You are on page 1of 3

Dalam mendepani era milennium pada abad ke-21 kini, dunia menyaksikan

iktisad negara yang semakin pesat membangun seperti cendawan tumbuh


selepas hujan. Ekonomi negara yang semakin maju ibrata tenggelam sama
basah, timbul sama hanyut dengan negara maju lain. Namun, dasawarsa ini
generasi muda kurang menghormati guru sungguhpun golongan guru ibarat lilin
yang yang sanggup membakar diri. Suffian Astauri ada menyatakan, menuntut
ilmu lebih utama daripada solat sunat. Hal ini kerana , menuntut ilmu merupakan
bekalan pahala kita di akhirat nanti. Surah Al-Baqarah ada menjelaskan, boleh
jadi kamu tidak menyukai sesuatu perkara sedangkan perkara tersebut baik
untukmu, boleh jadi kamu menyukai sesuatu perkara sedangkan perkara
tersebut tidak baik untukmu. Hatta, tanpa guru tidak lahir golongan cerdik pandai
yang mampu memimpin negara ke arah kecemerlangan. Oleh itu, Konsep
Sekolah Penyayang yang berteraskan budaya kemesraan dan kasih sayang
antara guru dan murid sewajarnya diterapkan di setiap sekolah. Rentetan itu,
murid akan lebih menghargai setiap ilmu yang dititiskan oleh guru. Malahan,
terdapat pelbagai variasi uslub dan minhaj boleh diswadaya bagi menghargai
golongan guru. Hal ini kerana, guru sentiasa menganggap murid sebagai benih
yang baik dilemparkan ke darat menjadi permata yakut yang bersinar cemerlang,
dilemparkan ke laut menjadi pulau penuh khazanah.

Sudah terang lagi bersuluh, prakarsa yang afdal untuk menghargai


kasih sayang guru adalah menghormatinya. Tamsilnya, kita mestilah memberi
salam dan mengikuti arahan guru pada setiap masa. Hal ini kerana, guru ialah
orang yang mencurahkan ilmu dan mengajar kita erti kehidupan tanpa mengenal
jemu. Natijahnya, kita akan menjadi orang yang berpengetahuan luas dan
bersedia menghadapi krisis kehidupan pada masa akan datang. Murid yang
menghormati guru boleh dianalogikan seperti semut merah yang menghormati
dan melindungi permaisurinya. Menurut Whittier, apabila kepercayaan terhadap
guru hilang, maka matilah orang itu. Surah An Nahl ayat 125 ada menyatakan,
serulah ke jalan Tuhan-Mu wahai Muhammad dengan hikmah dan pengajaran
yang baik serta berbahaslah dengan cara yang terbaik. Hal ini bermakna, guru
merupakan orang yang sepatutnya kita letakkan di tempat yang tinggi kerana
agama Islam sendiri meletakkan guru sebagai insan selepas ibu dan bapa.
Sekiranya pelajar di Malaysia menghormati guru-guru mereka , maka wujudlah
suasana sekolah yang kondusif dan harmonis. Oleh itu, marilah kita menghormati
guru yang mengajar kita supaya kita menjadi pelajar yang cemerlang dan
berakhlak mulia.

Peribahasa Melayu ada menyatakan, orang berbudi kita berbahasa,


orang memberi kita merasa. Oleh itu, sebagai murid, kita seharusnya bersyukur
dan sentiasa mendoakan kebahagiaan guru yang telah mendidik kita tanpa jemu.
Tambahan pula, mereka sanggup bersengkang mata menanda kertas
peperiksaan dan mengadakan kelas tambahan semata-mata mahu melihat

kejayaan anak didiknya. Jika kita sentiasa mendoakan kebahagiaan guru-guru


kita, ilmu yang kita pelajari akan kekal dan diberkati oleh Allah s.w.t. Imam Abu
Hanifah pernah menyatakan, tidak sekalipun aku solat kecuali aku doakan untuk
guruku Hammad dan mereka yang pernah mengajarku. Hal ini kerana, sebagai
umat Islam kita seharusnya sentiasa berpegang teguh pada ajaran Islam dan
mentaati serta mendoakan guru-guru kita agar kita dapat belajar dengan tenang
dan selesa.

Sebagai remaja yang lagi lebai lagi berjanggut, kita semestinya


membantu guru tatkala mereka inginkan pertolongan kita.Hal ini kerana, guru
merupakan golongan yang perlu dihormati oleh individu bergelar pelajar.
Natijahnya, keberkatan ilmu akan diperoleh jika menyenangkan hati guru
mereka tanpa menggores perasaan mereka. Seyogia, setiap pelajar harus ringan
tulang membantu guru-guru mereka. Hal ini bertepatan dengan aforisme, habis
kapak berganti beliung. Tanpa sikap ringan tulang, pasti pelajar akan mengalami
kesukaran untuk berjaya kelak. Menurut Datuk Dr Haji Fadzillah Kamsah, pelajar
yang terbaik ialah pelajar yang sentiasa datang awal ke sekolah membantu guru
sesuai dengan peribahasa hanyut dipintasi, lulus diselami dan hilang dicari.
Sementelahan, jasa guru terhadap pelajar tidak ternilai dengan harta dan wang
ringgit. Sekiranya setiap pelajar berusaha sedaya upaya menbatu guru seperti
membawa buku guru dan menyiapkan tugasan mengikut masa yang ditetapkan,
segala ilmu akan beroleh keberkatan.
Peribahasa seperti pahat dengan penukul menggambarkan sikap liat dan berat
hati dalam melakukan tugasan. Oleh itu , pelajar perlu mengubah sikap dan
sentiasa bertindak pantas dalam membuat sebarang tugasan yang diarahkan
oleh guru. Menurut Surah Ar Rad, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu
kaum melainkan kaum tersebut yang mengubahnya. Hal ini menunjukkan
bahawa, pelajar perlu memiliki wawasan dan visi yang jelas di sekolah. Sikap
malas harus dibuang sama sekali dan sikap rendah diri dalam menyiapkan
sebarang tugasan yang diberikan oleh guru perlu wujud dalam diri pelajar.
Seperkara yang penting ialah, setiap tugasan merupakan amanah yang diberikan
oleh guru kepada murid. Manakala sebagai murid, kita perlu berusaha sedaya
upaya menyiapkan tugasan yang terbaik untuk diserahkan kepada guru.
Sekiranya semua pelajar berintegriti dalam menyiapkan tugasan serta
memahami tanggunjawab diri, maka elemen kasih sayang antara guru dan murid
semakin terpaut erat.

Sebagai pengitlakan, guru ialah insan yang perlu kita letakkan pada darjat yang
tinggi. Guru banyak berkorban masa dan tenaga mendidik kita sehingga berjaya.
Albert Einstein sendiri pernah menyatakan, ilmu tanpa agama ialah buta. Hal ini
membuktikan kepada kita bahawa, pelajar yang berilmu dan berpengetahuan
dalam semua bidang terhasil daripada komitmen dan kerja keras golongan guru.
Sebagai murid, kita perlu menjadi seperti burung jentayu yang patah sayap
bertongkatkan paruh, patah paruh bertongkatkan dagu, patah dagu

bertongkatkan kuku dalam memartabatkan guru-guru kita. Sekiranya semua


pelajar menghargai jasa dan pengorbanan guru, maka ilmu yang dipelajari
diberkati dan seterusnya menjana modal insan kelas pertama.
Jika hari ini seorang ulama yang mulia ,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara ,
Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa ,
Semuanya bermula dengan guru biasa ,
Yang mengajar tulis baca.

You might also like