You are on page 1of 2

Bahasa Malaysia

Oleh: Siti Nor binti Md Zain

Pada kali ini, kita cuba kenali lebih dekat kertas Penulisan (Bahagian A)
Bahagian A: Memindahkan Maklumat yang ada di dalam gambar kepada bentuk ayat.
Gambar rangsangan berupa gambar tunggal atau
gambar bersiri akan diberikan.
Calon dikehendaki menulis lima ayat yang lengkap
dan gramatis, berdasarkan gambar.
Soalan ini wajib dijawab dan diperuntukkan
10 markah.
Masa yang dicadangkan ialah 15 minit.

Tip untuk menjawab Bahagian A

A. Meneliti bahan yang diberi.
1. Baca arahan pada bahan (gambar) dengan
teliti.
2. Lihat gambar secara keseluruhan dan pastikan
perkara-perkara berikut:
- Idea keseluruhan tentang gambar.
- Aktiviti-aktiviti atau perkara-perkara yang
dapat dilihat dengan jelas di dalam gambar.
- Maklumat yang ada tercatat di dalam
gambar.
B. Membina ayat
1. Mesti membina lima ayat yang lengkap.
2. Ayat-ayat mestilah berkaitan dengan aktiviti dan
mak lumat yang terdapat dalam gambar.
3. Menyatakan watak yang ada di dalam gambar
secara umum.
Contohnya: lelaki itu, penjual itu, orang tua itu,...
4. Penting sekali, letakkan nombor pada setiap
ayat, iaitu 1 hingga 5.

62

C. Struktur ayat
1. Ayat mestilah gramatis (betul tatabahasa dan
kosa kata yang meluas).
2. Boleh bina ayat tunggal ataupun ayat majmuk.
Tetapi lebih baik ayat majmuk.
3. Pastikan ayat yang dibina betul struktur
ayat,penggunaan kata, ejaan dan tanda baca.
4. Ayat yang jelas tentang maklumat yang terdapat di dalam gambar.
D. Merancang masa
1. Rancanglah masa 15 minit yang diperuntukkan
dengan sebaik-baiknya, iaitu:
- Masa meneliti bahan/gambar.
- Masa untuk membina ayat.
- Masa untuk menyemak jawapan (ayat yang
telah dibina).
2. Peringatan, elakkan berlengah masa, gunakan
masa sebaik mungkin.
E. Menyemak
1. Setelah selesai membina kelima-lima ayat, baca
semula ayat tersebut.
2. Sewaktu membaca semula, semak ejaan,
penggunaan tanda baca dan penggunaan
huruf besar dan huruf kecil yang betul.
3. Pastikan tulisan anda jelas dan kemas.
TIP PEMERIKSA
1. Elakkan membina ayat lebih atau kurang daripada lima ayat.
2. Bina ayat yang mudah dan tepat tentang
gambar yang diberikan.
3. Elakkan menggunakan masa yang terlalu lama
untuk satu-satu ayat.

PANDUAN PENSKORAN MARKAH (BAHAGIAN A)

Penskoran
Cemerlang
(8 - 10 markah)

Baik
(5 - 7 markah)

Memuaskan
(3 - 4 markah)

Pencapaian
tahap minima
(0 - 2 markah)

Contoh soalan 1
Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di
bawah:-

Kriteria
- Menggunakan ayat yang
gramatis dan menepati
bahan grak
- Penggunaan pelbagai kata
dan kosa kata yang meluas
serta dengan bahan grak.
- Penggunaan ejaan dan
tanda baca yang betul dan
tepat.
- Menggunakan ayat yang
jelas dan menepati bahan
grak.
- Penggunaan pelbagai kata
dan kosa kata yang sederha na serta sesuai dengan
bahan grak.
- Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca dan
ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat.
- Menggunakan ayat yang
mudah dan ringkas menepati
bahan grak.
- Penggunaan pelbagai kata
dan kosa kata yang terhad
dan sesuai dengan bahan
grak.
- Banyak terdapat kesalahan
dalam tanda baca dan
ejaan.
- Ayat yang tidak sesuai
dengan bahan grak.
- Penggunaan pelbagai kata
yang terhad dan tidak sesuai
dengan bahan grak.
- Tidak menguasai kemahiran
menulis, penggunaan tanda
baca dan ejaan yang lemah.

____________________________________________________

___________________________________________________
Contoh soalan 2
Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar
bersiri di bawah:-

_______________________________________

63

You might also like