi. Nabi
Muhammad S.A.W sendiri pernah menyatakan jangan kamu jadikan Ramadhan
sama dengan bulan-bulan yang lain. Selain itu, diharapkan program ini akan
diteruskan pada tahun- tahun akan datang. Sesungguhnya apa yang baik itu datang
dari ALLAH S.W.T dan apa yang buruk itu datang dari kelemahan diri kami sendiri.

PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS PERLIS
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TUNJONG, 02400 BESERI PERLIS.
GALERI FOTO:

Tayangan Sirah Nabi

PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS PERLIS
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TUNJONG, 02400 BESERI PERLIS.

Penceramah Jemputan : Ustaz Mohd Izzat bin Nasir

PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS PERLIS
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TUNJONG, 02400 BESERI PERLIS.

Semasa sesi ceramah berlangsung

PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS PERLIS
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TUNJONG, 02400 BESERI PERLIS.

Penyampaian cenderahati kepada penceramah

You might also like