You are on page 1of 12

Soalan 1 hingga Soalan 18

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang sesuai.

1. Ali mengayuh __________________ ke sekolah.


A basikal
B kereta
C motosikal

Soalan 2, berdasarkan gambar 1

Gambar
1

2. Emak menyiang _______________ di dapur.

A udang
B ayam
C ikan

Soalan 3, berdasarkan gambar 2.

1
Gambar 2

3. Pada waktu rehat, murid-murid makan di _____________

A perpustakaan
B kantin
C kelas

4. Buaya dikenali sebagai _______________ dalam cerita binatang.

A Sang Kancil
B Sang Belang
C Sang Bedal

Soalan 5, berdasarkan gambar 3.

Gambar 3

5. Setiap hujung minggu, banyak orang pergi berkelah di


________________
A Batu Hitam
B Muzium Negara
C Masjid Negara

Soalan 6, berdasarkan gambar 4.

2
Gambar 4

6. _______________ berasa sungguh sedih apabila anak-cucunya tidak


pulang berhari raya bersamanya.
A Nenek Bedah
B Datuk Leman
C Kakak Suri

7. “Ampun tuanku, _______________ datang mengadap,” kata


hulubalang itu.
A saya
B beta
C patik

8. “ ________________ pergi dahulu, saya akan menyusul kemudian,”


kata Aiman kepada rakan-rakannya.
A Kami
B Mereka
C Kalian

9. Di manakah _______________ tinggal?


A kami
B engkau
C saya

Soalan 10, berdasarkan gambar 5

3
Gambar 5

10. Farhan menyapu tingkap dengan menggunakan


se_________________ bulu ayam.
A helai
B tangkai
C batang

Soalan 11, berdasarkan gambar 6

Gambar 6

11. Amzar makan dua ________________ roti semasa sarapan.


A keping
B papan
C buku

12. Abang menerima dua _______________ surat panggilan temuduga


daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

A pucuk
B keping
C naskhah

13. “ _______________kah kejadian itu boleh berlaku?” tanya Cikgu


Aiman kepada anak muridnya.

A Apa
B Berapa
C Bagaimana

4
14. “ Kamu tinggal di _______________ ?” tanya Mei Lin kepada budak
itu.

A apa
B mana
C siapa

15. _______________kah Siva tidak hadir ke sekolah semalam?

A Apa
B Mengapa
C Bagaimana

16. Bau longkang itu sungguh ______________ dan meloyakan.

A harum
B hapak
C busuk

Soalan 17, berdasarkan gambar 7.

Gambar 7

17. Zulkarnain lari lintang-pukang apabila dikejar anjing yang


______________ itu.

A garang
B buas

5
C liar

Soalan 18, berdasarkan gambar 8.

Gambar 8

18. Walaupun Pak Mail sudah tua, tetapi masih _______________.


A segar
B kuat
C lemah.

Soalan 19 dan Soalan 20.

Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.


Soalan 19, berdasarkan Gambar 9.

Gambar 9

19. Ahmad dan ayahnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala


Lumpur setelah tiga hari _______________ di Pulau Langkawi.
A cangkul angin
B ambil angin
C makan angin

Soalan 20, berdasarkan gambar 10

6
Gambar10

20. Pak Mail membawa _______________nya bermain di taman


permainan.
A buah hati
B anak buah
C buah tangan

Soalan 21, berdasarkan gambar 11

Gambar 11

21. Encik Fikri _______________ sepasang kasut bola yang diisikannya


di dalam sebuah bungkusan kepada Isyraf sempena hari lahir Isyraf.
A menyambut
B memegang
C menghadiahkan

22. Perbuatan _________________ dinding sekolah adalah perbuatan


yang dilarang.
A menconteng
B melukis
C mengecat

Soalan 23, berdasarkan gambar 12.

