You are on page 1of 8

PROJEK INTERNSHIP

GURU PELATIH IPG KAMPUS ILMU KHAS


SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASEK MUTIARA, PULAU PINANG
LAPORAN PROJEK
TARIKH

: 2 Oktober 2015

MASA

: 8.00 a.m. - 12.00 p.m.

TEMPAT

: Kelas Tahun 6 Fitrah

REFLEKSI
Projek yang saya dan rakan praktikum lakukan semasa sesi internship ialah kami telah
menjalankan aktiviti untuk Tahun 6 Moral. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi
masa mereka dengan aktiviti yang berfaedah dan juga menyeronokkan selepas peperiksaan
UPSR. Aktiviti yang kami fokuskan ialah 'Language Games' seperti 'spelling bee, charade,
jazz chant, crossword puzzle,' membuat penanda buku dan menonton filem.
Selepas menjalankan aktiviti- aktiviti tersebut, kami mendapati bahawa aktiviti tersebut dapat
menarik minat murid untuk belajar Bahasa Inggeris dengan kaedah yang menyeronokkan.
Walaupun aktiviti- aktiviti tersebut dijalankan dalam bentuk permainan, mereka masih dapat
belajar beberapa aspek seperti menambah kosa kata dan juga mencungkil bakat kreativiti
para murid. Saya berharap, selepas menjalankan aktiviti- aktiviti tersebut, murid- murid akan
mempunyai minat untuk mempelajari Bahasa Inggeris kerana Bahasa Inggeris sangat
penting untuk didalami oleh setiap individu untuk bersaing di persada dunia.

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS ILMU KHAS
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASEK MUTIARA, PULAU PINANG
NAMA PELAJAR

: NUR ANIS ATIQAH BINTI YAHYA


NIK NUR KHALIDA BINTI

PROGRAM

: PISMP TESL AMBILAN JANUARI 2012

NAMA SEKOLAH

: SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASEK


MUTIARA

NAMA PROJEK

: HAVE FUN WITH ENGLISH

TEMPOH PELAKSANAAN : 2 OKTOBER 2015

OBJEKTIF
Pelaksanaan projek ini bertujuan untuk:

PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS ILMU KHAS
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASEK MUTIARA, PULAU PINANG
Melengkapkan Program Intership Pismp Ambilan JAN 2011 serta memberi peluang
dan ruang kepada pelatih untuk lebih kreatif dalam menyediakan aktiviti yang
menarik minat pelajar.
Melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan mampu menjana idea yang bernas
setiap masa.
Mengeratkan ikatan mesra dalam kalangan warga sekolah, guru pelatih dan murid
sekolah.
Meluaskan lagi pengetahuan sains murid melalui inkuiri penemuan dan aktiviti
hands-on yang telah disediakan.

STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Pada 29 September 2015, saya dan rakan praktikum telah membuat perbincangan
tentang projek- projek yang boleh dijalankan sebagai projek berkumpulan untuk
internship kali ini. Kami dapati bahawa murid Tahun 6 yang beragama Islam
mempunyai aktiviti keagamaan mereka di surau manakala murid Moral tidak
melakukan apa- apa aktiviti di sekolah. Hasil keputusan perbincangan tersebut, kami
bersetuju untuk menjalankan aktiviti kepada murid Tahun 6 Moral sebagai projek
internship kami di sekolah ini. Program ini merangkumi aktiviti yang melibatkan
permainan yang berasaskan Bahasa Inggeris
2. Pada 30 September 2015, kami berbincang untuk melakukan kertas cadangan untuk
dihantar kepada pihak pengurusan sekolah dengan kadar segera. Kami juga telah
berbincang dengan mentor kami iaitu Puan Punitha untuk memastikan kesesuaian
aktiviti yang akan kami jalankan. Kami juga telah meminta kebenaran Penolong
Kanan untuk menjalankan aktiviti- aktiviti tersebut dan disokong oleh beliau.
3. Selepas kertas cadangan tersebut diluluskan, saya dan rakan praktikum berbincang
akan pelaksanaan aktiviti- aktiviti yang akan dijalankan dan menyediakan bahanbahan

yang

diperlukan

untuk

melaksanakan

aktiviti

tersebut.

Kami

juga

berkolaborasi dengan guru komputer untuk menggunakan peralatan sekolah seperti


projektor.

PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS ILMU KHAS
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASEK MUTIARA, PULAU PINANG
REFLEKSI:
KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI
1) Program Have Fun with English yang telah diadakan pada 2 Oktober 2015 telah
berjaya disempurnakan dengan jayanya. Antara kekuatan yang diperoleh sepanjang
program ini dilaksanakan antaranya ialah menjadikan pembelajaran Bahasa Inggeris
sesuatu yang menyeronokkan. Melalui aktiviti yang dijalankan, murid dapat
mempelajari Bahasa Inggeris dengan cara yang menyeronokkan dan sekaligus
dapat menarik minat murid untuk mempelajari Bahasa Inggeris. Aktiviti seperti
'charade' dan 'spelling bee' dapat meningkatkan kosa kata murid. Oleh sebab aktiviti
tersebut dibuat dalam bentuk permainan, murid dapat belajar dalam suasana dan
persekitaran yang selesa.
2)

Selain itu, aktiviti- aktiviti tersebut juga dapat menjadikan murid lebih kerap
berkomunikasi dan berbincang sesama rakan dalam kumpulan mereka. Setiap murid
perlu memberi kerjasama yang baik untuk memastikan hasil kerja yang dibuat dapat
dihasilkan dengan baik. Contohnya ketika dalam permainan 'charade' dan membuat
'jazz chant', murid perlu berkomunikasi dan bekerjasama dengan rakan- rakan untuk
menjayakan aktiviti tersebut, Justeru, kemahiran komunikasi murid dapat diasah dan
ditingkatkan.

3) Selain itu, melalui aktiviti 'charade', membuat 'jazz chant' dan juga membuat
penanda buku yang telah diadakan, ianya dapat menjadikan pemikiran murid
menjadi lebih kreatif dan mampu menjana idea yang bernas setiap masa. Hal ini
dapat

dilihat

ketika

mana

murid-murid

dalam

kumpulan

masing-masing

mempamerkan kekreatifan idea ketika melakukan aksi untuk diteka oleh muridmurid yang lain. Selain itu, murid juga perlu menggunakan daya kreativiti untuk
menghasilkann 'jazz chant' dan penanda buku sendiri. Hal ini menunjukkan
mempunyai pelbagai imaginasi dan idea yang bernas dan kreatif di samping
bersaing secara sihat dan berusaha untuk menghasilkan 'jazz chant' dan penanda
buku yang terbaik.

KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI

PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS ILMU KHAS
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASEK MUTIARA, PULAU PINANG
1. Antara kelemahan yang didapati sepanjang program ini dilaksanakan ialah masa
yang singkat dan tidak semua aktiviti yang dicadangkan dapat dijalankan disebabkan
kesuntukan masa. Jika masa yang diberikan lebih lama, aktiviti yang dijalankan
mungkin akan dipelbagaikan.
2. Selain itu, aktiviti tersebut akan menjadi lebih seronok dan kompentitif sekiranya
hadiah disediakan untuk pemenang setiap kategori. Murid akan lebih bersemangat
dan bermotivasi untuk melibatkan diri dalam aktiviti- aktiviti tersebut jika sedikit
hadiah disediakan. Mereka akan mempunyai daya saing yang lebih tinggi jika guru
menyediakan hadiah untuk mereka.
3. Aktiviti akan menjadi lebih menarik sekiranya melibatkan lebih ramai murid. Oleh
kerana aktiviti tersebut dijalankan selepas peperiksaan UPSR, ramai murid tidak
hadir ke sekolah. Tambahan lagi, murid muslim terlibat dalam acara keagamaan dan
tidak dapat menyertai aktiviti yang kami sediakan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Berikut adalah beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan pada masa akan
datang:
Penambahbaikan yang pertama ialah menyediakan aktiviti yang lebih mencabar dan
lebih pelbagai supaya murid - murid akan lebih seronok dan berdaya saing sekiranya aktiviti
yang lebih mencabar dijalankan.
Penambahbaikan yang kedua ialah melibatkan lebih ramai murid dalam aktiviti kami
ini. Dengan penglibatan lebih ramai murid, pelbagai aktiviti dapat dijalankan dan lebih
banyak aktiviti berkumpulan dapat dilakukan.

KESIMPULAN:

PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS ILMU KHAS
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASEK MUTIARA, PULAU PINANG
Secara keseluruhannya, saya berpuas hati kerana berjaya melaksanakan program mengikut
perancangan yang dibuat. Melalui program ini, diharapkan semoga murid- murid dapat
menyedari kepentingan Bahasa Inggeris dan dapat mempraktikkan dalam kehidupan
seharian mereka.
Selain itu, diharapkan program ini akan diteruskan pada tahun- tahun akan datang.
Sesungguhnya apa yang baik itu datang dari ALLAH S.W.T dan apa yang buruk itu datang
dari kelemahan diri kami sendiri.

Galeri
Foto :

PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS ILMU KHAS
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASEK MUTIARA, PULAU PINANG

Murid melaksanakan aktiviti 'crossword puzzles'

Aktiviti
'jazz chant' dijalankan

PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS ILMU KHAS
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASEK MUTIARA, PULAU PINANG

Aktiviti
'charade' yang memerlukan murid untuk berlakon

Murid- murid
membuat
penanda
buku
mengikut
kreativiti
masingmasing

You might also like