You are on page 1of 3

MAKLUMAT RINGKAS

Konsep pentaksiran holistik yang dicadangkan juga


berupaya meningkatkan kualiti murid dari segi binaupaya
insan (human capacity building) dalam era globalisasi,
memberi tumpuan bukan hanya kepada keupayaan
kognitif tetapi juga kekuatan dalaman yang boleh
memastikan kebolehdidikan (educability), kebolehlatihan
(trainability),
kebolehkerjaan
(employability)
dan
kebolehpasaran (marketability) yang tinggi pada masa
akan datang.

SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN


(SPPK)
Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK)
ialah suatu sistem yang diperkenalkan untuk
menggantikan sistem peperiksaan sedia ada yang
dikatakan menyebabkan pendidikan di Malaysia terlalu
menekan murid, sekolah dan ibu bapa untuk mengejar
kejayaan dalam peperiksaan berpusat semata-mata.
Penumpuan berlebihan kepada peperiksaan berpusat
dikatakan menyebabkan aspek pembinaan jati diri,
jasmani, sahsiah, budi pekerti dan nilai-nilai murni dalam
pendidikan diabaikan. Penumpuan berlebihan kepada
peperiksaan pusat UPSR, PMR dan SPM juga dilihat
menyebabkan pentaksiran berasaskan sekolah tidak
diberi penekanan yang sewajarnya sedangkan banyak
kelebihan dilihat pada pentaksiran berasaskan sekolah.
Banyak perkara yang tidak boleh ditaksir secara
peperiksaan berpusat dapat dilaksanakan oleh sekolah.

Profil murid sama ada yang wujud secara semula


(innate) jadi atau yang diperoleh (acquired) melalui
persekitaran dan pengalaman pembelajaran akan
ditaksir. Sikap, minat, bakat, kecenderungan, kesediaan,
nilai, personaliti dan kebolehan am adalah antara perkara
berkaitan dengan profil murid.
Pencapaian murid dalam pembelajaran yang meliputi
aspek akademik, teknikal, vokasional dan kemahiran
insaniah (soft skills) juga akan diambil kira dalam SPPK.
Tujuan pentaksiran perkara-perkara ini adalah untuk
mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid
menguasai apa yang dipelajari mengikut pilihan dan
kecenderungannya. Dengan hal yang demikian,
pembinaan modal insan mengikut acuan Malaysia dapat
diteruskan dengan jaya.

SPPK ialah suatu sistem pentaksiran yang holistik,


fleksibel, seimbang dan merujuk standard yang mampu
mengumpul maklumat bukan sahaja tentang sejauh
mana murid telah menguasai apa yang dipelajari
malahan bagaimana maklumat itu dapat membantu
murid memperbaiki pembelajaran. Jika dalam sistem
peperiksaan sedia ada perkara yang diukur, dinilai dan
dilaporkan adalah lebih bertumpu kepada pencapaian
akademik; dalam SPPK, empat perkara iaitu profil
(profile), pencapaian (achievement), perkembangan
(development) dan penglibatan (involvement) murid
dibina ditaksir dan dinilai.

Pentaksiran yang dilakukan di hujung unit atau beberapa


unit pembelajaran dinamakan pentaksiran sumatif
manakala pentaksiran yang dilakukan semasa dan
sepanjang proses pembelajaran dinamakan pentaksiran
formatif. Pentaksiran dalam SPPK bukan sahaja
berkaitan dengan produk pembelajaran (pencapaian

pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir


semester atau tahun. Contoh pentaksiran sekolah
ialah ujian-ujian, kajian lapangan, folio, kerja
kursus, kajian, tugasan-tugasan, kerja rumah dan
sebagainya.

akademik) yang ditaksir secara sumatif tetapi juga yang


berkaitan dengan proses pembelajaran (perkembangan
pembelajaran) yang ditaksir secara fomatif.
Satu lagi aspek yang ditaksir dalam SPPK ialah
penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti
kurikulum, kokurikulum dan ekstrakurikulum untuk
mendapatkan maklumat tentang nilai-nilai seperti
semangat berpasukan, kerjasama dan kepimpinan.
Melalui pentaksiran dalam perkara ini, penyertaan,
penglibatan dan prestasi murid dalam aktiviti tersebut
akan direkod dan dilaporkan.