7
Gambar 12
23. Akhirnya, ahli kumpulan ekspedisi itu berjaya ________________
Gunung Everest.

A melalui
B mendaki
C merentasi

24. Adik menangis _______________ lampinnya basah.

A dan
B lalu
C kerana

25. Buku itu kecil ________________ mahal harganya.

A dan
B tetapi
C kerana

26. Awak suka makan durian _______________ rambutan?

A atau
B dan
C lalu

27. _______________, indah sungguh pemandangan di Pulau Sentosa!

A Aduhai
B Aduh
C Wah

28. _______________, sakitnya kakiku ini!

8
A Eh
B Aduh
C Amboi
Soalan 29 dan Soalan 30.
Pilih kata seerti bagi perkataan berhuruf condong. Kemudian bulatkan pada
jawapan sama ada A,B atau C.

29. Pisang yang terlampau masak telah dimakan monyet.


A muda
B ranum
C mentah

30. Sawah Mak Lang terbentang luas.


A Bendang
B Kebun
C Ladang

Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang


berikutnya. Bulatkan pada jawapan sama ada A, B atau C.

Alya sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah.


Tiba-tiba sebuah lori berhenti di hadapan rumahnya. Lori itu
sarat dengan barang-barang. Ada beberapa orang sedang
menurunkan barang-barang itu.

Alya sekeluarga pun berjumpa dengan jiran baru itu.


Mereka bersalaman dan memperkenalkan diri kepada jiran
baru itu. Nama jiran baru Alya ialah Encik Kumar dan Puan
Kamala. Mereka mempunyai dua orang anak iaitu David
dan Jayanti.

Ayah Alya dan beberapa orang jiran yang lain


membantu Encik Kumar mengangkat barang-barang. Ibu
Alya pula membantu Puan Kamala mengemas barang-
barang. Alya juga membantu anak-anak Encik Kumar
mengemas barang-barang mereka. Encik Kumar sekeluarga

9
mengucapkan terima kasih atas bantuan jiran-jirannya itu.
31. Siapakah jiran baru Alya?

A Encik Kumar sekeluarga


B Puan Kamala
C David

32. Apakah yang sedang dilakukan oleh Aya semasa jiran barunya tiba?

A Memetik bunga.
B Menanam bunga.
C Menyiram pokok bunga.

33. Berapa orangkah ahli keluarga Encik Kumar?

A Dua orang
B Empat orang
C Enam orang

34. Perkataan sarat dalam petikan bermaksud

A melebihi
B penuh
C sesak

35. Pilih tajuk yang sesuai bagi petikan di atas.


A Membantu Jiran
B Jiran-jiran
C Jiran Baru

Soalan 36 hingga Soalan 40

10
Baca dialog di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Bulatkan pada jawapan sama ada A, B atau C.

Shanti : Saya dengar kamu suka mengumpulkan bahan-


bahan pembelajaran.

Salma : Betul Shanti. Bahan-bahan itu sangat berguna


kepada kita.

Shanti : Mengapakah bahan-bahan itu sangat berguna


Salma?

Salma : Kita boleh merujuki bahan-bahan itu apabila kita


memerlukannya.

Shanti : Kalau begitu, tentu kita tidak akan membuang


masa.

Salma : Betul, bukan itu sahaja Shanti. Kerja kita juga akan
menjadi lebih mudah.

Shanti : Saya setuju, Salma.

36. Apakah yang dikumpulkan oleh Salma?


A Bahan pembelajaran
B Bahan hiburan
C Bahan kraf tangan

37. Mengapakah bahan-bahan itu perlu dikumpulkan?

A Untuk mengisi masa lapang.


B Untuk rujukan pembelajaran.
C Untuk mengindahkan kawasan sekolah.

11
38. Berikut ialah bahan pembelajaran kecuali

A surat khabar
B nota-nota
C majalah hiburan

39. Beri kata lawan bagi perkataan mudah.

A susah
B senang
C berfaedah

40. Bilakah Salma mengumpulkan bahan-bahan pembelajaran?

A Masa persekolahan
B Masa lapang
C Masa rehat

KERTAS SOALAN TAMAT

12

You might also like