You are on page 1of 3

Peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer merupakan satu


P&P yang menerapkan pendedahan awal penggunaan komputer kepada murid-murid.
Pendedahan ini sangat membantu P&P Bahasa Melayu yang dahulunya lebih kepada cara
tradisional. Pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer dapat menarik minat murid
terutamanya dalam pengajaran Kemahiran Bahasa.
(i) Penentuan peringkat pengajaran
Peringkat pengajaran bermaksud penentuan peringkat atau waktu pengajaran bagi
menggunakan bahan audio dan video tersebut. Hal ini membantu guru dalam waktu yang
sesuai penggunaan bahan video dan audio. Peringkat pengajaran boleh dikategorikan kepada
tiga peringkat iaitu:

Sekiranya penentuan peringkat pengajaran tidak dilakukan hal ini akan menyukarkan
guru dalam menentukan bahan video dan audio untuk kegunaan di dalam kelas.

Kemahiran Berbahasa
Seperti yang diketahui, kemahiran berbahasa mengandungi empat kemahiran
dibawahnya iaiatu kemahiran mendengar bertutur, membaca dan menulis. Pembinaan bahan
video dan audio untuk pengajaran Bahasa Melayu perlu mengambilkira kemhiran berbahasa ini
sebelum membina bahan video dan audio. Hal ini kerana sekiranya P&P pada hari itu
memfokuskan kepada sesuatu kemahiran bahasa contohnya kemahiran membaca, guru tidak
boleh menggunakan bahan audio sebgai bahan bant mengajar pada hari itu kerana ianya tidak
relevan.

Prinsip pembinaan bahan video dan audio


Pendedahan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis
media dan multimedia. Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu
teks, grafik, audio, vido dan animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan
proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.

Prinsip pembinaan bahan video dan audio:

Penggunaan elemen teks


Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam proses
penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen media lain akan gagal
menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini bermakna teks ini penting dalam
menyampaikan P&P.
Penggunaan elemen grafik dan visual
Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak bergerak
seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya.

Penggunaan elemen audio


Audio atau bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem komputer mengeluarkan
muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu
menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan
audio istimewa. Penggunaan audio dalam membina bahan P&P bahasa Melayu boleh
digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan
berkesan. Seringkali bahan audio dan video ini digunakan untuk pengajaran kemahiran Bahasa
Melayu. Hal ini supaya dapat meningkatkan motivasi dan menimbulkan suasana yang menarik
dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan.
Panduan meggunakan elemen video
Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan realistik
berbanding elemen-elemen multimedia lain. Video berupaya mempengaruhi motivasi seseorang
terhadap proses penerimaan maklumat dan juga mempengaruhi perasaan dan emosi para
pengguna dengan lebih nyata.
Panduan menggunakan elemen animasi
Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup
atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya bersifat statik. Hal ini
utntuk memberi kesan yang baik terhadap objek supaya kelihatan lebih memberi kesan kepada
pengajaran Perkataan atau imej-imej statik untuk diisampaikan dengan lebih mudah dan
berkesan. Penggunaan animasi ini boleh menceriakan proses penyampaian, disamping mampu
memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian penonton
difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.

You might also like