You are on page 1of 4

MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN BAHAN

PENGAJARAN BAHASA MELAYU


PENGENALAN

Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi
gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya bersifat statik. Ia membolehkan sesuatu yang sukar untuk
diterangkan dengan menggunakan perkataan atau imej- imej statik untuk diisampaikan dengan lebih mudah dan
berkesan. Penggunaan animasi boleh menceriakan proses penyampaian, disamping mampu memberi penegasan
kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin
disampaikan.
Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Animasi bolehdalan bentuk
dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas. Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan,
ia mampu menghasilkan kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia sukakan
sesuatu yang dinamik dan bukannya statik.

BENTUK ANIMASI
Dua Dimensi - 2D
Tiga Dimensi - 3D
Kesan Khas (Special Effect)

JENIS-JENIS ANIMASI
Animasi Komputer
i. Mengamalkan konsep yang sama seperti animasi cel :menggunakan layer, keyframe, tweening
ii. Menggunakan nilai piksel RGB, mengenalpasti bucu-bucu sesuatu objek dan bercampuran warna supaya dapat
menghasilkan transparencies, inversion dan effect

Animasi Cel
i. Diperkenalkan oleh Disney di mana menggunakan beberapa siri daripada grafik berlainan pada setip kerangka
frame
ii. Satu minit animasi akan memainkan 1,440 kerangka
iii. Cel berasal daripada kertas celluloid yang digunakan untuk lukisan pada setiap kerangka tetapi sekarang telah
digantikan dengan plastik

Morphing
i. Kesan yang popular di mana satu imej akan bertukar menjadi imej lain
ii. Boleh gunakan ke atas objek statik ataupun objek yang bergerak

FORMAT PENGHASILAN ANIMASI


Format penghasilan animasi yang biasa digunakan ialah gif animated dan swf, AutoDesk 3D Studio dan
Animator (.FLI, .FLC) dan Macromedia Director (.DIR).
MENGGUNAKAN ANIMASI PERKATAAN DAN OBJEK POWERPOINT
Power Points
Perisian Powerpoints atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan
oleh bahagian korporat atau syarikat komersial, pembentangan kertas kerja dalam seminar. Namun bagi dalam
bidang pendidikan pula powerpoint ini kerap digunakan dalam kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan
pengajaran dalam bilik darjah.
Pada masa ini, powerpoint bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau
satu hala malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Dengan lain perkataan
powerpoint boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantu
Komputer (IBK) yang berkesan. Penggunaan powerpoint ini sering dikaitkan dengan animasi.

Animasi dalam powerpoint ini terbahagi kepada dua iaitu:


(i) Picture, Clipart, Shape, Smart Art, Chart
(ii) Transition dan Animation

(i) Animasi powerpoint yang pertama merangkumi :


Lebih kepada persembahan slide powerpoint sahaja.

(ii) Animasi powerpoint yang kedua ini merangkumi :


Lebih kepada penggunaanya kepada pergerakan slide powerpoint

You might also like