9 Pentaksiran Pusat ialah suatu bentuk pentaksiran


yang mempunyai piawai (standard), panduan dan
peraturan, instrumen dan kaedah menganalisis
data yang disediakan oleh pusat (LP), manakala
pihak sekolah akan mentadbir, memeriksa
respons murid dan menyediakan pelaporan.
Pentaksiran ini dilaksanakan secara sumatif
berdasarkan jadual yang ditetapkan oleh LP.
Markah yang diperolehi akan dihantar ke LP untuk
dianalisis dan dimoderatkan sebelum ianya
dihantar semula ke sekolah untuk pelaporan
penguasaan murid. Contoh pentaksiran pusat
sedia di sekolah sekarang ialah ULBS, PEKA,
PLBS, Kerja Kursus mata pelajaran Kemahiran
Hidup, Geografi, Sejarah dan lain-lain.

SPPK melibatkan pentaksiran berterusan dari peringkat


Prasekolah hingga ke Tingkatan 5. Hasil pembelajaran
murid akan dilaporkan berdasarkan potensi, pencapaian
akademik, kemahiran sosial, perkembangan sahsiah dan
kebudayaan (cara berfikir dan cara bertindak).
Lima kaedah pentaksiran akan diperkenalkan iaitu
Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran
Psikometrik,
Pentaksiran
Aktiviti
Jasmani
dan
Kokurikulum, dan Peperiksaan Pusat. Sekolah dan guru
diberi
pengupayaan
(empowerment)
untuk
melaksanakan pentaksiran berterusan di samping
bantuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah,
sedang dan akan terus dibangunkan.

9 Pentaksiran Psikometrik pula digunakan untuk


mentaksir trait psikologi murid yang berhubungan
dengan
pembelajaran
mereka.
Instrumen
pentaksiran psikometrik, cara menganalisis dan
mentafsir data akan dibina oleh LP dan
pentadbirannya dilaksana oleh sama ada LP atau
sekolah
bagi
tujuan
yang
dimaksudkan.
Contohnya ujian aptitut dan personaliti.

9 Pentaksiran Sekolah ialah pentaksiran yang


dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa dan dilapor
oleh guru di sekolah yang melibatkan murid, ibu
bapa dan organisasi luar. Pentaksiran Sekolah
dilaksana dalam bentuk pentaksiran formatif yang
dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan

9 Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum


(PAJK) adalah bertujuan untuk mengukur dan
menilai prestasi, penglibatan dan penyertaan

Lima kaedah mentaksir dalam


digambarkan seperti berikut,

murid dalam pelbagai aktiviti jasmani, kokurikulum


dan ekstrakurikulum. Instrumen dan panduan
pentaksiran akan disediakan oleh LP bersama
organisasi yang berkenaan dengan bidang
kepakaran mereka. Sebagai contoh ialah aktiviti
persatuan, aktiviti badan berunifom serta sukan
dan permainan.
9 Peperiksaan Pusat ialah pentaksiran yang
dikendalikan sepenuhya oleh LP. Perkara yang
ditaksir adalah berkaitan dan memenuhi sukatan
pelajaran yang ditetapkan . Prestasi murid dalam
peperiksaan pusat akan dilaporkan dalam sijil
yang
dianugerahkan
oleh
LP
dengan
mengambilkira prestasi murid dalam pentaksiran
pusat dan pentaksiran sekolah. Peperiksaan pusat
yang sedia ada sekarang ialah UPSR, PMR dan
SPM.

SPPK

dapat

You might also like